Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: jemaah tabligh...

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» jemaah tabligh...

Please Mendaftar To Post

Oleh jemaah tabligh...

jiji
Warga Rasmi
Menyertai: 05.07.2005
Ahli No: 17068
Posting: 16

blank  

posticon Posting pada: 01-09-05 10:51

jemaah tabligh...

Assalamualaikum..saya ingin comment anda semua tentang kehadiran jemaah tabligh yang sentiasa menziarahi rumah dan sentiasa beriktikaf di masjid.Saya sebenarnya pernah menyertai jemaah ini.saya juga ragu-ragu tentang cara-cara mereka menyampaikan dakwah.Mereka banyak menekankan ajaran2 agama yang baik seperti bercerita tentang kekuasaan ALLAH,sunnah nabi dan sifat2 para sahabat.Kadang-kadang kehadiran mereka ini kurang disenangi oleh masyarakat..adakah dakwah mereka ini adalah ajaran yang dituntut dalam islam atau tidak????

Bookmark and Share

  Member Information For jijiProfil   Hantar PM kepada jiji   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 11:30

Assalamuaalikum

Jemaah tabligh adalah suatu kumpulan manusia yang meneruskanusaha NAbi Muhammad s.a.w untuk menyebarkan dakwah kepada umum.Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk meningatkan lagi kefahaman islam dalam masyarakat.Mereka lebih menekankan sunnah dan amalan2 Nabi Muhammad s.a.w.memang ada yang kurang senang dengan mereka,tapi,biasalah,dalam dakwah dan islah,banyak halangan dan nak ajak perkara ma'ruf pada orang ni,bukan senang,dan bukan semua orang dapat terima.Tapi,jemaah ni bagus,membawa kita pada reliti penghayatan hidup dalam islam secara nyata.Alhamdulillah,ayah dan adik2 ana terlibat juga.Di kampung pun,ramai jemaah tabligh,dan saban waktu,ada juga yang berkunjung ke surau di kampung ana.bukan dari malaysia saja,jepun,bangladesh,india,pakistan dan banyak lagi...ukhwah islamiah dalam satu dunia..tabligh itu menyampaikan..seperti hadis dari Nabi Muhammad,"sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.."..so,patut sokong usaha mereka...Islam terteagk dengan lah ILAHA ILLALLAH...Allahuakbar!!!

Bookmark and Share

  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 13:20

memang ramai yang kurang senang dengan jemaah tabligh termasuk di kalangan ustaz-2 dan anggota-2 jemaah serta pertubuhan yang lain ... tapi bagi saya biarlah mereka dengan cara mereka .. sekurang-2nya mereka berusaha turun ke dalam masyarakat mengajak sembahyang dan perkara-2 ma'aruf .. berbeza dengan jemaah lain yang buat program di kalangan mereka sahaja ... tapi itu tak kisah lah kan .. mungkin program yang dibuat adalah program tarbiyah untuk ahli tapi jgnlah sampai memperlekehkan usaha jemaah lain terutama sekali jemaah tabligh ni ...

Bookmark and Share

  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ilhamharapan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9051
Posting: 63
Dari: Tanta

Johor  

posticon Posting pada: 04-09-05 04:00

Tabligh. Kehadirannya kurang disenangi masyarakat? Saudara perlu ingat. Tidak disenangi masyarakat bukan beerti tidak seiring dengan syariat. Lani zaman dah bercampur aduk. Sukar nak bezakan yang mana pipit dan yang mana enggang. Yang mana kaca, yang mana permata

Bookmark and Share

  Member Information For ilhamharapanProfil   Hantar PM kepada ilhamharapan   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 04-09-05 07:00

Jamaah Tabligh & Keluar 3 & 40 hari

Assalamualaikum,

Saya benar-benar ingin mengetahui perkara yang selalu dilakukan oleh golongan yang kita kenali sebagai Tabligh di Malaysian ini. Barangkali soalan begini acapkali telah saudara lalui tetapi bagi saya kadang kala saya menjadi seolah-olah bingung seketika bilamana mereka mengatakan;

1.Bagi memantapkan Iman kita hendaklah mengikut tertib iaitu keluar bermujahadah selama 3 hari,40 hari dan seterusnya hingga ke 4 bulan. Mereka yang tidak keluar mengikut hari yang telah ditetapkan dianggap belum sempurna iman . Soalan saya,adakah pendapat ini benar?

Wassalam.

Jawapan HF:

wa'alaikumussalam warahmatullah,

Apa jua aliran akan memiliki orang-orang yang terbahagi kepada 3 kategori:

Mereka yang taksub dan berlebih-lebihan.

Mereka yang malas dan meremehkan.

Mereka yang berada di pertengahan dan tidak bertindak melainkan berdasarkan ilmu yang benar.

Keluar selama 3 atau 40 hari bukanlah kewajipan agama dan bukan tanda kesempurnaan iman. Mereka yang berkata ianya wajib dan tanda kesempurnaan imam termasuk dalam ketegori pertama di atas - taksub dan berlebih-lebihan (extreme).

Keluar pada jumlah hari-hari tertentu (3, 40, 4 bulan)pada asalnya diusulkan oleh para tokoh jamaah tabligh sebagai cara untuk mendisiplinkan diri dalam aktiviti dakwah mereka, pada waktu yang sama untuk menyusun jadual tahunan/bulanan para ahlinya.

wassalam.

http://www.al-firdaus.com/index.php?module=ContentExpress&func=display&btitle=CE&mid=&ceid=90

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 04-09-05 08:18

Sedikit komentar...

Tujuan utama jemaah tabligh ni sebenarnya bukan nak mengislahkan atau memperbaiki orang lain atau masyarakat, tapi mereka yang melibatkan diri dalam usaha tabligh ni nak memperbetulkan/islah diri sendiri. Saya kagum melihat ramai di kalangan muslimin yang mengikuti jemaah ni yang pada asalnya seorang yang hidupnya jauh daripada landasan agama dan syariat Allah swt akhirnya kembali kepada kehidupan berlandaskan Deen.

Mereka juga tidak memfokus sasaran dakwah hanya untuk individu atau golongan tertentu sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengan jemaah/badan dakwah di Malaysia ni. Oleh itu, mereka membawa risalah agama, dan dengan penuh hikmah dan kasih sayang menjalankan usaha mereka tanpa mengira siapa sasaran mereka, orang kampung atau orang bandar, orang berpendidikan tinggi atau orang yang tidak berpendidikan, orang kaya atau miskin, orang melayu, cina, india dan apa jua bangsa, orang berkedudukan tinggi atau rendah, raja atau pun rakyat. Ini kerana selagi dalam diri seseorang itu memiliki kalimah 'LAA ILAAHA ILLALLAAH', maka Allah swt memuliakan hamba tersebut, maka usaha jemaah tabligh adalah di samping untuk memperbaiki diri turut mengajak orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri. Dan yang terpenting sekali niat mereka LILLAAHI TA'AALA...

wallhua'lam bissawab...

Bookmark and Share

  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 05-09-05 10:04

Assalamualaikum..
ana sokong pendapatridwan_daie..biarlah kita buka mata masyarakat agartak keliru..zaman sekarang..yang baik dikatakan sesat..yang dah nyata maksiat dikata baik..Allahuakbar!!!
Islam datang dengan asing,dan pergi juga dengan asing..jadi,dlmhidup ini,istiqamah paling penting...
salam perjuangan..

Bookmark and Share

  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 05-09-05 10:44

Tabligh tak salah cuma kadang-kadang orang yang mengikuti tu kurang ilmu dalam Islam, jadi penyampaiannya kurang jelas.

saya suka dengan tabligh ni, bukan apa. Sekurangnya kita dapat mendengar kalimah hadith2 nabi ni selalu. Umpama duduk kat tempat orng jual minyak wangi.

