Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 19 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Palestin..Isu Ummat Islam Sejagat...Tapi!! Jarang Dipedulikan..Dimana Anda??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Palestin..Isu Ummat Islam Sejagat...Tapi!! Jarang Dipedulikan..Dimana Anda??

Please Mendaftar To Post


Oleh Palestin..Isu Ummat Islam Sejagat...Tapi!! Jarang Dipedulikan..Dimana Anda??

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 09:07


Assalamualaikum warahmatullah

PALESTIN..Bumi Keberkatan yang pernah di ziarahi oleh Baginda Rasulullah s.a.w pada malam terjadinya peristiwa Isra' Mi'raj..

"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan Hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Al-Haram Ke Masjidil Al-Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk kami memperlihatkan tanda-tanda (Kekuasaan dan Kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."Al-Isra':1

Dimanakah kita ketika ini..kita jarang memahami jika ianya tidak kena pada kita sendiri...Tak cukupkah lagi kita memerhati kesengsaraan, penderitaan dan airmata mereka?Apa fungsi negara kita sebagai pengerusi(baca tuan rumah saja!)OIC dan NAM..Tak terlihat taring sedikitpun atas kuasa yang diamanahkan..jika di atas sebgini..apa pula tugas kita...???cukupkah sekadar doa?tidak dinafikan doa adalah senjata Mukmin..tapi ianya berfungsi apabila usaha disatukan.
Antara usaha-usaha kita ialah..sedekah, boikot barangan Amerika dan israel (kod perniagaan bermula 729)..dan lain2 lagi yang patut bagi anda semua fikirkan..
satu fatwa yang ditandatangani oleh lebih 70 ulama' islam terkenal di dunia termasuk dari. Yusuf Qardawi..mewajibkan pemboikotan barangan dari negara Israel..

Syurga itu amat bernilai, oleh itu maharnya juga amat tinggi. jihad yang dilakukan oleh penduduk Palestin termasuk suicide bomber itulah senjata ampuh yang mereka punyai..Sabda Rasulullah s.a.w berkenaan Palestin yang baginda s.a.w tahu berdasarkan ilmu dari ALLAH..
“Sekelompok dari ummat ku tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpakan kesusahan, dan sehinggalah dating pertolongan Allah dan keadaan mereka kembali seperti sedia kala.” Tanya para sahabat “di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “di Baitul Maqdis dan di aknaf (sekitarnya) Baitul Maqdis”...

Dimanakah anda pada ketika ini bergembira sedangkan mereka saudara kita yang soalannya akan ditanya di alam barzakh kelak!!...

Apa tindakan anda..dan apa cara terbaik menurut pemikiran dan ilmu anda..???


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 09:27


assalamualaikum....
amat menarik isu ni......

pendapat saya..kita ni hanya manusia yang tahu melepaskan rasa geram...tak puas hati...sedih...dan sebagainya.

hakikatnya...seriusnya dan secara jujur saya katakan kita tidak mempunyai kuasa untuk melawan.....
dalam hadist kata......isu palestin ni tak akan berakhir sehingga lah kiamat berlaku.....tidak akan ada kesudahannya...
saya rasa persoalan dimata kita yang dipersoalkan oleh saudara tidak perlu ditimbulkan....sudah pasti rata2 jawapan dari kawan2 kita menyatakan rasa tak puas hati....rasa nak marah... sedih dan sebagainya.....
yang penting disini adalah.....kita perlu fikir bilakah kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu????

kerana Imam Mahdi saja yang boleh melawan kuasa jahat amerika dan sekutunya, menawan kembali Palestin dan mengembalikan kembali maruah Islam yang sudah tercemar sekarang.....

p/s: sekadar pandangan dari insan yang hina....Wallahu'alam...

[ Telah diedit oleh: Ghufranallah pada 16-07-05 09:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 09:48


Assalamualaikum..

syukran atas komen ghufranallah..

