Oleh |
Betul ke ni? Bertunang? |
tru_frnshp
WARGA SETIA Menyertai: 27.04.2005 Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor
|
Posting pada: 09-05-05 23:14
Saya ade dgr dari mulut lecturer saya yg bercouple tu dah satu alamat pertunangan, jadi apabila dua org itu bercouple, maka org lain tak boleh masuk meminang sebab si dia dah jadi milik sorg tu...betul ke? jadi cinta tiga segi ni haram la ye???
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 09-05-05 23:21
minta maaf yer tru_frnshp... tak pernah dgr pulak ttg hukum tu... setahu saya bila dah bertunang sahaja kita tak boleh meminang kerana sudah dimiliki... sy tak ingat plak hadith nya... maaf... kalau salah betulkan saya.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
tru_frnshp
WARGA SETIA Menyertai: 27.04.2005 Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor
|
Posting pada: 09-05-05 23:23
tak cume yg saya dgr,ayat yg dikatakan oleh si pakwe untuk declare si dia tu sebagai gf dia tu dah jd ayat untuk bertunang...jd gf tu dah jd milik dia...tak taulaa,dgr aje,kalau salah betulkan jgk...
|
kuahdurian
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam
|
Posting pada: 09-05-05 23:29
mmg ada ustazah yg cakap bila couple maksudnya dah janji nak sehidup semati ngan pasangan tu. tapi ustazah tu ckp lagi, itu cuma pertunangan tak rasmi aje. boleh la kalau org lain nak buat yang dua segi jadi tiga segi, heh heh... pertunangan rasmi je yg org lain dah tak bole kacau. pertunangan yg ada restu mak bapak, ada cincin, ada makan-makan, sumer2 tu la. agaknya la...
|
Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.04.2005 Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland
|
Posting pada: 10-05-05 00:42
Tiba-tiba saya teringat balik ada seorang ustaz yang datang ke kolej saya untuk memberikan ceramah. Di kolej saya ni, setiap khamis malam jumaat, mesti ada ustaz2 yang dijemput untuk memberikan ceramah. Pada satu malam tu, ustaz yang dijemput bagi menyampaikan ceramah tu adalah seorang kadi yang selalu menikahkan orang. Orangnya agak berusia..dalam lewat 50-an. Saya tak berapa ingat isi keseluruhan tepat pasal bertunang ni. Cuma apa yang saya PASTI, dia cakap bertunang ini ada 3 cara. Tapi malangnya, saya cuma ingat 2 cara aje.. 1) Cara lazim yang masyarakat kita buat. Ada dibuat kenduri dan jemput saudara mara dan jiran. 2) Apabila lelaki dan perempuan itu sudah berjanji untuk bernikah, walaupun tanpa cincin pertunangan.. Itu sahajalah yang saya ingat..
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 10-05-05 02:28
ye ke?? taktau la pulak camtu... hmm ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi
|
Aljamuani
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12314
Posting: 22
Dari: Perak
|
Posting pada: 10-05-05 03:07
ana tertarik dgn topic ni..mgkn kita boleh kongsi2 ilmu,kan? 1)mmg ada hadis yang menyebut pasal ni.tak boleh bertunang dgn tunangan orang lain. Hadis riwayat ibnu umar ".......dan jgn kamu meminang diatas pinangan org lain melainkan setelah diizinkan." Diriwayat oleh imam muslim & bukhori dalam sohihnya dgn lafaz diatas dari imam muslim. dari sudut masalah feqh, kitab mughni muhtaj menyatakan dalam bab nikah, haram bg sesorang untuk meminang mereka yg telah menjadi tunangan org lain melainkan dengan dngn izin yang jelas dari tuannya atau pinangan tersebut tlh diputuskan. 2) pasal couple, suka ana menarik perhatian disini.. walau dah bertunang sekali pun syara' masih mengharamkan untuk berjalan berdua-duan atau mengadakan pertemuan secara tertutup melainkan dengan ada ahli keluarga perempuan yang mahram@ada bersamanya sesorang yg boleh dipercayai (perempuan) untuk dijadikan teman. ini sabit dgn hadis yg diriwayatkan oleh abdullah bi abbas "jgnlah seorang lelaki bersunyi2an dgn seorang perempuan melainkan ada bersamanya mahram....". diriwayatkan oleh imam muslim. okeyyy...mudah2an kita sama manfaatkannya
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 10-05-05 10:43
Quote:
| 2) pasal couple, suka ana menarik perhatian disini.. walau dah bertunang sekali pun syara' masih mengharamkan untuk berjalan berdua-duan atau mengadakan pertemuan secara tertutup melainkan dengan ada ahli keluarga perempuan yang mahram@ada bersamanya sesorang yg boleh dipercayai (perempuan) untuk dijadikan teman. ini sabit dgn hadis yg diriwayatkan oleh abdullah bi abbas "jgnlah seorang lelaki bersunyi2an dgn seorang perempuan melainkan ada bersamanya mahram....". diriwayatkan oleh imam muslim. okeyyy...mudah2an kita sama manfaatkannya |
|
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 10-05-05 11:09
ye ke??? tak tahu lah plak...
