Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Saya benci Ulama'........


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Saya benci Ulama'........

Please Mendaftar To Post


Oleh Saya benci Ulama'........

Wanny
Warga Rasmi
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1996
Posting: 9
Dari: Segamat, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-07-03 12:03


Assalamualaikum,
Saya, Wanny, nak luahkan perasaan geram saya kat Ulama' yang tidak mengamalkan sunnah Nabi Kita boleh lihat setiap hari mereka ini yang kononnya Ulama' pewaris Nabi, berbicara dengan begitu petah sekali berkenaan sunnah Nabi, di kaca TV. Tapi sedarkah mereka yang mereka sendiri (penceramah lelaki) tidak mengamalkan sunnah asas (fardu) pada diri mereka sendiri. Kita semua tahu kewajipan asas seorang muslimah ialah memakai tudung bukan? Tapi tahukah saudara-saudara sekalian, mencukur misai dan menyimpan janggut itu sunnah Nabi yang paling utama bukan? Tapi...sayang...ramai daripada Ulama' yang mengambil ringan sunnah ini dengan bertindak sebaliknya, mencukur janggut pastu menyimpan tebal-tebal misai...dan menganggapnya cuma SUNAT!

kaylah...itu ajer....komen plzzzz!

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For WannyProfil   Hantar PM kepada Wanny   Quote dan BalasQuote

a_whole_new_world
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1503
Posting: 195
Dari: s\'pore

singapore  


posticon Posting pada: 06-07-03 12:23


sabarla......jgn sampai meletup cam gitu.....tak baik.............ulama' juga manusia....dia juga buat kesilapan........

Bookmark and Share

    


  Member Information For a_whole_new_worldProfil   Hantar PM kepada a_whole_new_world   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-07-03 14:53


as'kum...uikkss..terkejut gak ana dengar pernyataan dari ukhti wanny. erm..ana rasa isu janggut dan misai ni hanya perkara kecil. klau ulama' tu mengeluarkan fatwa yg memesong akidah, mmg patutler dikeluarkan pernyataan "benci tu".. cuba renung dan fikir..

p/s: no one is perfect..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 06-07-03 19:36


A'kum.. betul tue darul_numan81 , isu janggut ngan misai nie.. problem simple jer.. x perlulah sampai mem'benci' ulama.. ader byk perkara2 sunnah yg kita boleh lakukan..so,x jd cerita kalau seseorang ulama' tue x buat perkara yg d'sunnahkan.. MMG x d'nafikan.. sestengah ulama' dnegara kita spt cakap x serupa bikin.. tp,kita kena ingat.. manusia xder yg perfect! mereka jugak mcm kita.. bezanyer,ader perkara yg dia tahu,kita tak tahu..dan dia tahu.. tp x buat kerana 'keaadaan'.. so, dinasihatkan.. berhati2 bila m'lahirkan pandangan.. supaya orang lain x konfius dgn kenyataan awak..

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 06-07-03 23:27


betul tu kenapa pasal misai dan janggut diutama kan sedangkan banyak perkara wajib yg harus di utamakan dulu dari misai dan janggut..... klu ada misai dan janggut tapi tak amalkan amalan wajid takde guna juga jadi ulama

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 07-07-03 00:14


assalammualaikum.......

sebenarnya kalau sesuatu itu sunat nabi...kalau tidak di buat tidak mengapa.tapi kalau dilakukan itu lagi aula...sebenarnya ulamak jugak manusia biasa .iman nya bertambah dan berkurangan juga..bukan sepenuhnya mksum seperti para rasul dan nabi...

setiap manusia kan ada kelemahan tersendiri.jadi kita ihtimam kelemahnan seseorangan.jgn terus mengkritik..allah lagi maha megetahui apa yang hambanya lakukan ...waalahualam ...

wassalam ...

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

SufiBoy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1436
Posting: 38
Dari: EXTRO

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 00:23


Menyimpan janggut adalah sunnah para anbiya'. Dalam satu pendapat dalam mazhab Syafi'i, hukum mencukur janggut adalah haram.

Namun, banyak pendapat lain yg mengatakan bahawa ia adalah sunat sahaja.

Saya pernah membaca buku-buku tentang sejarah MUFTI... dalam tu ada gambar tokoh2 mufti dulu2... ulama' hebat2.. satu persamaan majoriti mereka ialah; mereka tidak menyimpan janggut...




Bookmark and Share

    


  Member Information For SufiBoyProfil   Hantar PM kepada SufiBoy   Pergi ke SufiBoy's Website   Quote dan BalasQuote

Wanny
Warga Rasmi
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1996
Posting: 9
Dari: Segamat, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 02:01


"Barangsiapa mencintai Sunnahku beerti mencintai aku. Dan barangsiapa mencintai aku, kelak akan bersama-sama denganku di dalam Syurga."

-Rasulullah s.a.w

Bookmark and Share

    


  Member Information For WannyProfil   Hantar PM kepada Wanny   Quote dan BalasQuote

Wanny
Warga Rasmi
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1996
Posting: 9
Dari: Segamat, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 02:13


Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami.” (HR. Ahmad, Termizi, Nasai)



Bookmark and Share

    


  Member Information For WannyProfil   Hantar PM kepada Wanny   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 02:13


well wanny...tak baik tau wanny cakap yg wanny bencikan ulama'...perasaan benci tidak boleh ditanam di dalam hati...takkanlaa setakat isu misai dan janggut sampai nak membenci ulama'??? Allah tidak suka pada hambanya yg membenci saudaranya yg lain...bak kata sahabat2 yg lain, setiap org ada kelebihan dan kekurangan....lagipun...simpan janggut tu kan hanya sunnah nabi..bukannya perkara wajib yg terakndung dlm al-quran...tul tak??? mungkin lepas ni ulama' tu simpan janggut...who knows??? right???
so...klu nak buat kenyataan tu..berhati2 laa...ana terkejut bila baca tajuk forum tu...trus jer jari ana klik pd forum tu...nak tau apa yg ada...

belajarlaa dr kesilapan...

wallahuallam...

wassalam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 02:18


Wanny…ana tak tau nak cakap apa lagi…nampaknya wanny dah kuarkan hadis…bagus tu…tapi..kita kena ingt….bukannyer janggut shj sunnah nabi…byk lagi sunnah nabi…jgn kita sempitkan pemikiran kita hanya kerana ulama’ itu tidak berjanggut, dia tidak mengikut sunnah nabi.…mungkin byk lagi sunnah nabi yg dia buat dan kita tak tau!!!

wallahuallam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

ust_zal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.06.2003
Ahli No: 1627
Posting: 41
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 10:05


Assalamualaikum............

Betullah apa yg disarankan oleh wanny tu cuma kita jgn cepat menghukum dan melenting.Dan komen dari semua sahabat2 tu pun benar.Saya rasa yg paling tepat adalah mendukacitakan apabila ulama tidak mengamalkan sunnah yg ditegaskan oleh wanny tu.Cuma bukan kita membenci.Bnci harus timbul bila seseorg buat maksiat tapi mereka tidak buat maksiat cuma tidak amalkan sunnah peringkat ketiga ini.
Pendapat saya adalah sebagai ulama harus dia cthi nabi dari segala segi sebab ulama pewaris nabi.So bila waris,ulama kena warisilah semua yg ditinggalkan nabi.Kita boleh umpamakan sebagai rumah yg telah siap di bina.Siap dgn perabot dan perkakasnya tapi tidak dihias cantik.Maka disitu nampak tak berapa eloklah.Lagi kemas kalau dihiasi dgn perkakasan yg cantik2.Kalau tak buat takper tapi tak cantiklah.Kalau buat lagi bagus dan org pun suka dan mahu ikut cantik jugak.

Sekian.

-----------------
PERJUANGKAN TUHAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For ust_zalProfil   Hantar PM kepada ust_zal   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 13:15


as'kum... ana masih tak puashati dan kerana itu jugak ana telah buat sedikit homework.

**************************************************
Isu memelihara atau mencukur janggut adalah isu khilafiah yang berlarutan sejak dahulukala lagi. Di zaman silam, janggut adalah simbul puberty, kepahlawanan, dan makanah (kemuliaan) bagi semua bangsa yang bertamaddun baik Mesir tua, Yunani, Greek, India dan Rumawi.

Para ulama' sejak dahulu kala tidak sepakat, ada yang berpendapat memelihara janggut itu wajib, mencukurnya adalah haram, ada yang mandub (sunat) dan mencukurnya
sebagai makruh tanzih (hampir kepada haram) ada yang berpendapat harus memelihara dan mencukurnya.

Namun tidak ada yang mengatakan sunat mencukur janggut. Apatah lagi tidak ada yang berkata nabi tidak bercukur kerana tidak ada pisau cukur Gillete atau pencukur elektrik.

Memakai serban juga begitu isunya, ada yang mengatakan wajib, sunat dan harus, dan ada yang mengatakan fasik jika tidak menutup kepala bagi lelaki.

Polemik ini akan mudah diselesaikan jika umat Islam ada asas dalam cara memahami Sunnah; bukan semua apa yang dikatakan Sunnah itu bersifat Hukum yang Qat'iy, ini kerana ada sunnah yang bersifat hukum, ada yang bersifat semasa, dan ada yang bersifat bangsa (ditakdirkan Nabi berbangsa Arab) dan ada yang bersifat keinsanan (kerana Nabi adalah manusia biasa juga).

Kemudian Sunnah itu perlu difahami dlm bentuk aplikasinya; misalnya Nabi menyuruh umatnya bersugi.

Apakah yang sunnah di sini? bersugi dengan kayu sugi atau Oral Hygiene itu?

Setengah orang berpendapat sunnah hanya tercapai dengan menggunakan kayu sugi, jika menggunakan toothbrush dan colgate tidak mendapat pahala sunnah bersugi.

Begitu juga rupadiri, nabi menyuruh umatnya segak, kemas dan bersih. Standard kemas dan segak pada masa itu ialah janggut yang terjaga, misai yang diandam, rambut yang bersikat dan pakaian yang bersih.Ini kerana di sekitar Medinah atau di Syria adalah masyarakat yang bertamaddun dan standard rupadiri bagi masa itu ialah janggut dan misai (cuma panjang atau bentuk sahaja) Misalnya kaum Yahudi mempunyai janggut yang panjang, dan ada kaum yang misainya terlalu tebal dan masuk kedalam mulut mereka.

Apakata kalau Nabi dibangkitkan dari kalangan bangsa Jepun atau Cina yang tidak berjanggut dan bermisai?

Bab rupadiri ini adalah sesuatu yang berubah, seluar, jeans, coat, jacket, kasut
boot, sneakers dan begitu juga rupadiri manusia kerana ia adalah persoalan citarasa dan naluri manusia.

