Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Apa cerita? Qari cadang konsep AF ....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Apa cerita? Qari cadang konsep AF ....

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa cerita? Qari cadang konsep AF ....

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 00:29


Berita Utusan Malaysia 18/8 mengejutkan .......

Qari syorkan pertandingan Tilawah Al-Quran dijalankan dengan mengguna pakai konsep rancangan realiti TV AF...

Apa pandangan sahabat2....semua?

thank you.


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 19-08-05 07:31


entahlah...saya rasa macam setuju ...cuma nya...kena jaga..batasan sebagai seorang yang sejati..betul tak..tapi ..ada ka orang nak mengundi..sebab benda baik ini..bukan senang nak buat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 19-08-05 08:28


Islam di sesuaikan dengan kehendak nafsu, bukan nafsu disesuaikan dengan kehendak islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 08:43


Utusan Malaysia, 19 Ogos 2005

Syor tilawah al-Quran tiru konsep AF perlu diteliti
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Cadangan supaya tilawah al-Quran meniru konsep program realiti Akademi Fantasia (AF) perlu penelitian yang rapi bagi memastikan ia tidak menjejaskan martabat kitab suci itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang perlu dipelihara daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan kesuciannya.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan oleh seorang qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan itu boleh dikaji sekiranya ia boleh menambah baik tilawah yang diadakan selama ini.

``Kena teliti betul-betul kerana al-Quran adalah kitab suci yang perlu dipelihara daripada unsur-unsur yang tidak sihat,'' katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan supaya tilawah itu meniru konsep AF kerana ia lebih segar dan berupaya menarik minat golongan muda mengikutinya.

Peserta dari Perlis, Pisol Yusob berkata, ini termasuk `mengurung' peserta dalam sebuah premis bagi jangka masa tertentu untuk diberi latihan mengenai teknik dan bacaan yang betul.

Menurutnya, para peserta pula perlu dipilih daripada golongan muda yang berjaya melepasi ujian membaca al-Quran.

Bagaimanapun, bagi mengekalkan kualiti tilawah yang diadakan sejak 48 tahun lalu, penentuan pemenang akan tetap dibuat oleh hakim profesional, katanya.

Mustafa berkata, sehingga kini, tilawah al-Quran yang dianjurkan masih mampu menarik minat umat Islam untuk mengikutinya sama ada melalui televisyen atau datang sendiri ke tempat tilawah itu dilangsungkan.

``Kita dapati tiap-tiap malam orang ramai akan memenuhi tempat tilawah itu diadakan. Ini menunjukkan ia masih mendapat sambutan dan perhatian daripada umat Islam,'' katanya.

Sementara itu, dua hakim majlis tilawah kebangsaan, termasuk guru al-Quran terkenal Datuk Hasan Azhari bersetuju jika konsep dan format Tilawah al-Quran diubah bagi menarik lebih banyak penonton.

Bagaimanapun, beliau berkata, kaedah atau konsep yang bakal diterapkan itu tidak lari daripada landasan Islam kerana kesucian ayat-ayat al-Quran perlu terus dipelihara.

Menurut beliau, semua pihak yang berkaitan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk dari. Abdullah Md. Zin memikirkan cara terbaik untuk mengubah konsep tilawah sedia ada bagi disesuaikan dengan citarasa penonton masa kini.

Seorang lagi hakim majlis tilawah kebangsaan, Muhamad Hasri, turut mengakui perjalanan pertandingan tilawah perlu mengalami perubahan.

Katanya, tilawah peringkat kebangsaan telah masuk tahun ke-48 dan mahu tidak mahu perubahan perlu dilakukan agar umat Islam tertarik untuk mengikuti tilawah tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-08-05 08:51


kalau rasa kaedah tu dapat menarik lebih ramai penontan ok juga, tapi kalau diikutkan program tilawah sekarang memang dah dapat sambutan ramai..program Islamic macam ni sbbnrnya memerlukan perubahan dalam diri individu.


