Oleh |
80 Peratus Kes Rogol Babit Kasangan Kekasih |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 09-05-05 14:05
....
KUANTAN: Kira-kira 80 peratus kejadian rogol yang dilaporkan di negara ini dikatakan membabitkan pasangan kekasih yang mengadakan pertemuan untuk memadu asmara.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata mungkin disebabkan terlalu seronok memadu asmara, ada pasangan yang terjebak untuk mengadakan hubungan seks.
“Selepas mengadakan hubungan seks pasangan lelaki enggan bertanggungjawab dan mengambil kekasihnya sebagai isteri lalu kes sedemikian dilaporkan sebagai kes rogol,” katanya.
Tanpa memberikan statistik secara tepat, beliau berkata, masalah ini agak sukar diatasi kerana kebanyakan remaja pada masa ini bercampur gaul dan bebas keluar dengan pasangan masing-masing sehingga terjebak dengan kes sedemikian.
Dalam usaha menangani masalah berkenaan, pelbagai pihak perlu bekerjasama menjalankan program kesedaran untuk remaja supaya mereka tidak terjebak dengan kejadian itu.
“Program kesedaran dan khidmat nasihat terhadap remaja masa ini perlu diperbanyakkan termasuk mengadakan seminar membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.
“Seminar itu perlu dihadiri ahli persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), guru dan pelajar. Mereka perlu diberi penerangan mengenai bahaya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga boleh menyebabkan kes seumpama itu, ” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Wanita MCA di sini, semalam
[ Posting ini telah di edit oleh: dakwah_ilahi pada 2005-05-09 14:06 ]
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 09-05-05 14:07
simpang 44 malaikat..... jauhkan la ana dari musibah ni.......
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 09-05-05 14:08
Quote:
| “Selepas mengadakan hubungan seks pasangan lelaki enggan bertanggungjawab dan mengambil kekasihnya sebagai isteri lalu kes sedemikian dilaporkan sebagai kes rogol,” katanya.
|
|
memang itu la kebenarannya..tepat point tu.. ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 09-05-05 14:08
Jika ada iman pasti tak kan berlaku perkara2 cam ni.... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
addawami_muqaffa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.01.2005 Ahli No: 13915
Posting: 75
Dari: ::sg petani::
|
Posting pada: 09-05-05 14:09
itulah akibatnya kalau tak ikut Islam..
Nauzubillah...mudah-mudahan dijauhkan dari malapetaka ini...
|
muawwiz
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.03.2005 Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah
|
Posting pada: 09-05-05 14:13
assalamualaikum...
betul tu aper yg dikatakan dakwah_ilah...kebanyakkan dr pasangan kekasih...
|
qais_amirii
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.02.2004 Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai
|
Posting pada: 09-05-05 14:20
apabila berdua-duaan,
maka yg ketiganya adalah syaitan...
hati yg lalai mengingati ALlah...
mudah syaitan mencucuk belalainya ke hati berkenaan kearah kemaksiatan..
na'uzubillah...
p/s: jgn hampiri zina...
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 09-05-05 16:24
cara paling baik,gi dating bawak adik..heheh..mcm kawan saya gi dating bawak adik....pastu adik dia merengek nak mainan..tak pasal bf dia kena keluarkan duit beli mainan..hehehe
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 09-05-05 21:18
APabila HUdud tak DIlaksanAkan....
Inilah Natijahnya....
Menyelesaikan masalah dengan akal fikiran, menidakkan peraturan dan hukum Allah sebagai Khaliq yang menciptakan manusia...
islam Hadhari, Islam yang menolak pelaksanaan hudud dengan pelbagai alasan...
Siapa berani kata Hudud tak mampu menyelesaikan masalah ni...sila jawab..
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 10-05-05 19:31
Em tul ker citer nie??xtau la plak..tp rasenye mmg keadaan makin lama makin teruk...kalo ikut observation saya kebanyakan masalah yg sosial berada dlm linkungan 20 thn kebawah..mintak maaf la saper yg berada dlm linkungan nie...tp ini hakikatnye...walaupon xsemua yg rosak tp angka sosial tidak penah menunjukkan untuk berkurang malah bertambah dan terus bertambah...apa nak jadi nie??bukan saya xpenah berada dlm lingkunagn umur tue..zaman2 dulu kitorg bersosial gak .tp keadaan jauh berbeza walhal masa hanya berubah 4-5 tahun sahaja..kdg2 terpikir gak dlm tempoh 4-5 thn nie takkan budak2 tue terus jd sosial smpi mcm tue skali..kalo dulu nak buat benda xelok bkn main malu lg..tp sekarang sebut je mana2 shopping complex kalo setakat budak bercium bersepah dah...ish kita nak tegur salah xtegur pon salah..penah kwn saya tegur perbuatan seorang remaja yg dok bercumbu-cumbuan tp perutnye dirodok ngan pisau..nasib xmati...hai takkan nak tegur pon salah??anak muda zaman sekarang??pikir2 kan laa...kdg2 kita nak kuar plak yg rase bersalah..yela kita yg segan dengan perbuatan diorg…diorg segan pon tak..ish2 kalo baca mastika edisi keruntuhan akhlak lagi terkejut…dah la buat benda tue…rasa bersalah pon tak…bangga lgi adee laaa….pakai tudung plak tue..ish22…saya pon kdg2 dah pening…rasenye xperlula nak salahkan sapa2 dlm hal nie….baik makbapak ke anak ke kerajaan ker atau sape2 la….baik kita salahkan diri sendiri jer…sbb dah tentu kita pon bersalah…dlm bab nie kita betol2 kena bersatu…kalo bape kerat je yg mengutuk perbuatan nie dan yg lain wat xtau je dengan alasan xnak jaga tepi kain org atau alasan biarlah….keadaan akan menjadi semakin parah!!!!
----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
kalbalqismunawwarah
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.02.2004 Ahli No: 7624
Posting: 26
Dari: selangor
|
Posting pada: 14-05-05 02:10
itulah yg terjadi bila nafsu diletakkan dihadapan iman dan akal.
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 18-05-05 12:16
herm, semua masalah bermula dari pangkalnya. Jadi, untuk menghapuskan masalah tu kenala hapuskan dulu punca ia bermula.
Bagi ana, ianya bermula dari pergaulan bebas yang tiada mengenal batasan yang telah ditentukan oleh syarak antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubat
Wassalam...
- camna ngan 20% lagi tu? ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
nurjaj
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.04.2005 Ahli No: 15651
Posting: 48
Dari: Utara Perak
|
Posting pada: 18-05-05 12:24
nauzubillhuminzalik...
ape nak jd ngan umat islam skrg ni...!
----------------- Kerana ilmu kita bertemu...
Ukhwah terbina kerana perkenalan...
Kerana cita-cita perpisahan berlaku...
Kerana persahabatan ia akan berkekalan...
|