Oleh |
MAWAR ITU PENUH DURI.. |
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 19-08-05 04:12
MAWAR ITU PENUH DURI.. Nun berada dihujung laman , sekuntum mawar menarik lirikanku, kulihat segar dan indah berseri, dengan kilauan cahaya suria mula bersemi, terbias dengan titis embun pagi, yag menumpang dikelopaknya itu. Mawar itu penuh duri, menjadi pelindung maruah dan kesuciannya, dari tangan derhaka dan penuh gelora, yang selalu menghambat ketika leka, yang kelihatan sufi tetapi iri. Mawar itu penuh duri, sengaja ku biarkan ia mekar di lamanku, berayun lembut dihembus angin pagi, meratib wirid dan zikir kasihnya, untuk peciptanya sejak azali, Hanya mengharap Nur Ilahi panduan diri. Mawar itu penuh duri, kulihat lesu dan mula layu, lantas ku hadirnya padanya dengan pekerti, menyiraminya dengan keikhlasan, membajainya dengan budi, menjulangnya dengan tiang seri hatiku ini agar mawar berduri itu sentiasa teguh dalam menyantuni ajaran Tuhannya, dengan sepenuh jiwa raganya. dengan semurni bersih di hatinya.... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah. [ Telah diedit oleh: zulman pada 23-10-05 12:15 ]
|
khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.
|
Posting pada: 18-08-05 21:23
 .. Alhamdulillah,bestnya..sajak ke?hehe...Zulman ni orang seni eh...buat sendiri ke?nak pinjam boleh tak??  wassalam ----------------- 
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 23-08-05 10:07
Ni puisi buat sendiri...original.. nak pinjam , tak ada masalah tapi kalau pinjam kena bagi balik.. hehe....
|
ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.06.2004 Ahli No: 9636
Posting: 72
|
Posting pada: 24-08-05 10:14
laaa..pandai nya dia ini.. bila time dapat ilham ni???
|
musafirsepi
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor
|
Posting pada: 24-08-05 10:28
assalamualaikum.. tahniah zulman...lahir lagi seorang insan yang memahami suara hatinya sendiri...good try... May Allah bless u...
|
musafirsepi
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor
|
Posting pada: 24-08-05 10:30
baik sungguh zulman ni...hadir pada seseorang yang memrlukan pertolongan..teruskan usaha dan jalan dakwah saudara... boleh ana jawab puisi anta?
|
musafirsepi
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor
|
Posting pada: 24-08-05 10:36
Kumbang itu, hadir kala terbit mentari, lirikannya menggamit hati, terbang dengan megah, meredah dingin pagi, tatkala embun menitis ke bumi, Kumbang itu, mencari nilai cinta, meminta pada yang setia, menjengah pada si mawar, yang kian layu dalam resmi alam, Kumbang itu, terpercik dalam dada mulus, penciptaan Maha Besar, zuhud dengan pengabdian, asyik meniti jalan perjuangan, pada episod pencarian, Kumbang itu, bisa terbang jauh, mencari ketenangan, pada singgahsana si mawar, pada hakikat kecintaan, Kumbang itu, melakar cerita, membawa berita, pada si mawar, yang keseorangan, suatu pertemuan, dalam taqdir Allah.. Kumbang itu tersenyum, manis lirikannya. pada si mawar merah...
|
bie_feelhoney
Warga Rasmi Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17790
Posting: 20
Dari: marikh kut!!
|
Posting pada: 25-08-05 15:19
wow..best pula sajak pasal si kumbang hitam ni,, nak pinjam boleh>? heheh tahniah!best bangat!!!
|
musafirsepi
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor
|
Posting pada: 25-08-05 15:26
 .. bie_feelhoney, best ke?Allah yang lebih tahu... terpercik ilham ni bila baca yang mawar tu,so,ilham datang..alhamdulillah...tenang mencoret puisi.. nak pinjam?boleh,ahlan..tapi,bagi balik ye.. syukran,semua itu dari Allah... aqal ini pinjaman semata..Allah yang memilikinya... jadi,gunakanlah untuk mencari bekalan buat kampung abadi...
