Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: saya benar-benar tersinggung...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» saya benar-benar tersinggung...

Please Mendaftar To Post


Oleh saya benar-benar tersinggung...

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-05-05 15:26


.....
saya benar-benar tersinggung dengan beberapa orang makcik saya...
beberapa minggu yang lalu...saya pulang ke kampung. kebetulan ada beberapa orang makcik saya turut pulang ke kampung. di kampung, saya telah berkenalan dengan seorang saudara baru memeluk Islam berketurunan orang asli yang saya kenali dengan panggilan kak Jannah. Memandangkan rumahnya dekat dengan rumah atuk saya, dia telah datang ke rumah atuk saya untuk menziarahi. Kedatangannya amat-amat saya tidak duga, namun saya menerimanya dengan hati yang besar. Atuk dan nenek turut gembira dengan kehadirannya. Kehadiran kak Jannah pada hari itu turut diiringi beberapa orang ahli keluarganya yang bukan Islam, tetapi kehadiran mereka sebagai tetamu telah saya sambutnya dengan hati terbuka. apa yang mengecewakan saya ialah sewaktu saya ingin menghidangkan juadah buat tetamu istimewa saya ini, beberapa orang makcik saya telah mengarahkan saya agar menggunakan pinggan biasa bukannya pinggan yang selalu digunakan untuk meraikan tetamu yang lain.
kenapa mesti ada perbezaan??? Hina kah mereka hanya kerana mereka berasal dari keturunan orang Asli??? Apa yang membuatkan saya lebih tersinggung bila kebetulan pada waktu yang sama ada sebuah keluarga datang melawat rumah atuk saya. kehadiran mereka disambut dengan baik sekali. saya terkilan bila makcik2 saya melayan mereka dengan mesra sekali. mentang-mentang mereka datang dari menaiki kereta mewah, pakaian bersih yang ternyata jauh sekali berbeza dengan anak2 buah kak Jannah yang comot dan naik motor sampai 4 orang. Bagi saya peribadi Kak Jannah jauh lebih mulia. Dia sedaya upaya cuba untuk menjalinkan silaturrahim sesama agama. dia membawa ahli keluarganya yang bukan Islam agar mereka tertarik untuk menyertai agama yang indah ini. saya amat berbangga dengan kak Jannah kerana dia sanggup berhenti kerja dengan gaji RM 400 sebulan (baginya sudah cukup lumayan) untuk mendalami ilmu agama di PERKIM. Bahkan saya juga bangga menjadi saudara seagama dengannya kerana dia sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat akan diri saya. Saya sungguh terharu bila dia berkata yang dia rasa gembira kerana saya adalah satu-satunya orang yang sudi berkawan dengannya, masyarakat Orang Asli. Betapa luhurnya kak Jannah. Dia sering mengingatkan saya tika terleka. Kadang-kadang saya rasa malu bila kak Jannah pernah tanya kepada saya kenapa makcik-makcik dan sepupu saya melayannya begitu. Namun saya bersyukur kerana ibu dan ayah saya menyokong ukhuwah yang terjalin antara saya dan kak Jannah. Mereka menyuruh agar saya bersabar dan terus mendampingi kak Jannah agar dia tidak terasa dipinggirkan..tetapi macam mana dengan makcik-makcik saya ini??? Apakah mungkin perkara yang sama akan berulang kembali????

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 17:50




kasihan....... saya pun tersinggung nie.
betul kata ibu dan ayah saudari puteriayahanda. teruskan beri sokongan pada kak Jannah..

as for the makciks, saya nasihatkan agar kak Jannah berusaha berbaik-baik pada mereka. Puteriayahanda juga boleh tolong nasihat-nasihatkan mereka sikit-sikit..



p/s : Teringat pula peribadi Rasulullah s.a.w. yang gemar berdamping dengan fakir miskin dan tidak kisah untuk bergaul dengan mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 20:42


..nasib baik bukan makcik kaze.. klu kaze mmg kaze bg direct laser la hehe..

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 21:23




Biasala manusia ni...bila taraf jadi ukuran..bila material yg dipandang...saya pernah bersahabat dgn Org Asli masa kat kolej dulu...beliau seorg je yg peluk Islam,namun kesugguhan beliau utk mempelajari agama amat saya kagumi...pernah dia ceritakan pada saya bahawa dia sedih dgn rakan2 sekolej yg lain yg suka kutuk mereka...cakap diaorg ni org sakaila apa la...ingatlah mereka ni manusia biasa...yg ada hati dan perasaan...ALLAH tak pandang pada harta,kedudukan kita...kenapa kita manusia yg tak berkuasa ni melakukan begitu pada sesama kita?

