Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 215
Ahli: 0
Jumlah: 215




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Saat Bahagia...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Saat Bahagia...

Please Mendaftar To Post


Oleh Saat Bahagia...

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 00:39


Hmmm.. nie citer terbaru dari sy selepas "Cite best nie..." ttg Adam dan Zulaikha tu... Ntah ler cite nie best ker tak... taerpulang la nak komen ape2 silakan....

==========================================================

Bila tiba masanya, dua hati akan bersatu menurut kehendakNya. Mencapai puncak kebahagiaan sebagaimana yang sering diimpikan oleh setiap insan. Kesucian dan kemurnian hati menerima dan memberikan cinta memerlukan landasan iman sebagai asas dan kasih Allah sebagai panduan.

=================================================================

Aufa merenung jauh keluar tingkap biliknya. Petang itu sungguh damai dan hembusan bayu betul-betul menenangkan hatinya. Sudah dua tahun Aufa berjuang di persada ilmu ini demi menggenggam segulung ijazah. InsyaAllah dua tahun lagi impiannya akan terlaksana jua. Menerima ijazah yang diidamkan di Dewan Konvokesyen Unimas. Universiti yang memberikannya segala pengalaman pahit manis sebagai mahasiswa. Kini Aufa berada di tahun 3 perubatan Unimas.

“Hah!!! Ingat sape tu?!” sergah Huda…
“Astaghfirullah…. Kalau adik buat lagi sekali… memang tak lama la dok hostel nie…” balas Aufa sambil mencubit manja lengan kiri Huda.
“Ape nie akak… petang-petang macam nie pun nak berangan ker? Jom la main netball tu..” ajak Huda.
Memang seringkali Aufa mengikuti adik-adik tahun 2 termasuk Huda bermain bersama. Sudah banyak kejayaan yang dirangkul oleh team netball Fakulti Perubatan… semuanya berkat ketekunan Aufa dan ahli-ahli yang lain berlatih.. Huda adalah satu-satunya teman baik Aufa merangkap adik. Huda lah tempat Aufa bermanja dan tempat dia meluahkan masalah.
“Akak, malasla dik hari nie.. rase macam takde mood plak.. lain kali je la yer..” balas Aufa disulami senyuman manisnya.
“takde hal la akak.. ermm apesal nie akak? Nampak macam ade masalah jer?” soal balas Huda seakan-akan faham riak muka Aufa.
“Eh mane ada ape-ape.. akak ok jer.. Cuma penat sikit kot.. lecture pagi tadi pastu petang ade klinik lagi..” Aufa cuba menyembunyikan perasaannya dari Huda. Sebenarnya ada seketul masalah yang maha berat yang ditanggungnya. Fikirannya buntu mengenangkan keadaan dirinya. Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu akan resah yang mendesah hatinya.

==========================================================

Allahuakbar Allahuakbar!
Kedengaran suara Izat melaungkan azan dari surau kolej. Sudah menjadi rutin harian dan boleh dikatakan semua orang kenal akan suara muezzin surau kolej tu.

Aufa bergegas memakai telekungnya. Dia memang selalu berjemaah maghrib dan isyak di surau. Kalau waktu lain tu dia lebih senang bersolat di bilik sahaja.
“Dik, cepat sikit dik.. nanti diorang dah solat..” Aufa menggesa Huda. Huda yang sedang membetulkan tudungnya cepat-cepat mengenakan telekung.
“Jom…” balas Huda ringkas diserikan dengan senyuman.
“Ek eleh dik oi…. Kot ye pun pakai la dulu betul-betul telekung tu… terbalik tu dik…” Aufa tergelak kecil.
“Astaghfirullah… ape dah jadi ngan ko nie Huda…. Akak gi dulu la.. jap gi Huda turun..” cadang Huda.
“Ok.. jangan ko tidur plak kat atas nie..” balas Aufa.
“Ye orang turun jap lagi…” janji Huda.

Aufa bergerak turun ke surau seorang diri.

Aufa……”
“Walaikumussalam…” jawab Aufa perlahan sambil menundukkan pandangannya. Sempat jugak dijelingnya pada wajah yang memberi salam tadi. Malu Aufa memang bertempat. Dia memang sudah terdidik menjaga kesopanan diri sebegitu semenjak kecil. Tidak hairanlah ramai jejaka yang terpikat pada keindahan pekertinya ditambah pula dengan keayuan rupanya telah melengkapkan pakej wanita muslimah padanya.

