NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri telah kembali ke rahmatullah jam 4.47 petang ini di Hospital Selayang kerana mengidap 'septichemia shock'.
Beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre pada 5 Januari lalu dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Selayang pada 26 Januari untuk rawatan seterusnya.
Jenazah beliau akan dibawa pulang malam ini ke Lot 2, Kampung Muhibbah , Jalan Taman Pasu Jitra, Kedah, disembahyangkan di Masjid Al A'la, Jitra jam 11.00 pagi (24 Mei) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hijrah, Jitra Kedah.
Bersama kita berdoa semoga roh allahyarham dicucuri rahmat di sisi Allah SWT dan tergolong bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. ** ana dpt 1st msg dr lisa..bekas ank kpd tnc UUM..xdpt bls msg dik..huhu..kdt expired..
next..dr sarah..ros..diah..
tgk gak tv3..news..xde pun...
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20050523231954/Article/
Jenazah Dr Ahmad Fawzi dibawa ke kediamannya di Kampung Muhibah, Jitra, malam tadi dan dijangka dikebumikan pagi ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak ketika ditemui selepas menziarah Allahyarham di hospital malam tadi menyifatkan pemergian Dr Ahmad Fawzi satu kehilangan besar kepada negara.
Beliau berkata, Allahyarham bukan saja tokoh yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara, malah pegawai tinggi dalam bidang pendidikan yang amat meminati bidang ketenteraan.
“Allahyarham memberi sumbangan amat besar dalam menyediakan asas sehingga terlaksananya PLKN. Pemergian beliau memang amat dirasai dan satu kehilangan kepada kita semua,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Aishah Ibrahim dan empat anak, iaitu Dzulhilmi, Dzu-wairi, Noor Ezdiani dan Noor El-yana.
Kerajaan mengiktiraf pengalaman ketenteraannya dengan melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara pada 2004.
Dr Ahmad Fazwi yang dilahirkan di Kampung Blanja Kiri, Parit, Perak, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Blanja, Parit dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit.
Allahyarham pernah bersekolah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 1964 hingga 1966 dan Sekolah Dato’ Sri Amar Diraja, Muar, Johor dari 1967 hingga 1968.
Ahmad Fawzi menyambung pengajian pada peringkat Sarjana Muda dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya dan pada peringkat Sarjana di universiti yang sama pada 1983, sebelum menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam bidang politik di University of Hull, United Kingdom pada 1993.
Beliau memulakan kerjaya di universiti sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1984 dan UUM sebagai Dekan Pengajian Asasi antara 1984 hingga 1986.
Pada 2 Jun 1986, beliau dilantik sebagai Prof Madya dan Profesor mulai 15 November 1998.
Allahyarham kemudian dilantik Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM mulai 15 Oktober 1997 dan Naib Canselor pada 1 Jun 2001, menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Noor Salleh.
Antara pencapaiannya dalam tempoh menjadi Naib Canselor UUM ialah penukaran sistem sekolah kepada fakulti, menerapkan etika dan disiplin, penyempurnaan waktu bekerja, menangani gejala rasuah, mengamalkan sikap berbelanja secara berhemah, memperkemaskan struktur anak syarikat milik UUM dan menggandakan usaha menjadikan UUM sebagai universiti dalam talian.
Perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor disambung hingga Mei 2006 selepas bersara wajib pada 11 Mei 2004.
Allahyarham mencatatkan sejarah sebagai ahli akademik pertama dari UUM yang dilantik sebagai Naib Canselor dari universiti yang sama.
Ahmad Fawzi juga dilantik sebagai Kolonel Komander Rejimen 513 Askar Wataniah mulai 1 Februari 2000.
>> salam TAKZIAH... buat keluarganya..
(>,,,<)
( . _ . )
(_v_v_)~
Ukhwah fillah Abadan Abada!!!
::walau sehebat manapun kita.. walau berjaya setinggi langit pun..
tetapi tanpa doa & restu ibu yg melahirkan kita tiadalah keberkatan hidup ::
[ Posting ini telah di edit oleh: simpLe_sHida pada 2005-05-24 14:04 ]