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 22:24




Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 00:21


xpatut makcik buat mcm tu...kene ambil jln bg naihat yg brhikmah kpdnya...smg prkara mcm tu xkan brulang kembali...dia tetap saudara kita,saudara seagama...dah jd tanggung jwb utk bimbning saudara baru tu brsama-sama...sedarilah bhw JANNAH adalah insan yg trpilih mendapat hidayah allah...mungkin kepahamannya tentang islam jah lebih baik drpd kita yg sejak lahirnya islam.siapa tahukan??? itu semuanya rahsia allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 09-05-05 01:18


Agak mengejutkan. Tapi inilah realiti yang pernah dan sedang membarah dalam masyarakat kita. Akan? Wallahua'lam.
Mungkin inilah yang disebut 'racisme' atau 'asabiah'.

Menyorot kisah silam, secara ikhlas, ana juga punyai sentimen racisme yang agak kronik.
Dibesarkan dalam lingkungan masyarakat melayu di kampung, yang semua penduduknya melayu, dan bersekolah di sekolah agama, yang tentunya semua pelajar adalah melayu.
Seterusnya, ana sentiasa mendengar cerita yang tidak baik tentang masyarakat selain 'masyarakat kita'.
Dan apabila ana membesar, ana ada perasaan asing apabila bercampur dengan orang luar, terutama yang lebih gelap kulitnya daripada ana.

Alhamdulillah, ana diberi beberapa peluang untuk berkenalan dengan orang yang sebegini.

Antara yang paling akan ana ingat ialah seorang rakyat Afrika yang kini menuntut di UIA. Dia dibesarkan sebagai seorang kristian dan pernah belajar di sebuah sekolah missionaris. Ana amat kagum dan terkesima dengan kisah bagaimana dia belajar bahasa Arab dan seterusnya memeluk ISLAM.

Ini membuatkan ana banyak berfikir tentang kejadian Tuhan. Sebagai pelajar di sekolah agama, ana banyak mendengar dan bercakap tentang kejadian manusia yang berlainan; kemuliaan manusia diukur dengan TAQWA.
Tapi, praktiknya tidak begitu. Ana sukar untuk menerima yang tidak sebulu dengan ana.

Dan hari ini, setelah ana menjadi minoriti, dan juga diberi kesempatan untuk bergaul dengan kaum minoriti yang lain, ana faham dan mengerti, mereka juga manusia. Punyai perasaan, punyai hati, dan kadangĀ² mereka jauh lebih mulia daripada kita. Usah jadikan kedhaifan sesuatu kaum atau warna kulit sebagai perkiraan. Inilah pengalaman ana.

Dan, setelah beberapa ketika berada jauh daripada koloni Melayu, sebagai minoriti, ana agak terperanjat apabila rakyat eropah jauh lebih terkehadapan daripada kita di Malaysia dalam menangani isu ini. Ana sendiri pernah ditegur oleh seorang profesor apabila ana mengambil contoh kebanjiran pendatang di suatu tempat di selatan Perancis menyebabkan bandar itu kotor.

Dia pantas membetulkan ana. Katanya bukan kerana warna kulit atau ras, tetapi taraf hidup!

Sesiapa sahaja, kalau taraf hidupnya rendah, akan selekeh dan comot hidupnya. Semuanya sama!

Berbalik pada kes di atas, ana langsung tidak bersetuju dengan diskriminasi yang berlaku. Ini hanyalah salah satu daripada kesĀ² yang berlaku dalam negara kita...
Contoh paling mudah, bagaimana layanan kita terhadap saudara serumpun kita, yang sama agama dengan kita, yang datang mencari rezeki di bumi kita? Dan bagaimana pula layanan kita terhadap saudara seagama kita daripada kaum orang asli?

Kalau positif, Alhamdulillah. Dan, kalau negatif, banyak lagi yang perlu kita baiki...

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 08:41


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah kisah bukan salah ibu mengandung ni. Tetapi kes salah didikan. Walau apapun darah sama merah tetapi hati lain-lain.

Begitulah alkisah sebuah kehidupan di mana-mana saja. Sebenarnya penekanan yang penting dalam kehidupan kita ialah AKHLAK.

