Berikut adalah kronologi penting peristiwa ini.
23 Mac 2005 – Merobohkan 13 binaan rumah peserta RTB Belimbing Api, Jabi, Besut.
24 Mac 2005 – Bantahan dan penyerahan memorandum kepada Pentadbir Tanah Besut membantah tindakan tersebut.
18 Mei 2005 – Penyerahan memorandum kepada Pejabat Tanah Setiu membantah tindakan yang bakal diambil kepada Peserta RTB Pengkalan Merbau dan Padang Setar, Setiu.
19 Mei 2005 – Operasi meroboh rumah peserta RTB Pengkalan Merbau, Setiu di mana polis melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta RTB.
26 Mei 2005 – Operasi meroboh rumah peserta RTB Bujal (Gambar atas), Kemaman termasuk sebuah masjid yang hampir siap dibina. Satu memorandum bantahan telah dihantar pada jam 8.00 pagi kepada Pejabat Tanah Kemaman sebelum operasi tersebut dijalankan.
30 Mei 2005 – Bantahan dan penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Kemaman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kemaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dan Pentadbir Tanah Kemaman.
19 Jun 2005 – Demontrasi dan penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman.
7 Julai 2005 – Operasi membersihkan sisa runtuhan Masjid Bujal, Kemaman.
7 Julai 2005 – Ceramah anjuran PAS di Pasti Mak Chili diganggu pihak Polis dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. 20 orang ditahan dan beberapa orang cedera.
12 Julai 2005 – Penyerahan memorandum kepada SUHAKAM diketuai oleh Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS di pejabat SUHAKAM, Kuala Lumpur.
8 Ogos 2005 – Ceramah PAS di Pengkalan Atap yang diadakan di dalam Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit diserang oleh pihak Polis. 8 orang ditahan dan beberapa orang cedera. Salah seorang dari yang ditahan mengalami cederaan yang agak serius iaitu patah tulang betis kanan (right fibula) akibat dipukul dan dipijak oleh beberapa orang anggota FRU sebaik dia ditahan selepas ceramah.
26 Ogos 2005 – Ceramah PAS yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6 turut diserang oleh Polis mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak Polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan.
Gangguan di dewan tertutup
Beberapa siri ceramah PAS sebelum itu turut diganggu oleh pihak Polis walaupun telah diadakan di dewan tertutup dan pembesar suara indoor digunakan.
Antaranya ialah :
12 Julai 2005 (kampung. Gong Manok, Kuala Besut) – menghalang ceramah daripada diteruskan walaupun telah ada perundingan sebelum itu.
6 Ogos 2005 (kampung. Gong Kiat, Kuala Terengganu) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.
7 Ogos 2005 (Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu ) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.
11 Ogos 2005 (Banggol Katong, Kuala Terengganu) – ceramah yang dibuat dalam rumah persendirian turut dihalang. Ceramah dipindah ke Surau Pengadang Baru turut diganggu dengan menyekat laluan utama ke surau berkenaan.
12 Ogos 2005 (Bukit Kubang Jambu dan Seberang Takir, Kuala Terengganu) – turut diganggu. Ceramah di Seberang Takir dihalang daripada menggunakan pembesar suara.
- AYU/zs
31 Ogos 2005- rakyat seluruh nagara termasuk rakyat terengganu sambut merdeka..tapi apa erti kemerdekaan bagi kami??