Oleh |
HARIAN METRO:PESTA SEKS DI PORT DICKSON (Selamatkanlah orang [email protected] melayu!!!) |
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 22-09-05 11:08
KUALA LUMPUR: Satu sindiket penipuan dikesan mencipta laman web lucah Melayu terbaru untuk meraih keuntungan âatas anginâ dengan mengumpan pesta seks eksklusif bersama model dan artis sekiranya menjadi ahli berbayar laman itu. Setiap ahli dikehendaki membayarRM60 menggunakan kad prabayar telefon bimbit bagi melayakkan mereka menyertai pesta seks beramai-ramai di Port Dickson, pada 31 Disember depan sempena sambutan Tahun Baru 2006. Selain itu, ahli atau ejen yang mengumpul mata tertinggi ditawarkan hadiah percutian âseksâ bersama âRatu Seks Melayuâ dan gadis tertentu yang disediakan khas pengasas laman web berkenaan. Ahli yang berjaya mempromosi atau menarik penyertaan rakan lain pula ditawarkan mata bonus yang melayakkan mereka membuat `temu janji seksâ dengan model lucah Melayu terkenal, âBabyrinaâ dan rakannya di hotel lima bintang di ibu kota. Penemuan laman web lucah terbaru itu dianggap memeranjatkan apabila ia didakwa lebih âpanasâ berbanding beberapa laman web lucah Melayu terdahulu seperti âMelayu Bolehâ, âSeks Melayuâ, âMelayu Telanjangâ dan âSkandal Melayuâ yang sudah ditutup. Kewujudan laman web lucah Melayu terbaru yang mula dikesan beberapa minggu lalu, menyajikan pelbagai segmen khas mencakupi galeri gambar dan video artis Melayu berbogel, koleksi beratus gambar bogel model dan remaja tanah air serta himpunan nukilan cerita lucah. Antara artis tempatan yang diaibkan melalui teknik potong dan tampal atau pertindihan (super impose) dan dipaparkan pada laman web berkenaan ialah Linda Rafar, Nasha Aziz, Fazura, Ning Baizura, Umie Aida, Abby, Azza dan Sasha Elite, Misha Omar, Marsha AF3, Erra Fazira dan berpuluh lagi artis lain. Selain itu, ahli laman web terbabit turut ditawarkan keistimewaan untuk bersembang seks melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan berpuluh gadis âhangatâ yang disediakan. Bagaimanapun, nombor telefon bimbit gadis remaja yang didakwa gemar membalas SMS lucah terbabit hanya akan diberikan kepada ahli berdaftar. Siasatan Harian Metro mendapati, orang ramai yang ingin menjadi ahli laman web lucah itu disyaratkan membeli kad tambah nilai prabayar berharga RM50 sebelum diarah mengikut syarat ditetapkan. Penganjur laman web terbabit mendakwa tambah nilai prabayar itu akan digunakan bagi membolehkan gadis seks menghubungi ahli selain disalurkan kepada tabung pemulihan pelacur tempatan. Setiap ahli baru yang berdaftar akan diberi peluang menyertai cabutan bertuah untuk âbermalam liarâ bersama model lucah Melayu, Babyrina dan gadis misteri yang pernah menjadi model iklan syampu pada 28 Oktober depan. Selain itu, pengasas laman web lucah terbabit turut cuba menarik perhatian ahli supaya menjadi ejen promosi halaman web lucah itu yang menawarkan pelbagai habuan menarik. Setiap ejen yang berjaya mengutip 20 mata akan menerima keahlian laman lucah itu secara percuma. Antara hadiah âhebatâ ditawarkan ialah cabutan bertuah untuk pesta dan temujanji seks jika mengumpul 20 mata, percutian seks di Langkawi bagi kutipan 1,000 mata, percutian seks di Sydney, Australia (5,000 mata) dan percutian seks di New York bersama artis misteri (10,000 mata). Selain itu, ahli laman web itu diberi keistimewaan melakukan muat turun berpuluh-puluh video adegan seks yang disediakan dalam laman lucah terbabit. Segala kerja licik mengumpul dan mendapatkan visual lucah terbabit didakwa dilakukan `wartawanâ laman web itu yang mempunyai hubungan baik dengan