Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: wanita? rogol? atau rela?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» wanita? rogol? atau rela?

Please Mendaftar To Post


Oleh wanita? rogol? atau rela?

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 05-07-05 10:36


JOHOR BAHRU: Penyelesaian di luar pengetahuan pihak berkuasa, enggan menanggung malu serta permintaan pasangan lelaki adalah antara alasan remaja, termasuk gadis bawah umur yang menjadi mangsa kerakusan nafsu atau terlanjur dengan teman lelaki, menarik balik laporan polis.

Malah, kerana alasan berkenaan, kebanyakan mangsa sanggup menarik balik kes yang dilaporkan itu dalam tempoh masa sehari sehingga tiga hari selepas ia dilaporkan.

Pendedahan itu dibuat sumber Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang menyatakan semakin ramai golongan remaja perempuan terutama gadis bawah umur tempatan didapati menjadi mangsa kerakusan nafsu mahupun terlanjur bersama kekasih berikutan bersikap terlalu berani serta mudah percaya dengan janji manis teman lelaki masing-masing.

Katanya, lebih mendukacitakan apabila remaja berkenaan hanya menyedari dan menyesali perbuatan itu selepas pasangan kekasih mereka enggan bertanggungjawab terhadap nasib yang menimpa mereka.

“Sejak awal tahun ini, lebih 80 peratus kes rogol yang difailkan membabitkan remaja perempuan yang menjadi habuan seks teman lelaki sendiri. Lebih membimbangkan, hampir 70 peratus atau majoriti daripada mangsa rogol berkenaan terdiri daripada remaja bawah umur iaitu 16 tahun ke bawah.

“Kebanyakan mangsa berkenaan mengadu menjadi mangsa kekasih masing-masing mahupun lelaki kenalan baru akibat terpengaruh dengan taktik kotor teman lelaki mereka.

“Berdasarkan laporan yang dibuat, kebanyakan remaja berkenaan mengakui tersilap langkah apabila sanggup melayan kerenah teman lelaki masing-masing termasuk berani keluar bersiar-siar pada lewat malam walaupun lelaki itu hanya dikenali beberapa hari sebelum kejadian berlaku,” katanya.

Sumber berkata, kekurangan kasih sayang dan pengawasan ibu bapa mahupun ahli keluarga selalunya dijadikan alasan remaja wanita yang menyimpang dalam masalah seks.

Beliau berkata, ada antara mangsa mengakui terlanjur berikutan bersikap berani dan yakin kehadiran teman lelaki mampu mengisi ketenangan dan kasih sayang dalam kehidupan masing-masing.

“Sekiranya kes membabitkan remaja wanita bawah umur, walaupun perbuatan berzina dilakukan dengan kerelaan kedua-dua pihak terbabit (suka sama suka), namun ia masih dianggap sebagai perbuatan merogol.

“Kami dapati kesilapan kebanyakan mangsa ialah gagal melaporkan kejadian serta-merta berikutan mengalami tekanan jiwa selain trauma dengan nasib mereka,” katanya.

“Bagaimanapun, yang pelik ialah kebanyakan mangsa tampil menarik balik kes yang dilaporkan itu dalam tempoh masa sehari sehingga tiga hari atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk merekodkan butir-butir yang penting termasuk tarikh dan waktu kejadian bagi membantu melakukan siasatan terperinci.

“Walaupun sukar untuk seseorang mangsa rogol mengingati dengan tepat tarikh dan waktu kejadian, terutamanya kes membabitkan perogol lelaki yang baru dikenali dan perbuatan rogol itu dilakukan berulang kali, namun unsur baru dalam bidang kehakiman yang kini memberi penekanan terperinci terhadap ketepatan tarikh dan masa, terutama dalam kes rogol, sebagai asas pengadilan,” katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap pusat perlindungan sementara tahanan di Johor Bahru, berkata penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, sehingga kini pusat berkenaan memberi perlindungan sementara kepada remaja wanita bawah umur termasuk terlanjur dengan kekasih mahupun mangsa rogol teman lelaki sendiri.

Beliau berkata, perlindungan yang ditawarkan di bawah Akta Kanak-kanak Tahanan 2001 berkenaan turut membabitkan remaja wanita bawah umur daripada 13 sehingga 16 tahun.

“Berdasarkan beberapa kes yang dikendalikan pusat berkenaan, sesetengah remaja mengakui menjadi mangsa rogol teman lelaki mereka berulang kali.