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
[ Telah diedit oleh: Iman_Hayati pada 19-08-05 08:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 09:03


Kalau nak guna konsep macam tu kena lah buat satu rancangan lain ... Tilawah al-Quran yang saban tahun diadakan ni biarlah dijalankan mengikut format yang sedia ada ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 19-08-05 09:27


errrrrmmmm, entahlah, kelu tak terkata.......format yang sedia ada ni pun dah cukup bagus.....kalau nak hantar sms tu pun tak pasti lagi sebab takkan nak pilih sebab suara sedap saja, mesti nak tau pasal hukum tajwid dan lain2 tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 09:46


Ha, yang ni mungkin mawi boleh masuk lagi. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 09:49


slm....em tilawah al Quran patut diadakan dengan format yang sama cuma mungkin perlukan beberapa perubahan dengan tujuan dapat manarik ummah menyertainya. rasa macam tak sesuai jika guna pendekatan sms tu, tapi bina rancangan baru yang islamik dan berkonsepkan realiti, ok juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 19-08-05 09:55


tak semua orang tahu tajwid...
takkan nak undi main hentam saja... agak kurang sesuai agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 10:02


Ubahla cara lain pulak. Dah 48 tahun daaah. Format zaman moyang kita itu.
[ Telah diedit oleh: pukau pada 19-08-05 10:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 19-08-05 10:34


macam tak setuju saja...

sebab apa
.....nanti orang undi ikut suka hati saja...salah tajwid pun kalau orang ramai dah suka kat dia tetap akan undi punya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 10:41


tepuk dada tanya selera...rasa-rasanya tak sesuai lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 10:43


ok juga cadangan ni. tapi dikhuatiri orang akan undi mengikut paras rupa peserta, bukan melihat pada bacaan, tajwid atau kemerduan membaca al-quran.

ps: andaikata mawi masuk lagi, alamatnya menang lagi lah.. dan jika dia masuk lagi, memang CONFIRM ramai tengok rancangan tilawah tu..huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-08-05 11:39


salam ukhwah...

pada pendapat ana, program tilawah seperti yang dicadangkan mawi itu kurang sesuai dijadikan realiti tv kerana penelitian yang rapi , pengadilan daripada para pengadil yang jujur dan amanah, bacaan makhraj dan hukum tajwid yang tertib itu yang paling utama untuk diadili..kalau mengharapkan sms sahaja belum tentu mereka memilih peserta2 yang selayaknya untuk digelar qari dan qariah...
benda yang berkaitan dengan kitab suci Al-Quran ni bukan untuk dibuat main-main atau dijadikan satu platform untuk menempa nama di persada tanah air kita...niat baik kerana Allah itu lebih yang penting...

sekian dulu...kesimpulannya, ana tak setuju langsung dengan cadangan mawi..
"JANGAN KERANA MAWI TELAH BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA, SEMUA ORANG NAK DENGAR CAKAP DIA.." tak semstinya apa yang dicakapkan olehnya itu betul semuanya..

wallahua'lam..
wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

Sweetie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14340
Posting: 121
Dari: Galaksi Bima Sakti

Perak  


posticon Posting pada: 19-08-05 13:00


macam xsesuai saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SweetieProfil   Hantar PM kepada Sweetie   Pergi ke Sweetie's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-08-05 13:16


Pada 19-08-05 11:39 , raudhahIzzah posting:

!!! QUOTE !!!

sekian dulu...kesimpulannya, ana tak setuju langsung dengan cadangan mawi..
"JANGAN KERANA MAWI TELAH BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA, SEMUA ORANG NAK DENGAR CAKAP DIA.." tak semstinya apa yang dicakapkan olehnya itu betul semuanya..


Assalamualaikum

lain kali baca berita biar betul-betul ye dik.. cadangan tu bukan dari mawi, tapi dari seorang Qari dari Perlis.. jangan main hentam saja, tak pepasal si mawi pula yang kena.. ;-)

ana nak quote semula kata seorang ustaz dalam blognya, yang mungkin relevan dengan isu ini:

"Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa."