industri hiburan. Selain itu, wartawan misteri itu didakwa bekerjasama dengan pakar multimedia untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kedudukan strategik di tandas dan bilik hotel di ibu kota untuk merakam perlakuan seks bagi tontonan ahli berdaftar. Mereka dikatakan turut menjadikan gadis muda yang ingin menjadi glamor dengan sanggup membuka pakaian sebagai mangsa. Sementara itu, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, menyelar kewujudan laman web lucah Melayu terbabit yang didakwa mula menarik minat golongan belia termasuk pelajar. Menurutnya, pihaknya menerima sekurang-kurangnya 15 aduan daripada orang ramai berhubung laman web lucah terbabit termasuk ibu bapa dan guru sekolah. âKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu memantau perkembangan tidak sihat ini dan menghentikannya dengan segera. âSaya yakin, pengasas laman web menjadikan gambar lucah yang dikumpul daripada pelbagai sumber sebagai umpan untuk meraih keuntungan mudah selain menawarkan seks bebas sebagai tarikan paling utama kepada ahli baru,â katanya. Menurutnya, ramai remaja sekolah terpengaruh dengan keseronokan seks ditawarkan dan tidak mustahil cuba untuk menjadi ahli.
|
n_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -
|
Posting pada: 22-09-05 12:33
 sejak akhir-akhir ni Harian Metro banyak meletakkan berita berunsur seks di muka hadapan & ana tak nampak apa kepentingan atau kebaikan dengan berbuat demikian, melainkan nak lariskan jualan they should report this info to the authorities, and it shouldn't be published for public reading. daripada orang tak tahu pun ramai yang dah tahu & nak mencuba wAllahu a'lam
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 22-09-05 12:41
perkara yang macam ni lah yang mengundang kemurkaan Allah kepada kita...apa dah jadi dengan dunia sekarang... marilah kita sama2 berdoa agar kita dijauhkan dari bala Allah insyaallah....
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 22-09-05 13:25
Bukan harian metro saja.. majalah2 kecik2 pun semua nak letak pasal maksiat ini.. bagi orang ramai baca... bila orang baca.. orang naik syeikh.. lepas itu makin bertambah ramai yang buat.. Itulah realiti kat Malaysia...
|
wanina
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2005 Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 22-09-05 14:21
Pada 22-09-05 13:25 , Amrizal posting:!!! QUOTE !!! Bukan harian metro saja.. majalah2 kecik2 pun semua nak letak pasal maksiat ini.. bagi orang ramai baca... bila orang baca.. orang naik syeikh.. lepas itu makin bertambah ramai yang buat..
Itulah realiti kat Malaysia...
|
makcik_dininghall
Warga Rasmi Menyertai: 17.09.2005 Ahli No: 19096
Posting: 3
|
Posting pada: 22-09-05 14:44
ana setuju dengan n_farhanah...alasan nak menolong masyarakat..banyak lagi cara lain nak lariskan jualan,ye tak?
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 22-09-05 15:37
Dah lama Harian Metro buat kerja ni.......... Kita tengok adakah manfaat atau mudarat atas tersiar berita-berita seperti ini.... Mereka seolah-olah mengiklankan semua ini, yang tidak tahu pun jadi tahu.... SEMOGA ADA YANG WARNING HARIAN METRO DARI DOK MENDEDAHKAN KEAIBAN-KEAIBAN INI DAN DALAM PADA MASA MASA MENJADI EJEN PENGIKLAN KEPADA MEREKA INI. Sekalipun, ada pembanterasan, apa sangatlah hukuman ke atas mereka ini. Teringat satu kes di kelab malam di mana seorang penari lucah, seorang budak melayu didenda hanya RM25 kalau tak silap, dan dipenjara 2 minggu..... Mana MUFTI ???????????????????????????????????? mesyuaratlah, kajilah kebaikan tersiarnya berita-berita seumpama ini...............