Bookmark and Share

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 05-09-05 11:19

ana suka dengan pendekatan tabligh ni.
cara mereka berhikmah, penuh kelembutan dalam mengajak kepada amal maaruf.
tidak salah mengaplikasikan amalan tabligh dalam kehidupan.
yang baik kita jadikan amalan, yang kurang jelas pada kita, jauhilah...

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 05-09-05 11:35

Segala Puji Bagi ALlah..

mahkluk tak suka...janji ALlah redha...

buat mahluk suka pun, mereka bukan boleh bagi apa-apa.. ;-)

-----------------
Jana Gaji Anda Sendiri
http://www.GajiBulanan.Com/?id=etijarah
http://

  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

rebel7th
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18698
Posting: 32
Dari: Newcastle

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-09-05 11:43

mm..
jemaah tabligh ...
setakat ana tau..
mereka meminggirkan politik...
bagi mereka politik itu kotor...
secara tak langsung mereka seolahnya menafikan bahawa politik itu sebagai salah satu dari cabang islam...

mereka amar ma'ruf...
tak nahi munkar...

mereka baca fadhail amal...
dalam kitab tu banyak hadis dhaif..

mm..
sory lah kalau silap..
correct me aaa...

Bookmark and Share

  Member Information For rebel7thProfil   Hantar PM kepada rebel7th   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 10-09-05 11:31

ringkasnya .......segala usaha islah dan dakwah yang dilakukan oleh sesiapa pun adalah mulia di sisi Allah, Tabligh ada mesej dan cara tersendiri untuk mencapai tujuan mereka, begitu juga jemaah atau kumpulan dakwah yang lain, apapun Kenapa kita selalu mempersoalkan kebaikan yang dilakuan sedangkan amalan kerosakan dan maksiat berleluasa di merata2 tempat tidak pula ditegur, emmm inilah tanda2 akhir zaman semakin menghampiri.....

juga emm benar kata musafir_sepi tu, ......

Bookmark and Share

  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  

posticon Posting pada: 10-09-05 12:09

saya setuju dengan ridwan_daie, mereka bukanlah nak membetulkan orang lain, tapi saling nasihat menasihati dan yang penting mereka nak memperbaiki kelemahan dari mereka.........

Bookmark and Share

  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  

posticon Posting pada: 10-09-05 16:13

Di Malaysia ni, hanya melalui jemaah tabligh saja lagi yang tinggal sebagai satu saluran untuk mendapat ilmu agama. UMNO tak kan ganggu jemaah tabligh selagi mana jemaah tabligh tidak mencampuri urusan politik dan pemerintahan. Tetapi jika jemaah tabligh melibatkan diri dalam politik atau menegur tentang mungkar dalam negara, kemungkinan UMNO akan mengganggu sebagai mana PAS.

Bookmark and Share

  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-09-05 22:31

salam
rebel7th

maaflah...sumber apa anta dapat mereka tak nah munkar?
anta tau tak?ada dilkalangan jemaah dan,sanggup turun padang berhadapan dengan masyarakat yang memang dah separuh rosak...contohnya di jalan hj tab,chow kit ke...
ada dikalangan ahli tabligh dan mendekati mereka dengan cara yang baik...lecturer tu..dia buat survey dan kajian lagi mcamne nak bantu golongan yang dah jauh dari wahyu Allah ni...so, harap anta faham..
asif...

Bookmark and Share

  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  

posticon Posting pada: 12-09-05 13:23

habis Kenapa umno berperang habisan melawan PAS adakah kerana menggugat politik mereka

Bookmark and Share

  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

al_rrazi
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2005
Ahli No: 19068
Posting: 1

blank   avatar

posticon Posting pada: 17-09-05 12:51

ana setuju pendapat yang tidak menolak jemaah tabligh.ana sendiri pernah ikut dan tak ada apa-apa yang bertentangan dengan islam.perlu diingat dalam menyampaikan dah'wah memang banyak tentangn.yang penting kuatkan azam .bkerja untuk islam itu tanggungjawab semua muslim

Bookmark and Share

  Member Information For al_rraziProfil   Hantar PM kepada al_rrazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-09-05 12:58

Pada 11-09-05 22:31 , musafirsepi posting:

!!! QUOTE !!!

salam
rebel7th

maaflah...sumber apa anta dapat mereka tak nah munkar?
anta tau tak?ada dilkalangan jemaah dan,sanggup turun padang berhadapan dengan masyarakat yang memang dah separuh rosak...contohnya di jalan hj tab,chow kit ke...
ada dikalangan ahli tabligh dan mendekati mereka dengan cara yang baik...lecturer tu..dia buat survey dan kajian lagi mcamne nak bantu golongan yang dah jauh dari wahyu Allah ni...so, harap anta faham..
asif...

al-salamu `alaykum...

setuju dengan musafirsepi, nak bercakap tu kenalah berasas...

kata imam al-Ghazzali: "beramal tanpa ilmu adalah satu penipuan, sedangkan berilmu tanpa amal adalah satu kebodohan"...

renung2kan... wassalam...

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-09-05 12:59

Pada 05-09-05 11:43 , rebel7th posting:

!!! QUOTE !!!

mm..
jemaah tabligh ...
setakat ana tau..
mereka meminggirkan politik...
bagi mereka politik itu kotor...
secara tak langsung mereka seolahnya menafikan bahawa politik itu sebagai salah satu dari cabang islam...

mereka amar ma'ruf...
tak nahi munkar...

mereka baca fadhail amal...
dalam kitab tu banyak hadis dhaif..

mm..
sory lah kalau silap..
correct me aaa...

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 17-09-05 15:07

> sokong dengan p`dapat Amrizal...
>
> tabligh memang tak salah, cuma orang yang menyampainya saja yang kurang ilmu dalam meneruskn usaha ini mengikut cara rasulullah yang sebenar..
> prnh juga keluar mengikuti tabligh untuk m`cari pengalaman, & masih melihat banyak kekurangan pada cara penyampaian mereka...
> sebagai contoh, rasulullah tidak m`galakkn umatnya b`cakap ketika makan, namun pada waktu makanlh suasana yang paling bising sekali...
> namun, saya tetap suka dengan tazkirah, qiamullaill, & banyak lagi nasihat yang mereka berikan...
> sekurang2nya, pengalaman b`tabligh dapat dirasai..
> .............................

Bookmark and Share

  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 11-11-05 00:27

Pada 17-09-05 15:07 , Al-Mustaqqim posting:

!!! QUOTE !!!

> sokong dengan p`dapat Amrizal...
>
> tabligh memang tak salah, cuma orang yang menyampainya saja yang kurang ilmu dalam meneruskn usaha ini mengikut cara rasulullah yang sebenar
sekurang2nya mereka berusaha, lebih baik daripada golongan yang berilmu tapi tak ada usaha dakwah pun...

Allah s.w.t. lebih memandang kepada usaha daripada hasilnya, sebab usaha adalah tanda kesungguhan manusia, sedangkan hasil adalah tanda kekuasaan Allah s.w.t. dan terpulang kepada kekuasaanNya.. Dia jua yang layak menentukannya...

wassalam...