Allahu a'lam..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 14:43


okay apa. ana paling sokong sekali.

cadangnya guna format AF. ini sudah bagus. bayangkan semua bakal2 qari duduk dalam satu rumah, ada guru quran lagi yang pantau. ini sudah bagus. bila nak mula ni. tak sabar dah ni.

ps: yang elok kita ambil. panggil qari saja. qariah tak payah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

NazRie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15491
Posting: 53

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 15:34


Ermm.....boleh tahan juga. Tapikan, ana rasa,cadangan supaya buat prog baru ala AF lebih sesuai. Sebb, ana risau, kalau2 cubaan nak memartabatkan(or memperbaharui) tilawah al-quran tak berjaya. Silap2, boleh tercemar standart pertandgn ni. So, sebagai altenatif, ana rasa, buat prog baru ala AF(dengan syarat, buat dengan penuh teliti) sebgi back up, kalau berjaya, alhamdulillah, mungkin boleh diserap masuk ke dalam petdgn tilwh al-quran. tapi, kalau tak, senyap2 sajalah...... (^-^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazRieProfil   Hantar PM kepada NazRie   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 15:59


yang paling confirm... yang ni untuk lelaki saja.. pempuan... tak boleh sama sekali...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 16:28


banyak benda lain lagi yang boleh dibuat...
kaedah banyak lagi yang masih ada...
sekarang ni bukan masa darurat...
tapi kita nampak macam lebih nak suka-suka...

Belajar benda baik bukan untuk diangkat2,
tetapi untuk bahgia di alam akhirat,
selain bekalan kita masa bertaubat,
takut2 nanti agama2 lain cakap kita dah buang tabiat

Cara dan niat mesti selari,
hukum hakam dan syariat tak boleh dilupai,
mengapa perlu kita tiru cara orng menyanyi,
walaupun penyanyi itu juga seorang qari?

bila nak hafal quran dibuat cara AF secara terbuka,
takut2 Semua sibuk nak masuk bukan sebab quran, tapi nak glamerkan muka,
kan kita dah ada cara waroisan kita yang mmng insyaAllah menjadi,
walaupun duduk di pondok yang buruk dan bukan di hotel2 or bangunan2 tinggi

Yang penting kita nak latih jiwa jadi hamba abdi Allah dengan belajar quran,
Bukan semata2 buat anak2 kita pandai tapi tak tau buat amalan

maaf, ini bukan sindiran,
bukan juga kata-kata penyesalan,
cuma sebuah nukilan,
untuk kita sama2 fikirkan...
[ Telah diedit oleh: swordofdeen pada 19-08-05 16:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

haninuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 166
Posting: 148
Dari: UIA GoMBaK

Kedah  


posticon Posting pada: 19-08-05 19:09


Assalamualaikum WBT..

kalau kena gaya dan tatacara, ana pun nak join jugak lah.. ;-) ;-).. jangan lah kita bersangka buruk..kalau tak silap ana Qari tu mencadangkan agar para qari di tempatkan di satu rumah untuk dilatih bacaan mereka supaya lebih cemerlang.. Cuma diharapkan tak bercampur lah lelaki dan perempuan..beli rumah 2 buah..satu untuk Qari..Satu untuk Qariah.. Malaysiakan negara Islam...Islam Hadhari pula tu.. takkan tak boleh agaknya...;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For haninuhaProfil   Hantar PM kepada haninuha   Quote dan BalasQuote

IlyaFarhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.10.2004
Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 22:40


Assalamualaikum semua...
pada pendapat ana,ana rasa idea yang dikemukakan oleh qari dari perlis 2 boleh diterima jugak..kita jemput bakat2 muda & remaja ni yang minat dalam bidang alquran duduk dalam satu rumah.dan didalam rumah 2 kita bagi mereka study segala macam ilmu contohnya ilmu tajwid,tarannum,cara bacaan dan macam2 lagi lah,sambil dipantau oleh guru2 yang berpengalaman dalam bidang masing2...
pas 2 kita buat satu pertandingan tilawah diantara mereka.siapa yang kalah dia 2 terkeluar sampai laa time final...tapi kita xpayahlah undi depa,macam AF tu..
ana rasa insyaallah ianya mendapat tumpuan ramai..apa pendapat anda pula???ok tak??

