Oleh |
siapa anak yatim kat sini??? |
love_fillah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-08-05 22:41
BISMILLAH WALHAMDULILLAH... maaf kalau soalan ni menyentuh perasaan antum.... ceritalah sikit perasaan dan pengalaman mengharungi hidup tanpa insan yang dikasihi... strive 4 mardhtillah...
|
Juhaida
Warga Rasmi Menyertai: 19.07.2005 Ahli No: 17376
Posting: 16
Dari: sarawak
|
Posting pada: 04-08-05 23:32
ALHAMDULILLAH.. Saya teramat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya ditakdirkan menjadi anak yatim..Bagi saya ia adalah satu pemberian yang cukup berharga, walaupun saya kehilangan seseorang yang saya dikasihi... ----------------- Anda adalah apa yang anda fikirkan..
|
love_fillah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 14-08-05 21:06
BISMILLAH WALHAMDULILLAH... syukur...kerana JUHAIDA berfikiran begitu... FIRMAN ALLAH SWT> "Jika kamu bersyukur, maka aku akan tambah nikmatKu...dan jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amatlah pedih..." Sesungguhnya tiap apa yang berlaku...pasti ada hikmah disebaliknya... strive 4 mardhatillah...
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 14-08-05 23:10
assalamualaikum perit menerima kenyataan bahawa kita bergelar "anak yatim piatu", tiada siapa yang mahukan gelaran itu..terlalu perit. namun, hakikatnya ia menjadi terlalu manis. sebab inilah antara insan terpilih oleh Allah untuk menerima taqdir Ilahi. kita akan semakin dekat denganNya, bukan semakin menjauh sebab kita hanya perlu bergantung padaNya, cukuplah Dia yang mencukupkan keperluan kita.. Ya Allah, manisnya hakikat kehilangan itu... Ya Allah, sesungguhnya aku meraih nikmatmu dengan hati yang lapang. Kau ambil kembali apa yang telah Kau pinjamkan untukKu, kemudian Kau gantikan nikmat keredhaanMu yang paling bernilai... sesungguhnya akulah yang bergelar anak yatim piatu.. ~Qalam Yatim~
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 15-08-05 00:29
> assalamualaikum wbt... > > emm... > kalau difikirkan, berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikulnya... > pada zahirnya, tiada siapa pun di dunia ini yang ingin dilahirkan sebagai ystim piatu... > namun... setiap kejadian Allah swt itu m`punyai hikmahNya yang t`sendiri... > & apa jua yang telah Allah swt tetapkan untuk kita, menerimanya dengan hati yang t`buka serta sabar adalah salah satu ciri mukmin yang beriman... > > saya juga adalah salah seorg anak yatim yang t`lalu m`dambakan kasih sayang dari seorg ayah.. > dengan bebanan ibu yang sentiasa sibuk m`cari rezki demi menyara anak2nya, kasih sayang yang wujud itu kadang-kadang sukar sekali untuk dinilai... > namun begitu, ketabahan hati seorg ibu adalah penyeri hidup untuk anak2nya terus berjaya dalam meniti kehidupan yang tiada penghujungnya.. > > buat Juhaida, > bersabarlah di atas qadak & qadar dari Ilahi... > semoga Juhaida akan sentiasa mendapat tempat di sisiNya.... > InsyaAllah................................... -------------------------------------------------------------------------------------------- Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya).