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 11-11-05 18:55 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 11-11-05 08:16

roomate saya salah seorang dpd jemaah tabligh...memang ada kelebihan dan memang ada kekurangannya...siapa nak tau lebih lanjut berkaitan tabligh ni boleh la send email kat saya...

uucp://www.geocities.com/genius_phgklte/ukhwahavatar.jpg

Bookmark and Share

  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

mazrik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20118
Posting: 98
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 11-11-05 15:49

Ni ada nak share article pasal tabligh...

http://muslimz87.bravehost.com/archive5.html

November 18 2003/23 Ramadhan 1424
Forum tentang Jemaah Tabligh.
Assalamualaikum W.B.T.
Hari ni ana tak ada benda nak tulis sangat. Cuma nak tahu pandangan pembaca tentang Jemaah Tabligh. Ana rasa semua orang tahu Jemaah Tabligh tu apa. Jemaah ini adalah sebuah kumpulan yang tidak berdaftar yang boleh dikatakan mempunyai keahlian yang sangat ramail di seluruh dunia. Daripada apa yang pernah ana baca di Malaysia sahaja kumpulan ini mempunyai kira-kira 18,000 orang ahli. Ini adalah satu jumlah yang amat besar bagi sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar. Jemaah ini sering bergerak dari masjid ke masjid untuk menyeru orang ramai pulang ke jalan Allah.
    Jemaah ini dikatakan mulanya hanya berkembang di kalangan India-Muslim sahaja. Pada era 70-an dikatakan adalah bermulanya era penglibatan orang-orang Melayu di dalam jemaah ini. Perkembanagn jemaah ini telah mendapat perhatian berbagai-bagai pihak. Ada yang menyokong gerakan mereka dan ada pula yang mengecam. Berbagai-bagai hujah yang konkrit dikemukakan bagi menguatkan hujah masing-masing. Malah pada suatu ketika Tabligh pernah diharamkan oleh beberapa kerjaan negeri antaranya kerajaan negari Melaka. Walaubagaimanapun seperti yang kita lihat sekarang pengharaman itu tidak menjejaskan langsung gerakan itu. Jumlah ahli jemaah ini boleh dikatakan bertambah. Mereka yang menjadi ahli bukanlah orang-orang yang tidak berpendidikan sahaja, malah ada di antara mereka yang berpangkat profesor, Dato' dan lain-lain. Tetapi ada satu perkara yang pelik. Kebanyakan pelajar yang berkelulusan dalam bidang-bidang agama boleh dikatakan tidak menyokong perjuangan gerakan ini.
    Ada satu peristiwa yang mungkin ramai tidak tahu di mana 2 orang ahli jemaah tabligh dari Malaysia, Abdullah Jamaluddin dan Zaki Che Hussein telah di tembak mati oleh tentera Filipina di Marawi City pada 29 Jun 1987. Daripada buku yang ana baca dikatakan jenazah kedua-dua jemaah tabligh ini dianggap sebagai syuhada. Lebih 5,000 orang dikatakan telah berarak mengiringi jenazah mereka ke tanah perkuburan. Kedua-dua jenazah ini telah disemadikan di Marawi City. Walaubagaimanapun peristiwa ini tidak sedikitpun melemahkan gerakan tabligh. Tidak ada tanda-tanda yang gerakan ini semakin lemah.
    Dalam sibik-sibuk orang berkata tentang jemaah Tabligh. Satu lagi kejutan dilakukan oleh jemaah ini. Pada tahun 1989, sebuah masjid milik jemaah ini telah mula dibina di Seri Petaling. Masjid ini dibina tanpa bantuan sesenpun daripada pihak kerajaan. Masjid ini bernilai 3 juta dan dibina diatas tanah seluas 10 ekar. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Yang lebih mengkagumkan masjid ini di bina oleh ahli-ahli jemaah itu sendiri yang bekerja secara sukarela dan tanpa gaji. Pembinaan masjid ini hanya diketahui selepas sehari Kerajaan Melaka mengharamkan jemaah ini. Walaupun dibina dengan hasil titik peluh sendiri, akhirnya masjid ini diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI). Ada satu perkara yang mengharukan tentang jemaah ini. Walaupun mereka tahu masjid itu akan diambil alih oleh JAWI mereka tetap menyiapkan masjid itu kerana mereka berkata bahawa mereka membina masjid itu kerana Allah.
    Ahli-ahli jemaah ini dikatakan tidak boleh terlibat dengan politik. Namun beberapa tahun lalu ketika isu pergolakan di Ambon sedang heboh diperkatakan, dua orang ahli jemaah ini telah ditahan ketika cuba mnyeludup senjata ke kawasan bergolak di Ambon. Di antara senjata yang ditemui ialah M-16. Mereka dikatakan ingin membantu umat Islam di sana menentang puak Kristian. Dan tahun ini, ana telah terbaca di dalam akhbar di mana tabligh telah dikaitkan dengan Al-Qaeda. Jemaah ini dikatakan menjadi tempat mencari ahli-ahli baru bagi Al-Qaeda. Hal ini telah dinafikan oleh ketua Majlis Tabligh Amerika Utara. Pada pilihanraya yang dijalankan di Pakistan di mana gabungan parti-parti berasaskan Islam yang dikenali sebagai Majlis Muttahida e Amal (MMA) telah mencatatkan kejayaan, dikatakan bahawa keua gerakan tabligh negara itu telah menyeru ahli-ahlinya untuk menyokong MMA. Dalam perkembangan di Afghanistan di mana seorang Taliban-Amerika, John Walker yang di tahan telah dikatakan bergiat cergas dalam jemaah tabligh sebelum menyertai Taliban.
+Ana sebenarnya bukanlah seorang ahli jemaah tabligh. Ana cuma terlibat dalam melakukan taalim selepas Asar. Ana akan membacakan kitab Fadhail Amal yang mengandungi hadith-hadith dan ayat-ayat tentang Fadhilat Amal.
+Ana tidak pernah terlibat dalam aktiviti keluar 3 hari,10 hari, 40 hari dan 4 bulan. Sebab :
1) Ibu bapa ana tidak suka ana terlibat dengan tabligh. Boleh dikatakan kesemua ahli keluarga ana adalah anti-tabligh. Jadi sebagai seorang anak, ana wajib taat kepada ibu bapa kerana redha Allah terletak di atas keredhaan ibu bapa.
2) Ana merasakan jemaah ini tidak sesuai dengan ana kerana kebanyakan daripada mereka berfikiran tradisional. Walaupun begitu ana tidak menolak kegiatan mereka secara total kerana banyak yang dapat ana pelajari daripada mereka. Mereka juga banyak memberikan contoh yang baik kepada ana seperti belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan lain-lain lagi.
3) Jemaah ini hanya meluaskan skop mereka kepada ibadat khusus seperti solah, puasa dan lain-lain. Malah jemaah ini di seluruh dunia hanya mengambil satu kitab sebagai rujukan di samping Al-Quran iaitu kitab Fadhail Amal.
4) Mereka menolak dakwah yang dilakukan yang berlainan dengan cara mereka. Seperti apa yang ana lakukan sekarang. Bagi ana ia adalah satu dah'wah tapi bagi mereka dah'wah adalah dengan mengikut pengembaraan mereka keluar selama berhari-hari.
5) Kebanyakan ahli jemaah ini mengambil apa yang di cakapkan oleh Amir mereka di dalam bayan(tazkirah) mereka tanpa memeikirkan samaada ia benar atau tidak. Seringkali kedapatan mereka menggunakan hadith-hadith palsu sebagi hujah.
6) Pandangan mereka mengenai wanita tidak ana setuju. Mereka boleh dikatakan mengharamkan wanita daripada bekerja. Mereka juga boleh dikatakan menolak hiburan walaupun yang berunsur dah'wah.
+Ana merasakan bahawa patut diadakan reformasi di dalam jemaah ini. Mereka mesti bergiat cergas di dalam ekonomi seperti yang dilakukan oleh Al-Arqam. Gerakan ini juga hendaklah meluaskan skop dah'wah mereka. Kegiatan dah'wah yang berlainan cara tidak sepatutnya di tolak selagi ia tidak bertentangan dengan syara'. Wanita hendaklah diberikan tempat dan tugas yang sewajarnya dalam jemaah ini, bukan hanya memerap di rumah. Bukankah Siti Aisyah lah.A juga bergiat cergas dalam bidang dah'wah. Siti Khadijah pula adalah seorang ahli perniagaan.
+ Di kawasan ana hanya terdapat ana yang menggerakkan aktiviti-aktiviti tabligh. Bila hujung minggu barulah ana mempunya teman kerana seorang jemaah di sini yang berkhidmat sebagai guru di Palong akan pulang.
+ Seorang ahli jemaah ini dari kariah ana telah melanjutkan pelajaran di US dalam bidang ekonomi.
- Di harap supaya pembaca dapat memberi komen dalam isu ini.
Wallahua'lam. Assalamualaikum W.B.T