“Malah, kebanyakan kekasih kepada pasangan remaja perempuan yang melahirkan anak tak sah taraf juga mengabaikan dan tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam


-----------------
BiaR rEbaH jaNgaN berUbaH...
biar Terbuang TeruS berJuaNG
bersama MenggApai cinTA Nya yang terAguNG


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 05-07-05 10:39


malu jugak melihat kebodohan kaum sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 16:28


jangan salahkan kaum, salahkan iblis dan syaitan.

ps: ana salahkan kerajaan. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 00:05


salahkan bangau tak makan ikan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 00:31


mukasyaf..Kenapa pulak nak salahkan kerajaan?
salahkan diri sendiri lah..sendiri buat sendiri tanggung laa..

dah jadi tugas syaitan dan kaum kerabatnya menyesatkan manusia membuat kemungkaran....

jika kita punyai keimanan yag teguh insyaAllah dapat elak godaan syaitan...

[ Telah diedit oleh: Ghufranallah pada 06-07-05 00:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 00:42


kerana kerajaan sahaja yang mesti disalahkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

gooliez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.11.2003
Ahli No: 5361
Posting: 65
Dari: negara atas angin...

Selangor  


posticon Posting pada: 06-07-05 01:20


betul... slalunya..kelamahan memang datang dari manusia sendiri... cd lucah...baju seksi... pergaulan bebas...kondom dan jarum free... semua faktor ke arah perkara tak sihat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gooliezProfil   Hantar PM kepada gooliez   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 06-07-05 01:40


orang perempuan mudah terpedaya dan mudah percaya
orang laki pula ambil kesempatan
apa lagi,macam enzyme dengan substrate lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 09:37


hehehe...ana tetap nak salahkan kerajaan.

apa kerajaan buat nak tegakkan islam selain buat masjid(itupun ada masjid dirobohkan dan SAR dibuli @ belum masuk kes JAWI dimalukan lagi)?

ps:nak lihat masa depan negara, lihatlah anak muda sekarang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-07-05 11:09


mana ada orang yang menuding jari ke arah sendiri. mesti nak menyalahkan orang lain. diri sendiri sentiasa betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 11:12


semua salah dalam hal ni..pk2 lah ye kwn2!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 11:52


kerajaan juga yang salah. :-D

ps:tuyup pun salah jugak. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-05 09:26


betul cakap Jackie_uniten7.

erm.. sahabat mukasyaf... jadi saja lah perdana menteri. buat semua benda yang rasa nak buat. :-P :-D kita tengok bagaimana nanti.. ok? boleh..?

ps: bukan serious.. gurau-gurau saja. :-)
[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 07-07-05 09:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

umairah_47
Warga Rasmi
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16059
Posting: 2

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-07-05 09:55


Assalamualaikum
saya cuma nak cakap
lelaki dan perempuan sama saja bersalah
bak kata pepatah "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi"
masing2 harus cuba kawal diri masing2
kerajaan juga must take this cases seriously
so, sama2lah fikir ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah_47Profil   Hantar PM kepada umairah_47   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 07-07-05 10:22


Ana bangkang 100% pendapat mukasyaf... Jangan salahkan kerajaan.. Salahkan diri sendiri seperti yang katakan oleh Ghufranallah... Jackie_Uniten pula cakap "mana ada orang yang menuding jari ke arah sendiri. mesti nak menyalahkan orang lain. diri sendiri sentiasa betul." Mukasyaf perlu kaji dan teliti, jangan hanya baca tajuk akhbar, lepas tu? buat pendapat sendiri... W.A.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-07-05 11:48


ekeke..:lol:
ana tetap salahkan kerajaan. siapa tak setuju sila berikan hujah2 sekali ye. jangan main tak setuju saja.

ps: hujah ana ada di atas. :-)
[ Telah diedit oleh: mukasyaf pada 07-07-05 11:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

eireeniz
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16837
Posting: 18
Dari: johor bharu

