assalam'alaikum, ni lah dia m'sia boleh.. boleh belaka..
sukanya meniru.. lepas american idol dah lain-lainnya..
ni yang terbaru pula ke..? dengar macam tiru Love or Money agaknya..
huduhnya kita.. ni yang ditiru.. dibalik kata-kata yang kononnya
mengutuk budaya barat budaya kuning budaya itu dan ini..
tak ada nak tiru yang positive.. tapi yang ni cepat aje nak
tiru.. mana hadharinya kita ini.. mana tamadunnya?
kutuk US dok serang orang islam dan lainnya..
tapi rancangan dia (media US dimonopoli/dikuasi oleh jew)
semua nak bawak masok dalam mesia.. (tiru)
“Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.
Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak,
kamu tetap mengikuti mereka.” Kami bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu
adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?”
Baginda bersabda: “Kalau bukan mereka, siapalagi?”
(HR. Bukhari Muslim)
mana dia pejuang agama, bangsa & negara ini..
macam makin parah saja.. bukan makin kurang..
kalau tokoh agama nasihat tak mahu dengar..
tokoh akademik (Ungku Aziz) bersuara, tapi buat 'donno'..
pemimpin2 sibuk nak membangunkan insan konon.. (tamadun)
tapi keruntuhan makin mejadi2 pada hakikatnya..
dgrnya kat mesia lah ni kalau orang tak kenal 'mawi'
satu yang pelik.. mawi oh mawi.. betapa ummah (melayu islam)
dihidang dengan fantasi.. mana tamaddunnya..
wahai pondokong deen ini.. mana suara antum sekalian..
wa-Allahu Ta'ala A'lam..
wasalam..
Mencari Cinta - Siapa pertama tersingkir?
PROGRAM realiti televisyen (TV), Mencari Cinta yang mula disiarkan menerusi TV3 pada 12 Julai lalu
semakin hangat diperkatakan ramai. Program terbitan Sistem Televisyen (M) Berhad (TV3) itu menjadi
buah mulut para penonton kerana ia merupakan satu program realiti TV yang lain daripada lain.
Mencari Cinta memaparkan persaingan di kalangan sembilan jejaka yang berusaha memikat hati seorang
gadis iaitu Elly Zakaria.
Sembilan jejaka terbabit ialah Danial, Joelabi, Hasrul, Dany, Ein, Azary, Zul, Khairul dan
Khairul.
Para peserta akan bersaing setiap minggu dengan disaksikan serta dinilai oleh ibu bapa dan
ahli-ahli keluarga Elly yang menjadi juri secara tidak langsung.
Mereka akan menilai para peserta daripada segi personaliti, karakter dan nilai-nilai murni yang
ada pada setiap peserta.
Pada episod kedua Selasa lalu, satu pertemuan telah diatur antara Elly dan sembilan jejaka
terbabit. Dalam suasana yang tenang dan romantis, mereka saling berkenalan buat kali pertama.
Mulai episod ketiga yang akan disiarkan pada Selasa depan (26 Julai 2005), Mencari Cinta akan
menyaksikan seorang daripada sembilan peserta terbabit tersingkir daripada program itu.
Perkara itu boleh berlaku apabila penilaian individu-individu tersebut tidak memihak kepada
peserta terbabit.
Persaingan itu akan berlanjutan sehingga episod ke-13 di mana dua finalis akhirnya akan bersaing
bagi mendapatkan cinta gadis berusia 29 tahun itu.
Persoalannya ialah, siapakah di kalangan sembilan peserta itu yang berjaya menambat hati Elly?
Kata penerbit Mencari Cinta, Azran Ahmad, ``Program ini tidak semestinya berakhir dengan
perkahwinan, walaupun itu yang kami harapkan. Semuanya bergantung kepada keputusan si gadis.''
Pun begitu, peluang menjadi calon suami tentunya lebih terbuka luas kepada sembilan jejaka
terbabit apabila Elly menyatakan hasratnya mahu mendirikan rumah tangga sebelum usianya mencecah
30 tahun pada 20 November ini.
Elly kini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah luar kampus dalam jurusan Komunikasi dan
Pengajian Media di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Mencari Cinta disiarkan setiap Selasa menerusi TV3 dari pukul 9 malam hingga 10 malam.
apa pandangan kawan-kawan sekelian?
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 26-07-05 19:39 ]