Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 89
Ahli: 0
Jumlah: 89




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 13 hari yang lalu
sadiqah: 17 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: bantulah saya


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» bantulah saya

Please Mendaftar To Post


Oleh bantulah saya

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-05 10:01


assalamulaikum....
sebenarnya saya tidak tahu pada siapa lagi yang patut saya luahkan mengenai hal ini.Ditambah pula sahabat2 yang lain mengenali dirinya.Saya berharap sahabat2 disana dapat membantu saya.
saya mempunyai seorang sahabat baik yang saya kenali semasa belajar.Semasa diploma kami memang baik dan saya selalu meminta pandangannya.tapi semuanya berubah sekarang.Kadang-kadang saya kecewa dengan sikapnya yang suka merendahkan diri saya.Salah ke saya meminati subjek programming.Dia mengatakan bahawa subjek programming bukan sesenang yang disangka dan dia mencabar saya untuk menjadi programmer.Saya juga meminati subjek networking dan ingin mengambil minor network.Dia mengatakan dulu suka subjek network sekarang suka programming pula.Salah ke kiranya saya menyukai sesuatu subjek.Mungkin bagi orang subjek programming susah,tapi kerana saya terlalu meminatinya saya boleh mendapat markah yang baik dalam subjek ini.Sahabat saya ini merupakan best student dan selalu mendapat dean list.Adakah kerana saya selalu mendapat markah rendah drpadanya maka saya dikira sebagai orang yang lemah dan tidak berjaya.Air mata saya tumpah semasa dia mencabar saya untuk menjadi programmer..Selain itu juga,saya mengalami masalah kulit yang berjerawat dan saya berazam untuk menghilangkan jerawat itu.Bila saya bercakap mengenai ini dia selalu berkata saya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada.tetapi semasa dia berhasrat untuk mencerahkan kulit saya tidak berkata apa-apa dan saya mengalakkan dia untuk mencuba produk yang sesuai.Saya juga mengalami gangguan benda halus menyebabkan saya susah untuk mengulangkaji pelajaran dan mengingat pelajaran.Gannguan benda halus ini adalah dari saka sebelah keluarga agar sukar untuk meenghilangkannya,kata ustaz yang mengubatti saya.Bila saya mengadu padanya,dia cuba berkata jangan percaya sangat dengan benda begini,bagaimana ingin tidak percaya kalau hakikatnya saya sendiri merasa.Pernah sekali,saya bergaduh dengan sesorang dan saya mengadu mengenai perkaara itu kepadanya,dan dia pernah secara mungkin tidak sengaja membuat lawak seperti begini"Nanti jangan pulak jumpa dia nangis nangis"dihadapan sahabat2 saya yang lain.Malu juga saya.


Pada pandangan anda,adakah saya terlalu sensitif dan berprasangka buruk?
wassalam
[ Telah diedit oleh: amilyn pada 28-09-05 16:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

MutiaraHati
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2004
Ahli No: 9124
Posting: 14
Dari: Bangi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 10:59


assalamualaikum..

kepada saudari amilyn, moga sentiasa dirahmati Allah, saya bukan seseorang yang ada kelebihan untuk membantu, tapi sekadar menasihat dan menasihati apa yang patut as seorang saudara sesama islam dan moga segala kata-kata saya adalah baiknya datang dari Allah jua..

firstly....saya minta maaf atas kata-kata saya nanti, apa yang saya dapat simpulkan, masalah saudari tak adalah serumit masalah yang melanda sahabat2 kita yang lain di luar sana, sahabat2 yang sama matlamat dalam setiap perjuang mencari ilmu Allah, tahniah saya ucapkan kepada saudari sebab dapat conquer subject programming, memang saya tau bukan senang pun subject tu sebab saya juga salah seorang pelajar it, macam kata lecturer saya, orang yang tak reti programming ni macam tin kosong, at that time saya terus tak bersemangat nak study programming, tapi i'll try my best dan always think positive...itu kata-kata lecturer yang kita boleh ibaratkan as a doa, so kalau boleh jangan dihiraukan sangat kata-kata yang datang dari mulut sahabat kita, kalau kata-katanya membuat kita terasa hati, kita cuba belajar memaafkan dia dan sentiasa menganggap kata-katanya positif..kadang-kadang kata-kata yang lahir dari mulut seseorang melambangkan dirinya yang sebenar..

