Oleh |
salahkah kahwin dengan suami orang??? |
shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.10.2003 Ahli No: 4002
Posting: 173
|
Posting pada: 01-08-05 08:18
assalamualaikum... boleh tanya pendapat kwn2 semua...salah kah kalau jatuh cinta pada suami orang? bagaimana kalau isteri pertama setuju dimadukan???cinta hadir bila2 masa..samaada kita dah berpunya atau belum....ia datang dan pergi tak kira masa...salahkah kalau perempuan tu jatuh cinta dengan suami orang..dan salahkah seorg suami jatuh cinta lagi??? wassalamm
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 01-08-05 08:26
begheh.. dengan syarat berkemampuan ... p/s: 'berkemampuan' tu panjang ceriteranye tu... ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 01-08-05 08:32
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah cinta itu abstrak dan sesuatu yang boleh dipengaruhi oleh nafsu bilamana iman lemah. Jadi perlu pada satu suasana yang terkawal oleh iman dan akhlak Islam barulah dapat dikenalpasti cinta yang tidak terlarang. Walau apapun bercintalah selagimana masih dalam lengkongan syarak. Maksudnya bercinta dalam ertikata sebenar setelah bernikah secara sah. Cinta sebelum nikah lebih banyak mengundang maksiat dan dosa dan jauh dari rahmat dan keberkatan hidup yang diredhai Allah SWT. fikir-fikirkanlah ya .... Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - cinta itu buta tapi bila berasaskan iman maka ia menjadi celik dan dapat membezakan antara benar dan salah di sisi syarak.
|
shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.10.2003 Ahli No: 4002
Posting: 173
|
Posting pada: 01-08-05 08:48
assalamualaikum..thnks ummimq...cinta memang abstrak...pandangan umum pun abstrak juga...Kenapa mesti dipandang serong pada isteri kedua...tak brmakna dia perampas...kalau kita di tempat mereka...baru kita sedar segala yang berlaku adalh takdir... wassalam
|
missy_jannah
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.09.2004 Ahli No: 11510
Posting: 40
Dari: Perut ibu~
|
Posting pada: 01-08-05 11:23
w'salam... takdir?? kalau isteri itu dah sempurna..tak cukup ke? apa perasaan suami, kalau isteri menduakan suami pula? saya tahu, islam membenarkan.. tetapi tidak bermaksud, suami boleh menggatal... maaf, bahasa saya kesat...
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 01-08-05 19:55
assalamualaikum.... seeloknya jangan lah kahwin dengan suami orang.. isteri setuju atau tidak kita tak pasti.. jangan lukakakn hati kaum kita kerana cinta kita.. kalau dah jodoh instant tu tak apa lah.. kalau boleh shah pun nak juga kahwin ramai... sampai 4 saja.. tapi mampu ke isteri shah nak terima hakikat tu.. mungkin dia bagi tapi hati dia bagaimana? jangan lah hancurkan hati wanita lain.. wassalam.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 02-08-05 22:55
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah semoga anak-anak tenang terutama yang wanita ya bila berhadapan dengan poligami. Allah mengizinkan poligami tetapi bersyarat. Dan antara syaratnya ialah bila isteri itu tidak mampu melahirkan zuriat, sering sakit dan juga ada masalah yang berkaitan (rujuk Al-Quran dan Hadith). Jadi bila disebut bersyarat itu maka wanita hendaklah akur sekiranya ada kekurangan pada dirinya sehingga suami kawin lagi. Yang jelas kini ialah hak suami itu untuk berpoligami demi ketenangan hatinya. Jika suami itu berkawin tetapi tambah gawat hati dan juga rumahtangganya bermakna tiada barakah di dalam perkawinan itu. Sekiranya adalah wanita yang menyintai suami orang maka ia bermula setelah kawin atau sebelum kawin? Dan bagaimana pula suasana cinta yang dilalui? Adakah syarak atau tidak? Maksudnya adakah disebabkan hubungan sulit yang berlarutan dan juga tanpa batas pergaulan? Soal hati ini memanglah agak rumit untuk diselesaikan seperti masalah lain namun insyaAllah bila berpegang pada Al-Quran dan Hadith maka akan selesai segala masalah. Usahakan ke arah yang syarak dalam percintaan dan usahlah sedih sekiranya ditaqdirkan menjadi isteri nombor dua atau tiga atau ke empat jika suami itu beriman dan adil serta mampu memberi nafkah zahir dan batin. Bagi isteri-isteri yang menjadi nombor dua, tiga dan ke empat hendaklah sedar diri bahawa mereka hendaklah saling menghormati dan memahami isteri pertama yang lebih dulu dan banyaklah bersabar dan usah terlalu emosi dalam menghadapi hidup berpoligami. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - redha itu kunci kepada ketenangan dalam rumahtangga yang berpoligami
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 02-08-05 23:20
tak semua isteri setuju untuk dimadukan... apapun nawaitu suami kahwin bukanla sekadar kerana nafsu semata..... kalau isteri pertama dah setuju lagi bagus.. apapun tanggungjawab amat berat untuk dipikul kalau tak penuh iman didada.....
