Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Awas!
Topik: 'Ayah PIN?'


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» 'Ayah PIN?'

Please Mendaftar To Post


Oleh 'Ayah PIN?'

Mumtazulajlaa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.05.2005
Ahli No: 16423
Posting: 28
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 08:48


Baru-baru ini kita digemparkan gerakan Ayah Pin semakin menjadi-jadi di Malaysia ini,,,Saper dia ni...Antum Kenal Tak? Bahaya gerakan dia ni.......Jgn terpedaya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MumtazulajlaaProfil   Hantar PM kepada Mumtazulajlaa   Pergi ke Mumtazulajlaa's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-05-05 09:04


ajaran sesat ker......

1. leh kahwin free.. boNGok betoiiii

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

jannatussyifa
Warga Rasmi
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15849
Posting: 6
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 11:18


teruknye..senang2 je nak anak orang tp xnak bayar,tp sy x pernah dgr la plak pasal gerakan ni..bolah bagi info yg lebih lanjut x..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannatussyifaProfil   Hantar PM kepada jannatussyifa   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 15:04


bukan ke dia ni pengasas ajaran sesat?siapa2 yg tahu pasal ni,bolehlah bagitau serba sedikit pasal dia ni.mungkin ramai tak tau siapa dia ayah pin ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 16:00


ajaran Ayah Pin ni berpusat di Hulu Besut,Trg..berhampiran dgn area La Hot Spring dan Felda Tenang..

pd waktu sy pegi lawat tempat ini,masih dalam binaan..(2003)..dan saya yakin kawasan ini sudah siap sepenuhnya..

antara binaan yg dihasilkan..satu mahligai indah yg hanya boleh dipijak tanpa alas kaki..di sudut kiri ada replika teko besar..yg dijadikan simbol kaabah..setiap penganutnya hanya perlu mengelilingi teko sbg tanda beribadat haji!

di sudut lain..ada makam kuning..yg juga simbol kepada makam nabi ibrahim..dan hajarul aswad..



Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 16:08



abis apa tindakan Jabatan agama

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 14-05-05 16:09


masyaAllah...
x pernah dengar la pulak pasal benda ni....
baru ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 14-05-05 19:18


Jabatan agama agak sukar mengambil tindakan jika tiada hitam putih. Dan jika mana-mana pengamal ajaran sesat mengisytiharkan diri mereka keluar, jabatan agama sukar mengambil tindakan. Kuasa jabatan agama sangat terbatas. Tenaga manusia dan kewangan juga.

Sangat menakutkan bila bercakap dengan orang sebegini. Ana kenal seorang pengikut ayah pin. Bukan calang² pengikut, tapi yang ditauliahkan sebagai malaikatul maut.
Dia pernah berkata secara serius, dialah orang terakhir yang akan meninggal dunia di tempat ana. Gila!
Ana pernah cuba ingin membalas kata²nya; tapi ayah ana meminta ana diam. Tiada gunanya berdebat dengan orang sebegini. Rasa nak bagi tapak kaki aje!

Pada ana gerakan ini sangat berbahaya pada umat Islam, terutamanya pada bot² kecil.
Kini ramai yang kembali ingin mempelajari Islam; bagaimana jika mereka terjebak dgn guru² sebegini?
Ajaran mereka 'lebih mudah.'Sembahyang dgn niat sudah cukup. Haji?Tak perlu ke Mekah, pusing teko sudah cukup...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 19:21


salah satu drpd ajaran sesat.

ada juga binaan replika bahtera yang besar, kononnya menyerupai bahtera Nabi Nuh.





Menurut satu laporan Berita Harian yang memetik kenyataan JAKIM, pelbagai dakwaan dan ajaran Ayah Pin yang disifatkan terpesong dari Islam termasuklah:

Tuhan adalah manusia.
Tidak perlu percaya kepada Rasulullah kerana Baginda adalah manusia dan semua masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan berzikir.
Berzikir lebih afdal daripada sembahyang lima waktu.
Syurga terhad kepada pengikutnya dan mereka yang masuk syurga ditentukan Ayah Pin.
Solat lima waktu tidak wajib.
Guru iaitu Ayah Pin boleh ada di mana-mana saja dalam dunia ini.
Mendakwa diri sebagai Tuhan.
Ayah Pin saja yang boleh melantik anak muridnya menjadi wali Allah.
Mengingati Ayah Pin sebelum berzikir.
Diresapi roh nabi pada satu masa boleh bertukar menjadi Imam Mahadi.
Mengorbankan harta benda apabila diperlukan Ayah Pin.
Mendakwa naik ke tujuh petala langit dan duduk di Arasy.
Mendakwa menerima senarai nama pengikutnya daripada Tuhan.
Tidak sah berimamkan orang lain kerana martabat pengikut adalah lebih tinggi.
Mendakwa jadi perdana menteri di akhirat nanti.
Rukun Islam dan hukum syarak tiada kena-mengena dengan Tuhan.