cuba sahut cabaran sahabat awak tu, berikan dia satu kejutan..kita tak tahu apa yang tersirat dalam setiap hati masing-masing, so ada kemungkinan kata-kata dia adalah diibaratkan untuk bersaing, tapi mungkin caranya sedikit salah sehingga membuatkan awak rasa 'down'..hanya Allah yang mengetahui apa yang terkandung didalam jiwa hambanya..certain student tak menonjol pada awal pembelajaran, tapi tak mustahil kita boleh menjadi seorang pelajar yang sama taraf dengan orang yang sentiasa dapat result dean list..we do not know right?mana tahu juga suatu masa nanti, nama awak berada di bawah nama sahabat awak dalam senarai dean list nanti?semuanya berkemungkinan..


perasaan rendah diri?everyone has to have it..memang patut untuk rasa rendah diri, tapi lebih baik kita merendahkan diri pada yang kuasa daripada manusia yang sentiasa lemah disisi-Nya, ada jerawat membuatkan awak rasa berjauh hati? nak berubah? memang banyak alternative salah satunya mudah dan insyaAllah bukan setakat berkesan malah memberi lebih daripada itu, iaitu sentiasa basahkan wajah dengan berwudhuk..wanita olesan bedak dipipi bukan nya compact powder, tapi hanya dengan titisan wudhuk yang di sapu pada muka sewaktu ingin bersolat, tambahkan pula dengan doa supaya Allah sucikan hati kita dan bukan hanya anggota...kebersihan hati tercermin pada wajah...jadi lepas ni, janganla rasa terhina atau kerdil kerana kita kekurangan yang satu itu..Allah langsung tidak memandang rupa paras..

lastly about your spirit...mungkin awak seorang yang lemah, tempat pengajian saya antara tempat yang dikatakan keras oleh segelintir student, yelah keras...sebab bangunannya dibuat daripada batu..kiri kanan pula pokok2 kayu..memang keras pun kan?? apa yang ibu saya pesan dan guru(silat) saya pesan, kita hidup atas muka bumi bukan berseorangan, bukan hanya manusia yang wujud, bukan hanya tumbuh-tumbuhan, bukan hanya haiwan, tapi juga satu lagi ciptaan Allah yang hampir sama dengan manusia...sebab ia mempunyai akal..iaitu jin dan iblis...dua2 makhluk ni tidak lain dan tidak bukan hanya sentiasa ingin merosakkan anak2 dan cucu cicit Nabi Adam a.s, saya yakin awak pun tahu kisahnya kan...apa yang boleh saya sarankan ialah, perbanyakkan bacaan kursi dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah..Allah berfirman di dalam surah adz-zariyat ayat56 "dan tidak saya jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat kepada-Ku"..

sucikan Akhlak..supaya terhias peribadi..
maaf andai tersilap kata..yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari diri saya sendiri..hakikatnya ia dari Allah jua..
wallahualam..

wassalam
[ Telah diedit oleh: MutiaraHati pada 27-09-05 11:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraHatiProfil   Hantar PM kepada MutiaraHati   Pergi ke MutiaraHati's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-09-05 10:10


assalamulaikum...
terima kasih atas nasihat saudari.peristiwa ini telah membawa kepada gangguan emosi yang teruk kepada saya.Saya cuba untuk tidak bermain dengan emosi tttp sesungguhnya kegagalan saya untuk mengawal emosi merupakan kemenangan besar kepada benda halus ini.sekarang ini saya tidak berapa sihat dan agak tertekan.Doakan saya dapat mengharungi semuanya dengan baik.
Terima kasih atas nasihat saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 11:25


assalamualaikum emilyn...
saya juga mendalami ilmu dalam bidang it, bagi saya subjek programming memang susah nak scor..tapi melihat dari kesungguhan+minat yang mendalam, insyaallah akan berjaya suatu hari nanti....