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 02-08-05 23:20
tak salah... tapi tak perlu lah... bercintalah dengan celik.. jangan buta kerana cinta... ramai lagi bujang .... Ana : cinta tak buta , manusia yang buta kerana cinta..
|
Al_Basayuv
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2004 Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE
|
Posting pada: 03-08-05 00:07
kawin saja laaa.... hehehe... kalau dah sampai msnya.... jagan tguh2 lagi... nanti jmput yee... jangan lupa...
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 03-08-05 01:37
tak salah untuk jatuh cinta dan mencintai.. tapi fikirlah baik2.. jangan kerana izin untuk dimadukan oleh yang pertama membuat kita alpa.. kemungkinan kita bukan yang terakhir... __________________________________________________ ana: pengalaman mengajar erti kehidupan yang sebenar.. luka di hati paling susah untuk sembuh.. YA ALLAH..BERIKAN KU KEKUATAN..
|
wehdah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau
|
Posting pada: 03-08-05 17:32
pendapat ana , seorang suami boleh jatuh cinta buat kali kedua , ketiga dan keempat, demi menolak perkara2 yang boleh membawa kepada zina islam membolehkan suami berpoligami, agama kiristian pula tidak membenarkan suami berkawin lebih dari satu,kalau masalah ni berlaku suami terpaksa menceraikan isteri pertama.itulah salah satu keindahan islam,suami tak perlu ceraikan isteri pertama, berkahwin dengan persetujuan isteri pertama, bukan kah poligami meyempurnakan kecacatan kehidupan, bila isteri mengalami masalah lain misalnya sakit, tak dapat memenuhi permintaan suaminya, suaminya pula kuat semua tu dapat diselesaikan oleh kemudahan ini, maaflah kalau lari tajuk...bila seorag perempuan jatuh cinta pada suami orang,perempuan tersebut mesti menyembunyikan perasaannya dan menahannya kerana takut membawa kepada perbuatan keji dan mungkar yang boleh membawa kepada dosa. siankan perempuan tu....
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 03-08-05 23:08
Wassalamu'alaikum wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah semoga berkawinlah dan jangan ditinggal sunnah perkawinan ini. Hanya dengan perkawinan yang sah akan lahir zuriat-zuriat yang bakal menjadi pelapis dan pemimpin Islam masa akan datang. Sebab itu Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam menggalakkan perkawinan dan telah terbentang luas dalam seerah akan kisah perkawinan yang hebat dalam Islam. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - rujuk al-Quran di mana kawinlah dan dapatkan seramai mana zuriat tanpa takut kepada kemiskinan sebab itu dalam Islam memerlukan pemimpin yang adil bermula dengan suami yang adil.
|
khumaira
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.10.2003 Ahli No: 4331
Posting: 23
Dari: Sarawak
|
Posting pada: 04-08-05 02:42
Kahwin dengan suami orang? Memang tak salah, kerana jumlah wanita di dunia sekarang lebih ramai berbanding lelaki. Malah sunah Rasul bahawa wanita perlu diselamatkan daripada hidup seorang diri, tanpa kasih sayang daripada seorg insan yang bergelar suami. Lelaki wajib membimbing insan yang bernama hawa (amat lemah dari pelbagai aspek).
|
fairuzah
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2004 Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 04-08-05 06:11
macam mana pulak kalau bini orang syok kat lelaki lain? heheh.... macam mana pulak kalau suami dia tak dapat puaskan dia contohnya lumpuh...
|
n_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -
|
Posting pada: 04-08-05 06:35
kahwin dengan suami orang, tak salah. kalau semua pihak setuju, segerakan pernikahan. bercinta dengan suami orang, tak reti nak bagi hukum. tapi fikirkanlah perasaan isteri pertama tadi, walaupun mulut kata setuju, dalam hati Allah saja tahu. kalau wanita tak faham hati kaum sejenis, nak harap kat siapa lagi kan. tapi jangan ada pula isteri yang minta cerai bila suami nyatakan hasrat nak bernikah satu lagi. & jangan pula jadi macam kes suami yang kena simbah dengan asid baru-baru ni. !!! QUOTE !!! macam mana pulak kalau bini orang syok kat lelaki lain? heheh.... hukumnya berdosa. !!! QUOTE !!! macam mana pulak kalau suami dia tak dapat puaskan dia contohnya lumpuh... isteri boleh tuntut fasakh di mahkamah. wAllahu a'lam.