|
Aljamuani
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12314
Posting: 22
Dari: Perak
|
Posting pada: 10-05-05 16:08
nak kongsi maklumat lagi.... konsep bertunang dalam islam terlalu luas kalau nak diperbahaskan.ana sebutkan satu skop yang ringkas,yang mana Dr Abd Karim Zaidan menyebut didlm kitabnya:Almufassol fi ahkaamil mar'ah. memadai apabila seorang lelaki tu beriltizam utk menikahi seseorang perempuan, dengan lafaz (melamar) yang jelas secara terus atau melalui org tgh,dan perempuan td bersetuju..itu pun telah memadai untuk pertunangan.disebut juga dalam kitab yg sama, perkenalan antara dua keluarga dan menghantar cincin tanda adalah merupakan satu adat sahaja. ok...lain kali boleh bincang lagi...
|
salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.04.2005 Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting
|
Posting pada: 10-05-05 16:36
Quote:
| On 2005-05-09 23:29, kuahdurian wrote: mmg ada ustazah yg cakap bila couple maksudnya dah janji nak sehidup semati ngan pasangan tu. tapi ustazah tu ckp lagi, itu cuma pertunangan tak rasmi aje. boleh la kalau org lain nak buat yang dua segi jadi tiga segi, heh heh... pertunangan rasmi je yg org lain dah tak bole kacau. pertunangan yg ada restu mak bapak, ada cincin, ada makan-makan, sumer2 tu la. agaknya la...
|
| Setuju........
|
eijam
Warga Rasmi Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16069
Posting: 1
Dari: melaka
|
Posting pada: 10-05-05 17:18
......... maaf yer saya ingin mencelah saya ada terbaca dalam hadith sosohih bukhari........ Dari ibnu 'umar r.a., katanya : Rasullulah s.a.w melarang orang menawar barang yang sedang ditawar orang lain, atau meminang wanita yang sedang dipinang saudaranya sampai orang yang meminang pertama pergi atau memberi izin kepadanya. hadis shahih bukhari..... ayat1596 bab perkahwinan
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 10-05-05 17:24
oh mcm tu rupenye yer... sy sendri pun tak tau jugak konsep pertunangan dlm Islam tu mcm tu... selama ni ingatkan bila ada majlis sarung cincin semua tu baru dikire bertunang... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
eiza86
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2004 Ahli No: 12182
Posting: 161
Dari: Gombak,Selangor
|
Posting pada: 10-05-05 18:05
|
Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.04.2005 Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland
|
Posting pada: 10-05-05 18:22
Bila fikir-fikir balik, ramailah nampaknya yang sudah bertunang tanpa disedari .. Oleh ebab kita dah terbiasa dgn adat, maka kita melihat bertunang mesti ada majlis kenduri, hantar cincin, dan perkenalan antara dua keluarga.. Tapi, elok dan manis rasanya kalau pertunangan mengikut adat dilakukan..supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku di kemudian hari..maklumlah..bukan semua pasangan bercinta itu bercinta untuk membina rumahtangga..kebanyakannya sebab nak main2 dan puaskan nafsu sahaja.. Dah tunang pun, bukanlah lesen nak keluar dua2, nak pegang tangan dan sebagainya..anggap dan set dalam otak kita bahawa bila dah bertunang tu maksudnya kita ingin menjadikan pasangan kita itu teman sehidup semati. Jadi, janganlah buat perkara-perkara diluar batasan syarak ye..
