Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 3 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Jika Kasih Berlalu Pergi ...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Jika Kasih Berlalu Pergi ...

Please Mendaftar To Post


Oleh Jika Kasih Berlalu Pergi ...

BaItI
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12542
Posting: 32
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 22:02




Cerpen ni cerpen pertama saya dan saya reka sendiri.Jadik kalau ada salah silap tolong perbetulkan.Bak kata pepantun "saya budak baru belajar,silap dan salah tolong tunjukkan"
segala pandangan,nasihat dan tunjuk ajar amat dialu-alukan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BaItIProfil   Hantar PM kepada BaItI   Quote dan BalasQuote

BaItI
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12542
Posting: 32
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 22:05


Sesudah dia sembahyang Zohor ,sakit dada tiba-tiba menyerang lagi.Tetapi kali ini,sakit dada itu disusuli pula dengan rasa pening dan sakit kepala yang amat sangat.Dia tiada pilihan.Hanya boleh berzikir dan berdoa kepada Allah.
“Ya Allah,andainya ini sakit dadaku yang terakhir,maka kau ampunkanlah dosa-dosaku sebelum aku menutup mata untuk selama-lamanya.Ya Allah, Kau Maha Pengampun.Aku amat mengetahui hal itu.Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa ibubapaku,guru-guruku,keluarga dan saudara-saudaraku dan rakan-rakanku.Walaupun rakan-rakanku sering menghina diriku kerana penyakit jantungku ,aku sering kali bersabar dan beristighfar.Aku tahu ini hanyalah ujian dari-Mu.Mereka tidak memahami diriku.Hanya Engkau yang tahu dan faham apa yang tersirat di hatiku.Ya Allah,Engkau ampunkanlah dosa-dosa semua muslimin dan muslimat.Berilah daku ketenangan dan kesabaran dalam mengharungi ujian-Mu Ya Allah.Berikanlah semua itu Ya Allah”Dia berdoa dengan penuh harapan sambil menangis.Menyedari namanya dipanggil,dia segera mengesat airmata sambil menyahut dan melipat telekungnya.Kemudian,selepas membasuh muka dia keluar dari biliknya.
“Mari makan Huril.Mak masak lauk kegemaran Ril hari ini.Mari kita makan nak.”Kata Mak Eton kepada anaknya ,Huril Syafa’.Huril menelan air liur melihat masakan ibunya,daging masak merah,ikan goreng, sambal tumis sotong dan sambal belacan..Dia segera membasuh tangan dan menyendukkan nasi ke dalam pinggannya dan pinggan ibunya. Tiba-tiba semasa makan dia merasakan sakit dadanya semakin kuat.Lalu dia menekan-nekan di dadanya sambil beristigfar.Mak Eton perasan akan keadaan anaknya.Dia berasa amat kasihan kepada anak bongsunya itu.Anaknya itu telah menghidapi penyakit jantung konjenital yang kompleks sejak lahir lagi.Namun penyakit itu hanya berjaya dikesan semasa dia berumur setahun lebih.Lalu mereka menghantar anak mereka ke Institut Jantung Negara.Biasanya Huril hanya sakit dada biasa sahaja,namun sejak dia berumur 14 tahun,penyakitnya itu kelihatan seperti agak serius.Walaupun Huril tidak pernah mengadu kepadanya,namun apabila melihat raut wajah anaknya itu, dia sudah dapat meneka penderitaan anaknya .Bukan dia dan suaminya tidak pernah menghantar Huril ke hospital,sudah banyak kali.Sepatutnya anaknya itu dibedah semasa umurnya 12 tahun.Tetapi ada banyak urusan dan masalah yang terpaksa diselesaikan.Huril juga dijadualkan untuk dibedah Mac tahun lepas tetapi dia terpaksa menangguhkannya kerana dia akan mengambil ujian kenaikkan pangkat selama 2 minggu di Kuala Lumpur.Pembedahan itu sekali lagi ditunda ke tarikh yang tidak diketahui tarikhnya.
“Sakit dada lagi Huril?”
“Ya mak.Tapi sekarang kurang sikit bila makan masakan mak yang sedap ni,”
gurau Huril walaupun kata-katanya itu dusta kerana sakit dadanya itu semakin kuat.Dia hanya berdoa.
Mak Eton tersenyum mendengar gurauan anaknya itu.Dia tahu anaknya itu berbohong tetapi dia tidak dapat membantu mengurangkan penderitaan anaknya kerana penyakit sebegini tidak ada ubat yang boleh membantu mengurangkan sakit itu.Huril berhenti makan kerana sakitnya itu tidak dapat ditahan lagi.Sekiranya dia duduk di situ lama-lama,sakitnya tidak dapat dibendung lagi.Dia sedaya-upaya menahan sakitnya yang makin kuat itu supaya tidak merisaukan ibunya.
“Errr, mak, Ril nak ke tandas kejap,Nanti Ril basuh pinggan.Mak jangan basuh,biar Ril je yang basuh .”Selepas mencuci tangan Huril segera bangun dan berlari-lari anak ke bilik air yang terletak tidak jauh dari dapur.Di sudut hatinya dia bersyukur yang dia sudah selesai makan dan ibunya tidak perasan yang sakitnya makin kuat.Sesampainya dia di depan pintu bilik air dia berhenti seketika sambil menekan-nekan dadanya yang terasa bagai dicucuk-cucuk itu.Kemudian dengan sekuat hati dia menolak pintu bilik air tetapi segera menahannya dari terlanggar dinding bilik air itu supaya tidak didengari oleh ibunya.Segera dia menutup pintu bilik air dan melepaskan satu keluhan.Selepas beberapa ketika,butir-butir jernih mula mengalir membasahi pipinya.Sambil menekan-nekan dadanya, dia mengesat airmata yang mengalir lebih deras.Dia beristighfar seboleh yang mungkin kemudian Huril mengelongsor perlahan-lahan sehingga dia terduduk.Sambil itu juga dia mengadu dan berdoa kepada Allah.