|
fainis
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2004 Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah
|
Posting pada: 15-08-05 00:44
... Firstly,al-Fatihah buat buat papa tersayang dan kaum muslimin dan muslimat yang telah kembali ke pangkuan Allah yang Maha Penyayang.. Alhamdulillah, dengan pemergianmu, anakmu ini menjadi seorang yang lebih tabah untuk mengharungi hari yang mendatang.Segala penat lelah dan pengorbananmu lebih kurasai selepas ketiadaanmu.Alangkah bagusnya jika dapat kusedarinya sejak dari dahulu... Jika sesuatu masalah menimpa diriku, ku sering terfikir "Alangkah bagusnya jika papa ada di sisiku..".Tapi kupasrah akan segala ketentuanNya. Tika ku keseorangan, ku selalu teringat akan dirimu.Tika ku ditindas, ku sering terfikir "Alangkah bagus jika papa ada di sini untuk menolongku.." ~Luahan hati seorang anak~ + Apabila saya terdengar lagu "Sentuhanmu" oleh in-Team di corong-corong radio atau di mana-mana, air mata saya mengalir dengan sendirinya. Ia memang memberikan kesan yang mendalam terhadap diri saya. ------------------------------------------------------------------------------ ~Sentuhanmu~ Terpanar aku pada sentuhan keramatmu Mengheret aku mentafsir memori silammu Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu Surut dedarku pada usapan manteramu Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu Oh ayah, Tak pernah ku tanya Kemana tumpahnya keringatmu Oh ayah, Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku Yang sedaya ayah laksanakan Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera Tak terkuis dugaan menduga Apalagi takdir yang menerpa aku mengharap bukan menolak Apalagi cuba melupa Lestari kasihmu tanpa batasan Sempadan waktu yang memisahkan Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa Sentuhanmu amat bermakna.. Melodi: Abai Os (Hijjaz Records) Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 15-08-05 02:12
forum ni sedih betul....ana anak yatim jugak. ana kehilangan ibu tercinta pada tahun 2001. yang ana kasihankan adalah adik2 ana yang masih kecil yang yang meningkat dewasa. mereka kehilangan tempat bermanja. ayah ana masih ada, tapi kasih sayang seorang ibu tak sebanding dengan kasih ayah. kasih ibu membawa ke syurga.....
|
Ghufranallah
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.06.2005 Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir
|
Posting pada: 15-08-05 07:14
assalamualaikum wbt..saya turut bersimpati dengan kalian semua...suatu masa.mak saya masuk hospital..sakit.saya menangis dan berdoa banyak2 agar Allah lah-Rahman sembuhkan penyakit ibu saya..alhamdulillah..ibu saya dah sembuh..selama saya hidup..inilah kali pertama ibu saya masuk hospital..anak mana yang tak sedih.. saya memang tak boleh kehilangan ibubapa saya..kerana segala cinta,tempat mengadu masalah adalah kedua ibu bapa saya.. saya bersyukur kerana masih lagi mempunyai kedua ibu bapa... marilah sama2 kita berdoa..agar Allah menyediakan tempat yang teristimewa buat ibu bapa kita syurga di mana di bawahnya ada sungai2 yang mengalir.... al-fatihah buat ibu bapa yang tersayang.... [ Telah diedit oleh: Ghufranallah pada 15-08-05 07:15 ]
|
StokinWangi
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah
|
Posting pada: 15-08-05 18:48
meminjam kata-kata Nabi SAW ketika kematian anaknya Ibrahim.....; air mataboleh berlinang & hati boleh bersedih, tetapi kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata, kecuali yang diredhai oleh TUHAN kita." hari ni birthday arwah abah StokinWangi.If he's still alive,he is 66 yrs old today. 8thn yang lalu,masa baru meninggal,StokinWangi selalu harap cepat2la hari kiamat-akhirat.StokinWangi nak jumpa abah. rindu gila..tak tahan.. & sampai sekarang,cuma ALLAH saja yang tahu betapa rindunya pada abah. sometimes,bila nak tidur,mengalir air mata teringat kat abah. &masa tu harap sangat malam tu,tidur mimpi abah,saya nak peluk abah kuat2,nak cium abah puas2. tapi,alhamduliLLAH. kehilangan abah banyak memberi ruang untuk kami adik-beradik berubah jadi hamba yang lebih baik. pemergian abah adalah motivasi untuk kami. waktu tu,mak lah yang paling bijak menggunakan kesempatan tu untuk jdkan kami manusia yang lebih baik. "pakai baju lengan panjang.kalau tak,kasihan abah kat kubur.." "bangun...smbyg subuh.kasihan abah kat kubur.." "kalau kasihan kat abah,jangan tggal sembahyg.." al-fatihah... ----------------- saya cinta Malaysia tapi lebih cintakan ALLAH jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA DAHULUKAN KEPENTINGANNYA
