Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 17 hari yang lalu
sadiqah: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ramai remaja Melayu lemah asas agama??????


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ramai remaja Melayu lemah asas agama??????

Please Mendaftar To Post


Oleh Ramai remaja Melayu lemah asas agama??????

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 00:24


Assalamualaikum............

APA dah jadi dengan remaja Melayu Islam masa kini? Persoalan yang sedia wujud dan mungkin tidak begitu menarik perhatian ramai. Apa yang akan dibentangkan di ruangan ini adalah satu kenyataan yang patut direnung bersama.

Percaya atau tidak sebahagian besar remaja Melayu Islam sama ada lelaki atau perempuan tidak tahu perkara asas agama Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah.

Daripada 10 orang yang disoal hanya seorang yang boleh dikatakan `bolehlah' memahami dan mengetahui perkara asas agama Islam seperti mengucap dua kalimah syahadah dan pengertiannya, mengetahui cara mandi wajib, mengetahui cara mengambil wuduk, tahu niat sembahyang dan bacaan asas dalam sembahyang serta rukun sembahyang. Kalau disoal secara lebih mendalam sudah pasti banyak lagi masalah yang akan diketahui.

Ini adalah statistik yang diperoleh daripada temu bual dengan anggota Perajurit Muda Tentera Darat yang baru memulakan perkhidmatan yang purata umur mereka adalah antara 19 hingga 23 tahun.

Timbul persoalan tentang rakan sebaya mereka yang bekerja di sektor awam, swasta, bekerja sendiri atau yang masih menganggur. Siapa yang akan memantau mereka di luar sana? Siapa yang akan menyoal mereka tentang tahap kefahaman mereka dalam aspek agama?

Apa pula yang dapat dilakukan oleh masyarakat kita di luar sana dalam mendidik remaja ini. Kalau ditegur orang tersebut akan diherdik. Itu dikira bernasib baik jika tidak dipukul. Maka tidak hairanlah kalau kita dapati pelbagai kes jenayah dan pencemaran budaya yang melibatkan remaja berlaku secara berleluasa.

Mereka ini sudah pasti jahil tentang asas agama. Mereka tidak tahu tentang perkara-perkara yang haram dan halal kerana tiada asas agama yang kukuh.

Hasil kajian yang dijalankan, kebanyakan mereka ini kali terakhir melakukan suruhan asas agama Islam pada usia 13 tahun. Selepas itu mereka akan bercampur dengan rakan sebaya, termasuk yang tidak mengetahui asas agama, dan mula mengabaikan tuntutan asas agama dan akhirnya pengetahuan yang ada pada usia tersebut terhakis. Inilah kesimpulan yang diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan ke atas perajurit muda yang dinyatakan di atas.

Orang Melayu sebenarnya beruntung kerana mempunyai nilai adat budaya yang murni. Namun kini ia semakin terhakis akibat kurangnya perhatian kepada persoalan tersebut.

Sedikit nilai paksa dalam mendidik anak bangsa tidak akan mencerminkan pelanggaran hak asasi manusia kalau akhirnya hasil yang dilahirkan adalah mereka yang berilmu, beriman dan bertakwa.

Orang Melayu Islam harus sedar mereka adalah tonggak kepada negara ini. Lemah pegangan agama, maka lemahlah bangsa. Lemah bangsa maka lemahlah negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

mencari_keredhaannya
Warga Rasmi
Menyertai: 05.12.2004
Ahli No: 12805
Posting: 13
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 00:34


assalamualaikum!! pada pendapat saya, ceteknya pengetahuan agama walaupun asas berpunca kurang penekanan masa alam persekolahan..dari pengamatan saya, pelajaran agama Islam yang di pelajari di sekolah hanyalah asas..itupun tak dapat di ingati oleh mereka sedangkan banyak lagi Ilmu agama yang penting seperti Faraidh, Munakahat dan sebagainya...Sebab kurangnya pengetahuan dalam agama menyebabkan banyak terjadi masalah sosial yang sukar dibendung..Salah Siapa sebenarnya..??Fikir-fikirkanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mencari_keredhaannyaProfil   Hantar PM kepada mencari_keredhaannya   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 00:56


ini adalah suatu hakikat nyata yang patut kita terima..

benar kata dakwah_ilahi.memang kebanyakan ibu bapa berhenti mendidik semasa anak mereka menjangkau usia 13 tahun.Dan selepas itu,anak2 lebih bergaul dengan rakan2 sebaya.Fenomena ini adalah hakikat,sedangkan usia inilah ramai anak2 yang terkapai2 mencari pedoman hidup.

