Oleh |
buta lepas tengok gambar xxx |
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-08-05 04:32
Penemuan terbaru oleh ahli saikologi US itu mendapati mereka yang melihat gambar ghairah/seksi akan tidak dapat melihat imej yang terpapar selepas itu. Gambar seksi, ghairah, lucah boleh menyebabkan buta, dari David Zald Islam telah lama menyuruh kita menjauhi sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita kepada zina. Sekarang saintis barat membuktikan kebenaran tersebut. Kajian dilakukan oleh dari David Zald, dari Vanderbilt University di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat. Akhbar, majalah, novel, televisyen, filem malah komik di Malaysia , negara yang majoritinya umat Islam dilambakkan dengan gambar seksi dan ghairah untuk menarik pelanggan yang akhirnya bukan hanya membutakan hati umat Islam , malah membutakan mata kita semua. Berikut ialah petikan kajian dari David Zald : Para penyelidik akhirnya menjumpai bukti apa yang budak-budak Katolik ketahui sejak sekian lama â gambar ghairah akan membuatkan anda buta. Kesannya sementara, akan tetapi para penyelidik menggesa kepada pihak majlis keselamatan jalanraya agar mengharamkan papan tanda iklan seksi terutamanya di jalan-jalan yang sibuk, supaya kemalangan dapat dielakkan. Penemuan terbaru oleh ahli saikologi US itu mendapati mereka yang melihat gambar ghairah/seksi akan tidak dapat melihat imej yang terpapar selepas itu. Para penyelidik ini mendapati mereka yang buta akibat rangsangan emosi ini menyebabkan mereka tidak nampak kenderaan lain atau pejalan kaki. Sumber : http://www.newscientist.com/article.ns?id=dn7845&feedId=online-news_rss20Layari http://rozmal.blogspot.com-----------------
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 19-08-05 15:27
Nauzubilllahiminzalik.... -----------------
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 19-08-05 17:39
Melihat Gambar Lucah boleh menjadikan anda buta.Kajian ini dijalankan dalam usaha penyelidik menyedarkan masyarakat dalam siri Kempen Keselamatan Jalan Raya untuk memastikan tiada lagi iklan yang berunsur lucah di tepi jalan-jalan yang sibuk; dengan harapan dapat mengurangkan kemalangan. Kajian terbaru daripada pakar psikologi AS bahawa orang yang ditunjukkan gambar lucah gagal memproses imej yang dilihat selepas melihatnya sekelip mata. Sesetengah pengkaji berkata sesetengah personaliti manusia akan terkesan oleh satu fenomena yang dipanggil âkebutaan emosi teraruhâ atau âemotion-induced blindnessâ â (EIB). David Zald, dari Vanderbilt University di Nashville, Tennessee, dan Marvin Chun dan beberapa rakan pengkaji dari Yale University di Connecticut, telah menunjukkan beratus-ratus imej (dipaparkan dengan pantas) kepada sukarelawan dan meminta mereka memilih imej yang spesifik. Imej yang ditunjukkan termasuklah persekitaran lanskap atau arkitek, tetapi ahli psikologi memasukkan juga sedikit imej negatif mengandungi unsur kekejaman atau provokasi seksual (gambar yang menggairahkan). Imej-imej negatif (ECI) ini digelar sebagai âsuapan emosiâ. Lebih dekat jarak ECI dalam jujukan paparan tersebut, lebih ramai sukarelawan gagal melihat imej dengan jelas. âKami mendapati bahawa manusia gagal mengesan imej visual yang dipaparkan masa 12 saat selepas ECI ditunjukkan. Mereka dapat melihat gambar-gambar bukan ECI dengan menghadapi sedikit masalah selepas beberapa imej yang neutral tersebut ditunjukkan,â kata Zald Otak Primitif âKita berfikir terdapat cerutan awal kepada pemprosesan maklumat pada otak. Jika terdapat sesetengah ransangan yang memerangkap perhatian manusia, ia boleh menghenyak cerutan tersebut. Akibatnya maklumat yang dilihat melalui visual tidak dapat melepasi cerutan tersebut, â Zald menerangkan. âPerkara ini telah terjadi secara spontan tanpa kehendak kita,â katanya lagi. Dia percaya bahagian primitive otak yang dikenal sebagai âamygdalaâ memainkan peranan dalam perkara ini. Bahagian otak ini terlibat dalam proses pengesanan input bergantung kepada kestabilan emosi dan mempunyai fungsi autonomik, mempengaruhi kadar degupan jantung dan peluh. Hipotisis di atas dibuat setelah menguji pesakit yang mempunyai masalah âamygdalaâ dengan menunjukkan gambar yang berunsur ganas. Hasil ujikaji tersebut telah membuktikan bahawa pesakit tidak menunjukkan reaksi kepada imej yang dilihat. Penyelidik berpendapat EIB boleh menyebabkan pemandu tidak melihat kereta lain atau orang yang berjalan kaki jika mereka terserempak dengan ECI. Kelekaan inilah yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Jurnal Rujukan: Psychonomic Bulletin and Review (August 2005) Pemurnian Kepada Aspek kajian sains. Artikel di atas semestinya agak sukar difahami kerana menggunakan gaya bahasa saintifik atau stail penulisan teknikal. Secara mudah, kajian tersebut cuba membuktikan bahawa ransangan spontan kepada naluri seks manusia akan menggagalkan proses pencerapan maklumat lain. Kegagalan ini disebabkan wujudnya ketidaknormalan proses pengaturan maklumat yang disalurkan kepada sel otak untuk ditafsir. Maka mereka memperkenalkan satu istilah âcerutanâ yang terdapat di bahagian otak manusia. Cerutan ini terdapat pada âamygdalaâ otak manusia. Apabila ketidakstabilan berlaku, proses penghantaran maklumat yang gagal melepasi cerutan ini akan menyebabkan kesan âkebutaan emosi teraruhâ. Kebutaan ini menyebabkan visual yang dilihat dalam masa 12 saat selepas melihat gambar lucah menjadi kurang jelas, dengan kata lain ia gagal ditafsirkan oleh otak. Maka inilah sebabnya mengapa pengiklanan yang menggunakan imej berunsur lucah harus digam daripada pandangan umum terutama di jalan raya yang sibuk; bagi mengurangkan kadar kemalangan.
