Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: malaysian idol


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» malaysian idol

Please Mendaftar To Post


Oleh malaysian idol

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 07:12


Subject: Najmil Faiz the malaysian Idol.....]


Salam sejahtera. Dikala ini, ramai diantara kita yang lebih mengenali peserta-peserta pertandingan program realiti. Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang mengenali beliau.

Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan airmata mendengar penyanyi dikritik atau diundi keluar daripada mengingati pengorbanan seorang pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di negeri orang.

Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Para pelajar terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai contoh dan idola mereka...

Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun.

Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.

Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru.

Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.

Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.

Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di Kuala Lumpur , beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.



Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".

Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.

Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.

Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.

Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil daripada perakuan universitinya.



Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekaligus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor. Beliau berazam untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK.



Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca artikel ini di jiwang.orang?

Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains. Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.


Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia .


Disesuai dan diubahsuaikan dari:

- Najmil buka mata industri UK kebolehan rakyat kita, Utusan Malaysia 23/03/2005
- Prof. Diraja Ungku Aziz terima `Anugerah Melayu Terbilang', Utusan Malaysia 12/05/2005
- Najmil Faiz azam kembang teknologi Nano, Utusan Malaysia 16/07/2005
- Antara realiti dan fantasia, Mingguan Malaysia 31/7/05
- Gambar dari Bernama;

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 11:51


kita sedih melihat realiti yang berlaku pada masyarakat malaysia yang tak tahu siapa yang harus dijadikan idola bagi mereka...publisiti yang meluas kepada artis-artis (sampah)..membuat masyarakat lebih suka mengangkat orang yang tak sepatutnya untuk dijadikan idola...jadi apa yang kita perlu lakukan ia memberi publisiti yang cukup meluas kepada idola yang sebenarnya......persoalannya siapakah idola itu?....fikirkanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 19:01


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons dan berharap anakanda dapat sama-sama mengisi ruangan di sini. Selagimana kita tidak terlalu meng'agong'kan seseorang hanya sekedar rasa bangga di atas kejayaan yang dicapainya - kejayaan yang Allah redhai bukan yang selain dari itu, maka bolehlah kita perkenalkan disini agar ahli portal ukhwah dapat mengenal orang yang sebenarnya patut dibanggakan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kejarlah masa untuk kebaikan bukannya untuk dijadikan alasan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 15:53


Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sekiranya ingin sangat nak cari idola carilah dari golongan yang di bawah ini ya -

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat
> Oleh : Syaikh dari. Fadhl Ilahi
>
>
>
> Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba -
hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan
mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu
yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak
memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan
mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)
>
>
>
> Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
>
>
>
> 1.. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban
meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di
dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah,
ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini
dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib buat Tarhib I/37)
>
>
> 2.. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu
Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang
diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan
suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya
Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)
>
>
> 3.. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan"
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud
I/130)
>
>
> 4.. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah
kekosongan di dalm shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu
Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu
bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini
dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib buat Tarhib I/272)
>
>
> 5.. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca
Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi
'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena
barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan
diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)
>
>
> 6.. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para
malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia
ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal
wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
>
>
> 7.. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara
berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah
SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para
malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam
hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap
tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan
malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke
langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu
Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?',
mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan
kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka
ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini
dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
>
>
> 8.. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang
didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya
Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan
tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali
dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut
berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih
Muslim no. 2733)
>
>
> 9.. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim
meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak
satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2
malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah,
hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih
Muslim no. 1010)
>
>
> 10.. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani,
meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang
yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih
At Targhiib buat Tarhiib I/519)
>
>
> 11.. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari
'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang
mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat
untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga
sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh
Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
>
>
> 12.. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah
bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.
Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya
dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan
kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At
Tirmidzi II/343)
>
>
>
>
> Maraji' :
>
> Disarikan dari Buku Orang - orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl
Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 10:21


sepatutnya anak-anak muda kita terutama melayu patut mencontohi kegigihan najmil faiz,bukannya hanya tahu untuk berhibur saja.
beliau membuktikan bahawa kegagalan bukan untuk selamanya gagal,tapi memerlukan usaha yang gigih untuk capai kejayaan!


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 11:49


Assalamualaikum..

Thanks ummimq atas artikel tu.. seronok ana membacanya.

Memang susah untuk mencari Idola ke arah kebaikan buat masa sekarang ni.. sedangkan kita sering disajikan dengan idola-idola ke arah kemaksiatan. So, kesimpulannya; carilah idola yang dapat membimbing kita untuk kehidupan yang selamat bukan saja di dunia bahkan di akhirat juga.

p/s: suka cara penulisan ummimq..
wassalam:idea:


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...


Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-09-05 12:56


merosakkan akhlak saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

trigO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.05.2005
Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...

malaysia  


posticon Posting pada: 07-09-05 21:58


terima kasih ummimq kerana memberitahu..
kalau ummimq tak britau saya pun tak akan tahu..
Kenapa media tak 'glamorkan' berita ni ya..
kalau peserta yang tersingkir dalam program hiburan tu setiap minggu disiarkan critanye..
jadi dari orang tak tengok dan kenal pun peserta tu pun boleh tau sesikit.... :roll:
kudos to najmil faiz..one of the real MALAYsian idols! 8-)
[ Telah diedit oleh: trigO pada 07-09-05 21:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trigOProfil   Hantar PM kepada trigO   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 22:36


baru tau hari ni. tak ada pun cerita kat tv ke.. skhabar ke macam cerita mawi tu.... tiap2 hari ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 23:13


*Irma Nurzahrah Junian makes the country proud by

becoming the first Malaysian debater to shine at the World

Universities Debating Championship. She became its 24th

World Champion in Public Speaking. This is not her first pub

lic speaking award — Irma, 21, an International Islamic Uni

versity student, had previously won the Best Speaker award

in the 2003 Royal Malaysian Inter-Varsity Debating Cham

pionship (her team won in the Junior category); became a

finalist in the 2002 and 2003 Woman IV (a women-only ada

bating competition involving Malaysia, Thailand, and Singa

pore); and the debating runner-up title in the 2004 WUDC

English as a Second Language category together with team

mate Raihan Ismail. This law student also holds the Malay

sian Book of Records title as the first Malay to win an Eng

lish-language public speaking championship.


(Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 peserta daripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia.

Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada, pada peringkat akhir. Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurang atau tiada liputan media mengenainya.)

http://www.malaysia-today.net/aug_dec_2004/MT_BM_090904h.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-05 00:29


Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Stafffordshire University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka ciptra sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya... hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun!

Perniagaan Internet beliau dibawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.

Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan...


--------------------------------------------------------------------------------

Irfan Khairi graduated with a B.A. Hons in Multimedia Design from Staffordshire University, United Kingdom.

Soon after, Irfan was offered to work with one of the largest IT companies in Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. As a multimedia system developer and a multimedia consultant, Irfan was responsible to create an Internet learning system for the schools in United Kingdom called the Learning Grid. Currently there are more than 5,000 schools across the United Kingdom using the Learning Grid system.

However, with the background and knowledge as well as his passion in Internet and business, he decided to start a part-time Internet business back in 1999.

He then decided to pursue his Internet business fulltime after 1 year of operation as he was getting more income from the Internet than his 9-5 job.

Since then, Irfan has been working fulltime from home using his laptop through the Internet. Within 3 years of operation, one of his Internet businesses has generated RM1,000,000 nett profit - without workers and high-end computers. And his start up costs was.... only RM500. He was 25 years old then!

Irfan's, Internet business under the name of Idea Bubble has served for more than 3,000 customers around the globe. Most of them are from USA, UK, European countries to the Middle East, Japan and Australia! Amongst his successful businesses are creating E-books, developing graphics and websites, SEO (Search Engine Optimization) service, selling maps, booking hotels, Multimedia, E-commerce and Learning Consultant.

Until today, Irfan Khairi still works fulltime at the comfort of his home with his wife and two children.

Secrets of Internet Millionaires Revealed tells how Irfan and other Internet millionaires uses Internet as a source of a very stable income..

**********************

Irfan Khairi, penulis buku Rahsia Jutawan Jutawan Internet Terbongkar menjalankan pelbagai perniagaan di Internet sejak tahun 1999. Dalam masa 3 tahun pertama sahaja, keuntungan bersih yang diperolehi dari salah satu perniagaannya adalah mencecah angka RM1,000,000.

Mungkin jumlah ini tidak berapa banyak jika dibandingkan dengan syarikat syarikat besar di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, keuntungan bersih RM1 juta tersebut adalah daripada perniagaan Internet sampingan- menggunakan laptop dari meja makan keselesaan rumahnya! Tiada pekerja atau peralatan komputer yang canggih.

Modal permulaan? Hanya RM500 untuk mendirikan laman e-niaga untuk setiap jenis perniagaan.

Walaupun penggunaan Internet sudah berleluasa dan banyak perniagaan telah pun beralih ke Internet, namun, boleh dikatakan perniagaan di Internet masih lagi di tahap awal. Jikalau anda menjalankan perniagaan Internet pada masa ini, anda adalah antara perintis perniagaan Internet di Malaysia!

RahsiaInternet.com akan menunjukkan asas untuk anda memulakan apa jua perniagaan di Internet. Tidak kira secara kecil-kecilan ataupun sederhana, untuk pasaran tempatan, atau pun antarabangsa dan tidak kira untuk sepenuh masa ataupun sampingan.

Memulakan perniagaan di Internet bukanlah suatu yang sukar. Dengan mengetahui asas yang diperlukan, seseorang boleh mula berniaga di Internet dalam waktu yang singkat.

RahsiaInternet.com - Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar membongkarkan teknik-teknik dan tips yang digunakan oleh jutawan-jutawan Internet, termasuk saudara Irfan Khairi.

Tidak kira apa jua produk atau perkhidmatan yang anda ingin menjual di Internet, buku hebat Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar pasti akan memberi maklumat yang amat berharga kepada anda!

http://rahsiainternet.com/latar-belakang-penulis.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 11-09-05 01:05


sayangnya anak melayu hari ni lebih pentingkan hiburan.Sanggup berhabisan untuk idola mereka..tapi yang pelik orang yang bpengaruh pun terikut2 dengan budaya ni sehingga nak bagi anugerah atau pingat kepada mereka.. ramai lagi anak petani pesawah yang berjaya lagi cemerlang , gemilang tetapi tidak dianugerah pingat.. tetapi artis yang sekadar glamer nasib di beri pingat. Jumaat lepas dalam khutbah, imam tu mengatakan melayu sekarang seperti merempat sahaja. ekonomi kita kalah,pendidikan pun kita kalah, begitu juga politik tidak lama lagi. yang kita memang cuma satu hiburan saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-05 01:13


Satu ketika yang agak lama dahulu, saya pernah ber'sihat' dengan beberapa orang rakyat Malaysia bukan Melayu tatkala saya bergelar seorang pelajar di AS. Saya memperkenalkan diri saya sebagai seorang Melayu, maka terus menerus saya dianggap seorang pelajar Malaysia yang telah ditaja kerajaan. Bukan itu sahaja, saya sering diajak bertekak dengan mempersoalkan kedudukan saya sebagai seorang 'pelajar Melayu' yang telah ditaja. Mereka seringkali mempersoalkan kualiti pelajar-pelajar Melayu yang telah dihantar ke luar negeri...