-----------------
Ingat Lima Perkara Sebelum 5 Perkara

Bookmark and Share

  Member Information For mazrikProfil   Hantar PM kepada mazrik   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 11-11-05 20:27

Assalamualaikum, jangan bergaduh....tabligh ertinya menyampaikan..jawapannya tak salah...buatlah dan dakwahlah dan guna method apa pun..
apa pun kalau cara dan method jemaah tabligh sesuai dengan upaya kemampuan dan jiwa saudara, teruskanlah...kalau tak sesuai atau tak berkesan ubah method lain pulak....janji dakwah mesti diteruskan ...dan bila dah masuk jemaah , tak kira lah apa pun jangan pula rasa kita yang terbaik nanti hilang pahala ...ada peraturan ke, kalau rasa ada peraturan yang tak perlu buang saja...
agak-agak boleh ke anggota tabligh tak perlu berjambang dan kemeja semasa pergi keluar berdakwah..kalau tak pakai serban boleh ke just bertanya..

Sebenarnya kewajipan berdakwah tak pernah di mansuhkan, cuma setiap gerakan Islam perlu berubah dari segi pendekatan, keilmuan, penggunaan teknologi,memanglah teknologi tiada 'personel touch' tapi kalau ramai orang terpengaruh dengan 'cinta sms' atau cinta 'internet' mengapa tidak disebarkan 'cinta Islam' melalui teknologi...ada kesannya..kalau budak boleh meniru lagak britney spears menyanyi melalui televisyen, mengapa tidak boleh mendengar atau melihat konsert raihan di televisyen. Sebagai pendakwah kita mesti mengunakannya semaksima mungkin dalam usaha -usaha dakwah selain itu bagaimana sesebuah gerakan atau jemaah Islam itu menghadapi zaman

apa pun kepada semua anggota jemaah , tak kiralah jemaah apa, janji ikhlas dan tulus dengan Islam , teruskanlah usaha anda, dan jangan terlalu mengikut pendekatan lama , beranilah membuat perubahan dari segi pendekatan supaya masayarakat tidak melihat kita ni kompleks sangat...sememangnya kita jarang di sanjung dan tidak minta disanjung, tapi kalau boleh jangan berpegang pada satu cara yang sama sahaja .....

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

razman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok

PulauPinang  

posticon Posting pada: 11-11-05 21:15

Assalamualaikum

Bookmark and Share

  Member Information For razmanProfil   Hantar PM kepada razman   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 12-11-05 00:02

kita sibuk bercakap tentang usaha tabligh ni betul ke tidak, relevan lagi ke tidak pada zaman sekarang... cuba kita renungkan apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat................?

sekiranya gerakan tabligh dimansuhkan, apakah usaha yang 'lebih baik' yang akan kita ganti untuk menegakkan ajaran Islam...? tanpa gerakan tabligh, siapakah yang sanggup menggantikan peranan mereka terhadap agama...?

patutnya kita malu kepada mereka kerana kekurangan dan kemalasan kita, bukannya menyalahkan dan seolah-olah mendesak usaha mereka itu diberhentikan...

"Wahai orang-orang yang beriman, untuk apakah kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan, besar kemurkaan di sisi Allah bahawasanya kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan..." Sadaqa'Llahu'l-`Azim...

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 12-11-05 00:04 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar

posticon Posting pada: 12-11-05 09:35

pada pendapat saya jemaah tabligh tidak harus berhenti dari jalan dakwah tapi hendaklah mempelbagaikan pendekatan..seluruh jemaah dakwah hendaklah saling contoh mencontohi antara satu sama lain...pada jemaah tabligh,mereka ada kekuatan semangat,sikap sanggup berkorban,dan istiqamah,tapi pada mereka juga ada kelemahan iaitu strategi dan pendekatan....ini menyebabkan keberkesanan yang diharapkan dibalas dengan perasaan rimas dan janggal oleh sasaran dakwah dan menyebabkan dakwah tidak sampai dan akhirnya segala usaha hanya sia2... begitu juga pada jemaah lain,ada ciri yang mereka kuat dan ada pula ciri2 yang mereka lemah..
jika seluruh gerakan dakwah boleh saling contoh mencontohi dan mengambil kekuatan antara kekuatan,tidak mustahil satu impak perubahan akan terhasil...
apabila kita mengatakan kita nak berdakwah,beberapa aspek wajib perlu diambil kira...siapakah orang yang nak didakwah?macamana pendekatan yang sesuai?pengisian apa yang nak diberi?pakaian apa yang nak dipakai?....kesemua perkara harus diambil kira dan bukannya dengan semberono sahaja kerana tampa perancangan ummat islam akan lemah biarpun dengan usaha yang berterusan...saya harap jemaah tabligh dapat mencontohi jemaah ikhwan muslimin yang bergerak dari semua arah ke semua arah....imej islam yang dibawa ialah imej kesyumulan dan tidak peliklah jika ikhwan muslimin mampu mencipta gelombang kebangkitan sehingga ke pakistan dan turut ke malaysia....Rasulullah sekalipun tidaklah baginda berdakwah dengan satu strategi sahaja,banyak strategi yang digunakan...siapakah kita untuk menafikan kaedah berstrategi dalam dakwah?? saya rasa saya banyak menulis dan menghadirkan fakta2 jelas malangnya tulisan saya seakan diabaikan tampa difikirkan dan tampa direnungi....
wassalam

Bookmark and Share

  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Khusyairie
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19374
Posting: 2

morocco  

posticon Posting pada: 12-11-05 13:05

Assalamualaikum wbt.....Setakat mana yang saya tahu,sekarang kalau kita lihat jemah tabligh ini bergerak satu dunia mungkin di Malaysia kurang nampak atau tak disedari.Dakwah yang Rasullah jalankan berbagai cara terang-terangan,sembunyi dan strategi seperti mana hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah.Berkenaan dengan hadis dhaif dalam kitab fadhail amal itu tak salah kerana digunakan untuk kelebihan dan ganjaran sesuatu amalan,cuma yang tak boleh pada menetapkan hujah atau hukum dan sebagainya.
Wassalam...

Bookmark and Share

  Member Information For KhusyairieProfil   Hantar PM kepada Khusyairie   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 12-11-05 13:12

memang benar method dakwah itu ada pelbagai, melalui seni pun boleh berlaku dakwah... jadi kita biarkanlah mereka berdakwah dengan cara mereka, kita berdakwah dengan cara kita... jangan kita condem cara mereka berdakwah sedangkan kita sendiri tak berdakwah langsung...

saya bukan ahli tabligh, dan tak pernah ikut mereka keluar pun, terasa kekurangan diri ini... in sya'a'Llah kalau diberi peluang nak keluar juga satu hari nanti, azam....!

lagi satu, jemaah tabligh bukan saja berdakwah kepada masyarakat, tetapi juga memperbetulkan diri sendiri, dan itu yang saya nampak lebih utama dan lebih berkesan... Wa'Llahu A`lam

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 12-11-05 13:13

Pada 12-11-05 13:05 , Khusyairie posting:

!!! QUOTE !!!

Berkenaan dengan hadis dhaif dalam kitab fadhail amal itu tak salah kerana digunakan untuk kelebihan dan ganjaran sesuatu amalan,cuma yang tak boleh pada menetapkan hujah atau hukum dan sebagainya.
Wassalam...

Tetapi, ulama' hadith ada menetapkan syarat untuk beramal dengan hadith. Antara lain, hadith yang digunakan tidak mencapai tahap dha'if jiddan yakni sangat lemah. Selain itu, kita tidak boleh beri'tikad bahawa hadith-hadith dha'if itu datangnya dari Rasulullah SAW...