Apabila kita sedang sedih dan sebagainya bila ada tetamu memberi salam kita akan cuba atasi dengan senyuman ikhlas menyambut tetamu - ini adalah sebahgian dari akhlak yang baik.

Apabila kita sedang bertekak atau ada masalah dalam rumahtangga namun bila anak-anak atau keluarga datang maka cuba atasi dengan tidak menampakkan sikitpun masalah berlaku - ini dinamakan menjaga akhlak.

Sebenarnya bukan hipokrit ya. usah samakan akhlak yang baik dengan hipokrit.

Kisah makcik yang menjadi topik di sini adalah kesan dari pendidikan yang tidak mementingkan akhlak sebagai asas kehidupan tetapi konsep double standard yang sering berlaku di dalam masyarakat hari ini.

Sebenarnya hati makcik-makcik tu kiranya dah keras kerana tidak ada ehsan terhadap orang susah dan dari bangsa yang tidak dianggap 'maju'. Rasanya kalau yang datang tu 'mat salleh' lagilah dijamu habis.

Walau apapun semoga kita doakan makcik-makcik itu akan diberi petunjuk hidayah agar tidak bersikap sedemikian kerana akan menjauhkan lagi mereka dari melihat Islam itu agama benar dan adil.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Yesterday is experience, tomorrow is hope, today is getting from one to the other as best as we can -John M Henry.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 09-05-05 11:23


yer..... betul camner ye..

ana mengalami situasi yang sebaliknya.... keluarga belah mak ana still ader yang non-muslim... adakalanya mereka bertandang ke rumah........ camner nak buat ye???

tapi..... masalah ni bukan serious sangat...... pada ana, kekeluargaan dan nilai persaudaraan tu still keep....... even, kami lain agama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 09-05-05 11:43


,
Masya-Allah...macam dasar apartheid plak.Actually.as community we need integration.Nasihatlah makcik-makcik saudari tu.Amat besar pahalanya mengislamkan dan mempersaudarakan orang kafir(selepas muslim laa..).Mereka akan rasa disayangi dan diambil berat.Barulah mereka tahu Islam itu memang indah dan mementingkan adab dalam pergaulan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

farahdilah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2005
Ahli No: 16149
Posting: 24
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 12:22


emm..saya dapat rasakan apa yang dirasakan..\

ape-ape pun teruskan lah usaha untuk merapatkan hubungan dgn keluarga kak Jennah kerana dalam islam tiada beza dari pangkat dan harta benda dalam mendalami dan menghayati keindahan agama Islam..
teruskan usaha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farahdilahProfil   Hantar PM kepada farahdilah   Pergi ke farahdilah's Website   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-05-05 13:09


.....
pertama sekali saya mengucapkan terima kasih di atas pandang dan nasihat yang telah diberikan.
bagi saya apa yang terjadi kepada saya adalah salah satu contoh betapa masyarakat Orang Asli dipinggirkan... cuba kita renungkan. Sekiranya terdapat 2 orang saudara baru. Seorang darinya berketurunan cina dan seorang lagi berketurunan orang Asli. Pada pandangan rakan-rakan sekalian yang manakah akan diberi perhatian??? sudah tentu yang berketurunan cina... saya pernah mendengar luahan hati kak Jannah mengenai isu ini. Dia pernah memberitahu saya mengenai saudara baru dari kalangan orang Asli tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya. Sepatutnya mereka ini diberikan sokongan dan didikan agar dapat mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna. saya bersyukur kerana kak Jannah tidak menjadikan itu sebagai satu alasan. Bagi saya apa yang sedang kak Jannah lakukan adalah inisiatif dia sendiri. Saya ingat lagi sewaktu mula-mula saya kenal dengannya. Sewaktu itu dia baru setahun memeluk Islam, namun penampilannya pada waktu itu tiada beza sebelum memeluk Islam. Bahkan saya masih ingat lagi nenek saya pernah menyuruh dia memakai tudung sebelum keluar rumah. Setelah disuruh barulah dia pakai. setalah hampir dua tahun tidak bertemunya(di rumah atuk hari tu merupakan kali pertama selepas 2 tahun). Saya amat terkejut dengan penampilan dirinya. Maha Suci Allah....Kak Jannah pada hari ini jauh sekali berbeza dengan kak Jannah yang pernah saya kenal. Dia memakai tudung labuh dan pakaian yang menutup aurat. Berdasarkan pada perbualan kami tempoh hari kak Jannah memberitahu saya yang beliau kini sedang mendalami ilmu agama di PERKIM. Alhamdulillah...sy bersyukur melihat perubahannya.. yang menjadi persoalan dalam diri saya ialah berapa ramai orang Asli yang memeluk Islam seperti kak Jannah??? Ingatlah, tak semua orang Asli ini memiliki ilmu yang tinggi. Rata-rata yang saya kenal, tidak menghabiskan alam persekolahan mereka... Renung-renungkanlah..