Tatkala itu, sukar juga untuk saya memberitahu bahawa walaupun saya seorang anak Melayu, saya seorang rakyat Singapura. Lebih sukar lagi agaknya untuk saya memberitahu, sebagai seorang Melayu Singapura, saya terpaksa bekerja lebih keras untuk membuktikan bahawa saya mampu berdaya saing. Pendek kata, saya telah belajar ke AS di atas sebab merit dan tidak lebih dari itu. Di Singapura, sebagai seorang Melayu, tidak ada 'Institutionalised crutches' (saya pinjam istilah Amir Muhammad) yang telah diwujudkan untuk orang-orang Melayu seperti saya untuk membantu saya 'berjalan'.


Saya mula sedar bahawa anak-anak Melayu dari Malaysia sering dituduh secara semborono bahawa mereka maju hanya setelah mereka diberikan segala bantuan dan kelebihan oleh kerajaan, walaupun ada di antara mereka yang telah berjaya berkat usaha dan kerajinan mereka sendiri. Rizal Kahar, seorang graduan dari Oxford (kini seorang peguam) pernah mengalami pengalaman yang sama tatkala bergelar pelajar dahulu. Menurut seorang kenalannya dari Singapura: "Oh you Malays with your special privilages, it's unfair, you should renegotiate your social contract..."


Rizal agak beruntung kerana rakannnya (bukan Melayu) dari Malaysia telah membelanya dengan memberitahu bahawa: "Look, that may be true for a lot of Malays, but the fact is Rizal is a good Malay, deserves to be here. Oxford doesn't have a quota system." (masa. 34, Options2 September 2003).


Bakri Musa adalah seorang anak Melayu yang kini telah menetap di AS dan kini bertugas sebagai seorang pakar bedah di California. Beliau telah berhijrah ke AS, walaupun bukan menjadi satu kebiasaan bagi anak-anak Melayu untuk berhijrah ke luar negara. Mungkin beliau telah berhijrah ke sana untuk memberitahu kepada dunia bahawa anak Melayu sepertinya mampu hidup tanpa perlu dipapah dengan segala bantuan yang diberikan kepada golongan Bumiputera. Menurut Amir Muhammad: "The Malaysian surgeon Bakri Musa has settled in California but continues to write extensively on Malaysian policy and politics. Bakri's case is a unique one because he uses the fact that he's made it in another country as a badge of honour, to prove that he can survive without institutional crutches."


Banyak dari tulisan-tulisan saudara Bakri mempunyai tema yang hampir sama. Beliau banyak memberi nasihat serta saranan-saranan bagaimana rakyat Malaysia, khususnya anak Melayu dapat berdaya saing terutamanya dalam era globalisasi ini. Selain dari itu, beliau juga aktif menulis dengan memberi pendapatnya tentang polisi serta politik di Malaysia.


Tulisan-tulisan saudara Bakri pernah diterbitkan di New Straits Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review, Businessweek, Education Quarterly dan di Malaysiakini.com (Seing it My Way). Di antara buku-bukunya yang pernah diterbitkan adalah: The Malay Dilemma Revisted: Race Dynamics in Modern Malaysia dan Malaysia in the Era of Globalization.


Berikut adalah wawancara e-mel saya bersama saudara Bakri. Saya harap, wawancara berikut akan dapat membuat kita mengenalinya dengan lebih rapat lagi dan mungkin, mahu membuatkan kita mahu menelaah tulisan-tulisan yang pernah dihasilkannya:


NZ: Boleh saudara ceritakan sedikit kepada pembaca kita tentang latar belakang diri saudara, persekolahan dan tempat asal saudara sebagai contoh.


MBM: Saya adalah, dalam bahasa kampung, "orang nogori." Bermaana berasal dari Sri Menanti, Negri Sembilan, dan pernah menuntut di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, dan kemudian di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk Tingkatan Enam. Selepas itu ke Canada untuk melanjuti pelajaran di universiti. Mendapati ijazah BSc dan kemudian MD, dan terus mengambil latihan untuk menjadi pakar bedah. Dalam masa itu juga sempat mengambil ijazah lanjutan dalam "Experimental Surgery" dalam tajuk "Transplant Immmunology."


NZ: Sudah berapa lama saudara bertugas sebagai seorang pakar bedah di Amerika Syarikat?


MBM: Sebagai pakar bedah sejak tahun 1974. Datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1979. Sebelum itu saya pernah berkerja sebagi pakar bedah di Canada dan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan Johor Baru.


NZ: Mengapa saudara berpindah ke sana? Adakah saudara berfikir bahawa bangsa Malaysia, khususnya orang-orang Melayu perlu bersedia untuk menjadi 'global workers'.


MBM: Dalam pendek kata, peluang untuk saya di AS lebih cerah daripada di Malaysia. Sungguhpun saya anak Malaysia, terlebih lagi seorang Bumiputra, dan di Amerika saya seorang pendatang, tetapi kelulusan dan kebolehan saya lebih di hagai di Amerika daripada di Malaysia. Sebenarnya, Malaysia lebih memuliakan pakar bedah dari Bengladesh daripada pakar anak negeri sendiri! Ini pelik pada pandangan saya. Tetapi itulah realitinya. Penghijrahan saya ka Amerika tidak ada kena mengena dengan globalisasi! Sebabnya lebih biasa lagi!