************************************************************************
Setibanya dia di sekolah,dia bersa amat gembira melihat rakan baiknya,Sakinah melambai-lambai kepadanya.Dia segera membalas lambaian rakannya itu.Sakinah berlari-lari kearahnya sehingga hampir terlanggar seorang pelajar tingkatan satu.
“Kenapa kau lambat sampai?”
“Errr,aku mandi lama sedikit,”jawab Huril cuba berselindung.
“Oh! Patutlah wangi betul kau hari ini.”
Huril tersenyum mendengar gurauan rakan baiknya itu.Sebenarnya mereka berdua bukanlah rapat dari kecil lagi,kerana mereka berdua berlainan sekolah semasa sekolah rendah dahulu.Mereka berdua menjadi rapat hanya dari tingkatan satu.Huril amat bersyukur mendapat seorang sahabat seperti Sakinah kerana dia tidak pernah mempunyai kawan rapat sejak dari sekolah rendah.Namun Huril menganggap Sakinah hanya seorang kawan rapat bukan kawan karib.Ini kerana mereka tidaklah terlalu rapat.Huril tidak pernah datang ke rumah Sakinah,begitu juga Sakinah.Tetapi Sakinah mengenali ibunya kerana ibunya sering mengambilnya dari sekolah selepas waktu sekolah.
Kringg!Loceng berbunyi menandakan pelajar-pelajar harus segera masuk ke kelas kerana pelajaran pertama akan bermula.Huril dan Sakinah beriringan masuk ke kelas 2 Gigih.Pada waktu itu guru-guru dan pengawas tidak masuk mengajar kerana mereka menghadiri mesyuarat yang diadakan di bilik media.Maka ramailah pelajar yang gembira kerana mereka bebas berbuat apa-apa yang mereka suka.Sakinah bangun dari tempat duduknya ,di sebelah Dewi lalu duduk di tempat duduk Penolong Ketua Kelas,Syarina di sebelah Huril.Selepas beberapa lama membisu kerana membuat kerja masing-masing akhirnya Huril bersuara.
“Ina,aku nak tanya kau sesuatu.Aku harap kau ikhlas menjawap soalan aku ini.Boleh?”Huril memandang mata Sakinah dengan mata berkaca.Kemudian dia menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan.
“Baiklah.Apa dia?”Sakinah merenung mata Huril.Dia berasa hairan dengan keadaan Huril.Hari ini dia lihat rakannya itu seperti tidak bermaya,pucat sedikit dan suka termenung.Dia dapat melihat perubahan itu sejak kebelakangan ini.Semasa mereka beratur sebelum masuk ke kelas pun dia dapat melihat dengan jelas rakannya itu seperti dalam kesedihan.
Huril menarik nafas panjang sekali lagi dan menghembusnya perlahan.”Kalau aku mati apa perasaan kau?Adakah kau akan mengingati persahabatan kita sepanjang hayat kau?”
Sakinah terkejut.Dia merenung ke arah mata Huril.Huril sudah menduga riak muka rakannya itu namun lantas dia bertanya sekali lagi.
“Aku ulang pertanyan aku,kalau…..kalau aku mati apa perasaan kau?Adakah kau akan mengingati persahabatan kita sepanjang hayat kau?”
Sakinah tunduk lalu melepaskan satu keluhan.Dia kembali merenung wajah Huril.Huril membalas renungan Sakinah dengan serius.
“Kenapa kau tanya soalan tu?Ribut tak petir tak, tiba-tiba kau tanya soalan macam tu.Kau bergurau kan? ”
“Ina,aku tanya soalan ni dengan ikhlas.Aku bukan main-main.Aku serius.Jadi aku
nak kau jawab pun dengan ikhlas.Tolong jawap soalan aku.”
Sakinah diam.Dia tunduk kerana tidak mahu melawan renungan mata Huril yang dianggap luar biasa itu.Kemudian selang beberapa saat dia mengangkat muka dan merenung tepat ke arah mata Huril sambil berkata“Baiklah.Ini jawapan ikhlas dari aku.Kalau….kalau kau mati aku akan rasa sedih sangat sebab aku rasa kaulah sahabat aku yang paling baik sekali.Tentang persahabatan kita aku janji aku akan ingat sampai bila-bila,sampai aku mati pun!”
Huril tersenyum lega mendengar jawapan Sakinah.Dia bersyukur mempunyai rakan seperti Sakinah.Airmata yang seperti bersyukur mengalir laju dipipinya.Segera pula dia memeluk Sakinah.
“Terima kasih Ina!Terima kasih!Kaulah sahabat baik aku dunia akhirat Ina.”
“Dahlah tu.Nanti orang nampak kau menangis macam mana.Nasib baik kawan kita yang lain tak nampak kau menangis.Kau jugak yang rasa malu,”kata Sakinah sambil mengesat airmatanya yang juga turun sebutir dua.
“Eleh,kau pun nangis jugak.Kata orang pulak.”Kata Huril sambil mengesat air matanya dengan tudungnya sambil ketawa kacil lalu menyucuk pinggang Sakinah.Sakinah mengelak dan cuba menyucuk Huril pula.
“Cikgu datang.Senyap woi!,”laung Shamizi yang duduk di depan pintu.Pelajar-pelajar diam dan segera pulang ke tempat duduk masing-masing.