sekian wassalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IlyaFarhanProfil   Hantar PM kepada IlyaFarhan   Pergi ke IlyaFarhan's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-08-05 03:19


Assalamualaikum wrwb...

kalau jadi rancangan Akademi Tilawah(AT) ini ana nak joinlah...

dah lama tak ngaji taranum...

subuhku macam mana...joinlah sekali.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 20-08-05 03:42


Apa susah2 nak tunggu Akademi Tilawah..musabaqah yang ada sekarang Kenapa tak pergi join.

Jangan hanya nak kejar populariti...

Melayu mudah lupa~~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-08-05 03:46


Assalamualaikum wrwb...

inilah dia perangai wahabiyyun...tak nak terima idea orang...

kalau ikut orang wahabi....nasyid pun haram....apatah dia tilawah quran...

apa kata khairol join dulu musabaqah....bawaklah lagu wahabi saudi tu...cubalah kalau betul2 anak jantan....
:-) :lol: :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

amirulreza
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.01.2005
Ahli No: 13978
Posting: 42
Dari: Pasir Puteh

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-08-05 03:55


Tilawah al-Quran tidak perlu tiru konsep AF -TG Nik Aziz

KOTA BHARU 19 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tilawah al-Quran tidak perlu meniru konsep program realiti Akademi Fantasia (AF).
Sebaliknya, kata beliau, apa yang perlu diutamakan ialah mengamalkan ajaran terkandung dalam kitab suci tersebut.

``Saya tak berfikir macam itu. Lagu-lagu ini bagi saya perkara kedua, yang pertama amalkan ajaran al-Quran, bukan sekadar lagu..,'' katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Pejabat Pas Kelantan di Jalan Tok Pati, di sini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas diminta mengulas cadangan seorang qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Pisol Yusob supaya tilawah itu meniru konsep AF kerana ia lebih segar dan berupaya menarik minat golongan muda mengikutinya.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang mengakui tidak pernah menonton rancangan AF bagaimanapun berkata, sekiranya cadangan tersebut diambil kira, masalah seperti tenaga pengajar dan pelbagai masalah lain akan timbul.

``Pemilihan pendengar (rancangan AF) ikut ceritanya bolehlah, fasal semua orang boleh dan suka menyanyi, tetapi qari (tilawah al-Quran) ini siapa dia kita harap jadi hakim. Dalam seluruh Malaysia ini, berapa orang sangat reti (pandai) tajwid dan sebagainya...,'' ujar beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirulrezaProfil   Hantar PM kepada amirulreza   Pergi ke amirulreza's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 20-08-05 04:06


hehehe.. kalau abang Imam yang bijak pandai dan bodoh sombong nak tau...

ustaz saya dapat tempat ketiga untuk musabaqah peringkat kebangsaan kali ni...

tak payah laa abang imam nak berdolak dalih pusing jalan sana sini...

abang imam jangan gila populariti....nanti jadi macam masyitah baru tau...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 09:44


A'km,

apa salahnya sekali sekala kita fikirkan cara nak improve apa yang ada sekarang? Kalau bukan 100% tiru AF, mungkin ada benda2 lain yang boleh diimprove. Syukur ada jugaak masyrakat yang concern pasal musabaqah.

Betul juga kata TG Nik Aziz. yang penting amalannya. Apa kata lepas bacaan qari, penonton boleh sms, sama ada kandungan yang dibaca ada diamalkan dalam kehidupan atau tidak. Itu semua hanya CadangaN SahajA. Format musabaqah tu pun bukannya ada kat dalam Quran. Banyk lagi yang boleh difikirkan untuk improvement. Kala takmau, TaK PayaH LaaH.
[ Telah diedit oleh: pukau pada 22-08-05 09:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

haninuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 166
Posting: 148
Dari: UIA GoMBaK

Kedah  


posticon Posting pada: 22-08-05 10:44


Pada 20-08-05 03:42 , khairol_khalid posting:

!!! QUOTE !!!

