Oleh |
Kepimpinan PAS : Kenapa Kita Kena Pilih Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Hadi Dan Tok Guru Harun Din |
alhafiz
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.08.2003 Ahli No: 3038
Posting: 48
Dari: pondok usang
|
Posting pada: 24-05-05 09:41
Mendaulatkan agama Allah dan menyambung kerja Rasulullah s.a.w merupakan agenda besar yang menjadi dasar PAS sejak beberapa dekad ianya ditubuhkan. Matlamat ini tidak pernah berganjak biarpun kepimpinan silih berganti. Bagi pendokong PAS kita yakin bahawa tugas besar ini merupakan matlamat utama kita sebagai hamba Allah s.w.t. Bahkan keyakinan ini tidak sedikitpun pudar biarpun kita masih lagi tak mampu untuk memperoleh kemenangan mutlak memerintah Malaysia. Bahkan kita yakin dengan sessungguhnya bahawa kemenangan yang sebenar ialah apabila seseorang itu berjaya mengambil Islam sebagai asas kehidupan " Way Of Life " dan mati dalam keadaan tetap teguh dengan perjuangan menegakkan agama Allah.. Soal kemenangan di dunia ini, ianya adalah anugerah Allah s.w.t apabila kita benar- benar layak untuk memperolehinya. Sejarah membuktikan Islam mempunyai " track record " yang hebat dalam mentadbir dunia ini. Dan sejarah ini pasti akan berulang bila tiba masanya kelak. Inilah janji Allah s.w.t kepada pendokong perjuangan Islam. Allah s.w.t tidak akan menyoal samada kita menang atau kalah, berjaya atau gagal dalam perjuangan tetapi Allah s.w.t akan menyoal setiap hambanya adakah mereka ikut atau tidak ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w....allahuakbar !!!
|
tuyup
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~
|
Posting pada: 24-05-05 10:37
takbir... PAS sentiasa berjaya dalam perjuangan.. islam itu adil... kemenangan kembali akan menyusur... kite tgu dn lihat.. takbir.... membangun bersama islam
|
haura_akhas
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14612
Posting: 118
Dari: klate
|
Posting pada: 24-05-05 11:05
alahamdulillah...rupanya masih lagi umat manusia zaman sekarang ni yang mahukan undang-undang islam tertegak di bumi ALLAH ini... insyaALLAH, islam akan terus gemilang dibawah pimpinan ulama' ----------------- Pasakkan Iman Untuk Satu Perubahan...
|
NurulJihad85
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.01.2005 Ahli No: 14003
Posting: 69
Dari: Di mana bumi dipijak.....
|
Posting pada: 24-05-05 12:22
|
ezad_75
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15379
Posting: 96
|
Posting pada: 24-05-05 15:05
ttp satu aje yg ana x brapa selesa.....perlukah PAS menuruti jejak amno dlm proses pemilihan pimpinan PAS. dgn kata lain x perlu pertandingan ttp proses pemilihan melalui majlis syura berdasar kriteria2 yg ditetapkan oleh ahli majlis syura. mutakhir ini ana lihat ade sket2 unsur x islamik seolah2 ada perebutan sedangkan jika kita kembali kpd matlamat asal perjuangan Islam, ia merupakan t.jawab semua insan yg mengaku Islam & perjuangan boleh diteruskan dlm apa jua keadaan walau pun tanpa jawatan. jawatan adalah amanah & t.jawab, so kenapa perlu dipertahankan. langkah sesetengah pimpinan PAS yg menarik diri drp bertanding adalah langkah bijak. ttp langkah penyandang timb presiden mempertahankan jawatan akan mencetus spekulasi yg x dpt dielakkan.
