Oleh |
Balasan Tak mandi wajib, untuk panduan semua |
Azri
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.09.2004 Ahli No: 11001
Posting: 75
Dari: Tupak Kelate(Tumpat Kelantan)
|
Posting pada: 29-05-05 13:37
Subject: Balasan Tak Mandi Junub  , Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa ....sila-silakanlah...... Wassalam.
|
uwaisalqarni
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2005 Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah
|
Posting pada: 30-05-05 17:59
Alhamdulillah...syukran ya akhi azri..satu peringatan kepada suami dan isteri juga kepada sesipa yg bermimpi hingga mengeluarkan air mani.. benda yg kita lihat seolah2 ringan tapi azab yg menunggu bagi sesiapa yg mencuaikan amatlah berat.. semoga kita berwaspada setiap syariat yg diwajibkan..insyaAllah ----------------- PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 30-05-05 18:11
Bukan sekadar peringatan utk suami isteri je, tapi utksemua yg 'diwajibkan mandi' hadas ni... Syukran jazilan,Azri
|
uwaisalqarni
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2005 Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah
|
Posting pada: 30-05-05 18:15
kan ana kata "juga kepada sesiapa yg bermimpi" tue..baca elok ye ukhti.. ana Alhamdulillah tahu..
|
nauwirQalbana
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.01.2005 Ahli No: 13556
Posting: 39
Dari: jelapang yang permai
|
Posting pada: 30-05-05 18:40
rasanyer ukti puteri_nailofar tu cume nak menambah 1 golongan lagi jer pada apa yang dah disebut tu..so, sumernyer 4. ke pedoman tu untuk 3 yang disebut oleh akhi uwaisalqarni je...?
|
imannoraina
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 31-05-05 13:26
Thanks 4 the info...wlaupun remeh tapi seksaannya..Tuhan je yang tau
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 31-05-05 17:28
kita selalu memandang remeh perkara tersebut... bukan perkara tu jer malah solat pun kita memangdang remeh.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
espiranza
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 935
Posting: 192
Dari: negara akhirat kekal abadi
|
Posting pada: 31-05-05 17:37
assalamualaikum, ana rs maksud puteri_nailofar peringatan juga kpd semua yg 'di wajibkan mandi hadas' nih, as in ramai yg melambat-lambatkan terutama utk kaum hawa..bukan sj utk yg bermimpi..bukan kerana mimpi shj baru diwajibkan mandi hadas nih..betul tak?wallahualam wassalam.
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 31-05-05 17:56
Tima ksh dkt azri sbb sudi brkongsi maklumat yang berguna tu.Mmg kita perlu menitikberatkan hal sebegini.mungkin ramai yang menganggap remeh tp sebenarnya mandi hadas itu amat penting bagi memastikan amal ibadat kita dietrima ALLAH.Wallualam... ----------------- bersama meninggikan martabat ISLAM
|
tentera_berkuda
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan
|
Posting pada: 19-07-05 21:48
|
tentera_berkuda
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan
|
Posting pada: 19-07-05 21:52
|
imansyazwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2005 Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 25-07-05 19:30
|
nurman
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!
|
Posting pada: 25-07-05 20:36
mandi jangan tak mandi! nanti berbau!hehehe.. jika tak nak?cubalah jadi macam dia.... kalau xreti?blajarlah....ok? sesal dahulu pendapatan sesal kemudian padan muka!!!
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 19-09-05 22:55
> terima kasih di atas info ini... > sebaik2 peringatan buat kita semua.. > insyaAllah...
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 20-09-05 09:47
syukran jazilan...
|
alqibtiaz
WARGA SETIA Menyertai: 31.07.2004 Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 21-09-05 20:56
Syukran jazilan 4 the info...erm..dah pernah dengar cerita ni....tapi hangatkan nasi yang dah basi..tak apa kan...  Erm....masalahnya sekarang...ada segelintir masih tak reti dan tak tau cara2 nak mandi wajib...susah jugak... Erm...peranan cikgu2,ibu-bapa dan diri sendiri penting... Janganlah sambil lewa bab2 ni....ish..balasannya pedih... Moga kita semua tak termasuk dalam golongan ini..InsyaAllah... Wallahua'alam..
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 21-09-05 21:06
jangan pandang ringan dalam bab2 macam ni.. ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 25-09-05 10:51
 wwt... Nauzubillah.... Dan namanyer pun WAJIB,maka kita wajib melaksanakannyer..kalau tak...berDOSA lah jwpnyer..
|
Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad
|
Posting pada: 25-09-05 11:32
uihh...bahaya tull...tapi,ramai remaja zaman sekarang ni yang tak reti mandi wajib..padahal dah besar panjang...nauzubillah...
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 25-09-05 18:17
|
cahaya82
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.07.2005 Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 26-09-05 09:18
syukran jazilan for info..... sama2 kita jadiakan ia satu pengajaran....... saya setuju kata-kata !!! QUOTE !!! Posting pada: 25-09-05 11:32
uihh...bahaya tull...tapi,ramai remaja zaman sekarang ni yang tak reti mandi wajib..padahal dah besar panjang...nauzubillah...
 sama2 lah kita muhasabah diri.....
|
yan4485
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL
|
Posting pada: 26-09-05 09:59
macam tu sekali... wow... dahsyat..
|
in_saff
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18774
Posting: 35
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 26-09-05 11:24
bagi sesiapa yang berhadas besar, wajiblah dia mandi wajib...name pun dah wajib dah...macam mana solat kita nak diterime Kalau kita sedang berhadas besar??? hadas kecil pun dah tak diterima ni kan pula hadas besar.... Sedangkan orang yang dah mati pun akan dimandikan (kecuali para syuhadah)... ni kan kita yang masih hidup dan mampu untuk mandi.... jadi mandilahhh....
|
sazuwi
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai
|
Posting pada: 09-10-05 00:23
bila dah dinamakan wajib...memang kener dituntut dilakukan..kalau tak..balasan azab yang ngeri dari Allah... p/s: Aurat pun wajib juga..
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 09-10-05 08:06
Bagi yang telah berkahwin, bukan setakat janan lupa mandi junub, tapi janganlah sekali-kali terlanjur bersatu di siang hari pada bulan Ramadhan ni. Sekadar ingatan..."ingat-memperingati bermanfaat bagi orang mukmin"
|
muslimahmuar
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.08.2005 Ahli No: 18544
Posting: 38
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 09-10-05 10:46
syukran................ moga infoini dapat menjadi panduan kita semua.. insya-Allah..
|