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 22-09-05 17:10
ana pun dah lama mark harian metro ni... memang kebanyakan kisah2 seperti ni yang dipaparkan. lama-kelamaan, surat khabar bukan jadi sumber ilmu, tapi akhirnya jadi sumber bacaan lucah. senang pula didapati,..berlambak. yang baca pula bukan saja orang dewasa, ada jugak budak2 bawah umur. daripada tak tahu... boleh jadi tahu serba serbi. kanak2 sekarang lebih tahu hal2 tentang seks dari orang dewasa. apa sumbernya? dah tentu salah satunya adalah akhbar2 begini.
|
kama_klate
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.08.2005 Ahli No: 18331
Posting: 181
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-09-05 17:33
Pada 22-09-05 12:33 , n_farhanah posting:!!! QUOTE !!! 
sejak akhir-akhir ni Harian Metro banyak meletakkan berita berunsur seks di muka hadapan & ana tak nampak apa kepentingan atau kebaikan dengan berbuat demikian, melainkan nak lariskan jualan
they should report this info to the authorities, and it shouldn't be published for public reading. daripada orang tak tahu pun ramai yang dah tahu & nak mencuba
wAllahu a'lam
nak buat bisnes punbiarlah dengan cari yang betul................
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]
|
Posting pada: 22-09-05 17:43
 wwt... ish..ishh.. melampau betul...guna cara HARAM..sebab nak cepat kaya nak buat business kena lah pada tempatnyer...bukan dengan cara KOTOR macam ini.. :-| p/s:kembalilah ke pangkal jalan...
|
muslimahmuar
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.08.2005 Ahli No: 18544
Posting: 38
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 22-09-05 18:15
banyak media-media cetak kini sering memaparkan kemaksiatan.masalahnya bukan orang tu insaf,makin melambak-lambak kes-kes macam ni.apa nak jadi dunia sekarang,ni..............
|
kilauansyifa
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir
|
Posting pada: 22-09-05 18:18
rasa2nye mereka tu nak rasa camana kena tsunami + katrina agaknya...
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 22-09-05 20:49
> hari hampir kiamat... > moga dilindungi.. islam itu indah...
|
sakeenah
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor
|
Posting pada: 22-09-05 20:59
apapun sekarang ini kita tekankan tentang pewaris kemerdekaan Malaysia..pewaris pemimpin negara...jika ada ahli ukhwah yang beli Harian Metro memang mengucap banyak2...tak sangka juga sekarang ini ada anak Melayu yang buat pesta seks...lepas itu kat laut(kalau tak silap)siap ada lelaki dengan perempuan...jadi tingkatkanlah keimanan kita semua agar tak mudah terjerumus ke lembah yang hina ini...last sekali study betul2 mana tahu esok lusa ada ahli ukhwah yang jadi pemimpin negara..yang akan mengubah segalanya ke arah kebaikan..
|
sakeenah
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor
|
Posting pada: 22-09-05 21:04
actually sakeenah suka beli harian metro...tapi tak terasa pun harian metro ada benda yang tak senonoh..kalau ada sekalipun harian metro akan bangkitkan isu semasa tentang anak melayu sekarang yang dah tak tahu malu...masa baca itu niat biarlah betul2..jangan cepat sangka buruk..orang itu nak suruh kita sedar betapa teruknya bangsa kita sekarang bukannya nak lariskan jualan...jadi apa-apapun apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk kita jauhkan.
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 22-09-05 21:04
astaghfirullah, kemana adab dan sopan kita sebagai orang melayu? ______________ praise to you just for you...Allah
|
Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad
|
Posting pada: 22-09-05 22:11
Orang yang begini mahu direjam dengan batu saja...orang dah berlembut,nak naik kepala pulak..
|
czarcam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.
|
Posting pada: 24-09-05 02:00
|
Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.05.2005 Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu
|
Posting pada: 24-09-05 18:54
assalamualaikum... inilah remaje zaman sekarang...maksiat dah jadi amalan harian... memang ada pro pro and cons harian metro siarkan berita ni(dari sudut pandangan masy)... pro...boleh menyedarkan manusia tentang akhlak remaje zaman sekarang... membantu remaje2 yang sesat menyedarkan mrke ke arah kebaikan... cons...melariskan jualan metro and publisiti murahan.. macam-macam ada sekarang...bukan kat astro saja malah dalam masy Melayu... seks,lucah dan bende2 mungkar yang memang malu nak disebut...
|
MaWaR84
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.04.2005 Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu
|
Posting pada: 26-09-05 10:26
assalamualaikum..... kita rasa makin takut lah dengan isu begini.... dunia dah makin hampir dengan penghujungnyaa....
