Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 142
Ahli: 0
Jumlah: 142




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Perkahwinan Kontrak


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Perkahwinan Kontrak

Please Mendaftar To Post


Oleh Perkahwinan Kontrak

Juhaida
Warga Rasmi
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17376
Posting: 16
Dari: sarawak

Kedah  


posticon Posting pada: 12-08-05 22:36


...Maaf kalau saya salah tempat..tapi berkaitan dengan perkahwinan jugak..kepada sesiapa yang arif ...saya ada satu kemusykilan yang ingin dikemukan berkaitan perkahwinan ni..Iaitu berkaitan dengan perkahwinan kontrak..Adakah wujud dalam Islam atau dibolehkan ke perkahwinan kontrak ini dalam Islam? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuhaidaProfil   Hantar PM kepada Juhaida   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 23:28


Ana rasa tidak!

Perkahwinan adalah suatu proses kehidupan jangka masa untuk selama2nya,dan insyaAllah hingga ke syurga. Bukan untuk sehari dua....

Dan Islam juga tidak pernah menganjurkan perkahwinan sebegini walau apa jua sebab.Perkahwinan seperti yang diketahui ramai,bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan.

p/s: betulkan andai ana tersilap

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-08-05 03:22


Assalamualaikum

kahwin kontrak @ nikah mut'ah.. diharuskan pada zmn awal kedatangan Islam, tapi kemudiannya telah diharamkan hingga ke hari kiamat..

Allahu a'lam..

----------------------------------

Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith shahih sebelum Baginda wafat, dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

Daripada Ali bin Abi Thalib: "aku mengkhabarkan kepada Ibn Abbas: Bahawa pada hari peperangan Khaibar Rasulullah SAW melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai peliharaan (jinak)." (Riwayat Bukhari)

Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai peliharaan (jinak)." (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan an-Nasa'ie)

Daripada Rabi' bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi SAW semasa haji Wida' di mana Baginda bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya." (Riwayat Ibn Majah)

Daripada Ibn Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian Baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah SAW telah menghalalkannya setelah Baginda sendiri telah mengharamkannya." (Riwayat Ibn Majah)

"Daripada Rabi' bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi SAW telah mengharamkan nikah mut'ah." (Riwayat Abu Daud)

- JAKIM: Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 13-08-05 03:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 06:21


bukan ke kahwin kontrak ni, menghalang tanggungjawab suami isteri?.. huhu, seolah-olah menganggap perkahwinan ni satu permainan pula.. Yurp, memang haram. tapi penulis novel suka buat konflik perkahwinan macam ni. hehe tapi last2 kontrak pun entah ke mana..

ada lagi ke nikah mut'ah zaman sekarang ye?.. jeng jeng.. semestinya! hehe.. manusia~

p/s : siapa tengok cerita 'Full House'?.. berkaitan kahwin kontrak.. hehe cute heroin!! :P ops..

WaLLahua'LaM

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

fiafarha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1209
Posting: 79
Dari: t`ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-08-05 07:07


setahu saya p`nikahan masih di amalkan oleh puak syiah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiafarhaProfil   Hantar PM kepada fiafarha   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 18:14


dia nak kontrak ka apa ka...biar dialah.... 'kita' yang tak kontrak ni pun masih lagi bercelaru.... kalau ikut statistic dari jabatan agama, orang 'kita'lah yang ranking paling tinggi bercerai tiap2 tahun...mmmm... kan kita kata orang lain semuanya 'sesat' jadi tak payah dok layanlah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

husna_493
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.07.2005
Ahli No: 17529
Posting: 32
Dari: dari sini

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 18:52


kawin kontrak memang haram!tapi tak tau lah sekarang ni ada ke tak orang yan buat macam tu.kalau dalam novel banyak saja kisah kawin kontrak ni.macam yang syaheeda cakap.ustaz saya ada bagitau,ayah pin ada isteri melalui perkahwinan mut'ah.tapi,lantak lah dia kan?asalkan kita yang ada kat sini tak buat perkara macam tu.setakat kerja kontrak dah lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_493Profil   Hantar PM kepada husna_493   Quote dan BalasQuote

Ramzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17780
Posting: 26
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 18:58


daripada apa yang saya belajar, perkahwinan kontrak tak sah bagi sesebuah prkahwinan. ia akan terbtl dengan sendirinye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RamziProfil   Hantar PM kepada Ramzi   Quote dan BalasQuote

wehdah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 19:45


assalamualaikum
kahwin kontrak ni kan ada tempoh , hbs tempoh berlakulah penceraian , sedangkan talak tu perkara yang paling Allah benci...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wehdahProfil   Hantar PM kepada wehdah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125525 saat. Lajunya....