Saya ada kitab Fadha'il Amal di rumah, dan diperhatikan ada sesetengah hadith mencapai tahap dha'if jiddan, malah ada beberapa hadith yang lain yang diragui kesahihannya. Bukankah lebih baik sekiranya kita merujuk kitab-kitab muktabar yang menampilkan hadith-hadith yang sahih, atau sekurang-kurangnya hadith hasan. Kesannya, lebih selamat dan kita tidak akan terdedah pada hadith mungkar, hadith mahu'dhu' hadith bathil dan yang setaraf dengannya...

Pada pandangan saya, bayyan yang diamalkan oleh golongan tabligh amat baik. Begitu juga dengan bacaan hadith selepas waktu solat. Cuma, bukankah lebih baik sekiranya kitab yang digunakan dipelbagaikan, bukan sekadar kitab Fadha'il Amal. Untuk bacaan hadith, mungkin boleh gunakan Sahih Muslim atau Sahih Bukhari yang pastinya hadithnya sahih belaka dan tidak boleh dipertikaikan...

Allahu Ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar

posticon Posting pada: 12-11-05 14:38

Pada 12-11-05 13:13 , SaLaFiaN posting:

!!! QUOTE !!!

Pada

Pada pandangan saya, bayyan yang diamalkan oleh golongan tabligh amat baik. Begitu juga dengan bacaan hadith selepas waktu solat. Cuma, bukankah lebih baik sekiranya kitab yang digunakan dipelbagaikan, bukan sekadar kitab Fadha'il Amal. Untuk bacaan hadith, mungkin boleh gunakan Sahih Muslim atau Sahih Bukhari yang pastinya hadithnya sahih belaka dan tidak boleh dipertikaikan...

Allahu Ta'ala a'lam...

sutuju!!!
....golongan tabligh perlu belajar keluar dari kepompong tradisi dan melihat ke dunia luar yang lebih realiti..usah terlalu jumud dengan hanya memegang satu metodologi yang belum tentu penerimaannya....saya mengajak satu anjakan paradigma bukan berhenti dan berehat dari jalan dakwah...

-----------------
Image Hosted by ImageShack.us

Bookmark and Share

  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 12-11-05 15:00

Respek sangat pada jemaah tabligh..mereka sangat baik dan bersopan santun..nak marah orang???jangan haraplaa...senyum sentiasa diukirkan sama ada orang islam mahupun bukan islam..nak minta pertolongan??tak ada masalah pada mereka??tak ada duit tuk makan...penuh rakyat malaysia pergi sri petaling makan free...tak ada tempat tidur?? mereka sediakan...yang jadi penagih dadah dibenci oleh keluarga..jemaah ini yang selamatkan penagih dadah itu...bawak mereka ke jalan Allah..nak cerita kebaikan mereka ini memang banyak...kalau ada yang xpuas hati dengan jemaah ini..tak dinafikan..mana ada manusia yang perfect selain Nabi..tapi janganlah sebab jangan sedikit 'faul' tu diperbesar2kan dan jaja kata tabligh ini xbagus la...kita suka complain orang xbagus??yang kita ini bagus sangat ke??padahal apa benda yang kita buat bagus sangat compare dengan mereka????

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar

posticon Posting pada: 12-11-05 15:01

Saya setuju dengan kumpulan diaorang ini cuma bebarapa perkara yang kurang setuju sebagai contoh bila mana pihak masjid mengadakan majlis ceramah dikalangan mereka akan berkumpul dalam satu sudut yang lain dan buat muzakarah sdiri.kenapa tak dengar sekali majlis ilmu tersebut.Bila ditnya jawabnya mereka sdg bermusyawarah.Apa! masa lain tak boleh musyawarah ke?Bukan lama sangat nak dengar majlis ilmu tu macam mana orang maraikan majlis mereka sdgkan majlis yang masjid buat kadang group mereka memandang sepi.Tugas dakwah mereka memang saya piji kerana sanggup berjumpa dengan orang dan sbgainya.Maybe saya tak mampu buat cuma satu teguran saja yang mana mereka menggunakan kitab rujukan mereka yang terdapat dalam Fazail Amal yang ditulis oleh ulama mereka.yang menjadi masalah dalam kitab itu terdapat juga hadis yang dhoif yang mana jamaah ini juga mengamalkan dengan kuat tentang perkara dalam hadis dhoif ni wallahualam

Bookmark and Share

  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  

posticon Posting pada: 14-11-05 12:22

satu benda ana nak tanya..ada tak orang perempuan yang masuk tabligh

Bookmark and Share

  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 26-11-05 15:52

!!! QUOTE !!!

satu benda ana nak tanya..ada tak orang perempuan yang masuk tabligh

     assalamualaikum.

ini satu lagi yang perlu diambil perhatian oleh pendokong jemaah tabligh yang mana tiada sayap muslimat dalam jemaah tersebut, wanita tidak berpeluang untuk sama-sama berda'wah dengan suami mereka. sedangkan mereka pun ingin mendapat pahala seumpama khulafa' arrasyidin juga.

satu lagi yang perlu diambil perhatian oleh sahabat2 dalam tabligh, begitu banyak sekali hadis dhaif dalam kitab fadha'il 'amal.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-11-05 16:30

"Respek sangat pada jemaah tabligh..mereka sangat baik dan bersopan santun..nak marah orang???jangan haraplaa...senyum sentiasa diukirkan sama ada orang islam mahupun bukan islam..nak minta pertolongan??tak ada masalah pada mereka??tak ada duit tuk makan...penuh rakyat malaysia pergi sri petaling makan free...tak ada tempat tidur?? mereka sediakan...yang jadi penagih dadah dibenci oleh keluarga..jemaah ini yang selamatkan penagih dadah itu...bawak mereka ke jalan Allah..nak cerita kebaikan mereka ini memang banyak..."

......tu la kebaikkan mereka dan banyak lagi ....... berkaitan dengan hadis dhoif tu setahu saya boleh digunakan untuk fadhoil a'amal dan tazkirah .berkaitan dengan tak ikut serta majlis masjid ....saya rasa pihak tabligh boleh fikirkan...... baca kitab hadis lain tu .....tak tau la ..... hmmm Kalau minta mereka perdalami lagi ajaran agama ...bingcang dengan mereka secara baik laa...

Bookmark and Share

  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 26-11-05 16:51

assalamualaikum...saya ada juga pengalaman untuk dikongsi..

saya selalu singgah di surau hentian bas puduraya pada setiap kali saya nak pulang ke kampung dengan bas..saya pernah bertemu ramai jemaah tabligh dan mereka ni amat ramah dengan semua orang, murah dengan senyuman dan bersih wajahnya...mereka ini akan duduk bersama muslimin lain yang sedang duduk didepan surau dan mereka mengajak kearah kepada kebaikan...mereka ini ada yang dari kalangan pensyarah IPT juga.mereka berdakwah dengan duit sendiri.

selain tu juga sepanjang saya menuntut di uniten muadzam shah, ada juga jemaah tabligh yang datang kerumah sewa student sekitar taman perumahan.ini satu usaha terbaik nak memupuk remaja2 dan student2 kearah mengingati ALLAH..

saya pernah juga melihat gelagat manusia apabila jemaah tabligh ini datang kerumah, mereka terus kunci pintu dan duduk diam dalam rumah. inilah perkara yang saya amat kesali dengan bangsa melayu yang beragama ISlam..mereka ini seolah olah tak mahu ditarbiah mahupun mendengar sedikit tentang kekuasaan ALLAH dan ajaran agama sendiri...