Dalam sunnah, ada benda yang boleh berubah dan ada yang permanent. Kemudian Nabi memakan dengan tiga jari..bagaimana dengan bangsa yang menggunakan garfu dan sudu atau kayu sepit, atau bangsa yang memakan nasi dan berkuah kari?

Jika umat Islam mampu menyelami konsep dan aplikasi Sunnah dalam kehidupan harian,maka insyaAllah mereka tidak akan berbalah yang berpanjangan dalam isu yang
bersifat uruf dan situational...

Rujukan: Qardhawi, ASSunnah: Sumber Hukum dan Peradaban.

p/s:siapkan diri ngan ilmu sebelum berhujah
wassalam



-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Hubb_qilaf
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1762
Posting: 39
Dari: USM Health Campus

turkey  


posticon Posting pada: 07-07-03 15:20


Betul tu darul_numan...jgn lah kita mudah melenting pd perkara2 kecil,hati seseorg itu hanya Allah yg mengetahuinya...

-----------------
Solehah woman smiles in trouble,
Gather strength from doa,
And grow brave by istighfar and solat,
Her great love is only for Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hubb_qilafProfil   Hantar PM kepada Hubb_qilaf   Quote dan BalasQuote

wadah_ummah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1729
Posting: 80
Dari: negeri tuan guru

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 16:27


Ana cukup tak suka ulama' kaki ampu.... hanya mementingkan pangkat dan jawatan.... perkara wajib senang2 je diketepikan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wadah_ummahProfil   Hantar PM kepada wadah_ummah   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 16:55


terkezut ana....ingatkan bencikan aper...rupanya pasal sunnah mencukur misai dan menyimpan janggut....kpd wanny,jgn cepat sangat melahirkan perasaan 'benci' tue...dgrlah nasihat sahabat2 kiter kat atas tue yek....
--------------nasihat seorg budak----------------

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 07-07-03 17:26


trimas kasih ler kat darul_numan81,akuzakie ader gakk belajo al-quran dan assunnah.. tp masa sekolah.. x dpt nak buat homework cam darul_numan81.. akuzakie setuju sangat ngan darul_numan81 tue.. toksah la perkara kecik mcm tue sampai nak 'benci' ulama.. so far.. harap2 wanny dpt ambik iktibar.. istigfar bebanyak2.. bukan apa,
"pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu menipu,pandangan nafsu selalu melulu,pandangan hati itu yg hakiki..... kalau hati itu BERSIH!! kalau hati terlalu bersih,pandangannyer kan menembus hijab.........."

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 07-07-03 19:06


Quote:

On 2003-07-07 16:27, wadah_ummah wrote:
Ana cukup tak suka ulama' kaki ampu.... hanya mementingkan pangkat dan jawatan.... perkara wajib senang2 je diketepikan.....


ini yang se4patutnya di benci, ulama yg menjaga periuk nasinya dgn mengenepikan hukum hakam islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 00:38


terima kasih kpd darul_numan81 dgn penerangan yg pnjg lebar tu..hmm..ana setuju btul dgn apa 2 darul_numan81 ckp tu...

ana jugk setuju dgn wadah_ummah..hmm...ulama' mcm tu laa yg baru dibenci...contohnya, psl DEWI REMAJA baru2 nie..."ada ker ulama' yg tampil utk bangkang pertandingan cam tu??"

wallahuallam...

wassalam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

Wanny
Warga Rasmi
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1996
Posting: 9
Dari: Segamat, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 02:13


Maafkan saya sahabatku semua, tapi saya tetap dengan pendirian saya..."Saya benci Ulama' yang tidak mengamalkan sunnah Nabi" sampai bila-bila pun!

Wanny

Bookmark and Share

    


  Member Information For WannyProfil   Hantar PM kepada Wanny   Quote dan BalasQuote

Wanny
Warga Rasmi
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1996
Posting: 9
Dari: Segamat, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 02:40


"Dari Ibn Umar ra berkata : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu".
H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.

Menurut keterangan al-Hafiz al-Iraqi dalam (ÊÎÑíÌ ÇáÇÍíÇÁ) bahawa sanad hadith ini sahih.
Kesahihan hadith di atas dapat memberi keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru atau menjadikan orang-orang jahiliah sama ada dari kalanganYahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh dan mengenepikan amalan yang telah ditetapkan oleh agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, maka peniru tersebut akan tetap menjadi golongan kafir yang ditiru selagi tidak bertaubat malah akan terus bersama mereka sehinggalah di akhirat. Kesahihan ini dapat dikuat dan dipastikan lagi dengan hadith sahih di bawah ini:

"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliah". H/R al-Bukhari.


Bookmark and Share

    


  Member Information For WannyProfil   Hantar PM kepada Wanny   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 08:49


as'kum..ana mohon maaf kiranya teguran ana sebelum ni telah mengguris hati ukhti wanny. ana cadangkan agar ukhti berjumpa lah dengan ustaz/ustazah utk mendapatkan pejelasan yg sepatutnya. sekali lagi ana mohon maaf, ilmu ana pun tak seberapa.

p/s:always try to learn
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 12:06


saye rase terpanggil nak bagi idea dan pendapat...pasal ulamak cam nei memang kita patut benci...satu lagi saya nak bagi tahu yang tak baik kalau kita sunak nabi tu adalah satu benda yang remeh je..contohnye misai dan jangut..kalau ikut hadis nabi tak bela misai tapi nabi bela jangut. kalau kita pikir benda yang baik tu adalah perkara yang remeh je. tak mustahil sunah rasulullah ni akan dikata low standart dan bermacam2 lagi..kalau ikut kan zaman kerosakanmacam nie lah kita patut ikut sunah nabi.banyak pahala kalau kita ikut...dan pasal ulamak pula nabi dah bersabda bahawa kalau seseorang ulamak itu melihat kesalahan tetapi ia tidak menegurnya.Nabi panggil dia adalah syaitan bisu...kalau kat negara kita ni ulamak cam tu dipanggil ulamak terompah kayu...kalau ikut imam ghazali pulak dipangil orang yang palig jahat di muka bumi ini....tu la dia pandangan ulamak dan pandangan nabi tentang ulamak zaman sekarang nie....cuma kita tak boleh kata semual ulamak macam tu..ade sesetengah ulamak je yang macam tuy.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-07-03 12:10


erm sampai cam tue sekali bencinya..... kalau yang tak ulamak tak simpan janggut nie Wanny benci gak keee... atau yang bangsa ulamak yang cakap tak serupa bikin ajer.....????

perbezaan pendapat ini memang agak kalut juga... tapi perbezaan pendapat ini merupakan satu rahmat dalam Islam.... Islam yang toleran pastinya tidak menjadikan isu ini sebagai satu alasan untuk kita saling membenci.... ia merupakan satu pilihan individu yang tidak akan menjejaskan hukum dalam agama.... kerana atas dasar itulah tiada perbezaan pendapat yang hebat dalam isu ini.... masing-masing boleh memilih caranya yang tersendiri.... cuma yang kecoh apabila adanya pihak yang mempertikaikan sunnah nabi ini....

itu sebenarnya terpulang kepada Wannya untuk membenci seseorang itu.... tapi sebaiknya janganlah perkara ranting seperti ini menyebabkan kita saling membenci.....

sebaiknya dalam masyarakat dan era sekarang janganlah perkara ini dijadikan isu yang besar.... Islam pada hari perlu di tonjolkan sebagai agama yang toleran... tidak terlalu mengikat ummatnya apatah lagi cendiakawannya....

apapun terpulang pada kita.... tapi sebaiknya jangan sampai hal seperti ini menimbulkan fitnah terhadap Islam..... ramai yang menuduh Islam sebagai jumud dan terlalu mengongkong ..... jadi untuk menjamin hal ini dari menjadi fitnah terhadap golongan yang bukan Islam ataupun puak munafik ini.... elok laaa sesuatu perkara itu di fikirkan dengan terlebih terbuka dan jangan menghukum dengan keterlaluan atau bahasa popular sekarang ekstrem......

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 12-07-03 19:01


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt..

Walaupun tajuk yg mewakili pembentangan hujjah tidak begitu tepat kerana ianya dlm lafaz yg umum apalagi ulama-lah yg disebut Allah dengan firman-Nya : Dan bertanyalah kamu kepada ahlul Dzkir jika kamu tidak mengetahui..

Namun apa yg saudari bentangkan adalah benar, tidak ada yg akan menyelisihinya kecuali org2 yang belum sampai ilmu kepadanya atau org2 yang meletakkan aqal mengatasi naqal atau org2 yg meletakkan ra'yu mendepani wahyu...Adapun yg lebih tepat adalah yg pertama yakni org2 yang belum sampai ilmu kepadanya.

Mengapa antum tidak memperhatikan isi pembentangan dengan ruh Islami? Bahkan tanpa sedar antum menentang kebenaran (dlm keadaan belum mengetahui). Apakah kerana perkara khilaf antum menutup minda dan memberhentikan langkah dari membedah kitab2...meneliti hujjah2 dgn penuh rasa kecintaan kepada ilmu? Apakah jika khilaf itu terpecah menjadi empat atau lebih maka semua itu akan menjadi benar belaka? Sesungguhnya Imam Malik apabila ditanya berkenaan perkara khilaf apakah diambil semua? maka beliau menjawab : Tidak. Demi Allah, yang diambil adalah yang benar dan yang benar itu hanya satu. Dua pendapat yang berbeza tidaklah dapat dikatakan kedua-duanya benar, yang benar itu hanyalah satu (rujuk Ibnu Abdil Bar : Jami' bayan al-Ilmi jilid 2/81-82)

Demikian juga sebahagian org yg seperti selesa dgn pelbagai perbezaan pendapat bahkan seolah2 menganggap semuanya itu datangnya dari Allah swt melaungkan-laungkan hadith yg tidak mempunyai asal-usulnya yakni : "perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat"..Hadith ini bukan sahaja tidak sah bahkan batil dan tiada mempunyai asal-usulnya. Ibnu Hazm dlm kitab al-Ihkam fi Ushuli Ahkam membicarakan secara panjang lebar berkenaan kalimah ini dan mengatakan ini adalah seburuk2 ucapan!. Mana mungkin matan ini benar sedangkan perselisihan itu akan menjadikan ummah lemah sebagaimana firman Allah swt : Jgnlah kamu berselisih kerna akan menjadi lemah dan hilang kewibawaan kamu : (Al-Anfal : 46). Juga firman Allah swt dlm surah Rum : 31-32 " Jgnlah kamu menjadi seperti org2 musyrik yaitu mereka mencerai-beraikan agamanya dan bergolong-golongan. Setiap golongan membanggakan apa yang ada pada mereka"
Bahkan org2 yg berselisih itu bukanlah org2 yang mendapat rahmat. Perhatikan firman Allah swt dlm surah Hud ayat 118-119 ini : "Mereka terus-menerus berselisih kecuali org yang mendapatkan rahmat dari Tuhanmu"...