Masalahnya bukan sama ada patut atau tidak orang Melayu menjadi "global workers. Apa yang kita mesti utamakan ialah supaya pekerja-pekerja Malaysia terutamanya Melayu mestilah bertaraf antarabangsa atau global. Maknanya, pakar bedah Malaysia patut layak membedah pesakit di Malaysia dan juga di Amerika. Sekarang kita tidak boleh berpuas hati dengan taraf tempatan sahaja. "Good enough for Malaysia isn't." Makna nya, bagus untuk Malaysia sahaja tidak bagus dan tidak mencukupi. Wira dan jaguh kampung sahaja sudah tidak memuaskan lagi. Kalau kita tidak memberi rakyat kita layanan taraf antarabangsa, rakyat kita akan keluar negeri untuk mencari layanan yang lebih memuaskan. Hari-hari, beribu budak sekolah Malaysia pergi ka Singapura sebab mereka anggap taraf sekolah di Malaysia tidak memuaskan. Bahkan isteri TPM pergi ka Amerika Syarikat untuk rawatan barah buah dadanya. Beliau tidak mengira sama ada pakar pakar Amerika itu jantan atau betina, Islam atau kafir. Beliau hanya mengutamakan taraf atau "quality." Itu sahaja.


NZ: Adakah saudara merasakan bahawa sedikit sebanyak saranan saudara mengenai sistem pendidikan Malaysia yang pernah saudara sarankan di dalam hasil-hasil tulisan saudara diambil endah oleh kerajaan?


MBM: Saya tidak tahu sama ada saranan saya di terima atau tidak oleh kerajaan. Saya selalu menghantar salinan makalah-makalah saya kepada pegawai-pegawai di Malaysia, termasuk menteri-menteri, vice-chancellors, dan cerdik pandai kita. Cadangan-cadangan serta saranan-saranan saya semua nya masuk akal dan munasabah. Lama kelamaan kerajaan terpaksa juga mengambil cadangan saya. Sama ada mereka membuat demikian akibat daripada makalah saya atau mereka terpaksa membuat demikian oleh sebab keadaan yang sudah menjadi teruk dan buruk di Malaysia dengan dasar-dasar mereka yang bankrap, itu Tuhan saja yang tahu.


NZ: Boleh saudara sebutkan beberapa saranan penting yang pernah saudara senaraikan dahulu?


MBM: Antaranya, pertama memberatkan pengajian Bahasa Inggeris (BI). Makalah saya pada tahun 1995 telah meminta kerajaan supaya mengajar sains dan matematik dalam BI, untuk permulaan di sekolah-sekolah berasrama. Selepas itu, apabila beberapa masalah sudah dikaji dan dibaiki, sebarkan kepada semua sekolah lain.


Kerajaan sekarang terus menerus dengan mengelojoh mengajar dua mata pelajaran itu dalam BI kepada semua sekolah di seluruh negara, tetapi buku-buku, guru-guru, teknik, cara, dan pelbagai masalah lain belum lagi dikaji atau diselesaikan.


Kedua, membukakan sekolah berasrama kepada penuntut bukan Bumiputra. Ini ialah untuk menambah lagi semangat berlumba-lumba di antara murid-murid.


Ketiga, memodenkan sekolah agama supaya penuntut yang lulus daripadanya boleh melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai bidang selain daripada Pengajian Islam. Sekolah agama kita mestilah seperti sekolah Katholik di Amerika. Bermakna, mereka mestilah melatih bakal saintis dan jurutera negara dan bukan mengeluarkan ulama sahaja.


Saranan saya yang lebih lanjut dan mendalam terdapat di dalam buku saya, An Education System Worthy of Malaysia.


NZ: Sebagai seorang pakar bedah dan pastinya mempunyai latar belakang dalam bidang biologi, apakah pendapat saudara mengenai penilaian Mahathir (dalam bukunya, 'Dilemma Melayu') mengenai latar belakang genetik bangsa Melayu yang dikatakan menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu ini 'lemah'? Adakah ini betul ataupun sekadar satu pseudo-sains?


MBM: Teori genetics yang di fahamkan oleh dari. Mahathir dan tertulis dalam buku nya The Malay Dilemma itu adalah "bunk!" (bodoh!) Pendapatnya tidak diakui oleh sains moden. Saya berasa amat terkilan sebab sebagai seorang doktor saya tidak membidas teori biologi dari. Mahathir lebih-lebih awal lagi, sebelum fikiran dan pendapatannya membisakan jiwa dan minda masyarakat Melayu, terutama penuntut dan belia kita.


Mereka seperti dari. Mahathir yang memberatkan peranan biologi atau genetik terjerat dalam fikiran "takdir biologi" (biological determinism). Fikiran ini tidak ada bezanya dengan fikiran ahli-ahli ulama yang kuno di mana semuanya adalah Tadkir Allah, tidak payah manusia berusaha sendiri untuk mengubah keadaan mereka.


Kritikus saya yang lebih mendalam dan teliti terdapat dalam buku saya The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia, diterbitkan pada tahun 1999.


NZ: Apakah menurut pendapat saudara, kelemahan sebenar bangsa Melayu, jika ada?