Bayangkan,jika anak2 ini tersilap memilih sahabat,hancurlah akhlak mereka.Na'uzubillah..

Pendidikan sekeliling amat penting,terutama dari mereka yang hampir,iaitu ibu bapa dan rakan sebaya.

Negara kita,yang didakwa negara islam kononnya,sepatutnya perlu malu kerana budaya yang diamalkan oleh generasi kini yang memang kurang islamik.

Buktinya?Datang saja ke KL dan lihat bagaimana anak2 muda berpakaian..

[ Telah diedit oleh: puteri_nailofar pada 17-07-05 00:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 01:12


sebenarnya penekanan pendidikan keagamaan yang utuh haruslah brmula di rumah...iaitu ibu dan ayahlah yang memainkan peranan yang besar sebelum diserahkn tugasnya kepada guru2 disekolah.....perhatian ibu bapa lagi penting...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 02:00


betul..betul.... remaja lah ni memang cetek pengetahuan agama... jangan kata yang meluas.... basic pun tak lepas.....mengucap pun tergagap2... inikan pulak nak baca al-quran..... mahu terkebil2 mata tu.... ni bukan main cakap saja.... benda depan mata.... tengok kawan2 macam tu.....jangan kata budak tak lepas sekolah.... budak u pun 2x5.....tak tahu apa nak jadi.... susah nak kata pihak yang mana salah.... sebab banyak pihak yang terlibat..... apapun yang penting dan terutama, mak bapak lah.... mereka ni yang awal2 kena corak anak2.... xkan nak lepas semua kat cikgu saja....betul tak?......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 08:11


Ana bersetuju dengan pendapat mencari keredhaanya,puteri_nailafor,naza_firman dan ctmuslimah....mengapa remaja melayu hari ini lemah asas agama...Oleh itu kita masyarakat Melayu Islam terutama ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan Islam secara total dan berterusan. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan soal agama anak - anak hanya kerana mereka mencapai umur tertentu.

Mereka perlu terus dididik, diasuh dan dipantau sehingga mereka benar-benar boleh berdikari. Mereka juga perlu diajar dengan perkara-perkara hukum dan adat budaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 16:43


Pada 17-07-05 00:56 , puteri_nailofar posting:

!!! QUOTE !!!


Negara kita,yang didakwa negara islam kononnya,sepatutnya perlu malu kerana budaya yang diamalkan oleh generasi kini yang memang kurang islamik.
siapa kata negara kita negara Islam??? Dalam parlimen baru-baru ni, Lim Kit Siang menghentam seorang ADUN BN kerana frasa 'negara Islam' yang beliau timbulkan. Kit Siang dengan angkuh mengatakan bahawa dalam perlembagaan Malaysia, Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Islam hanya ditakrifkan sebagai agama rasmi sahaja.

ps: banyakkan baca berita yang bukan dari satu sumber.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 16:45


Pada 17-07-05 01:12 , NaZa_FirmaN posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya penekanan pendidikan keagamaan yang utuh haruslah brmula di rumah...iaitu ibu dan ayahlah yang memainkan peranan yang besar sebelum diserahkn tugasnya kepada guru2 disekolah.....perhatian ibu bapa lagi penting...
Bak kata dakwah_illahi iaitu mengikut hasil kajian yang dijalankan, kebanyakan mereka ini kali terakhir melakukan suruhan asas agama Islam pada usia 13 tahun. Selepas itu mereka akan bercampur dengan rakan sebaya, termasuk yang tidak mengetahui asas agama, dan mula mengabaikan tuntutan asas agama dan akhirnya pengetahuan yang ada pada usia tersebut terhakis. Inilah kesimpulan yang diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan ke atas perajurit muda yang dinyatakan di atas.

ps: adakah ibu bapa perlu dipersalahkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 02:20


ana bersetuju dengan pendapat mukasyaf...bahawa malaysia bukan negara islam malah islam hadhari yang dilaung-laungkan atau digembar gemburkan banyak menitikkan arus pembangunan daripada pembangunan kerohanian malah tak termaktub dalam artikel yang dikeluarkan...walaupun negara maju tetapi kalau akhlak masyaraktnya rosak....negara juga akan kacau bilau.....tak begitu.

