Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 343
Ahli: 0
Jumlah: 343




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 16 jam, 53 minit yang lalu
khalifah: 7 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 24 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: konvensyen pendakwah muda ukm tak melambangkan unsur dakwah


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» konvensyen pendakwah muda ukm tak melambangkan unsur dakwah

Please Mendaftar To Post


Oleh konvensyen pendakwah muda ukm tak melambangkan unsur dakwah

zamirsham
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14483
Posting: 77
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 21:44


assalamualaikum.................
26 hingga 28 ogos baru-baru ni pihak kuim dengan kerjasama jpt dan ukm telah mengadakan konvensyen pendakwah muda peringkat kebangsaan. namun pengisiannya hanya seperti nak brainwash minda peserta yang rata2nya adalah mahasiswa supaya menerima islam hadhari.
bukan kami tak terima pendekatan islam hadhari tapi yang peliknya islam hadhari seperti ada kurangnya. jadi adalah dikalangan kami yang menanyakan persoalan tetapi jawapannya hampehhh! kalau dijadikan jawapan spm mesti fail!
satu lagi siap panggil khai af1 buat persembahan pulak tu! mana kami tak naik angin, macam dipermainkan. tapi yang penting suara2 kami telah didengari samaada dalam jenaka sketsa pada hari tu atau soalan panas yang dilontarkan.

p/s - harap kita menang dalam election akan datang. :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamirshamProfil   Hantar PM kepada zamirsham   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 21:54


saya tak pernah jumpa hadis @ al-Qur'an yang menyebut tentang Islam hadhari, yang saya tahu agama yang diterima di sisi Allah hanya 1 iaitu Islam. agama Islam itu hanya satu, tidak berpecah kepada banyak2 pula. so dari mana datangnya Islam Hadhari ni...? saya lebih suka mengatakan Islam Hadhari adalah agama Islam yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu demi kepentingan mereka. bagusla tu panggil khai af1 buat persembahan, sb Islam Hadhari memang menerima semua itu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

awe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.06.2004
Ahli No: 9562
Posting: 26
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 22:32


assalamualaikum..
saya kurang setuju dengan pandangan yang diutarakan oleh kalian..
sewajarnya pendekatan islam hadhari itu tidak sewajarnya dijadikan isu besar yang ingin menyalahkan mana-mana pihak..
seharusnya inilah tugas kita sebagai belia muda islam,untuk menjelaskan konsep sebenar tentang islam hadhari..
saya bukanlah peserta konvensyen pendakwah muda,tapi saya ada turut serta mendengar serba sedikit pengisian yang diberikan..memandangkan konvensyen ini dilakukan di universiti tempat saya belajar..
saya sekadar ingin mengutarakan pendapat..jika tersalah kata harap ditegur,supaya dapat sama2 membaiki diri bersama menghadapi cabaran di akhir zaman ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aweProfil   Hantar PM kepada awe   Pergi ke awe's Website   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar

Perak  


posticon Posting pada: 03-09-05 23:30


ana setuju dengan pendapat zamirsham & ibnu_musa...
ana pun salah seorg dari peserta konversyen pendakwah muda aritu...
pendekatan islam yang nak diterapkn dalam konvensyen ni memang kurang berkesan...sebab macam kata zamirsham konvensyen ni tak melambangkn unsur dakwah..amat menyedihkn :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Pergi ke syahadah_muslimah's Website   Quote dan BalasQuote

bulan_bintang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 396
Posting: 144
Dari: cyberjaya-the intelligent city

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 23:59


assalamualaikum warahmatullah

apa yang ana dapat lihat,ramai yang tidur agaknya masa konvensyen tu.ana pun rasa macam nak tidur juga.hehe.mungkin pendekatan yang digunakan kurang efektif.ana setuju juga dengan zamirsham,ibnu_musa & syahadah_muslimah.konvensyen tu tak membawakan unsur dakwah pun.nak gelak rasanya bila mereka umumkan khai AF yang nak datang tuk malam kesenian tu.hehe.nasib baik lah rombongan U ana balik awal.so tade lah rasa rugi apa.tapi ana puji dengan lontaran soalan yang diberi.mantap sekali.tapi sayang,lain ditanya,lain pulak yang dijawab..tapi takpela,apa yang baik kita kutip sebagai input yang bermanfaat buat diri kita,insyaAllah.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bulan_bintangProfil   Hantar PM kepada bulan_bintang   Quote dan BalasQuote

goldfish
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16967
Posting: 17
Dari: indonesia