******************************************
Huril termenung di tingkap biliknya memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain ting-ting.Sesekali dia ketawa dan tersenyum melihat telatah mereka.Dia berasa gembira melihat mereka bermain.Kemudian dia berasa sebak.
“Kalaulah aku boleh bermain macam kanak-kanak tu dulu,kan seronok.Tapi apakan daya penyakit aku tidak membenarkannya.Kalau aku berlari pun dah sesak nafas,apa lagi lompat-lompat macam tu.”katanya dalam hati.Tiba-tiba air matanya kembali mengalir.Segera dia beristighfar.Dia merasakan dia tidak sepatutnya berkata begitu.Semua yang dialaminya adalah dari Allah.Dia berasa berdosa lalu dia beristighfar dan memohon keampunan dari Allah yang Maha Esa.
Kring!Kring!Telefon berdering nyaring.Segera Huril bangun dari kerusi lalu pantas mengangkat ganggang telefon.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.Hai ,Ril Kau buat apa tu?”
“Eh,Sakinah rupanya.Aku tengah cakap dengan kaulah.”
“Eh.eh!Kita tanya betul-betul dia main-main pulak.Tak nak kawan lah dengan kau.”Huril ketawa mendengar kata-kata Sakinah.Sambil tersenyum dia berkata kepada Sakinah.
“Kau ni macam budak-budaklah.Gurau sikit pun tak boleh.Hai,manja betul.”
“Kau kata macam tu lagilah aku tak nak kawan dengan kau.”
“Alahai kawan aku yang seorang ni.Dahlah,jangan merajuk lagi.Apahal kau telefon aku tengah hari buta ni?”
“Sebenarnya…..”nada suara Sakinah seakan sedih.Huril berasa cemas mendengar suara rakannya yang seperti bersedih itu.
“Sebenarnya apa?Kau ni buat aku saspen betullah!Ada cerita sedihkah?”Tiba-tiba Huril terdengar Sakinah ketawa.Dia mengetap bibir menahan geram.
“Ooo...kau permainkan aku ye?Kalau kau permainkan aku lagi aku letak telefon.”
“Okey,okey aku cakap serius.Sebenarnya,aku nak ajak kau pergi Cameron Highlands hari Sabtu nanti.Kau kan pernah cakap dekat aku yang kau teringin sangat pergi sekali lagi.”
“Pergi Cameron Highlands?Dengan siapa?”
“Dengan keluarga akulah.Alah,kau jangan risaulah.Pasal duit,kami tanggung semuanya.”
“Eh,tak naklah aku!Dahlah pergi dengan keluarga kau,kalau aku pergi pun keluarga kau tanggung.Seganlah.Lagipun aku tak nak kacau korang punya trip la. ”
“Alah,Ril.Janganlah macam tu.Aku ikhlas ni.Aku teringin nak habiskan masa cuti ni dengan keluarga aku dan kau sekali.Lagipun keluarga aku dah bagi kebenaran. Bolehlah ya?”
“Emmm,kalau aku nak pergi pun kau kenalah minta izin dengan mak dan ayah aku.Tapi aku tak biasa pergi melancong dengan orang lain.Kalau dengan keluarga atau saudara aku tak apalah.”
“Tapi,kau setujulah pergi dengan aku ni?”
“Emm…ya.”
“Yeaaa.Okey,sekarang ni kau bagi telefon kau dekat mak kau.Aku nak minta kebenaran dia.Harap-harap mak kau bagilah.”
“Baiklah.”
******************************************
Hari yang dijadualkan untuk bercuti di Cameron Highlands terpaksa dibatalkan kerana hujan petir tiba-tiba turun membasahi bumi pada hari itu.Sakinah berasa amat kecewa tidak dapat bercuti bersama keluarganya dan Huril kerana dia sudah lama mengidamkan percutian pada hari itu.Namun Huril tidak berasa apa-apa malah dia turut menasihati Sakinah yang semuanya telah ditakdirkan.Cuti selama seminggu itu dirasakan akan berlalu begitu sahaja.
Cuti selama seminggu itu membolehkan Huril mengambil kesempatan menghabiskan masa bersama keluarganya.Jika tidak dia sering sibuk dengan kerja sekolah yang diberi guru.Huril bersyukur cuaca hari ini baik setelah dua hari hujan lebat.Dapatlah dia melihat telatah kanak-kanak yang riang itu bermain ting-ting.Dia sedar dan redha,walaupun dia menghidap penyakit jantung yang kompleks,dia tidak seharusnya bersedih dan kecewa dengan takdir Illahi kerana Allah Maha Mengetahui apa yang buruk dan baik pada hamba-Nya.