Tak payah pandang jauh....tengok saja pgram khidmat negara....pgram agama kurang ditekan....mana silap nya ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 02:44


Kalau boleh berfikir yang baik dan yang mana buruk...sudah tentu masalah ni tak timbul....kita tak seharusnya menuding jari pada sesiapa.......

permilihan kawan jugak penting....umpamanya jika kita berkawan dengan orang yang do pergi surau insyaAllah kita akan jadi ahli surau..
jika kita taksub dengan fahaman politik maka pemikiran kita...pandangan dan pendapat kita menjurus ke arah itu..........
jika kita berkawan dengan gengster maka kita dikatakan ahli gengster..

bak kata perpatah masuk kandang harimau kena meraung..jangan mengembik...nanti tak pasal2 makan oleh harimau...he..hee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 20-07-05 03:00


Pada 20-07-05 02:44 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau boleh berfikir yang baik dan yang mana buruk...sudah tentu masalah ni tak timbul.....kita tak seharusnya menuding jari pada sesiapa........

Betul... Tapi kalau asas agama tak kukuh, macam mana nak berupaya bezakan baik atau buruk?

p/s: Kalau tak tuding jari, nak tuding apa? Kaki? Mulut? Hidung? :lol: Lawak saja... Jangan marah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 03:13


tulah masalah umat melayu sekarang..so ingatkan diri anda dan ahli keluarga anda serta jiran2 anda tentang kepentingan asas2 agama ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ilal_haQ
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14513
Posting: 25
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-07-05 04:02


Bagi ana, asas pendidikan bermula di rumah...guru di sekolah juga berperanan untuk mendidik adik2 pelajar terutamanya di peringkat pra sekolah lagi. itulah pentingnya kaum muslimah dalam profesion perguruan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilal_haQProfil   Hantar PM kepada ilal_haQ   Pergi ke ilal_haQ's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 04:54


Pada 18-07-05 16:43 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-07-05 00:56 , puteri_nailofar posting:

!!! QUOTE !!!


Negara kita,yang didakwa negara islam kononnya,sepatutnya perlu malu kerana budaya yang diamalkan oleh generasi kini yang memang kurang islamik.
siapa kata negara kita negara Islam??? Dalam parlimen baru-baru ni, Lim Kit Siang menghentam seorang ADUN BN kerana frasa 'negara Islam' yang beliau timbulkan. Kit Siang dengan angkuh mengatakan bahawa dalam perlembagaan Malaysia, Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Islam hanya ditakrifkan sebagai agama rasmi sahaja.

ps: banyakkan baca berita yang bukan dari satu sumber.
syukran mukasyaf atas teguran anta tu,tapi ana takkan cakap negara kita negara islam jika tidak ada yang berkata macam itu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 05:00


Pada 20-07-05 02:20 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

Tak payah pandang jauh....tengok saja pgram khidmat negara....pgram agama kurang ditekan....mana silap nya ye...
silap mereka yang mempunyai pegangan hidup yang terlalu lemah.Aduhai...kasihannya,kerana bukan setakat pelatih,tetapi jurulatihnya turut sama kurang memberikan penekanan malah tidak mempamerkan budaya islam itu sendiri..



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 20-07-05 05:15


assalamualaikum..

sekarang giliran sakeenah pula wakil daripada remaja2 Islam kat malaysia..secara jujurnya memang sakeenah akui ada remaja melayu yang lemah asas agama..tapi sakeenah pun tak tahu nak salahkan siapa..kalau nak salahkan ibu bapa kalau kita tengok ada ibu bapa juga yang xreti asas agama lepas tu just bagi tanggungjwb kat guru2 agama kat sekolah..ada guru kat sekolah pula ajar tapi xdidik..ajar&didik adalah 2 p'kara yang b'lainan..lepas tu remaja2 sekarang t'dedah pula dengan masalah gejala sosial kat luar..masalah lain bila dah belajar agama tak amalkan sampaikan sakeenah nak nangis bila dengar ada remaja melayu yang islam xreti mengucap 2 kalimah syahadah.sakeenah pun rasa takut..takut bila suatu hari nanti negara Malaysia akan kehilangan pemuda-pemudi Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-07-05 14:51


assalamualaikum warahmatullah..moga kalian dalam kesejahteraan yang berpanjangan,insyaALLAH.
semua telah maklum,anak2 adalah amanah dari ALLAH.lahir mereka ibarat kain putih yang kemudiannya dicorakkan oleh tangan2 ibubapa.
kurangnya penghayatan agama dalam jiwa remaja merupakan natijah dari kegagalan ibubapa dalam memperkenalkan ISLAM kepada anak2 mereka.realitinya mungkin tidak semua,tapi kebanyakannya begitu..
akan tetapi,adalah tidak wajar untuk anak2 mempertikaikan perbuatan ibubapa yang sudah banyak berkorban untuk mereka.justeru,perlengkapkan ilmu agama..bentuklah generasi baru yang celik akidah,yang dapat mengamal dan menghayati sepenuhnya agama ISLAM dalam kehidupan mereka,insyaALLAH..