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 01:38


saya setuju dengan awe..

pasal kita berada di unversiti yang sama....
dan pandangan kita pun sama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For goldfishProfil   Hantar PM kepada goldfish   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 02:09


oklah saya nak tanya awe & goldfish, anda berdua ni menganut agama apa...? Islam Hadhari tu ke...? betul? setahu saya Nabi kita hanya menyeru umatnya supaya menganut agama Islam aje, agama yang sifatnya bertepatan dengan firman Allah: "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam". dan Islam adalah satu2nya agama kita, tak perlu dipecah-belahkan oleh mana-mana pihak... Islam itu adalah asas yang paling utama bagi setiap umat Islam, dan ia melibatkan soal akidah yang tidak boleh dimain2kan walau sedikit pun...
saya tak berniat nak menjatuhkan sesiapa, mungkin ini cara terbaik untuk saya ketengahkan mesej yang ingin saya sampaikan, wa'Llahu A`lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 08:39


Yang pendakwah dok pergi konvo tu pasai apa, nabi2 terdahulu buat dakwah pun tak dikonvokan dulu, boleh saja buat dakwah...jangan marah ye, gurau aje

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 11:17


islam hadhari ini hanyalah satu konsep sahaja..agama tetap islam yang satu....tak berubah cuma pendekatan sahaja yang berbeza....kan bagus untuk umat islam konsep ini jika dilaksanakan...diulang sekali lagi...jika dilaksanakan,,,,buatlah program baik yang terbaik sekalipun kalau tak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh,apa kejadahnya?....panggil khai af tu....bodoh sombong betul siapa yang panggil dia tu(maaf kasar sikit)...... sempena konvensyen dakwah pulak tu....ini perlu ada reformasi lah....apa yang penting semua jalankan dakwah....jangan susah hati,mengamuk tak tentu pasal melihat kerosakan yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya tanya diri sendiri berapa banyak dakwah yang aku lakukan?...ok jom dakwah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

awe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.06.2004
Ahli No: 9562
Posting: 26
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 17:07


assalamu`alaikum..buat semua ahli ukhwah yamg diredhai Allah..
semoga kita senantiasa dilimpah nur hidayahNya..tentang persoalan ibnu_musa,tak perlula diutarakan pertanyaan seperti itu..bercanggah pendapat mengundang permusuhan..sesama islam,saling bersaudara..saling memerlukan peringatan sekiranya tersilap langkah..saya setuju dengan pendapat yang diutarakan qardhawi_jr,itu sebenarnya yang ingin dikatakan jua..kita belia muda islam,punya kudrat yang dianugerah Tuhan di waktu muda,sewajarnya menjalankan tugas utama manusia dicipta ALLAH,menjadi khalifahNya..mehla kita semua sama2 berMUJAHADAH..jadi pendakwah bersama2,gunakan pendekatan yang sesuai dengan jiwa masyarakat zaman kini..dakwah harus relevan dan mudah diterima semua orang..ini tugas kita!pegang amanah Allah dan RasulNya..
segala kesilapan dalam berbicara didahului dengan beribu kemaafan..
bangkit bersama ISLAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aweProfil   Hantar PM kepada awe   Pergi ke awe's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 17:16


erm..ini yang perlu kita sama fikirkan..sebab rata-rata maklum konsep yang diperkenalkan itu nampak kelemahannya..tapi..ianya akan terus lemah jika kita yang sedar turut tidak memainkan peranan sebagai daei di muka bumi..

sama-samalah kita menggunakan kudrat yang ada..untuk lebih menyebar luaskan ajaran ISLAM tak kira siapa..dan di mana sahaja..mengikut budaya kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

rebel7th
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18698
Posting: 32
Dari: Newcastle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 17:19


emm...
kesimpulannya..
musuh Islam tetap akan sentiasa merancang untuk merosakkan penganutnya..
so..
kita pun kena merancang jugak lah..
kalau dia buat program dia..pengisian pun macam dia nak jugaklah..memang dah tak boleh lari dah..

so..kita buatlah program kita..cara kita..pengisian kita..
dan merancang tak boleh sengsorang...kena berjemaah..
so..cari lah jemaah yang betul..