Justeru adalah mustahil segala perbezaan pendapat itu yang dianggap oleh sesetengah org sebagai benar belaka atau sebagai semuanya adalah dari sisi Allah swt kerana tidak mungkin urusan yg datang dari sisi Allah itu saling bertentangan satu sama lain. Adalah tidak mungkin utk wujudnya perkara wajib dan sunat dlm satu perkara yg sama atau haram dan halal atau sah dan batalnya dlm urusan yg sama melainkan yang satu mengungguli atas yang lain. Jika antum mengatakan semuanya adalah benar belaka maka ketahuilah bahawa perselisihan dan percanggahan itu adalah dari sisi antum bukan dari sisi Allah dan Rasul-Nya. Bahkan apa yg antum dakwakan itu tidak dapat ditempuh dgn mana2 method tarjih sekalipun kerana mustahil utk batal dan sah atau halal dan haram berhimpun pada urusan yg sama.

Dan sebahagian org melihat bahawa urusan khilaf ini adalah urusan yg remeh yg seperti tidak perlu diberi perhatian yg natijahnya mereka tidak pernah mahu mencari kebenaran(bahkan menentang para pencinta ilmu dgn kalam2 mereka yang batil). Apakah urusan syara' itu adalah urusan yg remeh temeh? Apakah urusan yang datang dari Allah dan Rasul-Nya itu adalah remeh? Mahasuci Allah dari kalam mereka yang tidak mengetahui....

Dan sebahagian org mengatakan perbincangan urusan khilaf akan membaca pecah-belah walhal sebenarnya merekalah para pemecah-belah kerana mereka menutup minda dan mematikan langkah utk mengkaji dan seterusnya berpegang kepada qawl yg paling rajih yakni yang paling menepati dalil2 al-Quran dan as-Sunnah. Dan mereka terus menerus dlm kondisi demikian dan merasa apa yang ada pada golongan mereka-lah yang benar dan org2 lain salah belaka. Dan begitu juga golongan lain yang menutup pintu utk meneliti dalil dan mengkaji mereka merasa merekalah yang benar. Justeru siapakah sebenarnya yang menjadi pemecah belah?
Apakah mereka tidak melihat bahawa para pencinta ilmu itu ingin mempersatukan mereka dari berpecah belah dgn menyeru mereka agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah kerana itulah sebaik-baik kesudahan utk mereka sebagaimana firman-Nya : Jika kamu berselisih tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah(Kitabullah) dan Rasul-Nya(As-Sunnah),... yang demikian itu lebih baik kesudahannya bagimu"..

Dan sebahagian pula minda mereka hanya tertumpu kepada perkara2 yang besar seperti bersatu dan mempersiapkan diri utk menghadapi musuh2 Islam dan oleh itu mereka meremehkan perkara2 khilaf seolah2 itu sedikitpun tiada bermanfaat buat mereka. Mahasuci Allah dari anggapan mereka...mereka beranggapan mengetahui urusan syara' dgn jln mengetahui dalil2nya adalah perkara yg tiada bermanfaat! Mereka dibuai dgn perkara2 besar sedangkan perkara kecil pun mereka tidak kuat utk menghadapinya! Adapun para pecinta ilmu jika perkara yg dianggap kecil ini pun mereka bersungguh2 membedah kitab, mengkaji dan meneliti dalil2 justeru bagaimana pada fikiranmu utk perkara2 besar yang membuai fikiranmu? Jika utk perkara yg disifatkan sebagai kecil inipun mereka berusaha mengikuti dalil2 yang paling rajih, bagaimana anggapanmu utk urusan jihad menentang kuffar dan musuh2 Allah swt? Demikianlah semoga kalam ini bermanfaat kepada org2 yang ingin berfikir..

Mudah-mudahan diberikan Allah kekuatan utk saya menulis lagi di sini. Sesungguhnya dgn rahmat dan hidayah-Nya maka semua kebaikan itu menjadi sempurna...

Assalamualaikum wrt


Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

puteri_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 478
Posting: 212
Dari: Pulau Melaka

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-07-03 00:56


Assalammualaikum.
bercakap ttg ulamak kaki ampu...dan yang memperlekehkan Sunnah Rasul..ada gak yang sanggup jual Agama mereka dengan menyokong UNDANG-UNDANG buatan MANUSIA dan menolak sekerasnya HUKUM HUDUD..dan membiarkan lidah-lidah besi yang mencaci Rasulullah S.A.W serta Apa yang dibawa oleh Rasul..

Ada juga yang sanggup memberi pendapat ttg penafsiran Alquran semula tanpa berfikir siapalah kita untuk menfsir KLAM ALLAH...sedangkan KLAM ALLAH itu sendiri yang tidak diambil pakai sebagai panduan hidupnya...pelik sungguh..manusia..

tidak sedarkah MATI menjelma bila2 saja...kalau tak sempat bertaubat...???aduh...apa jawapan yang dapat diberikan kepada soalan yang akan dikemukakan nanti.....

wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamProfil   Hantar PM kepada puteri_islam   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-07-03 13:58


assalamualaikum....

tertarik ana pada hujjah Uwaimir sesuatu yang bagus dan bermanfaat...

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

ibtisam_daiman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 634
Posting: 43

egypt  


posticon Posting pada: 15-07-03 14:46


Quote:

On 2003-07-06 23:27, izdham wrote:
betul tu kenapa pasal misai dan janggut diutama kan sedangkan banyak perkara wajib yg harus di utamakan dulu dari misai dan janggut..... klu ada misai dan janggut tapi tak amalkan amalan wajid takde guna juga jadi ulama

-----------------
"syukur itu indah jika diselami dengan hati yan redha"



__________________________________________________

tul tu, ana pun sokong gak... aper lah gunanya perkara sunat dijaga tapi yang wajib tu diketepikan...... jangan kerana perkara yang remeh kite membenci setinggi gunung....

indahnya kasih kerana tuhan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_daimanProfil   Hantar PM kepada ibtisam_daiman   Quote dan BalasQuote

ibtisam_daiman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 634
Posting: 43

egypt  


posticon Posting pada: 15-07-03 14:47


Quote:

On 2003-07-06 23:27, izdham wrote:
betul tu kenapa pasal misai dan janggut diutama kan sedangkan banyak perkara wajib yg harus di utamakan dulu dari misai dan janggut..... klu ada misai dan janggut tapi tak amalkan amalan wajid takde guna juga jadi ulama

-----------------
"syukur itu indah jika diselami dengan hati yan redha"



__________________________________________________

tul tu, ana pun sokong gak... aper lah gunanya perkara sunat dijaga tapi yang wajib tu diketepikan...... jangan kerana perkara yang remeh kite membenci setinggi gunung....

indahnya berkasih kerana tuhan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_daimanProfil   Hantar PM kepada ibtisam_daiman   Quote dan BalasQuote

kens2005
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto

japan   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 15:03


benci sebab takde janggut?? ayark ^_^x
hamba suka penjelasan tuan hamba Darul_numan

-----------------
:: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For kens2005Profil   Hantar PM kepada kens2005   Pergi ke kens2005's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 16:16


Assalammualaikum...
bab mengerat misai dan janggut nie..
ana pernah tanye kat ustaz ana..
katenye membela janggut nie hanyelah sunat yang hampir kepada wajib...

Yusuf Qardawi pun ade misai...

-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

mohm3
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 784
Posting: 216
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-07-03 16:38


Berhubung dengan persoalan mencukur janggut, mengerat misai berikut adalah penjelasan hukum yang berkaitan :

Hukum menghilangkan janggut samada dengan gunting atau cukur hingga habis adalah haram disisi jumhur ulamak.

Tetapi disisi mazhab Syafie hukumnya adalah makruh kerana menyalahi perintah Nabi s.a.w. supaya menyimpannya. Adapun misai tiadalah dilarang mencukurnya bahkan sunat.


Daripada Aishah r.a katanya ; Rasulullah SAW bersabda : Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah: memotong misai, memelihara janggut, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinja ( kata perawi aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur).
Maksud memelihara janggut ialah membiarkan janggut dan tidak mengambil apa-apa tindakan bagi mengubahnya.

Ulama Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Walau bagaimanapun tidak ditegah sekadar mebuang yang lebih dari genggaman ataupun yang lebih panjang dari paras leher berdasarkan amalan Ibn. Umar r.a.

Mengikut ulama Hanafi, mencukur janggut dikira sebagai makruh tahrim iaitu yang hampir kepada hukum haram.

Ulama Syafie menganggap perbuatan mencukur adalah makruh.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya Syarh Muslim telah menyebut 10 perkara yang makruh dilakukan terhadap janggut yang salah satu daripadanya ialah mencukur janggut.
Walaubagaimanapun bagai wanita, janggut yang tumbuh sunat dicukur.
Wallahu a`lam

1. Abdullah bin Umar berkata bahawa telah bersabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai kamu (H.R. Bukhari, Muslim dan Baihaqi)

dari Aisyah r.a.h.beliau berkata bersabda Nabi SAW.: "Sepuluh perkara fitrah (daripada sunah para nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut" (H.R. Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmidzi, an-Nasa'i dan Ibn Majah)

Secara kesimpulan, mengikut mazhab kita, Imam Syafie R.A memotong janggut adalah makruh sahaja dan tidak ke tahap haram. Manakala sunat memotong misai. Wallah Taala Wa Rasul A'lam...

-----------------
akal yang hidup itu sentiasa berfikir, hati yang hidup sentiasa berzikir, nafsu yang hidup sentiasa merangsang ke arah kebaikan dan badan yang hi

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohm3Profil   Hantar PM kepada mohm3   Pergi ke mohm3's Website   Quote dan BalasQuote

AnisAqilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-07-03 16:44


Quote:

Secara kesimpulan, mengikut mazhab kita, Imam Syafie R.A memotong janggut adalah makruh sahaja dan tidak ke tahap haram. Manakala sunat memotong misai.



anis setuju dengan kata-kata kat atas ni...buat Wanny..anis harap wanny sentiasa cool...

