Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 19 hari yang lalu
sadiqah: 23 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mekah Ingin Dibom, Melayu Sudah Dibom


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mekah Ingin Dibom, Melayu Sudah Dibom

Please Mendaftar To Post


Oleh Mekah Ingin Dibom, Melayu Sudah Dibom

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 06:46


Tinta Permata

Tersebutlah alkisah bahawa terdapatlah seorang manusia di dunia ini yang bernama Tom Tancredo yang mencadangkan supaya kota suci Mekah dibom sebagai tindak balas jika beberapa bandar di AS diserang pengganas Islam yang menggunakan senjata nuklear.

WFLA

Dia yang merupakan Ahli Kongres Republikan AS dari Colorado mengeluarkan kenyataan kurang ajar itu dalam satu program stesen radio WFLA-AM di Orlando, Florida.

WFLA

Saya percaya, umum mengetahui bahawa kira-kira 2 juta umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul di Mekah pada setiap tahun untuk menunaikan fardhu haji.

Pada fikiran saya, atas sebab inilah Mekah menjadi tempat yang paling wajar untuk diserang. Masakan tidak, pada waktu itu ramai umat Islam yang berkumpul, dan pada masa itulah ramai yang boleh dibunuh. Cuma, mereka tidak tahu, Baitullah adalah merupakan kota suci yang dipelihara oleh Allah sehingga hari kiamat. Mereka tidak tahu sejarah telah membuktikan bahawa keegoaan Abrahah untuk menyerang Kaabah telah dipatahkan oleh Allah SWT. Kejahilan itulah yang menyebabkan mereka merasakan dengan alatan perang yang canggih yang mereka ada, Mekah boleh lenyap sekelip mata.

أََلم تركيف فعل ربك بأصحب الفيل، ألم يجعل كيدهم فى تضليل، وأرسل عليهم طيرا أبابيل، ترميهم بحجارة من سجيل، فجعلهم كعصف مأكول.

Setiap kali berlaku serangan, setiap kali berlaku pengeboman, tiap kali ada yang dibunuh, pihak yang mula-mula dikaitkan adalah terrorist Islam. Balik-balik al-Qaeda, balik-balik Jemaah Islamiah (JI) dan yang lain-lain.

Tapi mengapa? Kenapa? Bagaimana? Bila?

Kenapa Islam yang selalu dipersalahkan. Saya ingin lihat dan ulas isu ini melalui 2 perspektif.

Yang pertama, ia adalah kerja-kerja mereka yang sangat membenci Islam. Tidak mustahil tenaga penggerak yang merancang ini adalah dari kalangan Zionis. Mungkin ramai yang mengetahui tentang agensi perisikan Israel yang dikenali sebagai Mossad.

Pada 10 September 2001, akhbar The Washington Times memuatkan satu laporan khas berhubung agensi perisikan ini, yang dilakukan oleh Army School for Advanced Military Studies (SAMS).

sams

Kajian ini merumuskan, Mossad ialah sebuah agensi yang liar, kejam serta pintar. Ia mampu menyerang sasaran-sasaran tertentu di Amerika dan menampakkan seolah-olah ia adalah perbuatan orang-orang Palestin atau Arab.

Anehnya, sehari selepas laporan ini diterbitkan, berlakulah tragedi 11 September 2001. ingatkah kalian, di sebalik tuduhan yang dilemparkan ke atas terrorist Islam, banyak pihak yang telah menemukan beberapa kod yang ada kaitan dengan simbol-simbol yahudi. Selain itu, menjadi suatu yang pelik apabila terdapat beribu orang (kalau tak silap) kaum Yahudi yang bekerja di bangunan WTC itu bercuti. Adakah ia satu kebetulan? Wallahu a’lam.

Pada tahun 1990, seorang bekas pegawai Mossad, Victor Ostrovsky bersama-sama dengan Claire Hoy, menulis sebuah buku bertajuk By Way of Deception, terbitan satu. Martin’s Press, New York. Buku ini menceritakan tentang aktiviti jahat Mossad termasuk perancangannya untuk memburukkan nama Libya dan Saddam Hussein.

deception

Perspektif yang kedua saya ingin tinjau adalah dari sudut kelemahan umat Islam itu sendiri; bukan pada agama Islam tapi pada umatnya. Islam adalah agama yang syumul. Yang melemahkannya adalah umat Islam itu sendiri.

Sekarang kalau kita lihat, jatidiri Islam dalam umat Islam itu sendiri lemah. Bagaimana harus mendirikan rumah andai tiang itu sendiri tidak kukuh.

Umat Islam pada zaman ini semakin lalai, alpa, lepa dan leka. Mereka tidak sedar kesemua ini adalah hasil ciptaan Barat bagi meleka dan melalaikan umat dan menghilangkan sensiviti mereka ke atas Islam.

