Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 46 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: BAGAIMANA BILA NON-MUSLIM BERTANYA....


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» BAGAIMANA BILA NON-MUSLIM BERTANYA....

Please Mendaftar To Post


Oleh BAGAIMANA BILA NON-MUSLIM BERTANYA....

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-09-05 14:03


Assalamualaikum...

apa khabar sahabat2 semua...saya nak bertanya pendapat warga ukhwah semua...bagaimana bila non-muslim bertanya :

" saya tidak sesekali percaya bahawa Islam itu agama yang benar..."muslim sering mengatakan Nabi Muhammad adalah nabi terakhir", so tiada lagi nabi yang akan datang muncul dan menceritakan tentang kebenaran Islam...bila muslim sendiri mengaku Nabi Muhammad nabi terakhir...bermakna zaman Islam sendiri sudah berakhir...siapakah yang akan muncul dan meyakinkan kami bahawa Islam itu agama yang benar...???"

soalan ni mungkin tak complicated bagi mereka yang penuh dengan ilmu di dada...sila berikan pendapat ye...penting untuk menjawabnyer dengan berhikmah...:)yakin kan mereka...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

rebel7th
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18698
Posting: 32
Dari: Newcastle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 14:22


emm...
tak reti actually nak menjawab dengan tepat..

kalau jawapan saya..imagine saja lah ni ..

Kami beriman dan yakin dengan Allah..
Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya..
yang mana di pilih daripada kalangan manusia juga kerana manusia lebih memahami manusia..manusia yang ada hidup dan ada mati...

dan..bila Nabi Muhammad SAW meninggal dunia..
dia tinggalkan kepada kami Al-Quran dan As Sunnah selaku petunjuk..
untuk kami ikuti...
jadi..bila Nabi Muhammad SAW meninggal dunia...yang berakhir adalah zaman baginda..bukan zaman Islam...

dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam...jadi..disinilah terjelasnya bahawa Islam itu agama yang benar..

(interaktif baru best sebenarnya...)

boleh pakai ke? Sorry ek..sambil bekerja ni idea tak berapa nak mai..
insya Allah..saya tengah mengkomputerizedkan buku Apa Kata Bible Terhadap Muhammad karangan Ahmad Deedat..siap nanti insya Allah boleh share..

:)
[ Telah diedit oleh: rebel7th pada 07-09-05 14:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For rebel7thProfil   Hantar PM kepada rebel7th   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-09-05 14:35


Assalamualaikumm

thnx...yang part :

"dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam...jadi..disinilah terjelasnya bahawa Islam itu agama yang benar.."

bagaimana kalau dibalas balik..."kami dah sememgnya tak berpegang pada Quran...so, please don't use Quran as your reference..."-bermkna mungkin kah di sini kita kena guna psikologi...mereka juga ada kitab mereka sendiri, dalam kitab mereka juga ada mengatakan, agama mereka lah agama yang benar...

wassalamm

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

rebel7th
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18698
Posting: 32
Dari: Newcastle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 15:44


owh...
yang itu ada part nak balasnya...
baca buku dialog islam kristian...
ada cerita sikit tang tu...

ana tak ingat...
sesiapa ingat boleh lah habaq...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebel7thProfil   Hantar PM kepada rebel7th   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 16:23


soklan yang berat... xberani nak jawab laaa...
tunggu jawapan dari orang yang ahli...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 16:50


zaman nabi berakhir kan digantikan dengan zaman khulafa' arrashidin, sahabat2 nabi, tabiin, dan sekarang ni ahli sunnah wal jamaah. semuanya adalah mengikut apa yang pernah diajarkan oleh nabi. quran juga adalah mukjizat nabi yang dijamin kandungannya tidak berubah dari zaman nabi sampai hari kiamat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 07-09-05 17:31


macamana ah? orang bukan islam tu, kalau dia kristian, bagi dia baca buku The Choice by Ahmad Deedat, atau bagi dia tonton vcd dialog Ahmad Deedat dengan paderi kristen tu... tak payah nak jawab apa-apa lepas tu, rasanya bukui dan vcd tu lebih dari cukup kan???? entahla... rumit juga soalan tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-09-05 17:56


Assalamualaikum....

ye...memang rumit...saya akuinyer...tapi
sewajarnyer topik2 yang seumpama ini lah patut dibincgkan di laman ini...bukan bergaduh tak tentu pasal macam kat sesetangah topik tu...