-----------------

Tertawalah pada segala cubaan, kerana dunia ini hanya kosong belaka, terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan


Bookmark and Share

    


  Member Information For AnisAqilahProfil   Hantar PM kepada AnisAqilah   Pergi ke AnisAqilah's Website   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-07-03 09:50


Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Bila ana tgk komen sahabat2 sekalian,ana jugak tdk ketinggalan ingin menyuarakan pendapat.Sebagaimana saudari wany katakan bahawa beliau tdk suka pada ulama'yang tidak mengamalkan sunnah nabi saw.Memang tidak dinafikan bahawa pakaian dan cara seseorang ulama' itu sendiri akan memainkan peranan dalam menyebarkan risalah agama Islam yang suci.Sebenarnya dalam dunia zaman sekarang terdapatnya 2golongan ulama'
yang pertama ulama yang membawa manusia kpd cahaya dan mengeluarkan manusia dari kegelapan(zhulumat).Golongan kedua ialah ulama' suu'(jahat)golongan ini adalah serupa dgn ahli kitab,iaitu mereka tahu ssuatu perkara itu haq&benar tapi mereka cuba memutar belitkan fakta&berdalih dengan kebenaran yang benar telah disahkan oleh ijma' ulama'

Golongan yang pertama tadi ialah memahami islam menurut semestinya.Mereka ini dinamakan oleh Islam sebagai Fuqaha'dan mujtahidin.Nama ulama' itu diambil dari firman Allah Taala yang bermaksud;

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT di antara hamba2-Nya hanyalah ulama'"


Kita sepatutnya tidak haruslah terlalu cepat melatah dgn gaya&cara ssorg ulama' itu,kadang2 mereka ada sbb2 tertentu kenapa mereka tidak melakukan perkara tersebut.Kerana mereka adalah golongan yang yang faqih ttg selok-belok ttg agama.Sabda Nabi saw yang bermaksud;Ulama' itu pelita-pelita bumi,pengganti-pengganti nabi",sabda Rasulullah saw lagi;Sesengguhnya ulama' di bumi ini seperti bintang2 di langit dgn dia umat ditunjukkan jika dalam kegelapan,baik di darat mahupun di laut"

Dengan mengetahui kedua2 hadis ni,dapatlah kita simpulakan bahawa ulama'memainkan peranan yang amat penting dalam menjernihkan kekruhan yang ada pada masyarakat kita sekarang.Kita sepaptutnya lbh cinta&sayang mereka ini.Janganlah kerana perkara yang terlalu remeh&temeh kita membenci mereka.Yang penting sekali mereka itu mempunyai ciri2 ulama'yang di tunjukkan olh Nabi saw,dan bukanlah ulama' yang suu' iaitu ulama' yg jahat.Mereka ini merupakan duri dalam daging umat Islam.Jadi marilah sama2 kita menyayangi ulama' kerana ulama' ialah"ulama warisatul anbiya'

Wallahu SWT a'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-07-03 18:51


Prof sependapat tentang ...semua mana memberi pandangan masing2.Prof ada baca.....

Prof ingin memaklumkan....bahawa kita hanya ada ulama` sebagai tempat rujuk ( selepas kewafatan nabi ) selok - belok agama yg begitu arif... Pengiktrafannya dakah perlu ada anugerah..perlantikan...tidak....itu adalah pilihan secara langsung oleh org ramai...atas kewarakannya dan ketegasan bila bincang pasal agama....

Setengah ada ulama` yg tidak betul kerana ada dikalangannya tertunduk dengan harta dan dunia.... MAKA TAK salah kita membencinya.....
Oleh itu kita harus bersama mereka yg mahu mengambilkan Kesyumulan ....seperti yg pernah
ditunjukkan zaman nabi...dan para sahbat...
Amin....

Wassalam
Prof

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-09-03 12:27


Assalamualaikum...

Pernah tak seseorg bertanya kpd ulama' tersebut kenapa tak pendekkan misai dan pelihara janggut?

Macam mana kalau ulama' tersebut kepingin nak bela janggut malangnya janggutnya memang tak tumbuh atas sebab keturunan atau penyakit atau sebagainya? Agak2 boleh ke kita tanggung balik hukum yg dah kita jatuhkan atas mereka tanpa usul periksa? Renung2kanlah...

Allahua'lam....

p/s: perbanyakkanlah husnuzzon antara sesama Islam... kesilapan kerana tidak menghukum lebih baik drpd tersilap dlm menghukum...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

insan_kalam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2802
Posting: 104
Dari: batu pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 02:04


assalammualaikumm..

pada komen ana la pulak..

ana ni...aper yg rasul kita buat tu..adaalah sesuai untuk semua zaman..semua keturunan...semua keadaan...semua tempat...dia bukan pada takat tu jer..tapi pada semua sudut.

ana tak setuju gan aper yg dikaterkan olehdarul_numan8 kerana seolah2..sunnah tu mcm bole diubah...kan rasul kt dah pesan...dalam khutbah yg terakhir...agama dah lengkap..dah tak bole nak kurang..nak tambah..dan sebagainya..aper yg dibuat oleh nabi kt sesuai gan ..perkembangan zaman..dan ia tak perlu lagi di halal..haramm...sunnat..mahruh..dan sebagainya...klu dia sunnah!dia tetap sunnah..takda yg dikaterkan ikut perkembangan zaman...

islam..makin mungdur adalah kerana agama islam sendiri telah perlekeh2kan cara nabi kt...dia buat sendiri apr yg dia fikir baik.semua ambil ikut lojek.tak nak ikut sunnah.

ingat la...klu kt nak kemajuan..bukan la pandang kehadapan!tapi,pandang la kebelakang kerana di belakang tu bnyak pergalaman,pengajaran,manis,pahit dan sebagainya..klu nak pandang kehadapan tu ada apa?

islam takkan maju ..jikalau semua org islam tak amalkan sunah secara istiqomah..sebnyak 10%..

jngan pandai cakap sahaja..tapi tak nak..buat aper yg telah dilakukan oleh nabi...buat la yg terbaik untuk diri kite..

a'kum..

klu nak bagi..cadangan lain..bagi la..kt samer2 kongsi

ilalliqa


Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_kalamProfil   Hantar PM kepada insan_kalam   Quote dan BalasQuote

insan_kalam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2802
Posting: 104
Dari: batu pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 02:21


assalammualaikumm..

lagi satu nak cakap la..skrg ni...org nak lakukan ibadat tu..kerana dia wajib,sunat..mahruh..haram..harus...
bukan kerana bnda tu itu amalan nabi..

aper yg nabi kita buat tu adalah amalan yg disukai ALLAH...

sebap kekasih ALLAH adalah..nabi muhamad..aper yg dilakukan oleh nabi muhamad tak kira la apr yg dia buat..semuanya disukai oleh ALLAH..

mcm la kekasih kt..contoh laa..kekasih kt ni..sedia..aper yg sedia buat..semua kt akan sukr..

mcm tu juga la ALLAH..aper yg nabi muhamad buat..dia akan suker..

tapi yg sedihnya ummat akhir zaman ni..pandai2 lak nak ubah aper yg ALLAH suker.mcm dia lak kekasih ALLAH yg paling rapat..

...buat sesuatu tu hnyala dngan cara nabi kt..kerana dngan nabi kt la..nur akan sampai..dngan nnur ni la..aper yg kt doakan akan tercapai...

aper yg nabi kt buat..tu semua adalah nur ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_kalamProfil   Hantar PM kepada insan_kalam   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-03 11:36


Quote:

On 2003-09-13 02:04, insan_kalam wrote:
assalammualaikumm..

pada komen ana la pulak..

ana ni...aper yg rasul kita buat tu..adaalah sesuai untuk semua zaman..semua keturunan...semua keadaan...semua tempat...dia bukan pada takat tu jer..tapi pada semua sudut.

ana tak setuju gan aper yg dikaterkan olehdarul_numan8 kerana seolah2..sunnah tu mcm bole diubah...kan rasul kt dah pesan...dalam khutbah yg terakhir...agama dah lengkap..dah tak bole nak kurang..nak tambah..dan sebagainya..aper yg dibuat oleh nabi kt sesuai gan ..perkembangan zaman..dan ia tak perlu lagi di halal..haramm...sunnat..mahruh..dan sebagainya...klu dia sunnah!dia tetap sunnah..takda yg dikaterkan ikut perkembangan zaman...





Syeikh, sila rujuk tulisan Yusof Al-Qardawi berkenaan Perlaksanaan Syariat Islam Sesuai Di Semua Tempat Dan Zaman. Perbahasan yg menarik berkenaan perkara ini.

Apa yg telah diutarakan oleh darul_numan81 tu bukanlah bermakna menghalal yg haram dan mengharamkan yg halal. Cuma bab khilafiah ni memang akan sentiasa wujud, jgn bertekakla..

Itu shj..

Allahua'lam...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

wira
Warga Rasmi
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2634
Posting: 13
Dari: kuantan,pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 06-10-03 18:16


Quote:

On 2003-07-07 16:27, wadah_ummah wrote:
Ana cukup tak suka ulama' kaki ampu.... hanya mementingkan pangkat dan jawatan.... perkara wajib senang2 je diketepikan.....



yaa...sokong wadah_ummah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wiraProfil   Hantar PM kepada wira   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 07-10-03 02:52


"Bukan semua 'ulama" sekarang pewaris para nabi.Namun Pewaris para nabi sudah tentu ulama"

Jangan terlalu membenci...
Tiada seorang pun diantara kita..hatta! ulama sekalipun yang perfect....
Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan...
Apa pun...pandangan Wanny membuktikan bahawa..masih ada antara kita yang prihatin terhadap golongan ulama masa kini dan BERANI BERSUARA...itu yang penting !
Wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 12-10-03 11:34


Assalamualaikum

Ulama yang hanya mementingkan kekayaan dunia dan darjat,itu sudah jelas pada era iniHanya segelintir ulama yg bangkit untuk menentang ketidak adilan dan mempertahankan maruah islam,yg lain hanya mengikut kata hawa nafsu mereka dan sesuka hati mengatakan yg halal itu haram dan yg haram itu halal.Mereka mengeluarkan pendapat hanyalah untuk kepentingan diri.Mereka terlalu mengejar matirial hingga lupa dasar perjuangan mereka sendiri yakni mempertahankan islam dan membawa umat islam kejalan kebenaran bukan menyesatkan mereka lagi.

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali

Riwayat: HR al- Baihaqi

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.






-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]"http://www.ukhwah.com/images/signmuttaqin.gif">
::"Mereka yg berjihad dijalan Allah,tentu Kami bimbing mereka ke jalan kami,sesungguhnya Allah membantu mereka yang berbuat baik" (Al-Ankabut:69)::

[ Posting ini telah di edit oleh: MuTTaQiN pada 2003-10-12 11:36 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

ummat
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2003
Ahli No: 4826
Posting: 11
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 02-11-03 02:43


assalammualaikum..

Mintak maaf kerana mencelah.. disini saya rase ingin sekadar menyuarakan pandangan sayalah..