wsslam

Bookmark and Share

  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 26-11-05 17:17

memang benar method dakwah itu ada pelbagai, melalui seni pun boleh berlaku dakwah... jadi kita biarkanlah mereka berdakwah dengan cara mereka, kita berdakwah dengan cara kita... jangan kita condem cara mereka berdakwah sedangkan kita sendiri tak berdakwah langsung...

saya bukan ahli tabligh, dan tak pernah ikut mereka keluar pun, terasa kekurangan diri ini... in sya'a'Llah kalau diberi peluang nak keluar juga satu hari nanti, azam....!

lagi satu, jemaah tabligh bukan saja berdakwah kepada masyarakat, tetapi juga memperbetulkan diri sendiri, dan itu yang saya nampak lebih utama dan lebih berkesan... Wa'Llahu A`lam

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 26-11-05 17:22

Pada 12-11-05 13:12 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

memang benar method dakwah itu ada pelbagai, melalui seni pun boleh berlaku dakwah... jadi kita biarkanlah mereka berdakwah dengan cara mereka, kita berdakwah dengan cara kita... jangan kita condem cara mereka berdakwah sedangkan kita sendiri tak berdakwah langsung...

saya bukan ahli tabligh, dan tak pernah ikut mereka keluar pun, terasa kekurangan diri ini... in sya'a'Llah kalau diberi peluang nak keluar juga satu hari nanti, azam....!

lagi satu, jemaah tabligh bukan saja berdakwah kepada masyarakat, tetapi juga memperbetulkan diri sendiri, dan itu yang saya nampak lebih utama dan lebih berkesan... Wa'Llahu A`lam

: )

AZAM!!!

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  

posticon Posting pada: 26-11-05 17:29

Pada 26-11-05 15:52 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

satu benda ana nak tanya..ada tak orang perempuan yang masuk tabligh

     assalamualaikum.

ini satu lagi yang perlu diambil perhatian oleh pendokong jemaah tabligh yang mana tiada sayap muslimat dalam jemaah tersebut, wanita tidak berpeluang untuk sama-sama berda'wah dengan suami mereka. sedangkan mereka pun ingin mendapat pahala seumpama khulafa' arrasyidin juga.

satu lagi yang perlu diambil perhatian oleh sahabat2 dalam tabligh, begitu banyak sekali hadis dhaif dalam kitab fadha'il 'amal.

jemaah pmpn? ada..... xlengkap lagi usaha tanpa jemaah muslimat. itu yang saya pernah belajar dulu la..

Bookmark and Share

  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 04-12-05 21:19

assalamualaikum...

pujian hanya bagi Allah, selawat serta salam untuk rasulallah.
sahabat sekalian, muslimat sentiasa menjadi sayap belakang jemaah tabligh.ibu-ibu, isteri-isteri, sentiasa menyampaikan dakwah mereka.cara penyampaian mereka tidak sama seperti yang dilakukan oleh jemaah lelaki,mereka lebih kepada acara tertutup. ada juga yang keluar 20 hari dan mereka keluar bersama muhrim,tiada perkara yang bertengtangan dengan islam,isteri dengan suami,ibu dengan anak.waallahua;lam.

Bookmark and Share

  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 04-12-05 21:33

taligh....oh...tabligh, apa makna tabligh sebenarnya, seharusnya istilahnya ialah tazkir kerana tabligh adalah perkataan untuk menyeru kepada sesuatu yang belum diseru iaitu kafir kepada islam tapi reality hari ini, tabligh dijalankan atau dilaksanakan untuk tujuan kebaikan seharusnya kita sokong, seharusnya kita umat islam yang mengetahui kekurangannya seharusnya membetulkan,bukankah islam itu nasihat-menasihati, biar mereka guna cara depa, kita guna cara kita tetapi tetap tujuan yang sama ialah mentarbiah diri dan masyarakat..

Bookmark and Share

  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

ummu-khubaib
Warga Rasmi
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20735
Posting: 4
Dari: Albstadt-ebingen, German

germany  

posticon Posting pada: 05-12-05 00:27

Maaf menyelit seketika di ruangan ini. Diharap pihak admin dapat mengizinkan..

Takut dan bimbang ana melihat komentar teman-teman di sini tentang sesuatu perkara. Mudah mengklasifikasikan kumpulan itu salah atau sebagainya. Senang sekali meletak status dhaif pada satu-satu hadith. Seolah-olah sudah benar-benar alim dalam ilmu quran dan hadith. Seolah-olah bahasa arab itu sudah 'cair' bagi anda.

Ana mohon sesetengah pihak yang memberi komentar tentang sesuatu agar lebih berhati-hati. Dan jangan mudah sangat untuk menunding kelemahan tetapi sebaliknya pandanglah pada kebaikan yang dibawa mereka.

Tabligh yang ana kenali, adalah satu jemaah yang membuat usaha dakwah (amar maaruf dan nahi mungkar). Ana ambil contoh di Germany, ramai orang-orang turkey yang beragama Islam, tapi tidak beramal dengan Islam (abaikan solat puasa dan etc). Alhamdulillah ahli-ahli tabligh membuat usaha dakwah yang baik.

Satu perkara yang ana sangat nak tegaskan di sini adalah, hendaklah kita sebagai seorang muslim sentiasa koreksi diri terlebih dahulu sebelum menunding kelamahan kumpulan lain. Bukanlah tugas kita untuk menjustifikasikan sama ada kumpulan itu atau kumpulan ini baik ataupun tidak. As long as, selagi akidah mereka berpaksikan Allah swt dan bertepatan dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah dan syari'ah ahlus sunnah wal jamaah...syukur alhamdulillah. Dan sebaliknya lihatlah pada diri kita sendiri, apakah usaha kita selama usia kita hidup sebagai seorang muslim untuk agama dan ummah?

Ana harap pandangan ana ini tidak bias. Kerana bagi ana, setiap jemaah membawa matlamat yang sama, iaitu untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan mengajak ummah beramal dengan islam serta mencegah kemungkaran. Cuma bezanya plattform yang dipilih....

Seruan ana....setiap orang perlulah ikhlaskan hati. Sentiasa perbaharui niat. Di akhirat nanti yang Allah akan timbangkan adalah amal kita yang benar-benar ikhlas kerana-NYA.

Pelihara adab-adab kalian dalam mengeluarkan hukum hakam. Siapakah kita kalau nak dibandingkan dengan ulama-ulama terdahulu yang lebih dekat zamannya dengan rasulullah saw. Tentunya mereka ini lebih arif bilLah...dalam mengeluarkan hukum hakam.

Allahu'alam...semoga kita semua dberi taufiq dan hidayah dalam membezakan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Bookmark and Share

  Member Information For ummu-khubaibProfil   Hantar PM kepada ummu-khubaib   Quote dan BalasQuote

songkok
Warga Rasmi
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11516
Posting: 19
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 05-12-05 01:01

:-) betul la kata akak ummu khubaib tu...emm

emm budak² ni kadang² tak tau apa² pasal tabligh tapi keluarkan pendapat sesuka hati dan nafsu saja...hati² lah bila berfikir...senang cerita, siapa yang tak tau tu tak payah lah nak bagi komen² hentam sebarangan saja...siapa yang taat perintah Allah, ikut sunnah Nabi Muhammad, dialah yang berjaya dunia dan akhirat...hehe :-)

-----------------
"One thing you can't recycle is wasted time."