mengenai masalah kulit muka, saya ada petua yang selalu saya amalkan sejak menengah rendah lagi.
1)setiap kali basuh muka amalkan salawat nabi
2)ambil wuduk setiap malam sebelum tidur
3)ambil sedikit gula, kemudian campurkan sedikit air lalu diratakan kemuka selama 2 minit secara perlahan2 sehingga muka awak seakan melekit.
lepas tu basuh lah muka....insyaallah wajah awak akan lebih lembut, jika diamalkan setiap malam & pagi nescaya kulit awak terhindar daripada masalah jerawat.
4)doa lah selalu.... ;-)

hasilnya, ramai yang memuji dan minta petua daripada saya...alhamdullillah

jika diganggu benda2 halus, amalkan juga ayat kursi setiap malam sebelum tidur...
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

wallahhua'lam.......
:-)    selamat mencuba.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

MutiaraHati
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2004
Ahli No: 9124
Posting: 14
Dari: Bangi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 01:22


assalamualaikum kembali buat saudari ku amilyn..

mengenai masalah gangguan makhluk halus tu saya rasa awak perlu berubat, bukan sahaja ikhtiar daripada diri sendiri tapi ia perlu juga ikhtiar yang datang daripada seseorang yang pakar, badan orang yang lemah mudah diserap dengan perkara2 macam ni, lagipun ia akan menganggu pelajaran kalau awak tidak cuba untuk berusaha 'memagarkan' diri, kalau tempat belajar awak ada ustaz atau ustazah, cuba minta pendapat mereka atau minta tolong untuk buat air penawar, awak juga boleh berkongsi apa yang awak rasa, meluah perasaan bagus untuk release kan emosi yang tertekan, tapi nak release itu kenalah dengan orang yang betul...

sesama umat islam, saya doakan moga awak berjaya mengharungi dugaan yang Allah kurniakan..
Allah s.a.w tidak akan menguji hamba-Nya, melainkan hambanya tahan dengan ujian yang diberikan...
lebih banyak dugaan yang kita terima..bermakna lebih sayang Allah pada kita(",)

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraHatiProfil   Hantar PM kepada MutiaraHati   Pergi ke MutiaraHati's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 29-09-05 08:22


Teringat masa study di campus dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 30-09-05 11:29


assalamulaikum..m......
sudah lama tak kena macam ni.tap i insyAllah i try to overcome this problems.Actually i really hope that she understand my situtation but she cannot give me a single support and she make me be worst and worst.saya tak boleh bertahan dengan situation ini.I saw many ustazah and ustaz and they cannot help me!.My friend make me down dan make me feel that i so stupid and also cannot stand by my own.I never ask to be like this and i dont want this thing to happen.Final exam is around the corner,i can't study and can't managed my self.what should i do?sometimes if i don't trusted Allah,i want to kill myself.Living like this make me crazy.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

MutiaraHati
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2004
Ahli No: 9124
Posting: 14
Dari: Bangi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 17:38


waalaikumussalam back to you..
moga sentiasa di bawah rahmat Allah s.t.w

ingatlah apa yang Allah timpakan pada kita adalah kifarah dosa, i know it is not easy to face off with the problem, tapi sentiasa tetapkan hati bahawa Allah sentiasa bersama hamba-hambanya. kita dijadikan oleh Allah adalah untuk bergantung hati kepada-Nya, bukan kepada sesama manusia..Allah mengizinkan kita meminta daripada-Nya tapi biarlah permintaan yang baik2, minta moga Allah bukakan hati sahabat2 kita, minta Allah permudahkan urusan kita, minta Allah lindungi hari2 kita dan minta kita dijadikan daripada kalangan orang2 yang solehah...kita tak boleh bergantung harap pada manusia sebab mereka juga selemah kita, its ok kalau tak dapat support from anybody, tapi kita ada keluarga and they can give more than a support to us..

bila semua ni berlaku, kita kena sentiasa muhasabah diri, sebelum tidur fikirkan apa kesilapan yang kita lakukan pada hari itu, lepas itu bangun solat sunat taubat, tiap2 hari beristighfar, mungkin juga hubungan kita dengan Allah tidak berapa baik menyebabkan segalanya berlaku ke atas kita..