|
Aljamuani
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12314
Posting: 22
Dari: Perak
|
Posting pada: 10-05-05 20:51
temahn-teman yang dirahmati Allah.. Satu qaedah yg masyhur dalam qawaid feqhiah ade sebut : " adat (setempat) menjatuhkan hukum"..yg ana sebut sebelum dari kaca mata syar'ei,mmg memadai macam tu... tp kalu di tempat kita...adatnya mesti ada sarung cincin,kenduri kendara sikit,dan dgn cara ini dapat menjaga maslahah...maka adat yg sebegini menjadi satu perkara yg mesti dibuat untuk kemaslahatan umum.berbeza dgn sesebuah negara yg lain, macam mesir contohnya,ada sesetengah tempat tu...memadai dgn si perempuan memperkenalkan lelaki pada org tuanya sahaja.itu dah dikira bertunang... hmm.. islam ni kan mudah? tp jgn kita terlalu mempermudahkannya..... bittaufiq
|
MaWaR84
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.04.2005 Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu
|
Posting pada: 11-05-05 12:34
ye ke cam gitu.... maknenya kalo kiter bercouple kiter dikira bertunang(ape yg d fahami)...kalo kiter putus manaknye kiter putus tunang... kalo gitu ramai ler yg bertunang dan putus tunang tanpa d sedari ekkk ----------------- \' aKu IngIN sEgAlA2 NyA DaMai....\'
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 11-05-05 12:57
Macam-macam... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 11-05-05 13:05
betul tu, kalau nak bertunang ngan seorang perempuan, pergi je kat perempuan tu, melamar, kalau setuju, dah bertunangla tu. tak perlu wali dlm bertunang. tak perlu saksi dlm bertunang.
|
Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 11-05-05 19:06
Waa..tak terkata saya!
|
Aljamuani
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12314
Posting: 22
Dari: Perak
|
Posting pada: 11-05-05 20:39
saya nak bg respon pada tulisan mawar84 :- ----"ye ke cam gitu.... maknenya kalo kiter bercouple kiter dikira bertunang(ape yg d fahami)...kalo kiter putus manaknye kiter putus tunang... kalo gitu ramai ler yg bertunang dan putus tunang tanpa d sedari ekkk"----- bukan macam tu ukhti, pertunangan (al khitbah),dita'rifkan dalam kitab Nihayatul muhtaj ila syarhil minhaj menyebut: seorang lelaki meminta (bersungguh2) untuk menikahi perempuan... ok,tu satu contoh yg ta'rf yg mudah kita fahami. maknanya dari sudut umum,yang dikatakan bertunang tu ialah apabila seorang lelaki tu telah melamar@meminta utk dia mengahwini sesorang pmpuan dengan bersungguh. dlm konteks ber'couple',tak semestinya dia tu nak kawin dgn pompuan tu..atau pompuan tu blm tentu nak kat lelaki tu.mungkin depa aje2 seronok nak bercouple,pastu dah boring..clash! itu bukan maknanya bertunang dan putus tunang.sbb tu,hukum mengikut adat setempat kena buat majlis sikit2,hantar tanda sbg tanda pertunangan..hmm...jelas tak?tak per...sambil2 bincang kita dpt tukar2 pandangan..yer tak?ok... doakan ana utk xm akan dtg nih.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 11-05-05 20:55
Saya setuju ngan aljamuani...saya pon penah dengar seorang ustaz berkata dalam islam jika ade perhubungan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan kedua dua belah ibu bapa berkenaan mengetahui akan perhubungan mereka itu..maka mereka sudah dikira bertunang...dan tidak boleh mana mana lelaki yang berkemampuan untuk berkahwin mengahwini tunangan orang..cuma biasala kita nie org timur selalunye berbalik pada adat..so ade la antar cincin.merisik n so on n so on sebagai tanda ikatan pertunangan...mmg betul islam itu mudah tetapi jgn terlalu memudahkannya...kalo kat sini ramai yg dah declare megaku bertunang...perlu diingat kita disarankan supaya tidak mengikat tempoh pertunangan yg terlalu lama..."sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yg nyata" ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 11-05-05 23:22