Bagi saya tak eloklah darulnuman cakap macam tu kerana sunnah itu adalah contoh dan teladan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian malah dalam hal-hal perwatakan diri.. dan ia merupakan wahyu dari tuhan bukannya citarasa sendiri..
Sunnah NabiSAW merupakan asas kedua islam kerana setiap perbuatan dan sikap Baginda SAW adalah ibadah.
dalam soal ni ada sebuah hadis yang Rasulullah SAW menyuruh mengguntingkan misai dan memanjangkan janggut demi membezakan dengan org majusi.(r. i.tirmidzi).
dan banyak lagi hadis yang menyuruh kita memperbezakan dengan org kafir dan maksud dari perbezaan tu termasuklah adab makan,pakaian,tidur ,dan penampilan diri semuanya
dan setiap sunnah ada alasannya sendiri dan hikmahnya malah dimulakan dengan doa contoh mengenai makan, RasullulahSAW menggunakan 3 jari dan baginda bersabda lebih kurang mafhumnya 'makan menggunakan 1 jari itu adalah orang yang sombong manakala menggunakan 5 jari adalah tamak'
dan cara duduk rasullulah juga berbeza, malah lebih suka makan dengan berjemaah,
adakah kita lihat amalan ini merupakan budaya bangsa arab dari turun temurun sebelumnya datangnya islam yang dibawa oleh baginda..malah kita tahu pada zaman jahiliya bagaimana keadaannya tetapi apabila baginda datang membawa risalah tauhid maka segalanya berubah bukan sahaja soal akidah, ibadah malah corak kehdupan juga berubah..sehinggalah sahabat2 menjadi antara umat yang paling unggul kurun yang terbaik dan takde yang baik dari sebelum dan selepas kurun mereka..iman merekan tepu dan besar seperti gunung,mereka didunia lagi dah dijamin syurga..apa rahsia mereka?apa amalan mereka.. sehingga mendapat gelaran r.a tuhan redha pada mereka dan mereka redha pada tuhan.
kerana mereka mengamalkan 100 peratus sunnah bagindaSAW. saya rasa soal khilafiah bukan penghalang untuk kita mengamalkan sunnah, semuanya atas kesungguhan kita sendiri yang menjadi penghalang cuma nafsu kita saja kerana memang fitrah bersunnah itu berlawanan dengan nafsu
lebih2 akhir zaman ini kebanyakan hanya ambil sebahagian sahaja mengikut nafsu mereka yang ditinggalkan tak sesuai dengan nafsu..kenapa hari ni kita tak mempersoalkan dalam diri kita corak kehidupan barat kita bole amalkan dengan mudah,cara mereka makan,cara mereka berpakaian sedangkan cara mereka langsung tak mendapat rahmat tuhan..
cara kita mempersoalkan seolah-olah kita anggap sunnah itu terlalu remeh untuk diamalkan dan sesuai keadaan zaman sedangkan baginda diutus untuk seluruh alam tak kisah la jepun ke iindia ke cina org asli ke, semua ini termasuk maka apabila sampai kepada mereka islam ini la cara hidup mereka yang baru..mereka juga kena amalkan sunnah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummatProfil   Hantar PM kepada ummat   Pergi ke ummat's Website   Quote dan BalasQuote

harakah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3833
Posting: 45

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-11-03 07:53


Assalamualaikum...
tu kire OK la, ni ade gak orang yang berpewatakan ustaz (ulama' la konon2nye) yang bole cakap, "kita bole mengqada'kan sembahyang semata-mata untuk menaikkan nama negara (berenang = malik maidin). yang ni lagi teruk. pinda hukum terusssss.

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakahProfil   Hantar PM kepada harakah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 12:26


mmm..
1st of all....
terus terang saya kata kan..
saya amat tdk bersetuju dengan tajuk topik ini..
SAYA BENCI ULAMA'...
ianya terlalu subjektif...
terlalu umum sangat....
harap ada tindakan drpd yg empunya topik...

p/s.."siapkan dirimu sebelum berhujah"...
mmmmm...
entahlah....

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

mawaddah_islamiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1186
Posting: 55
Dari: pahang

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 12:43


sesungguhnya marah tu syaitan.
depa sukalah kalu kita ni marah,melenting tak kena tpt.




-----------------
*JANGAN IMPIKAN PEMUDA SEHEBAT SAIDINA ALI JIKA PERIBADIMU TIDAK SEINDAH FATIMAH R.A*

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaddah_islamiahProfil   Hantar PM kepada mawaddah_islamiah   Quote dan BalasQuote

ummuluqman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4162
Posting: 54
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 20:53


Assalamualaikum...
Hmm panjangnya perbahasan nie.Banyak betul hadith dan pendapat.Kalau dijoinkan boleh buat buku..

Ana pun sebenarnya tak setuju ngan tajuk tu.. macam nak menggalakkan orang supaya membenci ulamak padahal kesnya kecil jer pun. Hanya kerana tak mengikuti sunnah Rasulullah yang satu iaitu mencukur misai dan menyimpan janggut.
Sebab ana ada baca satu hadis bunyinya lebih kurang macam ni.. kalau nak kesalahan kita diperbetulkan..bersolatlah di belakang ulama'( orang yg arif dalam ilmu agama). Nie tak solat belakang tiang..macam mana kesalahan kita akan diperbetulkan?
Wallahua'lam..maklum sajalah manusia ni mana ada yg perfect.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuluqmanProfil   Hantar PM kepada ummuluqman   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 21:01


ana rasa perkataan benci tu tak patut digunakan... sorry ana hanya menegur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-08-04 02:27


Assalamu-alaikum
Cukur misai dan simpan janggut tu nak bezakan antara Islam dgn Yahudi! Walaupun kita menganggapnya perkara remeh tapi... itulah hakikatnya.Kalau nak ikut pendapat ni, macam-macam ada. Buat wanny... saya tak pernah menganggap org-org yg dok keluar kat TV Malaysia tu sebagai ulama, namun saya tak nafikan ilmu yg ada pada mereka tu!
Kalau ada yang menurun tahap imannya...itu bukanlah ulama namanya!TQ

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Azri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 11001
Posting: 75
Dari: Tupak Kelate(Tumpat Kelantan)

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-09-04 13:13




Sebenarnya isu janggut ini merupakan isu masih diperbincangkan oleh ulama’. Ada yang mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya dan ada juga yang mengharuskannya. Dibawah ini kita ringkaskan pendapat mazhab mengenai janggut:

Hanbali & Maliki: haram
Hanafi: Makruh Tahrim
Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy)

Ulama’2 mutakhirin juga berbeza pendapat berkaitan perkara ini. Di bawah adalah ringkasan pendapat mereka:

Yang mengatakan haram: Albani, Ibn Baaz dan lain2 lagi.

Yang mengatakan tidak haram: Dr Yusuf Qaradawi dan lain2

Kami lebih cenderung kepada pendapat Dr Yusuf Qaradawi. Berikut saya lampirkan fatwa beliau berkaitan memelihara janggut dari Al-Halal wal Haram Fil Islam karyanya.

-------------

Termasuk yang urgen dalam permasalahan kita ini, ialah tentang memelihara jenggot. Untuk ini Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut:

"Berbedalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah jenggot dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)

Perkataan i'fa (pelihara) dalam riwayat lain diartikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).

Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara jenggot dan mencukur kumis, yaitu supaya berbeda dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting jenggotnya, bahkan ada yang mencukurnya.

Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeda dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi maupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur jenggot ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan. Sebab jenggot adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membedakan dengan jenis lain.

Namun demikian, bukan berarti samasekali tidak boleh memotong jenggot dimana kadang-kadang jenggot itu kalau dibiarkan bisa panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya. Untuk itulah maka jenggot yang demikian boleh diambil/digunting kebawah maupun kesamping, sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi. Hal ini pernah juga dikerjakan oleh sementara ulama salaf, seperti kata Iyadh: "Mencukur, menggunting dan mencabut jenggot dimakruhkan. Tetapi kalau diambil dari panjangnya atau ke sampingnya apabila ternyata jenggot itu besar (tebal), maka itu satu hal yang baik."

Dan Abu Syamah juga berkata: "Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur jenggotnya. Berita yang terkenal, bahwa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi, bahwa mereka itu biasa mencukur jenggotnya."

Kami berpendapat: Bahwa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur jenggotnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristen. Sebagaimana kelazimannya, bahwa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeda dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan:

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)

Kebanyakan ahli-ahli fiqih yang berpendapat tentang haramnya mencukur jenggot itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeda dengan orang-orang kafir. Dan berbeda dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.

Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur jenggot karena terpengaruh oleh keadaan dan memang karena bencana yang telah meluas. Mereka ini berpendapat, bahwa memelihara jenggot itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara' yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahwa memelihara jenggot itu bukan sekedar fi'liyah Nabi, bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeda dengan orang kafir.

Ibnu Taimiyah menegaskan, bahwa berbeda dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam lahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percobaan.

Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeda dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerusakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan bisa berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerusakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.

Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahwa masalah mencukur jenggot ini ada tiga pendapat:

Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.

Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.

Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah yaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeda dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah menyemir rambut supaya berbeda dengan orang Yahudi dan Kristen. Tetapi sebagian sahabat ada yang tidak mengerjakannya. Oleh karena itu perintah tersebut sekedar menunjukkan sunnat.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur jenggot, tetapi barangkali saja karena mereka tidak begitu memerlukan, karena memelihara jenggot waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

Dipetik dari http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/20210.html#2.2.13

----------


Sila lihat juga URL http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj469-512.shtml dan scroll ke SJ-497. Sekian.



Rujukan

Al-Halal wal Haram Fil Islam
Oleh Dr Yusuf Qaradawi

The Beard Between the Salaf & Khalaf
(Janggut antara Salaf dan Khalaf)
Oleh Muhammad al-Jibaly

Fiqh & Perundangan Islam
Oleh Dr Wahbah az-Zulaihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzriProfil   Hantar PM kepada Azri   Pergi ke Azri's Website   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-10-04 18:03


wrt.

