Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 253
Ahli: 0
Jumlah: 253




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: dah penat ker dah tahu?(SERAM)


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» dah penat ker dah tahu?(SERAM)

Please Mendaftar To Post


Oleh dah penat ker dah tahu?(SERAM)

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 07-07-03 16:19


Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang
pemuda melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambilmengepit buku.
"Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil
mengibas-gibaskan bajunya.

Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas
perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih
sudut yang agak terlindung untuk belajar. Masa terus berlalu. Beberapa jam
kemudian..... Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang
pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science"
dan"National Geographic" yang bersepah di atas meja di susun rapi.

" Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh." "Aku ada temujanji
malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih "Wah! padanlah." sahut
kawannya."E ngkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya."Aku hendak
mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklahdahulu." kata
rakannya sambil tersenyum-senyum. Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu
melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku.
Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah orang-orang
Mongol. Sekali-sekala diamengangkat kepalanya melihatkan sekeliling.
Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar
yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas
perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih
mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana
apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut
panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar
seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila
menyedari dirinya direnung sebegitu. "Hai! Buat apa tu." tegurnya.

Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang
duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak."
jawabnya dengan lembut.

Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.
Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidakmenolak.
Mereka berdua mula bersembang panjang.

Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis "Boleh-boleh" dia
menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu."Terima kasih. Saya
pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan olehgadis
itu. Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu
tertunduktersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis
itu,

tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik t angannya itu. Dia
agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja
dengan pen tetapi pennya itu terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke
bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya
terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja
itu. Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa
perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan
tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor
matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak
kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah
gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambilmenutup mulut dengan
tangan. Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk
menguatkansemangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."

Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah
penat ke, dah tahu..."Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang
menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal
rangka di hadapannyadi bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yangbercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan
"Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa
mengelikik. Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik,
putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi. Jadi anda dah penat ke
sebab dah tahu? Cuba- cubalah lihat siapa yang duduk di belakang awak
itu??????



-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 09:19


as'kum...oppsss..ana pun nak berhenti jap dari ngadap pc ni sbbnyer dah penat dan tahu pun citer ni.. hihihi..apa2pun..seronok citer ni. terasa gak seram.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 08-07-03 12:02


macam pernah dengar je tapi di mana yee????

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 08-07-03 12:46


mm..bagus! bagus!! bagus!!!

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-03 14:42


errkk.. pernah dengar ker? tp dimana yerr..? takperr.. kalau dah pernah dengar.. apasalahnyer..

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 08-07-03 16:13


Dah penah dengar jugak...tapi still rasa serammm jugak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

wardatulislamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 168
Posting: 90

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 17:24


Assalamualaikum...huhuhu..
dah tahu dah citer tu..yei...yei..bestnyer...bestnyer...huhuhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatulislamiyahProfil   Hantar PM kepada wardatulislamiyah   Pergi ke wardatulislamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 08-07-03 23:53


assalamualaikum...


hehehehehe,seramnyer kl org tnya camtuh...eeeee,mahu saya boikot libary..

takut lah...

wallahua'lam..

-----------------
"haza fadlhu min rabbina"

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

ii
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 738
Posting: 64
Dari: ITB

indonesia  


posticon Posting pada: 09-07-03 09:51


Lain kali hati-hati ya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iiProfil   Hantar PM kepada ii   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 09-07-03 10:25


nak lebih seram? tungguu !!!

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 17:02


ler akhie zakie apa nak seram sedangkan sedara kita kat palestin siap mandi darah dan siap pegang mayat saudara mereka sendiri kerana semata-mata nak selamatkan masjidil al-aqsar, jgn marah yer.. saudara seikhwanul muslimin sekalian usahlah gentar akan bayangan yang tak pasti tapi melangkahlah ke alam realiti sedarlah saudara kita seislam sudah ramai bermandikan darah semata-mata untuk menegakkan manhaj yang agung ini sedangkan kita masih lagi bermain dengan bayangan yang belum pasti akan janji Allah ini.. bg akhie zakie this is a good story dan bg ikhwanul muslimin bangkitlah ke alam realiti dan utk pengetahuan semua zakie nie sahabat ana masa kat kolej.. dia nie memang seram orangnyer tapi kalau dah kenal insyaAllah dia nie ada kualiti jadi seorang jundullah.. err tak gitu sahabat ku.. kie salam ikhwah jgn marah yer

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 12-07-03 17:52


ciss. ader ker patut akuzakie nie seram..? x patut2.. ishk..ishk...

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 18:20


hehehe...dah penat ker dah tahu???

--------

semacam jer ana rasa bila dah baca citer nie..hehe

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

eira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-07-03 12:53


asalamualaikum...
best ler citer tu...seram sejuk dibuat nyer...
tu lahh....pompuan tu lawa sgt....mesti frust giler pemuda tu...hehhe....bg ler lagi citer cam tu.....k byeeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiraProfil   Hantar PM kepada eira   Quote dan BalasQuote

putera_bongsu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.12.2003
Ahli No: 5875
Posting: 37
Dari: seberang laut

australia   avatar


posticon Posting pada: 31-12-03 01:52




MORAL : Jangan pegi library



Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_bongsuProfil   Hantar PM kepada putera_bongsu   Quote dan BalasQuote

aza
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-12-03 18:06



hmm...ana dah pernah tau dah cerita ni....tapi masih best lagi kalau dibaca lagi sekali...belum baca lagi ana dah menggeletar...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaProfil   Hantar PM kepada aza   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100191 saat. Lajunya....