|
solehah_umi
Warga 1 Bintang Menyertai: 27.01.2004 Ahli No: 6804
Posting: 38
|
Posting pada: 15-08-05 19:12
asslamualaikum...terlebih dahulu Al-fatihah buat ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 1989...masa ingat tak ingat wajah ayah sebab masih kecik lagi..umur 5 tahun.saya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah dan saya rasa memang saya dah ditakdirkan untuk tidak mendapat kasih seorang insan yang bergelar ayah..tapi Alhamdulillah segala-galanya saya tempuhi dengan hati yang tabah dan kental kerana apapun hidup mesti diteruskan...alhamdulillah saya mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan penyabar, susah untuk dicari ganti..berkat kesabarannya,kami adik-beradik boleh dikatakn semua berjaya cuma saya yang masih lagi belajar..InsyaAllah akan kubuktikan kejayaan milik semua dengan izin Allah sekalipun apa jua ujian yang Allah takdirkan kepada kita..akhir sekali kepada sahabat2 yang senasib dengan saya, teruskan perjuangan anda..InsyaAllah yang penting berpeganglah pada tali ALLAH..berkat selam-lamanya.. *TIAP DETIK TIAP KETIKA, ALLAH MENGERTI KITA MECUBA*
|
riyas
WARGA SETIA Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah
|
Posting pada: 15-08-05 21:04
bersabarla...sesungguhnye ini semua adalah ujian dari Allah SWT....
|
cahaya82
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.07.2005 Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 16-08-05 20:14
assalamualaikum...... berat mata memandang,berat lagi bahu memikul....untuk melalui hidup tanpa orang yang tersayang disisi amat perit dan memilukan...kita sebenarnya diuji....hidup didunia adalah sementara...setiap yang hidup akan pergi ke alam kekal...berbekalkan hati yang cekal dan semangat yang tinggi kita akan mampu menghadapi mehnah dan ujian dariNya...setiap yang berlaku ada hikmah diberikan oleh Allah.... *ingin sekali merasakan nikmat kasih sayang seorang ayah..... *Ya Allah cucurilah roh abah di alam sana......Amin...... p/s:jangan derhaka pada kedua ibu bapa....
|
intan3103
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11388
Posting: 106
Dari: JoeHoe>>key ell>>S'gor
|
Posting pada: 18-08-05 20:24
assalamualaikum... sedih betul lah topik kat forum ni... saya pun anak yatim juga... tapi, saya lagi sedih, cuz saya tak pernah nampak / jumpa dengan arwah bapa saya... sebab dia pergi meninggalkan saya masa umur saya 2 bulan lbih.. apa yang mampu saya kata, sesiape yang still ada ibubapa tu, hargailah mereka seadenye.. kerana, tanpe mereka, siapelah kita di dunia ini.. ----------------- ~ DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita pulang.. ~ [ Telah diedit oleh: intan3103 pada 18-08-05 20:29 ]
|
love_fillah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 18-08-05 22:22
BISMILLAH WALHAMDULILLAH... Benar kata sahabat/iah semua...berat mata memandang...berat lagi bahu yang menggalas bebanan... Alhamdulillah...hingga detik ini...ana masih lagi mempunyai kedua orang yang disayangi...ana turut bersimpati kepada sahabat/iah yang tabah dan sabar menjalani hidup tanpa orang tersayang di sisi.ana juga cukup respect pada sahabat/iah semua. apapun...semua tu ujian Allah terhadap hamba2nya yang terpilih...disebalik kesusahan yang kita alami...pasti terselit 1001 kebahgiaan yang bakal menanti (itulah dia hikmah) yang kadang-kadang tak kita sedari...dan itu jualah tanda kasih sayang Allah pada hambanya... bila kita sedih...ingatlah sirah nabi junjungan kita...Nabi Muhammad SAW...sesungguhnya baginda adalah suru tauladan terbaik untuk kita semua... marilah sama2 kita menjadi anak yang soleh solehah sebagai pusaka untuk ayah ibu kita...kerana salah satu pahala yang sentiasa mengalir w/pun ibu ayah dah tiada ialah "doa anak yang soleh"...semoga ibu ayah kita sentiasa dalam redha-Nya...amin... Strive 4 mardhatillah...