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebel7thProfil   Hantar PM kepada rebel7th   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 14:39


siap panggil khai tu tak tahan.. agaknya khai tu pendakwah muda yang dicari agaknya.. :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

zamirsham
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14483
Posting: 77
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 16:24


kepada tuan2 dan puan2 yang sokong islam hadhari.....
nabi tak mengaku umat sekiranya lelaki menyerupai wanita...
kai akademi fantasia ketika buat persembahan pakai rantai and color rambut....
tu bukan menyerupai perempuan ke? RANTAI.......

habis tu Kenapa penganjur konvensyen DAKWAH panggil dia jugak...
jawab!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamirshamProfil   Hantar PM kepada zamirsham   Quote dan BalasQuote

al-nadiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.08.2005
Ahli No: 18346
Posting: 44
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-10-05 16:42


salam buat semua. buat mahasiswa/i yang telah mhadiri kon.pendakwah muda tentu faham situasi di sana kan???
Saya salah seorang wakil uitm shah alam,memang rasa macam menyesal saja pergi program tu. Sedih tak terhingga, ciri2 program islamic tu kurang sangat. Boleh katakan saya antara yang tersengguk2 dengar penyampaian yang kurang relevan tu. Isi tak jelas. tapi ada juga yang baik(tak saya nafikan,jadi boleh kita ambil tauladan).
Masa khai naik pentas menyanyi tu, rasenya dia pun gementar menyanyi depan abang-abang kopiah dan akak2 bertudung labuh. kasihan dia apalah penganjur bengong sangat pergi jemput si khai tu. tak ada kena langsung dengan program. apala slh jemput team nasyid yang berlambak kat negara kita ni.
lepas tu yang paling saya geram ada ke patut tempat tinggal siwa/i disatukan dalam satu bangunan. kenapa la tak diasingkan??? kerja gila,name saja konvensyen pendakwah muda tapi buat macam tu. rasa nak saja menjerit...nasib baik kami ni reti malu..lain kali tlgla jangan buat macam ni.
maafla kalau saya terlaser sikit,semoga lain kali tak jadi lagi macam ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-nadiahProfil   Hantar PM kepada al-nadiah   Pergi ke al-nadiah's Website   Quote dan BalasQuote

goldfish
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16967
Posting: 17
Dari: indonesia

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-11-05 02:22


!!! QUOTE !!!

oklah saya nak tanya awe & goldfish, anda berdua ni menganut agama apa...? Islam Hadhari tu ke...? betul? setahu saya Nabi kita hanya menyeru umatnya supaya menganut agama Islam saja, agama yang sifatnya bertepatan dengan firman Allah: "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam". dan Islam adalah satu2nya agama kita, tak perlu dipecah-belahkan oleh mana-mana pihak... Islam itu adalah asas yang paling utama bagi setiap umat Islam, dan ia melibatkan soal akidah yang tidak boleh dimain2kan walau sedikit pun...
saya tak berniat nak menjatuhkan sesiapa, mungkin ini cara terbaik untuk saya ketengahkan mesej yang ingin saya sampaikan, wa'Llahu A`lam...


isk.. isk.. ada ke cakap menganut agama islam hadhari...
sapa cakap islam hadhari tu agama...

mohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For goldfishProfil   Hantar PM kepada goldfish   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-11-05 04:00


Assalamualaikum wrwb...

hehe....konvensyen dakwah....itulah akibatnya kalau pihak HEP buat program semacam tu...ditambah pulak pihak MPP pulak bega semacam....jadi konvensyen dakwah itu macam ala akademi fantasia sebab dijemput khai...

ana rasa mereka nak jemput mawi tapi tak dapat....khai pun jadilah....ini memang kerja orang tak reti...apa nak buat....kalau dah bosan....tidur sajalah....tak perlah...makan minum setel...tak begitu?...

lagi satu tentang tempat tinggal....ini pun satu hal jugak...mereka ingat kita ni non-Muslim ke boleh tinggal satu banglo....ke macam mana?...

mengenang apa yang sahabat2 tulis, teringat ana kisah konsert sulung di UIA PJ 10 tahun dulu...mak oiii penyanyi perempuan pakai selendang...heh...apelah punya karut...rupanya sekarang mereka lagi berani...bawak khai terus...

tak apa adik2...teruskan dakwah...