MASALAH SOSIAL REMAJA?
-15 TIPS UNTUK IBU&BAPA-

1. Jadilah ibubapa yang positif. Pastikan enviromen, keluarga dan suasana mesra, membina dan menggalakkan.

2. Jadi model atau ibu/ayah mithali kepada anak-anak. Jika inginkan mereka rajin, anda sendiri mesti rajin.

3. Bina konsep kendiri anak-anak. Elakkan daripada melabel yang boleh membunuh personaliti anak-anak seperti "kamu bodoh" dan sebagainya.

4. Elakkan perasangka buruk terhadap anak-anak. Beri mereka kepercayaan.

5. Perluaskan peluang-peluang pembelajaran bagi anak-anak.

6. Anak-anak mempunyai bakat. Kenali dan bakat mereka . Perkuatkan kekutan bukan kelemahan.

7. Pastikan ada unsur 'humor' dalam keluarga.

8. Tingkatkan rasa kesepunyaan (belongingness)

9. Walaupun sibuk luangkan masa kualiti untuk anak-anak. Beri masa berkomunikasi dengan mereka secara dua hala.

10. Wujudkan rasa kekeluargaan yang jitu supaya ahli keluarga memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

11. Jadi rakan/kaunselor bagi anak-anak anda.

12. Amalkan stail demokratik dalam mendidik anak-anak. Anak anda perlu dibawa berbincang dalam membuat keputusan

13.Amalkan Solat Berjamaah dalam keluarga


14. Hantar anak dari kecil mendalami ilmu-ilmu agama dan sekolah-sekolah Agama.

15.Mohon kepada Allah S.W.T. supaya anda menjadi ibu-bapa yang berjaya.

wallahu`lam,wassalamualaikum warahmatullah..


-----------------
ISLAM is the perfect way to live..
[ Telah diedit oleh: ana_MUSLIMAH2606 pada 22-07-05 13:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 07:52


terimakasih info yang menarik..sama-sama kita ambil iktibar...dan kita sulami dalam diri bukan melalui kata-kata

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 09:35


Assalamualaikum...

Betul apa yang saudara kita utarakan tu...kat sekolah kebanyakkan pelajar belajar hanya untuk lulus exam...dan tidak mengambil berat dan mengamalkan apa yang telah dipelajari terutama dalam didikan agama....ibu bapa jugak main peranan penting...bukan terletak atas tanggungjawab guru saja...

MANUSIA TERLALU SIBUK dengan URUSAN DUNIA

:-?


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

winna_huwaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2005
Ahli No: 17219
Posting: 132

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 17:55


kurangnya asas agama..
sebab banyak nya asas hiburan..



-----------------
aku ada lah aku


Bookmark and Share

    


  Member Information For winna_huwaidaProfil   Hantar PM kepada winna_huwaida   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 18:27


Assalamulaikum
itulah anak2 kita.adakah anak-anank yang begini acuannya yang bakal menjadi pewaris negara kita? Belajar Islam tanpa ada kemahuan dan penghayatan takkan dapat menghasilkan ilmuan yang benar-benar mengikut acuan Islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 22-07-05 23:20


memang benar tajuk ni...
dah lah tau emah asas agama, tak nak belajar pulak tu...
remaja melayu sekarang ni lebih berminat mengetahui tentang artis,fesyen,dan macam-macam lagi lah yang tak berfaedah.
kalau kat sekolah, mengharapkan saja...mana cukup. pendidikan agama bermula dari rumah...tapi kalau dah kat rumah pun dah tak islamic...susahlah.
pokok pangkalnya, diri sendiri. sebagai seorang islam, mesti dah belajar serba sedikit tentang islam ni...cuma tak dipraktikkan saja...


-----------------
hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
hidup kita bagaimana???


Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122231 saat. Lajunya....