******************************************
Pada tengah hari Jumaat 12 April itu,Huril sedang asyik membaca novel Maafkanlah aku karya Zaharah Muhammad di atas katilnya.Sedang dia asyik membaca tiba-tiba dia berasa pelik.Sejurus itu juga dia mengalami sakit dada.Segera dia meletakkan novel itu lalu bergegas ke almari mengambil Vick.Dia mencolek sedikit Vick itu lalu menyapu di dadanya.Dia selalu menyapu Vick itu sekiranya dia sakit dada.Namun,Vick itu tidak mampu meredakan sakit dadanya.Hanya Allah yang Maha Esa yang boleh meredakan sakit itu.Dia tahu,sebab itulah seringkali dia beristighfar sambil menyapu Vick itu ke dadanya.Selepas beberapa saat dia berasa bersyukur dan lega.Sakit dadanya terus hilang begitu sahaja.Tidak putus-putus dia mengucap syukur kepada Allah.Dia merasakan dia bertuah walaupun dia menghidapi penyakit yang tidak dimintanya itu, kerana dia merasakan jika kita sakitlah kita akan selalu mengingati Allah S.W.T. Baru-baru ini hampir setiap hari dia sakit dada.Namun Huril tidak peduli rasa sakitnya itu.Dia menganggap sakitnya itu hanyalah ujian dari Dia Yang Esa.Memang benar,setiap musibah itu ada hikmahnya.Dia merasakan sejak kebelakangan ini,dia selalu mengingati Allah dari hari-hari yang lalu.Dia bersyukur kerana ramai orang yang menyayanginya walaupun dia menghidapi penyakit yang entah boleh entah tidak untuk sembuh itu,dan juga termasuklah Allah yang bersifat Ar-Rahim.Kerana sifat sayang Allah 20 kali ganda daripada sayang seorang ibu.Dia juga amat bersyukur kerana dianugerahi seorang rakan yang memahami dirinya.
Apabila dia merasakan dia tidak sakit dada lagi,dia terus mendapatkan novel yang dibacanya tadi tetapi tidak jadi.Dia menukar haluan ke meja tulis pula.Dia mengambil sehelai kertas yang berada di dalam laci meja itu,kemudian mengambil sebatang pen berwarna biru dan dia mula menulis.