[ Posting ini telah di edit oleh: houri pada 2005-05-17 22:34 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 23:35


Ya Allah... Teruknya manusia skrg.Ana lgsg x pernah dgr psl benda ni.Kat tempat ana ni blm ada bsg-bsg lagi.Ape2 pun, pd sesape yg tau pleaselah intro lagi bnda ni.Semoga kita sntiasa di lndsn yg bnr.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 15-05-05 04:27




ajaran ayah pin sbnrnya dah diwartakan sbg sesat & menyeleweng dr ajaran Islam oleh majlis fatwa negeri terengganu, melaka & selangor.. mungkin tak diwartakan scra menyeluruh oleh majlis fatwa kebangsaan krn ia cuma melibatkan negeri2 tertentu shj, blm tersebar luas di seluruh m'sia..

Allahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 10:46






[ Posting ini telah di edit oleh: mawa pada 2005-05-17 00:16 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 10:53


ooo lagu tu ghupenye area ayah pin ni...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 15-05-05 15:34


hmm...dah cube nak tunjuk tempat nye tapi tak dapatlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

id4h
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2003
Ahli No: 5378
Posting: 60
Dari: parit buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 16:29


mak ai, dasat gak eh....
tak penah tau pun sblm ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For id4hProfil   Hantar PM kepada id4h   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 16:45


ajaran ayah pin ni dh lama sebenarnyer..
ianye berpusat kt terengganu...
sama2 lah kite jauh dr kesesatan..

wassalam..


[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 19:02


o0o0o..camtu ek. tak pernah dengar lak seblum nih. TQ kpd yg sudi berkongsi maklumat

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-05-05 19:22


apa maksud PIN?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 19:36


PIN..itu singkatan bg nama pengasasnya:
Ariffin Mohamad

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 15-05-05 22:54


ha.......gambar lebih kurang macam kat atas tu lah...yang ana nak post tapi x dapat...ada cam teko tu... x pelah...tu mawa dah post ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 15-05-05 22:59


bila sebenarnya perkara ini terjadi / diasaskan???

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 00:17


Masya-Allah...sesat²



::: Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah ::: Go Muslim Power!! :::



-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Mumtazulajlaa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.05.2005
Ahli No: 16423
Posting: 28
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 12:20


Kalau korang nak tahu ader kumpulan rock juga terlibat dengan ajaran Ayah Pin ni...tak silap aku Kump Def Gab C & MAY...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MumtazulajlaaProfil   Hantar PM kepada Mumtazulajlaa   Pergi ke Mumtazulajlaa's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 16:44




[ Posting ini telah di edit oleh: mawa pada 2005-05-17 00:17 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

wehdah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 15:06


Perna juga dengar kat trg dulu..tapi x sangka serius cam ni....apalah motif orang tu wat cam tu..tak sayang duit ke.....lawo lagi tu tempat dia...... tak tefikir ke pegikut2 tu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wehdahProfil   Hantar PM kepada wehdah   Quote dan BalasQuote

Al-ayubi
Warga Rasmi
Menyertai: 11.02.2005
Ahli No: 14290
Posting: 12
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-05 15:17


.... ni saya paste dari satu laman web........ kalau ada lagi ,, saya paste....

pasal ahli kumpulan rock tu memang betul, diorang memang ikuti sekali, Astagfhirullah,

ayah pin ni mendapat sokongan dari pihak International,
dan disokong oleh human right......

