Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 179
Ahli: 0
Jumlah: 179




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: novel2 faisal Tehrani


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» novel2 faisal Tehrani

Please Mendaftar To Post


Oleh novel2 faisal Tehrani

nohara_sinchan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1132
Posting: 56
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 14:29


assalamualaikum w.b.t
ana salah seorang peminat karya2 faisal tehrani.
ada dikalangan sahabat2 yang minat karya faisal tehrani tak?
kalau ada kita boleh kongsi sama2 pendapat mengenai karya2 yang ditulis oleh saudara faisal tehrani ni. novel beliau yang paling ana minat 1511H .

Bookmark and Share

    


  Member Information For nohara_sinchanProfil   Hantar PM kepada nohara_sinchan   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 20:44


Faisal Tehrani
FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian. Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Dalam bidang drama pentas Faisal menulis tiga buah drama setakat ini iaitu Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97), drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP) serta drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron. Dalam tahun 2002 dilaporkan beliau akan bekerjasama sekali lagi dengan Nam Ron di samping mementaskan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel sensasi karangan seorang Sasterawan Negara.Dalam genre novel, Faisal menulis antara lain novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000). Novel Perempuan Politikus Melayu mendapat pujian pengkritik sastera antara lain seperti Profesor Madya Amida Abdul Hamid, SM Zakir dan Dato Johan Jaafar dan dianggap sebuah novel yang berani. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH! mendapat sambutan dan masih berlangsung mengenai persahabatan tiga gadis Latha Baskaran, Dang Asmara dan Chloe Robertson. Novel bersiri Dongeng Kingdom Of Flowers di majalah al-Wasilah bagaimanapun terbantut setelah majalah remaja tersebut diharamkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Faisal beruntung mendapat asuhan antara lain dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. SN Dato Shahnon malah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Faisal. Pada tahun 1999 Faisal bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.

Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpen-cerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu (kini sudah tiada).

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau membuat "kecoh" bersama Azman Husin dalam tahun 2000 dengan menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".

for more info,log on to...FAISAL TEHRANI


-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 20:52


dan inilah buku yang membuatkan StokinWangi jatuh cinta kat Faisal Tehrani.. (whop..!ho..ho!ni jatuh cinta kat karyanye ke,orangnye...?!!) =I

/

Judul : Advencer Si Peniup ini
Harga : RM19.00
Nombor siri : 2342152
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625


Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :

Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala rasa.

    "Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan."
- Mingguan Malaysia 29 Mei 2005


-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA
[ Telah diedit oleh: StokinWangi pada 05-08-05 20:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 20:53


alhamduliLLAH..masa teman akak beli barang untuk walimah dia last week,tergerak hati untuk beli novel ni kat MPH.

lah ni, reading still in progress.

sebagai ulasan awal..

buku ni memang BEST&LAIN dari yang LAIN (baru baca sikit tu..)

detail tentang alam jin & hiburan-muzik dalam islam.the author has a strong background on it & has done some research to write this novel.

mengisahkan sekumpulan jin yang meminta bantuan daripada manusia untuk membantu mereka mengubatu penyakit gila hiburan di sebuah negeri jin bernama fantasia...

kalau mengikut penilaian StokinWangi, StokinWangi membayangkan negeri 'Fantasia" tu sebagai negara Malaysia kita ni sendiri!

kesimpulannya,bacalah,..rugi tak baca..memang best.lebih best dari mencari cinta,konsert AF,malaysian idol,mentor, & yang serejimen dengannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

nohara_sinchan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1132
Posting: 56
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 06:07


assalamualikum, nak tanya unti dah baca novel detektif indigo tak?novel tu pun best jugak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nohara_sinchanProfil   Hantar PM kepada nohara_sinchan   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 18:15


tak lagi..satu-satu..saya ni memang lembab sikit bab2 mbaca novel.tapi suka..
kelmarin dok survey novel2 faisal tehrani kat internet..kalau ikutkan hati memang nak buat collection lengkap =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

beecological
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14621
Posting: 250

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 20:24


Pada 08-08-05 18:15 , StokinWangi posting:

!!! QUOTE !!!

tak lagi..satu-satu..saya ni memang lembab sikit bab2 mbaca novel.tapi suka..
kelmarin dok survey novel2 faisal tehrani kat internet..kalau ikutkan hati memang nak buat collection lengkap =)



:-D :-D saya ponk!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For beecologicalProfil   Hantar PM kepada beecological   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 20:39


Baru berjinak nak membaca novel written by him..dan baru saja selesai membaca 2 novelnya sebab so interesting..tapi..bagi yang kurang gemar novel yang mendatar (tiada unsur cintan-cintun) pasti ianya membosankan...

koleksi pertama:Advencer Si Peniup ini
kedua:1515
ketiga:detektif indigo..(akan dibeli this week...insyaALLAh)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 20:56


1511 H .. novel beliau paling best !!! hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

nohara_sinchan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1132
Posting: 56
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 04:57


wa.. ramai sbnarnye yang minat novel advencer ni. remaja skg ni suka sangat baca novel cintan-cintun ini..novel2 ilmiah macam ini kurang sgt2 pengemarnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nohara_sinchanProfil   Hantar PM kepada nohara_sinchan   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 23:49


Faisal Tehrani tak memerlukan kisah cinta yang keterlaluan dalam novelnya untuk memikat pembaca. Tak seperti beberapa penulis novel "Islamik" yang lain yang sering menyelitkan kisah-2 cinta sebagai perencah untuk menyedapkan novel. Namun ada juga karya-2 Faizal yang berunsurkan cinta lelaki-perempuan seperti Api KL Belum Padam dan Cinta Hari-2 Rusuhan ... Setiap karya menampilkan jalan cerita yang berbeza, persamaannya cuma dari gaya bahasa yang menjadi trademarknya. Berbeza dengan penulis lain yang ceritanya stereotype. sebagai contoh ada seorg penulis yang selalu jugak dapat hadiah sastera tetapi kebanyakan karyanya tak habis-2 cerita pasal kehidupan pelajar M'sia di Timur Tengah. Syabas buat Faisal Tehrani ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111461 saat. Lajunya....