MBM: Petualang yang paling besar ialah budaya (culture). Iaitu budaya kita yang menghormati "the takers rather than makers of our economy." Siapa dalam masyarakat kita yang di hormati? Sultan-sultan, raja-raja, dan pembesar-pembesar yang menenggek sahaja dan yang ditanggung oleh rakyat. Tetapi "the makers of the economy" seperti saintis, peniaga dan usahawan jarang dihormati. Lihat siapa yang dapat kehormatan seperti Datuk dan Tan Seri? Kaum yang heboh dengan "hu ha" sahaja seperti ahli politikus dan kakitangan kerajaan. Maknanya, orang yang makan atau menerima gaji, dan bukan orang yang membayar atau mengeluarkan gaji.


Petualang besar kedua ialah Agama. Ini bukan bermakna Islam itu Agama mengbangsatkan masyarakat, tetapi tafsiran Islam yang terdapat di kalangan kaum Melayu membangsatkan kita dan membuat masyarakat kita tidak progressif. Islam bukan menghalang kemajuan. Jauh daripada itu! Cuba kita kaji keindahan Islam dalam abad ke-11. Tetapi tafsiran Islam secara conservative atau ke-Araban yang mengbangsatkan dan mengundurkan bangsa kita. Sungguhpun orang Arab sama agama dengan kita dan mereka sebangsa dengan Nabi SAW, tetapi bangsa mereka sekarang bangsat dan mundur. Tidak patut kita tauladani mereka. Kalau kita hendak mengtauladani bangsa lain, lebih baik kita pilih bangsa yang lebih maju daripada kita. Dari beberapa segi, Bangsa Arab lebih kebelakangan daripada Bangsa Melayu. Patutnya mereka yang semestinya meniru kita, bukan kita pada mereka.


Berkaitan dengan kedua dua perkara tersebut ialah nilai mutu tenaga manusia Melayu ("human capital") yang rendah. Ini disebabkan oleh rendahnya pencapaian pelajaran. Tidak ada bangsa yang maju jika pencapaian pelajaran mereka rendah. Masalah ini juga disebabkan oleh beberapa perkara. Pada masa British dulu kita enggan belajar si sekolah Inggeris sebab kita samakan belajar BI dengan belajar cara kafir. Selepas merdeka, orang Melayu terlaluan bersemangat kebangsaan (nationalistic) di mana kita anggapkan mereka yang belajar dalam aliran Inggeris sebagai petualang bangsa. Jadi beribu penuntut Melayu berhenti sekolah Inggeris dan masuk sekolah Melayu. Malangnya, sekolah dan bahasa Melayu belum kemas dan cukup lagi. Ini mengakibatkan beribu penuntut penuntut kita terkorban sebab ijazah dan sijil-sijil mereka tidak laku dan tidak berguna.


Sekarang masalah agama pula yang timbul. Semua anak muda Melayu ingin menjadi ulama sahaja dan tidak minat menjadi saintis dan jurutera. Di universiti-universiti tempatan jarang nampak muka muda Melayu. Yang ada muka Melayu hanya pemudi-pemudi sahaja. Lelaki Melayu sibuk hendak menolong Osama bin Ladin dan Taliban.


Masalah ini dan banyak yang lain saya kaji dan bincangkan dengan lebih mendalami lagi dalam buku saya Malaysia in the Era of Globalization.


NZ: Dalam salah satu artikel saudara, ('Ku Li for Abdullah's deputy' di Malaysiakini.com), boleh saudara ceritakan mengapa Ku Li saudara anggap sesuai menjadi timbalan Pak Lah?


MBM: Ku Li luas pengalaman dalam ekonomi dan finance, dua bidang di mana Pak Lah tidak pantas. Tetapi bila memilih Ku Li sebagai TPM, saya mencadangkan supaya dia tidak menjadi TPM biasa atau tradisional, tetapi seumpama Co-Prime Minister atau Associate Prime Minister (Perdana Menteri Madya). Ku Li, sebab umur nya lebih tua daripada Pak Lah, tidak akan mengharap menggantikan Pak Lah sebagai PM. Pendek kata, satu pasangan seperti Bush II dengan Cheney di AS.


Ku Li sudah berapa tahun keluar daripada kerajaan. Maknanya, beliau tidak terlibat dengan kronisme dan korupsi pemerintahan Mahathir. Juga, pengalaman Ku Li dalam bidang swasta boleh menambah pengalaman Pak Lah. Pak Lah sudah lama jadi orang kerajaan sahaja.


Saya membuat keputusan mencadangkan Ku Li sebab pada pendapatan saya, tiada siapa pun daripada lapisan pertama UMNO (ini termasuk Najib Razak, Muhyddin dan Muhammad Taib) yang layak menjadi PM atau TPM. Najib dan Muhyddin tidak mempunyai pengalaman dalam sektor swasta.


NZ: Saya dapati, penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak muda kita semakin lemah jika dibandingkan dengan generasi saudara. Adakah tindakan yang mahu diambil oleh PM untuk memperkenalkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik satu tindakan yang wajar? Mengapa tidak digubal sahaja mata pelajaran Bahasa Inggeris atau ditambah masa belajarnya?


MBM: Betul! Taraf Bahasa Inggeris lembab dan bertambah merosot. Ini akibat dasar pelajaran yang tidak progresif. Mengajar sains dan ilmu hisab dalam BI ialah langkah yang wajar. Tetapi itu hanya langkah pertama sahaja. Banyak lagi langkah-langkah yang patut diambil. Sekali lagi saya mengarahkan pembaca kepada buku saya An Education System Worthy of Malaysia untuk perbincangan yang lanjut. Umpamanya, kita memberatkan BI, tetapi berapa universiti tempatan ada Jabatan BI? Apa sebab kita tidak melatih lebih banyak lagi guru BI? Berapa maktab perguruan yang mengunakan BI sebagai bahasa penghantar? Tiada satu pun! Bagaimana kita hendak melatih guru BI? BI patut di ajar pada tiap-tiap hari di sekolah dan dimestikan pada tahun pertama di universiti. Kita patut tambah masa untuk belajar BI dan kurangkan masa untuk pelajaran agama dan civik. Lebih baik lagi, kita patut mengajar pelajaran agama dalam Bahasa Inggeris. Di masjid saya di sini (California), khutbah di beri dalam BI! Apa salahnya kalau kita mengajar Islam dalam BI? Mungkin ini akan membuat bangsa bukan Melayu berminat untuk mengikuti Pengajian Islam.