Angan-angan Mat Jenin

5/13/2005
Pesanan Penaja -
1. Baca Sampai Habis !!!
2. Harap dapat tunggu dan lihat tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa



Laporan Khas Ayah Pin: The Edge (Bahagian pertama)

Sebenar-benarnya, hanya ada satu perkara yang menarik tiga orang wartawan bandar dari Off The Edge untuk meneroka ke ceruk Kampung Bartu 13, Hulu Besut di Terengganu, tempat kediaman Ayah Pin, penjelmaan semula semua lelaki suci dari agama-agama utama dunia. Macam yang didakwanyalah. Memang ramai pemimpin kultus yang mendakwa pelbagai tahap pandangan kenabian atau laluan ketuhanan. Tapi berapa ramai yang ada teko raksaksa setinggi 25 kaki?

Inilah tarikan utama kawasan seluas enam ekar di luar bandar Terengganu di mana Ayah Pin, nama sebenarnya Ariffin Mohamad, menetap bersama pengikutnya. Muncung teko ini seolah-olah pasu bunga raksaksa. Tidak jauh darinya terdapat struktur-struktur berwarna-warni yang lain, termasuk sebuah bangunan kuning berbentuk payung, sebuah perahu nelayan yang dilekapkan, dan sebuah bulan sabit yang besar. Pandangan Disneyland suci ini dapat dilihat dari sebuah dewan tersergam.

Mendefinasikan Ayah Pin adalah satu kerja yang rumit, terutamanya bila soalan ini diajukan terus kepadanya. Definasi terbaik, beliau adalah saluran bumi bagi sebuah pentadbiran syurga yang dinamakannya sebagai Kerajaan Langit, dan kawasan ini serta semua struktur-strukur taman temanya, merupakan replika buminya.

“Kumpulan” Ayah Pin telah mula “beroperasi” sejak tahun 1980an, dan merupakan satu pemangkin bagi sebuah kes mahkamah yang menjadi ujian bagi sempadan undang-undang dalam kebebasan beragama di Malaysia. Pada 1998, empat orang ahli kumpulan Ayah Pin terang-terangan mengumumkan keluar dari agama Islam, yang menyebabkan mereka ditangkap. Dakwaan ketuhanan Ayah Pin sendiri, termasuklah kepercayaan yang satu hari dia akan kembali sebagai Imam Mahadi [siapakah dia?] pada Hari Pengadilan, tidak dapat diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang melabelkannya sebagai seorang yang membawa ajaran terpesong. Semasa penggal pemerintahan PAS sebagai kerajaan negeri Terengganu dari 1999 hingga 2004, beliau dipenjarakan di Kelantan selama 11 bulan dari 2001 hingga ke 2002 kerana ajaran sesat.

Kami dipandu dalam perjalanan sepanjang tujuh jam dari Kuala Lumpur oleh kenalan kami, seorang lelaki bersuara nyaring dan berambut tocang satu yang dikenali sebagai Rosli, yang pernah menjadi pemain dram bagi kumpulan rock Def Gab C. Bekerja sebagai seorang sessionist studio pada masa ini, Rosli merupakan jurutunjuk Ayah Pin di KL, mengiringi media dan pelbagai pihak yang ingin tahu dengan ketulusan seorang eksekutif PR yang profesional. Sepanjang lawatan kami, beliau tidak henti-henti meceritakan dengan panjang-lebar kepada kami tentang protokol kumpulan itu dan cerita tentang Ayah Pin, cepat-cepat menepis sebarang tanggapan salah dan memastikan yang kami sentiasa “memperolehi perkhabaran ”. Kami dijamu dengan VCD pelbagai pengembaraan Ayah Pin, sebuah CD lagu-lagu yang kononnya mendapat inspirasi dari Kerajaan Langit, dan kertas-kertas lirik lagu yang berkaitan dengannya.

Rosli menceritakakan kepada kami bagaimana beliau mendapat satu mimpi yang terang berkenaan Ayah Pin, lama sebelum beliau menemuinya, dan bagaimana beliau merasa terpanggil untuk mencari tokoh ini. Beliau meninggalkan kumpulan rocknya, dan ke sana ke mari bertanyakan orang tentang tokoh di dalam mimpinya itu, sehingga seseorang menunjukkan kepadanya lelaki ini di Terengganu. Ayah Pin menjelma kepada manusia di dalam mimpi mereka, dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mencarinya, ujar Rosli. Di sebuah warung kecil di kawasan itu, beliau menunjukkan gambar-gambar Ayah Pin yang tergantung di dinding ‘berposing’ dengan satu campuran orang yang kelihatannya seperti orang asing. Seorang yang kelihatan seperti orang Afrika-Amerika dikatakan sebagai bekas orang CIA yang mencari Ayah Pin. Banyak lagi gambar-gambar menunjukkan Ayah Pin berposing dengan sami-sami Hindu di Batu Caves, dan dengan sami di Bali.