Dari paparan akh Azri yg dipetik dari kitab Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam maka pada perkataan Dr Al Qaradhawi yakni..."Untuk itulah maka janggut yang demikian boleh diambil/digunting kebawah maupun kesamping, sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi". Maka hendaklah diketahui bahawa hadith riwayat at-Tirmidzi yang diisyaratkan oleh Dr Al-Qaradhawi tersebut adalah hadith maudhu'(palsu) sebagaimana takhrij yang dilakukan oleh Al-Muhaddith Al-Albani di dlm kitabnya Ghaayatul Maraam fi takhrij Ahaadith Al-Halal wal Haram. Berkata Al-Albani berkenaan hadith yang diisyaratkan tersebut : Maudhu'(palsu), diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya dari Abdullah bin Amer bahawa Nabi saw pernah memotong janggutnya keraba terlalu lebat dan panjang. Tirmidzi berkata: "Hadith gharib". Saya(Albani) berkata : Di dalam sanad ini terdapat Amer bin Harun al-Balkhi, dia pendusta sebagaimana dikatakan oleh oleh Ibnu Ma'in dan lainnya. Lihat takhrijnya di dalam Silsilah Ahadith ad-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah (no. 288 ) terbitan al-Maktab al-Islami.

Ana cenderung untuk bersama2 pendapat jumhur ulama (ulama tafsir, hadith dan fiqh) yang menegaskan bahwa perintah yang terdapat pada hadits-hadits (tentang janggut) adalah menunjukkan perintah yang wajib bukan sunat karena ia menggunakan lafaz atau kalimah (صيغة الامر ) "nada (gaya) perintah" yang tegas, jelas (dan diulang-ulang). Antara hadith-hadithnya ialah yang disampaikan oleh Ibnu 'Umar r.a

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah jenggot kamu dan tipiskanlah kumis kamu". HR al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Ibn Umar Radiyallahu 'anhu berkata : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". HR Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani. "

"Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi) memelihara kumis mereka dan mencukur jenggot mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka". HR al Baihaqi.

"Dari Ibn Umar Radiyallahu 'anhu berkata : Kami diperintah supaya memelihara jenggot". HR Muslim.

"Dari Ibn Umar Radiyallahu 'anhuberkata : Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu". HR Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani. Menurut keterangan al-Hafiz al-Iraqi dalam (تخريج الاحياء )bahwa sanad hadits ini sahih.

Dan sudah sangat jelas di kalangan ulama' bahawa semua lafaz perintah merupakan perintah wajib kecuali ada qarinah lain yang menunjukkan sebaliknya atau mengalihkannya kepada pengertian yang lain...dan di sini tidak ada qarinah yang dimaksudkan...Syeikh Al Albani di dalam kitabnya Tamam al-Minnah fi Ta'liq Feqh al-Sunnah (volume I) memberikan bantahan yang baik terhadap orang2 yang mengatakan janggut itu tidak wajib, juga bantahan perihal penyemiran rambut dengan warna hitam hanya diharamkan kepada org yang lanjut usia sahaja sebagaimana yang dikemukan oleh Dr Al Qaradhawi dengan sandaran dalil hadith mursal dari az-Zuhri...walhal hadith sahih dari Jabir bin Abdullah bertentangan dengan itu yakni penyemiran dengan warna hitam adalah haram utk semua dengan tidak mengira usia.

Adapun berkenaan dengan janggut ini timbul satu persoalan, apakah maksud memelihara janggut sepertimana yang ada di dlm hadith2 yang sahih tersebut membawa maksud membiarkan saja tanpa tidak boleh sekali-kali memotongnya?Dan apakah batas pemotongannya jika diperbolehkan?

Berikut dalil yang menunjukkan bolehnya memotong janggut bersama batasannya :

"Semasa Ibn Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam jenggotnya, mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong". HR al-Bukhari.

Ibnu Umar r.a adalah sahabat yang meriwayatkan hadith2 berkenaan janggut dan kita melihat bahawa beliau memotongnya(yakni yang lebih dari genggaman) sedangkan sangat diketahui di kalangan para ulama' bahawa Ibnu Umar adalah seorang sahabat yang sangat syadid lagi terperinci dalam mengikuti dan mencontohi Nabi saw. Adalah tidak mungkin Ibnu Umar melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Rasulullah saw apatah lagi hadith tersebut diriwayatkan sendiri oleh beliau.

Barangkali ada yang menyanggah dengan qawl yang mashyur dari Al Imam Malik yang mengambilnya dari Al Hakam Ibnu Utaibah dan Mujahid, dan keduanya dari Ibnu Abbas r.a yakni : "Perkataan seseorang boleh diterima dan ditolak kecuali perkataan (hadith) Nabi saw"...

Ana jawab : Sesungguhnya perawi hadith lebih mengerti dan memahami tentang apa yang ia riwayatkan apatah lagi ianya seorang sahabat besar yang diakui kebesaran/keteguhan ilmunya.

Akhirul qalam ana tinggalkan dengan kalamnya ahli hadith besar dari India. Semoga ianya bermanfaat dan dapat ditimba faedah darinya. Insya-Allah

Berkata Abu Al-Hasanat Luknawi di dlm kitabnya Imam Al-Kalam (hlm.156) :
"Barangsiapa yang mahu berfikir dengan penuh kesabaran dan menyelami lautan fiqh dan ushul dengan meninggalkan sikap fanatiknya, niscaya dia akan mengetahui dengan seyakin-yakinnya bahawa sebahagian besar persoalan furu' dan ushul yang diperselisihkan para ulama, dalilnya ternyata lebih kuat madzhab Ahli Hadith daripada madzhab lainnya. Setiap kali aku menelusuri sisi perbezaan pendapat, aku menemukan pendapat ahli hadith lebih dekat kepada kebenaran. Semoga Allah memberikan tempat bagi mereka dan memberi balasan kepada mereka. Bagaimana tidak begitu, sebab merekalah yang menjadi pewaris Nabi yang sebenar-benarnya dan pendukung syari'atnya secara jujur. Semoga Allah memasukkan kami ke dalam golongan mereka dan menetapkan kami untuk mencintai mereka dan mengikuti jejak mereka"...dinukil dari Shifat Shalaat an-Nabi SAW min at-Takbiir ila At-Tasliim ka-annaka Taraaha karya al-Muhaddith Muhammad Nasir-ul-Din Al-Albani.(rhm).



Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

awalluddin
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2004
Ahli No: 12040
Posting: 1
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-04 16:49



1st ana nak tnye.....kamu ni dah cukup ker amalan nak membenci ulama sesuka ati jer....
dah bnyk ker ikut sunnah nabi...penah blaja khilaf ulama...penah blaja apa itu takrif ulama...?
sunnah adalah ikutan dan nabi tak penah memaksa kita mengikut sume sunnahnya coz islam tak penah membrati umatnya....ana rasa kamu prlu rujuk balik kamus dewan ttg pengertian ulama.....dan sapelah sebenarnya kita untuk membenci sorang ulama yang sudah semestinya mempunyai lebih byk ilmu dari kita....ana harap kamu sedar dgn apa yang kamu katakan.....pulanglah kepangkal jaln....jgn menegakkan benang yang basah.....sempena bulan yang mulia ni ana nak ucapkan slmt berpuasa.....ha....solat tahajud buat x?kalo betul nak ikut sunnah sangat dan memang perfect giler.....bgnla menunaikan slt tahajud....simple kan....salam ukhwah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For awalluddinProfil   Hantar PM kepada awalluddin   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-11-04 18:51


Bismillahirrahmanirrahim.
wrt..

Akh Awaluddin menulis :"1st ana nak tnye.....kamu ni dah cukup ker amalan nak membenci ulama sesuka ati jer.."

Dan ana bertanya : Apakah anta sudah membaca(ramai org sekadar baca tajuk kemudian bla bla bla tanpa memperhatikan isinya) mengapa saudari Wanny mengatakan bahawa beliau membenci ulama yakni ulama yang meninggalkan sunnah Nabi saw (bukan membenci sesuka hati)..dan ana menyakini bahawa maksud membenci di sini adalah dengan makna mengingkari.

Dan utk tajuk ini ana telah memberi tanggapan pada 12 Julai 2003 sepertimana di bawah. Ana copy and pastekan semula..Mudah-mudahan bermanfaat.

Walaupun tajuk yg mewakili pembentangan hujjah tidak begitu tepat kerana ianya dlm lafaz yg umum apalagi ulama-lah yg disebut Allah dengan firman-Nya : Dan bertanyalah kamu kepada ahlul Dzkir jika kamu tidak mengetahui..

Namun apa yg saudari bentangkan adalah benar, tidak ada yg akan menyelisihinya kecuali org2 yang belum sampai ilmu kepadanya atau org2 yang meletakkan aqal mengatasi naqal atau org2 yg meletakkan ra'yu mendepani wahyu...Adapun yg lebih tepat adalah yg pertama yakni org2 yang belum sampai ilmu kepadanya.

Mengapa antum tidak memperhatikan isi pembentangan dengan ruh Islami? Bahkan tanpa sedar antum menentang kebenaran (dlm keadaan belum mengetahui). Apakah kerana perkara khilaf antum menutup minda dan memberhentikan langkah dari membedah kitab2...meneliti hujjah2 dgn penuh rasa kecintaan kepada ilmu? Apakah jika khilaf itu terpecah menjadi empat atau lebih maka semua itu akan menjadi benar belaka? Sesungguhnya Imam Malik apabila ditanya berkenaan perkara khilaf apakah diambil semua? maka beliau menjawab : Tidak. Demi Allah, yang diambil adalah yang benar dan yang benar itu hanya satu. Dua pendapat yang berbeza tidaklah dapat dikatakan kedua-duanya benar, yang benar itu hanyalah satu (rujuk Ibnu Abdil Bar : Jami' bayan al-Ilmi jilid 2/81-82)

Demikian juga sebahagian org yg seperti selesa dgn pelbagai perbezaan pendapat bahkan seolah2 menganggap semuanya itu datangnya dari Allah swt melaungkan-laungkan hadith yg tidak mempunyai asal-usulnya yakni : "perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat"..Hadith ini bukan sahaja tidak sah bahkan batil dan tiada mempunyai asal-usulnya. Ibnu Hazm dlm kitab al-Ihkam fi Ushuli Ahkam membicarakan secara panjang lebar berkenaan kalimah ini dan mengatakan ini adalah seburuk2 ucapan!. Mana mungkin matan ini benar sedangkan perselisihan itu akan menjadikan ummah lemah sebagaimana firman Allah swt : Jgnlah kamu berselisih kerna akan menjadi lemah dan hilang kewibawaan kamu : (Al-Anfal : 46). Juga firman Allah swt dlm surah Rum : 31-32 " Jgnlah kamu menjadi seperti org2 musyrik yaitu mereka mencerai-beraikan agamanya dan bergolong-golongan. Setiap golongan membanggakan apa yang ada pada mereka"
Bahkan org2 yg berselisih itu bukanlah org2 yang mendapat rahmat. Perhatikan firman Allah swt dlm surah Hud ayat 118-119 ini : "Mereka terus-menerus berselisih kecuali org yang mendapatkan rahmat dari Tuhanmu"...

