Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Rawatan Tradisional
Topik: Kebaikan & keburukan perubatan tradisional


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Tradisional
    »» Kebaikan & keburukan perubatan tradisional

Please Mendaftar To Post


Oleh Kebaikan & keburukan perubatan tradisional

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-03 17:25


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERUBATAN TRADISIONAL

KEBAIKAN
Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan rawatan kaedah tradisional. Pengalaman perubatan tradisional dipelopori oleh orang-orang yang disegani dikalangan masyarakat berkenaan dan perhatian yang diberikan adalah lebih meluas . Bagi negara-negara membangun kos mengimpot dadah sintetik adalah tinggi berbanding dengan perubatan tradisional yang mempunyai fungsi yang sama dan jauh lebih murah.

Di kawasan yang mempunyai perkhidmatan  doktor masih ramai penduduknya memilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional . Ini disebabkan pesakit merasa bosan menunggu giliran menemui doktor , peraturan-peraturan hospital dan juga masalah komunikasi di antara pesakit dan doktor. Bagi negara-negara membangun sebab utama yang membawa kepada penggunaan ubatan tradisional adalah akibat kekurangan pusat rawatan dan tenaga terlatih.
         
Ubatan tradisional adalah terhasil daripada hasilan semula jadi dan ianya akan lebih mudah untuk diterima oleh sistem tubuh kita berbanding dengan dadah sintetik. Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi semakin cair bila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang kesan ketoksikan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang amat toksik.
         
KEBURUKAN
Disamping beberapa kebaikan tersebut kita juga perlu ingat bahawa perubatan tradisional adalah berpotensi untuk dadah baru, satu punca yang murah bagi bahan pemula dadah sintetik atau punca murah bagi dadah tertentu seperti viblastin dari Catharanthus roseus ataupun reserpina dari Rauwolfia sp.

Terdapat juga beberapa keburukan dalam perubatan tradisional yang patut diberi perhatian kerana terdapat banyak kematian akibat penyalahgunaan atau penggunaan yang silap terhadap tumbuhan akibat kurangnya pengetahuan tentang kandungan bahan aktif dalam tumbuhan berkenaan. Kesangsian utama dalam penggunaan ubatan tradisional adalah disebabkan tidak ada bukti saintifik. Kebanyakkan dakwaan yang dibuat terhadap khasiat tumbuhan tertentu adalah dari pengamal perubatan tradisional dan belum di kaji secara mendalam dan sistematik . Begitu juga rawatan yang disyorkan adalah tidak jelas . Sebagai contoh seorang pesakit mengadu sakit perut , maka ia akan diberikan ubat sakit perut tanpa mengambil kira ganguan dalam perut mungkin disebabkan oleh gejala lain seperti ulser atau barah. Dalam hal ini yang dirawat adalah simptom penyakit dan bukannya penyakit itu sendiri dan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai kerumitan lain.

Disamping perkara di atas , maklumat mengenai dos yang patut diambil adalah juga tidak jelas dan dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan ketoksikan kepada penggunanya. Begitu juga juga dengan alat-alat yang digunakan semasa penyediaan ramuan ubat mungkin tidak disterilkan dan ada kemungkinan bakteria atau virus pada perlalatan tersebut mungkin menimbulkan gejala yang lain.WALLAHUALAM..
wassalam


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

mariani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.12.2003
Ahli No: 5648
Posting: 34
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-12-03 19:30



biasa ler tu kan...setiap benda ader kebaikan dan keburukan yer.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For marianiProfil   Hantar PM kepada mariani   Quote dan BalasQuote

LebAi-
Warga Rasmi
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7140
Posting: 11
Dari: Are Lock StaR

Kedah  


posticon Posting pada: 23-02-04 22:19


W.b.t

ALLAH x mjadikan sesuatu tanpa ada lawan nyer .
Jadi Redha la dgn keburukkan itu n bersyukur la dgn Kebaikannyer tu

Wallahua`Lam

-ISLAM is The Way oF Life-

Bookmark and Share

    


  Member Information For LebAi-Profil   Hantar PM kepada LebAi-   Pergi ke LebAi-'s Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 25-02-04 13:31


keburukan adalah ketidakhadiran kebaikan

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 15:11


perubatan tradisional sebenarnya lebih menekankan kepada pencegahan berbanding perubatan moden sekarang... walaupun mengambil masa yang agak lama... tetapi kesannya sangat baik dan tidak meninggalkan kesan sampingan berbanding ubat moden yang boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang daripada ubat sintetik yang digunakan... dan walaupun tiada kajian saintifik secara ilmiah, ia adalah berdasarkan petua warisan nenek moyang kita berdasarkan pengalaman mereka tanpa membuat keuntungan daripada ilmu yang diperturunkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.416068 saat. Lajunya....