Oleh |
Syarat Buka Tudung Untuk Di terima Kerja,Naik Pangkat |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 29-05-05 22:29
...........
Fikirkanlah....
Suatu ketika dahulu, sensitiviti umat Islam pernah diuji dengan tindakan kerajaan Perancis menghalang wanita Islam memakai tudung di pusat-pusat pengajian.
Begitu juga di negara jiran kita Singapura, yang kononnya mendakwa pemakaian tudung di sekolah sebagai penghalang intergrasi kaum.
Kita juga masih ingat bagaimana seorang ahli parlimen wanita Islam di Turki terpaksa meletakkan jawatan semata-mata kerana mahu terus menurut perintah Allah, iaitu menutup aurat.
Sensitif
Pendek kata, semua pihak sama ada kerajaan, pembangkang atau NGO’s pasti akan menunjukkan sensitiviti sebagai Muslim bila ada pihak cuba mempertikai pemakaian tudung oleh wanita Islam.
Tetapi apakah kita sedar bahawa usaha menghalang wanita Islam di Malaysia menutup aurat sudah lama berlaku tanpa disedari umum.
Baru-baru ini ketika cuti semester (pelajar IPTA) saya ingin mencari pengalaman bekerja, di samping menambah duit poket. Saya mencari kerja di sekitar bandar Teluk Intan, Perak.
Minta tanggal tudung
Apa yang menyedihkan ialah 4 daripada 5 buah kedai (80 peratus)yang dimiliki oleh taukeh dan nyonya dari bangsa Cina mengenakan syarat kepada saya agar menanggalkan tudung jika mahu diterima bekerja.
Saya bertanya alasannya berbuat demikian. Dengan penuh biadap mereka menuduh pekerja yang bertudung boleh mencuri barang kedai dengan menyorokkannya di dalam tudung.
Saya bertanya kepada beberapa kenalan di tempat lain, jawapan yang sama sering dijadikan syarat oleh kedai-kedai milik peniaga Cina ini.
Syarat naik pangkat
Pengalaman teman saya bekerja di sebuah pasaraya membuktikan beliau seringkali digalakkan untuk menanggalkan tudung jika mahu dinaikkan pangkat atas alasan pekerja yang tidak bertudung lebih diyakini oleh pihak pengurusan.
Sudah menjadi kebiasaan wanita Islam kita bertudung ketika keluar dari rumah dan menanggalkannya di tempat kerja. Tidak hairanlah jika kita lihat ramai remaja wanita Islam yang tidak bertudung di tempat kerja.
Saya amat kecewa dengan situasi ini. Saya amat berharap umat Islam dapat melakukan sesuatu untuk menangani situasi ini. Pihak berkuasa mestilah segera memantau kebiadapan kaum yang sudah melampau ini.
Janganlah kita hanya membela nasib orang lain sedangkan nasib bangsa seagama kita sudah dihina dengan sebegini rupa.
|
tuyup
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~
|
Posting pada: 29-05-05 23:03
ape sudah jadi ni....
apakah tudung diguna ketika baru nk kuar umah je..kt opis free hair..
masyaallah..
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 30-05-05 10:19
betul apa yang awak ckp.Lecturer english saya pernah cerita dia pernah minta kerja,masa itu dia pakai tudung...mana2 pergi tak dapat kerja.lepas itu dia test power pergi interview tak pakai tudung,terus dapat kerja..
|
akmaljaiputra
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.04.2005 Ahli No: 15948
Posting: 38
Dari: selangor [cheras]-->melaka
|
Posting pada: 30-05-05 10:34
bodoh betul org yg tak paham agama tu.........
so wanita2 bertudung perlulah m'perjuangkan hak2 bertudung itu.......
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-05-05 21:47
terpulang kepada individu... kalau kita yakin rezeki kita ditangan majikan kita so go on la... tapi kalau kita yakin rezeki itu ditangan Allah so ikut ajaran agama dan jangan mengalah.. mungkin bila dia tanya kenapa kita ni keras kepala sangat dan kita bagi jer alasan kita yang tegas tu akan menyebabkan dia jadi seorang penganut islam yang alim dan bertaqwa...
----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 31-05-05 12:26
Apalah sangat pangkat di dunia jika dibandingkan dengan ganjaran ALLAH swt.
Quote:
| Suatu ketika dahulu, sensitiviti umat Islam pernah diuji dengan tindakan kerajaan Perancis menghalang wanita Islam memakai tudung di pusat-pusat pengajian.
|
|
Erm, setahu ana; larangan ini hanya untuk penjawat awam dan pelajar yang masih belum mencapai umur 18.
Alasan mereka ialah pendidikan adalah sesuatu yang liberal dan sekular, tiada kaitan dengan agama.
Dan, apabila sudah cukup 18 tahun, maka mereka bebas memakai tudung; kerana France adalah sebuah negara "demokrasi".
Namun, ada juga beberapa universiti yang menghalang pelajarnya bertudung, atas alasan "keselamatan"...
Di tempat ana, di Colmar, Alhamdulillah, mereka memahami. Hinggakan mereka menangguhkan kelas untuk membenarkan kami Solat Jumaat.
Dan, hampir setahun ana di sini, hanya 3 kali ana terlepas solat Jumaat.
Yang pertama kerana baru sampai, dan ada urusan yang perlu dilakukan, juga kerana masih x tahu di mana masjid.
Kedua, pada minggu kedua, sebab tersesat (silap baca peta !)
Dan, hanya yang ketiga disebabkan terpaksa menghadiri kelas, kerana pertukaran jam kepada waktu musim panas...
Inilah yang berlaku di IUT Colmar, untuk program persediaan student Malaysia. Tempat lain? Wallahua'lam. -----------------
|