Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: 700 TAHUN ISLAM DI TERENGGANU DARUL IMAN


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» 700 TAHUN ISLAM DI TERENGGANU DARUL IMAN

Please Mendaftar To Post


Oleh 700 TAHUN ISLAM DI TERENGGANU DARUL IMAN

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-07-03 09:58


Disediakan: Zaidi Ahmad Albaqir - Roswell

“Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu matikan”

Catatan pada Batu Bersurat Terengganu dengan tulisan Jawi bertarikh 22 Februari 1303/4 Rejab 702 A.H. yang membuktikan bahawa pelaksanaan Hukum Jenayah Islam di bawah Undang-undang Islam di Terengganu adalah antara yang terawal di Malaysia. Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918 ). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam[1]. (Pent.)

Kuala Terengganu – Tidak ramai rakyat yang peka betapa Islam sudah bertapak di Negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia selama 700 tahun.

Pada 22 Februari lalu 2003 lalu, genap usia kedatangan Islam di Terengganu selama 700 tahun berdasarkan tarikh/tanggal yang tercatat di Batu Bersurat yang ditemui di Hulu Terengganu.

Penemuan Batu Bersurat itu merakamkan betapa Islam telah ada di Terengganu pada 22 Februari 1303 telah mengubah sejarah awal yang menyebut bahawa Islam mula tiba di Malaysia melalui Melaka dalam tahun 1409 Masihi.

Hampir semua buku sejarah mengatakan bahawa Islam di negara ini bermula di Melaka tetapi penemuan Batu Bersurat itu menyebut bahawa Islam tiba melalui Terengganu 100 tahun lebih awal iaitu 22 Februari 1303.

Kerajaan Terengganu Darul Iman dulu dan sepakat (di bawah pentadbiran Barisan Nasional-UMNO dan Barisan Alternatif-PAS) sepakat menerima Batu Bersurat itu sebagai asas mempercayai Islam tiba ke Tanah Melayu melalui Terengganu.

Bagi Kerajaan Terengganu Darul Iman ianya adalah satu kebanggaan dengan status ini. Dalam sesatu majlis atau seminar, apabila menyentuh tentang kedatangan Islam ke Malaysia, pemimpin Kerajaan dengan yakin menyebut peristiwa penemuan Batu Bersurat itu.

Malah, Kerajaan Terengganu Darul Iman menjadikan replica Batu Bersurat itu sebagai cenderahati kepada tetamu negeri atau kepada tuan rumah negara/negeri yang dikunjungi oleh pemimpin Kerajaan Negeri.

Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah menjadikan sejarah Batu Bersurat dan kemasukan Islam melalui Terengganu itu sebagai Tesis kajian sarjana beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Versi Cetak Warta Darul Iman – Tahun 3 – Bil 74 – 8 Jamadilawal 1424/8 Julai 2003

Sila lawati: terengganu.gov.my - E-mail: [email protected]

------------

[1]

Keadaan bertukar selepas kedatangan Inggris/British ke Tanah Melayu. Melalui treati yang dibuat oleh British dengan Sultan-sultan Melayu, Sultan-sultan Melayu telah bersetuju di tiap-tiap Negeri menerima nasihat Inggris/British dalam semua perkara pentadbiran kecuali mengenai agama Islam dan adat Melayu. Treati-treati itu telah ditafsirkan seluas-luasnya oleh British supaya membolehkan mereka mengembangkan pengaruh mereka di dalam semua perkara termasuk pentadbiran Undang-undang Islam. Pihak Inggris/British juga telah menasihati Sultan-sultan Melayu menubuhkan mahkamah dan akhirnya mahkamah itu telah mengambil bidangkuasa dan tempat Mahkamah Syari’ah. (Lihat Profesor Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim, “Pelaksanaan Undang-undang Hudud di Malaysia” dalam “Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia”, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1997) (Pent.)

Sama2lah menyumbang utk pembelian server komuniti kita...



Confidence Determine Success...

[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2003-07-17 10:02 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

rhazes
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 126
Posting: 152
Dari: negeri aman rakyat beriman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 23:10


assalamualaikum.....




tulah serba sdikit kedatangan islam di terengganu atau umumnya malaysia.......kalo antum sumer nak tau di terengganu jugak terdapat sebuah masjid antara yg tertua di malaysia.........masjid ini terletak di pekan chabang tiga ...10 minit dari pusat bandar terangganu.....masjid ini ialah masjid tokku tuan besar atau lebih dikenali sbg masjid tokku........tokku tuan besar adalah antara kerabat keluarga tokku paloh.....sekarang masjid ini sedang diperbesarkan ......

apappun terengganu the rule iman

-----------------
THIS PATH MAY BE DIFFICULT
BUT THE DESTINATION IS CERTAIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For rhazesProfil   Hantar PM kepada rhazes   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-07-03 12:49


Assalamualaikum...

Banyak lagi kisah2 tokoh2 Islam di Terengganu Darul Iman ni....antaranya, Tokku Pulau Manis...Sekolah ana, SMKA Sheikh Abdul Malek tu pun diambil sempena tokoh Islam di Terengganu jugak. Nanti ana bg tahu ek...kena refer dulu, baru tulis..

~::Solehah women smile in trouble,
Gather strengh from doa,
and grow brave by istighfar and solat...Amiin... ::~



[ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2003-07-30 12:52 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-08-03 11:54


ukhti nawwal nak promote SHAMS ker..??!!
ana dah terbaca mengenai tokoh Islam di trg dulu iaitu Sheikh Abdul Malek masa buat kajian mengenainya kat Muzium Trg.....tp kena belek buku dululah....dah lupa.....kat sek ana pun ader papan kenyataan yg menceritakan serba sedikit mengenai tokoh yg dikagumi ramai nie.....

p/s:bangga jadik pelajar SHAMS nie....


-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-08-03 12:36


Quote:

On 2003-08-01 11:54, sahabat_amin wrote:
ukhti nawwal nak promote SHAMS ker..??!!



takde la adik sahabat_amin oi...akak cuma nak bagi tahu je sedikit sebanyak tentang kisah tokoh Islam di Terengganu ni...

emm.....nanti la ana tulis..ana banyak keje lain lagi ni...sorry ek.

~::Solehah women smile in trouble,
Gather strengh from doa,
and grow brave by istighfar and solat...Amiin... ::~



[ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2003-08-01 12:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 15:56


sememangnya Islam sudah lama bertapak di Terengganu dan pernah melaksanakan hukum Islam(Hudud)

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114073 saat. Lajunya....