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 26-09-05 11:34
salam.... kiamat sudah dekat.... sesungguhnya mereka tidak tahu.............
|
in_saff
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18774
Posting: 35
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 26-09-05 11:41
memang tak ingat dunia lah puok-puok ni. apatah lagi nak ingat akhirat??? benda-benda yang sebegini memang patut dibasmi terus... di manakah fungsi pihak berkuasa dalam menghapuskan maksiat yang berleluasa ini??? tapi perlu kita ingat...kita sebagai orang biasa pun masih ada tanggungjawab untuk mendakwah mereka yang memang tak sedar diri ini....amar makruh wa nahi mungjar yang paling-paling lemah pun ialah dengan mengutuk perbuatan tersebut dalam hati kita... kalau lebih lagi, itu lagi baik...wallahua'lam...
|
ilham_thahurah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London
|
Posting pada: 26-09-05 12:06
entahlah dunia zaman sekarang...
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 26-09-05 19:06
hehhe... orang muda buat maksiat terang2 orang tua buat senyap2... tapi semua media dah dedahkan.. tapi apa tindakan susulan daripada kita ummat islam? heheh mufti pergi gempur..kena pecat.. RELA pergi tangkap kena amaran.. pegawai agama tangkap kena lempang... hehe... penguatkuasaan lemah dan tidak bersungguh2.. Kenapa tidak berikan saja hak kepada semua rakyat untuk menangkap pesalah maksiat. dan tutup semua punca maksiat.. p/s..sure pemerintah takkan buat.. adanya maksiat maka adalah BN...
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 26-09-05 21:47
..dunia dah nak kiamat..sifat malu dah tak ada.... -----------------
|
alKhattab
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.01.2005 Ahli No: 13471
Posting: 374
|
Posting pada: 29-09-05 14:05
tu lah sebenarnya realiti dunia hari ini,dunia kapitalis,sekular...yang memintingkan keuntungan semata-mta...siarkan untuk mendapat keuntungan...kalau tak siar orang tak tau...takla kecoh..
|
Darth_Alakazam
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16027
Posting: 95
Dari: kampar,perak
|
Posting pada: 01-10-05 06:05
sebenarnya segala isu panas/jenayah sememangnya menguntungkan... tambahan lagi jika terdapat perkaraÂČ yang berunsur dot dot dot... masalahnya orang ramai lebih suka akan membaca berkenaan perkara sebegini daripada isuÂČ yang membabitkan penyelewengan,ketidakadilan,penginayaan,kebobrokan serta bahan ilmiah yang bermanafaat. betui kata enchek al-khattab.. bagaikan serampang dua mata,perkara yang didedahkan sememangnya menguntungkan syarikat media disamping membuka mata masyarakat akan isu yang berlaku disekeliling mereka. Media tidak boleh dipersalahkan secara total sungguhpun ada segelintir media ,makalah dan penerbitan arus perdana yang menyimpang daripada menyatakan kebenaran,sebaliknya menjadi pemangkin terhadap penularan kejadian sebegini. Tahniah kepada pihak media yang prihatin kerana berani membuat pendedahan berkenaan masalah yang melanda masyarakat arus perdana kita. Celakalah kepada mereka yang menyembunyikan kebenaran dalam diam ,mereka yang buat donno serta mereka yang tidak mengambil iktibar disamping memperbaiki akhlak serta sahsiah diri mereka. dimanakah perginya kempen budi bahasa budaya kita , tak nak isap rokok, gemilang-cemerlang-terbilang,belia benci dadah,bersih cekap amanah, serta bla..bla...bla..... kempen lagi yang dijalankan. kalau begitu.. buat apa kempen jika hasilnya hanya seperti melepaskan batuk ditepi tangga. kompius anak malaysia dengan permasalahan glokal