Oleh |
Kenapa Susah Hargai Jasa Ibu? |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 07-05-05 15:31
....
Ada memanggilnya ibu, mama, emak dan sebagainya. Walaupun nama panggilan itu berbeza, mereka tetap individu sama - ratu di hati kita.
Sebagai ratu, kita perlu memberikan layanan yang terbaik kepadanya setiap masa.
Rahim seorang ibu menampung sekurang-kurangnya satu nyawa, mungkin lebih, paling banyak barangkali 16 amanah Allah.
Begitu berat beban yang harus dipikul insan ini, tetapi kebanyakannya berjaya mengatasi halangan dengan tabah tanpa bersungut soal kepayahan.
Ibu tidak kisah tentang empat potong kek yang harus disuap kepada lima nyawa, dengan alasan si ibu tidak memerlukannya.
Pengorbanan dan jasa ibu kepada kita sewaktu kecil cukup besar, sepatutnya kita perlu menghargainya.
----------------- Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
|
NaZa_FirmaN
Menyertai: 23.05.2004 Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN
|
Posting pada: 07-05-05 16:03
hanya satu je yg mungkin amat sukar utk kita sbg anak untuk menilai dan memahami iaitu "Air Mata Ibu"...
*teingat waktu kecil2 dulu n sewaktu zaman prsekolahan kalu ada banyak msalah bila pulang ke rumah,lihat wajah ibu tersenyum.hilang serta merta masalah dan gundah gulana didalam hati*
|
muawwiz
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.03.2005 Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah
|
Posting pada: 07-05-05 18:44
assalamualaikum...
mmg betul tu semua...pengorbanan ibu terlalu besar kepada kita...
|
aKujErr
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::
|
Posting pada: 07-05-05 19:59
slmt hari iBu utk semua,,
iBu nak balikkk..
rinduNya
ingat lah pengorbanan ibu..
jgn hampakan harapan mereka berDua,,
|
akmaliah
Warga Rasmi Menyertai: 12.04.2005 Ahli No: 15753
Posting: 4
Dari: kelantan
|
Posting pada: 07-05-05 23:09
jasa ibu....x boleh dibalas.........
Hingga ke akhir hayat......... pengorbanan mereka sungguh bernilai.........berapa ramaikah diantra kita yang sanggup berkorban demi ibu tercinta?
tepuk dada tanya iman...........
|
Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 08-05-05 21:42
Pengorbanan ibu tak dapat dinilai dengan apapun...
Jasa ibu tak dapat dibayar dengan apapun....
Kasih ibu tak dapat dibalas apapun...
Doa ibu tak dapat disangkal dengan apapun...
Cuma anak soleh/solehah didunia dan akhirat yang diharapkan oleh seorang ibu, mama, emak, ummi, mami dan yang seumpamanya...
dakwah_ilahi buat saya rindu kat mak sayalah...ni yang nak balik jumpa mak ni. Dah rindu sangat....Rindu nak balik...Dah lah jadik anak perantau....
Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu. mama, emak, ummi, mami dan yang sama waktu dengannya.....
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-05-05 09:34
ACCORDING to a worldwide survey by the British Council, the most beautiful word in the English language is mother!
The survey, which polled 40,000 people in over 100 countries, was conducted to list 70 of the most beautiful English words in conjunction with the 70th anniversary of the British Council.
Mother was followed by passion, smile, love and eternity in the list. Some unusual words such as peek-a-boo, loquacious and flabbergasted also made it to the top 70.
“It’s interesting that mother, the only word of the 70 that describes a direct relationship between people, topped the poll,” said Greg Selby, the British Council’s communications and marketing officer.
“It is great to see words in the survey which are so positive and suggestive of the British Council’s purpose; words such as freedom, liberty, peace, renaissance and destiny.
“These chime with our aim to help millions of people worldwide access opportunity through English, and promote stronger ties and improved perceptions of the UK.”
Gerry Liston, director of the British Council Malaysia, added that Malaysian voters were well represented in the poll, with smile (No. 2), peace (No. 11) and sunflower (No. 22) being the top local choices.
“The local poll results are a wonderful reflection of our students’ outlook on life. “We hope the survey and its results will promote a greater appreciation of English and encourage more people to enhance their knowledge of the world’s most important language.”
Here are the world’s choices of the 10 most beautiful words in English: mother, passion, smile, love, eternity, fantastic, destiny, freedom, liberty, tranquillity.
-----------------
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 09-05-05 10:04
Ibu adalah sahabatku yang terbaik dari kalangan yang terbaik.
Ibu meluangkan telinganya mendengar setiap luahan rasa...kadang-kadang kesian juga pada ibu kerana terpaksa dibebani dengan masalah yang aku hadapi.
Tapi sekurangnya, selepas berkongsi suka duka, ibu kan mencadangkan penyelesaiannya...terasa kurang sikit bebanan masalah tu...
Kusayang IBU.
N ----------------- Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
|
wehdah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau
|
Posting pada: 09-05-05 10:13
coz syurga tu di bawah tapak kaki ibu....sebb tu susah ......syurga Allah tu kan mahal....mesti dibayar dengan pengorbanan dan Air mata.
