Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 185
Ahli: 0
Jumlah: 185




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Pemegang ijazah kjruteraan rela keja goreng mi


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Pemegang ijazah kjruteraan rela keja goreng mi

Please Mendaftar To Post


Oleh Pemegang ijazah kjruteraan rela keja goreng mi

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 14:36


Pemegang ijazah kejuruteraan sanggup kerja goreng mi


ALOR STAR: "Saya tidak kesal atau malu menjadi tukang masak di warung walaupun mempunyai segulung ijazah kerana yang lebih penting adalah berusaha memajukan diri tanpa mengira bidang yang diceburi,” kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azizah Bahadari, 25, yang kini bekerja sebagai tukang masak di warung bapanya di pekan Simpang Kuala, di sini.



Walaupun memiliki ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Industri, beliau sanggup bekerja di situ daripada menjadi penganggur, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang begitu sukar mendapat pekerjaan.

AZIZAH yang memiliki ijazah
Kejuruteraan Mekanikal Industri
dari UTM tidak kekok
bekerja sebagai tukang
masak di warung bapanya.
– Gambar oleh
Rahmat Othman

"Saya tidak mahu menganggur berterusan, walaupun gajinya tidak seberapa iaitu hanya RM20 sehari, saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan sekarang.

"Saya tidak pernah berasa rendah diri apabila ramai rakan bertanya mengenai pekerjaan selepas menerima ijazah kerana saya menganggap pertanyaan itu sebagai cabaran untuk saya berusaha lebih gigih," katanya.

Azizah berkata, sebenarnya beliau sudah 20 kali memohon pelbagai jenis pekerjaan di jabatan kerajaan dan swasta sejak menamatkan pengajian pada Ogos 2003 lalu, tetapi satu pun tidak berjaya.

Bagaimanapun, katanya, kegagalan itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya memutuskan untuk menjadi tukang masak di warung bapanya sendiri selepas mempelajari ilmu berkenaan daripada ibu bapanya.

"Pada mulanya saya sedih juga kerana setiap kali menghadiri temuduga, pegawai terbabit sering bertanyakan mengenai pengalaman sedangkan saya tidak pernah bekerja, menyebabkan saya beranggapan temuduga itu seperti 'main-main' saja," katanya.

Sesudah 20 kali gagal mendapatkan sebarang pekerjaan, akhirnya Azizah tidak berminat lagi untuk membuat sebarang permohonan ke mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta, sebaliknya membuat keputusan menyertai bapanya berniaga.

Azizah tidak menafikan sewaktu mula-mula bekerja di warung itu, beliau agak kekok sedikit kerana terpaksa memasak pelbagai jenis masakan seperti mi hailam, char koew teow, nasi goreng serta beberapa masakan lain.

Bagaimanapun, bak kata peribahasa, alah bisa tegal dek biasa, Azizah mengakui kini sudah mahir memasak serta boleh keperluan pelanggan yang ramai.'

"Kini saya boleh memasak dengan cepat supaya pelanggan tidak perlu menunggu lama," katanya.

Beliau menasihatkan lepasan universiti di negara ini jangan terlalu berharap kepada pekerjaan makan gaji kerana sebenarnya masih ada banyak lagi bidang yang boleh diceburi.

Azizah yang bercita-cita menjadi petani moden itu kini sedang berurusan dengan sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman menerusi Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah (SUTKS).

"Saya berminat menceburi bidang pertanian moden ini kerana ia mempunyai masa depan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, bapanya, Bahadari Mustafar, 53, berkata beliau tidak pernah menghalang kemahuan anak sulungnya itu kerana ia adalah adalah pilihannya sendiri.

"Saya tidak pernah kesal walau apa bidang pun yang diceburinya, malah saya akan menyokong serta terus memberi galakan.

"Jika kita menghantar anak ke universiti tidak bermakna kita menyuruhnya bekerja makan gaji, sebaliknya kita hanya memberikannya ilmu supaya ia boleh menggunakannya sampai bila-bila," katanya.

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 18:54




Alhamdulillah...tukang masak kerja halal...sekurang2nya ada daya inisiatif utk memajukan diri,sekarang zaman mencabar,dan dalam masa yg sama kita tak boleh memilih kerja...yg penting rezeki yg halal...

