Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 16 jam, 15 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ajaran sesat Ayah Pin tidak ancam keselamatan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ajaran sesat Ayah Pin tidak ancam keselamatan

Please Mendaftar To Post


Oleh Ajaran sesat Ayah Pin tidak ancam keselamatan

ufuktimur
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12422
Posting: 31
Dari: Bumi DiBawah Bayu

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 20:41


Assalamualaikum...

Cuba2lah kita renungi petikan akhbar ini yang disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib..bagi mereka selagi tidak mengancam keselamatn negara, mereka ambil mudah saja..sedangkan tidak terfikirkah mereka yang perkara ini telah mengancam aqidah manusia...Pada mereka mana yang lebih penting???


Ajaran sesat Ayah Pin tidak ancam keselamatan


KUANTAN: Kegiatan ajaran sesat pimpinan Ayah Pin di Terengganu belum berada pada tahap yang boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan negara, sebaliknya hanya isu tempatan.



Bagaimanapun, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib, berkata polis akan terus memantau dan mengawasi perkembangan kegiatan kumpulan berkenaan selepas replika gergasi dan kenderaan yang ada di perkampungan ajaran sesat di Batu 13, Hulu Besut itu, dibakar Isnin lalu.

Beliau berkata, sekatan jalan raya yang dilakukan polis menuju ke perkampungan ajaran sesat itu sebelum ini juga sudah dihentikan bermula kelmarin.

“Setakat ini, belum sampai tahap untuk saya campur tangan dalam isu Ayah Pin kerana ia hanya isu tempatan yang tidak mengancam keselamatan negara.

“Apa yang saya tahu, pengikut ajaran sesatnya itu bukan ada di seluruh negara, malah Ayah Pin juga tidak mempunyai kem lain, selain di Terengganu.

“Berdasarkan pemantauan polis, kegiatan Ayah Pin lebih kepada syariah iaitu ajarannya yang sesat boleh mengelirukan orang ramai,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke-28, di Stadium Darul Makmur, di sini petang semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Yusuff dan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Tan Seng Eng yang juga pengerusi jawatankuasa pengelola kejohanan itu.

Isnin lalu, sekumpulan 50 lelaki berjubah dan bertopeng merosakkan serta membakar replika gergasi dan kenderaan di perkampungan ajaran sesat pimpinan Ariffin Mohamad, 65, di Hulu Besut.

Othman berkata, kes Ayah Pin bukan sesuatu yang baru, malah sudah wujud sejak beliau menjadi Ketua Polis Terengganu sebelum ini.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu juga sudah memutuskan ajaran Ayah Pin adalah sesat pada 1997, malah dia juga sudah menjalani hukuman penjara selama dua tahun selepas mengaku keluar Islam.

"Cuma baru-baru ini, polis terpaksa campur tangan dalam kes Ayah Pin ini kerana tempatnya (perkampungannya) dibakar pihak tertentu. Suasananya jadi lain, tetapi Ketua Polis Terengganu boleh mengawal keadaan.

"Kita hanya awasi perkampungan itu, tetapi sejak semalam (kelmarin), keadaan kembali biasa kerana polis sudah hentikan sekatan jalan raya menuju ke perkampungan Ayah Pin itu," katanya.

Mengulas tindakan Ayah Pin yang dikatakan mengembangkan ajaran sesatnya ke perkampungan Orang Asli di Kluang, Johor, Othman berkata, polis perlu meneliti laporan itu terlebih dulu.

"Kita kena pastikan betul atau tidak perkara itu sebab ajarannya lebih kepada tafsiran mimpi dan sebagainya.

"Apa ajarannya yang dikatakan sesat itu juga kita tidak faham kerana hanya Jabatan Agama Islam saja yang boleh memberi penerangan sebenar.

"Tetapi jika kegiatan Ayah Pin ini mengancam ketenteraman awam, contohnya membabitkan keganasan menentang agama, sama seperti al-Arqam dan al-Maunah, polis akan bertindak tegas," katanya

Wassalam...