Ana: mengingatkan diri sendiri
|
muawwiz
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.03.2005 Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah
|
Posting pada: 09-05-05 14:32
assalamualaikum
knp susah sgt nak hargai jasa ibu...sedangkan ibu bapa kita lagi susah nak menjaga kita sehingga kita dewesa..pengorbanan mereka lg besar...sehingga x terbalas kita...
|
qais_amirii
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.02.2004 Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai
|
Posting pada: 09-05-05 14:46
syurga dibawah tapak kaki ibu...
jgn sekali-kali kita melukai hati ibu kita...
nak balas jasa ibu, memang kita tak dapat nak balasnya..
kita kenalah menghormati mereka, khidmat pada mereka.
nak balas jasa ibu, yg anak didalam kandungan menendang-nendang perut ibu dan ibu pula mengeluh mengata "ahh' hak itu pun kita tak dapat nak balas..
apatah lagi menyusu, mendidik, dll...
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 09-05-05 16:24
Lihatlah warga ukhwah com..betapa besarnya jasa ibu....sedih yerkk...tk terbalas rasanya!!!
Nilai Kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai 4.00
Tolong jaga adik 4.00
Tolong buang sampah 1.00
Tolong kemas bilik 2.00
Tolong siram bunga 3.00
Tolong sapu sampah 3.00
Jumlah : 17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
----------------- Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 09-05-05 17:00
IBU TETAP IBU.
TIADA SATU ATAU DUA
KASIH IBU KEKAL SELAMANYA...
BAGAIMANA DIRIKU?
ADALAH BERMULA ASUHAN IBU..
IBU YG MENDIDIK
IBU YG MEMBIMBING
JIKA A KATA IBU..
A JAWAB DIRIKU
HINGGA KINI..
KASIH IBU TAK PERNAH MATI
WALAU JAUH PADA PANDANGAN NURANI
TETAP KEKAL DI SANUBARI
BILA KURINDU..
KU TATAP WAJAH IBU
BILA KURINDU..
KU LONTAR KATA BUAT IBU..
AKU SAYANG IBU..
DAN IBUKU TAU HAKIKAT ITU!
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 11-05-05 00:57
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah umi terbaca di dalam akhbar hari ini (lupa mana satu) tentang seorang anak yang tidak mampu untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibunya bila tiba hari ibu kerana ibunya adalah seorang pelacur.
Tapi beliau tidak akan abaikan ibunya kerana ibunya tetap mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang padanya sepanjang dia dibawah jagaan ibunya. Cuma dia tidak mampu untuk meng'appreciate' ibunya sepertimana orang lain kerana 'pekerjaan hina' ibunya itu.
Apa pendapat anak-anak?
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassaslamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - hormati setiap ibu yang mampu berkorban apa saja demi anak-anak. -----------------
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 11-05-05 02:56
Quote:
| Tapi beliau tidak akan abaikan ibunya kerana ibunya tetap mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang padanya sepanjang dia dibawah jagaan ibunya. Cuma dia tidak mampu untuk meng'appreciate' ibunya sepertimana orang lain kerana 'pekerjaan hina' ibunya itu. |
|
merujuk pd sirah, para sahabat Rasulullah shallahu 'alayhi wasallam tetap melayan ibubapa mereka dgn baik w/pun berlainan agama.. cuba perhatikan bagaimana kesabaran Abu Hurairah dlm menghadapi ibu beliau yg pd awalnya menentang keras ajaran Islam.. hingga akhirnya dibukakan pintu hati ibunya utk memeluk Islam..
jika dgn yg bkn Islam pun disuruh berbuat baik.. maka yg Islam lbh2 lagi.. walau sejahat mana sekalipun.. menjadi kewajipan si anak utk mendoakan kebaikan buat ibubapa mereka..
seburuk2 si ibu, dia ttp sayangkan anaknya.. mungkin juga terjebak dgn pelacuran utk menyara anaknya.. siapa tahu apa yg ada dlm hati seorang ibu.. jadi sepatutnya si anak mula belajar utk menghargai ibunya sementara masih diberikan peluang utk berbuat demikian.. & berusaha utk membimbing ibunya agar kembali ke jalan yg diredhai Allah..
Allahu a'lam..
|
cahayainsani
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-05-05 14:28
mak sesungguhnya kalau dihitung tidak terhitung segala pergorbananmu mak... akan kubalasi dengan kudrat pada diri untuk mak tersyg.. [ Telah diedit oleh: cahayainsani pada 29-06-05 08:50 ]
|
as_samakandi
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2005 Ahli No: 16564
Posting: 35
Dari: amerika syarikat
|
Posting pada: 23-05-05 15:25
ibu akan ku balas jasamu hingga ke akhir hayat.......berilah kesejahteraan kepada ibu ku ya rabb
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 29-06-05 09:37
Pada 23-05-05 15:25 , as_samakandi posting:!!! QUOTE !!! ibu akan ku balas jasamu hingga ke akhir hayat.......berilah kesejahteraan kepada ibu ku ya rabb jangan cakap saja yea as_samakandi. So... dah sms ibu hari ni???
|