|
Pondok
Warga Rasmi Menyertai: 07.05.2005 Ahli No: 16353
Posting: 3
Dari: Jelapang Padi
|
Posting pada: 24-05-05 16:51
 ..Sumber dr harakahaily.net 8 dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS Tuesday, May 24 @ 16:36:49 MYT KOTA BHARU, 24 Mei (Hrkh) – Jawatankuasa Pemilihan PAS telah menerima lapan nama yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS manakala Presiden hanya dua nama sahaja. Calon untuk Timbalan Presiden yang dinamakan adalah Ustaz Azizan Abdul Razak, Dato’ Dr Hassan Ali, Dato’ Mustafa Ali, Dato’ Dr Harun Din, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, Senator Hassan Shukri dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Sehingga berita ini ditulis hanya Ustaz Hassan Shukri sudah mengesahkan mahu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Bagi pencalonan jawatan Naib Presiden pula, Jawatankuasa Pemilihan menerima 16 nama bagi merebut tiga jawatan yang diperuntukan. Mereka yang dicalonkan adalah Dato’ Mustafa Ali, Dato’ Dr Hassan Ali dan Ustaz Azizan Abdul Razak iaitu penyandang jawatan itu. Calon lain pula ialah Haji Husam Musa, Haji Mohamad Sabu, Dr Mariah Mahmud, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Haji Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Hassan Shukri, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Taib Azamuddin, Dato’ Dr Harun Din, Ustaz Hashim Jassin, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Dr Abdul Wahab Ismail. Bagi AJK PAS Pusat pula sebanyak 71 pencalonan diterima. Mereka akan merebut 18 jawatan AJK PAS Pusat yang diperuntuk. Ketiga-tiga jawatan di atas dijangka akan mennjadi fokus kepada perwakilan dan pemerhati pada muktamar PAS kali ini, apabila berlaku pertandingan merebut jawatan tersebut Selain itu, jawatan utama Dewan Muslimat juga dijangka berlaku pertandingan. Pemuda dan ulama tiada perubahan Bagaimanapun bagi Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak difahamkan tidak berlaku perubahan kecuali jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat apabila penyandangnya Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki mengundurkan diri disebabkan faktur usia. Jawatan itu dijangka dimenangi tanpa bertanding Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat sekarang, Mazlan Aliman yang mendapat pencalonan untuk memegang jawatan itu. Manakala jawatan ketua masih kekal kepada Salahudin Ayub dan timbalan ketua, Ustaz Idris Ahmad. Selain itu, 20 calon dijangka bertanding sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2005 - 2007. Mereka akan merebut 12 jawatan yang diperuntukan. Sementara itu, untuk Dewan Muslimat, tiga nama dicalonkan untuk jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua. Sumber Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS kali ini memberitahu setakat ini tiga pemimpin dicalon bertanding jawatan Ketua Dewan Muslimat iaitu Hajah Kalthom Othman sebagai penyandang, Azizah Khatib Mat (Naib Ketua) dan To’ Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim. Jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat juga menerima tiga pencalonan iaitu Dr Lo’ Lo’ Ghazali (penyandang), Dr Siti Mariah Mahmood dan Wan Hasrina Wan Hassan. Begitu juga bagi jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Jawatankuasa Pemilihan menerima tiga pencalonan iaitu Senator Siti Zailah Yusof, Aida Yusof Rawa dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali. Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat sekarang adalah Ustazah Azizah Khatib Mat. Pencalonan bagi jawatan AJK Dewan Muslimat pula sebanyak 32 yang diterima, sedangkan jawatan yang diperuntuk sebanyak 12 tempat. Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Pusat dijangka kekal diterajui muka lama iaitu ketua, Dato’ Harun Taib, timbalan ketua, Ustaz Mohamed Daud dan naib ketua, Ustaz Hashim Jassin. Selain itu, Jawatankuasa Pemilih juga menerima 16 pencalonan bagi merebut sebanyak 12 AJK Dewan Ulamak yang diperuntukan. Jawatankuasa Pemilih juga menjelaskan tarikh akhir bagi calon-calon yang ingin bertanding atau menarik diri mengemukakan jawapan bertulis ialah pada 27 Mei ini.