******************************************
“Assalammualaikum.Kau buat apa tu Ril?”Suara Sakinah yang sedikit garau itu menyebabkan Huril tersentak dan hampir menjerit.
“Waalaikummussalam.Kau ni kan…Tak nampak ke aku buat apa?Aku tengah baca novellah.”kata Huril tersenyum sambil menunjukkan novel yang dibacanya kelmarin kepada Sakinah.Sakinah berasa puas hati dengan jawapan Huril lalu menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Huril. Kemudian dia membaca novel Diari Seorang Guru karya S.Hawa.
“Ha Ina…Kau ada rancangan tak masa hari Ahad nanti Ina?”Kata-kata Huril secara kuat dan tiba-tiba itu menyebabkan Sakinah terkejut.
“Hishh…Kau ni,nasib baik aku takde sakit jantung,kalau tak mau koma aku seminggu kat hospital tau?”Kata Sakinah berpura-pura marah.Huril ketawa kecil.Kemudian Sakinah bersuara menyatakan jawapannya.
“Hmmm…aku rasa-rasa aku takde rancangan kot hari Ahad ni.Kenapa kau tanya?”
“Aku nak ajak kau datang rumah aku pukul dua petang.”
“Kenapa?”
“Saja je.Aku bosanlah duduk rumah sorang-sorang.Lagipun kau tak pernah datang rumah aku.”
“Emm,tengoklah.Insya-Allah aku datang.”
“Kalau kau datang kau bawa sekali buku yang kau cakap kat aku hari tu.Tiba-tiba saja aku teringin sangat nak baca.Kau ingat lagi tak alamat rumah aku yang aku bagi kau hari tu?”
“Aku ingat.Janganlah kau gelisah sangat.Insya-Allah aku sampai rumah kau tepat pada waktunya.Tak sesat punya.”
******************************************
“Mak,Ril masuk bilik Ril dulu.Ril rasa penatlah,boleh tak?”kata Huril sambil menyeka peluhnya yang mengalir di pipi.Mak Eton tersenyum
“Baiklah.Ril pun dah tolong mak banyak dah ni.Lagipun tinggal sikit je lagi nak habis.”
“Kalau macam tu,ril masuk dulu ye.”kata Huril kemudian mencium pipi ibunya yang tercinta.Mak Eton tersenyum lebar apabila anaknya mencium pipinya kemudian dia mencium pula pipi anaknya.
“Mak,Huril sayang sanagt dekat mak.”tiba-tiba Huril bersuara.Mak Eton sekali lagi tersenyum.
“Mak pun sayang sangat dekat Huril.Kasih sayang mak dekat Huril,ayah,kakak dan abang Huril tak pernah luput tau.”
“Huril tahu tu mak.Mak kalau huril ada buat apa salah atau dosa dekat mak,Huril minta maaf banyak-banyak ye mak.”
“Yelah,mak tahu kamu anak yang solehah.Mak dah lama maafkan segala kesilapan atau dosa kamu.Mana ada seorang emak yang tak pernah maafkan
anaknya.”Huril tersenyum dan hatinya berbunga riang.Dia berasa lega mendengar kata-kata Mak Eton.Kemudian dia melangkah ke biliknya.
Setibanya Huril di dalam biliknya tiba-tiba dia berasa amat letih dan mengantuk.Dia segera naik ke atas katilnya dan berbaring.Dia tidak puas dengan kedudukan baringnya secara mengiring itu kemudian mengalih kedudukan secara menelentang pula.Tangannya diletakkan secara kiam.Kakinya dirapatkan.Dia menutup mata.Kemudian membaca doa tidur,selawat kepada Nabi,dua kalimah syahadah dan lain-lain doa yang selalu dipraktikkan sebelum tidur.Dia teringat kepada ibunya,ayahnya, kakaknya,abangnya dan Sakinah.Dia meminta keampunan daripada Allah S.W.T untuk dirinya sendiri dan mereka.Tiba-tiba dia teringatkan salah satu babak di dalam novel Maafkanlah Aku iaitu mati.Dia berasa kalut seketika,dan serentak itu air matanya mengalir keluar bersama nafasnya yang terakhir dihembus perlahan……..