!!! QUOTE !!!

saya rasa persoalan dimana kita yang dipersoalkan oleh saudara tidak perlu ditimbulkan....sudah pasti rata2 jawapan dari kawan2 kita menyatakan rasa tak puas hati....rasa nak marah... sedih dan sebagainya.....
yang penting disini adalah.....kita perlu fikir bilakah kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu???


betul juga kata ghufranallah..rasanya semuanya jawapan ahli ukhwah menyokong isu palestin patut diselesaikan...
berkenaan dengan hadis yang menagtakan isu palestin tidak akan selesai sehingga hari kiamat itu..ana tak pasti..rasa2nya macam pernah dengar juga..ghufranallah ambik dari mana..boleh tunjukkan pada ana...

cuma di sini ana tekankan isu Palestin sebab kita pada ana rasa tak puas hati, marah itu tak di tonjolkan sangat..ini yang masalahnya...

berkata satu paderi kepada penganutnya..."kamu jangan risau tentang agama islam kerana penganutnya ramai yang jahil, jika mereka berilmu sekalipun, mereka tidak beramal dengan ilmu mereka, jika mereka beramal pun mereka tidak berkekalan dalam amalan mereka(istiqomah), jika mereka sentiasa beramal pun...mereka Tidak BERSATU"...benarkah itu kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-07-05 09:00


berkata satu paderi kepada penganutnya..."kamu jangan risau tentang agama islam kerana penganutnya ramai yang jahil, jika mereka berilmu sekalipun, mereka tidak beramal dengan ilmu mereka, jika mereka beramal pun mereka tidak berkekalan dalam amalan mereka(istiqomah), jika mereka sentiasa beramal pun...mereka Tidak BERSATU"...benarkah itu kita?

secara jujurnya sakeenah mengaku itulah sikap umat Islam pada zaman sekarang.mungkin ada yang mengatakan kita sekarang xdijajah namun hakikatnya kita sdg dijajah melalui pemikiran..sebab itu muda-mudi sekarang sukar nak b'satu dan asyik dengan hiburan sahaja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 13:08


Kenapa tak selesai? bukan sebab imam mahdi belum sampai, tapi sebab pemimpin negara-negara Islam lebih suka mengikut telunjuk US & yahudi laknatullah daripada membantu saudara seIslam mereka di Palestin.
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 24-07-05 13:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 18:01


Tak bestlah...topik ni, kalau macam mana nak tackle perempuan ka... bercinta sebelum kahwin ka... perempuan minat apa.... cerita pasal Akademi Fantasia ka... ha! topik macam ni baru best. Palestin nak jadi apa pun tak pa... tak kisah, Imam Mahdi nak datang pun tak ada hal... biasa saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-07-05 22:32


tak setuju dengan mawa...
merepet saja dia...
boleh kata isu ni macam xbest.....
hiiiiii sabar saja lah... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 23:28


hakikatnya...seriusnya dan secara jujur saya katakan kita tidak mempunyai kuasa untuk melawan.....
dalam hadist kata......isu palestin ni tak akan berakhir sehingga lah kiamat berlaku.....tidak akan ada kesudahannya...
saya rasa persoalan dimata kita yang dipersoalkan oleh saudara tidak perlu ditimbulkan....sudah pasti rata2 jawapan dari kawan2 kita menyatakan rasa tak puas hati....rasa nak marah... sedih dan sebagainya.....
yang penting disini adalah.....kita perlu fikir bilakah kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu????

kerana Imam Mahdi saja yang boleh melawan kuasa jahat amerika dan sekutunya, menawan kembali Palestin dan mengembalikan kembali maruah Islam yang sudah tercemar sekarang.....




aku pantang betul orang yang hanya tunggu pertolongan dan tak berusaha.....(sorry kalau terkasar bahasa)

biar aku khabarkan kepada anda yang aku akan berusaha membebaskan palestin suatu hari nanti....kalau bukan aku sekalipun biarlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang membebaskan palestin dan kalau bukan aku sekalipun yang termasuk dalam golongan itu BIARLAH KETURUNAN aku yang termasuk dalam golongan itu.....oleh sebab tu sekarang aku study oleh sebab tu sekarang aku exam....susah macam mana aku tempuh juga.....ni bukan cakap kosong kerana ni CITA2 tertinggi aku...
jangan anda gelak meskipun anda juga ada cita2.....mungkin anda bercita2 untuk jadi engineer jadi dokter jadi apa sekalipun tapi cita2 aku ialah Menubuhkan kerajaan islam dan kemudian membebaskan palestin....biarpun nama ku bukan ahmad bukan juga muhammad bukan juga keturunan arab tapi aku akan buktikan kat anda semua yang duduk sambil tengok AF3 sahaja tak boleh mengubah APA-APA.......................kono yarou

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 00:03


Assalamualaikum Warahmatullah..

mawa »» Posting pada: 24-07-05 18:01

!!! QUOTE !!!