|
mawa
WARGA SETIA Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin
|
Posting pada: 24-05-05 23:01
Jangan terkejut..jika suatu ketika nanti poltik wang akan meresap ke PAS, ahli-ahlinya bukan malaikat !
|
abderrahman
Warga Rasmi Menyertai: 14.05.2005 Ahli No: 16518
Posting: 11
Dari: melaka
|
Posting pada: 24-05-05 23:57
waalaikum assalam insyaAllah tak sebab umno sokmo hantar bpr kat parti pas katanya suruh cek.... hehehe kata tok guru timo kaseh demo hehhehe nauzubillah min zalik wsalam
|
maman_hakim
Warga Rasmi Menyertai: 09.02.2004 Ahli No: 7138
Posting: 19
Dari: Bandar Penggaram
|
Posting pada: 25-05-05 02:03
hmm...sering tertanya2 mengapa dalam parti pas sendiri berlaku pergolakan yang tak manis.. jawatan itu t/jawab, sebole2nya ditolak kerana takut tak terbawa tapi dalam pas sendiri berebut jawatan(walaupun tak nampak sangat) ada gak org pas yang kurang sopan, boleh tgk ktk plihan raya..ish3, knapa mesti mengumpat untuk berkempen dgn memburuk2kan lawan? biar org kata kita, kita jgn mengata org.. byk lagi cara nak berkempen, cume kita ni da terbiase dgn cara 'demokrasi' yang 'tak best' dan terikut2 lawan, agaknya..hehe.. sorry, jgn marah!
|
ufuktimur
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12422
Posting: 31
Dari: Bumi DiBawah Bayu
|
Posting pada: 26-05-05 09:51
Sama-samalah kita berdoa agar kita sume tidak terpengaruh dengan politik wang sebagaimana yang dimainkan oleh sesetengah pihak. memang betul kita sume bukan malaikat, dan kerana itu kita memerlukan antara satu sama lain untuk saling tegur menegur dan ingat mengingati...yang penting kita perlu ISTIQAMAH dalam perjuangan ini... ----------------- " Teman sejati bukan yang selalu dekat dimata, dekat bicaranya...tetapi dia yang setia dihati dan di ingati dalam setiap bisikan doanya..."
|
Pondok
Warga Rasmi Menyertai: 07.05.2005 Ahli No: 16353
Posting: 3
Dari: Jelapang Padi
|
Posting pada: 26-05-05 11:05
nak tau lebih lanjut tentang pemilihan dalam muktamar kali ini? Sahabat sekalian leh melayari www.harakahdaily.net @ beli harakah baru yg t'hangat di psrn. Jawatan "Timbalan, Naib Presiden jadi tumpuan" adalah tajuk utama muka depan Harakah cetak keluaran terbaru yang kini berada di pasaran. Muka belakang adalah laporan tentang tindakan merobohkan sebuah rumah milik seorang anggota tentera di Terengganu. Antara laporan menarik di dalam pula adalah senarai pencalonan PAS, pandangan pelbagai pihak terhadap PAS menjelang muktamarnya dan lain-lain lagi.
|
mawa
WARGA SETIA Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin
|
Posting pada: 26-05-05 11:36
Sama mcm org kat sebelah sana..... kerusi Presiden tak boleh dicabar, yg jadi tumpuan pun kerusi yg sama mcm depa jugak! Byk jugak persamaannya tu..... kesimpulannya, mari kita lihat siapa yg KENA?!??!?
|
dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.07.2003 Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah
|
Posting pada: 26-05-05 12:08
sama-samalaa kita menegakkan syiar Islam.