NZ: Adakah Malaysia perlahan-lahan akan berubah menjadi sebuah negara yang kurang berdaya saing dengan segala polisi-polisinya yang ada sekarang ataupun ia sebuah negara yang mampu bersaing dalam era globalisasi?


MBM: Kalau kita tidak mengubah dengan cara radikal polisi sosial, politik dan ekonomi kita, Malaysia akan ketinggalan atau diketepikan oleh aliran globalisasi. Negeri kita akan menjadi seperti Cuba, Korea Utara atau Burma. Hak istimewa Bumiputra tidak bermakna apa pun dalam era globalisasi. Pengaruh kerajaan akan berkurangan. Cuba tengok sekarang, berapa orang bukan Bumiputra yang minat bekerja dengan kerajaan? Kalau mereka - Bumiputra dan bukan Bumiputra - mempunyai kelusan yang tinggi, semua negara akan merebut untuk mendapat tenaga mereka. Kalau orang Melayu mencapai pelajaran yang tinggi, tidak kira ada atau tidak hak istimewa, bangsa kita akan maju walaupun negara kita dijajah oleh bangsa lain. Disebaliknya, kalau bangsa Melayu tidak berpelajaran tinggi, kita akan bertambah meleset dan merosot walaupun teraju negara di dalam tangan orang Melayu. Mereka senang sahaja diperlewakan dan ditipu oleh orang lain sebab mereka bodoh dan tidak bijak.


NZ: Negara seperti Singapura cukup bersedia untuk mengubah beberapa polisi dalamannya seperti ban terhadap gula getah sehinggalah kepada pemberhentian diskriminasi seksualiti semata-mata agar ia dapat dilihat sebagai sebuah negara yang matang, maka mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Manakala, secara peribadi, saya melihat Malaysia seolah mahu berundur ke belakang dengan sikap xenophobic dan bertungkus lumus memomokkan 'penjajah baru' yang entah wujud entah tidak. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kita sudah cukup sedia untuk bersaing dengan pucuk kepimpinan yang kita ada sekarang, ataupun satu anjakan paradigma perlu ada di antara pemimpin-pemimpin kita ini?


MBM: Bangsa bukan Melayu di Malaysia, sebab mereka sudah lama tidak bergantung kepada kerajaan, cepat maju lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Tetapi orang Melayu di Malaysia, dan orang Cina di Negeri China, dan orang India di India, sebab mereka sudah lama bergantung dan mengharapkan kepada kerajaan sahaja, akan mengalami kesusahan dalam era globalisasi. Ini tidak ada mengena dengan bangsa atau genetik.


Sebenarnya, pemimpin kita selain daripada dari. Mahathir kurang bijak. Pengalaman mereka tidak luas. Jarang pemimpin kita yang lulus dari universiti termasyhur. Mereka tidak banyak pengalaman swasta atau luar negeri. Jadi pandangan mereka tidak luas. Pendek kata, mereka masih berperagai kampung dan sibuk menjadi wira dan jaguh kampung sahaja. Mereka tidak ingin masuk gelanggang antarabangsa sebab mereka tahu mereka akan kalah. Jadi mereka bandingkan diri mereka dan negara kita dengan negara-negara seperti Indonesia, dan Papua New Guinea dan bukan dengan negara yang lebih maju daripada kita. Itu sebabnya saya cadangkan Pak Lah melompat dan meninggalkan (bypass) pemimpin UMNO yang ada sekarang. Pak Lah dan Ku Li boleh mencari tunas-tunas baru dan bawa mereka masuk UMNO dan kerajaan seperti bagaimana Tun Razak dulu buat.


Pemimpin yang kita ada sekarang tidak boleh membuat fikiran cara baru atau menukar fikiran mereka. Otak dan cara fikiran mereka sudah menjadi beku. Dan keras. Tidak boleh dapat ditukar atau diajar lagi. Lebih baik lepaskan lah mereka balik ke kampung. Bagi sahajalah pencen mereka.


Menukar fikiran bukannya senang, terutama pula bila kita beransur tua. Oleh sebab itu pemimpin kita tidak boleh menyelesaikan masalah negara dan sosial kita. Mereka menghebohkan diri dengan melaung-laungkan nasionalisme dan menentang bahaya bayangan seperti neo-kolonilaisme, dan sebagainya.


NZ: Apakah itu 'nasionalisme' pada pendapat saudara. Dan jelaskan pula makna sebenar 'patriotisme'?


MBM: Semua "isme-isme" itu tidak bermakna kepada saya. Jika seseorang itu dapat memberi menfaat kepada manusia melalui pelajaran, kebolehan dan pengalaman mereka, tidak kira apa "isme"nya, itu semuanya ialah kebajikan. Guru-guru saya sejak dari sekolah rendah hingga ka menjadi pakar bedah semuanya bukan Melayu. Tidak saya fikir mereka enggan menolong atau menggajar saya sebab saya berlainanan bangsa, agama atau negara. Atau berlainan "isme"!