Tak bestlah...topik ni, kalau macam mana nak tackle perempuan ka... bercinta sebelum kahwin ka... perempuan minat apa.... cerita pasal Akademi Fantasia ka... ha! topik macam ni baru best. Palestin nak jadi apa pun tak pa... tak kisah, Imam Mahdi nak datang pun tak ada hal... biasa saja


dalam surah alkahfi..Allah berfirman "dan sememangnya manusia itu sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya"

Sedihnya saudara seislam kita macam ini...benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w (semua sabdanya adalah benar)
" akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

p/s:hadis di atas bukan di tujukan kepada sesiapa, tapi kepada semua ummat termasuk ana..

Islam ditegakkan tanpa ada batas sempadannya...tidak kira dia berada di bumi mana sekalipun, jika dia mengucapkan Lailaa illalah
dia .adalah saudara kita, dan kita kelak apa yang kita ditanya apa yang kita lakukan untuk membela saudara kita...sama ada kecil atau besar kerja dan pengorbanan yang kita lakukan akan ada balasan dari Allah..InsyaAllah!!

inilah salah satu kejayaan orientalis barat..melalaikan ummat islam dengan hiburan yang keterlaluan, buidaya hedonisme yang berleluasa tanpa batasan..dan jawapannya ummat islam melupakan kesengsaraan, penindasan terhadap saudara kita..suami dibunuh didepan mata isteri, anak yang tiada dosa apa-apa di tembak untuk menghapus generasi mudanya..lalu lahirlah satu 'Luahan' di kalangan mereka yang ada dikalangan umat islam sendiri tidak berpuas hati...wujudlah si syahid kecil, muhammad Durrah, Ayatul akhrash,, Hiba Darmesh dan banyak lagi saudara kita yang telah menunaikan janjinya kepada ALLAh.... renungkan firman Allah ini sahabat2ku..
"Di Antara Orang-Orang Beriman Itu, Ada Yang Bersikap Benar Menunaikan Apa yang Mereka Janjikan kepada ALLAH, Di Antara Mereka Ada Yang Telah Selesai Janjinya Itu, Dan Di Antara Ada yang Menunggu-nunggu Dan Mereka Sedikitpun Tidak Mengubah Janji Mereka"


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-05 22:05


Inilah yang dinamakan Hipokrit!!! dan ini diantara topik yang tak mendapat sambutan dalam forum Ukwah.com.....ueeeeks!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-05 22:22


tak suka janganlah interfere mawa.

ps: mawa mawa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 00:20


apa yang mawa merepek ini!saya tak faham dengan kata-kata awak?awak kata hipokrit???awak kata tajuk ni tak dapat sambutan???kata orang cakap siang pandang2 cakap malam dengar2......mulut jangan kasik celupar....ingat jangan mempermainkan janji allah...didunia bolehlah beralasan,bolehlah berdebat,tapi belum tentu esok milik awak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 00:40


macam2 ragam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 00:41


sabar syahid_zul.

ps: orang dah syahid boleh online jugak ke? :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 00:52


canggih betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 01:33


orang syahidkan sebenarnya tidak mati.

ps: pun nak mati syahid juga...tapi rasa dosa banyak lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 01:52


mawa sengaja perli ahli ukhwah tu. betul juga katanya, lihat sajalah sambutan topik ni berbanding topik-topik cinta.

syahid_zul jangan marah, cuba read between the lines. ;-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 29-07-05 01:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 02:26


saya tak faham cara dia perli.......kenapa perli orang yang posting topik ni?
kenapa tak perli orang yang hanya membisu?
lebih penting kan isu2 murahan dari isu yang besar ni....
memanglah orang kata cakap apa-apa pun tak guna..macam sembang kat kedai kopi saja....tapi itu bagi sesetengah pihak tidak bagi saya...dan saya tahu orang betul2 ihklas nak berjuang dia takkan posting saje2...ada niat dihatinya nak sedarkan ummat islam...sedang kita dok menumpu kat isu yang lain pasal cinta dan sebagainya sekurang2 kurang bersyukurlah masih ada orang yang nak ajak ahli ukhwah sembang pasal palestin....saya kecewa dengan respon ahli ukhwah tentang tajuk ini....mengapa perlu berbahasa (uweeekss) dan sebagainya.....saya mengharapkan ada perkembangan yang baik untuk tajuk seperti ini.....adanya artikel terbaru...adanya fakta terbaru....adanya ilmu terbaru....tapi bila respon nya seperti ini respon yang tidak membina saya boleh buat kesimpulan bahawa orang dah lupa kepada palestin...mereka lebih suka sembang pasal benda lain.....at least kalau benci sangat jangan sampai cakap begitu...ada cara yang lebih baik iaitu diam!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 29-07-05 02:41


Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001

>> Company Lists


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 29-07-05 02:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 02:43


syabas alea13...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 05:33


Ya... memang hipokrit! Tak siapa yang peduli apa jadi dengan Palestin. masing2 sibuk nak tahu perempuan minat apa.... suka lelaki yang macam mana... cara2 nak tackle aweklah... bila 1st time bercinta.... saya juga sibuk bercakap hal2 berkaitan agama, islam hadhari tu sesat, ayah pin pun sama sesat jugak, ramai lagi yang sesat dan tak betul bagaikan 'saya' saja yang tak ada yang tak kena tapi.... dalam masa yang sama sayalah orang yang duduk paling depan sekali masa rancangan AF disiarkan(walaupun saya tak pernah subscribe astro!)! Credit terpun juga dah banyak habis untuk undi calon yang saya minat. MU lawan bola... sayalah penyokong setia... kalau tengok pada rupa tu... tudung sayalah yang paling labuh, kopiah bapa sayalah yang paling putih, serban abang sayalah yang paling kemas lilitannya... kalau di surau/masjid saya yang dok saf depan sekali!

memang hipokrit.... tsunami melanda th lepas semua orang sibuk dengan simpati masing2... hulur bantuan yang macam-macam. Di M'sia saja berpuluh juta RM terkumpul bagi membantu mangsa tapi... tsunami yang dok melanda Palestine dari th 1948 dulu tu sampai hari ni.. tak siapa pun hirau/peduli tak ada pula yang nak buat tabung bagi menghulurkan bantuan kepada mereka! Tsunami juga melanda Iraq, tak ada pula sumbangan dari sapa2. Alih2 sekarang ni ada 'tsumawi' pulak! memang hipokrit!!!

MahaSuci Allah, baguslah bila 'sudah ada' yang menunggu2 zuhurnya Imam Mahdi! Pemimpin akhir zaman. Semoga 'kita'lah antara orang yang paling bersedia dengan segala persiapan yang sepatutnya dalam menanti2 kedatangan Imam tersebut. InsyaAllah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 06:12


oooo....itu ke maksudnya......tajam itu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 09:12


In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Assalamualaikum warahmatullah..

mawa posting..

!!! QUOTE !!!

tsunami yang dok melanda Palestine dari th 1948 dulu tu sampai hari ni.. tak siapa pun hirau/peduli tak ada pula yang nak buat tabung bagi menghulurkan bantuan kepada mereka! Tsunami juga melanda Iraq, tak ada pula sumbangan dari sapa2. Alih2 sekarang ni ada 'tsumawi' pulak! memang hipokrit!!!

MahaSuci Allah, baguslah bila 'sudah ada' yang menunggu2 zuhurnya Imam Mahdi! Pemimpin akhir zaman. Semoga 'kita'lah antara orang yang paling bersedia dengan segala persiapan yang sepatutnya dalam menanti2 kedatangan Imam tersebut. InsyaAllah!


Alhamdulillah..ana pun mula2 tersilap menyangka mawa tidak meminati isu saudara kita di bumi palestin sana..dan ingin ana minta maaf pada mawa..!!

terfikir juga, jika mawa tak suka isu ini, Kenapa secara terang-terangan melahirkan ke'bencian' hal palestin ini..tapi terasa juga ianya satu sindiran sinis kepada ahli ukhwah yang tidak meminati untuk meluahkan pendapat mahupun cadangan untuk membantu saudara kita di sana..

memang di akui kita ini sebanrnya kerdil untuk untuk berjuang bersma mereka,..tapi itu bukan alasannya, kita kerdil kerana kita tak bersatu dalam hal sebegini...dalam surah al-anfal ada disebutkan perlunya persatuan hati dan fikran ummat dalam memerangi musuh islam ini.
firman Allah"Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi musuh, maka berteguh hatilah(bersatu) kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknyaagar kamu beruntung"