|
inda_4eva
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17627
Posting: 14
Dari: lahardthat2 savahan
|
Posting pada: 18-08-05 22:31
samalah nasib saya dengan..drzul-f....saya pun dah kehilangan ibu tercinta pada 2002...sekarang ini saya terpaksa jaga/mendidik adik2 yang msih sekolah...berat tjwb ini..lebih2 malang lagi kami tak mendapat perhatian ayah..so saya yang still single tepaksa ambil alih untuk menyara adik2...tapi dengan tjwb ini menjadikan saya lebih tabah mengharungi hidup lebih bermakna dibwh redhaNya..
|
zatie
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM
|
Posting pada: 19-08-05 08:52
sedihnya. zatie kannyer anak yatim.. hm. sangat terharu baca posting kat sini........... sabar lah.semua tu ketentuan ilahi ntuk menguji sejauh mana insan tu bersabar..........
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 19-08-05 10:15
Pada 18-08-05 20:24 , intan3103 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
sedih betul lah topik kat forum ni... saya pun anak yatim juga... tapi, saya lagi sedih, cuz saya tak pernah nampak / jumpa dengan arwah bapa saya... sebab dia pergi meninggalkan saya masa umur saya 2 bulan lbih.. apa yang mampu saya kata, sesiape yang still ada ibubapa tu, hargailah mereka seadenye.. kerana, tanpe mereka, siapelah kita di dunia ini..
senasib tapi tak sama lah.. masa arwah ibu, umur baru 3 hari...memang tak tahu langsung rupa ibu kecuali dengan gambar.. arwah abah pulak, masa umur 18 tahun..sempat lah merasa kasih sayang abah..hingga ke saat kini..bahang kasih sayang itu masih terasa dan takkan hilang selama2nya.. sayang abah...
|
love_fillah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 21-08-05 14:15
BISMILLAH WALHAMDULILLAH... sabarlah inda...semoga segalanya dipermudahkan Allah...amin...
|
yina
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.08.2005 Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 21-08-05 16:27
cukup terharu....... saya pun anak yatim....apapun setiap apa yang terjadi ada hikmah ye so, bersabarlah m'rima ujian dari "Allah"..... buat "ismi_safiza"...bersbarlah ek.... ----------------- puteri_adam
|
binafsya
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14160
Posting: 24
Dari: pasir puteh
|
Posting pada: 26-08-05 10:01
assalamualaikum.....terlebih dulu ingin ana sedekahkan al-fatihah untuk kedua ibubapa ana yang telah meninggal dunia,ana telah kehilangan bapa pada usia ana 9 tahun dan ibu yang ana palig sayang pada usia ana 13 tahun dan meninggal dunia kat TANAH SUCI.hanya tuhan saja yang thu apa prasaan ana masa tu,ana sbrnya masih tak dapat terima kenyataan yang kedua-duanya dah meninggalkan ana sehinggakan ana percaya yang satu hari nanti mereka akan balik berjmpa ana,tapi sayang mereka takkan balik lagi buat slama lamanya.Ana sekarang tinggal bersama KaKaK dan adik beradik yang lain,merekalah yang jaga makan minum ana dan segala galanya.Ana kesiankan KAK LONG yang slama ni jaga ana,dia umpama MAK pada ana,ana syangkan dia.Ana jnji satu hari nanti ana akan blas jasa semua kakak2 dan abang2 ana. P/S>Pada mereka yang masih ada mak dan abah,hargailah mereka kerana ketiadaan mereka amat dirasai,jadi sayng,peluk cium lah mereka ketika mereka masih ada.
|
ladybirdy
WARGA SETIA Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi
|
Posting pada: 10-10-06 00:41
jika anak2 yatim redha dengan keadaan mereka, apatah lagi orang yang masih mempunyai ibu dan ayah...hargailah ibu dan ayah anda sementara mereka masih hidup...saya teringin nak bela anak yatim piatu dan jadikannya seperti anak saya sendiri...
