Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Harga minyak naik lagi...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Harga minyak naik lagi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Harga minyak naik lagi...

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 05-05-05 03:59


Harga minyak naik -- Kenaikan seliter *Diesel 20 sen *Petrol 10 sen
Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN

PUTRAJAYA 4 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit diesel dan petrol masing-masing 20 sen dan 10 sen seliter - berkuat kuasa mulai esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar menyatakan, kenaikan itu adalah sebagai langkah untuk membendung peningkatan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk produk petroleum.

Dengan keputusan terbaru itu, harga runcit baru petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.52 seliter, petrol (RON 92) RM1.48 seliter dan diesel RM1.081 seliter.

Di Sabah dan Sarawak pula, harga runcit baru RON 97 ialah masing-masing RM1.50 dan RM1.51 seliter, RON 92 RM1.48 seliter di kedua-dua negeri, manakala diesel RM1.084 dan RM1.078 sen seliter.

Walau pun dengan kenaikan itu harga petrol di Malaysia masih termurah di ASEAN kecuali Brunei. Sementara harga diesel pula adalah yang terendah kecuali di Indonesia dan Brunei.

Kali terakhir harga runcit diesel dinaikkan ialah sebanyak lima sen Mac lalu, manakala kenaikan terakhir petrol sebanyak lima sen seliter pada Oktober 2004.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut yang dibuat oleh Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini turut bertujuan untuk mengurangkan jurang antara harga pasaran dan harga subsidi, dan seterusnya diharap dapat mengurangkan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan bahan api tersebut ke luar negara.

Ini kerana, menurut kenyataan itu, subsidi bukanlah cara terbaik untuk membantu golongan tertentu kerana ia mewujudkan herotan pasaran yang menyebabkan penggunaan sumber yang tidak cekap.

``Di samping itu, ia juga akan menyebabkan kegiatan penyelewengan seperti penjualan produk bersubsidi kepada mereka yang tidak layak.

``Penyeludupan diesel dan petrol ke luar negara pula bermakna kerajaan Malaysia membiayai penggunaan produk berkenaan oleh rakyat asing,'' jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, andainya kadar penyeludupan 10 peratus, bermakna rakyat telah memberi subsidi RM480 juta kepada rakyat asing berdasarkan jumlah subsidi sebanyak RM4.8 bilion pada tahun 2004.

Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM4.08 bilion tahun lalu dan kadarnya dijangka meningkat sehingga RM8.96 bilion tahun ini, jika harga runcit kekal pada paras sedia ada.

Malah sekiranya harga produk petroleum terbabit tidak dinaikkan, kerajaan terpaksa mengorbankan sebanyak RM7.85 bilion dalam bentuk pengecualian cukai tahun ini.

``Ini bermakna kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM16.8 bilion. (Justeru) dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol, subsidi produk petroleum (tahun ini) ialah RM6.7 bilion (sahaja) iaitu penjimatan sebanyak RM2.2 bilion setahun,'' kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, meskipun harga produk petroleum antarabangsa telah meningkat sebanyak 65.35 sen seliter bagi petrol dan 75.49 sen seliter bagi diesel dalam tempoh Januari 2004 hingga April 2005, kerajaan hanya menaikkan harga sebanyak tujuh sen seliter bagi petrol dan 12 sen seliter bagi diesel dalam tempoh tersebut.

Negara sejak dua minggu lalu mengalami krisis kekurangan bekalan diesel terburuk dalam sejarah angkara pihak tidak bertanggungjawab mengaut untung dengan `mencuri' bekalan diesel subsidi di stesen-stesen minyak dan menjualnya kepada sektor komersial tanpa subsidi.


Ekoran daripada itu, pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut termasuk menghukum penyangak diesel.

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Mei 2005
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 05-05-05 04:08


Negara pengeluar yang kian kerap menaikkan harga minyak.

Akan ada selepas ini janji manis bahawa harga barangan tidak akan naik.

Tapi, kita semua tahu hakikatnya. Inflasi akan datang menggagahi kita.