Setiap hujung minggu Ayah Pin mempunyai “sesi-sesi” berkumpulan, satu pada malam Minggu dan satu lagi pada pagi Minggu, dengan para pengikutnya di dalam dewan besar di tengah-tengah kawasan itu. Dewan tersebut, seperti kebanyakan struktur lain di kawasan itu, dihias terang-benderang dan dibina dengan kasar, dengan langsir merah jambu, tiang roman berwarna jingga, jubin biru dan putih di mana-mana.

Sesinya bermula dengan satu istiadat yang begitu menonjol. Kira-kira 100 orang lebih pengikut yang memenuhi dewan itu berdiri tegak apabila Ayah Pin melangkah masuk, diiringi persembahan acapella yang agak profesional dari seorang penyanyi lelaki – yang pastinya sebahagian dari rombongan Rosli dari industri muzik.

Disaluti jubah biru yang menarik, seluar putih, stokin hitam, dan sebuah turban maharaja yang berhias indah, Ayah Pin menghayun langkahnya, dengan bertongkat di tangan untuk mengambil tempatnya di tengah-tengah dewan di atas sebuah singgahsana bulat dilingkari oleh kisi-kisi yang menerjah. Bau cerut menusuk ke dewan, bila bekas-bekas abu rokok bertukar dari tangan ke tangan. Namun bagi Ayah Pin beliau diberikan rokok Salem Lights, sambil mendekati singgahsananya, merebahkan tongkatnya ke lantai dan mula menyalakan puntung.

Dua orang wanita muda – salah seorang darinya adalah isteri Rosli – mengibar-ngibarkan dedaun kipas merah jambu berusia 61 tahun ke arahnya sepanjang malam. Kaum lelaki dan perempuan diasingkan ke bahagian yang berbeza di dewan yang dihiasi lampu yang samar-samar itu. Singgahsana yang asimetri itu mengadap lantai di satu bahagian dinding, jadi dari tempat Ayah Pin berlabuh, beliau hanya berhadapan dengan kaum lelaki. Rosli, berpakaian kemeja putih yang kemas, seluar hitam dan kot hitam yang canggih duduk bersila di atas lantai berdekatan dengan pemimpinnya.

Mereka yang hadir kebanyakannya adalah orang Melayu, terdiri dari penduduk-penduduk kampung berdekatan dan pelawat-pelawat dari luar yang ditempatkan di pelabagai tempat penginapan sekitar kawasan itu, rumah-rumah kampung yang terbahagi sepanjang jalan negeri. Lewat malam nantinya, kami akan tidur di Rumah Selangor bersama Rosli dan rombongan Melayu bandarnya yang masih muda – orang seperti Ohneh, seorang sesionist studio yang saling tak tumpah seperti adik lelaki Awie, isteri Ohneh yang menawan Mariam, seorang penyanyi yang menyanyi penuh perasaan dan terkawal dengan rambutnya yang diwarnakan perang, bulu mata palsunya yang lentik dan panjang seperti kaki nyamuk; dan Mariana, seorang pelajar manis berusia dua puluhan dengan rambut panjang yang hitam lebat dan pertuturan bahasa Inggeris yang lancar.

Ucapan pembukaan Ayah Pin menampakkan dengan jelas kesedarannya tentang kehadiran media, dan beliau beria-ia menjelaskan reputasinya yang disalah anggap. Beliau bercakap tentang “contact line”nya dari manusia sehinggalah ke langit, membawa berita dari “urusan kerajaan langit”. Beliau menegaskan yang beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah manusia di bumi ini dan di langit, bukan menipu mereka.

Sesi berkumpulan berlanjutan dalam suasana senyap-sunyi seolah-olah di dalam koma untuk selama dua jam; Ayah Pin jarang sekali meninggikan suaranya di tengah-tengah malam dengan titisan hujan rintik-rintik itu. Tiada gertak, tiada ancaman mengutuk, tiada seruan untuk bertaubat. Malahan, tiada langsung sebarang bentuk panduan atau pengajaran, tiada kata manis bersifat dakwah selain dari penegasan terus-menerus yang kuasa beliau adalah kuasa Tuhan, mewakili atau penjelmaan semula semua nabi-nabi dan dewa-dewa semua agama.