Seorang ulama' yang ana tak ingat namanya pernah berkata" syurga itu menjadi idaman setiap muslim dan untuk memasukinya amatlah memerlukan pengorbanan.dan ahlinya terdiri daripada Rasul2 dan nabi2, dan kita bukanlah rasul mahupun nabi..kerana Rasulullah s.a.w itulah penutup segala nabi2 atau para aulia allah, tetapi kita juga bukan mereka kerana mujahadah mereka terlalu tinggi.. atau para solehin! dan itu juga bukan kita kerana mereka berilmu,beramal dan wujud keikhlasan dan istiqomah dalam amal mereka,..dunia dan nafsu sering melalaikan kita kepada Allah...jadi jalan apakah yang paling senang untuk mendapat redha Allah dan syurga Allah melainkan berjuang dengan ikhlas dan syahid di jalan Allah yang telah terbentang di hadapan kamu, ayuhlah kita bersegera merebutnya"!!!

satu hadis yang riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar berjuang di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan memperolehi pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum muslimin, tentunya aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi"..

tidakkah kita rindu kepadanya, paling tidak pun sentiasa tertanam di hati kita, suatu hari nanti..akulah salah seorang antara syuhada itu"..

memang tidak dinafikan pintu ke syurga itu berbagai2, ada yang hanya beribadat, ada yang hanya bersedekah, ada yang tidak menyumpat dan menyakiti mukmin yang lain, ada yang hanya berjihad, dan juga hanya yang sempat mengucap persaksian atas ke'Esa'an Allah,..semua itu rahsia Allah terhadap hamba-Nya..masing2 di'bayar' menurut keikhlasan hatinya..dan pernah Rasulullah s.a.w di tanya apakah amalan yang paling utama, lalu sabda Baginda s.a.w kamu beriman kepada Allah, para sahabat menyoal lagi, selepas itu apa, dijawabnya..kamu berjihad di jalan Allah..".

para sahabat pun beribadat malah ibadat mereka lebih banyak lagi daripada kita, mereka juga bersedekah, malah sedekah mereka lebih 'sembunyi ' dari kita, mereka juga bekerja, malah kerja mereka lebih tekun dari kita..tapi apabila diseru seruan jihad, tidak seorang pun yang tidak mahu sertainya..kerana mereka mengetahui balsan pahala dari Pencipta-Nya..
Sabda Rasulullah s.a.w"Sepagi atau sepetang yang digunakan oleh seorang hamba untuk berjuang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya" ..

akhir kata/...renungkan firman Allah dalam surah al-hujuurat.."Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang dan berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

shouqi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.05.2005
Ahli No: 16243
Posting: 32
Dari: bumiAllah

blank  


posticon Posting pada: 16-08-05 00:00


Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum sahabat semua..moga dalam redha,cinta dan pimpinan Allah selalu..

    menjawab persoalan yang ditimbulkan....Dimanakah kita dan apa tindakan kita dalam isu palestin?mampu ke kita (kita sekarang ini)nak melawan ,menawan kembali bumi palestin itu?susah nak jawab ini


diambik dari artikel dalam saifulislam.com..."Masa Depan Palestin
Dari Kaca Mata Al-Israa’ wa Al-Mi’raaj
........

Namun, apakah semua ini kekal? Apakah Yahudi akan menang? Kita sebagai umat Islam percaya bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam. Kita bersikap optimis bukanlah dengan menyandarkan harapan kepada statistik kekuatan kita semata-mata. Namun kita meyakininya dengan jiwa dan raga ini, kerana ia adalah janji Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW tidak menyalahi janji.