Siapa yang perlu bertanggungjawab kalau ada penyelewengan?
Apakah hamba rakyat?
Harga barang sentiasa melambung, tetapi gaji tidak naikĀ²...

Kepada siapa lagi rakyat marhaen ingin mengadu?

20 sen bukan jumlah yang besar. Tetapi, apabila 20 sen seliter?
Kos pengangkutan sudah pasti akan naik. Barang keperluan juga. Juga kos kehidupan kita sehari-hari.
Nampak gayanya, rakyat Malaysia sudah boleh mula untuk berfikir untuk membeli basikal sebagai ganti!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 05-05-05 08:18


BN= Barang Naik

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 05-05-05 08:54




naik basikal pun tak reti...


Bookmark and Share

    


  Member Information For Shuhada_nha155Profil   Hantar PM kepada Shuhada_nha155   Quote dan BalasQuote

harddisk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2038
Posting: 125
Dari: JohorBahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 09:05


Klau Cam Nie Naik Basikal Jerlah Erkk Gi Keje.... semuanya naik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For harddiskProfil   Hantar PM kepada harddisk   Pergi ke harddisk's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 09:22


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah apa yang berlaku hari ini adalah kesan dari pentadbiran yang lepas-lepas. Sememangnya kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan lagi memandangkan wang diperlukan untuk membayar gaji program siswazah dan sebagainya yang sebelum ini diberitakan tidak akan dibayar sekedar diberi peluang pengalaman bekerja saja.

Walau apapun kita semua perlu berjimat cermat sepertimana yang telah Islam ajarkan iaitu apa yang kamu gunakan harta kamu itu akan disoalkan kelak. Kekadang kita fikirkan takkan kita nak bebankan kerajaan dengan subsidi yang berbillion sedangkan hanya naik 10 sen - 20 sen saja. Lepas tu ada yang ramai mampu beli barangan mewah contohnya tv skrin sampai 40 inci dan perabot yang mahal-mahal.

Bagi mereka yang sememangnya berbelanja ikut kemampuan tidak akan mengeluh akan kenaikan tersebut. Sekiranya mampu berbasikal apa salahnya kerana ia merupakan satu exercise yang amat baik sekali selepas berjalan kaki.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji." "Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -Imam Hassan al-Banna........




-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-05-05 09:29


ana tak terkejut kalau harga petrol akan naik sampai RM2.00 seliter akhir thn. so kita rakyat marhain, kena keje lebih sket, cari duit lebih.

kekadang tu ana fikir baik jugak petrol naik supaya kos2 lain pun turut naik sampai rakyat marhain muflis.

mrk ni kalo x muflis...masih berkarat biru la sampai ke tua......masa tu baru mrk sedar & buat pilihan yg terbaik.

tak gitu eh!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 09:38




betul juga ape yg ummimq ckp.. kena berjimat2 la skrg ni ye... elakkan pembaziran dan jgn beli brg yg mahal2 atau berlebih-lebihan dlm berbelanja...

p/s : susah le camni harga petrol naik.. lagi2 sbb saya pakai keta yg cpt makan minyak.. huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 05-05-05 10:04


minyak naik harga, orang lain pulak kena tempiasnyer...

tak sedo diri???



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 10:47




Asyik naik je...takde apa2 yang turun,melainkan hujan je yg turun!!