Saya sendiri rasa cukup menyampah bercampur meluat dengan lambakan pelbagai program yang dikatakan bercorak realiti seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Audition dan banyak lagi, termasuklah yang terbaru ini iaitu program Mencari Cinta. Ini bukan realiti, tapi ‘fantasi’ yang jauh menyimpang.

astro

Saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian. Di manakah letaknya jatidiri umat Islam seandainya menangis dan terlolong-lolong bila melihat peserta pujaan mereka diundi keluar dari program ‘fantasi’ tersebut? Adakah peserta yang diundi keluar itu adik mereka, abang mereka, atau suku-sakat mereka? Adakah peserta itu pernah menyumbang atau berbakti kepada mereka? Oklah...simple word, adakah peserta itu pernah menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara? Atau mereka itu adalah penyumbang ke arah untuk menjahanamkan pewaris agama, bangsa dan negara?

Bunyi memang ganas, tapi itulah hakikatnya akan kebobrokan orang Melayu. Entah berapa banyak SMS yang dihantar untuk mengundi peserta kegemaran mereka. Adakah kalian tahu ke mana perginya SMS yang mereka belanja? Kenapa mereka yang bodoh dan bangang ini tidak mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak penerbit? Cukupkah dengan hanya dipaparkan peratus undi yang diperolehi dan bukannya jumlah undi? Mengapa mereka tidak mengesyorkan supaya diwujudkan unit audit bebas untuk mengira undi tersebut? Tidak terfikirkah mereka? Lupa pulak...macam mana nak terfikir sebab mereka itu telah diperbodohkan.

tugu

Baru-baru ini saya ada terbaca fakta hasil keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat pembekal telekomunikasi terhadap industri SMS. Saya tak ingat jumlahnya tapi kalau tidak silap saya berbilion lah jugak. Mula-mula terkejut dan terkedu saya dibuatnya. Malah katanya ada di antara syarikat penyedia khidmat SMS ini telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Kayanya... malah menurut fakta ini, kebanyakan keuntungan yang diperolehi adalah dari perkhidmatan muat turun nada dering, gambar-gambar dan termasuklah dari keuntungan undi-undi bangang terhadap program-program bercorak ‘fantasi’. Aduh... tak sayangkah kalian terhadap duit yang telah anda bazirkan. Saya tidak kisah kalau SMS digunakan untuk kegunaan harian, sebabnya ia telah menjadi suatu keperluan pada zaman ini. Tapi disebabkan kegilaan-kegilaan untuk saling bertukar nada dering, maka kerugian atau apa sahaja tidak difikirkan. Apalah sangat nada-nada dering itu. Tidak cukupkah dengan nada-nada dering yang telah sedia ada di dalam handphone. Memang tidak salah untuk kita mendapatkan nada dering kegemaran kita, tapi berpada-padalah atau bersederhanalah dalam perkara ini.

Maklumat yang saya kemukakan ini bukanlah diperoleh dengan sebab saya suka-suka mengutuk tanpa sebab atau dengan sebab saya juga menjadi penonton setia, yang turut sama menonton. Ada yang kata, “Alah dia pun tengok sama, lepas tu dok bising-bising pulak”. Saya bukanlah jenis yang suka menghentam orang secara sembrono, jika tidak menyelami dulu dan membuat kajian. Alah...dah maksiat terbentang sana-sini depan mata saya, mestilah saya tahu serba sedikit.

Di sini bolehlah saya katakan letaknya kebodohan orang Melayu. Kebodohan yang menyebabkan orang lain atau bangsa lain mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan. Dahlah bodoh, lepas tu memperbodohkan orang Melayu yang lain.

Saya secara peribadi juga ingin bertanya mengenai fatwa yang pernah dikeluarkan mengenai pengharaman Kuiz SMS. Apa sudah jadi dengan fatwa itu? Apakah fatwa sekadar tinggal fatwa sahaja? Entahlah...masing-masing fikirkanlah dan cuba cari jawapan sendiri.

Satu lagi contoh yang ingin saya bawa ialah mengenai produk-produk minuman yang dikatakan berunsur Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Saya percaya, dalam banyak-banyak syarikat yang mengeluarkan produk minuman jenis ini adalah milik orang Cina. Maaf ye...ini bukan isu perkauman.

