Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: al-fatihah buat adik nur salina..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» al-fatihah buat adik nur salina..

Please Mendaftar To Post


Oleh al-fatihah buat adik nur salina..

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 19:06





Edisi Nasional: Maut depan ibu

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

PENDUDUK BERANG BAKAR TRAILER GILIS NUR SALINA

KLANG: “Dia beriya-iya benar hendak ke sekolah untuk memberikan kerongsang tudung kepada gurunya sebagai tanda penghargaan sempena Hari Guru,” kata nenek kepada Nur Salina Saparedi, 7, yang maut digilis trailer ketika melintas di Lebuhraya Shahpadu menuju sekolahnya, di Kampung Rantau Panjang, di sini, semalam.

Kalsom Sirat, 65, berkata Nur Salina, murid tahun satu Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, tidak sabar untuk ke sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru dan menyerahkan bungkusan hadiah yang dibeli sejak beberapa hari lalu itu.

“Saya sedih kerana hajatnya memberikan hadiah kepada guru kesayangan sebagai tanda penghargaan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kejadian itu. Lebih menyedihkan, kemalangan itu berlaku di depan mata ibunya sendiri.

“Nur Salina sebelum ini selalu ke sekolah dengan ditemani ibunya ketika melintas jalan, namun semalam dia berkeras hendak melintas bersama beberapa rakan sekolahnya,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR), di sini, semalam.

Kalsom berkata, cucunya ada menunjukkan sedikit keganjilan apabila berkeras melintas jalan bersama rakan sekolah sedangkan sebelum ini dia sering meminta ditemani ibunya.

Katanya, dia tidak menyangka sikap ganjil Nur Salina itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya. Kejadian itu turut disaksikan ibu mangsa, Arliza Mohd Sani, 37.

Sementara itu, bapa mangsa Saparedi Wahid, 52, yang masih tidak dapat menahan kesedihan kerana kehilangan anaknya itu meminta tindakan sewajarnya dikenakan kepada mereka yang terbabit bagi mengelakkan kejadian itu berulang.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari , Nur Salina dikatakan melintas jalan bersama 10 rakan sekolahnya sebelum dia tiba-tiba dilanggar sebuah trailer membawa muatan cerucuk besi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Pemandu trailer, seorang rakyat Indonesia mempunyai taraf penduduk tetap (PR), dibelasah orang ramai yang berang dengan kejadian itu.

Tubuh mangsa yang terpelosok di bawah trailer dalam keadaan mengerikan dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian.

Orang ramai yang berang juga bertindak membakar trailer terbabit selepas membelasah pemandunya, mengakibatkan sebahagian kepala dan belakang kenderaan itu hangus.

Pemangku Ketua Trafik Daerah Klang, Cif Insp Ruslan Ramli mengesahkan kejadian itu dan berkata, pemandu trailer terbabit cedera ringan akibat dibelasah orang ramai.

Menurutnya, pemandu itu diserahkan orang ramai kepada polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2.10 petang.

Lelaki itu kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, polis bagaimanapun belum membuat sebarang tangkapan terhadap mereka yang bertanggungjawab membakar trailer berkenaan.

Sementara itu, warden lalu lintas sekolah berkenaan, Ahmad Abdul Rashid @ Ahmad, berkata beliau sudah memberikan isyarat berhenti kepada trailer terbabit supaya berhenti kerana kanak-kanak sekolah hendak melintas jalan.

Menurutnya, lori itu agak laju dan gagal berhenti menyebabkannya melanggar mangsa yang ketika itu berjalan di belakang 10 lagi rakannya.

Mayat Nur Salina dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarganya serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang sebelum Maghrib semalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 19:37


al-fatihah....

wassalam....


[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

temah_pandai
Warga Rasmi
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16235
Posting: 18
Dari: bbsb

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-05 21:10


nak salahkan saper nih...??sedih betulla tragedi yang menimpa adik ni....semoga Allah cucuri rahmat ke atas adik nur salina.....al-fatihah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For temah_pandaiProfil   Hantar PM kepada temah_pandai   Quote dan BalasQuote

elyss
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12570
Posting: 90
Dari: pekan baru,riau

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 21:50


innalillahwainnalillahiroji'un............
sama2lah kita sedekahkan al-fatihah kpd arwah..