kat laman ni ramai pakar2nyer, as a muslim...kita kena belajar dan mengkaji sejauh mn untuk menjwabnyer dengan berhikmah...sama2 kita cari jwpnyer...biasalah non-muslim, mereka akan memutar belitkan balik jawapan yang kita bagi, hujah2 yang kita bagi...kadang-kadang boleh hilang idea terus....

banyak lagi yang lebih dari rumit kalau nak dibandingkan dengan soalan ni...cuma setakat ni, saya perlukan jawapan untuk soalan tersebut...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 18:12


Assalamualaikum memang benar sesetengah soalan memang memerlukan pendekatan psikologi....

memula perlu ketahui siapakah golongan yang bertanya adakh seorang saintis , seorang mubaligh, seorang non muslim yang biasa sahaja, golongan terpelajar, golongan yang keras menentang Islam dan sebagainya , supaya jawapan yang diberi sesuai dengan kefahaman mereka dan mereka mudah memahami apa yang yang kita terangkan itu


Sudah semestinya golongan yang suka kepada bukti memerlukan satu bukti yang nyata mengatakan kebenaran Islam itu....dan nyatakan kembali kepadanya, dari segi kehidupan makhluk ini ...apakah yang tiada di ajar didalam Islam, dan minta ia bandingkan agama mana yang selengkap ajaran Islam ini dari segi mengatur kehidupan manusia, tak perlu berdalil Al Quran....cukuplah dalil akli untuk menjawapnya...hindu ..tak lengkap, Christiian tak lengkap, bahai tak lengkap, budha , tak lengkap juga...jadi secara logiknya ajaran yang paling lengkap dan yang paling completed dalam mengatur kehidupan adalah ajaran yang benar lagi tulin..
didalam Islam semuanya ada ....daripada tatacara membuang air sampailah tatacara mnejalankan perintah kenegaraan... dan sesuai pula dijalankan di setiap zaman..

InsyaAllah mungkin ada sambungan...sekadar yang mampu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 19:11


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah satu soalan yang baik. Sebagai seorang Islam maka kita sewajarnya menjawab dengan berhemah dan menjelaskan secara ikhlas. Yang pertama sentuh akan maksud Rasul terakhir. Bermakna yang menjawab hendaklah tahu akan seerah para Nabi dari Nabi Adam as hinggalah ke Nabi Muhammad saw. Rasul terakhir tidak bermakna tiada siapa lagi yang boleh menjelaskan tentang Islam sebab mukjizat yang ditinggalkan iaitu Al Quran ada dan juga Al-Sunnah. Dua perkara yang menjadi panduan orang Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw.

Daripada itu biarkan yang bertanya menyoal dari sedikit penjelasan kita. InsyaAllah dengan ilmu, keikhlasan dan iman sesiapa saja boleh menjalankan tanggungjawab menyampaikan walau satu ayat. Petunjuk hidayah tetap dari Allah SWT.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Seorang hukama berkata: “Hitunglah rahmat Allah jangan lah menghitung kesusahan yang menimpa”.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 19:30


izinkan saya yang cetek pengetahuan ini menyampuk:P

benar pandangan zulman yang kita perlu tahu latar belakang mad'u serba sedikit bagi memudahkan process dakwah.

Tiada agama yang junjungan mereka masih hidup jadi segalanya bergantung pada tinggalan 'ujunjungan tersebut iaitu kitab2 atau scriptures.
untuk mengetahui sesuatu agama itu benar atau tidak kena kaji scriptures nya. dalam megkaji scriptures pertama pastikan yang ianya tidak mengalami sebarang perubahan dari waktu ia diturunkan. kedua cuba buat falsification test keatas scriptures tersebut untuk memastikan ia benar-benar dari Tuhan. kemudian baru masukkan bagaimana reliablenya scriptures tersebut dengan keadaan dan terutama sains.

insyaAllah tu serba sedikit yang boleh saya kongsikan pada masa ni. ada masa saya reply lagi insyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 19:32


oh tak perasan reply bermanfaat dari ummimq, maybe saya biarkan browser saya terlalu lama terbuka dan tak refresh. ummimq adalah yang sama dengan yang di AlFikrah kan? =)
[ Telah diedit oleh: Al-Faisal pada 07-09-05 19:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 20:25


ye...memang rumit...saya akuinyer...tapi
sewajarnyer topik2 yang seumpama ini lah patut dibincgkan di laman ini...bukan bergaduh tak tentu pasal macam kat sesetangah topik tu...


hello shaharatulqibtiah, bakal nenek ipar, manis nama 2!!!!!!!!!!! takkan marah!!!!!!!!! kalau tak boleh kena kritik jangan bagi pendapat!!!!!!!!!!!    