|
ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.06.2004 Ahli No: 9636
Posting: 72
|
Posting pada: 17-12-05 15:52
mawar berduri dah lama "mati"...semenjak ditinggalkan seorang diri..
|
Abdullah83
Warga Rasmi Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20739
Posting: 19
Dari: perak
|
Posting pada: 17-12-05 16:02
kalau ditinggalkan seorang diri, cari la teman agar diri itu tidak kesepian lagi. gunakanlah cara yang terbaik agar diri tidak kesepian...
|
ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.06.2004 Ahli No: 9636
Posting: 72
|
Posting pada: 18-12-05 14:09
Pada 17-12-05 16:02 , Abdullah83 posting:!!! QUOTE !!! kalau ditinggalkan seorang diri, cari la teman agar diri itu tidak kesepian lagi. gunakanlah cara yang terbaik agar diri tidak kesepian... Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang... Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat... Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?.... Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.... Itulah namanya Cinta...
|
khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.
|
Posting pada: 18-12-05 14:23
Pada 23-08-05 10:07 , zulman posting:!!! QUOTE !!! Ni puisi buat sendiri...original..
nak pinjam , tak ada masalah tapi kalau pinjam kena bagi balik.. hehe.... eheh...xjadi la nak pinjam anyway,gud job!chaiyok2  ----------------- 
|
permata_ayah_bonda
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2005 Ahli No: 19302
Posting: 78
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-12-05 16:46
Pada 17-12-05 15:52 , ratusyahadah_uiam posting:!!! QUOTE !!! mawar berduri dah lama "mati"...semenjak ditinggalkan seorang diri.. mawar berduri harus berfikir tentang kumbang yang cuba menyentuhnya..jangan hanya kerana merasakan diri dipandang dan menjadi idaman lebih dari seekor kumbang,diri menjadi tamak dan akhirnya melukakan hati si kumbang.. fikir-fikirkanlah.. "hidup kena sentiasa memikirkan juga tentang hati dan perasaan orang lain"  [ Telah diedit oleh: permata_ayah_bonda pada 22-12-05 16:49 ]
|
ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.06.2004 Ahli No: 9636
Posting: 72
|
Posting pada: 22-12-05 21:17
Pada 22-12-05 16:46 , permata_ayah_bonda posting:tiba2 terasa ada yang memahami...terima kasih permata ayahbonda..  [ Telah diedit oleh: ratusyahadah_uiam pada 22-12-05 21:18 ]
|
permata_ayah_bonda
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2005 Ahli No: 19302
Posting: 78
Dari: kelantan
|
Posting pada: 27-12-05 10:26
Pada 22-12-05 21:17 , ratusyahadah_uiam posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-12-05 16:46 , permata_ayah_bonda posting:
tiba2 terasa ada yang memahami...terima kasih permata ayahbonda.. sama-sama ratu  cuma dalam hidup ini kita tak boleh hanya berfikir mengenai diri sendiri.andai seseorang menyukai kita,tetapi kita dah berpunya,jangan melayan yang seorang lagi seperti memberi harapan padanya just because dia minat kita dan kita nak rasa bangga diri kita menjadi rebutan dan diri kita yang memilih.lebih dari seorang yang meminati kita.lalu yang seorang lagi pun kita layan seperti memberi harapan dan buat dia fikirkan dia masih berpeluang.dan jangan terkeliru dengan perasaan sendiri.jangan tamak dengan kasih sayang lebih dari seekor kumbang.kerana mawar juga mampu menjadi racun.kalau ada juga mawar yang bersikap sedemikian,akan ada 3 hati yang akan terluka.dan akhirnya mawar akan terkulai tak bertangkai kerana kesalahan dan keasyikan sendiri..  ana: cuma peringatan untuk diri sendiri.. [ Telah diedit oleh: permata_ayah_bonda pada 27-12-05 10:28 ]
|
astina
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.08.2005 Ahli No: 18487
Posting: 96
Dari: malaysia
|
Posting pada: 27-12-05 11:58
assalamualaikum... memang betul2 orang seni... percaya la...