Apa susah2 nak tunggu Akademi Tilawah..musabaqah yang ada sekarang Kenapa tak pergi join.

Jangan hanya nak kejar populariti...

Melayu mudah lupa~~~


Alahaiii KHAIROL_KHALID..

Bukan kami tak nak join..kita kalau nak buat apa-apa pun kena ada ilmu..kalau dah ilmu tarannum tak ada, apa kessss nak masuk musabaqah tu.. itu pasal lah orang cdg buat Akademi Tilawah..belajar ilmu2 yang berkaitan..then baru lah boleh join musabaqah.. Apa punya turrrr...

Bookmark and Share

    


  Member Information For haninuhaProfil   Hantar PM kepada haninuha   Quote dan BalasQuote

Redth
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 796
Posting: 65
Dari: South Province Wellesley

iran  


posticon Posting pada: 22-08-05 11:41


Assalamu'alaikum...

Memanglah lumrah di mana-mana pun, kalau ada perubahan memang ada sedikit kesangsian atau tentangan. Topik sebegini sudah pernah dibentangkan dahulu di forum-forum maya dan reaksi kebanyakannya negatif, khuatir membawa sifat-sifat mazmumah seperti riak dan sebagainya.

Cuma uslub dalam menarik golongan muda mendekati Al-Quran boleh dipelbagaikan, disesuaikan dengan trend semasa meski adab tetap perlu dijaga. Format AF boleh digunapakai tapi perlu sedikit pengubahsuaian dan salah satu ganjaran bagi johannya adalah diundang khas memperdengarkan bacaan di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang tetap dikekalkan sebagai syiar Islam berprestij di Malaysia.

Pengubahsuaian yang boleh dilakukan misalnya lebih memfokuskan kehidupan pelajar di 'akademi' tersebut kepada pembelajaran hukum tajwid, tarannum dan bahasa Arab serta perkara-perkara ilmiah lainnya berbanding kisah-kisah peribadi seperti konflik semasa pelajar. Dengan cara ini, penonton akan lebih jelas dengan arah tuju program di samping menambah ilmu masing-masing dan tidak terbawa-bawa dengan emosi bukan-bukan.

Dari segi penghakiman dan tempoh masa pembelajaran, perkara-perkara tersebut perlu diserahkan kepada yang arif, yang faqih dalam soal tilawah bagi menjamin hanya bacaan peserta paling berkualiti layak ditabalkan sebagai johan sementara peserta lainnya juga mampu memperdengarkan bacaan setara dengan johan. Sememangnya hanya jauhari yang mengenal manikam, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. "...apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan). Malaysia ada ramai ulama tilawah yang boleh dijadikan mentor dan barangkali Datuk Hassan Azhari boleh diundang menjadi pengetua. Bukankah beliau seorang yang mesra kamera seperti kelas Muqaddamnya di TV1 suatu ketika dulu? Penulis pun seorang peminat setia, selain belajar tajwid, suka campur terkejut juga melihat beliau begitu cengil dengan anak muridnya (terdiri daripada anak-anak dan isterinya jua).

Persoalan yang timbul adalah bagaimana menyesuaikan undian SMS dengan rancangan sebegini? Sebab sesebuah rancangan tanpa penaja dan sokongan kewangan yang kukuh sukar bertahan lama dan mencuri pandangan massa. Caranya barangkali memikirkan kategori yang sesuai untuk dipertandingkan secara undian SMS, boleh jadi kategori Tilmiz (Pelajar) Paling Ceria atau Tilmiz Paling Cool dan kategori-kategori lain yang tidak bersangkut-paut dengan mutu bacaan.

Dari segi umur peserta, sebagai permulaan, seboleh-bolehnya sesuai dengan umur remaja kerana beza umur yang ketara antara peserta dan penonton sedikit sebanyak menjejaskan minat golongan sasar utama iaitu golongan muda untuk terus mengikuti rancangan ini sehingga episod terakhir. Sekiranya terdapat maklum balas menggalakkan daripada penonton, pada musim seterusnya bolehlah diperkenalkan kategori lebih senior pula.