Saya ingin bertanya. Orang Cina minum ke Tongkat Ali? Amoi-amoi yang putih melecun itu dan Nyonya-nyonya Cina minum ke Kacip Fatimah? Saya yakin dan percaya mereka lebih percaya akan khasiat ginseng mereka di samping teh-teh herba tradisional yang lain. Sekali lagi, di sinilah letaknya kebodohan orang Melayu. Tidak pelikkah dengan berlakunya lambakan minuman penguat tenaga seperti itu? Berapa banyak Tongkat Ali yang ditanam? Sekadar apa yang saya tahu (kalau tidak silap) Tongkat Ali yang baik dan berkualiti biasanya ditanam selama 15 tahun. Ha...! Tidak terkejutkah anda? Cuba fikirkanlah. Adakah minuman itu betul-betul Tongkat Ali atau hanya ditambah dengan sejenis dadah yang dihalalkan?

Jika saya tinjau pula akan kebodohan orang Melayu dalam penghayatan agama Islam yang menyebabkan mereka sesat dalam kesesatan yang nyata. Contohnya, mengenai isu terbaru iaitu ‘Kerajaan Langit’ ciptaan Ayah Pin. Bukan Ayah Pin sahaja, banyak lagi seperti ajaran Haji Kahar dan yang lain-lain. Kenapalah mudahnya mereka terpengaruh. Saya berasa sangat sedih mengenangkan kebodohan bangsa saya sendiri.

Berbalik pada isu syor mengebom Mekah, sehingga hari Tom Tancredo enggan menarik balik kenyataannya. Biarpun mendapat kecaman antarabangsa seperti dari Turki, Moscow serta kerajaan AS sendiri, Tancredo tetap mempertahankan kenyataannya atas alasan cadangannya bukanlah bertujuan mencetuskan kemarahan kalangan Muslim yang berfahaman sederhana. Katanya juga di dalam akhbar The Rocky Mountain News, dia cuma melontarkan beberapa idea, tetapi jika serangan benar-benar berlaku, ia harus dibalas dengan tindakan maksimum.

Aduhai...bilalah lagi umat Islam akan sedar. Adakah setelah negara mereka betul-betul dibom barulah hendak terngadah dan tersedar. Andainya itu berlaku, sudah terlambatlah untuk sedar dan menyesal. Ingatlah Melayu, ingatlah umat Islam, jangan jadikan diri kalian umat yang selemah-lemah umat; umat yang mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Allah.


persoalannya mengapakah kita di zaman ini
dipermainkan sesukan hati oleh musuh kita
tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
kerna cinta dunia dan takut mati..al-Wahan
cubalah kita koreksi diri

a


-----------------
:.: Fastaqim Kama Umirta :.:

http://tintapermata.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: sasician pada 25-03-06 16:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Rab_Lynx
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2005
Ahli No: 17745
Posting: 11
Dari: aku masih di sini

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 00:31


assalamualaikum....
sungguh puitis karangan anda...setiap bait ayat penuh pengertian yang tersendiri..hanya yang mampu berfikir dengan lebih dalam dapat menyelami isi tersurat dan tersirat karangan ini....DAN KITA HARAPKAN ALANGKAH INDAHNYA LAGI JIKA DIPAPARKAN KEPADA yang LEBIH DIMAKSUDKAN DALM SETIAP BAIT YAKNI UNTUK TATAPAN SEMUA...BAIK DI EMELKAN KEPADA AKHBAR2 KEGEMARAN ATAU PENDEK KATANYA APA SAJA WADAH HARIAN MASYARAKAT KITA AMNYA.BAIK SEBAGAI PENGETAHUAN DIRI ATAU KEINSAFAN DIRI....SAMA2LAH KITA SEMUA MENYELAMATKAN UMMAH KITA INI....

wallahu alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rab_LynxProfil   Hantar PM kepada Rab_Lynx   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-08-05 08:13


Apa tindakan kita umat Islam? Adakah kita dah sedar atau masih duduk ber'fantasi' setiap hari?

Mari kita mule dengan diri masing2. JANGANLAH kita sibukkan diri dan penuhkan akal fikiran kita dengan hiburan2 mengarut seperti Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Mencari Cinta dan sekutunya. Lupekanlah segala hiburan2 ini. Tak malukah kita....kita pandai and sentiasa update tentang artis2, tentang hiburan dan cinta cintan....tapi tak update tentang Isu2 Islam, isu2 keadilan, isu2 economy, isu2 technology.

bila diajak bincang isu2 besar seperti Islam, keadilan, isu economy, isu technology....tak reti nak bagi pendapat....tak tahu selok belok tentang economy and human rights.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 20-08-05 08:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 10:11


jika kita ingin tunggu mereka sedar memang sampai bila pun mereka tidak akan berubah, melainkan atas usaha kita untuk menyampaikan kesedaran terhadap mereka. Moga kita yang telah diberi hidayah ini terus kekal di dalam hidayahnya, dan tidak kembali sesat di dalam kegelapan.