saya amik dari http://muzakarah.tripod.com/tunang.html Sekadar menambahkan info untuk dibahaskan... A. [ ERTI KHITBAH / TUNANG ] "Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya??? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin. "Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain. "Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat. "Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq). "Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu. ____________________________________________________________________________________________ B. [ HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM ] Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini. Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi. ____________________________________________________________________________________________ C. [ DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG ] Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah... 1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain". Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham. 2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya". 2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq. ____________________________________________________________________________________________ D. [TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH / BERTUNANG ] 1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama. 2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun. 3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. 4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. 5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. 6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. 7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham. *** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. _________________________________________________________________________________________ E. [ HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG... (KHATIB-TUNANG LELAKI, MAKHTUBAH-TUNANG WANITA) ] HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI(menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN TUNANG??? Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq). Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata: [" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal. Iaitu:- 1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya. 2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.] *** mahram = mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan wanita itu) *** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
tru_frnshp
WARGA SETIA Menyertai: 27.04.2005 Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor
|
Posting pada: 13-05-05 23:07
maksud saya yg cinta tiga segi tu mungkin haram sebab kita tak boleh kacau agreement..macam kalu kita dah order satu brg,org lain tak blh kacau brg tu,selagi kita tak batalkan...betul tak?
|
nora_balqis81
Warga Rasmi Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16081
Posting: 12
Dari: Selangor....
|
Posting pada: 18-05-05 18:31
Alhamdullilah..banyak betul info berguna, patut ler ader orang klo dah kenal jer nak terus ajak bertunang... Tapi tentang declare tu..baru nie ler dengar...
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 18-05-05 18:40
macam tu pulak.. kalau macam tu ramai la jadi golongan pengacau...@putera katak@ hehehehe Ana: berusaha jadi golongan solihin... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
norhikmah
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.04.2005 Ahli No: 15562
Posting: 22
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 19-05-05 23:49
Ooo...mcm tu ke... hmm...kat IPT ana belajo pun slalu gak dgr pasal tunang x rasmi ni....kira bertunang la tu... tp x tau la plak ada dlm hadith...
|
Aljamuani
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12314
Posting: 22
Dari: Perak
|
Posting pada: 20-05-05 00:14
ana ingatkan pasal bertunang ni dah abis..ada lagi rupanya..sebelum tu,ana nak tau ckit..apa maksud sebenar 'declare' tu?mana la tau..kot2 ada makna pentakwilan yg lain...sbb ana nak tau...konsep 'declare' tu..sama ke dgn bertunang.. ke..maksudnye sama...minta jelaskan ckit...boleh ye kawan2?
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 22-05-05 04:09
ramai yg terkejut!mgkin ramai yg tak menyangka-"aku sudah bertunang" apabila dua-dua pihak sudah ada matlamat utk berkahwin, mmgla ianya dikira sudah bertunang.istilah yg biasa disebut-"tunang syarie".that's why ada yg taknak bertunang adat..
|
rabiatul_adawiah
Warga Rasmi Menyertai: 22.05.2005 Ahli No: 16650
Posting: 1
Dari: bAnDaR bARu BaNgi
|
Posting pada: 22-05-05 10:39
org pon x tau gak ade bende mcm ni... ----------------- jika HATI sejernih air,jgn biar ia keruh.jika HATI seputih AWAN jgn biar ia mendung.jika HATI seindah BULAN hiasi ia dgn IMAN....REMEMBER,ALLAH IS ALWAYS WITH US!
|
nuzra_awatif
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 23-05-05 15:42
|