Johor  


posticon Posting pada: 10-07-05 05:50


kalau kerajaan melaksanakan tanggungjawab syariah dan undang undang islam 100% seperti yang termaktub dalam alquran dan hadis
...kemudian tarbiahkan bersungguh sungguh masyarakat islam supaya mereka ini bertaqwa dan mengamalkan apa yang allah suruh dan menjauhkan apa yang allah larang ...insyaalah masalah ini dapat di kurangkan....dan wanita kita terpelihara kehormatannya....masyarakat islam yang ada sekarang perlu di tarbiahkan...kerana...nama saja islam tapi pengamalan terhadap islam tak ada...contohnyer berkenaan perkara diatas nielah iaitu tentang aurat , ada yang tak tutup lansung , kalau pakai tudung ....yang kat bawah terbukak ,atau seksi ,pakai seluar ketat dan menampak bentuk tubuh dan kemudian bergaul bebas lelaki dan perempuan....kat sini ketua keluarga perlu di tarbiahkan supaya seluruh ahli keluarga dapat mengamalkan cara hidup islam yang tulin ( 100% )...bukan islam yang ambil 1/2 dan buang 1/2....sebenarnyer kesalahan terletak kepada pemimpin...tak kira dia pemimpin kerajaan ,masyarat atau pun keluarga...semuanyer kena bertanggungjawab...pemimpin kerajaan janganlah pula asik nak salah kan ketua masyarakat / keluarga....kalau diri sendiri tak mengikut dan mengamal contoh yang baik mengikut kehendak islam ...jangan haraplah masyarakat terutama yang berugama islam akan mengikut dan mengamal perintah allah...jangan saja bercakap pasal islam itu dan ini, hadhari lah dan macam2 label islam tapi dalam masa yang sama menganjur kan konsert yang berunsur maksiat sana sini...tak payah jauh ke luar negara...contoh nya konsert sure heboh yang kecoh di perkatakan mufti dan orang alim ulama kerajaan...senyap sekejap ...pas 2 sekarang makin galak lagi...tak kira menghormati waktu sembahyang....entah bape banyak yang tak sembahyang waktu itu...semua ini mengundang kepada pergaulan bebas dan maksiat termasuk rogol...tak kira lah samaada rela ,paksarela atau tak rela....samaajer arahnyer


-----------------
sentiasa Allah di hati kita...kehidupan ini menjadi lebih bermakna....


Bookmark and Share

    


  Member Information For eireenizProfil   Hantar PM kepada eireeniz   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 10-07-05 06:00


Di Malaysia, mana-mana lelaki yang melakukan hubungan jantina dengan gadis (jika layak dipanggil demikian) bawah umur, perbuatan tersebut dikira rogol. Tidak kira rela atau tidak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

trigO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.05.2005
Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-05 08:30


entah lah..tapi kasihan..kat mak perempuan tu?..
kasihan jugak kat budak tu?..sebab tiada orang nak lead dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For trigOProfil   Hantar PM kepada trigO   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 10:45


semuanya bermula dari diri anda...selebihnya pengaruh dan pengabaian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

puteriaina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13247
Posting: 37
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 15:47


assalamualaikum.
erm,saya setuju dengan pendapat jackie uniten dan umairah_47.janagan salahkan orang lain,sepatutnya lihat kesilapan diri dan keadaan sekeliling yang mana boleh dijadikan iktibar.janagn ingat keseronokan dunia semata-mata.bak kata umairah 47 kalau bertepuk sebelah tangan tak jadi juga,so perlu ada ketegasan dalam diri.so itu semua bersandarkan kepada iman.dalam dunia hari ini pandai-pandai lah memilih kawan.carilah kawan yang boleh membawa kearah kebaikan.insyaallah bila kita terleka dia pasti mengingatkan.apapun tepuk dada tanya iman kita di mana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriainaProfil   Hantar PM kepada puteriaina   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 18:09


Assalamualaikum...

Saya setuju dengan eireeniz...Tapikan kenapalah kita tak nak laksanakan Hukum yang dibuat oleh Allah (HUKUM HUDUD), kita takut ramai orang mati kena rejam, kita takut orang ramai putus tangan...tapi kita tak takut siksa neraka.

Kita mengakui Allah Maha mengetahui Allah Maha Bijaksana....tapi Kenapa kita ragu-ragu nak guna Hukum yang dibuat oleh Yang Bijaksana tu????

Salah sapa sebenarnye....salah tupai ke??

:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 19:37


kalau istilah rogol tu? biasanya..perempaun tu? d paksa..tapi kalau istilah berzina..ni sama2 nak..gatai sangat..tapi sekarang dah pelik..kalau mula2 suka..sama2 suka..serah semuanya..tetapi..bila dah si jantan tu? tak hendak kahwini dia..dia pun laporlah dia kena rogol..hemm kadang-kadang bodoh jugak manusia ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-07-05 19:24


yang merogol pastilah salah..
yang dirogol tak semestinya tidak salah..

tapi kerajaan confirm salah. :-)

ps: ada bangkangan??? ana sedia menjawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143056 saat. Lajunya....