yang ummi cakap tue, memang le sedikit naik 10-20 sen, tapi kita jgn le tgk kepada org yg rapat dgn kita yg boleh menghadapi kenaikan nie...masih banyak lagi rakyat di luar sana yg tidak mampu mennanggung kenaikan nie...kesiani lah mereka..takkan selama-lamanya kerajaan akan memberi alasan...(banyak menanggung subsidi minyak ni,walau pun kenaikan nampak sedikit,kerajaan masih lagi menanggung lebih kurang 5 bilion setahun)
apa gunanya kerajaan yg dilantik oleh kebanyakkan rakyat, tidak mencari jalan yg lebih baik utk mengelakkan kenaikan harga ni@meningkatkan taraf hidup semua rakyatnya, tidak mementingkan rakyat yg menderita ekoran kenaikan harga minyak ni...
alasan yg tidak munasabah lagi ialah..harga minyak kita masih antara yg termurah di negara2 ASEAN..yelah..kita kan salah satu negara pengeluar minyak..(cuma tak layak menjadi ahli OPEC)..
bila semakin tinggi lagi harga minyak, kerajaan boleh membandingkan pula dgn negara2 eropah, "negara kita masih rendah lagi jika dibandingkan dgn negara Eropah"..
tapi rakyat di Eropah tu,takdelah yg gajinya 300-450 sebulan..prasarana di sana cukup lengkap dan mencukupi, dua tiga hari yg lepas kita membaca di surat khabar, ada satu keluarga yg terpaksa mendiami kandang lembu sebagai tempat berteduh, lantai rumahnya hanya berlapik tikar, dan bila hujan najis lembu tue mengalir masuk dirumah mereka,..sedihnya!!..mereka juga adalah rakyat yg layak mendapat hak2 mereka, dikala pemimpin2 tidur di tilam2 empuk, masih terdapat rakyatnya yg tidur bergelumang dgn najis..mana pemimpin negeri yg memegang amanah rakyat nie???

Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata: Jika seekor kaldai di tanah kufah di sana yg tergelincir kakinya, nescaya umar akan bertangungjawab dihadapan Allah kelak"

Hadis Ibnu Umar r.a: diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda s.a.w telah bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin"

inilah hadiah daripada kerajaan ekoran kemenangan pada PRU 11 dulu.. mana menifesto2 yg dilafazkan dulu..

Firman Allah s.w.t:"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang tertunggu-tunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya"

hadis dari Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertaqwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya"





-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa

Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-05-05 10:52


sepatutnya kerajaan tak perlu kasi subsidi utk minyak. elok kasi subsidi utk makanan, produk kesihatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 10:55




terima kasih ummimq..

perkerti mulia..insyaallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-05-05 11:20


Bila harga minyak naik........

1) spt biasa, kerajaan kita akan membandingkan harga kenaikan murah di malaysia (negara pengeluar minyak) dgn negara2 Asean lain (yg bukan negara pengeluar minyak), kecuali Brunei (negara pengeluar minyak). Cuma tidak spt biasa, kerajaan gagal membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara2 maju lain yg juga bukan negara pengeluar minyak, seerti UK, Australia, negara2 Eropah lain dsb.

2) Menteri Perdagangan Dlm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan pantasnya memberi "amaran keras kepada para peniaga supaya tidak sesekali menaikkan harga barangan berikutan kenaikan harga diesel dan petrol masing-masing sebanyak 20 dan 10 sen" , walaupun beliau sepatutnya sedar, dengan kenaikan harga minyak tersebut, kos pengeluaran spt pengangkutan dan penyelenggaraan jentera akan meningkat, dan ini akan membebankan pengeluar jika tiada kenaikan harga produk.

3) dan sepeti biasa, kerajaan akan mengungkit segala subsidi yg diberikan kepada rakyat, walaupun masalah berpunca daripada perbelanjaan tidak berhemat mereka (cth paling baru, masjid hadhari + taman apa2ntah di Tganu menelan belanja RM200m++)

Apa2halpun, tahniah sy ucapkan kepada penyokong Be End, kerana anda telah berjaya menyusahkan keseluruhan rakyat Malaysia, even yg tidak menyokong Be End. Pilihanraya thn depan, dpt kain pelekat + RM10, undilah lg, ya?



Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

cboy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.04.2005
Ahli No: 15786
Posting: 28
Dari: Kudat

Sabah  


posticon Posting pada: 05-05-05 11:29


mybe ada hikmah atas kenaikan minyak petrol dan diesel tue...yang penting berjimat...
kalo sie mau bayar minyak dgn harga lebih baik naik beskal tak pun jalan kaki....hehehehe...

'hoga-hoga main futsal. kita jumpa sem depanaa'

Bookmark and Share

    


  Member Information For cboyProfil   Hantar PM kepada cboy   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 14:49




Isu ni telah hebat diperbincangkan di sini ketika kenaikan minyak somewhere tahun lepas. Ketika tu para penyokong kenaikan telah bagi bermacam2 alasan...