******************************************
Kepada Sakinah rakan baikku,
Assalammualaikum….
Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kau kerana sudi menjadi rakan baikku.Aku amat bersyukur dianugerahkan rakan seperti kau.Aku ingin meluahkan isi hatiku kepada kau dalam surat ini.aku harap kau tidak sedih membacanya.
Entah kenapa,sejak kebelakangan ini,aku rasa takut,sedih dan pucat.Dan aku tahu kau menyedarinya.Aku juga rasa macam aku….macam aku nak meninggalkan dunia ni tak lama lagi.Jangan kau bersedih dengan kata-kata aku ni sebab segala makhluk Allah akan mati juga kecuali Dia Yang Maha Esa.Seperkara yang kau harus ingat,kalau aku mati,janganlah kau terlalu bersedih,dan ak ingin kau mengingati persahabatan kita ini seumur hidup kau,seperti yang kau cakapkan kepada aku hari itu.Aku juga nak kau simpan surat ni sampai bila-bila.Aku masih ingat lagi saat perkenalan kita masa Tingkatan Satu dulu.Masa tu,aku dapat rasa kaulah yang akan jadi sahabat aku dunia akhirat.Aku rasa gembira betul sebab pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah tu,aku dah dapat kawan baru yang aku rasa akan memahami diri aku ni walaupun aku ada penyakit jantung.Aku selalu berdoa agar persahabatan kita kekal untuk selamanya dan aku juga berdoa agar kau hidup bahagia,dapat kejayaan dunia akhirat dan dapat capai cita-cita kau iaitu seorang pelukis.Aku rasa kau dapat mencapai cita-cita kau tu.Insya-Allah.Aku amat berharap agar kita dapat tamatkan pengajian kita bersama-sama.Setakat ini saja yang dapat aku coretkan.Insya-Allah aku akan tulis lagi jika berkesempatan
Assalammualaikum…
Yang ikhlas,
Huril Syafa’,
12 April 2004

