Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mawi lagi, berita terbaru


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mawi lagi, berita terbaru

Please Mendaftar To Post


Oleh Mawi lagi, berita terbaru

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 22:24


Mawi diundang persembah hiburan alternatif di Kelantan
Wednesday, August 17 @ 19:18:39 MYT


KOTA BHARU, 17 Ogos (Hrkh) – Kerajaan negeri mengambil kesempatan menonjolkan bakat yang dimiliki Asmawi Ani, 24 bagi mempersembahkan hiburan alternatif di negeri ini pada 30 September depan.

Turut diundang khas pada konsert yang dikenali sebagai 'Tautan Kasih' antaranya Ustaz Akhir Hayy, Mestica dan Ustaz Abdul Aziz Che Mat. Program tersebut akan diadakan di Padang Perdana, bermula jam 9 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, Asmawi atau Mawi akan menjadi tetamu kerajaan negeri selama dua hari sempena program itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil peluang menjemput Mawi bersama artis nasyid lain bagi mempersembahkan hiburan alternatif memandangkan artis tersebut sekarang menjadi idola kepada ramai golongan remaja.

“Kita melihat Mawi seorang artis yang berdisiplin dan mampu mempertahankan akhlak murni. Bakat itu dikesan sebelum dia menjadi juara Akademi Fantasia lagi,” katanya di sini, hari ini.

Ikuti wawancara khas bersama anggota Exco terbabit mengenai pelbagai pandangan terhadap Mawi dan konsert yang bakal diadakan dalam Harakah edisi cetak yang akan berada di pasaran 25 Ogos ini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa bangga kerana lahir seorang artis seperti Mawi yang dianggapnya tidak ‘hanyut’.

“Kita harap pendirian Mawi terus kekal seperti ini pada masa akan datang dengan menjaga akhlak murni dan berjaya menonjolkan hiburan alternatif. Ini bukan senang hendak dicapai. Gerakan Islam di Kelantan sekarang mencari hiburan alternatif untuk disajikan kepada rakyat,” katanya.

Anda juga boleh mendapat pandangan Menteri Besar Kelantan mengenai Mawi dalam Siasah keluaran kedua yang akan berada di pasaran mulai esok.

Husam juga berkata, seorang lagi jemputan pada konsert tersebut iaitu Ustaz Aziz merupakan seorang pendakwah muda akan menyampaikan nazam berirama yang kini semakin pupus.

Katanya juga, konsert itu akan diadakan secara percuma dan orang ramai boleh mendapatkan pas khas menjelang program berkenaan diadakan.

Selain konsert terbabit program hi-tea Mawi bersama orang kurang upaya untuk mengisi tabung persatuan berkenaan juga akan diadakan pada hari yang sama dijangka turut dihadiri Raja Perempuan Kelantan di sebuah hotel di sini.
- SMH/mj

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 18-08-05 22:30


macam tak percaya saja Nik Aziz puji Mawi ni.... berita betul ke tak ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 22:32


assalamualaikum wbt...

hehehe.....orang PAS mengutuk, orang PAS juga yang memuji....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

inda_4eva
Warga Rasmi
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17627
Posting: 14
Dari: lahardthat2 savahan

philippines  


posticon Posting pada: 18-08-05 22:36


pandai jugak orang PAS nak berhibur.....hihiihiihih

Bookmark and Share

    


  Member Information For inda_4evaProfil   Hantar PM kepada inda_4eva   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 18-08-05 22:38


Ana tak percaya lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 18-08-05 22:46


saya pun tak percaya. mustahil. dunia nak kiamat agaknya hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

laila_qaisy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17496
Posting: 74
Dari: punck perdana,u10

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 22:49


?????????????????????????????????????????????????????????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For laila_qaisyProfil   Hantar PM kepada laila_qaisy   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 22:51


hiburan yang baik agaknya...bagus lah..asalkan itu tidak melalaikan..wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 18-08-05 23:28


tak salah kalau nak berhibur..adalah batas2 yang perlu digaris...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 23:35


bacala novel sdra faisal tehrani-advencer si peniup ini..

jadi pemimpin kena pikiaq apa yang orang suka,apa yang orang yang suka..
kena smart.

untuk menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar dalam suasana semasa msyrkt yang hampir rosak,
kenala pandai menggunakan setiap peluang&kesempatan.

kena bijak..

setiap yang tersurat tu kan ada yang tersiraaaat.

jangan cuma tau melihat sstu yang buruk itu buruk,&yang baik itu baik.

hm.."breep-breep.." macam prnh kulihat.tapi di 'mana' ya...


-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA
[ Telah diedit oleh: StokinWangi pada 18-08-05 23:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 23:47


Kalau betul lah berita ni .. pihak Maestro dah luluskan ke ?? Bukan ke Mawi diuruskan oleh Maestro dan setiap permintaan untuk show perlu melalui pihak mereka ??

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 18-08-05 23:52


kat mana stokinwangi jumpa? kalau dah tau, SHHHHH... hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 23:53


Petikan harakah tu, takkan harakah nak tipu pulak. Mestro lulus ke tidak, itu soal kedua. Tapi, TG Nik Aziz dah invite dia buat persembahan yang senonoh kat kelantan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 19-08-05 00:00


Alhamdulillah. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

rozieta
Warga Rasmi
Menyertai: 19.07.2004
Ahli No: 10151
Posting: 11
Dari: um

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-08-05 00:06


saya runsing adakah dunia semakin kiamat, kerana hiburan menjadi keutamaan dan perbincangan dikalangan golongan agama, soalnya cuba tengok tingkah laku mawi semasa dalam konsert af, menari dan berpegang dengan bukan muslim, itu bolehker, walahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rozietaProfil   Hantar PM kepada rozieta   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 00:12


Pada 19-08-05 00:06 , rozieta posting:

!!! QUOTE !!!

saya runsing adakah dunia semakin kiamat, kerana hiburan menjadi keutamaan dan perbincangan dikalangan golongan agama, soalnya cuba tengok tingkah laku mawi semasa dalam konsert af, menari dan berpegang dengan bukan muslim, itu bolehker, walahua'lam


Apa yang Mawi pnh buat dulu benda yang dah jadi .. diharapkan Mawi ada buat solat sunat taubat dan beristighfar banyak-2 atas kesilapan dia dulu .. sekarang ni hiburan jadi keutamaan kerana masyarakat Malaysia umumnya sangat sukakan hiburan ... termasuklah golongan agama sendiri .. kalau pergi mana-2 konsert nasyid di IPT sudah pasti penuh sesak .. dengan muslimat bertudung labuh .. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 00:51


Tak sesuai dibincangkan di Portal Ukhwah.com (yang menurut ramai adalah portal intelek).

Kisah penama tersebut sesuai dibincangkan di komuniti sembang-sembang seperti sahabathijjaz, nasyeed.com. Tak sesuai di sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128286 saat. Lajunya....