Bookmark and Share

  Member Information For songkokProfil   Hantar PM kepada songkok   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 02-03-06 16:42

fadhail amal pun tak habis amal...fadhail amal tu pun sahih apa..cuba bagi tahu apa yang tak sahihnya...
(fadhail amal dikumpul oleh Raisul muhadditsin Allama Mohammad Zakaria(lah.A) Syeikul Hadits Mazahir ulum saharanpur) atas fikir dan usaha serta pengorbanan beliau...semoga roh beliau dirahmati Allah..

dalam jemaah yang anda gelarkan jemaah tabligh ini memang ada jemaah masturat... perempuan pun boleh join dengan syarat ada muhrimnya bersama dalam jemah tu...

ana cuba nak perbetulkan pandangan yang tersasar..setahu ana ayahnda ana yang puluhan tahun dalam usaha ini tak pernah pun kata jemaah ni jemaah tabligh..itu cuma gelaran orang sahaja.. usaha ini sebenarnya adalah usaha memperbaiki iman..tapi kalau nak panggil jemaah tabligh pun tak ada masalah...

cuma kalau benar-benar ingin kenali seseorang atau sekumpulan manusia anda haruslah bersama mereka selama 3 hari.. (inilah yang dilakukan para sahabat)...

ayahnda ana ada ceritakan banyak kisah orang yang menentang tabligh ni..lepas ikut jemaah keluar 3 hari terus ikut jemaah lagi dan lagi..

pada pendapat ana usaha nilah yang terbaik untuk memperbaiki iman umat islam ..lepas umat islam dah baik imannya barulah kita usahakan untuk mengajak orang kafir masuk islam...

dalam tabligh kita dapat korbankan masa,tenaga dan harta...
seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat(lah.a) cuma tentu sekali usaha mereka jauh lebih tinggi kemuliannya...

setiap usaha yang mulia mesti ada yang tak suka...biasalah tu manusia....
[ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 02-03-06 17:16 ]

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 02-03-06 17:14

!!! QUOTE !!!

kong dengan p`dapat Amrizal...
>
> tabligh memang tak salah, cuma orang yang menyampainya saja yang kurang ilmu dalam meneruskn usaha ini mengikut cara rasulullah yang sebenar..
> pernah juga keluar mengikuti tabligh untuk m`cari pengalaman, & masih melihat banyak kekurangan pada cara penyampaian mereka...
> sebagai contoh, rasulullah tidak m`galakkn umatnya b`cakap ketika makan, namun pada waktu makanlh suasana yang paling bising sekali...

-itu bukan soal jemaah tabligh tapi itu kerana pembawaan individu itu sendiri..
-ana tak percaya orang yang menyampaikan tu kurang ilmu..sebab setahu ana sebelum dibenarkan bayyan mereka ni kena keluar 4 bulan dulu...sikit punya banyak ilmu mereka dapat bila keluar 4 bulan dijalan Allah...
-dalam setandan pisang tak semua buahnya baikkan??

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 02-03-06 17:28

seluruh dunia arab menyanjung tinggi syeikhul hadits maulana zakariyya ..iaitu pengarang kitab fazaile amal.... kepada saudara jiddan saya nasihatkan jangan bercakap melebihi ilmu...sila rujuk kepada mana-mana mufti atau syeikhul hadis sebelum beri komen.... maafkan ana kerana ana tak dapat lihat sahaja kata-kata anta...

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 02-03-06 17:31

pasal cakap masa makan tu ana ada dengar satu hadis yang mana Rasulullah benarkan kita bercakap hal agama ketika makan

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 17:49

tak habis habis lagi ke topik ni????

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 02-03-06 17:57

!!! QUOTE !!!

November 18 2003/23 Ramadhan 1424
Forum tentang Jemaah Tabligh.
W.B.T.
Hari ni ana tak ada benda nak tulis sangat. Cuma nak tahu pandangan pembaca tentang Jemaah Tabligh. Ana rasa semua orang tahu Jemaah Tabligh tu apa. Jemaah ini adalah sebuah kumpulan yang tidak berdaftar yang boleh dikatakan mempunyai keahlian yang sangat ramail di seluruh dunia. Daripada apa yang pernah ana baca di Malaysia sahaja kumpulan ini mempunyai kira-kira 18,000 orang ahli. Ini adalah satu jumlah yang amat besar bagi sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar. Jemaah ini sering bergerak dari masjid ke masjid untuk menyeru orang ramai pulang ke jalan Allah.
    Jemaah ini dikatakan mulanya hanya berkembang di kalangan India-Muslim sahaja. Pada era 70-an dikatakan adalah bermulanya era penglibatan orang-orang Melayu di dalam jemaah ini. Perkembanagn jemaah ini telah mendapat perhatian berbagai-bagai pihak. Ada yang menyokong gerakan mereka dan ada pula yang mengecam. Berbagai-bagai hujah yang konkrit dikemukakan bagi menguatkan hujah masing-masing. Malah pada suatu ketika Tabligh pernah diharamkan oleh beberapa kerjaan negeri antaranya kerajaan negari Melaka. Walaubagaimanapun seperti yang kita lihat sekarang pengharaman itu tidak menjejaskan langsung gerakan itu. Jumlah ahli jemaah ini boleh dikatakan bertambah. Mereka yang menjadi ahli bukanlah orang-orang yang tidak berpendidikan sahaja, malah ada di antara mereka yang berpangkat profesor, Dato' dan lain-lain. Tetapi ada satu perkara yang pelik. Kebanyakan pelajar yang berkelulusan dalam bidang-bidang agama boleh dikatakan tidak menyokong perjuangan gerakan ini.
    Ada satu peristiwa yang mungkin ramai tidak tahu di mana 2 orang ahli jemaah tabligh dari Malaysia, Abdullah Jamaluddin dan Zaki Che Hussein telah di tembak mati oleh tentera Filipina di Marawi City pada 29 Jun 1987. Daripada buku yang ana baca dikatakan jenazah kedua-dua jemaah tabligh ini dianggap sebagai syuhada. Lebih 5,000 orang dikatakan telah berarak mengiringi jenazah mereka ke tanah perkuburan. Kedua-dua jenazah ini telah disemadikan di Marawi City. Walaubagaimanapun peristiwa ini tidak sedikitpun melemahkan gerakan tabligh. Tidak ada tanda-tanda yang gerakan ini semakin lemah.
    Dalam sibik-sibuk orang berkata tentang jemaah Tabligh. Satu lagi kejutan dilakukan oleh jemaah ini. Pada tahun 1989, sebuah masjid milik jemaah ini telah mula dibina di Seri Petaling. Masjid ini dibina tanpa bantuan sesenpun daripada pihak kerajaan. Masjid ini bernilai 3 juta dan dibina diatas tanah seluas 10 ekar. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Yang lebih mengkagumkan masjid ini di bina oleh ahli-ahli jemaah itu sendiri yang bekerja secara sukarela dan tanpa gaji. Pembinaan masjid ini hanya diketahui selepas sehari Kerajaan Melaka mengharamkan jemaah ini. Walaupun dibina dengan hasil titik peluh sendiri, akhirnya masjid ini diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI). Ada satu perkara yang mengharukan tentang jemaah ini. Walaupun mereka tahu masjid itu akan diambil alih oleh JAWI mereka tetap menyiapkan masjid itu kerana mereka berkata bahawa mereka membina masjid itu kerana Allah.
    Ahli-ahli jemaah ini dikatakan tidak boleh terlibat dengan politik. Namun beberapa tahun lalu ketika isu pergolakan di Ambon sedang heboh diperkatakan, dua orang ahli jemaah ini telah ditahan ketika cuba mnyeludup senjata ke kawasan bergolak di Ambon. Di antara senjata yang ditemui ialah M-16. Mereka dikatakan ingin membantu umat Islam di sana menentang puak Kristian. Dan tahun ini, ana telah terbaca di dalam akhbar di mana tabligh telah dikaitkan dengan Al-Qaeda. Jemaah ini dikatakan menjadi tempat mencari ahli-ahli baru bagi Al-Qaeda. Hal ini telah dinafikan oleh ketua Majlis Tabligh Amerika Utara. Pada pilihanraya yang dijalankan di Pakistan di mana gabungan parti-parti berasaskan Islam yang dikenali sebagai Majlis Muttahida e Amal (MMA) telah mencatatkan kejayaan, dikatakan bahawa keua gerakan tabligh negara itu telah menyeru ahli-ahlinya untuk menyokong MMA. Dalam perkembangan di Afghanistan di mana seorang Taliban-Amerika, John Walker yang di tahan telah dikatakan bergiat cergas dalam jemaah tabligh sebelum menyertai Taliban.
+Ana sebenarnya bukanlah seorang ahli jemaah tabligh. Ana cuma terlibat dalam melakukan taalim selepas Asar. Ana akan membacakan kitab Fadhail Amal yang mengandungi hadith-hadith dan ayat-ayat tentang Fadhilat Amal.
+Ana tidak pernah terlibat dalam aktiviti keluar 3 hari,10 hari, 40 hari dan 4 bulan. Sebab :
1) Ibu bapa ana tidak suka ana terlibat dengan tabligh. Boleh dikatakan kesemua ahli keluarga ana adalah anti-tabligh. Jadi sebagai seorang anak, ana wajib taat kepada ibu bapa kerana redha Allah terletak di atas keredhaan ibu bapa.
2) Ana merasakan jemaah ini tidak sesuai dengan ana kerana kebanyakan daripada mereka berfikiran tradisional. Walaupun begitu ana tidak menolak kegiatan mereka secara total kerana banyak yang dapat ana pelajari daripada mereka. Mereka juga banyak memberikan contoh yang baik kepada ana seperti belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan lain-lain lagi.
3) Jemaah ini hanya meluaskan skop mereka kepada ibadat khusus seperti solah, puasa dan lain-lain. Malah jemaah ini di seluruh dunia hanya mengambil satu kitab sebagai rujukan di samping Al-Quran iaitu kitab Fadhail Amal.
4) Mereka menolak dakwah yang dilakukan yang berlainan dengan cara mereka. Seperti apa yang ana lakukan sekarang. Bagi ana ia adalah satu dah'wah tapi bagi mereka dah'wah adalah dengan mengikut pengembaraan mereka keluar selama berhari-hari.
5) Kebanyakan ahli jemaah ini mengambil apa yang di cakapkan oleh Amir mereka di dalam bayan(tazkirah) mereka tanpa memeikirkan samaada ia benar atau tidak. Seringkali kedapatan mereka menggunakan hadith-hadith palsu sebagi hujah.
6) Pandangan mereka mengenai wanita tidak ana setuju. Mereka boleh dikatakan mengharamkan wanita daripada bekerja. Mereka juga boleh dikatakan menolak hiburan walaupun yang berunsur dah'wah.
+Ana merasakan bahawa patut diadakan reformasi di dalam jemaah ini. Mereka mesti bergiat cergas di dalam ekonomi seperti yang dilakukan oleh Al-Arqam. Gerakan ini juga hendaklah meluaskan skop dah'wah mereka. Kegiatan dah'wah yang berlainan cara tidak sepatutnya di tolak selagi ia tidak bertentangan dengan syara'. Wanita hendaklah diberikan tempat dan tugas yang sewajarnya dalam jemaah ini, bukan hanya memerap di rumah. Bukankah Siti Aisyah lah.A juga bergiat cergas dalam bidang dah'wah. Siti Khadijah pula adalah seorang ahli perniagaan.
+ Di kawasan ana hanya terdapat ana yang menggerakkan aktiviti-aktiviti tabligh. Bila hujung minggu barulah ana mempunya teman kerana seorang jemaah di sini yang berkhidmat sebagai guru di Palong akan pulang.
+ Seorang ahli jemaah ini dari kariah ana telah melanjutkan pelajaran di US dalam bidang ekonomi.
- Di harap supaya pembaca dapat memberi komen dalam isu ini.
Wallahua'lam. W.B.T

