Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65

  Yang Masuk Ke Sini
izad: 24 hari yang lalu

Cuti-Cuti Malaysia
Topik: selamat datang ke kota tinggi daerah bersejarah...

Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cuti-Cuti Malaysia
    »» selamat datang ke kota tinggi daerah bersejarah...

Please Mendaftar To Post

Oleh selamat datang ke kota tinggi daerah bersejarah...

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  

posticon Posting pada: 14-07-03 21:13

kota tinggi adalah sebuah daerah bersejarah kerana di adalah pusat pentadbiran sultan - sultan melayu johor.Antara yang menarik di kota tinggi nie terdapat makam sultan mahmud mangkat dijulang semasa baginda hendak menunaikan solat jumaat,tetapi baginda telah di tikam oleh laksamana bentan.....oleh sebab isterinya telah di bunuh oleh sultan mahmud kerana memakan seulas nangka......selepas itu keturunan laksamana bentan tidak dibenarkan menjejakkan kakinya di kota tinggi selama 7 keturunan...menurut orang lama pada keturunan ke 7 ada seorang rakyat singapura yang datang ke kota tinggi telah muntah darah.....selepas itu habislah sumpahan tersebut.

Bookmark and Share

  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

ustaz_cyber
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1803
Posting: 16
Dari: johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 15-07-03 15:47

Tempat Bersejarah

1. MAKAM LAKSAMANA BENTAN

Seperti yang dimaklumi, Makam Laksamana Bentan yang terletak di Kampung Kelantn, 0.5 kilometer dari bandar Kota Tinggi adalah antara makam-makam utama yang menjadi tumpuan para peminat mahu pun pengkaji sejarah, daripada kalangan pelajar sekolah mahu pun sejarawan luar. Sejak diwartakan bahawa ia adalah makam Laksamana Bentan, begitu ramai orang yang mengunjunginya.

Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun panglima kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.

Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” beberapa kali ditayangkan. Sehubungan itu, rasanya sebahagian besar masyarakat di negara ini memahami kisah tragis lagi bersejarah itu.

Selain makam beliau, dikatakan juga bahawa terdapat makam isterinya, Dang Anum dan anaknya, serta tiga makam lain yang kemungkinan terdiri daripada ahli keluarga mereka.

2.MAKAM SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG.

Kampung Makam, Kota Tinggi bagai di hujung bibir masyarakat Kota Tinggi mahu pun negeri Johor. Pengiktirafannya sebagai Kampung Bersejarah tidak hanya disahkan oleh penduduk tempatan tetapi juga bagi pihak istana, kerajaan negeri Johor dan kerajaan Malaysia amnya.

Selain makam Sultan Mahmud, terdapat tiga makam lain iaitu, Makam Bendahara Tun Habib Abd.Majid Padang Saujana, Bendahara ke-19, Kota Touhid atau makam Touhid. Kedua -dua tempat ini satu ketika dulu pernah dijadikan ibu negeri kerajaan Johor iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud dan Sultan Abd.Jalil III (1637-1673).

Selain tiga kawasan tinggalan sejarah di atas, terdapat sebuah masjid lama iaitu Masjid Sultanah Rogayah yang berusia lebih 100 tahun. Selain makam-makam dan masjid yang disebut di atas terdapat juga makam-makam milik kerabat-kerabat diraja lain.

3. MAKAM TUN HABIB (HABAB)

Bendahara Tun Habib (Habab) Abd.Majid Padang Saujana, menurut sejarahnya adalah Bendahara ke-19 kerajaan Johor sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Padang Saujana merupakan gelaran kepada beliau. Sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud, beeliau adalah antara bendahara yang berperanan penting membantu kelancaran pemerintahan ketika itu. Selepas kemangkatan beliau, jawatan bendahara telah digantikan dengan anakanda beliau iaitu Bendahara Maharaja Abd.Jalil sebagai bendahara ke-20.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud jawatan Sultan telah digantikan dengan Bendahara Maharaja Abd.Jalil. Penggantian ini telah mengubah tradisi sejarah Kesultanan Melayu Johor. Hal ini kerana buat pertama kali keturunan Bendahara menjadi sultan, oleh itu berakhirlah pertalian darah diraja Melaka yang diwarisi daripada keturunan Sultan Mahmud Syah 1 (sultan terakhir Melaka). Bendahara Maharaja Abd.Jalil mengambilalih tampuk pemerintahan dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV sebagai Sultan Johor ke-11.yang memerintah dari 1699 hingga 1717.