Beliau mahu semua orang tahu yang beliau tidak menyuruh pengikutnya menolak kepercayaan mereka sekarang. Fahamannya terangkum dalam semua. Tiada agama yang salah, selagi anda percayakan Tuhan. Faktor terpenting ialah memasukkan Ayah Pin ke dalam semua kepercayaan ini, sebagai perantaraan di antara syurga dan bumi. Jika anda menyembah Buddha, beliaulah Buddha. Samalah jika penyelamat anda adalah Christ. Beliau mendakwa “jumlah sebenar” pengikutnya adalah berjuta-juta orang. Dan beliau berada di sini untuk menyelesaikan masalah anda.

Para pengikut yang setia mencurahkan semua masalah mereka kepada Ayah Pin dalam satu sesi soal jawab, biarpun tiada yang begitu serius kecuali permintaan untuk mentafsirkan mimpi mereka. Dan mimpi-mimpi mereka, sudah tentunya, samar-samar dan membingungkan, dilengkapi dengan lembaga-lembaga berbayang-bayang, yang mana ketua di kalangan mereka dijelaskan oleh Ayah Pin adalah tidak lain dan tidak bukan dirinya sendiri, dan ini merupakan tanda dari “kerajaan langit”. Seorang lelaki India, di antara segelintir bukan Melayu dalam lingkungan itu, menanyakan tentang anaknya yang berkerusi roda. Ayah melontarkan balik beberapa soalannya sendiri: Bolehkah dia berjalan dengan tongkat? Bagaimana tulang belakangnya? Sudahkah dia cuba berurut? Setelah beberapa pertanyaan lanjut, Ayah berkata, “Ini nanti kita bincang, guna cara lain.”

Sesi itu berakhir apabila tiada soalan lebih lanjut disuarakan, dan Mariam (bukan perempuan yang gemuk itu) mula menyanyi.

Pengikut-pengikut setianya benar-benar memuliakan Ayah Pin, menunduk dan merapatkan tangan mereka apabila beliau ada. Walaupun pemerhati yang melihat buat pertama kali sukar menjelaskan Ayah Pin sebagai seorang yang berkarisma, seseorang itu tidak sepatutnya memandang rendah pengaruhnya yang mampu menawarkan tafsiran yang kedengarannya berwibawa tentang mimpi dan bayangan yang menghantui mereka ketika tidak sedar. Ayah Pin menghadiri sesi keesokan paginya dengan berpakaian kot coklat, namun tetap dengan tongkat dan turban kepalanya. Soalan-soalan berkisar tentang mimpi juga, dan panduan ketuhannanya diminta. Kemudian kebanyakannya sama sahaja, termasuklah ulangan cerita seorang lelaki India yang meminta nasihat Ayah tentang masalah kesihatannya. Lelaki ini menderita perulangan semula masalah yang pernah dialaminya dahulu, batu karang yang telah pun dibuang secara pembedahan. Ayah mendiamkan diri untuk berfikir seketika, menghisap rokoknya beberapa kali sebelum menyuarakan soalannya sendiri: “Kalau ada rasa, sakit tak? Rasa tak sedap, gitu takde bahaya.” Beliau terdiam sejenak untuk berfikir lagi. “Minum lebih air, ia akan keluar...nanti kita bincang.”

Kelihatannya tidak sabar-sabar untuk menamatkan sesi dengan suara yang lantang, Ayah Pin mengajukan soalan kepada mereka yang belum bersuara: adakah sesiapa pernah melihat satu susuk tubuh bersebelahan dengan sebuah buku dan pen, di dalam mimpi atau bayangan mereka?

(Sunyi sepi).

Buku itu mungkin tidak begitu jelas, dan tidak terlalu dekat dengan lembaga itu, tambahnya.

(Senyap sepi).

Okey, mungkin tak ada pen, dan bukan seperti sebuah buku, tetapi beberapa dokumen atau kertas, katanya, memandang sekeliling menanti jawapan. “Ada nampak petunjuk?”

(Sepi).

Sekurang-kurangnya selama satu atau dua minit, sebelum seseorang menyahut, “Ya”.

