Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bunuh diri gagal peperiksaan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bunuh diri gagal peperiksaan

Please Mendaftar To Post


Oleh Bunuh diri gagal peperiksaan

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 21-09-05 02:03


Kisah masyarakat: Bunuh diri gagal peperiksaan jadi kenangan pahit
Halina Mohd Noor


Melayu bunuh diri bertambah? Tajuk akhbar itu menarik perhatian *Yusof (bukan nama sebenar). Sejarah lama mengimbau semula di fikirannya. Sejarah itu adalah titik hitam yang pernah menimpa keluarganya kira-kira tiga dekad lalu. Kalau boleh peristiwa hitam itu tidak mahu diingati lagi kerana ia umpama menoreh semula parut lama. Namun, tajuk akhbar itu tidak mampu mengekang Yusof daripada mengingatinya.

Dia meletakkan akhbar itu ke sisi. Pandangannya dilemparkan jauh ke halaman rumah yang sunyi sepi. Pandangan kosong itu seolah-olah diganti dengan skrin putih yang menayangkan semula satu persatu peristiwa yang menimpa keluarganya.

Yusof terbayang wajah arwah adiknya *Sulaiman (bukan nama sebenar) yang kurus tinggi dan putih melepak. Sekali pandang, adik bongsunya itu seperti seorang pemuda Cina. Memang pun keluarga mereka ada sedikit darah Cina bercampur Arab. Keenam adik beradiknya termasuk Yusof, anak yang sulung, mewarisi kulit putih, tubuh tinggi lampai dan hidung mancung.

Keluarga mereka golongan berada. Bapa Yusof terkenal dengan gelaran *‘Pak Man kaya’ di sekitar *Alor Setar (tempat ditukar nama) kerana memiliki berpuluh bidang tanah. Boleh dikatakan separuh kawasan bendang di kampung itu adalah milik bapanya. Kebun buah durian, manggis, rambutan dan dokong memberikan pendapatan lumayan tetapi Pak Man Kaya tidak pernah lokek memberi sedekah kepada orang kampung. Pendek kata, Pak Man Kaya memang dihormati seluruh penduduk kampung.

Lebih membanggakan, kecuali Yusof, anak-anak Pak Man Kaya semuanya boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran. Sekitar tahun 70 an dulu, mereka yang berjaya ke universiti memang tidak ramai. Dalam kampung itu pula, empat anak Pak Man antara yang mula-mula memasuki universiti. Pelajar universiti dihormati. Nama mereka pasti disebut-sebut oleh orang tua-tua sebagai contoh kepada anak-anak yang masih kecil. Adik kedua Yusof, bergelar doktor manakala yang ketiga dan keempat bekerja sebagai guru.

Ingatan Yusof kembali kepada adik bongsunya, Sulaiman. Seperti kakak dan abangnya, Sulaiman juga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Dia menjadi kebanggaan keluarga dan seluruh penduduk kampung. Memang sejak dari kecil, Sulaiman menyerlah dalam bidang akademik. Dia sering mendapat nombor satu di dalam kelas dengan markah yang baik.

Adik bongsunya itu menjadi harapan kepada kedua ibu bapa mereka yang bakal menyambung kejayaan yang diperoleh oleh kakak dan abang-abangnya. Yusof juga turut menumpang bangga apabila nama adiknya itu sering disebut-sebut penduduk kampung sebagai contoh apabila memberi nasihat kepada anak masing-masing.

Harapan Pak Man Kaya terhadap Sulaiman memang menggunung tinggi. Apa yang peliknya, Pak Man Kaya tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk belajar apatah lagi berkeras dalam hal-hal membabitkan pelajaran. Apa yang biasa diberikan adalah nasihat agar anak-anaknya mementingkan pelajaran sebagai ilmu di masa depan. Begitu juga dengan Sulaiman. Pak Man Kaya tidak pernah memaksa anaknya itu mengikut jejak langkah kakak dan abang-abangnya. Mungkin kejayaan kakak dan abang-abangnya itu sendiri menjadi dorongan untuk Sulaiman mencapai kejayaannya.

Sulaiman mengambil jurusan perubatan seperti abang Ngahnya. Dia bercita-cita menjadi seorang doktor juga. Pemergian Sulaiman ke ibu kota agak merisaukan ibunya kerana Sulaiman jenis tidak banyak bercakap. Dia pendiam orangnya dan susah hendak mendengar dia bercerita perihal peribadi. Kalau dekat pun tidak pernah bercerita apatah lagi bila berjauhan.

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, akhirnya Sulaiman sampai ke tahun akhir. Tahun itu menjadi penentu sama ada cita-cita Sulaiman untuk menjadi doktor bakal menjadi kenyataan selepas berhempas pulas selama ini. Pak Man Kaya yakin, adik beradik lain turut menaruh harapan agar Sulaiman pulang bersama segulung ijazah. Sepanjang tempoh itu, Sulaiman tidak pernah mengirim berita dan mereka sekeluarga juga enggan mengganggu tumpuannya.