Moga dengan hidayah, cinta kita terhadap Islam yang telah berputik akan terus mekar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 11:39


saya pernah tdengar satu kata-kata... tak pasti sama ada hadith atau kata-kata biasa saja.. Kaabah dan Makkah tidak akan hancur di tangan kuffar tetapi akan hancur di tangan orang Makkah sendiri.. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-03-06 16:54


('',)V

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

sahrun
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20744
Posting: 30

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 17:26


saya berpesan kepada diri saya dan forumers marilah berusaha meningkatkan semua bidang ilmu untuk kepentingan agama bukan untuk bangsa..... sekarang ni Islam ada pada orang Melayu mungkin satu hari nanti Allah turunkan kepada Cina secara keseluruhan untuk perjuangkan Islam..... so gunalah kesempatan yang sedikit ini untuk kemenangan Islam...

dan kepada yang tahu dalam bidang agama sewajibnye menyiapkan diri untuk menegakkan hak Allah dalam konteks perlembagaan Malaysia dengan demokrasi....tonjolkan diri anda apabila diperlukan....

sebarkanlah ajaran Islam secara total tak kira dimana asal anda kepada keluarga dan orang kampung...

tubuhkan cawangan disetiap pelusuk tanah air......

kita mungkin belum menang sekarang tapi.... Allah tetap menentukan pada masa akan datang mungkin generasi anak2 , cucu2 , cicit2 kita dan seterusnye....... janji berusaha mengikut bidang2 yang di ceburi........

Insyaallah Islam akan kembali digeruni....

semoga faham apa maksud penulis..... maafkan saya kalau tsilap perkataan..... dan sila perbetulkan....

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahrunProfil   Hantar PM kepada sahrun   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 17:51


do not let your hatred of a people incite you to aggression!!!!!!!!!!!
and do not let ill-will towards any folk incite you so that you swerve from dealing justly!!!!!!!!!!! be just, that is nearest to heedfulness!!!!!!!!!!

In the Qur'an, Allah also says:

so obey not the disbelievers, but make a great jihad (effort) against them (by preaching) with it (the Qur'an)
(Surah Al-Furqan 25:52)

and fight in the way of Allah those who fight you!!!!!!!!!!!! but do not transgress the limits!!!!!!!!!!!!! truly Allah loves not the transgressors!!!!!!!!!!!!!!!
(Surah Al-Baqarah 2:190)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 18:02


Pada 25-03-06 17:26 , sahrun posting:

!!! QUOTE !!!



Insyaallah Islam akan kembali digeruni....

semoga faham apa maksud penulis..... maafkan saya kalau tsilap perkataan..... dan sila perbetulkan....

wassalam...


sama-sama kita realisasikannya...ISLAM GAH SELAMANYA!!!


-----------------
:.: Fastaqim Kama Umirta :.:

http://tintapermata.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 19:25


sokong sasician

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-03-06 19:52


Saya amat menyokong pendirian saudara sasician di dalam posting anda.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 25-03-06 20:17


sungguh amat berguna nasihat saudara sasician... semoga kerana fikir beliau yang amat tinggi keatas umat tersebut mendapat balasan syurga dari Allah taala...

saudara ku sekalian orang america bukan bodoh mereka benar-benar telah mengkaji kitab suci alquran serta sejarah2 islam..jadi kata-kata bodoh Tom Tancredo tersebut sememangnya hanya kata-kata kosong kerana mereka tahu apa yang terjadi pada tentera abrahah....

tentang orang melayu pula... selagi mereka rasa diri mereka melayu dan bukan rasa diri mereka islam ...kegagalan pasti akan terus bersama mereka... ingat kata Tun Dr M dulu 'MELAYU MUDAH LUPA' inilah sebabnya mereka menghabiskan wang untuk hantar sms yang membazir tersebut... ana dah lama bosan dengan rancangan realiti yang selain menghabiskan wang turut meragut akhlak dan aqidah... lihat lah betapa mereka memuja artis pujaan mereka tersebut... kasihan ana melihat mereka yang buta mata hati ni...yang ana hairan ada mak bapak mereka ni yang kononnya alim tapi berbangga dengan kejayaan serta tumpang sekaki pendapatan syubahat anak mereka tu... hairan sangat hairan....kenapalah jadi macamni...?


jika umat ini ingin berjaya kembalilah kepada alquran dan hadis....

hiduplah dengan cara hidup Muhammad s.a.w...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 20:24


syukran akasia, segerak_searah dan tasbih_30 atas sokongan antum.

Bersamalah kita kekalkan kegemilangan ISLAM di bumi ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 25-03-06 20:30


takbirrrrr!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120644 saat. Lajunya....