ok. Aku puji tajuk yang engkau posting ni, BILA NON-MUSLIM BERTANYA AGAMA ISLAM ITU BENAR @ tak? HARAP ENGKAU tak MARAH aku MASUK DALAM POSTING ENGKAU!!!!!!!!!

misalnya engkau ada 2 orang kawan bangsa india, seorang bangsa buddha, seorang lagi bangsa kristian!!! mereka ber2 tanya engkau, betulkah agama islam ni betul? apa engkau nak jawab!!!!!! pada aku, firstly engkau kena ingat ISLAM itu ADDIN...ADDIN 2 apa? ADDIN itu ialah BENAR, SATU, KEKAL.......BILA ENGKAU FIKIR TENTANG 2, insyaAllah engkau boleh hujah mereka balik kerana itulah KUNCI segala persoalan, salah tanggapan, penghinaan orang2 kafir terhadap agama ISLAM YANG BENAR....OK, sampai sini saja. Aku takut komen aku ni tak diterima!!!!!!!!! kalau engkau nak jawapan lebih lanjut, usahalah cari vcd ULAMA ISLAM VS PADERI KRISTIAN!!!!!!!! terhangat di pasaran sekarang ni!!!!!!!!

minta maaf!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 22:06


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An-Nahl 16:125)

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah".(Ali Imran 3:64)
[ Telah diedit oleh: Al-Faisal pada 07-09-05 22:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-09-05 23:10


Pada 07-09-05 20:25 , cheekmate posting:

!!! QUOTE !!!

ye...memang rumit...saya akuinyer...tapi
sewajarnyer topik2 yang seumpama ini lah patut dibincgkan di laman ini...bukan bergaduh tak tentu pasal macam kat sesetangah topik tu...


hello shaharatulqibtiah, bakal nenek ipar, manis nama 2!!!!!!!!!!! takkan marah!!!!!!!!! kalau tak boleh kena kritik jangan bagi pendapat!!!!!!!!!!!    

ok. Aku puji tajuk yang engkau posting ni, BILA NON-MUSLIM BERTANYA AGAMA ISLAM ITU BENAR @ tak? HARAP ENGKAU tak MARAH aku MASUK DALAM POSTING ENGKAU!!!!!!!!!

misalnya engkau ada 2 orang kawan bangsa india, seorang bangsa buddha, seorang lagi bangsa kristian!!! mereka ber2 tanya engkau, betulkah agama islam ni betul? apa engkau nak jawab!!!!!! pada aku, firstly engkau kena ingat ISLAM itu ADDIN...ADDIN 2 apa? ADDIN itu ialah BENAR, SATU, KEKAL.......BILA ENGKAU FIKIR TENTANG 2, insyaAllah engkau boleh hujah mereka balik kerana itulah KUNCI segala persoalan, salah tanggapan, penghinaan orang2 kafir terhadap agama ISLAM YANG BENAR....OK, sampai sini saja. Aku takut komen aku ni tak diterima!!!!!!!!! kalau engkau nak jawapan lebih lanjut, usahalah cari vcd ULAMA ISLAM VS PADERI KRISTIAN!!!!!!!! terhangat di pasaran sekarang ni!!!!!!!!

minta maaf!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum...

apa khabar cheekmate...dialu2kan...buat apa nak marah...jemput2 masuk...saya dah beli dan dah dngr pun cd tu..terima kasih..jom kita tukar cd tu...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 23:18


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah ya sama wahai anakanda al-faisal. Sekedar mencari ilmu secara online mudah bagi orang tua seperti umi ini. doakan umi dalam doa anakanda ya agar sihat dan diberkati umur ini.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-09-05 23:24


Assalamualaikum...wr wb..

kami sentiasa doakan umi, doakan kami juga...syukran jazilan, pendapat yang umi berikan amat kami hargai.....:)

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 01:37


assalamualaikum warahmatullah,

bukan mudah untuk warga emas saja, untuk yang belia2 serupa saya ni pun. teknologi dari disalahgunakan baik jadikan medium mencari ilmu.

insyaAllah doa saya bersama ummi dan sahabat2 yang lain.

wasalam
-AlFaisal-

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 08:50


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah marilah kita sama-sama ikhlaskan diri dalam mencari ilmu dan amalkan sepertimana yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Al Sunnah. Robbi zidni ilman nafi'an warzuqni fahman wasi'an. Allah telah anugerahkan kepada anak-anak akal dan hati maka jadikan ia sebagai 'filter' atau penyaring kepada apa saja. Untuk menjadi filter yang bagus maka ia mestilah tebal dengan iman dan ilmu serta ihsan. Contohnya remaja hari ini memilih hiburan yang sementara (muzik dll) sedangkan mengabaikan hiburan yang kekal (syurga di akhirat kelak - rujuklah ayat Al Quran dan janji Allah pada mereka yang berfikir).