ke-malaysian itu sendiri sekiranya sikap individualistik,meterialistik,hiburanlistik,duniawilistik,periuk-nasilistik,fantasialistik,nafsi-nafsi melular dalam sanubari dan pemikiran setiap genap lapisan masyarakat itu pada amnya. apapun memang benar tandaÂČ kiamat semakin jelas kelihatan. cuma yang penting kita yang mengetahui jangan putus asa dalam menyampaikan kebenaran melalui pendekatan yang proaktif.. dengan ini saya mengakhiri lapuran saya dengan serangkap pantun pemerintah zalim lagi dimulia hiburan dan nafsu disanjung menyerlah kebobrokan beraja dimana mana tanda kiamat makin terserlah terima kasih Malaysia. karam singh walia melapurkan untuk buletin utama... ukwah dot com
|
sue_84
Warga 1 Bintang Menyertai: 27.11.2004 Ahli No: 12628
Posting: 35
Dari: k.nerang
|
Posting pada: 01-10-05 11:31
muda-mudi zaman sekarang memang sudah tak dah sifat malu dalam diri mereka...sebab itu lah maksiat berlaku dimana-mana.......apa nak jadi orang man sekarang....hinggakan orang yang berilmu pun boleh terjebak dalam gejala sosial macam ini.....dah memang dunia akhir zaman agaknya.....macam i lah keadaannya.....
|
bocah_anom
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.08.2003 Ahli No: 3021
Posting: 112
Dari: uniten
|
Posting pada: 01-10-05 13:55
Begitulah yang berlaku kalau penguatkuasa yang berkuasa tak ambil tindakan...nak harap NGO? makin kena saman adalah...nak arapkan Jabatan Agama yang telah dijabatankan, kang ilang pula kerje... kadang-kadang mereka sedar...tetapi?...kadang-kadang mereka merasakan perkara ini perlu dibendung..tetapi?....kesannya orang akan nampak bahawa Islam ni hanya sekadar solat, puasa, dan itu sahaja.... SEKULAR?.... mereka ada kuasa untuk hentikan...Kenapa taknak guna?... Allah berfirman " celakalah bagi orang yang mengatakan apa yang dia tak sendiri tak perbuat".... ulama' dihina artis di sanjung..apa semua ni?
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 04-10-05 14:08
hehhee.. jika tak siar kita tak tau kan.. nak siar pula bukan boleh main siar... so tak mengapa lah... mereka buat kerja mereka.. kita yang dah baca dan sedar ni... ada ke main peranan kita pula... ibarat buat filem.. orang jahat nak buat dot2 dot kat heroin ni.. habis semua dah koyak2 calar2 dah.. memang real lah... tiba-tiba hero salah skrip dah... so director pun cakap cut.. lepas cut kena buat lagi..dan lagi dan lagi..lagi..8 lagi.. dan macam tu lah sampai lah hero ingat skrip dia balik.. kita umpama hero tu..jika kita tak ambil tindakan siapa nak ambil... saja2 nak tanya lah... SIAPA KITA NI YA? p/s..s/khabar hanya mengkhabarkan.. takkan lah kita pun nak dikerbaukan pulak.. ikut saja idung..macam kerbau..
|
cairo
Warga Rasmi Menyertai: 25.01.2004 Ahli No: 6746
Posting: 16
Dari: uum
|
Posting pada: 05-10-05 22:54
 " /] sejak akhir-akhir ni Harian Metro banyak meletakkan berita berunsur seks di muka hadapan & ana tak nampak apa kepentingan atau kebaikan dengan berbuat demikian, melainkan nak lariskan jualan they should report this info to the authorities, and it shouldn't be published for public reading. daripada orang tak tahu pun ramai yang dah tahu & nak mencuba itu tanda strategi promosi akhbar mereka.,kalau tak letak kat depan mana orang nak beli... peristiwa macam ni tandanya dunia akhir zaman..kiamat semakin dekat...jauhkan dari bala Allah...
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 06-10-05 07:19
Bila zulmat diwar-war kan maka ianya akan bertambah banyak lagi... So, kita kenalah war-warkan perkara2 yang baik2 saja.... Tulah yang sepatutnya...
|