dengan suicide dapat menghentikan segala penderitaan?salah sama sekali..perbuatan bunuh diri bukan saja akan mendapat kutukan oleh Allah pada hari pembalasan kelak, malah nak hidu bauan syurga pun kita tak akan dapat..kuatkan iman, jangan biarkan iman kita dicabut oleh Allah, selagi ada jalan kita berikhtiar dan bukan mengambil jalan mati atau jalan mudah untuk lari daripada dugaan yang ditimpa ke atas kita...mukmin yang baik adalah mukmin yang sentiasa memuji Allah saat ujian ditimpakan ke atasnya.

wallahuallam..
saya juga sedang berusaha memperbaiki diri, moga amalan yang baik yang kita lakukan bersama, mendapat kebaikkan disisi-Nya..insyaAllah

sincerely_mestica@>-;--'--

Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraHatiProfil   Hantar PM kepada MutiaraHati   Pergi ke MutiaraHati's Website   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 30-09-05 18:56


pernah juga jadi macam ni ..saya sedar saya tak pandai...apapun biarlah mereka...sikap manusia berbeza...sabar saja...



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

cadetofficer
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.04.2004
Ahli No: 8275
Posting: 129
Dari: LENGGONG

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 21:16


saya dengan saudara nazri sama2 student unimas...tempat ni pun keras.dulu pernah berlaku histeria yang merebak,er tak payah citelah.

roomate saya budak networking, dia terpaksa mengulang tahun satu sebab gagal..tapi dia seorang yang cekal. sekarang sdh tahun tiga tapi dia sudah stabil dan bekerja keras untuk kejayaannya. sekarang dia pelari universiti pula tu, dulu orang tak pandang pun.

awak boleh jadi secekal itu.

saya pun ada bestfren begitu zmn sekolah dulu.

saya fikir mungkin dia cemburu sebab terasa aura 'persaingan'. saya tau, saya tak suka tetapi tak dapat ubah apa-apa. nasihat saya:

-jangan percayakan komen NEGATIF dia
-cari HOBI awak, aktifkan HOBI awak. disini awak mengekspresikan diri, cari teman sebulu dan memperbaiki yakin diri. IM SEROIUS
-baca buku motivasi, ubah tanggapan -ve sendiri dahulu
- ubah imej diri kepada yang lebih positif, biarkan dia, awak tak dapat ubah dia. tapi tak mustahil dapat ubah tanggapan dia suatu hari nanti

semoga berjaya

Bookmark and Share

    


  Member Information For cadetofficerProfil   Hantar PM kepada cadetofficer   Pergi ke cadetofficer's Website   Quote dan BalasQuote

Bendahara
Warga Rasmi
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13253
Posting: 9
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-09-05 22:37


Assalamualikum...
Saya turut bersimpati dengan masalah saudari.
Apa yang kawan awak kata tu, anggaplah sebagai cabaran positif untuk memajukan diri awak. Kalau awak rasa bersendirian, ingat perjuangan nabi Muhammad. Sewaktu mula-mula berdakwah, dia sendirian tapi akhirnya dia berjaya menyebarkan Islam ke seluruh dunia dan mempunyai berjuta-juta umat. Niatkanlah tiap perbuatan saudari itu kerana Allah, pasti Dia akan sentiasa membantu anda.
Mengenai motavasi diri, jangan membandingkan prestasi saudari dengan orang lain tapi bandingkanlah dengan prestasi saudari sebelum ini. Tuntutlah ilmu kerana inginkan ilmu tersebut, jangan kerana inginkan penghargaan orang lain atau untuk mendapat nama. Tuntutlah ilmu kerana Allah! Apa yang penting saudari berusahalah bersungguh-sungguh kerana Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, tanpa mereka berusaha.
Mengenai gangguan makhluk halus tu, selain amalkan ayat Kursi, amalkan membaca Bismillah tujuh atau bismillah lima. Kalau boleh amalkan sekali membaca doa Haiqal lepas solat. Doa ni boleh saudari cari dalam surah-surah Yassin lama.
Apapun jadilah hamba Allah yang bersyukur kerana itu bisa membuat kita lebih tenang. Jika saudari kehilangan sahabat atau tempat mengadu masalah, anggaplah Allah telah menarik balik nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Insya-Allah, jika saudari sentiasa tahu bersyukur, Allah akan mengurniakan nikmat yang lebih baik lagi.
Anggaplah tiap sesuatu itu sebagai ujian-Nya, tanda dia sayang kepada hamba-Nya. Sesungguhnya, tiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.....
Wassalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For BendaharaProfil   Hantar PM kepada Bendahara   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 08:28