Adakah dikatakan waras akal seseorang yang memilih yang tidak elok dari yang elok? Sebab itu ada hadis yang menyebut mafhumnya ORANG YANG BIJAKSANA ialah orang yang INGAT PADA MATI dan MEMBAWA BEKAL YANG BANYAK UNTUK MATI. Maksud bekal ialah BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT NYA dan melakukan ibadan sebanyak-banyaknya Lillahi Ta'ala.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Kenapa susah untuk tinggal maksiat? Sebab sepertimana cinta pertama yang sukar dilupai begitulah sekiranya maksiat pernah dilakukan. Bertaubatlah segera!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 19:49


Pada 08-09-05 08:50 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah marilah kita sama-sama ikhlaskan diri dalam mencari ilmu dan amalkan sepertimana yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Al Sunnah. Robbi zidni ilman nafi'an warzuqni fahman wasi'an. Allah telah anugerahkan kepada anak-anak akal dan hati maka jadikan ia sebagai 'filter' atau penyaring kepada apa saja. Untuk menjadi filter yang bagus maka ia mestilah tebal dengan iman dan ilmu serta ihsan. Contohnya remaja hari ini memilih hiburan yang sementara (muzik dll) sedangkan mengabaikan hiburan yang kekal (syurga di akhirat kelak - rujuklah ayat Al Quran dan janji Allah pada mereka yang berfikir).

Adakah dikatakan waras akal seseorang yang memilih yang tidak elok dari yang elok? Sebab itu ada hadis yang menyebut mafhumnya ORANG YANG BIJAKSANA ialah orang yang INGAT PADA MATI dan MEMBAWA BEKAL YANG BANYAK UNTUK MATI. Maksud bekal ialah BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT NYA dan melakukan ibadan sebanyak-banyaknya Lillahi Ta'ala.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Kenapa susah untuk tinggal maksiat? Sebab sepertimana cinta pertama yang sukar dilupai begitulah sekiranya maksiat pernah dilakukan. Bertaubatlah segera!


setuju dengan pendapat ummimq... sokong 100%... semoga dijadikan panduan oleh seluruh warga ukhwah.com... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 23:25


salam,

ana bukan nak bagi jawapan kerana ana bukan ahli
ana terharu dengan anti
alhamdulillah....
ana tak pernah tengok cd, apatah lagi mengenali lebih dekat tokoh2 seperti ahmad deedat. doakan ana.

Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir. Kalimah ini adalah pelengkap iman.

Selepas ini memang tiada lagi Rasul yang akan menerangkan kebenaran Islam
Jadi, siapa yang akan menerangkan kebenarannya?
Para ulama'
Bukankah ulama' pewaris Nabi?

kalau diberi Allah umur yang panjang, berjanjilah pada ana anti akan melahirkan para ulama' ini untuk memastikan Islam tak berakhir dengan berakhirnya utusan Allah.
p/s kalau ada masa mesej ana.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-05 00:48


Pada 07-09-05 14:03 , shaharatul_qibtiah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat2 semua...saya nak bertanya pendapat warga ukhwah semua...bagaimana bila non-muslim bertanya :

" saya tidak sesekali percaya bahawa Islam itu agama yang benar..."muslim sering mengatakan Nabi Muhammad adalah nabi terakhir", so tiada lagi nabi yang akan datang muncul dan menceritakan tentang kebenaran Islam...bila muslim sendiri mengaku Nabi Muhammad nabi terakhir...bermakna zaman Islam sendiri sudah berakhir...siapakah yang akan muncul dan meyakinkan kami bahawa Islam itu agama yang benar...???"