4. KOTA TOUHID

Kota Tinggi di peringkat awalnya terletak di kawasan Kampung Makam hari ini. Oleh itu terdapat banyak kesan sejarah terdapat di sini. Selain makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Makam Bendahara Tun Habib, terdapat satu kelompok makam lain yang disebut sebagai Makam Tauhid atau Kota Tauhid.

Di Kota Touhid terdapat beberapa buah makam dan binaan sebuah kota, walaupun rupabentuk kota berkenaan tidak begitu besar, di dalamnya dipenuhi dengan beberapa buah makam. Terdapat kekeliruan berhubung nama kota ini kerana sesetengah orang memanggilnya dengan nama Kota Touhid manakala sesetengah orang pula memanggilnya dengan nama makam Touhid.

Menurut catatan sejarah Johor, Kota Touhid ini pernah menjadi ibu negeri dan pusat pemerintahan kerajaan Johor Tua sebanyak dua kali iaitu ketika pemerintahan Sultan Abd.Jalil III (1637-1673) iaitu Sultan Johor ke-8 dan Sultan Abd.Jalil Riayat IV (1699-1717) iaitu Sultan Johor ke-11. Selepas pemerintahan Sultan Abd.Jalil, ibu negeri Johor berpindah ke Panchor.

Selepas ditinggalkan, kawasan ini dijadikan kawasan perkuburan. Kebanyakan makam yang terdapat disitu tidak diketahui milik siapa kerana dipercayai tiada seorang pun sultan yang dimakamkan di situ. Kota ini dan bekas tapak istana Kesultanan Johor ini dikatakan diperbuat daripada batu-bata dengan campuran kulit kerang , kapur dan madu lebah.

5. KOTA SELUYUT

Seluyut merupakan satu tempat yang letaknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kota Tinggi di tebing kanan mudik Sungai Johor. Bukit Seluyut merupakan salah satu tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor pada zaman Sultan Muzafar Syah II (1564-1570) iaitu Sultan Johor ketiga.

Setelah baginda mangkat pada tahun 1570, penggantinya Sultan Abd.Jalil Syah II tidak lama bersemayam di situ. Baginda kemudiannya berpindah ke Johor Lama dan memperbaiki semula Kota Batu untuk dijadikan pusat pemerintahan dan pentadbirannya,

Di Seluyut ini juga, Bendahara Johor yang terkenal iaitu Tun Mahmud (Tun Sri Lanang) telah dilahirkan. Beliau adalah pengarang Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Di kawasan ini terdapat dua kelompok makam yang terdiri daripada lima makam termasuk sebuah makam yang dipercayai makam Sultan Muzafffar Syah II yang mangkat di situ. Makam itu terletak kira-kira 100 meter dari pinggir Sungai Johor. Makam baginda juga di sebut sebagai Marhum Mangkat di Seluyut.

Di sisi makam baginda adalah makam adinda baginda iaitu Raja Fatimah. Terdapat satu lagi makam dikatakan makam Sultan Abdul Jalil Syah 1 (Sultan Johor Keempat) iaitu makam yang paling kecil. Namun makam beliau kini dicatatkan berada di Panchor, oleh itu tidak dapat dipastikan mana kenyataan yang benar.

Sultan Abdul Jalil Syah 1 telah dilantik menjadi sultan sewaktu kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Baginda adalah hasil perkahwinan Raja Fatimah dengan Raja Omar dari Pahang. Oleh kerana anakanda baginda masih kecil, Raja Omar memegang takhta dengan gelaran Sultan Ali Jalia Abd.Jalil Syah II atau Sultan Abd.Jalil Syah II (Sultan Johor kelima).

Makam Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai yang meninggal dunia di situ juga boleh ditemui di khaki Bukit Seluyut. Walaubagaimanapun, Kota Seluyut yang menjadi salah satu kubu pertahanan kerajaan pada masa itu sudah tidak kelihatan lagi binaannya. Namun kedudukan bukit tersebut memang strategik sebagai ibu negeri dan kota pertahanan ketika itu.