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 19-08-05 17:53
Bagus artikel ini. Boleh saya print kasi kepada teman-teman saya yang addict dengan movie lucah ini. apalah yang seronok sangat tengok benda ini. Kadang-2 saya fikir kalau kita tengok perempuan bogel tidak terbayang kah kita sekiranya yang berbogel ibu atau kaka atau adik perempuan kita.
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 19-08-05 18:20
alhamdulillah..bagus artikel ni. semoga ada saudara2 kita yang lepas membaca artikel ni, akan insaf bahawa perbuatan mereka itu tidak menguntungkan sesiapa malah merugikan mereka sebab mereka menggunakan nikmat penglihatan yang Allah bagi kepada jalan yang -ve..
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 19-08-05 21:47
astaghfirullahh...aku selalu lah tengok blue ni bagaimana haaa nak lawan nafsu ni....memula memang ..niat tak nak tengok lepas itu dah ada depan mata, hermmmiman lemah..tak cukup kuat nak lawan..semoga di beri kekuatan amin.....(tolong aminkan..)
|
cheekmate
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.05.2005 Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak
|
Posting pada: 20-08-05 00:17
fuuyoooooooooooo, bahaya!!!!!!!!!!!!!!! sekali tengok gelap hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 2 kali tengok????????????????..................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! FIKIR, FIKIR, FIKIR jadikan maklumat ni sebagai salah 1 ilmu...............
|
mulimahsejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah
|
Posting pada: 30-09-05 15:41
|
Aneeqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.10.2004 Ahli No: 11976
Posting: 151
Dari: shah alam
|
Posting pada: 27-11-05 21:40
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 27-11-05 21:51
|
kalimahsuci
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.11.2005 Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 28-11-05 02:27
astaghfirullah... semoga dijauhkan. ameen
|
rawdhah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2004 Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp
|
Posting pada: 28-11-05 07:38
hmmmm memang mengerikan............
|
narutomaster
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.09.2005 Ahli No: 19202
Posting: 46
Dari: Damansara
|
Posting pada: 28-11-05 15:20
That was good info 4 us ! I hope other members can follow Kak Ummiq in giving right information !! p/s: The best never rest!!!!!!!!!!!
|
Nazri
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2003 Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis
|
Posting pada: 28-11-05 15:35
tengok Forum Perdana Islam. dah lah.... terima kasih ummi/hanafi... ini maklumat baru yang diterima.... ----------------- Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...
|
Detective_Alam
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.01.2004 Ahli No: 6331
Posting: 103
Dari: Kelate
|
Posting pada: 28-11-05 15:54
masalah sosial yang semakin menjadi-jadi! wasalam
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-11-05 16:30
bagus artikel ni...moga2 kita tidak terdedah pada benda2 tak baik macam tu.......bukan mata saja.malah jagalah semua anggota pancaindera kita dari melakukan perkara2 maksiat...
|
syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar
|
Posting pada: 29-11-05 19:43
ke arah mana hala nya bagi insan yang terleka mengejar nikmat dunia...bagaikn hidup selamanya...tak peduli dosa noda...siksa azab neraka...hidup jauh dari rahmatNYa -----------------  [ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 29-11-05 19:43 ]
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 29-11-05 20:27
teringat lirik lagu nasyid.. buta mata tak nampak jalan di dunia, kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu kemana hendak dituju, kehilir atau kehulu.....
|
rabiyatul
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.09.2005 Ahli No: 19292
Posting: 26
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-11-05 00:40
 Semoga kita dijauhkan yang haram...tanamlah cinta pada ALLAH,insyaALLAH nafsu dunia dapat datasi dengan. mudah AMIN WASSALAM
|
Atif_Haziq
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله
|
Posting pada: 30-11-05 04:21
|