Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 14 jam, 51 minit yang lalu


Sajak
Topik: ...WANITA dan KEMULIAAN...


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» ...WANITA dan KEMULIAAN...

Please Mendaftar To Post


Oleh ...WANITA dan KEMULIAAN...

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-07-05 17:00


~WANITA dan KEMULIAAN~

WANITA
Renunglah dengan mata hati
Bukanlah dengan emosi
Adakah hadirmu menguntungkan
Atau ianya sekadar mengisi kekosongan

Oh,WANITA
Sering kali engkau berduka
Kononnya engkau sering dipesenda
Oleh kerana hakmu diperguna
Engkau seolah-olah insan yang hina
Hanya berada di belakang pemuda
Sehingga timbulnya pelbagai suara
Yang menuntut hak sama rata

Wahai WANITA
Adakah engkau sudah lupa?
Engkau sebenarnya sangat ISTIMEWA
Ayuh bukalah mata dan minda
Untuk merenung seketika
Agar engkau tidak lagi alpa
Bahawasanya engkau terlalu MULIA

Duhai WANITA
Engkau bukanlah dijadikan daripada kepala
Untuk menjadi ketua segala ketua
Dan engkau juga bukan dijadikan daripada kaki
Untuk dihina dan dikeji ataupun dicaci
Tetapi engkau dijadikan daripada tulan rusuk
Yang terletak dengan hati
Untuk dikasihi dan disayangi

Ingatlah WANITA
Dari rahimmu yang sempit itulah
Lahirnya seorang perdana menteri
Lahirnya seorang ulama sejati
Lahirnya seorang mujahid berani
Lahirnya seorang rasul dan nabi
Tidak dari rahim lelaki
Tidakkah engkau mengerti?
Kedudukanmu terlalu tinggi

WANITA
Sebagai IBU ratu sanubari hati
Mentaatimu adalah tiket ke syurga
Berbakti kepadamu petunjuk sifat taqwa
Mengasihimu lambang akhlak yang mulia
Mengabaikanmu membawa celaka
Mengetepikanmu seolah-olah tiada makna di dunia

Wahai WANITA
Andainya pena dijadikan perantaraan
Untuk membuat segala penilaian catatan
Untuk membuktikan segala KEISTIMEWAAN
Nescaya tiada kemampuan
Kerana engkau terlalu diagungkan
Cukuplah jika engkau telah membuat persediaan
Berlandaskan ilmu dan keimanan
Bukannya berdasrkan emosi dan perasaan
Pastinya engkau dapat menerima kenyataan
Bahawa engkau sebenarnya terlalu dimuliakan
Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan



:-? :roll: :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-07-05 23:35


nilai wanita itu tinggi..tetapi sayang jika ianya tercalar kerana kehendak sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-07-05 18:00


kemuliaan wanita hanya dapat dirasai oleh mereka yang pandai menghargai oleh apa yang telah Tuhan Anugerahkan ke atas dirinya sebagai seorang "WANITA"

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

indah_hati84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-07-05 18:36


wanita...hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehahhhhhh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_hati84Profil   Hantar PM kepada indah_hati84   Pergi ke indah_hati84's Website   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 18:29


pilihan ditangan sendiri...antara kemulian @ kehinaan...wanita senang untuk memasuki syurga jika patuh pada suami serta agama selagi ianya tdk melanggar hukum allah...ttp ingatlah senang juga untuk terjun ke neraka jika ianya banyak menderhaka.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 21:49


Hmm...sukar untuk ku cari wanita yang solehah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

sitishuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11861
Posting: 132
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 22:52


Wanita tertawa
Wanita menangis
Wanita tersenyum
Wanita berduka

Biar apa yang menanti
Ku tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan
Yang tak berkesudahan

Engkau korbankan segalanya
Tak pernah pinta balasnya
Kau titiskanair mata
Namun tersenyum jua

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishuhadaProfil   Hantar PM kepada sitishuhada   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 14:03


Bersyukurnya ana diciptakan sebagai seorang wanita..

Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari...



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 17:57


Semoga kita semua para wanita sedar akan kemuliaan yang telah pencipta kita berikan...hargailah ianya dengan seadanya...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 10:11


untuk mu'wanita'...
Ambillah secebis ketabahan SITI KHADIJAH
Secangkir keluhuran FATIMAH
Selautan ilmu AISYAH
Sekudus taqwa RABIATUL ADAWIYAH
Serta semulia hati SUMAIYYAH......