Waalaikumsalam

cuba ukht. shaharatul_qibtiah reverse semula soalan tu pada non-Muslim yang bertanya (Kenapa dia yakin dengan agamanya) & lihat apa pula jawapan dia. adakalanya kita perlu menggunakan hujah akal, bila mereka tak mahu terima dalil al-Quran (pada permulaan saja). analogi atau perbandingan juga boleh membantu

the main point is, we don't worship Nabi Muhammad. nevertheless, kita percaya dengan kebenaran risalah yang disampaikan oleh Baginda, melalui panduan yang ada pada kita (al-Quran & as-Sunnah) & dengan bantuan para ulama' untuk menerangkan segala kesamaran yang timbul di kalangan umat Islam. sebab tu w/pun Baginda dah wafat 1400 tahun yang lalu, ajaran Islam masih tak berubah & we still worship the same God (Allah the Almighty). bahkan jika ikut logik non-Muslim yang bertanya tu, tiada agama dalam dunia ni yang benar sebab semua penyampai risalah mereka telah meninggal dunia (unless you're dealing with an atheist)

kalau nak guna perbandingan, mungkin sis boleh ambil contoh ideologi sekularisme. bagaimana fahaman tersebut boleh bertahan hingga ke hari ini, adakah kerana orang yang mengasaskannya (yang dah mati berabad lamanya) ataupun kerana percaya pada ideologi yang dibawanya?

mungkin sis atau yang lain boleh fikirkan analogi atau perbandingan yang lebih mudah. pada sesiapa yang berminat, boleh download audio & video percuma yang disampaikan oleh Almarhum Syeikh Ahmad Deedat, Doc. Zakir Naik (murid kepada Syeikh Deedat) dll dari laman ini: Aswat al-Islam

wAllahu a'lam :-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 09-09-05 01:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 09-09-05 09:53


berdakwah biar dengan penuh hemah... :).. jangan sampai merosakkan agama Allah. Biar orang yang selayak-layaknya...
1. bermula diri sendiri, keluarga terdekat,baru kat orang lain ye :)
... takut saja, yang nak berdakwah jauh terpesong,bagaimana orang nak respect... Allahualam..

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-09-05 20:06


yapz..dakwah lah dengan penuh hikmah,sampaikan kebenaran,cerita tentang Islam yang sebenar,bukan islam yang telah dikotori....

Selebihnya,serahkan kepada Allah s.w.t

Sebab tu lah kita kena sangat sangat sangat bersyukur sebab hari ini,kita masih lagi mendapat hidayah Allah s.w.t,kita masih lagi Islam...Syukur...

Selalu-selalu lah doa supaya Allah s.w.t tak pesongkan hati kita,.....Amin..

Alhamdulillah..kita masih Islam...

Wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 06:49


Pada 07-09-05 22:06 , Al-Faisal posting:

!!! QUOTE !!!

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An-Nahl 16:125)

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah".(Ali Imran 3:64)


assalamualaikum,
saya sangat bersetuju dengan al-faisal, umi dan lain-lain yang kita perlu menjawab secara berhikmah. sekiranya dalam menjawab persoalan non-muslim yang kita tatau jawapannya...puji dia kerana tanya soal soalan yang kita sendri tak pernah terfikir. bagi dia rasa dihargai dan bagi tau yang kita tatau jawapan dia dan akan tanya pada orang yang lebih tau. dan bila dah tau jawapan dia..kita akan kembali kepadanya.

walaupun kita akan dilihat seakan-akan 'kalah', namun harus diingat dalam menyampaikan islam, bukan kemenangan yang dicari, tetapi kebenaran. semoga dengan jawapan kita yang ikhlas itu akan membuatkan dia terfikir dan mendapat hidayah.

dan satu lagi pendapat saya... telah sekian lama orang-orang non-muslim mengkaji agama kita, tapi pernahkan kita terfikir untuk mengkaji agama mereka? dan ada advantagesnya jika kita mengkaji agama mereka. contohnya, jika dia beragama Christian... kita dapat mengkaitkan dengan hujah2 dari kitab Bible itu sendiri, dan pasti dia tidak akan mempertikaikannya. selain itu, kita dapat mengetahui dari sudut pandangan mereka terhadap Islam. cara terbaik untuk menjawab..adalah mengetahui cara mereka memandang Islam itu sendri.

p/s: dalam menjawab kepada non-muslim, gunakan bahasa yang mudah dan istilah2 yang biasa bagi mereka. kurangkan menggunakan perkataan2 arab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

nurulhidayahmokhtar
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2005
Ahli No: 19636
Posting: 7
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 13-10-05 16:59


siapakah yang akan muncul dan meyakinkan kami bahawa Islam itu agama yang benar...???"