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 19:50


huhu..yeke..xsemestinye kot...kalo ade rezeki dpt la keje

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 13-05-05 20:19


emm.....sebagai bakal graduan yg sama dr universiti yg sama dan fakulti yg sama..sedih juga dengan cerita nie...tp sebenarnya azizah telah 20 kali pergi temuduga..satu angka yg banyak tue...rasenye peluang perkerjaan masih ade..mesti ade apa2 kesilapan nie...mungkin juga pointer yg rendah dan ketidaksanggupan berkerja lebih masa...mengikut pengalaman kawan2 yg telah berkerja..untuk pergi ke jabatan kerajaan pointer CPA mestila tinggi dan untuk ke jabatan firma atau swasta mestlilah sanggup bekerja lebih masa...jgn terkejut kalo ade engineer berkerja dari kul 8am sampai ke 2am...smpi tertdo dlm office...tp kdg2 la je perkara tu berlaku...bkn selalu..lgpon bukan rezeki dah ditetapkan...goreng mee pon best gak kan...xperlu keje lebih masa kan...ehehhe...wish u all the best!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 02:19


Quote:

On 2005-05-13 20:19, hafeezzul wrote:
goreng mee pon best gak kan...xperlu keje lebih masa kan...ehehhe...wish u all the best!!




ana rasa kagum bila baca kisah ni..sebab kebanyakan dari kita sekarang,hanya sebilangan kecil sahaja yang menuntut kerana ilmu..selebihnya mengejar habuan dunia..pangkat,gaji yang lumayan dll menjadi ukuran.syabas buat saudari..!moga apa yang diusahakan diberkati ALLAH

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ngoh
Warga Rasmi
Menyertai: 26.04.2005
Ahli No: 16090
Posting: 13
Dari: Malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 12:16


baik juga pilihan tu, orang kata untuk semetara waktu. Isyallah suatu hari nanti pasti akan dapat kerja yang lebih baik dan lebih elok lagi. mugkin ini adalah sebagai satu ujian dan dugaan hidup. kita hanya berusaha, bertawakal dan berdoa.. Allah jua yang menentukanNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ngohProfil   Hantar PM kepada ngoh   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-05-05 12:19


....
..sy pun risau juga bila mengenangkan betapa sukarnya utk dptkn pekerjaan

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 12:51


lebih baik drpd menganggur kat umah.sekarang tak boleh nak pilih kerja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 14-05-05 12:59




Alhamdulillah sekurang2nya saudari tak menganggur...kalo skang nak pilih keja pakai tak keja la jawbnya...
ana takut gak sebenornya ni..mana la tau, kita bukan tau apa nasib kita pada masa depan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

temah_pandai
Warga Rasmi
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16235
Posting: 18
Dari: bbsb

Selangor  


posticon Posting pada: 14-05-05 13:10


...
hmmm.....betulla tindakan saudari seperti yang dilaporkan tu....kener ubahla mind set kiter sekarang nih...amik kos tu tak semestinya keje dlm bidang tu...jadi tukang masak mee pon blh berjayer jugak....maner tau berjaya menjadi usahawan yang berjaya buka beberapa cawangan kelak....saya pun...kalo x dapat kejer dlm bidang engineering ni....jadi cikgu pun takper....tp bukan sekadar cikgu biasa....usahala sampai jadi guru besar ker...InsyaAllah ada rezeki dimana-mana....wassalam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For temah_pandaiProfil   Hantar PM kepada temah_pandai   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 14-05-05 13:25


bagi saya belajar untuk ilmu, pkerjaan nom2... tak kisahlah kerja apa selagi ianya halal. jgn jadi org yg mharapkan kerja setaraf dgn pendidikannya sampai sanggup menganggur dari kerja yg dikira tidak setaraf....jgn jadi pelbagai alasan dan jgn terlalu memilih pkerjaan..malaysia kaya dgn pkerjaan klu tidak mengapa rakyat asing dtg kesini mencari kerja.tahukah kita disebabkan sikap tak memilih mereka itu, mereka sekarang ramai yg menjadi tauke di malaysia bumi kita sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 14-05-05 14:59


Quote:
"Pada mulanya saya sedih juga kerana setiap kali menghadiri temuduga, pegawai terbabit sering bertanyakan mengenai pengalaman sedangkan saya tidak pernah bekerja, menyebabkan saya beranggapan temuduga itu seperti 'main-main' saja," katanya.