-----------------
Ingat Lima Perkara Sebelum 5 Perkara

-MAZRIK pandangan anta sebahagian sahaja yang benar...

-ya markas seri petaling memang dibina atas dana sendiri...dan yang menyelia pembinaan tersebut ialah sahabat ana sendiri..
-ana cadangkan anta padamkan sahaja pandangan anta yang menimbulkan fitnah terhadap usaha ini..
-jemaah tidak sekali-kali menolak perempuan bekerja,itu hanyalah fitnah anta..
-sifat taksub adalah ditolak dalam tabligh..
-tokoh dalam jemaah tabligh ini tak suruh ikut jejak mereka..mereka hanya suruh ikut perintah Allah dan ikut sunah Rasulullah...serta mengambil contoh dari para sahabat...
ahli dalam jemaah tabligh tidak menyokong mana-mana perjuangan yang bersifat ketenteraan...bagi mereka kafir pun tanggungjawab mereka...kita sebagai umat islam bertanggung jawab membawa mereka kejalan yang lurus....bukan memerangi mereka sebelum mereka memerangi kita...tiada latihan ketenteraan dalam jemaah tabligh ni...yang individu tu ana tak tahu..tapi jangan kaitkan kesilapan individu dalam tabligh dengan usaha mulia ni...gunakan akal untuk membezakan..jangan ikut nafsu...

jelas dan nyatalah banyak pendapat saudara bertentangan dengan situasi sebenar..mungkin kerana anta masih belum pernah keluar 3 hari jadi anta masih belum kenali usaha yang sebenarnya..sebab tu nabi suruh kita bersama selama 3 hari sebelum nak kata apa-apa tentang mana-mana individu atau kumpulan... -yang benar tetap benar..yang salah tetap salah..bertaubatlah saudara ku...
[ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 02-03-06 17:59 ]

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 02-03-06 18:00

macam mana nak habis..selagi pandangan silap tak di perbetulkan...

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 04-03-06 23:30

Ana agak kecewa dengan pandangan pihak tertentu kononnya jemaah tabligh ini kurang memberi penekanan pada ilmu...untuk pengetahuan semua ...ada banyak madrasah diseluruh dunia yang dikelola oleh jemaah tabligh ini...

mungkin ketika bersama jemaah ini mereka tidak terlalu ceritakan ilmu yang peringkat tinggi kerana ia tak dapat difahami oleh masyarakat umum.. dalam mana-mana jemaah pun tentu terdapat ahlinya yang berilmu tinggi dan ada yang kurang tinggi ilmu nya..tapi apa yang jemaah ini bawa ialah usaha untuk memperbaiki iman...

sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  

posticon Posting pada: 29-03-06 14:18

hmm...nice topic....

Bookmark and Share

  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 29-03-06 14:27

please jangan comment lagi pasal ni.. just search saja the previous topic pasal ni.. dah berbilion orang posting hal ni.. ok..

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 29-03-06 20:21

Pada 29-03-06 14:27 , Ibnu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

please jangan comment lagi pasal ni.. just search saja the previous topic pasal ni.. dah berbilion orang posting hal ni.. ok..

betul tu ibnu muaz... kalau kamu bercakap tanpa tahu maka kamu binasakan diri kamu sendiri... ana cadangkan pada yang nak tahu tu dekatilah mereka dengan hati terbuka.... cukuplah setakat ni tak payah la nak komen lebih2 lagi ...thank you

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  

posticon Posting pada: 29-03-06 20:34

tasbih_30.....tak teringin jadi tabligh ke? macam best saja tengok tabligh...

Bookmark and Share

  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 29-03-06 21:18

Pada 29-03-06 20:34 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

tasbih_30.....tak teringin jadi tabligh ke? macam best saja tengok tabligh...

saya suka kebenaran dan mereka orang yang jihad harta,masa mereka untuk usaha agama Kenapa tidak untuk saya bersama mereka... tapi saudari saya taknak komen banyak... hormati pesanan ibnu muaz tu... lagi pun tak guna komen banyak2 pada yang tak mahu paham....

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

forever
Warga Rasmi
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23803
Posting: 11
Dari: bumi bertuah

uk  

posticon Posting pada: 29-03-06 22:16

jangan komen lagi topic ni....harap maklum....

Bookmark and Share

  Member Information For foreverProfil   Hantar PM kepada forever   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.161722 saat. Lajunya....