Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 223
Ahli: 0
Jumlah: 223




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Batu bata asas Islam....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Batu bata asas Islam....

Please Mendaftar To Post


Oleh Batu bata asas Islam....

kinan
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2004
Ahli No: 11572
Posting: 9
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-05-05 16:43


Memilih dan mengumpulkan para pemuda yang mempunyai sifat pintar dan berani kemudian mentarbiahkan mereka dengan pentarbiahan yang tuntas dan serius, merupakan dua rukun asasi dalam perancangan harakah Islamiyyah. Ia sebagaimana dinyatakan oleh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadawiyy:

“Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.”

Gerakan Islam Hendaklah Menilik Dirinya Namun tarbiah ini bukanlah dilakukan secara semborono. Antara ciri khususnya yang paling utama ialah ia menyahut seruan tuntutan marhalah dan menangani realiti.

Pada setiap adab yang diserukan oleh Islam ada kebaikan, tetapi tenaga manusia yang mempunyai niat yang baik amat terbatas. Oleh itu, hendaklah ditentukan bahagian kebaikan yang manakah lebih penting, lalu yang lebih penting itu dan yang boleh memenuhi keperluan marhalah semasa dimulakan terlebih dahulu selepas melakukan analisis terhadap kekurangan yang ada. Hakikat inilah yang mewajibkan harakah Islamiyyah hari ini agar menilik dirinya dengan penuh pengalaman dan dalam khalwat pemerhatian agar ia dapat menentukan apakah kekurangannya dan membilang apakah aset yang dimilikinya. Ini mesti dilakukan agar nanti tilikannya terhadap manusia juga mendapat ketepatan daripada Allah swt, juga dapat menentukan apakah jalan yang harus ditempuhi ketika menghadapi persengketaan yang amat sengit ini.

Ia sebagaimana dinyatakan oleh Samnun, seorang zahid yang bijaksana ketika beliau berkata setelah ditanya berkenaan dengan tilikan (firasat) dan hakikatnya:

“Sesiapa yang menilik diri sendiri lalu dia dapat mengenali dirinya yang sebenar, maka benar dan tepatlah tilikannya pada orang lain juga.”

Ia adalah hakikat agung yang dibongkar oleh Samnun melalui beberapa perkataan yang sedikit sahaja. Beliau menyerahkan kepada kita untuk menerimanya sebagai titik tolak untuk kita melakukan tilikan yang kritis terhadap diri sendiri, agar kita dapat menentukan kedudukan kita yang sebenar dan dapat mengenalpasti apakah kekurangan kita. Kemudian agar kita dapat menukar tilikan (firasat) itu kepada kajian yang kita lalui dan gunakannya sebagai sumber yang tidak pernah kering kepada seluruh pendakwah dengan izin Allah. Lalu setelah menimba daripadanya, mereka menjadi para pendakwah yang mempunyai penuh kesedaran. Mereka adalah orang-orang yang benar berdasarkan kebenaran yang mereka bawa daripada tuhan mereka dengan menjaga segala titah perintahNya.

Dalam tempoh yang terdekat, sejarah menyaksikan beberapa bahagian harakah berada jauh daripada keseimbangan yang dituntut dalam melakukan takwin (pembentukan) dan tarbiah. Ada juga harakah yang memberikan tumpuan yang lebih kepada sesuatu sudut tertentu daripada sudut-sudut yang lain. Anda dapat lihat satu harakah di suatu tempat memberikan tumpuan yang lebih kepada sudut ibadat dan pembersihan jiwa, sedang harakah lain yang berada di tempat lain memberikan tumpuan yang lebih kepada sudut pemikiran, manakala harakah lain yang berada di tempat yang lain lagi memberikan tumpuan yang berlebihan kepada penyertaan dalam aktiviti politik seharian. Hasil daripada kepelbagaian tumpuan yang diberikan ini, lahirlah kepelbagaian pembentukan. Daripada kes-kes yang banyak berlaku, mereka yang terlibat menyedari bahawa aliran pentarbiahan yang menyeluruh dan seimbang, yang dapat menyempurnakan kekurangan mestilah dimulakan. Ciri-cirinya tercerna melalui penanaman hakikat-hakikat berikut:

• Kesungguhan melakukan solat dan mengukuhkan akidah.
• Beriltizam dengan adab-adab ukhuwwah.
• Gembira kerana dapat berkorban dan memenatkan diri seharian.
• Rindu kepada jihad dan mati syahid tetapi bukan dengan semberono.
• Berdisiplin dengan melakukan ketaatan.
• Mengurangkan pergantungan dengan dunia dan hanya menuntut sedikit sahaja daripada bahagian dunia.
• Menunggu-nunggu saat kematian dan melupakan angan-angan keduniaan.
• Cinta kepada Allah swt dalam keadaan penuh pengharapan yang digenangi dengan perasaan takut (khauf).
• Melakukan mufasalah (tidak bergaul) dengan orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
• Bersabar terhadap segala mehnah yang dihadapi.
Sesiapa yang dapat merealisasikan ciri-ciri di atas, maka dia menjadi salah seorang daripada batu bata asai (al-qa’idah al-sulbah) yang boleh dijadikan sebagai sandaran bagi sesebuah harakah Islamiyyah.

(JADI PERLULAH KITA ADA INI@RIJAL)



Bookmark and Share

    


  Member Information For kinanProfil   Hantar PM kepada kinan   Pergi ke kinan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095029 saat. Lajunya....