-----------------
" Teman sejati bukan yang selalu dekat dimata, dekat bicaranya...tetapi dia yang setia dihati dan di ingati dalam setiap bisikan doanya..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For ufuktimurProfil   Hantar PM kepada ufuktimur   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-07-05 01:36


Kita digegarkan dengan ajaran sesat Ayah Pin. Tapi kita tidak sedar bahawa ajaran Islam Hadhari Ayoh Loh (Pak Lah) juga merbahaya kepada akidah Islam yang sebenar

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-07-05 01:57


assalamualaikum...

sakeenah pun tak tahu nak komen apa...yang datuk othman talib tu xfikir betul ke?kan lebih baik hapuskan sahaja ayah pin daripada jadi lebih teruk pada masa yang akan datang..manalah kita tahu entah2 ayah pin ada strategik/rancangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-07-05 03:24


dieorang buat lawak apa ini??dah ngaku jadi nabi dah terang2 kafir itu..masih nak kata ajaranya tak merbahaya...ada apa-apa ke ni???hisyhh kalau aku jumpa ayah pin aku pangcung saja kepala tengkok dia ni..
[ Telah diedit oleh: syed pada 23-07-05 03:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

khalida
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.11.2004
Ahli No: 12271
Posting: 56
Dari: Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 23-07-05 05:54


entah apa-apa lah mereka ni...??!! Tak ada kerja lain ke..?? Menyesatkan orang saja... mangsanya orang-orang yang imannya senipis kulit bawang ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalidaProfil   Hantar PM kepada khalida   Quote dan BalasQuote

zinnirah_balqis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2004
Ahli No: 9756
Posting: 75
Dari: kolej mara banting, selangor, malaysia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-07-05 06:05


Assalamualaikum
subhanallah...masyaALLAH macam2 jai sekarang ni...dengan ajaran sesat semua..yang ngaku jadi rasul lain...yang mampu bagi mukjizat lah...yang ngaku yassin diturunkan kat dia lah..macam-macam..sebenarnya fenomena macam ni sangat bahaya.memang boleh mengancam negara dan terutama sekali agam ISLAM yang suci ni..semoga ayah pin dan yang terlibat dan seangkatan dengannya ditangkap dan dihukum dengan segera...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnirah_balqisProfil   Hantar PM kepada zinnirah_balqis   Pergi ke zinnirah_balqis's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 23-07-05 07:23


mungkin disebabkan yang bercakap tu polis dan benda2 seperti ajaran sesat tak termasuk dalam tugas polis.tugas2 polis hav been written by law and they should abide by the law bcoz...police are simply law enforcer.so,MUNGKIN dia tak bertindak sebab perkara ni di luar tugas mereka.

mungkin ada jabatan2 lain yang lebih bertanggungjawab dalam hal2 seperti ini seperti jabatan agama islam etc.

ni hanya pendapat saya berdasarkan berita di atas.i may be wrong

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 23-07-05 09:24


Kalau ayah pin dah ditangkap dan diperjarakan.....maka tak lah membahayakan keselamatan negara..
tapi boleh membahayakan keselamatan diri dan akidah umat islam.....Kalau pegangan agama kita kukuh maka ia tak membahayakan kita...buat apa nak risau.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 23-07-05 21:33


KALAU tak MENYEBABKAN UMNO KALAH PILIHANRAYA tak apa AAA.....
HAAHAHAH illegitimate child PUNYA KERAJAAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-07-05 06:54


memang dah sah sesat lagi menyesatkan.merosakkan akidah orang ramai.boleh lagi kata tak membahayakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 13:01


Pada 23-07-05 09:24 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau pegangan agama kita kukuh maka ia tak membahayakan kita...buat apa nak risau


don't be selfish. kalau pun tak risau pada diri sendiri, tak risaukah pada mereka yang terdedah pada ajaran ayah pin? he should be arrested as soon as possible.

mujur saja kita tak hidup pada zmn Saidina Abu Bakar as-Shiddiq & lihat bagaimana beliau memerangi golongan yang murtad.
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 24-07-05 13:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 25-07-05 00:10


Pada 23-07-05 09:24 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau ayah pin dah ditangkap dan diperjarakan.....maka tak lah membahayakan keselamatan negara..
tapi boleh membahayakan keselamatan diri dan akidah umat islam.....Kalau pegangan agama kita kukuh maka ia tak membahayakan kita...buat apa nak risau.......

cakap merepek... :-| , kamu mati sok confirm dalam ISLAM?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 00:32


NOTIS PENTING ----->

Semua mesin ATM di seluruh negara akan dibekukan buat sementara waktu berkuatkuasa serta merta. Ini adalah disebabkan oleh bapa kepada Nombor PIN iaitu Ayah PIN telah melarikan diri.