Ana pun tak larat dah nak bagi komen banyak2. Harap2 rakyat sedar...

Cuma satu jer yang sangat tak betul sekarang ni, rakyat tak bebas bersuara. Tak pernah ada ruangan untuk rakyat bersuara...

Dan yang paling pelik, ini dah masuk kali ke 2 mereka naikkan dalam keadaan tergesa2. Kenapa tu ye????? HAIRAN...HAIRAN



Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 16:23




terima kasih kepada kerajaan malaysia di atas kanaikan minyak buat kali ini, tambahkan lagi bebanan rakyat malaysia, tak cukupkah dengan cukai terhadap barang asasi?, kanaikan tol?? kemanakah duit tu?? n sedangkan pendapatan negara pun boleh dikatakan baik, antaranya hasil minyak, balak,n berbagai barangan lain lagi yg menjadi hasil kepada negara kita,
beginikah caranya utk basmi kemiskinan dgn cara menaikkan bahan keperluan kepada rakyat?? kalau perkara ini berterusan maka tiada gunanya agaji n elaun pekerja di naikkan, n ini hanyalah utk menawan hati rakyat sahaja bukannya utk kebahagiaan rakyat.
jadi ala kullihalnya keputusan di tangan kamu n buatlah pilihan yg sebaiknya, jika kamu rakyat malaysia sukakan situasi begini terpulanglah n jika kamu inginkan keadilan maka ubahlah dengan................................

wassalam
membangun bersama islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 17:15




nampaknya isu yang dicipta ttg DIESEL adalah back-up plan utk kaburkan perhatian rakyat ttg isu sebenar yg lebih penting iaitu KENAIKAN HARGA.

nampaknya inflasi akan naik lagi.....

kesian-kesian....n.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 05-05-05 17:15


Mungkin ada yang ingin mengatakan posting ini berniat politik.
TIDAK. Ana tidak suka mencampuri hal-hal politik. Terserah pada masingĀ² untuk menghukum mereka yang terlibat.

Tapi, mari kita samaĀ² pandang daripada sudut ekonomi.
20 sen dan 10 sen bukan jumlah yang banyak. Tapi kenaikan 20 sen dan 10 bagi setiap liter diesel dan petrol sangat banyak.
Mungkin masih ada hamba rakyat yang tidak menyedari hakikat ini kerana memandang petrol hanya sebagai kperluan biasa seperti biskut dan roti.
Petroleum hari ini bukan sahaja menggerakkan enjin kenderaan, tetapi juga ekonomi.
Semua keperluan kita berkait rapat dengan pengangkutan. Tambahan selepas pembukaan sempadan untuk perdagangan import dan eksport.
Tipulah kalau kos pengangkutan naik tapi harga barang tidak naik.
Kita berniaga; bukan badan kebajikan!
Anda semua telah jelas dengan kenyataan. Apakah yang berlaku selepas kenaikanĀ² lepas?

Usah bandingkan harga minyak di negara maju yang bukan pengeluar kalau kebajikan rakyat tidak setanding dengan negara maju!

Secara peribadi, ana mungkin tidak seagresif ini kalau hanya harga biskut Meri yang naik!


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-05-05 17:26




ala nak cover belanja besar2 dan gempak...

baru2 ni ........... buat Anugerah Seri Angkasa, anugerah itu, anugerah ni....

semakin banyak rakyat bayar, semakin banyak pula duit rakyat yang dibazirkan.

n.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 09-05-05 03:54


SUDAH TERBUKTI!

Harga barang naik tinggi -- Persatuan pengguna dapati kenaikan libatkan barang kawalan
Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN dan ROSMAWATI MION

KUALA LUMPUR 8 Mei - ``Menakutkan dan tidak masuk akal,'' demikian luahan beberapa persatuan pengguna setelah mendapati ada peniaga yang menaikkan sehingga 40 peratus selepas kenaikan harga bahan api Rabu lalu.

Berdasarkan tinjauan mereka, sudah ada tanda-tanda pesta harga akan berlaku.