Assalamualaikum amylin,

nampaknya ramai yang dah bagi komen mereka semua... secara ringkasnya... amylin ini merendah diri sangat... sebab tu lah perasaan tertekan tu ada... cuba improve self-esteem tu sikit... hidup di dunia ini jangan terlalu pedulikan orang, dan jangan terlalu tak pedulikan orang juga... maintain sederhana.. supaya perasaan kita tak tertekan dan orang lain tak juga tertekan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

permataputih
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2005
Ahli No: 19510
Posting: 10

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-05 16:14


Pada 30-09-05 11:29 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

assalamulaikum..m......
sudah lama tak kena macam ni.tap i insyAllah i try to overcome this problems.Actually i really hope that she understand my situtation but she cannot give me a single support and she make me be worst and worst.saya tak boleh bertahan dengan situation ini.I saw many ustazah and ustaz and they cannot help me!.My friend make me down dan make me feel that i so stupid and also cannot stand by my own.I never ask to be like this and i dont want this thing to happen.Final exam is around the corner,i can't study and can't managed my self.what should i do?sometimes if i don't trusted Allah,i want to kill myself.Living like this make me crazy.


assalamualaikum...
rasanya as good muslim kita tak patut cakap ataupun terfikir...nak bunuh walau atas apa alasan pun...byk2kan beristighfar...banyakkan solat sunat..banyakan bc quran..insyaALLAH hati akan tenang...jangan cepat melatah dengan ujian dan dugaan daripada ALLAH...bukan kah setiap dugaan tu untuk meguji keimanan kita padaNya...

dalam kes amilyn...mungkin sahabat awak ialah dugaan untuk awak...awak cakap dulu awak rapat dengan dia...tapi sekarang tak...amilyn,cuba fikir mana ada seorang pun kat dunia ini..yang tak ada masalah..mungkin kawan amilyn tu pun ada masalh dia sendiri...dan mungkin juga apa yang dia cakap tu..tak terniat di hati dia..mungkin amilyn yang salah sangka...dan mungkin juga..amilyn memang ada perasaan rendah diri sampai boleh dkr mcmtu...

lagi satu...jangan asyik salahkan orang lain...kita patut salahkan diri kita sendiri...cuba muhasabah balik diri amilyn...di mana salah nya...apa kurang nya...dan cuba ambil berfikiran positif...maksud saya..ambil positif aspect daripada apa yang orang cakap...buat jadi perangsang untuk lebih maju dan maju...

erm....itu saja la agaknya..sekadar pesanan untuk amilyn,diri saya,dan semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permataputihProfil   Hantar PM kepada permataputih   Quote dan BalasQuote

cinta_madinah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-10-05 09:49


......orang tak kan dapat rasa apa yang kita rasa..namun andai ada secebis rasa untuk memahami ia amat bermakna buat kita..mencari sahabat yang dapat menghargai dan memahami..bukan lah mudah..

mudah-mudahan amilyn tabah menghadapinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_madinahProfil   Hantar PM kepada cinta_madinah   Quote dan BalasQuote

permataputih
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2005
Ahli No: 19510
Posting: 10

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 09:17


Assalamualaikum...

rasanya kita tak patut mengharap semua orang untuk menjaga hati kita...bukan semuanya perfect..betuk tak...lagi pun kita tak tahu apa yang berlaku antara amilyn dan kawannya tu...so..kita tak boleh salah kan mana-mana pihak...yang penting ambil pengajaran..betul kan diri sendiri..walaupun rasa diri kita betul...jangan asyik nak salahkan orang lain..dan jangan asyik nak cari alasan untuk mencari kesalahan orang lain...just mirror ourself..