"Dan itulah hari-hari (kemenangan dan kekalahan) yang Kami gilirkan ia sesama manusia"

Seterusnya Allah SWT berfirman:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.â€




    Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam. Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam!........saifulislam.com


kemengan umat islam mbebaskan palestin kembali dari tangan yahudi. hanya akan terjadi melalui jiihad fisabilillah di medan perang...bila baca itu,rasa macam diri ini tak mampu buat apa-apa pun..yelah nak berjihad di medan perang ,mengangkat senjata..rasa tak mampu saja..tapi cita2 kena tanam dalam diri ye tak?mampu ke tak itu soal lain


TAPI apa lagi yang kita boleh buat selain jihad qital(angkat senjata...betul ke ejaan qital itu?kalau salah,tolong betulkan ya..syukran)..kalau dah rasa diri jauh dengan jihad di medan perang kat bumi palestin itu,takkan lah kita nak duduk diam ye tak?,tak buat apa-apa,serahkan jea hingga muncul glgn yang tinggi imanye..baik akhlaknye yang akan mbebaskan bumi palestin.apa jawapan yang kita nak beri bila Allah tanya apa yang kita dah buat untuk sempurnakan tggjwb kita sesama kita..saudara seaqidah?


teringat kisah nabi ibrahim dibakar..pasal burung yang mengangkut air sebab nak tolong padamkan api yang membakarkan nabi Allah Ibrahim..dalam kisah itu,kalau kita tengok,walaupon air yang dibawa itu,taklah boleh memadamkan api yang mbakar nabi Allah Ibrahim..tapi apa kata burung?dia buat macam itu,sekurang2nye terllaksana tggjwb dia,bila Allah tanya apa yang dia buat untuk mbantu nabi Allah,skurang2nye dia ada jawapan untuk persoalan Alahh..nah..itu burung..ni kita manusia...so,ana rasa macam tu juga dalam isu palestin..kita buat takat mana yang kita mampu


kita mungkin selalu kata..kita hanya mampu..kita boleh doakan mereka..tapi cuba kita muhasabah balik..tanya diri sendiri...berapa kerap sangat kita doa untuk umat2 islam yang lain2..doa sgguh2 untuk depa..doa sgguh2 untuk umat islam di palestin?..huhu..ana tak kata orang lain...diri ini pun sama.jarang2 sekali..

ok..untuk memendekkan kata ,yang kita boleh buat,setakat apa yang ana terfikir


1.Doakan sgguh2 dalam solat,sblom tidur ke..bila2 sajalah..spy Allah bagi pertolongan,kekuatan,ketabahan,kuatkan iman,hati para mujahid di bumi palestin...moga mereka gugur sbbg seorg yang syahid (dan kita juga)

2..Jom kita boikot sgguh2 brg yahudi ini..banyak sgguh kat pasaran..boleh dikatakan hampir semua brg2 yang glamour2 ,yang kita biasa dok guna itu mereka punya...KFC,PiZZA,product COCACOLA.product nestle,nescafe,handphone NOKIA ..banyak lah lagi..boleh lah lepas ini kita check website boikot israel..susah sebenarnya nak lawan nafsu spy tak beli brg2 ini..sebab kita dah biasa gunakan..tapi itu lah jihad kecil kita,insyaAllah ,mohon kekuatan dari Allah untuk buat semua ini..ameen


3..doalah banyak-banyak...walaupon mungkin bukan kita termasuk dalam glgn yang mbebaskan semula bumi palestin,doalah moga2 anak2 kita,cucu cicit kita,keturunan kita tergolongan dllm glgn ini..ameen..(tanam cita moga zuriat yang lahir,lahir sebagai pejuang2 agama Allah..ameen)

4..belom terfikir lagi....sapa2 nak smbg? :-)



harap2 nya..perbincangan ni bukan setakat di portal ni jea..moga2 ada    perubahan dalam diri,..ada something yang kita buat..kalau sblom ni kita jarang doa,mari lepas ni kita pakat doa sgguh2,pakat boikot barang2 keluaran israel ini...ajak makayah,abang kakak,adek2..anak sedara..semua lah spy sama2 kita tunaikan tggjwb kita ini..ok?


mohon maaf..celoteh banyak ini, lagi banyak lah peluang nak buat silap..so,apa yang terkasar,terkurang terllebih,harap diampun...kalau ada yang baik ambik,yang tak elok itu,buang jauh2 lah...wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shouqiProfil   Hantar PM kepada shouqi   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 00:47