Ada peniaga sudah berani menaikkan harga barang kawalan seperti susu lemak manis pada kadar lima hingga 10 peratus sedangkan kerajaan belum meluluskannya.

Lebih malang lagi, syarikat lori juga berura-ura mahu menaikkan sewa atau upah pengangkutan sebanyak 20 peratus.

Jika ini terjadi kesan rantaian akan berlaku. Oleh itu kenaikan harga barang-barang pengguna tidak dapat dielakkan lagi.

Bagaimanapun tinjauan Unit Kawal Seliaan Harga Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di beberapa bandar hari ini mendapati harga barangan masih terkawal.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula yang melakukan tinjauan di pasar dan kedai runcit di Lembah Klang hari ini mengumpul data yang berbeza.

Mereka mendapati harga bahan dapur dan daging mentah sudah naik antara 10 hingga 40 peratus.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, ada peniaga di Petaling Jaya menjual daging mentah import pada harga RM10 sekilogram berbanding RM7 dua minggu lalu.

``Ada juga peniaga yang berani menjual barang kawalan seperti susu lemak manis. Ini betul-betul menakutkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati sebaliknya menyerap kos ekoran kenaikan harga bahan bakar.

Sudah menjadi kebiasaan harga barang-barang akan naik sehingga membebankan pengguna berpendapatan kecil setiap kali berlaku kenaikan harga minyak.

Rabu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit diesel dan petrol masing-masing 20 sen dan 10 sen seliter.

Harga runcit baru petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.52 seliter, petrol RON 92 RM1.48 seliter dan diesel RM1.081 seliter. Di Sabah dan Sarawak pula, harga runcit baru RON 97 ialah masing-masing RM1.50 dan RM1.51 seliter, RON 92 RM1.48 seliter di kedua-dua negeri, manakala diesel RM1.084 dan RM1.078 sen seliter.

Maamor bagaimanapun berkata, rata-rata peniaga yang ditemui menjadikan alasan kenaikan harga petrol dan diesel serta juga desakan pemborong dan pembekal menyebabkan mereka menaikkan harga.

Katanya, harga barangan dapur seperti bawang dan beberapa jenis sayuran termasuk timun dan kubis naik sehingga 20 peratus manakala ikan juga didapati naik sehingga paras 30 peratus.

``Ada pengguna bertanya kenapa naikkan barang sampai 20 sen, peniaga menjawab minyak juga naik dengan harga sama. Ini sudah tidak masuk akal,'' ujarnya.

Senario membimbangkan itu juga diakui oleh Pergerakan Pengguna Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (3P MTUC) yang turut mendapati ada pengusaha restoran di sekitar Bangsar, Brickfield dan Petaling Jaya menaikkan harga teh tarik dan roti canai antara 10 sen hingga 20 sen.

``Bila kita tanya kenapa, dia kata minyak sudah naik. Malah ada juga gerai kenakan `cukai perkhidmatan' kononnya nak tampung kenaikan minyak,'' kata naib pengerusi 3P MTUC, Shafie BP Mammal.

Keadaan itu katanya, tidak jauh berbeza di pasar-pasar sayur dan buah, pasar basah mahu pun di sesetengah pasar raya besar yang turut mengambil kesempatan ekoran kenaikan bahan api.

``Di pasar basah, ada (peniaga) yang pandai, dia jual ikan dengan harga patut tapi dia timbang ikut skala lain. Jadi, kalau ikan kembung biasa dijual RM5.60, mereka jual harga sama tapi kurangkan timbangan.

``Di pasar raya pula ada yang jual serai 3 batang sampai 80 sen. Apa semua ini? Saya tidak tahu kenapa pihak berkenaan tidak menyedari kepincangan ini, '' katanya lagi.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah pula berkata, pihaknya turut menerima aduan mengenai perkara itu dan sedang giat mengumpul maklumat untuk tindakan susulan.

``Pegawai dan kakitangan FOMCA di seluruh negara sedang berusaha mengumpul setiap maklumat dari segi aduan atau kedudukan harga semasa.

