Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 7 jam, 58 minit yang lalu


Cuti-Cuti Malaysia
Topik: gp joran bantu promosi johor


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cuti-Cuti Malaysia
    »» gp joran bantu promosi johor

Please Mendaftar To Post


Oleh gp joran bantu promosi johor

ustaz_cyber
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1803
Posting: 16
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 15:49


JOHOR sememangnya bertuah kerana dianugerahkan bentuk muka bumi yang pelbagai termasuk bergunung-ganang, pantai yang bersih dan gugusan pulau menarik untuk dilawati sekali gus membolehkan penganjuran pelbagai acara dan kegiatan berkaitan alam sekitar.

Justeru, tidak hairan Kerajaan Johor berusaha memanfaatkan kedudukan geografinya bagi menggerakkan sektor pelancongan yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Antara usaha kerajaan negeri mempromosi keindahan alam semula jadinya ialah menarik penyertaan syarikat swasta dalam menganjurkan pelbagai pertandingan yang mampu menjana kedatangan rakyat tempatan dan pelancong asing.

Umpama serampang dua mata, kerjasama bijak antara kerajaan negeri, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Johor dan syarikat swasta bukan saja dapat mempromosi destinasi pelancongan domestik, malah memberi manfaat kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk tempatan.

Contohnya, Daerah Mersing di pantai timur Johor, amat bertuah kerana Berita Harian Sdn Bhd, penganjur siri pertandingan memancing GP Joran mengekalkan daerah itu sebagai lokasi pembuka tirai pertandingan berprestij bagi musim 2003/04 pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pantai Sekakap yang menempatkan Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menjadi lokasi Kategori Pantai manakala Kategori Laut Dalam membabitkan kawasan sekitar perairan Mersing.

Ini adalah kali kelima Mersing, yang terkenal sebagai daerah pelancongan dan perikanan utama di Johor, menjadi tuan rumah GP Joran, sejak pertandingan itu diperkenalkan pada 1997.

Pusat Peranginan Tanjung Leman, Mersing, dipilih menjadi lokasi GP Joran dua tahun berturut-turut iaitu pada 1998 dan 1999, sebelum berpindah ke Pantai Air Papan pada 2000.

Pada 2001, pertandingan itu diadakan di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Ketika GP Joran mula dilancarkan pada 1997, Pantai Tanjung Piai, Pontian, menjadi tuan rumah.

Apa yang menarik, Johor menjadi lokasi tetap pertandingan memancing terunggul di negara ini kerana berupaya mencatatkan rekod penyertaan paling ramai pemancing dan tangkapan terberat setiap kali ia diadakan.

Justeru, Kerajaan Johor mendapati pertandingan memancing GP Joran turut menyumbang kepada penjanaan industri pelancong negeri dan sukan memancing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Chua Soi Lek, mengakui sumbangan pertandingan itu dalam melonjakkan industri pelancongan domestik dari segi kedatangan bilangan pelancong asing dan tempatan.

“GP Joran memberi kesan positif kerana ia dapat menarik pemancing dari seluruh negara yang datang bersama keluarga ke negeri ini terutama Mersing.

“Selain itu, menerusi publisiti dalam akhbar Berita Harian, ia dapat mengangkat imej dan martabat Daerah Mersing yang juga dikenali sebagai Bandar Pelancongan sebagai destinasi menarik untuk dilawati bersempena Melawat Johor Tahun (MJT) 2003.

“Kedatangan pengunjung sehingga 20,000 orang ketika pertandingan GP Joran diadakan juga turut memberi kesan positif kepada industri perhotelan, peruncitan dan makanan di daerah berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Johor Bahru, baru-baru ini.

Dr Chua berkata, pertandingan GP Joran yang mendapat sokongan pelbagai syarikat selaku penaja dan disertai lapisan masyarakat di negara ini selain negara jiran juga mampu bertindak sebagai ejen mempromosi MJT 2003.

Ini kerana, katanya, kedatangan peminat sukan memancing dari negeri lain menyediakan pasaran besar kepada penduduk tempatan mempromosi produk pelancongan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan operator pelancongan di daerah berkenaan tidak terlalu ghairah memikirkan keuntungan semata-mata kerana ia boleh menjejaskan imej bandar pelancongan berkenaan.

Katanya, penganjur dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan sesuatu penganjuran acara juga boleh menyediakan pakej pelancongan menarik termasuk melawat pulau di perairan Mersing atau mengunjungi Taman Negara Endau-Rompin yang terkenal dengan keindahan flora dan faunanya.

“Penganjur juga boleh bekerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor mengadakan pakej termasuk mengikuti program homestay kerana ia membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih dekat budaya masyarakat setempat

Bookmark and Share

    


  Member Information For ustaz_cyberProfil   Hantar PM kepada ustaz_cyber   Pergi ke ustaz_cyber's Website   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-10-03 03:02


pjgnya information

-----------------
SaBArLAh DaLAM mUjAHaDAH kERana SaBAR iTU tERLaLU iNdah


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078604 saat. Lajunya....