kita ada al quran yang jadi panduan
bible diolah dari al quran
saintis barat buat research guna quran
    "        "    translate cendekiawan islam yang juga guna quran
    "        "    popularkan nama depa padahal semua tu asalny quran

conclusion....
             al-quran jadi bukti islam itu agama yang benar!
[ Telah diedit oleh: nurulhidayahmokhtar pada 14-10-05 11:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulhidayahmokhtarProfil   Hantar PM kepada nurulhidayahmokhtar   Pergi ke nurulhidayahmokhtar's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 15:24


bagi saya, tidak perlu bangkitnya seseorang yang akan bangkit menyakinkan bahawa islam ini agama yang benar..kerana islam itu sendiri menjalar di tubuh penganutnya pada keyakinan iaitu yang dipanggil keimanan...lihat sahaja rukun iman yang mempertegaskan konsep percaya kepada perkara yang di luar daripada logik manusia..
bagi saya jika orang yang bertanya soalan itu ialah seorang kristian kita boleh mengunakan hujjah al-quran kerana padanya masih ada keyakinan adanya tuhan yang satu yang maha berkuasa(tuhan ayah) terangkan pada mereka bahawa setiap mukmin yang yakin kepada islam mereka akan menyatakan sami'na wa atoqna....kami dengar dan kami taat....lalu disana adanya ayat al-quran yang bermaksud "sesungguhnya kamilah yang penurunkan zikra'(agama dan peringatan) maka kamilah yang akan melindunginya sampai hari kiamat" dan rasulullah juga bersabda bahawa "saya tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada keduannya iaitula al-quran dan sunnah pengajaranku(al-hadis)" terangkan kepada mereka setiap jiwa mukmin mesti dan wajib menyakini apa sahaja yang datang dari sumber al-quran dan al-hadis dan sesiapa yang tak mempercayainya katakan pada mereka orang itu bukan lagi mukmin....apabila mereka bertanya bagaimana kamu yakin yang al-quran dan al-hadis itu masih kekal kandungannya?....katakan pada mereka tentang ayat allah tadi bahawa allah lah yang memeliharanya dan kekuasaan allah mengatasi kebujaksanaan makluk....jelaskan pada mereka betapa bible itu telah diubah kandungannya dimana tidak ada keseragaman kandungan antara bible satu mazhab dengan mazhab yang lain...katakan pada mereka adakah tuhan akan merasa lapar dan penat seperti yang bible ceritakan dalam kitabnya...??
jika mereka hindu atau buddha katakan pada mereka sebagaimana hujjah nabi kepada penyembah2 berhala...tuhan yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana tuhan itu sendiri merupakan buatan orang....dan tidak adanya kesyumulan dalam agama mereka...
terangkan pada mereka dengan hikmah dan kebijaksaan tampa hati mereka dilukai dan tampa agama kita dicelai...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Alfialfuddin
Warga Rasmi
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19776
Posting: 4
Dari: Subang Jaya

Kedah  


posticon Posting pada: 14-10-05 16:12


setuju setuju

Bookmark and Share

    


  Member Information For AlfialfuddinProfil   Hantar PM kepada Alfialfuddin   Pergi ke Alfialfuddin's Website   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 16:23


nice story....

Ada seorang pemuda yang lama bersekolah di negeri paman Sam kembali ke Tanah air.Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya mencari seorang guru agama, kyai atau sesiapapun menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut...

pemuda : Anda siapa? dan apakah bisa menjawab pertanyaan pertanyaan saya?

Kyai :saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan mejawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin?sedangkan profesor dan banyak orang pintar pun tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya mempunyai 3 pertanyaan.
1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api Kenapa dimasukkan keneraka yang diperbuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai menampar pipi si pemuda dengan kuat.

Pemuda : Kenapa anda marah pada saya? (sambil menahan sakit)

Kyai : Saya tidak marah....Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya...

Pemuda : saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kyai : Jadi anda percaya bahawa sakit tu ada?

Pemuda : Ya

Kyai : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa

Kyai : Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama
{kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudannya}.

Kyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

pemuda : Tidak

Kyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak

Kyai : itulah yang dinamakan takdir

Kyai : Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda
diperbuat dari apa?

Pemuda : Kulit

Kyai : Pipi anda diperbuat dari apa?

Pemuda : Kulit

Kyai : bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit

Kyai : Walaupun Syaitan diperbuat dari api dan Neraka diperbuat dari api, Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk Syaitan.

Pemuda : Tercengang dan menangis....

P/s : pengajaran buat semua.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 17:08


:roll: payah juga soalan nii...kena fikir baik2 untuk bagi jawapan yang meyakinkan .org yang agama Islam adalah agama yang benar.... :oops:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129679 saat. Lajunya....