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-08-05 07:03
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah jazakillahu khairon katsiro kepada anakanda fairuzah yang mengutarakan satu persoalan yang baik sekali. Sekiranya suami lumpuh dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami maka isteri diizinkan meminta fasakh. Kebiasaannya suami itu akan redha menceraikan isterinya demi kekurangan dari aspek nafkah batin. InsyaAllah Islam telah menjelaskan dalam Al-Quran dan Al-Hadith tentang ini. Tetapi seringkali seorang isteri yang berakhlak mulia tidak akan sanggup untuk membiarkan suaminya yang dalam keadaan lumpuh itu bersendirian. Terutama sekiranya semasa suami itu sihat adalah seorang suami mithali. InsyaAllah ehsan dari iman akan menjadi kekuatan dalam jiwa wanita yang beriman dan solehah. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - Sesungguhnya hamba-hamba Allah itu dihimpun dalam pembentukan dalam rahim ibunya 40 hari berupa nutfah (mani), kemudian berubah menjadi segumpal darah selama waktu itu juga, begitu juga menjadi segumpal daging dalam masa waktu itu juga, kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya lalu ditetapkan pada dirinya 4 kalimah - 1. ditetapkan rezekinya 2. ditetapkan ajalnya 3. ditetapkan pekerjaannya 4. ditetapkan nasih bahagia / susah (mafhum HR Bukhari)
|
nabilla
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM
|
Posting pada: 05-08-05 02:42
kahwin dengan suami orang memang tak salah tapi.............kalau sudah dikira merampas suami orang memang bersalah..........kat dunia ni tak ada yang sempurna...boleh ke seorg suami berlaku adil kepada isteri2 nya.........sedangkan kadangkala tidak mampu berlaku adil pada seorang isteri..........inikan beristeri 2, 3 ,4..........wassalam........
|
ar_raze
Warga Rasmi Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13042
Posting: 16
Dari: bahanj
|
Posting pada: 09-08-05 02:23
nabila..jawapansoklan nabila tu ada...Baginda s.a.w..Nabi pun boleh berlaku adill dengan isteri-isterinya...adakah sidatina aishah dikira perampas..? jawab..erm..
|
n_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -
|
Posting pada: 09-08-05 03:05
tiada seorang pun yang mampu berlaku adil 100%. hatta Rasulullah pun pernah berdoa kepada Allah, agar diampunkan daripada kelemahan Baginda dalam hal membahagikan kasih-sayang sesama isteri Baginda. kita sedia maklum, Ummul Mukminin Aisyah mempunyai kelebihan di sisi Nabi berbanding Ummahaatul Mukminin yang lain. tapi keadilan dalam bentuk material dan layanan batin adalah dituntut. seorang suami dikira menzalimi isterinya jika gagal memberikan keadilan tersebut. wAllahu a'lam. [ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 09-08-05 03:06 ]
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 15-09-05 11:30
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 15-09-05 12:37
|
af_zubaiti
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2005 Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak
|
Posting pada: 15-09-05 12:51
assalamualaikum... ana mugkn tak sehebat mana untuk memberi pendapat dan pandangan...emmm..salahkah kawin dengan suami orang??? bagi ana...soalan ni cukup sensitif bagi sesetngah kaum hawa. apatah lagi dalam penerimaan untuk berpoligami..dengar perkataan POLIGAMI pun dah boleh naikkn kemarahan kaum hawa dan ia menjadi perkataan yang digeruni oleh semua kaum hawa.... Tak semua boleh menerima poligami.kalau terima pun, sejauh manakah keikhlasan dalam kita menghadapinya???salahkah kita insan dan hambaNYA jika ditakdirkan jodoh dengan suami orang???bersalahkah isteri ke2,3,4???adakah isteri ke2,3,4 semuanya GATAL dan PEREMPUAN TAK BERMARUAH seperti yang semua orang gelarkan utuk isteri ke2,3,4???mungkin ada segelintir yang sanggup jadi isteri kedua hanya kerana harta..tapi kita sebagai seorg hamabaNYA yang beragama, kita haruslah berfikiran telus dan terbuka kerana tak semua isteri ke2, ke3,ke4 ni hanyalah "perampas" kawin semata2 kerana harta...jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.... Poligami telah disyariatkan olehNYA keatas setiap hambaNYA...setiap apa yang telah disyariatkan itu, mesti ada kemanisan dan kebaikan pada setiap hambaNYA... bila suami nak kawin lagi, 1st wife mengamuk...2nd wife dipersalahkan..suami dituduh curang...tapi, pada isteri pertama..pernah tak terfikir salah kita sebagai seorg isteri..tak semua suami yang kawin lagi semata2 kerana nafsu...mungkin ada salah dan silap kita sebagai seorg isteri...menyebabkan kasih suami berpaling pada orang lain ... jika ada salh dan silap, minta diperbetulkn dan harap dimaafkan.... wasalam..
|
nina_nur
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10542
Posting: 104
Dari: di mana bumi dipijak..
|
Posting pada: 15-09-05 14:08
errr.. kahwin dengan suami orang..?? memang lah tak salah.. cuma berharap tak berlaku pada diri ini ----------------- ~jangan biarkan aku tanpa cinta-MU~
|
puteribongsu1306
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 15-09-05 14:13
assalamualaikum.... bagi saya... lebih baik hindari daripada kawin dengan suami orang... kalau boleh saya pun tak nak kawin dengan suami orang..... bayangkan kalau kita di tempat orang yang kita ambik hak dia... macam mana perasaan.... tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan....
|
af_zubaiti
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2005 Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak
|
Posting pada: 15-09-05 15:35
emmm...jika dah jodoh kita dengan suami orang, dah ketentuanNya...boleh ke kita mengelak?...kita kena terima seadanya....
|