Perbincangan tentang "isme-isme" ini membuang masa sahaja. Tidak ada makna. Cari pengetahuan dan pengalaman tidak kira "isme" nya. Selesaikan masalah negara kita tidak kira "isme" nya. Sebagai kata Pengerusi Deng dari negeri Cina Komunis, tidak kira jika kucing itu berwarna putih atau hitam asalkan ia pandai menangkap tikus. Itu yang kita patut utamakan, bukan "isme" atau warna bulu kucing.


NZ: Mengapa setelah begitu lama kita merdeka, Malaysia masih mencari-cari apa itu erti kemerdekaan?


MBM: Pemimpin kita sibuk mencari makna kemerdekaan sebab mereka tidak mempunyai kebolehan atau pengalaman untuk menyelesaikan masalah negara. Umpama kucing yang tidak cekap menangkap tikus, mereka sibuk mengutamakan warna bulu mereka dan apa maknanya seseorang yang bergelar kucing!


Kemerdekaan dalam era globalisasi tidak bermakna. Apa guna merdeka jika seperti Indonesia dan Bangladesh kalau negeri bangsat. Berapa ribu rakyat mereka melarikan diri daripada tanah air yang mereka dilahirkan dan datang ke Malaysia, England dan sebagainya.


NZ: Boleh saudara ceritakan tentang kerja-kerja saudara menulis buku baru saudara yang bertajuk 'Golden Malaysia: Reflections on Fifty Years of Independence'?


MBM: Saya jangka buku ini akan mengambil masa lebih kurang 3-4 tahun. Insha' Allah buku itu akan diterbitkan pada tahun 2007, iaitu hari ulang tahun kemerdekaan kita ke 50 -"Golden Jubilee." Buku itu ialah pemandangan saya dan bukan memoir. Saya akan mengkritik dan menganalisa perkembangan dan dasar-dasar seperti pelajaran, ekonomi, politik dan sosial.


Oleh Nizam Zakaria

http://nizamzakaria.diaryland.com/bakri.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 13:13


Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sedikit biodata tentang seorang Ustaz yang bakal menonjol di Malaysia -

Al-Fadhil Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Kelulusan
· B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
· M.A, Shari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
· Tawliah Mengajar dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) . No Rujukan : pmwp/600/2klt.6(138)
· Merupakan Pelajar Terbaik dalam 2 subjek sarjana di Univ. al-Yarmouk tahun 2002 dalam subjek Usul Fiqh dan Fiqh Kontemporari, mendahului semua pelajar-pelajar Arab dari Jordan, Mesir, Iraq, Saudi, Syria dan lain-lain. Kedua-dua subjek tersebut di ajar oleh guru –guru yang terkenal paling sukar di Universiti al-Yarmouk iaitu Prof dari Syeikh Muhammad Fathi Ad-Durayni (Syria) dan Prof dari Abd Nasser Abul Basal (Jordan).
· Merupakan Pelajar Terbaik Peringkat Sarjana kategori Pelajar Luar Jordan. Bagi seluruh pelajar tahun 1999, 2000, 2001.


Antara Guru Utama & Bidang yang dipelajari oleh beliau sewaktu di Timur Tengah

Syeikh Prof. dari Yusof Al-Qaradawi (Mesir) – Dalam bidang Fiqh & Usul dan pemikiran Islam.
Syeikh Prof. dari Muhammad ‘Uqlah El-Ibrahim(Jordan) – Dalam Bidang Fiqh, Hadith Hukum
Syeikh Prof. dari Muhammad Fathi Ad-Durayni (Syria) – dalam bidang Usul Fiqh
Syeikh dari. Solah Abd Fatah Al-Khalidi(Jordan) – Bidang Tafsir, Sirah dan Aqidah
Prof. dari Abd Fatah Idris Al-Masri (Mesir) – Bidang Fiqh Muamalat
Syeikh al-Kabir Prof. dari Fadhal Hasan Abbas(Jordan) – Bidang Tafsir
Prof. dari Ibrahim El-Khalifah al-Masri(Mesir)- Bidang Tafsir
Prof. dari Abd Raouf El-Kharabsheh (Jordan) – Bidang Usul Fiqh
Prof.dari ‘Imad Rashid (Syria) – Bidang Usul Fiqh
Syeikh al-Kabir Syuaib al-Arnout (Jordan)– Bidang Ulum Hadith dan Tafsir
Syeikh dari Nuh Al-Qudah (Jordan)– Fiqh dan Sirah
Syeikh Prof dari Abd Malik As-Sa’di (Iraq)– Fiqh dan Bahasa Arab
Prof dari Abd Naseer Abul Basal (Jordan) – Fiqh
dan ramai lagi.

Tentang Syeikh Yusof Al-Qaradawi, ana hanya sempat belajar ambil berkat dan diskusi beberapa kali dengan beliau saja..juga sempatlah beliau semak tesis ana dan bagi manfaat buat ana. memang sangat tawadhu' orangnya, masa mula2 jumpa, walaupun tak kenal , dia layan sangat baik, mendengar semua soalan dan menjawab dengan bersungguh2..
ana minta izin beliau untuk ikut balik qatar..untuk terus mengaji dgnnya..beliau agak keberatan kerana kesibukan..tapi akhirnya beliau izinkan cuma ana pula habis budjet untuk ke qatar masa tu...apa nak buat.

Ingatan juga sangat kuat, masa hadiri kuliah beliau di mesir..masa jumpa, beliau masih ingat ana..wlpun beliau berjumpa beribu2 manusia setiap hari..hebat..masyaAllah. sesiapa nak call syeikh qaradhawi ana ada nombor rumah beliau di mesir dan qatar..harap2 masih valid lah hingga hari ini.