Justeru adalah mustahil segala perbezaan pendapat itu yang dianggap oleh sesetengah org sebagai benar belaka atau sebagai semuanya adalah dari sisi Allah swt kerana tidak mungkin urusan yg datang dari sisi Allah itu saling bertentangan satu sama lain. Adalah tidak mungkin utk wujudnya perkara wajib dan sunat dlm satu perkara yg sama atau haram dan halal atau sah dan batalnya dlm urusan yg sama melainkan yang satu mengungguli atas yang lain. Jika antum mengatakan semuanya adalah benar belaka maka ketahuilah bahawa perselisihan dan percanggahan itu adalah dari sisi antum bukan dari sisi Allah dan Rasul-Nya. Bahkan apa yg antum dakwakan itu tidak dapat ditempuh dgn mana2 method tarjih sekalipun kerana mustahil utk batal dan sah atau halal dan haram berhimpun pada urusan yg sama.

Dan sebahagian org melihat bahawa urusan khilaf ini adalah urusan yg remeh yg seperti tidak perlu diberi perhatian yg natijahnya mereka tidak pernah mahu mencari kebenaran(bahkan menentang para pencinta ilmu dgn kalam2 mereka yang batil). Apakah urusan syara' itu adalah urusan yg remeh temeh? Apakah urusan yang datang dari Allah dan Rasul-Nya itu adalah remeh? Mahasuci Allah dari kalam mereka yang tidak mengetahui....

Dan sebahagian org mengatakan perbincangan urusan khilaf akan membawa pecah-belah walhal sebenarnya merekalah para pemecah-belah kerana mereka menutup minda dan mematikan langkah utk mengkaji dan seterusnya berpegang kepada qawl yg paling rajih yakni yang paling menepati dalil2 al-Quran dan as-Sunnah. Dan mereka terus menerus dlm kondisi demikian dan merasa apa yang ada pada golongan mereka-lah yang benar dan org2 lain salah belaka. Dan begitu juga golongan lain yang menutup pintu utk meneliti dalil dan mengkaji mereka merasa merekalah yang benar. Justeru siapakah sebenarnya yang menjadi pemecah belah?
Apakah mereka tidak melihat bahawa para pencinta ilmu itu ingin mempersatukan mereka dari berpecah belah dgn menyeru mereka agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah kerana itulah sebaik-baik kesudahan utk mereka sebagaimana firman-Nya : Jika kamu berselisih tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah(Kitabullah) dan Rasul-Nya(As-Sunnah),... yang demikian itu lebih baik kesudahannya bagimu"..

Dan sebahagian pula minda mereka hanya tertumpu kepada perkara2 yang besar seperti bersatu dan mempersiapkan diri utk menghadapi musuh2 Islam dan oleh itu mereka meremehkan perkara2 khilaf seolah2 itu sedikitpun tiada bermanfaat buat mereka. Mahasuci Allah dari anggapan mereka...mereka beranggapan mengetahui urusan syara' dgn jln mengetahui dalil2nya adalah perkara yg tiada bermanfaat! Mereka dibuai dgn perkara2 besar sedangkan perkara kecil pun mereka tidak kuat utk menghadapinya! Adapun para pecinta ilmu jika perkara yg dianggap kecil ini pun mereka bersungguh2 membedah kitab, mengkaji dan meneliti dalil2 justeru bagaimana pada fikiranmu utk perkara2 besar yang membuai fikiranmu? Jika utk perkara yg disifatkan sebagai kecil inipun mereka berusaha mengikuti dalil2 yang paling rajih, bagaimana anggapanmu utk urusan jihad menentang kuffar dan musuh2 Allah swt? Demikianlah semoga kalam ini bermanfaat kepada org2 yang ingin berfikir..

Mudah-mudahan diberikan Allah kekuatan utk saya menulis lagi di sini. Sesungguhnya dgn rahmat dan hidayah-Nya maka semua kebaikan itu menjadi sempurna...

wrt


Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-11-04 01:18




Erm betoi tu xyah la sampai membenci..mmg betul itu sunnah nabi,barang sape yg xikut bkn dr kalangan nya...tp itu perkara kecil jer...byk lg isu yg lebih besar melanda negara kita...contohnye masalah gejala sosial...mungkin itu lebih baik atau mungkin kita patut buat kerja maal maaruf nahi mungkar pada sahabat2 kita yg belom sedar dr kita membimbangkan hal2 yg kecil....tp xtaula plak kalo wannny still nak bincang lg pasal nie....cuma betoi adalah amat menggalakkan jika mengikut sunnah nabi tp tue la seperti sahabat2 kita berkata kitakan manusia xlepas dr buat salah dan silap..cuba cek diri sendiri??agaknya wanny pon buat 100% ke suruhan Allah??

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-11-04 05:14


gila apa Wanny ni. i think u better go for check. g jumpa pakar sakit jiwa. tengok apa dia boleh tolong.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 09:27



Ulama bukanlah insan sempurna. Ulama juga pernah buat dosa dan tiada jaminan syurga bagi mereka. Jadi, apa yg baik kita ikut dan apa yg buruk/tak elok kita jauhkan. So, tak usahlah kita membenci ulama hanya kerana tak simpan janggut.

p/s: Sekadar memberi pendapat....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 09:54



Ulama pewaris nabi. Jika Wanny benci ulama bermakna Wanny bencikan nabi juga. Nauzubillah...

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 10:12



Quote:
mmm..
1st of all....
terus terang saya kata kan..
saya amat tdk bersetuju dengan tajuk topik ini..
SAYA BENCI ULAMA'...
ianya terlalu subjektif...
terlalu umum sangat....
harap ada tindakan drpd yg empunya topik...





ULAMA YANG DIMAKSUDKAN OLEH SAUDARI PENGHANTAR POSTING IALAH ULAMA' YANG TIDAK BAIK. WALAUBAGAIMANAPUN, MINTA ADMIN (PIHAK PENGURUSAN UKHWAH) EDIT BALIK TAJUKNYA

'SAYA BENCI ULAMA......'

TOLONG PERINCIKAN TAJUK BERKENAAN KEPADA SAYA BENCI ULAMA SU' ATAU ULAMA JAHAT......BAHAYA TAJUK MACAM TU.

BENCI ULAMA BEERTI BENCI KEPADA RASULULLAH KERANA ULAMA ADALAH PEWARIS NABI....INI SOAL AQIDAH, DAN SILAP-SILAP BOLEH MEROSAKKAN AQIDAH DENGAN MENGELUARKAN TAJUK BEGINI....DAN SATU LAGI PERSIAPKAN DIRI DENGAN KEFAHAMAN YANG JELAS SEBELUM MEMPOSTING SESUATU TOPIK

TAJUK BERKENAAN BOLEH MENIMBULKAN KEKELIRUAN WALAUPUN KANDUNGANNYA TIDAK BERMAKSUD DEMIKIAN.....

SAYA MINTA KALAU BOLEH EDIT, TOLONG EDIT BALIK


[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2004-11-02 10:21 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 02-11-04 10:25



ana sependapat dgn antum yg membelikan jawapan kpd saudara kita ni.mungkin dia salah faham kot...biasa la manusia biasa.sebenarnye benda yg dinyatakan oleh saudara kita tu benda yg kecil saja.oleh itu ana nasihatkan kpd anti atau anta yg menulis luahan hati ni minta pandangan ust atau ustz.lebih afdal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 11:34


hemm kenape tajuk di buat saya benci ulamak takkah itu menyebabkan kontroversi nanti..ulamak itu sendiri mempunyai satu penakrifan tersendiri...baik saudari..menegnai tak mengamalkan sunnah itu tidak menjadi masalah pokok..ttp masalah yg lebih besar kenape tak dapat di lihat?cthnya perlaksanan hukum islam..hudud dan qisas..kenape itu tak di timbulkan?memanhg sekarang ulamak ramai sangat tapi nak cari yg betul2 seorang ulamak yg sekaligus dpt membimbing manusia..amatlah susah..ukhti fillah..
tajuk yg di buat amatlah meremangkan bulu tengkok saya..tapi bila dah bace permasalahanya..rase nak tergelak pun ade..ape taknya kes yg kecil..tapi semuanya di bencinya..wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 12:43



Saya merujuk kepada TOPIK, diulangi TOPIK....tolong edit, dari apa yang saya tahu, topik macam ini ke arah penghinaan islam itu sendiri, so...please take serious!!!....tuan empunya yang posting, tolong edit balik tajuk posting anda ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 13:27




Untuk memberikan komen ana mengenai tajuk perbincangan yang telah dibawa oleh adik wanny ini, ana nak timbulkan persoalan:

1) Nampaknya adik wanny kena benci SEMUA Ulama' di atas dunia ni sebab SEMUA mereka tak amal sunnah... Nabi naik unta, mereka naik kereta. Nabi pakai jubah, mereka ada yang memakai seluar dan kemeja. Persoalannya, kereta dan seluar serta kemeja itu dicipta dan digunakan oleh orang kafir, yahudi dsb. Jadi, bolehkah kita dianggap menyerupai.mengikuti Yahudi?

2) Bagaimana pula dengan kita sekarang ni yang tengok TV? Guna komputer? Handphone? Menyerupai yahudi kah? Tak ikut sunnah kah?

3) Kalau belajar bahasa selain bahasa Arab, contohnya bahasa Inggeris, Mandarin, malahan bahasa Israel, menyerupai yahudi kah? Tak ikut sunnah kah?

Ramai orang yang tahu dan buat serta amal sunnah nabi. Memang bagus. Namun ramai yang tak faham konsep di sebalik apa yg nabi buat. Pakai bedal jer. Dengar nabi buat tu, buat jer. Memang bagus buat, tapi bukankah buat dan faham adalah lebih utama?

Kalau kita faham apa yg kita ikut, sudah pasti kita lebih yakin dan akan mampu pula berdakwah, mengajak orang lain turut sama mengamalkan apa yang disuruh.

Ana sokong posting yg diberi oleh Darul_Nukman dalam page 1. Sumber yang jelas.

Satu lagi teguran ana, untuk perkara sebegini, seeloknya dirujuk dahulu ustaz2. Rujuk dahulu orang yang mengetahui. Tidak elok rasanya jika kita berbicara tentang soal agama, dalam keadaan kita sendiri dhaif dalam bidang itu....

Buat yang tahu, alhamdulillah..semoga boleh berkongsi dengan mereka yang dhaif seperti ana ini.....


Wallahu a'lam



HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

[ Posting ini telah di edit oleh: jundullah81 pada 2004-11-02 13:29 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-11-04 15:35


Bismillahirrahmanirrahim
wrt.