Bookmark and Share

    


  Member Information For permataputihProfil   Hantar PM kepada permataputih   Quote dan BalasQuote

airah77
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20959
Posting: 158
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 09:54


Assalamualaikum,

Amilyn,

harap amilyn terus tabah dan lebih cekal kerana itu baru permulaan dugaan dalam hidup masih banyak lagi yang menunggu hanya kataqwaan kita kepada Allah S.W.T yang dapat membantu. anggaplah ia sebagai jalan yang positif, pasti ada hikmah disebaliknya...yang penting jalan kita benar, cara kita diredhai hidup kita disayangi......jiwa kita tenang semasa mengadap Allah SWT.....insyaAllah Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For airah77Profil   Hantar PM kepada airah77   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 12:21


em.........sabarlah.
bila saya bc kisah amilyn ni,saya jadi sebak.
kisah kita hmpir sama tapi saya masih boleh bersabar lagi setakat ni...
insyaallah, allah tetapi akan membantu hamba2Nya yang sabar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 12:52


Assalamualaikum...
Buat saudariku amilyn...
Saya harap saudari tabah hadapi semua tu..dan jangan menjadikannya sebagai satu isu yang besar dalam hidup..ya..InsyaALLAH DIA akan bersama dirimu jika dirimu sentiasa mengingatinya..
Mengenai cabaran kawan saudari tu..saudari anggaplah itu sebagai salah satu dorongan dan semangat untuk saudari menempuh kejayaan..kalau saudari benar-benar minat akan subjek tu..teruskan..buktikan yang saudari betul2 minat akan subjek tu..dan satu pesan saya..tidak semestinya minat akan subjek programming..memaksa kita untuk jadi programmer..ok..
saudari amilyn..
Tentang masalah jerawat tu pula..saya harap saudari boleh bersabar..ya..setahu sayalah.. diusia saudari sekarang ni "peringkt remaja.."penyakit jerawat ni..biasalah..hormon waktu ni berubah..dan satu nasihat saya..kalau nak mengawal ye dari terus berlanjutan..saudari perlu kawal pemakanan saudari..jangan makan makanan yang bergoreng..ataupun mungkin boleh..tapi tengoklah kalau makanan terlalu banyak serap minyak..hindari ..ok..dan minum air suam banyak2...bersihkan wajah pada waktunya..jangan biarkan lebihan mekap tertampal diwajah tu..
Maaflah...saya tak berpengetahuan sangat..apa yang satu tahu tu..adalah pengalaman dari adik2 dan abang-abang saya..kadang-kadang saya kasihan tengok mereka..boleh dikatakan agak kritikallah..adik bongsu saya..wajahnya penuh dengan jerawat..sampai lebam2 mukanya..tapi sekarang ni..ALHAMDULILLAH..dia dah form 6(19 tahun)..dan jerawat beransur hilang..begitu juga dengan abang saya yang bongsu..pun teruk sangat..sampai pergi klinik ambil ubat..
saya harap adik sabar ye..cuma kalau rasa teruk sangat minta nasihat doktor..ok..itu cuma pandangan sayalah..
Dan...
Soal benda halus ni..kata orang jangan dibuat main2..tapi saya tak tahu nak kata macam mana..apapun saudari..bertanyalah pada yang pakar soal ni..dan beritahu family..maybe diaorang boleh cari ikhtiar..ya..
And last..u perihal sensitif tu..saya rasa..tak adalah..sebab pada saya..contohnya kawan baik saudari berkata begitu.."tentunya kita sedihkan..sebab rasanya sebagai kawan yang baik..maksudnya teman yang paling rapat..perlu memahami kita dan jaga hati kita..." Itu pandangan sayalah..
Apapun..jangan terlalu ambil hati dengan sikap kawan saudari tu..anggap dia tersilap mengucapkan kata-kata yang membuatkan hati saudari terguris..ya..
moga saudari boleh bersabar..dan selesaikan setipa masalah tu satu-persatu..ok..
Selau berdoa padaNYA...kerana setiap kebaikan dan kebahagian datang dariNYA..Moga diri saudari sentiasa dalam limpah rahmatNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

hadiazeediaz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.12.2005
Ahli No: 21062
Posting: 63
Dari: bumi melaka

Johor  


posticon Posting pada: 13-12-05 13:22


Assalamualaikum,

thinking positive!
thinking positive!
thinking positive!

