Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 177
Ahli: 0
Jumlah: 177




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Remaja dan INTELEKTUAL Islam sebenar


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Remaja dan INTELEKTUAL Islam sebenar

Please Mendaftar To Post


Oleh Remaja dan INTELEKTUAL Islam sebenar

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 08:36


Assalammualaikum,

Setelah lama saya hidup sebagai seorang remaja Islam yang sebesar zarah imannya hari ini tergerak hati saya untuk meluahkan segala kekecewaan dengan remaja Islam masa kini. Nak dikatakan lama saya baru berumur 18 tahun. Teks yang bakal anda baca bukanlah petikan, bukan juga diari, tetapi ia merupakan sebuah teks yang penuh dengan luahan hati saya, yang nampak dengan mata saya, yang rasa dengan tangan saya sendiri. Saya berharap anda sudi memaafkan saya jika ada yang mungkin membuatkan anda terasa hati…

6 Ogos 2005 8.00 a.m

Pada pagi ini saya balik kampong kat segamat, sepatutnyer saya balik kampung ikut family malam tadi…tapi…sebab lamer tak balik kampong naik bas… nak juga rasa.. lagi pun matrix cuti 2mgu..apa yang saya nak ceritakan bukannya journey saya..tapi kejutan yang saya terima ketika perjalan ke kaunter tiket…saya terserempak kawan saya(lelaki) berpegangan tangan dengan seorg perempuan yang tidak bertudung…huh..saya cuba kesat mata saya mungkin saya tersilap..tapi..memang betul..saya cuba mengelak tapi dia dah perasan saya..terpaksa lah tegor dia..kami berkawan sejak darjah 3 lagi..cumer sekarang tak rapat lagi..kami bersalam dan hanya bertanya kabar..saya tak ada mood nak teruskan perbualan…kawan sayeer dulu yang saya tahu seorg yang dkira pandai dalam segala aspek agama..pernah saya meminta dia mengajar tajwid..dan mengajar serba sedikit mengenai tentang hukum hakam dalam islam..teringat juga saya dalam tahun ini…maser pergi gathering kelas.. sanggup dia turun bas kat masjid rumah saya sebab nak elak miss asar sebab time itu dah pukul 7.00pm rumah dia jauh lagipon.huh..dalam hati saya berkata..alahmdulillah sahabatku masih tak berubah... TETAPI apa yang saya nampak pada pagi ini..membuatkan saya berfikir sejenak.. kenaper kawan saya berubah sebegitu ruper..kenaper mesti yang mesti berubah.. apa masalah dia..dan macam2 lagi…terdetik juga saya nak putuskan hubungan kawan dengan dia…tapi.. mana buleh… sekurang2nyer saya perlu pimpin dia balik ke arah jalan yang benar..ya Allah tabahkan hati hambamu ini..

*Remaja sekarang betul2 terkeluar dari konteks intelektual Islam sebenar. Yang kita nampak di shopping complex dan tempat2 awam yang lain. Ramai remaja2 yang menggunakan Islam berpegangan tangan, berpelukan, dan perkara2 yang lain yang begitu mengharukan. Adakah semua ini berlaku atas dasar cinta? Huh. Saya tergerak untuk menceritakan hal ini apabila rakan yang paling saya rapat dan percayai menjadi sebahagian daripada mereka. Tak tahulah berapa ramai rakan saya yang akan berubah.

6 Ogos 2005 12.00pm

Alhamdulillah..akhirnyer sampai pun..ada satu jam lagi perjalan dari bandar ini untuk ke kampung saya... ketika duduk kat ruang menunggu...saya mengambil kesempatan untuk melihat komuniti yang ada kat situ..ye lah..dah lamer saya tak balik naik bas..asyik dengan parents saja..tertarik saya melihat sekumpulan remaja..yang umurnyer lebih kurang 14-16thn..apa yang saya pelik..cara berpakaian mereka...huhu...(dalam hati saya cakap pergh..cun gila) bukannya cun sangat... cumer cara mereka berpakaian penuh dengan fesyen2 barat...bajet up to date lah..tapi..tak taue ke berpakaian begitu saja dah boleh menaikkan nafsu kaum adam.. tmbah lagi warna baju mereka yang menarik pandangan orang...macam warna pink, oren dan sbginyer lah..saya cuba mengembangkan idea saya..apabila difikirkan..faktor media massa pun buat diroang camie..contohnya seperti majalah yang terdpt di negara kita....majalah inii bukan nya difokuskan kepada remaja tetapi bagi mereka yang masih ditahap kanak2 terutama bagi kaum hawa..tak sangka saya..dlam majalah tersebut juga mendedahkan mereka kepada dunia fesyen barat yang kian mengikis ciri-ciri berpakaian dalam islam..yang menghairankan saya mengapa target majalah tersebut kepada muslimah masih di bwah umur..saya amat terkejut kerana adik saya yang berumur 12 tahun pun beli buku ini...huh..saya takut..jika generasi yang akan datang...sukar nak carik muslimah sejati...hehe..tapi memang betul..apa yang hendak sayang perkatakan ialah aurat..kalau setakat terbuka sedikit aurat tak apa lah...tapi..boleh dikaterkan 90%..tak penuhi cara berkaiaan tuntutan Islam..tak tahu siaper yang perlu dipersalahkan..masyarakat,parents ataupon diri sendiri..