Menjelaskan tentang kepincangan sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Kita tidak punya banyak latihan praktikal untuk mahasiswa. Masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju.

Begitu juga dengan kawalan kualiti.Kita ada LAN, tapi, tiada penglibatan pihak industri. Lantas, apabila mahasiswa tamat belajar, walaupun JPA mengiktiraf ijazahnya, adakah ia menepati kehendak industri?



[ Posting ini telah di edit oleh: mohdnurhakimin pada 2005-05-14 15:00 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

p-jat
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16178
Posting: 20
Dari: sg petani

Kedah  


posticon Posting pada: 14-05-05 15:21



Memang tersentuh jugak dengar cerita ni...
yelah kan,penat kita belajar selama bertahun2....
hasilnya?
tapi sikap yang telah diperlihatkan wajar kita contohi...
dunia sekarang memang kadangkala tidak adil
Kita berusaha..ALLAH yang menentukan

Bookmark and Share

    


  Member Information For p-jatProfil   Hantar PM kepada p-jat   Pergi ke p-jat's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-05-05 23:21


bukan senang kerja jadi tukang masak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-05-05 01:15


OK lah tu... warung bapak dia! nak cuci pinggan pun tak pe...

Apa pun kisah ni baik utk mereka yg masih lagi dok tanam anggur!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 16-05-05 09:56



kesian saya dgn nasib azizah.tp terus terang saya katakan.terdpt dikriminasi dalam pekerjaan terutama bagi perempuan.sesetengah majikan berpendapat engineer wanita tidak mempunyai keupayaan seperti engineer lelaki.Mereka juga berpendapat bahawa engineer wanita menyusahkan kerana mereka tidak boleh bekerja lebih masa,mengambil cuti bersalin yg panjang dll.selain itu,kita juga memerlukan org dalam utk mendapatkan jawatan itu.Mmg betul pointer memainkan peranan yg penting ttp walaupun mereka mendpt pointer tinggi tp keupayaan mereka sering diragui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

nurnajihatul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16058
Posting: 28
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 10:15


usaha tangga kejayaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurnajihatulProfil   Hantar PM kepada nurnajihatul   Pergi ke nurnajihatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 18:01




mesti Azizah seronok kerja jadi tukang masak... daripada keje kat office, makan gaji, kena arah buat tu buat ni... kekadang stress gak.. keja lah apa2 pun yg penting kita suka dan puas dengan kerja kita tu.. dan halal lagi satu.

i'm studying engineering as well.. and i know tak semestinya pilihan kerjaya saya hanya menjadi engineer.. mungkin jadi usahawan lagi best. lagi puas. insya-Allah..


p/s : the best education is the life itself...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

tsuraya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2005
Ahli No: 16335
Posting: 58
Dari: Muar

Johor  


posticon Posting pada: 17-05-05 23:14


Quote:

On 2005-05-14 14:59, mohdnurhakimin wrote:
[quote]"Pada mulanya saya sedih juga kerana setiap kali menghadiri temuduga, pegawai terbabit sering bertanyakan mengenai pengalaman sedangkan saya tidak pernah bekerja, menyebabkan saya beranggapan temuduga itu seperti 'main-main' saja," katanya.



Menjelaskan tentang kepincangan sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Kita tidak punya banyak latihan praktikal untuk mahasiswa. Masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju.

Begitu juga dengan kawalan kualiti.Kita ada LAN, tapi, tiada penglibatan pihak industri. Lantas, apabila mahasiswa tamat belajar, walaupun JPA mengiktiraf ijazahnya, adakah ia menepati kehendak industri?

majikan tu pun satu...kalu tak bagi peluang bekerja macammana nak dapat pengalaman



[ Posting ini telah di edit oleh: mohdnurhakimin pada 2005-05-14 15:00 ]
[/quote]

Bookmark and Share

    


  Member Information For tsurayaProfil   Hantar PM kepada tsuraya   Pergi ke tsuraya's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114564 saat. Lajunya....