Sekian Terima Kasih...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 01:10


laaaa..... dah tu takkan nak tunggu ayah pin ancam negara baru nak ambil tindakan?... ancam akidah umat islam tak apa lah ye... buat dek saja lah ye.... apa punya perangai manusia jenis ni...... patutnya yang tu lah perlu di cegah awal2..... dah tak reti nak berpk ke?.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 02:47


assalamualaikum

    apa yang saya kesalkan dalam isu AP ni. kementerian dalam negeri kononnya mengambil tindakan berhati2 dan tidak mahu menggunakan ISA sewenang2nya dalam menangani isu AP ni. sedangkan dalam menangani apa yang mereka kata sebagai KMM, mereka termasuk anak tok guru nik abd aziz terus dihumban ke dalam ISA tanpa bicara. akibatnya anak2 isteri mereka menderita. baru tadi dalam berita kjaan akan ambil tgjawab untuk mebela kebajikan anak2 pengikut ayah pin yang ditahan, sedangkan anak2 tahanan ISA yang dituduh terlibat dengan militan tidak dibela sebegitu

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 20:40


Jadilah pengikut Islam yang fanatik
Tapi jadilah pengikut politik yang liberal baru kita dapat menerima pandangan orang lain yang tidak bercanggah dengan Islam...
bagi saya ayah pin patut ditahan dalam ISA.. tidakkah kita semua terfikir Kenapa assyari pemimpin al-arqam yang tidak begitu sesat seperti ayah pin ditahan dalam ISA sedangkan ayah pin lebih dahsyat daripada Assyari dibiarkan terlepas dan hanya akan diserahkan kepada Jabatan Agama sahaja? Kenapa ini boleh terjadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 19:50


Sebabnya Ayah PIN tak tertangkap sebab undang2 yang melindungi Ayah PIN.. Apa hak ISA nak tangkap?

Kenapa ISA nak tangkap sedangkan Ayah Pin laknatullah tu dah buat agama sendiri, undang kita, kalau dah berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. Mak bapak sendiri pun tak boleh larang anak dia lari dari rumah kalau murtad.. inikan pula kita yang tak ada kena mengena..

Inilah undang2 sekular yang telah memerangkap orang Islam sendiri.. Kita cuma boleh tunggu dah lihat.. Bila lah kita nak berubah.. Ya Allah..

Berapa ramai orang yang murtad setiap hari, kita cuma mampu lihat.. Kenapa? undang2 sendiri yang menyekat kita.. negara ISLAM huh!

Sebelum tu ana tak faham maksud humairak, boleh jelaskan?

!!! QUOTE !!!

Jadilah pengikut Islam yang fanatik
Tapi jadilah pengikut politik yang liberal baru kita dapat menerima pandangan orang lain yang tidak bercanggah dengan Islam...
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 26-07-05 19:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-07-05 03:15


eh, dah buka topik baru pulak.
bukan dah dibincangkan secara panjang lebar ke sebelum ni?

ps: nak buka topik, tengoklah dulu dah ada ke belum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 28-07-05 17:46


apa pula tak bahayanya???
itu dah lebih daripada bahaya dah tu apabila terang2 mengaku nabi dan menyesatkan aqidah umat islam.
macam tu tak bahaya lagi???
habias tu camana nak kata bahaya???
bila bawak senjata 24 jam ke????????????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-05 17:48


kat malaysia ni, kalau kes memurtadkan orang memang tak bahaya.

ps: luh mahfuz dah bergegar pun tak bahaya lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 03:17


Subhanallah.....


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 04:01


....................prove it 2008..................

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 20:23


saya tersilap taip tu7 tapi maksud saya jangan terlalu fanatik dengan parti politik yang kita pegang sehingga apa yang parti nlain buat nampak salah saja pada pandangan kita.. kalau kita menjadi ahli parti sesuatu politik dengan liberal kita boleh menerima apa sahaja teguran atau pandangan dengan baik tanpa cepat melenting..tapi kita perlu menjadi seorang muslim yang faqnatik sebab kita akan mampu menentang apa sahaja yang akan menghina agama kita jika kita seorang islam yang libreal kalau orang menghina agama kita pun kita akan biar dan terima saja..tu maksud saya faham lagi tak, Encik Amrizal????

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-07-05 21:42


:-D Assalamualaikum....

Macam mana ajaran sesat yang macam ni boleh dikatakan tidak mengancam keselamatan negara?terang2 mengaku murtad,amal ilmu yang entah apa-apa....orang yang terlibat dalam kumpulan untuk menjaga maruah ISLAM dikatakan mengancam keselamatan pulak...sampai bertahun2 dalam ISA....tak ada pembelaan...ni sapa nak jawab?


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 31-07-05 01:53


Assalamualaikum

patutnya JAKIM keluarkan fatwa, SIS juga termasuk dalam kumpulan yang mengamalkan ajaran sesat.. hee..