|
aljawzi
Warga Rasmi Menyertai: 06.07.2003 Ahli No: 2112
Posting: 9
Dari: alor setar
|
Posting pada: 26-05-05 12:21
kuasa dan kerajaan adalah ghairullah. nabi telah bangunkan islam tanpa kuasa dan harta. dan dia jugak anak yatim piatu. kalu korang nak menang jugak tinggalla plitik yahudi tu.politik yg pecah belah umat. isalam tak suruh pecah belah. aku harap korang dapat berfikir
|
mawa
WARGA SETIA Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin
|
Posting pada: 26-05-05 12:36
Quote:
| On 2005-05-26 12:21, aljawzi wrote: kuasa dan kerajaan adalah ghairullah. nabi telah bangunkan islam tanpa kuasa dan harta. dan dia jugak anak yatim piatu. kalu korang nak menang jugak tinggalla plitik yahudi tu.politik yg pecah belah umat. isalam tak suruh pecah belah. aku harap korang dapat berfikir
|
| Apa boleh buat Tuan... kuasa mau ada, pangkat pun mesti jugak, baru 'kerja' boleh jln ! Kita ni asyik nampak sebelah sana saja... belah sini pun tak kurang jugak 'hebat'nya....!
|
lah
Warga Rasmi Menyertai: 03.12.2004 Ahli No: 12785
Posting: 5
Dari: shah alam
|
Posting pada: 26-05-05 16:41
Dia telah mensyariatkan bagi KAMU tentang agama apa yg telah diwasiatkan -Nya kepada Nuh dan apa yg telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yg telah Kami wasiatkan kepd Ibrahim, Musa dan Isa iaitu " TEGAKKANLAH AGAMA" dan JANGAN kamu BERPECAH - BELAH TENTANGNYA. Amat berat bagi orang - orang musyrik agama yg kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu org yg dikehendaki - Nya dan memberi petunjuk kepada (agama) - Nya org yg kembali (kepada - Nya). 42 : 13
|
burujislam
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12352
Posting: 63
Dari: luas bumi Allah....
|
Posting pada: 27-05-05 13:11
ikutlah kamu arah jalan yang menuju kepada Allah.... wassalam
|
NAZLY
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.04.2005 Ahli No: 15547
Posting: 52
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 28-05-05 10:45
"Darjat tertinggi disisi Allah adalah orang yang tinggi ilmu agamanya" jadi golongan yang tinggi ilmu agama lah yang wajib memimpin
|
nrlieda
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.02.2005 Ahli No: 14273
Posting: 30
Dari: melaka
|
Posting pada: 29-05-05 11:51
takkan nak tunggu pangkat dan kuasa ,baru nak bertindak....itu lebih kpd riak sj...kerja menegakakn islam tak perlu pada jawatan dan pangkat semata2..kalau nabi bersikap begini sudah mesti kita sekarang takkan lahir sebagai umat islam...hanya ketua yang dipilih utk menunjukkan hala tuju sesuatu perjalanan... sekarang ni banyak pemimpin sendiri dah mempersendakan agama...jadi siapa yang harus dipersalahkan? pilihlah pemimpin yg adil,yg mengikut dan menegakkan agama kita jgn tersalah pilih pemimpin ,kelak kita sendiri yg susah,nanti wassalam
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 29-05-05 16:10
semua orang tahu kenapa kan....kalau kita pandang pada luaran sahaja pun, dah terbukti mereka adalah golongan yang mempunyai ilmu agama yang kuat(ulama').. kita memang diwajibkan untuk memilih pemimpin yang mempunyai ilmu agama, berakhlak baik dan selaras dengan ajaran islam..dari situ, ia dapat mencorakkan rakyatnya samada kenarah umat yang berakhlak mulia ataupun umat yang semakin jauh dari islam
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 29-05-05 18:17
|
al-biruni03
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2003 Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang
|
Posting pada: 29-05-05 18:32
hohoho...ambo x reti bab2 politik nie.. tp yg ambo tahu...semoga undang2 islam tertegak jua di muka bumi Allah ini.............aminn
|
afiqah_afaf
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.10.2004 Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura
|
Posting pada: 01-07-05 16:04
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 01-07-05 20:10
semua orang tahu jawapannya..kecuali golongan yang tertentu
|