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 10-10-06 02:18
alhamdulillah...astaghfirullah...subhanallah...Allah knows best untuk kita semua... "Allah takkan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..."alBaqarah:286 ana pun sama jugak..ayah pergi menemuiNya masa umur 11 tahun. bodoh2 lagi waktu tu. ayah masuk hospital 4 hari. mlm last tu, abang bawa ana pergi jumpa ayah...tak banyak yang ayah cakap...cuma ayah tanya "siti dah makan nasi ke belom..?" ana tak pernah pun pergi hospital. jadi takut...mlm tu arwah ayah dibawa ke wad icu..lepas saya jumpa..mak cakap arwah ayah kata nak tukar kain pelikat..dah lama tak tukar...(ni petanda sebenarnya...) dan benarlah petanda tu...sebelum tu lagi arwah ayah ada pesan pada abang ana minta bagi duit masjid yang ayah kutip pada imam..(arwah ayah siak masjid)...ni pun dah petanda... malam tu abang bawa ana balik...macam-macam yang ana fikir masa tu...bila dah sampai ana tak boleh tidur..ana ambil wudhuk dan solat isyak dengan penuh pengharapan padaNya...inilah kali pertama ana menangis sambil solat...dan, alhamdulillah, ana dapat tidur dengan nyenyak sekali lepas solat tu... pukul 2 pagi 14 oktober 1997, mak sedara kejutkan ana minta telefon pada jiran yang terdekat..ana panggil mak sedara ana sebagai "wa"..wa cakap jangan terkejut kalau wa nak bagitau ni...ayah dah takdak....................... alhamdulillah, ana sikit pun tak terkejut dan dapat bangun dengan tenang mengikut permintaan wa tadi... ana anak last dalam femly. im the only girl...ingat lagi masa kali terakhir ana naik moto dengan arwah ayah...masa tu ayah dah sakit sebenarnya..tapi sebab tak ada sapa yang boleh ambil saya dari sekolah, ayah terpaksa ambil juga..dan, itulah kali terakhir ana peluk ayah, pelukan yang paling erat pernah ana buat pada ayah...bagaikan merasai itulah hanya peluang yang ada.................................... alhamdulillah, sekarang dah lebih 9tahun ayah pergi ke sana...moga Allah tempatkan ayah dalam golongan yang Allah redhai.. moga Allah jadikan kubur ayah sebagai sebuah taman dari taman2 syurga... ya Allah, kasihilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami...ameen......... for thise who still have both parents, please appreciate them before its too late... kedua ibu bapa ialah pintu syurga kita...
|
nurman
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!
|
Posting pada: 10-10-06 04:01
Tuhan sayangkan mereka....
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 10-10-06 05:55
salam...saya masih ada lagi mak ayah.alhamdulillah....mereka lah segala2nya bagi diri saya... saya sangat-sangat menyanjungi anak-anak yatim....
|
sahihnor
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah
|
Posting pada: 10-10-06 10:34
assalamualaikum..sedihnya kehilangan orang tersayang pemergian emak pada tahun 2001 tahun lalu amat menyedihkan rindu sangat kat mak namun ketentuan ilahi harus diterima dengan redha dan sabar.Mak anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu Al-Fatihah [ Telah diedit oleh: sahihnor pada 10-10-06 10:34 ]
|
KIKO
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...
|
Posting pada: 10-10-06 11:26
TOPIK yang bagus untuk DIKONGSI...HArgaILAh jaSA IBU BApa KITA seLAGI kita dapat MENAtaP WAjaH mereka...dan sya TURUT SIMPAti kepada mereka yang KEHILAngaN EMAk baPA mereka....haRAp daPAt menempuh segaLA caBAraN dengan SAbaR.... ----------------- IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63. [ Telah diedit oleh: KIKO pada 10-10-06 11:34 ]
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 10-10-06 11:50
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 10-10-06 12:15
hanya kasih sayang ibu yang membesarkan kami sekeluarga selama ini...sayang sangat dekat ibu dan terima kasih untuk selamanaya... untuk arwah abah & kakak. semoga diampuni dosa2 yang kalian lakukan dan semoga kalian termasuk dalam golongan mukmin yang dirahmati... amin...
|