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

annur83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 08-07-05 10:18


assalamualaikum wrt..


Cantik WANITA kerana kejernihan wajah
Manis WANITA keraba senyuman indah,
Ayu WANITA kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebat WANITA kerana kesabaran dan
Mulia WANITA kerana keimanan yang teguh!!!

PS:moga kita menjadi sebaik2 wanita disisiNya...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For annur83Profil   Hantar PM kepada annur83   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 10:34


Subahanallah betapa hebatnya ciptaanMU YA Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 16:33


*~WANITA solehah hiasan duniawi,disyurga pula ianya sebagai BIDADARI~*:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 19:20


:-) ;-)
:-D :-D :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 11:56


nantikan puisi "WANITA dan KEMULIAAN" ini dikeudarakan dalam segmen Nukilan IKIM.FM,sabtu jam 10-12 mlm...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Eyo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16934
Posting: 77
Dari: bumi tuhan...

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-07-05 00:18


bagus sajak ni....puisi yang asli..hasil keringat yang nilainya tinggi...tadi baru saja trdengar di IKIM.FM dalam segmen nukilan...rupa2nya cik NaZa_Firman yang empunya nukilan....di sesuaikan pula degn lagunya....ishhh...bruntunglah WANITA...berminatlah boleh dijadikan lirik nasyid ni...apa lagi Inteam atau Dehearty xbrminat ke???..cepat2lah hubungi cik NaZa s/u event kita tu?...

.....................
p/s...: cik NaZa,segmen nukilan kat IKIM tu? brtukar siaranlah..bukan hari sabtu,tapi hari isnin..hehehe..jangan mare ahhhh ;-) :-D



apa pun anda memang brbakat :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For EyoProfil   Hantar PM kepada Eyo   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 18:06


terima kasih Eyo atas pujian tu?......trlupalah pula yang segmen NUKILAN di ikim.fm tu? dah tukar siarannya...dah lama xdengar segmen tu?...tapi mlm tadi sempat jglah dengar puisi tu? dikeudarakan...terharu sungguh...syahdunya bila dengar lagu yang diputarkan oleh djfairuz tu?......lagi pun itu puisi yang saya ciptakan masa zaman ngaji di kolej dulu-dulu kala..... :-) ....

.......................................................
sesuai ke dijadikan lirik nasyid :-? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 23:35


Amboi Naza, dah pandai berpuisi ye sekarang. Bolehlah deklamasikan di JK nanti. Tahniah atas sajak yang menyentuh hati.. ;-)


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

narato
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16524
Posting: 143
Dari: jb...ukm,bangi

Johor  


posticon Posting pada: 13-07-05 02:46


syahdu sungguh puisi tu?. :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For naratoProfil   Hantar PM kepada narato   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 18:18


terima kasihlah cik presiden diatas penghargaan yang diberikan tu....minat buat puisi tu,dah lama dah...sejak dari sekolah rendah lagi...puisi "wanita dan kemuliaan" tu pulak saya cipta masa duk boring2 isi masa trluang ngaji di kolej...cipta puisi boleh,hmmmmm masa jk nanti boleh lah cik presiden pula yang menyampaikannya...:)...xpandailah menyampaikan puisi...baca tazkirah bolehlah...heheeh


...............................
"Wanita kau racun engkau juga penawar"
"Wanita kerana keistimewaan Mu"
"Terpikul segala amanah dibahu Mu"

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Eyo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16934
Posting: 77
Dari: bumi tuhan...

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-07-05 05:53


andai kata jika segmen nukilan kat ikim tu ada siaran ulangan...teringin nak dengar balik deklimasi puisi "wanita dan kemulian" ni.trlalu brmakna...
cik naza,saya nak ambik puisi ni boleh tak?sebagai simpanan saja.
hmmm.tringin juga nak lihat cik naza ataupun cik presiden menyampaikan puisi dalam program jk yang akak datang...pasti dapat sambutan tepukan yang gemuruh daripada hadirin.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For EyoProfil   Hantar PM kepada Eyo   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-05 02:25


ish......mana boleh macam tu...dibimbangi jika didepan hadirin suara xkuar pula...aiiiisyeh...kacau,kacau...heheh...lainlah Kalau cik presiden kita,dia dah biasa dengan semua tu.....;)..seiringan dengan gerak dan gayanya sekali...pasti terhibur...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Eyo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16934
Posting: 77
Dari: bumi tuhan...