Sama ada peserta perempuan dibenar turut serta, terpulanglah kepada kebijaksanaan pihak yang ahli dan berwewenang menentukannya. Melibatkan kaum Hawa boleh mengundang maklum balas positif bahawa Islam tidak pernah mendiskriminasikan wanita, yang menjadi pembeza hanyalah taqwa. Namun demikian, kaedah pelaksanaannya seperti susun atur pelajar dalam kelas perlu teliti supaya tidak menimbulkan fitnah yang menjejaskan mesej dakwah yang ingin dihantar oleh program ini.

Sebagaimana cadangan Johan Tilawah Kebangsaan 2005 Bahagian Qari, inikan cuma suatu lontaran idea untuk dibincang bersama-sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RedthProfil   Hantar PM kepada Redth   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 11:59


Respon kepada cadangan qari

Perkembangan terbaru program reality TV yang diciplak daripada luar telah menyebabkan evolusi baru dalam bidang penyiaran. Program seperti ini telah terbukti menjadi dimensi baru dalam bidang komunikasi massa, ia telah berjaya memikat jutaan penonton untuk berhibur. Konsep menang-menang yang diwujudkan termasuklah memberi peluang kepada penonton menjadi pengadil di samping juri yang bertauliah merupakan rahsianya. Mereka mengatakannya konsep menang-menang, sedangkan menang itu hanya kepada mereka, kalah pula pada penonton teramai yang menghabiskan masa dan wang untuk menyatakan sokongan kepada peserta pilihan. Lebih teruk lagi jika penonton fanatik seperti mana ditafsirkan menggunakan manglish: - kipas susah mati (dia-hard fan), sanggup ā€˜mendermaā€™kan air mata kerana terharu dan sedih. Sedih kerana peserta pilihan tersingkir. Alangkah baik jika air mata itu dirembeskan kerana keinsafan kepada satu dosa. Alangkah baik jika air mata itu dialirkan keluar ketika munajat diri kepada Rabb, menegenang kekerdilan diri. Alangkah baik air mata itu menjadi manifesto kesungguhan kita dalam taubat.

Minggu lepas, semasa berlangsungnya program Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, seorang peserta mencadangkan konsep AF diadaptasi ke dalam pelaksanaaan pertandingan tilawah al-Quran. Ia hanya merupakan konsep, walaupun pada peringkat akhir, kemenangan ditetapkan oleh hakim yang bertauliah. Jika benar perkara itu akan dilaksanakan, kita tunggu dan lihat, berapa ramai bilangan penontonnya pula. Apakah perubahan itu akan menambah bilangan penonton yang mengikuti rancangan TV tilawah? Katakan jika sekarang penonton AF mencecah 10 juta, maka bilangan penonton rancangan Pertandingan Tilawah secara kasarnya hanya 200 000 orang. Jumlah 200 ribu mungkin mewakili semua peringkat umur, maka berapa ramai pula dari mereka ini yang mahir tentang al-Quran? Berapa ramai di antara mereka tahu untuk membezakan lagu Bayati, Hijaz, Nahwan dan sebagainya. Berapa ramai di kalangan mereka yang tahu kaedah jawab lagu, harakat-harakat dalam setiap jenis lagu yang dibawakan oleh qari/qariah? Berapa ramai pula yang tahu dengan pasti, bacaan ini salah, bacaan ini kurang tepat dan sebagainya? Maka jawabnya, tidak ramai.