Kita beria-ia menegakkan hujah mengenai pentingnya perjuangan di Palestin, Kita jugak sebenarnya telah dipengaruhi unsur-unsur Asabiyyah bangsa Arab. Memang benar kita berjuang menentang musuh di Palestin, tetapi oleh kerana Palestin telah berjaya dipengaruhi oleh golongan sekular sebagai isu bangsa Arab, maka isu umat Islam yang lainnya yang terdapat di merata ceruk seolah-olah dipinggirkan. Memang benar sebab Palestin tanahair semua umat Islam, tetapi tidak bererti tanahair yang lain yang terdapat Muslimin di dalamnya bukan tanahair Islam. Contoh yang jelas ialah umat Islam Palestin dibunuh tiap2 hari. Tapi di tempat lain di Nigeria contohnya, ribuan umat Islam dibunuh! Di Chechnya, perjuangan yang berusia puluhan malahan ratusan tahun lamanya menyaksikan ratusan malah ribuan orang dibunuh setiap hari! Siapa yang peduli?! Kesimpulannya, bilamana pemimpin2 jihad di Palestin seperti Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi syahid baru kita menangis dan meratap, tapi pemimpin jihad yang lain daripada Palestin seperti di Chechnya atau Kashmir syahid tetapi kita tidak merasa apa-apa, bukan itu asabiyyah dan unsuriyyah namanya?? Adakah kerana Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi berbangsa Arab, maka baru kita mengambil peduli?

Isu Palestin terlalu difokus di Timur Tengah sana dan sebenarnya jugak satu kejayaan puak Yahudi untuk memesongkan pandangan pemimpin2 Arab ke Palestin semata-mata. Apatah lagi isu Palestin dilihat sebagai isu bangsa dan bukan isu Muslimin keseluruhannya. Akhirnya Muslimin di negara-negara lain disembelih ribuan orang tanpa disedari. Buktinya tidak ada satu pemimpin negara Islam atau wakil yang bersuara terhadap isu-isu Kashmir, Chechnya, Kosovo, Bosnia, terbaru di Selatan Thailand dan lain2nya di mana jua. Oh....I Seee!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 18:46


betul kata mawa tu....

satu contoh yang pernah saya perhatikan dalam forum www.ummah.com (website international ada orang yahudi, nasrani , islam pelbagai bangsa & pelbagai negara..mostly arabs in UK)....somebody (dia ni saya rasa orang Melayu) post isu berkenaan masjid kerisek & peristiwa takbai...yang paling syoknye....mereka tak tau pun ada orang Islam kat sana!! let alone kat filipina, champa etc...

biasalah orang arab ni memang jenis asabiyah, tak sikit, banyak...that's why mereka ditimpa kesusahan seperti yang berlaku sekarang ni! berpunca daripada sikap orang arab sendiri yang mementingkan diri-sendiri & memandang rendah orang lain!...that's why u can see sesetengah negara arab berbangga dengan kerjasama mereka dengan amerika & bermewah-mewah padahal negara jiran yang serumpun seagama mereka tersiksa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

nur_solyHAH1107
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16927
Posting: 27
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 21-08-05 21:36


salam kepada semua sahabat2..
Alhamdulillah ada lagi insan2 yang terbuka minda dan hati untuk sama2 berdiskusi isu yang sedemikian rupa..zaman sekarang,orang hanya pandang acuh tak acuh sahaja.contoh ISU TSUNAMI:berapa ramai yang pade mulanye susah menampakkan tudung pada setiap bahagian yang diperintahkan HARAM...akhirnye terus tunduk dan jaga selitup-litupnye..tapi persoalannye,kekalkah perubahan itu atau cukup untuk tempoh TSUNAMI sahaja??tepuk dada tanya iman masing2.jika diikutkan,banyak lagi contoh2 yang boleh kita ambil iktibar& secara tidak langsung dapat muhasabah dari masing2.

akhir kata renungkan firman Allah dalam surah Al-Hujurat:sesungguhnye orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya(beriman)kepada Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak ragu2 dan mereka berjuang dan berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.mereka itulah orang-orang yang benar....

semoga Allah memberkati usaha dan niat kita bersama....AMIN...

:-) ;-) ;-)


-----------------
BIAR REBAH,jangan BERUBAH..biar TERBUANG,terus BERJUANG..hati PEJUANG pastinya berSATU,kerana di situ nawaitu kita bersemai,bersama menuju REDHA ILLAHI..
[ Telah diedit oleh: nur_solyHAH1107 pada 21-08-05 21:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_solyHAH1107Profil   Hantar PM kepada nur_solyHAH1107   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.476964 saat. Lajunya....