
Renungan buat insan bernama perempuan / wanita
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis
untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa
pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak
dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng utk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap bergemerincing dan
menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi
lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia
memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau
yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan
bau ini menunjukkan kadar kekompleksan
rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan
utk membuat pewangi itu. Perempuan yang
tidak memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh
berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm
pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata
yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah
mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau
perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar
tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan
dengan jelas dalam ayat 24-26 surah
Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada
kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-
Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk
perbukitan pada badannya. Sememangnya
ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat
yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti melabuhkan
tudungnya sehingga menutup alur lehernya
dan tidak menampakkan bentuk di bahagian
dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh
oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar
suami mesti memberi peringatan untuk
isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang
bukan mahramnya, bercakaplah dengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk
menarik perhatian lelaki yang sakit dalam
hatinya. Sememangnya suara perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak
akan menjadikan perempuan boleh berkata-
kata. Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah
buatmu. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang
boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan
mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-
Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang
begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang
yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di
sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang
boleh menimbulkan kebaranian orang untuk
bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm
hati adalah keinginan seorang lelaki utk
melakukan perbuatan sumbang dgnnya
seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat
mudah tertarik kpd seorang wanita melalui
suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan
kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,
dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas
kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda
sehingga kadang2 wajah anda menjadi
seperti hantu. Hendak bergincu? Jika
bergincu, pakailah yg tidak menyerlah
warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipbum/pelembap bibir sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang
jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik.
Kerana apabila memakai tudung seperti ini,
akan nampak juga bahagian yang
sepatutnya ditutup rapi dari pandangan
orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi
jangan biarkan mahkota itu tidak berharga
dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan
ditambah pula pengawal untuk menjaga
keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah
kain litup yang sempurna dan pengawalnya
pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda
untk memakainya dengan cara yang terbaik.
Ingatan buat diri yg sering lupa..
~ Wanita Solehah.. Insya Allah ~
-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
[ Posting ini telah di edit oleh: SyAhEeDa pada 2005-05-15 21:51 ][ Posting ini telah di edit oleh: SyAhEeDa pada 2005-05-15 21:53 ]