Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 226
Ahli: 0
Jumlah: 226




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Penghargaan seorang Tokoh Islam kepada Ibunya


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Penghargaan seorang Tokoh Islam kepada Ibunya

Please Mendaftar To Post


Oleh Penghargaan seorang Tokoh Islam kepada Ibunya

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-09-05 19:55


http://msmukeire.blogspot.com/2005/08/penghargaan-seorang-tokoh-islam-kepada.html
Monday, August 29, 2005
Penghargaan seorang Tokoh Islam kepada Ibunya

“Arwah ibuku seorang wanita yang sangat wara’ dan kuat agama, dan iltizam aku kepada agama sebahagiannya terletak kepada budi yang dicurahkannya. Ibuku senantiasa bangun lebih awal untuk solat subuh (Sabah – istilah Bosnia). Dia juga akan mengejutkan aku dari tidur supaya aku pergi ke masjid berdekatan, Masjid Hadzijska berhampiran Dewan Bandaran (Vijenica). aku berasa agak keberatan untuk bangun, biasalah, kerana waktu itu aku berumur 12 ke 14 tahun. Namun. Aku selalu gembira apabila balik ke rumah terutama pada musim bunga. Matahari telah naik bersinar, Pak Imam Mujezinovic berada di Masjid. Dia selalu membaca ayat al Quran, Surah al Rahman yang indah itu.pada raka’at kedua solat subuh. Masjid di tengah-tengah musim berbunga, solat pagi subuh, surah al Rahman dan Pak Imam yang alim – yang dihormati semua orang di qaryah tetangga, menjadikannya sebuah pemandangan yang sungguh indah permai. Kenangan inilah yang aku masih terbayangkelihatan dengan jelas dicelah-celah kabus tahun-tahun yang telah berlalu .”

Nukilan dari “Inescapable Questions” autobiografi Alija Izetbegovic

Alija Izetbegovic adalah salah seorang individu yang unggul yang berjaya mengilhamkan , membangkitkan dan memimpin seluruh negara, lalu mendapat pengiktirafan serta dikagumi dunia. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropa.

Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Berhadapan dengan sikap Eropa yang tidak ambil peduli dan tidak acuh, kem tahanan beramai-ramai muncul semula di depan mata mereka, namun beliau berusaha gigih tanpa penat dan rehat bagi mencapai keadilan di negerinya dan pada peringkat dunia. Ada yang mengatakan beliau seorang yang sukar dan tidak bertolak ansur dan ada yang lain pula memujinya sebagai seorang yang hidup dengan berprinsip yang tinggi.

Alija Izetbegovic telah dipenjarakan dua kali oleh kerajaan komunis dan pada kali kedua kesalahannya semata-mata kerana penulisannya. Beliau menjadi Presiden pertama negaranya yang merdeka pada 1990. Beliau berdiri teguh bersama rakyatnya semasa menghadapi serangan pencerobohan ke atas negaranya pada tahun 90’an, memimpin mereka dengan jiwa dan semangat yang kental, berpegang kepada prinsipnya sebagai seorang warga Eropa dan Muslim.

Ekstrak dari http://www.abim.orang.my/


posted by IbnuYA at 8/29/2005 10:50:00 AM

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 22:34


"aku berasa agak keberatan untuk bangun, biasalah, kerana waktu itu aku berumur 12 ke 14 tahun" jarang ibu2 sekarang yang sanggup mengejutkan anak2 untuk bangun bersolat jemaah di waktu subuh. Alasannya, kasihan lah, kecik lagi lah, tapi mereka tak sedar bahawa itu merupakan amalan yang patut diasuh dan dijadikan tabiat sejak anak2 kecil lagi.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.269736 saat. Lajunya....