*Kita hanya mampu berkata dalam hati kepada perkara2 begini. Sesungguhnya benci dengan hati itu adalah selemah2 iman. Kita tak mampu memahari, menyaman, menukar, dan apa-apa lagi yang difikir logik. Sedangkan seperti rancangan reliti tv di negara kita yang tumbuh macam cendawan lepas hujan baru sahaja ditegur oleh pemimpin kita. Tapi hanya sekadar mampu menegur. Tiada lain mampu dibuat kerana tersekat dek aspek2 lain.

Ya Allah, sesunggunya kau maha mengasihi dan maha pemurah, kau berikanlah taufik dan hidayah kepada saudara2 seagamaku supaya mereka tahu bahawa neraka itu adalah tempat bagi mereka yang mungkar kepada agama mu dan syurga itu adalah tempat dimana mereka yang sentiasa mengamalkan Islam dalam hidup seharian. Amin..

Harap ahli ukhwah semua dapat lah memberi respon..ye..
Syukran jazilan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_maisarah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11031
Posting: 17
Dari: bumi Allah

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-08-05 09:01


assalamualaikum...

mungkin mereka tahu....tapi tidak mengamalkan dengan cara yang sebetulnya....ana pun risau...
"sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seperti pohon yang tidak berbuah"....untuk menilai diri seseorang...kita lihatlah dengan siapa dia bersahabat...sini maknanye sahabat tu amat penting sebagai pembimbing sahabat kita yang lainnye ke arah yang betul...jangan kita pula yang terikut-ikut dengan gaya mereka sudah....

ana pasti semua yang melibatkn diri dengan portal ukhwah telah ada kesedaran untuk menegakkan islam....insyaAllah...ana pun tengah2 belajar...& ana akui...memang ssh ntuk kuat tanpa sokongan sahabat kita...

sebagai wanita...ana fikir remaja perempuan sekarang sudah kehilangan sifat malunya.... ana quote secenis artikel di sini....

~Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?
Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak
kelainannya.Dalam sebuah hadis,Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah
kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat BaihaQi)

Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,Kalau
dia buat baik,dikagumi,apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai
pakaian menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat
menggoda,dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita
sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum
melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan
kalau-kalau orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya. ~

Seorg penceramah pernah memberitahu....aurat wanita adalah satu hal yang memalukan....masyaAllah....
Bagi mereka yang sedar....alhamdulillah...tetapi pada wanita2 yang masih berbangga2 dengan kecantikan sementara yang Allah kurniakan....semoga mereka segera insaf...

Wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_maisarahProfil   Hantar PM kepada nisa_maisarah   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 18:45


Assalamualaikum...

memang sedih melihatkan perihal anak2 remaja zaman sekarang terutama perempuan...menjaga seorang anak perempuan lebih sukar daripada menjaga sekandang lembu...
ibu bapa juga kebanyakannya dari kecik lagi menyogokkan anak2 mereka dengan pakaian2 yang ala2 seksi ataupun memang seksi...sampai kadang-kadang budak2 antara usia 10 tahun dah pun pandai bergaya sakan macam orang dewasa...kecik2 dah pandai bagi anak pakai lipstik...eye shadow dsbnya...esok bila dah besar entah apa yang akan dipakai...Islam sudah tidak dititikberatkan lagi...na'uzubillah...
kita yang melihat dan tahu akan permasalahan ini perlulah sekurang2nya menegur pada takat yang termampu...semoga perkara2 sebegini tidak berlaku pada anak2 kita nanti...

WallaHU A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090454 saat. Lajunya....