TEGUH MENDOKONG IDEALISME MAHASISWA!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-11-05 13:55


islam hadhari bukan satu agama baru. islam tetap islam..agama Allah. cuma hadhari tu satu konsep baru yang cuba diketengahkan. hadhari - maju. tapi, yang kita tengok sekarang ni, hadhari yang cuba di bawa tak selari...dengan nama hadhari tu.


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

zamirsham
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14483
Posting: 77
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-11-05 11:09


betul tu sahabat.....
ana setuju.......
lain kali kalau nak buat program dakwah, buat betul2! baru kitorang respect.
bagus2! ada sesiapa lagi nak beri komen?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamirshamProfil   Hantar PM kepada zamirsham   Quote dan BalasQuote

amjarni
Warga Rasmi
Menyertai: 19.11.2005
Ahli No: 20383
Posting: 9
Dari: Sarawak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 18:30


Pada 14-11-05 13:55 , fizah_862000 posting:

!!! QUOTE !!!

islam hadhari bukan satu agama baru. islam tetap islam..agama Allah. cuma hadhari tu satu konsep baru yang cuba diketengahkan. hadhari - maju. tapi, yang kita tengok sekarang ni, hadhari yang cuba di bawa tak selari...dengan nama hadhari tu.



Setuju...
Adakah Islam sebelum ini, yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W tidak membawa kemajuan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For amjarniProfil   Hantar PM kepada amjarni   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-05 02:23


saya pun pergi konvo tu...
maaf dinyatakan..kurang berkesan..
saya pada awalnya bersemangat dan betul2 inginkan ilmu yang mungkin dapat diterapkan dalam kehidupan seharian..bukan sahaja sebagai pendakwah,tapi muhasabah buat diri sendiri..namun,pendekatannya tidak berapa berkesan buat saya..maaf ya penganjur :)

cuma satu saya tak puas hati,ketika khai nyanyi,Kenapa ramai yang protest.. walaupun memang tak berkaitan langsung dengan tentatif program,kita patut hormat dia sebagai tetamu... saya bimbang saudara khai terasa hati dengan kita semua..banyak yang membuat muka tidak puas hati...saya nak tanya antum semua,berdosa atau tidak jika perlakuan kita menyebabkan seseorang berkecil hati? saya harap lepas ni,kita lebih menghormati saudara2 kita..

sesungguhya,kita juga banyak kelemahan.dari kelemahan,kita perbaiki diri dan dari kelebihan,kita bina kekuatan diri..
maafkan saya kalau tersilap. :)

Allahu'alam..


-----------------
..bila takwa pakaian kita, urusan kita dimudahkan, kerana kita sudah menjadi ahlillah, begitu indah hidup bersama Tuhan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

britaniasky
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17549
Posting: 93
Dari: terengganu

lithuania   avatar


posticon Posting pada: 16-12-05 05:22


bismillah

ikhwani... moga perbahasan kita diredhai Allah dan disusuli dengan amalan..

ikhwani... islam hadari bukan perkara baru... konsepnya sama dengan deen ilahi yang dianjurkan akhbar khan di india suatu ketika dulu... dan islam hadari serta konsepnya kalau tak silap saya telah termaktub dalam the protocols of the learned elders of zion yang ditulis pada tahun 1987 oleh philip stephanov sebagai permulaan awal dalam penubuhan negara haram israel yang benderanya dengan megah berkibar di bangunan umno akhir2 ini..

ikhwani.. jika kalian lihat negara umat islam sekarang... keaadaannya adalah hampir sama sahaja.. iaitu pemerintah yang zalim sambil melaungkan kemajuan berbentuk duniawi disamping mengikis ketulinan islam sedikit demi sedikit bergantung kelekaan rakyat masing-masing..