-----------------
...diri ini tercari-cari identiti seorang wanita yang solehah... YA ALLAH berilah daku petunjuk dan hidayahMu..sesungguhnya hanya pada Mu ku meminta....

Bookmark and Share

    


  Member Information For elyssProfil   Hantar PM kepada elyss   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 21:53


sekolah tepi lebuhraya...

LEBUHRAYA...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 18-05-05 00:01




alfatihah....takziah buat keluarga adik nur salina.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 01:20


al-fatihah..semoga ruhnye di cucuri rahmat.

buat pemandu lori/ trela..............bawak2 bersabarla bile naik lori/trela tuh..

erm..

ptg td ambo pi bank islam kat klang.jumpe sorang nenek ni..ramah plak..dia tanya ambo pasal arwah sarlina..dia pon kesian kat budak tuh n marah pd pemandu lori tu.. ..


Bookmark and Share

    


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

adneen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 08:51




Al-fatihah..siannya kat adik tu..semoga dia ditempatkn di syurga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 10:08


semoga rohnya di cucuri rahmat.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

GHAIZAH_8485
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.01.2005
Ahli No: 13898
Posting: 140

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 14:10


Al-Fatihah...Mudah2an roh adik Nur Salina dicucuri rahmat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For GHAIZAH_8485Profil   Hantar PM kepada GHAIZAH_8485   Quote dan BalasQuote

fuyutsuki_azuska
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2004
Ahli No: 11163
Posting: 70
Dari: Kuala Lumpur

japan  


posticon Posting pada: 24-05-05 18:08


Na'uzubillah... comelnyaaa semoga roh mu dicucuri rahmat

Bookmark and Share

    


  Member Information For fuyutsuki_azuskaProfil   Hantar PM kepada fuyutsuki_azuska   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-05-05 23:35




salam ukhwah..

nazubillah...minatlah dijauhkan drpd kemalangan atau perkara yg tak diingini drpd terjai pd diri kita....
inilah yg dikatakn malang tidak berbau....

walau apapun, ini harus diambil sbg iktibar pd diri kita yg masih hidup ni supaya lebih berhati2 dlm setiap tindakan kita dan berusaha menambahkan amalan kebaikan selagi nyawa dikandung badan...selagi kita bernafas di muka bumia Allah ini...

innalillah..... AL-FATIHAH pd adik nur salina ini...
moga2 Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran pd ibunya dan ketenangan jiwa pd ibunya dan family semuanya...

wallhua'lam...


-----------------
Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada....maka berjuanglah untuknya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 27-05-05 01:07


Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Agak pelik. Sekolah di tepi lebuh raya, tapi tiada jejantas. Salah siapa?

Semakin hari, ana semakin geram dengan sistem jalan raya di Malaysia.
Hanya bila ada kes sebegini, barulah isu keselamatan dibincangkan.
Alangkah mahal harga yang perlu dibayar!

Apakah kita terpaksa mengorbankan nyawa manusia terlebih dahulu sebelum isu keselatan didengar?

Lebuh raya tersebut bukan lebuh raya biasa. Antara yang pertama diswastakan. Alangkah berjayanya penswastaan ini bila pemegang konsesi tidak diberi tanggungjawab untuk membina jejantas.
Ana mula meragui kredibiliti perancangan pihak terlibat.

Ana pernah mendengar, lebuhraya kita antara yang terbaik di dunia.

Sangat malang bila darah rakyat marhaen dicekik setiap hari melalui pembayaran tol, tetapi keadaan lebuh raya belum memuaskan.

Pada ana, pemandu treler bukan orang pertama yang ingin ana persalahkan. Masih ramai yang perlu kita persalahkan sebelumnya.

Namun, undang² sekarang hanya membolehkan dia seorang dipersalahkan...

Alangkah malangnya nasib pemandu treler yang berpendapatan tidak seberapa...

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 12:37




DariNYA kita datnag dan kepadaNYA jua kita kembali....
Al Fatihah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.586165 saat. Lajunya....