Let Sky Kingdom followers practice in peace - SIS
Malaysiakini, 28 July 2005

Rights advocates have expressed outrage, albeit belatedly, over the arrest and detention of followers of Ayah Pin, a 65-year-old man espousing an all-encompassing religious philosophy who had been jailed for deviating from Islam.

Sisters in Islam (SIS), in a statement dated yesterday, condemned the authorities’ “punitive action” and calls to use the Internal Security Act (ISA) against Ayah Pin, or Ariffin Muhammad, and members of the Sky Kingdom.

Spokesperson Masjaliza Hamzah said the Sky Kingdom saga showed how religious authorities used state and federal resources to punish Ayah Pin and his followers without due consideration for their constitutional and religious rights.

“The government must take a brave and principled stand to respect freedom of religion.

“The principle of religious freedom is clearly affirmed in the Quran and reflected in Article 11 of the Federal Constitution and Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights.

“The Quran is explicit and consistent in its recognition of freedom of religion,” she said.

“How can religious authorities and Muslims demand that those wishing to convert to Islam should have all the freedom to do so (while) at the same time deny this freedom to Muslims who wish to leave their faith or belief?”


Ayah Pin and the Sky Kingdom followers grabbed media spotlight in recent weeks following a crackdown by Terengganu authorities on the village several times in an attempt to stamp out alleged deviant practices.

Respect and dignity

Citing a particular verse, Masjaliza said messages in the Quran should not be translated into detention and forced rehabilitation for those who believe differently.

“Freedom of religion must recognise the right to practice one’s religion, however unorthodox the beliefs may be,” said Masjaliza, reiterating SIS’ stand against any effort to criminalise people on the basis of their faith.

“This right includes the freedom to change one’s religion or belief, either alone or in community with others, in public or private.


“Followers of unorthodox beliefs should be treated with respect and dignity.”

She said that unless they resorted to violence, there was no basis to claim they are a threat to the rule of law or national security.

“If truly the religious authorities are concerned about the spiritual practices of Ayah Pin and his followers, then the path to take is not through punishment and mandatory detention but education and dialogue,” she said.

Within the last one week, Kampung Batu 13 in Hulu Besut was torched by angry mobsters and then raided by religious authorities who arrested 48 followers currently facing syariah criminal charges.

Local police are still looking for the culprits and have recorded statements from several suspects, including two who were reportedly remanded yesterday.

Violation of free thought

Yesterday, a group of KL-based Ayah Pin followers handed over their complaints of rights violations to the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) and appealed for protection.

The group claimed infringement of their right to freedom of religion, life, security and liberty under the Malaysian constitution.

They also claimed a violation of the right to free thought, conscience and religion under Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights and the Convention of Rights of the Child.

Malaysian Youth and Students Democratic Movement (Dema) national affairs secretary Ginie Lim strongly opposed calls to detain Ayah Pin and his followers under the ISA reportedly made by 20 non-governmental organisations and Perak Mufti Harussani Zakaria on the grounds they were a threat to national security.

“We think the draconian ISA should be repealed as it has been misused to serve the interests of certain people.

“We also believe that freedom of religion of any individual should be respected and not overruled by the authorities or mainstream interpretation of religion.”

Dema wants the government to restore the rights to religious freedom of Ayah Pin and his followers and to protect them and their village from all forms of harassment.


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 31-07-05 01:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-07-05 02:07


SIS belum diiktiraf ajaran sesat ke?? ulp.. maaf, takut benda ni sensitif pula..

Dunia akhir zaman.. makin banyak timbul gol. ajaran sesat.. ana tertarik dengan ajaran yang mendakwa dia sebagai Rasul Melayu... hape daa.. kita pun tak sudi mengiktiraf dia.. dahlah tu, kesesatan yang amat jelas.. tapi, bila difikirkan, ada juga manusia yang 'tak guna akal' ikut kumpulan tu.. mungkin terpikat dengan ajaran yang senang, buat haji pun tayah p Mekah.. Nauzubillah, moga dijauhkan..

Tak ancam keselamatan fizikal!.. tapi mengancam keselamatan 'iman' manusia yang tak berapa kukuh...

p/s : Dunia.. dunia... pelik~ ops, bukan salah dunia, tetapi manusia! (yang tak takut azab Allah).. wanauzubillahiminzalik..

WaLLahua'LaM

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-08-05 08:15


kita digegarkan dengan ajaran SESAT Ayah Pin tetapi sedarkah kita bahawa kita JUGA sedang berhadapan dengan ajaran Islam Hadhari Ayah Lah yang membahayakan akidah kita jika menganutinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131763 saat. Lajunya....