InsyaAllah, segala permasalahan akan jadi ringan.

tawakal + usaha + doa kepada Allah

mungkin susah kita nak puaskan hati orang lain(sahabat saudari) tapi cukuplah jika kita telah berusaha untuk memuaskannya. Jangan ambil hati sangat dengan apa yang dia kata sebab saya pernah mengalami perkara ni dan tindakan yang saya ambil ialah perbaiki kelemahan diri dan tidak mengambil berat dengan apa yang dikata olehnya. Alhamdulillah, saya berjaya juga akhirnya, thank you Allah.

tentang saka tu; i'm not the right person to talk bout that.

pasal jerawat tu; gunakan OXY..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For hadiazeediazProfil   Hantar PM kepada hadiazeediaz   Pergi ke hadiazeediaz's Website   Quote dan BalasQuote

Yoni
Warga Rasmi
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20747
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-12-05 15:50


Sdri Ami,

Usah diambil hati dalam-dalam apa yang kita dengar dari sekeliling tentang diri kita. Apa yang penting kita ketahui kemampuan kita sendiri. Orang sekeliling boleh kata bermacam macam. Namun ketentuan akhir dan yang sebenar adalah kita sendiri.

Jadikan kata kata yang Sdri rasa merendahkan Sdri itu sebagai cabaran dengan anggapan ianya azimat pembakar semangat.

Apa yang lebih penting ingati Allah selalu dengan zikir, tasbih dan tahmid. InsyaAllah, Allah akan menolong orang yang sabar.

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For YoniProfil   Hantar PM kepada Yoni   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-05 16:25


assalamualaikum.....
saya simpati dengan masalah amilyn ni...
berkenaan dengan sahabat amilyn,give a dammed about her..
think about urself!

dalam belajar ni saya selalu berpegang pada kata-kata ni "Allah tak akan beri lebih daripada apa yang kita usahakan" cuba ingat balik, macam mana kita belajar, adakah keputusan yang kita dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan? rasa-rasa dah banyak study tapi Kenapa masih dapat markah rendah?..cuba check bahagian lain pulak...solat kita macam mana?ibubapa?doa?solat hajat? mesti ada yang tak kena..

akak ni bukanlah rajin sangat tetapi selalu bernasib baik dalam exam sebab biasanya topik yang akak baca keluar masa exam.. dan akak dapat jawab exam dengan baik..keputusan pun ok!
kebetulan ini selalu berlaku, dan ini mungkin berkat doa ibu dan ayah akak...

solat hajat penting! walauapa pun hajat kita, mintalah dengan Allah tapi dengan satu syarat, kita kena yakin bahawa Allah akan tolong kita. Seperti kulit berjerawat...minta dengan Allah supaya Allah mencantikkan wajah.

Akak dulu pun banyak jerawat tapi sekarang dah tak ada, apa yang akak buat?minta dengan Allah! kawan-kawan akak selalu tanya..pakai apa kat muka bagi hilang jerawat?jawapannya tak pakai apa-apa pun..

Ingatlah, walauapa pun mintaklah pertolangan dari Allah, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar masalah. Allah itu maha mendengar.
[ Telah diedit oleh: triptofana pada 14-12-05 16:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

eda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8563
Posting: 107
Dari: Di Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 16:25


assalamualaikum.....
ermmm ana bersimpati betul atas masalah yang amilyn alami..
manusia di muka bumi ni pelbagi garam..
ana tak nafikan sekarang ana pun mengalami masalah seperti amilyn..
cuma masalah saya ni pelik sikit..sebab saya ambil majoring dalam IT & BIOLOGI manakala kawan saya tu hanya alam sekitar saja..so yang mana senang..??ermm..=]
memang perit dan sedih kalau sahabat rapat kita sendiri berkate macam itu kan??
dulu masa mule2 dia berubah memang ana tak dapat terima..
tapi ana bernasib baik dikurniakan roomate yang amat memahami..
dia yang banyak beri ana semangat tiap kali ana rasa tertekan..
pada dia ana luahkn prasaan ana selain tuhan..
dan dalam masa yang same ana luahkan pada sahabat rpt ana tu tentang prasaan ana pada dia..
ana tak mahu ada praaan buruk pada dia sebab ana dah anggap dia seperti adik ana sendiri..kalau boleh ana nak perbaiki perhubungan yang dah meruncing ni..(bunyi macam suami isteri pula ek..=].)
tapi yang menyedihkan ana tu dia still tak brubah..
so ana cuba pula belajar untuk terima baik buruk sbht rapat ana tu..
sekarang alhmdulillah..walopon ana rasa tertekan+sedih dengar kata-kata dia..tapi dalam hati ana still berasa besyukur kerana sekurang-kurangnye ayat dia tu beri semangat kepada ana untuk lebih berusaha..