Kebimbangan harus difikirkan, dunia kapitalis berorientasikan wang menjadikan manusia lupa segalanya. Kita tidak mahu wujud mentaliti ingin glamour dan cepat kaya menggunakan pendekatan mencuba nasib melalui pertandingan. Lebih-lebih lagi pertandingan yang dibuat berhubung kait dengan al-Quran. Al-Quran bukanlah untuk dibanding-bandingkan sipakah yang hebat mutu tarannumnya. Lebih dari itu, al-Quran sebenarnya perlembagaan hidup yang mesti dihayati. Betapa hari ini, manusia hanya pandai membaca al-Quran tetapi tidak menghayati intipati kehendak al-Quran. Maka jadilah pembaca al-Quran seperti burung tiung yang diajarkan kepadanya mengucap ā€œAssalamualaikumā€.

Sedarlah bahawa mendepani waktu dalam medan dakwah amat sukar, maka sukar juga kita mengatakan bahawa program reality TV bagi mencari bakat baru dalam bidang mengaji al-Quran berlagu sebagai tidak tepat. Saya tidak kata cadangan tersebut tidak betul, saya cuma ingin mengajak pembaca memikirkan perkara ini: ā€˜Adakah wajar al-Quran dipertandingkan?ā€™ Suatu masa mungkin qari dan qariah yang menang hanya disebabkan rupa parasnya, berbanding kualiti bacaannya. Dan tilawah sebenarnya tidak pernah menjadi medium hiburan dalam kamus minda kebanyakan kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 22-08-05 12:08


Pada 19-08-05 16:28 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!

banyak benda lain lagi yang boleh dibuat...
kaedah banyak lagi yang masih ada...
sekarang ni bukan masa darurat...
tapi kita nampak macam lebih nak suka-suka...

Belajar benda baik bukan untuk diangkat2,
tetapi untuk bahgia di alam akhirat,
selain bekalan kita masa bertaubat,
takut2 nanti agama2 lain cakap kita dah buang tabiat

Cara dan niat mesti selari,
hukum hakam dan syariat tak boleh dilupai,
mengapa perlu kita tiru cara orng menyanyi,
walaupun penyanyi itu juga seorang qari?

bila nak hafal quran dibuat cara AF secara terbuka,
takut2 Semua sibuk nak masuk bukan sebab quran, tapi nak glamerkan muka,
kan kita dah ada cara waroisan kita yang mmng insyaAllah menjadi,
walaupun duduk di pondok yang buruk dan bukan di hotel2 or bangunan2 tinggi

Yang penting kita nak latih jiwa jadi hamba abdi Allah dengan belajar quran,
Bukan semata2 buat anak2 kita pandai tapi tak tau buat amalan

maaf, ini bukan sindiran,
bukan juga kata-kata penyesalan,
cuma sebuah nukilan,
untuk kita sama2 fikirkan...


macam pantun lah pulak..
dah setuju dengan pandangn tu..
nanti orang nak glamor saja..
tujuan utama tak tercapai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 13:20


Kalau diikutkan hati...baik tak payah....Islam tidak memandang semua ini..ia cuma satu cadangan pendekatan untuk menarik lebih ramai perhatian golongan muda-mudi untuk menonton siaran pertandingan tilawah al-Quran.
bagi diri saya...baik kekal yang sedia ada sekarang ini...cukup lah dengan kesederhanaan menjadi amalan dalam kehidupan.....

sekarang ini kementerian penerangan sedang dok memeras otak untuk fikir konsep yang sesuai untuk diadaptasi dan interpretasi program realiti tv AF untuk diterapkan dalam pertandingan tilawah Al-Quran...
konsep penghayatan isi dan makna al-Quran dah cukup bagi diri saya. silap2 nanti konsep al-Quran yang asal akan terpesong...wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

hasjb
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12370
Posting: 2

Johor  


posticon Posting pada: 23-08-05 12:30


wah Kalau macam nilah, nampak sangat islam ni satu agama yang boleh diperdagangkan.yelah cuba tengok AF. berape ramai orang dapat ambil kesempatan untuk mengaut untung. kalau nak tukar format pun fikirlah secara mendalam tentang isu ni. jangan sampai orang lain nampak kita ni KOLOT SANGAT.memang benar kita kena ikut peredaran zaman, tapi kena lah dengan caranya. waalahualam..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For hasjbProfil   Hantar PM kepada hasjb   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.256897 saat. Lajunya....