Makam Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai yang meninggal dunia di situ juga boleh ditemui di khaki Bukit Seluyut. Walaubagaimanapun, Kota Seluyut yang menjadi salah satu kubu pertahanan kerajaan pada masa itu sudah tidak kelihatan lagi binaannya. Namun kedudukan bukit tersebut memang strategik sebagai ibu negeri dan kota pertahanan ketika itu.bayak sejarah dalam daerah ini.so jom lawat kotra tinggi..

Bookmark and Share

  Member Information For ustaz_cyberProfil   Hantar PM kepada ustaz_cyber   Pergi ke ustaz_cyber's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 26-07-03 23:07

oo yer ke,saya org johor pun tak tau ada tempat mcm tu...

Bookmark and Share

  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar

posticon Posting pada: 21-09-03 22:18

hehehehee....nih org johor sejati ker?

erm,ana pun asal johor gak...tp lama dah menetap dipahang nih...dibesarkan pun dipahang..umur 3 tahun dah duk di pahang...erm,bila time cuti skool dulu...sokmo balik umah atuk kat kulai...dah tu sokmo gak gie kota tinggi...gie air terjun kota tinggi...mak oi...jalan dia bengkang bengkok...pening pala ana...tp best bila dah sampai sana...sejuk jer...air dia pun masih jernih...dan terus terpelihara...

-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)

Bookmark and Share

  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

nurana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2003
Ahli No: 2561
Posting: 139
Dari: bangi

Johor   avatar

posticon Posting pada: 22-09-03 01:05

ya..silalah ke kota tinggi bandar bersejarah,selain tempat2 sejarah yang menarik..ada air terjun kota tinggi,pantai2 yang menarik seperti desaru,tanjung balau,tanjung leman,teluk ramunia dan banyak lagi..selamat datang ke kota tinggi!!

Bookmark and Share

  Member Information For nuranaProfil   Hantar PM kepada nurana   Pergi ke nurana's Website   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 09-10-03 02:52

OOO...GITU KE BESTNYA

-----------------
SaBArLAh DaLAM mUjAHaDAH kERana SaBAR iTU tERLaLU iNdah

Bookmark and Share

  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

cenderawasih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2249
Posting: 115
Dari: utm

Johor  

posticon Posting pada: 18-11-03 11:31

sbg org johor ,rugi kalau tak tahu pasal sejarah di negeri johor...batu pahat ngan muar pun banyak tmpat sejarah yg menarik....bukan anak jati johor namanya kalau tk tahu sejarah negeri kelahiran sendiri........

Bookmark and Share

  Member Information For cenderawasihProfil   Hantar PM kepada cenderawasih   Quote dan BalasQuote

irzan_luqman
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6355
Posting: 10
Dari: Johor

Johor  

posticon Posting pada: 09-01-04 23:28

saye org kota tinggi. ade satu tempat dikawasan saye yg agak misteri. kot2 ade pakar sejarah kat web ni harap dapat buat kajian mengenai kewujudan makam 7 puteri di Felda Sungai Sayong, ape kaitannya dengan sejarah johor. daripada tempat tu jadi sarang pemujaan makhluk2 yang tak bertanggungjawab, pihak tertentu patut memelihara kawasan berkenaan. makam tu agak misteri dan menarik...

Bookmark and Share

  Member Information For irzan_luqmanProfil   Hantar PM kepada irzan_luqman   Quote dan BalasQuote

Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah

Perak   avatar

posticon Posting pada: 14-01-04 15:31

ha...promote kampung dia....pandai my sister nie

-----------------
www.australia-travel-books.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Khairul_IzwanProfil   Hantar PM kepada Khairul_Izwan   Pergi ke Khairul_Izwan's Website   Quote dan BalasQuote

altamira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5830
Posting: 242
Dari: penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 10-03-04 19:05

askum macam best jer ,budget murah ke?nanti sampai sana ada bas tak.

Bookmark and Share

  Member Information For altamiraProfil   Hantar PM kepada altamira   Pergi ke altamira's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.091104 saat. Lajunya....