|
nur_solyHAH1107
Warga 1 Bintang Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16927
Posting: 27
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 28-12-05 22:15
salam... tahniah pada akhie zulman..kelebihan yang ada pada dia telah memberi nafas baru pada si pembaca.. CAYO!CAYO!!!  ----------------- BIAR REBAH,jangan BERUBAH..biar TERBUANG,terus BERJUANG..hati PEJUANG pastinya berSATU,kerana di situ nawaitu kita bersemai,bersama menuju REDHA ILLAHI.. [ Telah diedit oleh: nur_solyHAH1107 pada 28-12-05 22:16 ]
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 29-12-05 01:36
biarkan mawar itu penuh duri harumnya mawar dibatasi duri biar ada mata yang memerhati tapi takkan berani mendekati ya mawar duri itu senjatamu saat ada yang cuba menjadi tamu kau tak betah untuk dibelenggu kumbang yang hanya mahu mencari madu duri itu malumu duri itu auratmu duri itu akhlakmu duri itu juga imanmu hai biarlah mawar itu penuh duri takkan luak keindahan kuniaan Ilahi malah menjadi satu inspirasi iktibar buat muslimah sejati... p/s: maaf kalau tak sedap...cuba2 saja menumpang di sini... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 31-01-06 18:06
mawar itu manis dipandang.. duri itu bagaikan peringatan.. bahawa mawar sukar dipegang sewenang-wenang.. andai terasa diri kita bagaikan mawar pujaan.. usahlah dibanggakan.. kerana mawar itu hanya lambang kecantikan dan kemewahan.. mungkin hari ini.. mawar itu dibelai.. dipuja dan dipuji.. mungkin esok mawar itu layu dibenci dikeji.. kerana mawar itu sendiri tidak pandai menjaga diri.. melukai hati kumbang yang menghinggapinya.. ::hanya mereka memahami::
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 31-01-06 18:12
Pada 31-01-06 18:06 , RuMaishaaa posting:!!! QUOTE !!! ::hanya mereka memahami::
tidak mahu hanya memahami,sebaliknya mahu menghayati dan melaksanakan..insyaAllah. pNailofar; syukran sahabat sekalian!
|
balqiszie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2004 Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak
|
Posting pada: 31-01-06 22:54
mawar berduri itu sukar dimiliki.. tapi menjadi idaman setiap insan .. hanya yang layak dapat mendampingi.. kerana mawar berduri tak ingin dirinya dicemari... oleh titik hitam yang membuat dirinya layu tak berseri..
|
Norhaslina
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 01-02-06 00:47
Memang menarik tahniah  penuh makna yang tersurat dan tersirat... ----------------- SENYUMSOKMO (^_^) [ Telah diedit oleh: Norhaslina pada 01-02-06 00:48 ]
|
adelia
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.11.2005 Ahli No: 20462
Posting: 105
Dari: pahang
|
Posting pada: 01-02-06 00:55
wah..semua nya berpuitis2..saya tak pandai la...tak berbakat..hehe tapi best lah sajak2 tu....
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 02-02-06 09:49
duri mawar memang menyakitkan, namun haruman mawar tetap menyegarkan, jangan patahkan duri itu, kerana ia duri bukti solehah keimanan..
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 06-02-06 16:04
ana minat mawarkasih
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 10-02-06 13:49
Alhamdulillah...buat zulman.... mempunyai kelebihan yang tersendiri... syukur-syukur kepada Allah... dan pada yang lain saya percaya iaitu dimana seseorang itu dilahirkan mempunyai potensi sendiri untuk menjadi lebih baik...dan mari kita sama-sama mencungkil potensi yang kita ada dengan itu kita mampu memajukan diri....
|