Demikian juga Syeikh Atiyyah Saqar yang sempat ana diskusi personel dengan beliau di rumahnya...di Shubra, Mesir. Wp dah berumur 90 tahun tapi ingatan masyaAllah sangat hebat. Syeikh Prof Ali al-Jumaah (Mufti Mesir) juga sempat ana berdiskusi di mesir..juga hebat..

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29014&postdays=0&postorder=asc&start=0&sid=f6de6f1af8bc98f32bf68e1544d33b61


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah kepada UZAR. Sejuk perut ibu yang mengandungkanmu wahai anakku. Cuma umi ingin bertanya sikit. Kenapa UZAR pilih untuk bekerja di bank conventional ya? asif.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

Bagus soalan ini, dan panjang rahsia dan hikmahnya..ringkasannya seperti berikut :-
1) PEMBETULAN FAKTA : Ana kerja di RHB Islamic Bank Berhad (RHBIB) dan bukannya Bank Konvensional..RHB Islamic ni sama macam Bank Islam Malaysia Berhad yang berlesen..wp kami anak syrkt RHB Bank Berhad, tapi fund kami datang dari sumber lain dan semua khidmat komputer yang kami dapat dari RHB Bank kami bayar ...malah RHBIB kerap bergaduh dengan RHB Bank dalam mendapatkan customer. ini menunjukkan untung kami, milik kami, modal juga dari kami..

2) RHBIB adalah sebuah Bank Islam yang paling strict di Malaysia...dan kami mempunyai Shariah Advisor yang paling unik..kerana 2 orang Shariah Advisor kami adalah ulama dari Timur Tengah..tiada satu pun bank islam lain di malaysia ada Shariah advisor timur tengah. Kesannya , pendekatan ulama timur tengah lebih keras dan teliti berbanding ualama malsyaia...maka semua produk kami di tapis sehabis mungkin oleh saya dan shariah advisor..

sebagai contoh, Bank Negara Malaysia luluskan penggunakan di Bank2 Islam di seluruh malaysia konsep bye' al-Inah, Bay' Ad-Dayn, Upah Guarantee dan macam-macam lagi, tapi RHBIB kami cuba sedaya upaya menjauh diri darinya sedikit demi sedikit kerana semua konsep tadi tu..tidak disetujui oleh hampir seluruh ulama timur dan ulama silam juga.

3) Demi mendapatkan gambaran jelas tentang operasi Bank Islam dari sudut implementasinya..hasilnya, banyak rahsia operasi yang syubhah dapat ana bongkarkan...dan bila tengok bank islam lain..kasihan..mereka langsung tak tahu itu syubhah..terlampau banyak Shariah Advisor di Malaysia ni juga yang tak tahu apa masalah dalam operasi bank2 islam...benar dari sudut konsep ok , tapi implentansi dan kontrak2 perjanjian undang2 ada masalah, tapi mereka tak tahu, akhirnya mereka mungkin memberi fatwa yang kurang shohih...ana duduk di dalam, ana nampak clear maka dptlah ana beri input kepada shariah Advisor dengan lebih jelas.

4) Panjang lagi ceritanya..tak larat menaip...tapi kesimpulan..banyak manfaat yang sedang ana target untuk ummah dengan keterlibatan di bank islam ini..ingat sekalilagi..RHB Islamic Bank Berhad (bank berlesen bukan kaunter2 yang bertenggek di konvensional sahaja) dan bukan RHB Bank Berhad.

5) Ramai yang tak sedar bahawa dosa mereka datang dari duit yang keluar dan masuk..ia banyak berkaitan Bank..jika tiada ust pendakwah yang mahir dalam bab ini, bgmn nak selamatkan umat islam?? Sedangkan Nabi bersabda : “Tidak akan terlepas dua kaki anak adam sehinggalah di tanyakan…….hartanya : dari mana ia datang dan kemana ia belanjakan..” Riwayat Tirmidzi dll

Ramai yang sensitive tentang makan bab*, tapi ramai tak yang tahu mekrea sedang makan benda yang lebih teruk dari bab* iaitu riba…kerana makan riba Allah sebut istihar oerang dengan Allah dan Rasulnya tapi makan bab* tak lah sampai begitu..mana lebih teruk?? Makan riba Allah kata “yamhaqullahurriba” (dihancurkan keberkatan dengan riba) tapi makan bab* tak begitu..tapi msykrt kita takut dengan bab* tapi biasa dengan riba..hancurlah, kerana sekali redha dengan pinjaman rumah riba, kereta riba dll..maknany seolah tandatangan pengistiharan perang dengan Allah dan Rasul.

Ana jumpa ramai ust2 dan pendakwah yang khali zihni (tiada idea langsung) tentang riba dalam bentuk praktis semasa di bank2.. sedangkan hampir semua orang guna bank ..ye tak..
banyak yang hanya ada idea tentang definisi riba, pengkelasannya..dalil pengharamanya, hikmah haram dalam teori tapi praktikal sangat nipis..

sekian dulu..

Diharap anak-anak dapat memanfaatkan apa yang umi telah paparkan di atas. cubalah contact UZAR di nombor telefon 012-2927298 sekiranya ingin berguru dengan beliau ya terutama yang di Lembah Klang.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - "Akan tetap ada di kalangan umatku sekelompok yang akan memperjuangkan kebenaran (al-haw), mereka tidak takutkan celaan orang yang mencela dan mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh-musuh mereka." - hari Muslim di dalam kitabnya 'al-Jami' al Sahih'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122289 saat. Lajunya....