Menitis lagi air mata Sakinah setelah membaca buat kali keempat surat yang diberikan ibu Huril Sabtu lepas.Hari kepergian Huril meninggalkan dunia yang fana ini.Dia berasa amat terharu membaca penghargaan yang Huril berikan di dalam surat itu.Dia masih ingat hari Huril meninggal dunia hari itu.
Setibanya dia di rumah Huril dia mendapati Huril tiada di ruang tamu untuk menyambutnya selepas dia memberi salam,tetapi Mak Eton yang menyambutnya.Mak Eton mempersilakan dia duduk di atas kusyen kemudian ke bilik Huril untuk memberitahu kedatangannya.Selepas beberapa minit dia terkejut mendengar jeritan Mak Eton.Dia segera berlari ke bilik Huril dan mendapati Mak Eton menangis sambil menggerakkan tubuh Huril yang tidak memberi sebarang reaksi itu.Tahulah dia bahawa Huril sudah tiada.Dia menyedari air matanya mengalir dan dia jatuh terjelepok.Kemudian dia tidak ingat apa-apa lagi cuma terdengar suara orang memanggil namanya sayup-sayup.Kemudian dia terbangun apabila terdengar suara orang membaca Yasin. Tiba-tiba dia tersentak mendengar suara ibunya memanggil namanya dan dia menyahut.
“Insya-Allah,Huril,aku akan cuba mencapai cita-cita aku.Aku juga berjanji aku akan mengingati persahabatan kita seumur hidup aku.Aku berjanji demi Allah.”Sakinah berjanji di dalam hati sambil menyeka air matanya.Dia melihat sekali lagi surat Huril dan memasukkan surat itu ke dalam sampulnya dan menyimpannya di dalam laci di meja tulisnya.Apabila teringatkan dia akan ke sekolah esok tanpa ditemani Huril air matanya mengalir lagi dan mengalir lebih deras apabila teringatkan kata-kata Huril di dalam surat itu,” Aku amat berharap agar kita dapat tamatkan pengajian kita bersama-sama.”Selepas menyeka air matanya dengan bajunya dia keluar dari biliknya dengan tekad baru,”Aku mesti tunaikan kemahuan Huril!”









Bookmark and Share

    


  Member Information For BaItIProfil   Hantar PM kepada BaItI   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-05-05 23:41




tak ada org balas lagi?

jgn marah.....

cerpen yang bagus

banyak moral....1)Persahabatan adalah suatu yang tidak boleh dinilai
2)berbuat baiklah kepada saudara kita walaupun dia berlainan drpada kita-i mean physically



-----------------
Tengok dengan mata…
Lihat dengan hati…
Renung dengan akal…
Fikirlah dengan iman…

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 02:44


erm.. satu percubaan yang sangat bagus..

mengalir gak air mata ana ni..

erm.. mungkin BaItI boleh baiki lagi dengan penyusunan bahasa yg lebih baik...

suke la cite ni


-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

nailofar_ain
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7103
Posting: 23
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 11:56



sedey la citer ni



Bookmark and Share

    


  Member Information For nailofar_ainProfil   Hantar PM kepada nailofar_ain   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085481 saat. Lajunya....