Kak Jannah....sesungguhnya aku bangga bergelar saudaramu...

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 13:24



Kesiannya.....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 01:48


hmm orang asli..
ana pernah berkunjung ke sebuah perkampungan org asli di Gombak satu masa dulu..

satu rumah ni, orang yg tinggal di rumah tersebut semuanya diberi nama Muslim tetapi agama mereka... hmm bukan Islam..

org Kristian dah masuk ke kg tersebut dan menarik mereka ke Kristian setelah orang Islam mengabaikan mereka selepas mengIslamkan mereka sebelum itu..

hmm kita terlepas pandang perkara ni..

'inna akramakum 'indaLlahi atqakum'
sesungguhnya yg terbaik antara kamu ialah yg bertaqwa kpd Allah

waLlahu ta'ala a'lam



-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

GHAIZAH_8485
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.01.2005
Ahli No: 13898
Posting: 140

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 11:21


bila saya baca mengenai kisah nie ternyata mengundang rasa simpati kepada kak jannah...Syukurlah puteriayahanda bukan seperti makcik2nya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For GHAIZAH_8485Profil   Hantar PM kepada GHAIZAH_8485   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 11:37


sedey...
cam mana ar islam nak berkembang kalo ada orang cam ni ek...
sory puteri ayahanda... tapi sama-samalah kita doakan agar terbuke hati diorag tue...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 12:05


manusia mcm2 perangai..doa lah moga suatu hari makcik2 tu berubah..sape tahu..lebih baik dr kiter...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

addawami_muqaffa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2005
Ahli No: 13915
Posting: 75
Dari: ::sg petani::

Kedah  


posticon Posting pada: 10-05-05 14:19


hmm...manusia tak lepas dari kesilapan

Bookmark and Share

    


  Member Information For addawami_muqaffaProfil   Hantar PM kepada addawami_muqaffa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 01:20


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah satu kisah masyarakat yang lumrah. Sebenarnya taraf hidup yang membezakan standard of living manusia. Bukannya bangsa ataupun agama. Di mana-mana saja di dunia ini kita lihat kalau taraf hidup mereka yang di tahap kemiskinan maka gaya mereka adalah 'kotor, comot dan kekurangan zat makanan'.

Sebaliknya kalau taraf hidup mereka yang sudah mencapai tahap kesenangan maka orang jakun pun duduk di kondominium.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - yang penting hatiku dapat Kau tawan

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Mumtazulajlaa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.05.2005
Ahli No: 16423
Posting: 28
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 10:44



Sabarlah yer dek...biasalah...org yang tak kenali masyarakat orang asli x tau kehidupan & adat resamnya mcmaner...syukur Al-Hamdulillah adek tidak terdiri dr golongan sperti mereka.Berdoalah kepada Allah agar dibukakn rahmat ke atas makcik2 dek yer...Saya dah 6 tahun bekerja dgan org asli ni...insya Allah banyak pengalaman...sehinggakan makan sepinggan pun sy dah lalui..bukan riak tapi hakikatnya 'mereka'perlu dikasihi dan dapat bimbingan...kenangan di Kg Asli Bakar Batu,J.Bahru 27 keluarga masuk Islam serentak awal tahun 2003 dulu.Al-Hamdulillah...berkat hidayat Allah dahulunya masyarakat berjiran kg tersebut(melayu) berpandangan jelek,x ambil peduli dgan org asli ni...tapi setelah diberi pandangan,program,tazkirah,memperkenalkan Islam,berterus terang,...hidyah Allah jadi petunjuk pada mereka..Akhirnya dahulunya dipandang hina,kini menjdi ikatan kekeluargaan yang lebih baik....Berdoalah dek ,bagi penerangan Bil-Hikmah...Insya Allah,Allah di samping kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MumtazulajlaaProfil   Hantar PM kepada Mumtazulajlaa   Pergi ke Mumtazulajlaa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107675 saat. Lajunya....