ikhwani... di sini sedikit pengalaman dari england.. pernah suatu hari.. seorang yang kononnya mufti (mufti jgakla kiranya bagi mereka) datang menjaja islam hadari disini.. apa yang beliau sentiasa ulangi adalah negara kita telah membina banyak masjid.. sekolah agama.. bank islam.. universiti islam... dan banyak lagilah yang ada perkataan islam... ramai orang yang bersongkok yang tidak tahu bahawa songkok adalah antara pakaian hindu di india yang kemudian dibawa ke indonesia hanya mengangguk tanpa melayan perintah Allah di dalam quran supaya berfikir dan mencari ilmu agama...

ikhwani... tidakkah pernah mufti itu terfikir bahawa di england kami punyai beribu masjid??... hampir 300 masjid hanya di leicester yang lebih kecil dari kuala terrengganu.. tidakkah beliau ketahui kami juga mempunyai islamic bank of britain??? tidakkah beliau ketahui bahawa kami punyai beribu madrasah di seluruh england?? kami juga punyai institusi2 islam yang menjadi rujukan universiti2 di malaysia dan seluruh dunia?? tidakkah beliau ketahui semua itu... apakah yang beliau buat ketika lapang.. walaupun jajaan beliau memakan belanja 20.000 pound sterling ( 130.000 rm)????

ikhwani.... NEGARA ISLAMKAH BRITAIN?????

ikhwani.... tidakkah sama kuffar british yang memberi kebebasan kepada kami di sini sambil membunuh saudara2 kami di luar??? merogol emak2 dan saudari2 kami??? memesnahkan negara2 mereka???

ikhwani... tidakkah sama kuffar british ini dengan mereka yang menjaja islam di tanah air sambil membiarkan musuh2 Allah merobek agamanya serta mengibarkan bendera negara haram israel di bangunan UMNO???

ikhwani..... tolonglah.... tolonglah buat dua suruhan Allah sahaja jika anda sibuk... ZIKIR dan FIKIR.... ianya tidak mengganggu waktu dan kerja anda... tolonglah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For britaniaskyProfil   Hantar PM kepada britaniasky   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 16-12-05 08:58


saya pun salah seorang peserta konvensyen tu...

hurmm memang ntahape2 tiba2 malam penutup mucul pula Khai

apa kaitannye dengan pendakwah entah

macam2

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

mariyaa83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.10.2003
Ahli No: 4537
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-12-05 12:00


assalamualaikum..
saya pun turut sama pergi ke program tersebut...
saya pergi dengan semangat untuk mendptkan ilmu.. tapi sayangnyerrr... program tu lari dari landasan sebenar.. walaubagaimanapun.. masih ada pengisian yang baguss.. kat ambil yang elok, buang yang tak perlu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mariyaa83Profil   Hantar PM kepada mariyaa83   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 12:31


termenung seketika bila dengar perbahasan tajuk ni...
ana tak tau nak komen apa... pendakwah muda... satu nama yang indah dan penuh keramat untuk dilaksanakan. Adakah dijelaskan bagaimana menjadikan ke arah tersebut?

Tentang menjemput khai... satu lagi bentuk pembaharuan yang nak dibawa ke masyarakat... supaya artis-artis diterima, kerana mereka adalah contoh.. umpama mawi yang diagung-agungkan PAS, maka pihak lain mengambil artis lain untuk dijadikan sebagai CONTOH PENDAKWAH..

Sampai bila kita mahu mengagungkan orang kerana POPULAR? mengagung-agungkan artis.. apa yang kita dapat? Apa yang Mawi beri pada kita? Apa yang Khai beri pada kita? Merugikan masa, pahala dan masa kita untuk berbuat sesuatu yang lebih berharga.

Bantulah masyarakat menilai kembali... seharusnya ide, karismatek, intelek yang patut kita dahulukan dalam mengangkat martabatnya.... bukannya kerana campuran nilai pada diri... hanya mengambil sebahagian daripada ISlam... menggunakan islam untuk kepentingan... merosakkan Islam dengan menterjemahkan kepada tindak tanduk yang tidak sepatutnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117707 saat. Lajunya....