Demikianlah kejahilan menjadi benteng kepada sesetengah org utk melihat kebenaran. Sesetengah org tidak dapat membezakan antara sunnah yang menjadi sumber syara' dan sunnah yang tidak menjadi sumber syara'. Tampak jelas ketidakfahaman mengenai definisi sunnah, justeru disyorkan utk menelaah kitab2 ulum al hadith. Dan sebahagian pula memandang remeh/kecil urusan yang bersangkutan dengan syara'. Apakah antum tidak membaca hadith2 ini antaranya :

1. Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah kumis kamu". (HR al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.)

2.Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Potonglah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". (Hadits sahih, HR Ahmad dan at Tabrani.)

3. Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) karena mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) kumis mereka". (HR Muslim.)

4. Tipiskanlah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula : Potonglah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu. (HR al Bukhari)

5.Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi) memelihara kumis mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka". HR al Baihaqi.

6. Dari Ibn Umar Radiyallahu 'anhu berkata : Kami diperintah supaya memelihara janggut. (HR Muslim.)

7. Dari Abi Hurairah : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Cukurlah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu. (HR Muslim).

8. Dari Abi Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Peliharalah janggut kamu dan cukurlah kumis kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani. (HR Ahmad.)

APAKAH SEMUA PERINTAH RASULULLAH SAW INI MERUPAKAN URUSAN YANG KECIL DAN REMEH TEMEH?? MEREMEHKAN PERINTAH RASULULLAH SAW INILAH SEBENARNYA YANG MEMBAHAYAKAN AQIDAHMU.

Jika kalian tidak mahu mengikut perintah Rasulullah saw, maka terpulanglah. Adapun tanggungjawab org2 yang mengetahui telah pun disampaikan dengan jelas lagi terang. Cukuplah jika kalian ingkar utk mengamalkan perintah ini, jangan ditambah dengan lisanmu yang batil lagi membahayakan dirimu bila menganggap urusan ini adalah urusan kecil lagi remeh temeh kerana telah datang perintah pada hadith2 yang tsabit yang menunjukkan PERINTAH YANG WAJIB karena ia menggunakan lafaz atau kalimah (صيغة الامر ) yakni nada (gaya) perintah yang tegas, jelas (dan diulang-ulang). Apakah kalian mahu menjadi kaum yang mengingkari dengan hati, perbuatan dan memperlecehkan dengan lisan yang batil sedang apa yang kalian ingkari adalah sesuatu yang turun dari langit?? Ingatlah di hari di mana tidak berguna lagi harta dan anak laki-laki....

Semoga ingatan ini bermanfaat kepada org2 yang beriman.

[ Posting ini telah di edit oleh: Uwaimir pada 2004-11-02 15:38 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Uwaimir pada 2004-11-02 15:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

Hubb_qilaf
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1762
Posting: 39
Dari: USM Health Campus

turkey  


posticon Posting pada: 03-11-04 15:15


wah,nampaknya topik ini hangat sungguh diperdebatkan,macam-macam pendapat,hujah dan hadis dikeluarkan...ana selaku org yang kurang ilmunya nie terasa begitu kerdil sekali mendengar pendpat sahabt semua, tapi sebagai insan biasa ana rasa semua org tak lepas dari melakukan kesilapan, seperti yang ana pernah posting dulu, setiap dari kita ni ada seketul daging bernama hati, dan hanya Allah sahaja yang mengetahui sejauh mana bersihnya kolam hati itu..ana bersetuju dengan hujah darul_numan mahupun akh uwaimir...sebagai org yang waras kita berhak mempertahankan apa yang kita fikir benar, cuma janganlah kita melampui batas ilmu yang kita miliki..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah...

-----------------
Solehah woman smiles in trouble,
Gather strength from doa,
And grow brave by istighfar and solat,
Her great love is only for Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hubb_qilafProfil   Hantar PM kepada Hubb_qilaf   Quote dan BalasQuote

akuhina
Warga Rasmi
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11526
Posting: 8
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-11-04 23:52


kalau camtu ukhti wanny kna benci semua lelaki yg xde janggut laa btul x? x adil la kalau ulama' shj yg dibenci so mereka yg bukan ulama' xpe laa kalau xde janggut walaupun diorang tahu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhinaProfil   Hantar PM kepada akuhina   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 06-11-04 00:17


aslm wbt..tq utk saudara yg mengirimkan hadith2 diatas..persoalan janggut ini adalah bab khilafiah...ada ulama yg menggunakan hadith2 yg ditulis di bwh ttp mrk tidak mengatakan ia wajib krn berdasarkan hadith yg dibwh illah membela janggut ialah utk membezakan diri kita dgn org bukan islam di zaman itu..dan ilah yg dikatakan ulama2 ini bukanlah rekaan mereka bahkan ia dpt dilihat dlm hadith2 yg dilamapirkan dibwh..jd mrk menganggp x wajib lg krn illah nya sudah x wujud krn bukan islam jua ade yg berjanggut.....ttp ade jua ulama' yg menolak pendapat diatas...jelas bukan ia adalah masalah khilafiah..dan spt disebut sblm ini ada yg mengangap wajib dan ade yg kata sunat..khilafiah bukan...
ini semua bab khilaf..jgn digaduhkan..ttp ingat menghina sesama muslim sudah ijma' haram hukumnya..berhati2.....

Quote:

On 2004-11-02 15:35, Uwaimir wrote:
Bismillahirrahmanirrahim
wrt.

Demikianlah kejahilan menjadi benteng kepada sesetengah org utk melihat kebenaran. Sesetengah org tidak dapat membezakan antara sunnah yang menjadi sumber syara' dan sunnah yang tidak menjadi sumber syara'. Tampak jelas ketidakfahaman mengenai definisi sunnah, justeru disyorkan utk menelaah kitab2 ulum al hadith. Dan sebahagian pula memandang remeh/kecil urusan yang bersangkutan dengan syara'. Apakah antum tidak membaca hadith2 ini antaranya :

1. Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah kumis kamu". (HR al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.)

2.Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Potonglah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". (Hadits sahih, HR Ahmad dan at Tabrani.)

3. Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) karena mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) kumis mereka". (HR Muslim.)

4. Tipiskanlah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula : Potonglah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu. (HR al Bukhari)

5.Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi) memelihara kumis mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka". HR al Baihaqi.

6. Dari Ibn Umar Radiyallahu 'anhu berkata : Kami diperintah supaya memelihara janggut. (HR Muslim.)

7. Dari Abi Hurairah : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Cukurlah kumis kamu dan peliharalah janggut kamu. (HR Muslim).

8. Dari Abi Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam : Peliharalah janggut kamu dan cukurlah kumis kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani. (HR Ahmad.)

APAKAH SEMUA PERINTAH RASULULLAH SAW INI MERUPAKAN URUSAN YANG KECIL DAN REMEH TEMEH?? MEREMEHKAN PERINTAH RASULULLAH SAW INILAH SEBENARNYA YANG MEMBAHAYAKAN AQIDAHMU.

Jika kalian tidak mahu mengikut perintah Rasulullah saw, maka terpulanglah. Adapun tanggungjawab org2 yang mengetahui telah pun disampaikan dengan jelas lagi terang. Cukuplah jika kalian ingkar utk mengamalkan perintah ini, jangan ditambah dengan lisanmu yang batil lagi membahayakan dirimu bila menganggap urusan ini adalah urusan kecil lagi remeh temeh kerana telah datang perintah pada hadith2 yang tsabit yang menunjukkan PERINTAH YANG WAJIB karena ia menggunakan lafaz atau kalimah (صيغة الامر ) yakni nada (gaya) perintah yang tegas, jelas (dan diulang-ulang). Apakah kalian mahu menjadi kaum yang mengingkari dengan hati, perbuatan dan memperlecehkan dengan lisan yang batil sedang apa yang kalian ingkari adalah sesuatu yang turun dari langit?? Ingatlah di hari di mana tidak berguna lagi harta dan anak laki-laki....

Semoga ingatan ini bermanfaat kepada org2 yang beriman.

[ Posting ini telah di edit oleh: Uwaimir pada 2004-11-02 15:38 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Uwaimir pada 2004-11-02 15:39 ]



[ Posting ini telah di edit oleh: masri pada 2004-11-06 00:18 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-11-04 04:58


erm..kesian awk yer wanny...mayb nie salah phm kot...kan semua org dah banned awk..camnie la wanny..sy rase baik awk edit balik tajuk topic awk tue...awk je yg ade kuasa tuk wat camtue...cth mcm "kenapa ulama zaman nie tak sama seperti zaman dahulu"...or "kenapa ulama zaman nie xsimpang janggut"..or mcm2 la yang dirasakan sesuai drpd topik "saya benci ulama"...so u know wat i mean kan??mungkin nie semua salah phm...mungkin maksud awk lain tp disalah ertikan...awk patut memahami warga ukhwah amat sensitif benda2 cam nie dan kami cintakan agama kami seperti wanny gak...so tercalar,atau terhina nye islam ...bererti seperti menghina kami warga ukhwah juga....erm pikir2 kan la...walahulam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

amanassiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12124
Posting: 89
Dari: al arddi kholifah

Pahang  


posticon Posting pada: 19-11-04 14:53


,

wanny tak baik cakap macam tu...semua ulama' bukannya maksum...tapi sekadar nak bagi nasihat tak apa,tapi mestilah dengan berhikmah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanassiqProfil   Hantar PM kepada amanassiq   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-12-04 10:06


ana pn benci ulama' palsu..ulama' yg suka sgt mengampu utk kpntgn diorg...ada ker pkara yg btul2 ada cth hukum hudud n qisas senang2 diorg ketepikn...klu takut kt pmerintah,jgn duk bwh diorg..,.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-12-04 10:20



Ohhh wanny, bahaya ni. Betul cakap orang ramai...perkara ni kecil je. Maybe diorang pun tak tahu dan perlu disedarkan....Jangan terus menikan ke jantung. Fikirkan baik2.... Adakah kita sudah sampai ke tahap mengikut keseluruhan sunnah nabi???? Menegur boleh, tapi dgn hikmah bukan dengan perasaan. Tak perlu sampai membenci. Sekurang2nya kita berdoa untuk mereka. Wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 03-12-04 12:24


wahai ukhtu wanny,
Ada hadis nabi s.a.w.: "...faman raghiba 'an sunnati falaisa minni."
Maksud dia "sesapa yang membenci sunnahku bukan dari golonganku." Tapi wanny relek la, wanny bukannya tau diorang tu suka ke tak suka sunnah potong misai simpan janggut, diorang buat pon atas sebab lain kot...
Mmg pon ulama' sapatutnya tiru nabi physically dan mentally, tapi itu bukanlah satu isu untuk dibenci ok?
faham kan...?(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.166616 saat. Lajunya....