“Ah, ini daripada kerajaan langit yang memberikan kertas kerja untuk ada petunjuk,” katanya. Beliau melambaikan tangannya, menutup mata bertafakur. “Ok, habih.” Mariam mula menyanyi, semua orang berdiri memberi perhatian, Ayah Pin berjalan kembali ke kediamannya. Dan sesi pun berakhir. Kami berpeluang “berbincang” dengan Ayah Pin dari hati ke hati di bilik mesyuaratnya sendiri, sebuah binaan segi lima dengan bumbung tingkap berkubah. Kami duduk di atas sofa vinyl yang tebal, dan dihidangkan minuman, buah anggur dan kuih-muih. Rosli duduk bersama di dalam wawancara itu, seperti seorang penjaga PR.

Ianya bermula dengan baik dan selesa. Beliau dilahirkan pada tahun 1943, di Beris, Kampung Besar Bachok, Kelantan. “Saya tak sekolah, sekolah darjah satu ke dua begitu. Saya tak mengaji ke mana-mana pondok. Bekerja untuk cari makan sahaja.” Ayah diziarahi oleh malaikat pada usia 10 tahun, selepas jatuh sakit beberapa bulan, tidak sedarkan diri dan hampir menemui ajal. Beliau memulakan tanggungjawab ketuhanannya pada usia 30 tahun, apabila beliau diziarahi malaikat sekali lagi. “Saya boleh pergi ke langit sendiri, saya boleh direct sana-sini. Seperti saya nak pergi Kuala Lumpur atas jalan raya, macam tu.”


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-ayubiProfil   Hantar PM kepada Al-ayubi   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 22:45


Wawancara dengan Ayah Pin
Kiriman pada Friday, May 13 @ 16:52:33 SGT Dilulus oleh junDullah


The Edge

artikel ini di siar hanya untuk menyatakan pembohongan dan kesesatan ajaran yah pin di besut. Ajarannya adalah sesat daN menyesatkan.pada zaman pemerintahan PAS beliau telah di penjara..

Pergi langit dengan jasad sekali ke?

Ayah Pin(gambar): Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.

Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke?

Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.



Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?

Tak ada mimpi, dia [malaikat] direct terus. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.

Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?

Saya berehat. Saya nak cari aktiviti du­nia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.

Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30?

Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi, orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas diri saya tahu.

Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit, tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal kepada kerajaan langit terus.

Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun 10 hingga 29?

Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit. Saya satu orang sahaja.

Ayah berapa bini sekarang?

Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain. Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.


Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam Berita Harian?

Yang dia ambil pun bukan daripada saya.

Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob. Ayah pernah ikut dia?

Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama dengan dia.

Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang bagi sama dia. Itu saya tak mau. Itu saya keluar. Prinsip saya lain.

Tanah ini milik siapa?

Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.

Macam mana ada duit untuk beli tanah?

Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak tahu nak jadi macam ni. Ini pelan saya untuk membuat kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata separuh lebih dah buat bangunan.

Ayah ugama apa?

Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk mana-mana ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah, macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.

Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan?

Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih, tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan jawapan ini, orang lain — Cina, Melayu, Hindu, orang putih, orang asli — menganggap saya sebagai Tuhan.

Adakah tanggapan itu salah?

Tak salah. Benar begitu. Tuhan melindungi manusia. Dia kalau tak tentu, macam mana boleh anggap? Sebab dia dah tentu bagi dirinya, dah sah bagi diriya begitu. Sebab dia masuk langit, saya menjadi begitu juga.

Apabila sebut dengan nama Tuhan masing-masing, saya akan sampai. Itu dia anggap saya Tuhan. Bagi orang asli seratus peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan naga sekali.

Apakah dakwaan Mahkamah Syariah yang menyebabkan Ayah dipenjarakan tahun 2001?

Saya tak ada salah sebenarnya. Surat daripada kadi menjemput saya ke pejabat untuk bincang. Lepas beberapa kali kita bincang, tak jadi selesai. Sampai ketua polis panggil untuk bincang pun, semua pun tewas pada saya tak boleh buat apa-apa. Kemudian dia akan menipu cara dengan pakat dengan polis untuk buat kes atas saya mencabul orang. Buat cabul, sebenarnya saya tak cabul. Dia tu keluarga siapa ke saya tak tahu, supaya menghasut dia kata saya ni cabul dia. Itu dia tipu dulu.