amilyn..
tjkkan pada dia yang kita pun boleh berjaye..
ana besyukur sejak 2 sem lepas result ana lebih tggi dari dia..
secara tak langsung mulut dia pun tertutup..malu la agaknya..
cuma sesekali tu kalau trial dia dapat lebih mula dia merendahkn ana..
tapi ana tak kisah pun..
sebab bagi ana..boleh dah menyakiti hati ssorg tu..tuhan akan bls balik pada kita..
berfikirang +ve la amilyn..
banyak-banyak berdoa dan mengaji al quran..
semoga kejayaan dan ketenangan akan amilyn peroleh suatu hari nanti..
INSYAALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edaProfil   Hantar PM kepada eda   Pergi ke eda's Website   Quote dan BalasQuote

eda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8563
Posting: 107
Dari: Di Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 16:48


ermm tentang masalah benda halus tu roomate ana pun mengalami..
mule2 memang ana tak percaya..
tapi bila dah tiap kali dia kena kacau mate dia semacam saja merah baru ana percaya..hehe..
kasihan ana tengok dia..kadang-kadang tu takut nak tidur..
tidur pun mesti bukak lampu..
boleh dia site bentuk2 benda halus tu ana pun seram sejuk..
mana taknye ana tidur sbelh dia saja..dalam balik tu cuma 2 orang saja..
dulu ana tak prasan bila tiap kali masuk maghrib, dia mesti ty ana tak mengaji ke hari ini..kadang-kadang tu kalau ana cuti mesti dia resah semacam saja.bila ana ty kenapa dia tak jawab..mungkin segan sebab ana baru berkenalan dengan dia..
alhamdulillah..tuhan bagi ana petunjuk..ana sedar perubahn dia boleh tiap kali dia dengar orang mengaji..ana rasa mungkin benda halus tu xle nak dekat agaknya..allahualam..cuma yang ana terkilan tu dia kurang tahu tentang ilmu agama ni..maksud ana tak berapa reti nak ngaji..
sekarang ni alhamdulillah..walopon bc merangkak2 tapi dia dah kurang dganggu.dia pun nmp dah boleh belajar dengan senang..ana pun dah tak rasa takut..hehe
pendek kata kat sini ana nak cuba bagitahu ialah perbykkn mngaji..walopon bacaan kita tersekat2..cuba belajar dari kawan-kawan yang dipercayai atau ustazah2..lagi satu kalau ada kesempatan rajin2 lah pergi ke surau..
roomate ana pernah kata..masa dia kat matikulasi dulu dia rajin la juga pergi surau.alhamdulillah..walopon dasarnye pergi surau sebab di wajib pada semua student pada waktu tu...tapi berkesan untuk mmagar diri kita dari benda halus ni..allahualam..ana cuma ceritakan saja apa yang dia ceritakan pada ana..
amilyn..
ana harap sdikit sby apa yang ana cerita ni sdikit sbyk dapat bantu amilyn..
berdoalah bbbyk ek..
ok wasalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For edaProfil   Hantar PM kepada eda   Pergi ke eda's Website   Quote dan BalasQuote

haiza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6626
Posting: 79
Dari: malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 17:16


Ya Allah ya Tuhan kami, Kau ampunilah sahabatku ini dah berikanlah kekuatan kepadanaya untuk menempuh dugaan ini. sahabatu, tabahkan lah hatimu.... semoga Allah sentisa berada di sisimu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haizaProfil   Hantar PM kepada haiza   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 02:53


byk2la berdoa padaNYA...insyallah akan ditolong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.162788 saat. Lajunya....