``Kita minta pihak pengguna buat aduan kepada FOMCA supaya mudah kita membuat tindakan susulan dari semasa ke semasa,'' ujarnya.

Sementara itu di ALOR STAR, Persatuan Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara (PPPLWU) akan menaikkan sewa atau upah lori perdagangan yang berada di bawah persatuan itu sebanyak 20 peratus berkuat kuasa pada 15 Mei ini.

Presidennya, Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu perlu bagi meringankan beban para pengusaha lori memandangkan kos operasi yang ditanggung begitu tinggi akibat kenaikan harga minyak diesel ditambah dengan kenaikan harga tol dan alat-alat ganti kenderaan.

Menurutnya, sebelum ini kos pengangkutan yang dikenakan kepada pelanggan adalah 7 sen untuk setiap satu kilometer bagi pelbagai jenis lori.

``Jika dahulu perjalanan dari Alor Star hingga Kuala Lumpur dikenakan RM35 untuk satu tan barangan, tetapi kini pelanggan perlu membayar RM42,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, persatuan selama ini sememangnya cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan tidak pernah menaikkan sewa kos pengangkutan sejak tahun 1993 walaupun harga diesel telah dinaikkan beberapa kali.

``Tetapi kali ini pengusaha-pengusaha lori tertekan dan merasai beban akibat kenaikan harga diesel yang terlalu tinggi,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan persatuan berkenaan di sini hari ini.

Yusoff berkata, bagi tidak membebankan pengguna, persatuan cuba untuk meletakkan harga baru pada paras paling minimum dan diharap keputusan itu difahami ramai.

Jelasnya, kira-kira 1,000 syarikat pengangkutan dengan 10,000 unit kenderaan menganggotai persatuan berkenaan yang merangkumi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menjalankan operasi di seluruh Semenanjung.

utusan malaysia, 9 mai 2005;
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

harddisk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2038
Posting: 125
Dari: JohorBahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 09:16


kenape erkk mesti buat perbandingan dengan negara yg bukan pengeluar minyak..taknak pulak buat perbandingan dengan brunei? sedangkan kita sama2 negara pengeluar minyak...walaupun desel naik 20sen n petrol naik 10sen...semua tue takkan dirasa oleh orang2 yg berpendapatan tinggi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For harddiskProfil   Hantar PM kepada harddisk   Pergi ke harddisk's Website   Quote dan BalasQuote

disc_manz
Warga Rasmi
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1622
Posting: 16
Dari: Perlis

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 10:59


TKT Mahadey berceloteh mengenai kenaikan harga minyak
yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh
masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah
yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di
Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan
negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain
harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh
lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di
Malaysia.

Sayang seribu kali sayang, begitulah pemikiran seorang
pemimpin bangang, ilmu hisab darjah satu pun masih tak
paham-paham. Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan
dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk
advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini
adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu
hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham,
makna kata, memang kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah
dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH
perbelanjaan minyak seliter orang Britain (British)
BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita
kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang
Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan).
Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang
adil dan tidak berat sebelah (fair comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di
Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang
dalam Ā£2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia
pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di
Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (Ā£0.81)
seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48
seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga
minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua
negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang
lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga
barang makanan lagi. Eksekutif di Britain boleh beli
barang-barang dapur dengan harga yang amat murah.
Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih
boleh dibeli pada harga di bawah Ā£1. Coklat Snickers
boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang,
kalau bawa Ā£50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli
kena pakai bawa barang keluar. Banding pula dengan
eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di
bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30
sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa
M50??? Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat
RM5 setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit!
Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh
pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas
kerja 6 bulan. Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk
pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW
second-hand?? Kirim salamā€¦ā€¦.

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat
NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan
PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan
yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau
membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang
Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di
Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan
kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga!
Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu
aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan
media-media keluarkan statistik, nampak macam tak
pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi
sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah
dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam
dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari
taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi
boleh diberi makan kepada ayam.

`matnoq


Bookmark and Share

    


  Member Information For disc_manzProfil   Hantar PM kepada disc_manz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122845 saat. Lajunya....