Lepas itu, bila disiasatnya, ibu bapanya kata Ayah ubat anaknya bila dia sakit kepala di depan 30, 40 orang. Itu isu dulu. Bila siasat, tiada kes, majlis ambil tindakan atas surat kadi yang dihantar kepada saya untuk pergi bincang denganya. Saya tak pergi, lawyer kata surat ni tak perlu pergi, ni jemputan. Lawyer kata dia akan hubung dengan kadi. Selepas itu, apabila saya pergi begitu, dia ambil saya ke balai untuk dibawa reman di bawah majlis.

Dia kata surat tadi engkar mahkamah. Tapi macam mana engkar mahkamah, itu
surat jemputan. Lawyer bincang dengan hakim, kalau Ayah mengaku, dia beri ringan-ringan. Surat ni sebagai kesalahan. Kalau ayah tak mengaku, dia akan membuat beberapa kes lagi. Saya rasa saya tak hina mahkamah. Itu lawyer bagi tahu dia akan berikhtiar untuk saya.

Kadi sudah berhubung sebelum kes ini?

Sudah lama dia berhubung, sejak 1970an lagi. Kali pertama didakwa kes ni la. Surat itu kata hina mahkamah.

Bukan menghina Islam?

Tak ada. Masa itu saya sudah buat surat keluar Islam di pesuruhjaya Kuala Lumpur, sudah keluar Islam. Lepas itu baru dia charge hina Islam.

Mengapa bila kadi, polis mengganggu sejak 1970an, tapi mereka hanya mengambil tindakan pada tahun 2001?

Tak ada kes. Beberapa kali sudah panggil saya bincang. Tiada apa yang boleh buat kes. Lepas itu, kes ini. Sampai sekarang tak boleh buat apa, saya tak tipu orang, saya tak mengajar. Orang cari saya. Saya bukan tak pandai, semua ilmu saya tahu, semua undang-undang saya tahu. Saya mempunyai kuasa sampai begitu. Tapi saya tak boleh mengajar. Saya bertugas atas jawatan saya.

Kalau pengikut anggap Ayah Tuhan dan Ayah tidak menafi?

Nafi ke begitu saya pun tahu saya begitu. Mana-mana bangsa pun tahu. Pertolongan dari langit dalam laut. Kalau ada orang atas kapal terbang, kapal terbang nak meletup, kalau ada orang minta pertolongan, saya akan sampai automatik beri pertolongan. Itu orang anggap Tuhan.

Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat sumpah?

Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa ugama merujuk kepada saya semua.

Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula?

Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham.

Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya?

Memang beza.

Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan?
Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma.

Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan bahawa Melayu mesti jadi Islam?

Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang Melayu sahaja.

Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan, maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.

Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini?

Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua. Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini, barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia untuk buat ni, satu untuk buat lain.

Berapa kosnya tempat ini?

Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.

Dari mana datangnya duit tu?

Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.

Ayah boleh buat US dollar?

Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Mana-mana pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu.

Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja, atas pokok ke?

Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib juga.

Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit atas nama Ayah?

Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada. Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu. Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh bantu.

Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan?

Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Tuhan ni berlainan dengan yang lain. Saya bukan wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing untuk ketahui.

Adakah lelaki dengan wanita sama rata?

Tiada perbezaan.

Nilainya sama, mutunya sama?

Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.

Apa kekurangan perempuan?

Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia, perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki. Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.

Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke?

Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.

Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti?

Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.

Pada penghujung wawancara, Rosli dengan perlahan menanyakan kami, “Off The Edge ini, banyak orang Melayu baca tak?”

“Ade jugak. Campur-campur le.”

“Oh,” angguk Rosli. Dia kelihatan bimbang.

s:Malaysia Today

http://bukitbesi.net/modules.php?name=News&file=article&sid=395

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

SyahPaat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3445
Posting: 101
Dari: KUALA SELANGOR

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-05 23:54



sapa die ayah pin nih?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahPaatProfil   Hantar PM kepada SyahPaat   Pergi ke SyahPaat's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 18-05-05 05:35


Ana isytihar perang dengan ajaran ni.

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

nieha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.11.2004
Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 26-07-05 20:20


harap-harap dia ni sempat bertaubat sebelum nyawanya dicabut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niehaProfil   Hantar PM kepada nieha   Pergi ke nieha's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116462 saat. Lajunya....