Akhirnya Sulaiman pulang ke kampung dengan sambutan hangat. Pak Man Kaya membuat kenduri besar-besaran dengan menumbangkan seekor kerbau sebagai tanda kesyukuran. Apa yang menghairankan biarpun orang kampung dan saudara mara sudah berkumpul untuk mengucapkan tahniah, Sulaiman masih berkurung di dalam biliknya. Sejak kepulangannya pagi tadi, Sulaiman langsung tidak keluar menunjukkan muka. Lepas Asar, Yusof di minta memanggil Sulaiman keluar kerana bacaan doa selamat akan dimulakan tidak lama lagi. Namun selepas lima minit dipanggil, Sulaiman tidak menjawab. Pintu diketuk bertalu-talu namun kelibat Sulaiman tidak muncul-muncul. Suasana menjadi semakin kecoh apabila adik beradik yang lain turut memanggil dan mengetuk pintu. Daun pintu tertutup rapat dan sunyi sepi. Pak Man Kaya terpinga-pinga apabila panggilannya juga tidak disahut Sulaiman. Akhirnya mereka sepakat untuk memecahkan pintu dengan kapak.

Sebaik pintu terkuak, sekujur tubuh Sulaiman tergantung kaku di siling rumah. Lidahnya terjelir keluar dengan mata terbeliak. Suasana bungkam seketika dan tidak lama selepas itu baru terdengar jeritan tangis ibu dan adik beradiknya yang lain. Pak Man Kaya hanya kaku berdiri memandang jenazah Sulaiman dengan rasa tidak percaya. Tidak lama selepas itu, tubuh Pak Man Kaya rebah tanpa bergerak lagi. Isterinya juga pengsan.

Setelah disiasat, rupa-rupanya Sulaiman gagal dalam peperiksaan akhir. Akibat malu berdepan keluarga dan orang kampung yang menaruh harapan tinggi terhadapnya, Sulaiman lantas mengambil keputusan menggantung diri. Lebih menyedihkan, Pak Man Kaya turut meninggalkan dunia kerana terkejut pada masa hari itu juga. Setahun kemudian, ibu mereka pula menyusul. Persoalan bagaimana Sulaiman tergamak membunuh diri masih belum dapat dijawab oleh Yusof sehingga hari ini.



* Nama dan tempat asal kejadian telah diubah demi kebaikan mereka yang terbabit.


-----------------
"CaRiLaH KaSiH InsaN DemI CinTa TuHAn"


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

bulan_bintang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 396
Posting: 144
Dari: cyberjaya-the intelligent city

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-05 02:40


bagi seorang pelajar,gagal atau lulus dalam peperiksaan adalah satu kebarangkalian untuk apa yang telah kita usahakan.terpulang pada diri sendiri,bagaimana untuk kita kawal diri bila "lulus" dan "gagal".tapi perlu diingat kembali,jika Allah kehendaki sesuatu itu,maka terjadi lah ia.tak ada siapa boleh halang. :) belajar lah cara menerima "kegagalan" dan "kejayaan" itu.

[ Telah diedit oleh: bulan_bintang pada 21-09-05 02:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For bulan_bintangProfil   Hantar PM kepada bulan_bintang   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-09-05 05:35


tu laa...orang sekeliling seharusnya tidak expected the unexpected..jangan terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi...kerana akan menyebabkan tekanan kepada empunya diri.....peace...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 21-09-05 08:18


ada ke orang bunuh diri pasal ini??? ana, rasa tak berbaloi dan tak ada agaknya??? ana pernah dengar orang minum CLOROX sebab kena tinggai pakwe saja!!! hampeh..... pakwe, macam monyet pun nak sedih... kalau bukan kes tut??? KASIHAN...... kawan baik lah konon??? Kasihannnnnnnnnn..... tumpang simpati...
Sedar2 lah, semua yang Awak caka, Allah bagi kat awak balik... HUKUM KARMA itu namanya...


orang lain dapat emas, dia sibuk memburukkan orang lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 22-09-05 02:44


Pada 21-09-05 08:18 , farhanna posting:

!!! QUOTE !!!

ada ke orang bunuh diri pasal ini??? ana, rasa tak berbaloi dan tak ada agaknya??? ana pernah dengar orang minum CLOROX sebab kena tinggai pakwe saja!!! hampeh..... pakwe, macam monyet pun nak sedih... kalau bukan kes tut??? KASIHAN...... kawan baik lah konon??? Kasihannnnnnnnnn..... tumpang simpati...
Sedar2 lah, semua yang Awak caka, Allah bagi kat awak balik... HUKUM KARMA itu namanya...


orang lain dapat emas, dia sibuk memburukkan orang lain


apelah salah saya kat awak farhanna???saya cuma copy daripada berita harian saja...untuk bacaan ramai,nama pun ruangan copy and paste...kalau awak tak puas hati....cakap lah betul-betul,tak susah....ini sampai hukum karmalah...


-----------------
"CaRiLaH KaSiH InsaN DemI CinTa TuHAn"
[ Telah diedit oleh: syahbi pada 22-09-05 03:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 25-09-05 13:19


farhanna....farhanna....frust eh???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 25-09-05 13:49


Kekadang orang pendiam ini bahaya....
terlalu memendam rahsia....
akhirnya diri yang menderita...
mengapalah jalan itu yang dipilih?...
nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 15:13


Pada 25-09-05 13:19 , syahbi posting:

!!! QUOTE !!!

farhanna....farhanna....frust eh???


entahlah, mungkin agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 17:55


Kan orang pernah berkata' Gagal sekali bukan gagal selama2nya!'Kenapa perlu membunuh diri!!!! Kenapa tak terus mencuba lagi!Nau'zubillah.....
[ Telah diedit oleh: Aezza pada 25-09-05 17:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102546 saat. Lajunya....