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-07-05 17:30


bila lagi nak tunjukkan bakat yang terpendam tu....? ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For EyoProfil   Hantar PM kepada Eyo   Quote dan BalasQuote

Mata_Pena
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18232
Posting: 31
Dari: kat mana-mana saja...bumi allahkn Luas

egypt  


posticon Posting pada: 04-09-05 13:52


Pada 24-07-05 17:30 , Eyo posting:

!!! QUOTE !!!

bila lagi nak tunjukkan bakat yang terpendam tu....? ;)




a'ah lah..kak naza memang ada bakat dalam mencipta puisi...masa sekolah dulu dia aktif..banyak dah sajak atau puisi yang dia dah ciptakan...pernah juga jadi juara dalam dewan pelajar masa kak naza dibangku sekolah rendah...naib juara ciptaan puisi majalah siswa,tempat ke tiga pertandingan mencipta pantun peringkat sekolah2 N9 dan yang paling membanggakan ialah kak naza brgelar pemantun trbaik dalam pesta pantun piala menteri besar N9 xsilapnya dalam tahun 1998 agaknya....walupun masa tu first time dia dapat masuk dan jadi pemantun simpanan saja..tapi orng kata tuah ayam nampak di kakikan...Tuah manusia ???? hanya tuhan yang tahu... :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For Mata_PenaProfil   Hantar PM kepada Mata_Pena   Quote dan BalasQuote

Mata_Pena
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18232
Posting: 31
Dari: kat mana-mana saja...bumi allahkn Luas

egypt  


posticon Posting pada: 04-09-05 13:58


Pada 03-07-05 17:00 , NaZa_FirmaN posting:

!!! QUOTE !!!

~WANITA dan KEMULIAAN~

WANITA
Renunglah dengan mata hati
Bukanlah dengan emosi
Adakah hadirmu menguntungkan
Atau ianya sekadar mengisi kekosongan

Oh,WANITA
Sering kali engkau berduka
Kononnya engkau sering dipesenda
Oleh kerana hakmu diperguna
Engkau seolah-olah insan yang hina
Hanya berada di belakang pemuda
Sehingga timbulnya pelbagai suara
Yang menuntut hak sama rata

Wahai WANITA
Adakah engkau sudah lupa?
Engkau sebenarnya sangat ISTIMEWA
Ayuh bukalah mata dan minda
Untuk merenung seketika
Agar engkau tidak lagi alpa
Bahawasanya engkau terlalu MULIA

Duhai WANITA
Engkau bukanlah dijadikan daripada kepala
Untuk menjadi ketua segala ketua
Dan engkau juga bukan dijadikan daripada kaki
Untuk dihina dan dikeji ataupun dicaci
Tetapi engkau dijadikan daripada tulan rusuk
Yang terletak dengan hati
Untuk dikasihi dan disayangi

Ingatlah WANITA
Dari rahimmu yang sempit itulah
Lahirnya seorang perdana menteri
Lahirnya seorang ulama sejati
Lahirnya seorang mujahid berani
Lahirnya seorang rasul dan nabi
Tidak dari rahim lelaki
Tidakkah engkau mengerti?
Kedudukanmu terlalu tinggi

WANITA
Sebagai IBU ratu sanubari hati
Mentaatimu adalah tiket ke syurga
Berbakti kepadamu petunjuk sifat taqwa
Mengasihimu lambang akhlak yang mulia
Mengabaikanmu membawa celaka
Mengetepikanmu seolah-olah tiada makna di dunia

Wahai WANITA
Andainya pena dijadikan perantaraan
Untuk membuat segala penilaian catatan
Untuk membuktikan segala KEISTIMEWAAN
Nescaya tiada kemampuan
Kerana engkau terlalu diagungkan
Cukuplah jika engkau telah membuat persediaan
Berlandaskan ilmu dan keimanan
Bukannya berdasrkan emosi dan perasaan
Pastinya engkau dapat menerima kenyataan
Bahawa engkau sebenarnya terlalu dimuliakan
Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan



:-? :roll: :-o






WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di lengan untuk dilindungi
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta mahupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah hai wanita insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Menemani lelaki di syurga idaman

Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

macam ada kait-mengait saja.... :roll:
jeng..jeng..jeng :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For Mata_PenaProfil   Hantar PM kepada Mata_Pena   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 14:27


ish...ada-ada saja si Mata_Pena ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108992 saat. Lajunya....