Aufa tahu bahawa muslimin yang memberi salam tadi tidak lain tidak bukan adalah Izham. Aufa berlalu terus tanpa berkata apa-apa. Segan rasanya hendak bercakap dengan lelaki hendaknya pulak di halaman surau macam nie.

Selesai solat maghrib, semua jemaah muslimin meninggalkan ruang solat surau kecuali beberapa orang sahaja yang meneruskan dengan solat sunat. Kelihatan juga beberapa orang junior duduk bersama membaca al-Quran. Tenang dan damai sungguh suasana.

Aufa bangun dan merapatkan dirinya ke tingkap dewan solat muslimat. Direnungnya jauh-jauh. Ketenangan malam itu tidak berjaya mendamaikan kakusutan dan kekalutan yang bersarang dibenak hatinya.

==========================================================
“Hello, assalamualaikum”
“Waalaikumussalam.. mak.. apa kabar mak?” Aufa membalas salami ibunya Puan Aishah.
“Mak sihat… ayah kau pun sihat.. Fa macam mana?” balas ibunya.
“Erm.. alhamdulillah mak. Fa sihat-sihat je.. Cuma penat sikit la mak.. kelas memanjang.. ehehe” Aufa tergelak kecil membuat aduan pada ibunya. Aufa memang manja dengan ibunya walau pun dia adalah anak perempuan sulung keluarganya. Sifat manjanya itu mengalahkan adik bungsunya Aliff.
“Fa… mak ade hal sikit nak bagi tau dengan Fa..” tiba-tiba suara ibunya bertukar serius. Seperti ada sesuatu yang bakal mengejutkannya yang akan disampaikan.
“Hal ape mak?” balas Aufa berdebar.
“Fa… mak tak tau macam mana nak sampaikan berita nie Fa…” kedengaran isak tangisan suara Puan Aishah berselang-seli dengan kata-kata.
“Fa… mak harap Fa bersabar dan tabahkan hati… segalanya adalah kuasa Allah…” sambung Puan Aishah…
“Mak…? Ade ape hal nie mak?? Abang Fitri ke?? Mak cepat bagitau Fa mak… kenape dengan Abang Fitri??” Aufa semakin berdebar.. jantungnya berdebar kencang… nafasnya semakin pendek dirasakan. Apakah berita sedih yang bakal disampaikan ibunya. Aufa cuba menabahkan hatinya untuk menerima kalimah-kalimah seterusnya.
“Fa, Fitri dah tak ade Fa…”… suara ibunya tenggelam timbul. Itu sahaja kekuatan yang ada pada Puan Aishah untuk dilafazkannya pada anak kesayanagannya itu.
“Ya Allah!!!!....... abang Fitri…!!!!!”.. Aufa melepaskan gagang telefon. Berat dirasakan untuk menanggung betapa beratnya berita yang diterima. Bagaikan seketul batu besar yang menghempap ke dada. Tiba-tiba sahaja kenangan dan memori indah bersama Fitri muncul satu per satu di matanya.
“Mak…” Aufa meneruskan perbualan dengan ibunya..
“Fa.. sabar nak. Allah lebih sayangkan Fitri dari kita” pujuk ibunya.


Dua bulan telah berlalu semenjak berita Fitri pergi menghadap Penciptanya. Sedih dan pilunya masih belum hilang dari hati Aufa. Pemergian arwah tunangnya itu bagai mengguris satu luka yang amat dalam di sudut hatinya. Selama ini Fitrilah menjadi pembakar semangatnya meneruskan pengajian. Walau pun mereka berjauhan, semangat kasih Fitri dapat dirasakan Aufa. Benarlah kata orang jarak bukan penghalang. ‘Fa.. belajar rajin-rajin tau.. nanti bila konvo abang datang tengok Fa’ salah satu janji Fitri yang masih disimpan Aufa. ‘Fa… nanti bile kite kahwin, abang nak anak-anak kite masuk Darul Quran.. biar diorang jadi hafiz hafizah’. Masih terngiang-ngiang lagi bicara Fitri di telinga Aufa.

Tapi semua itu kini hanya tinggal kenangan. Fitri sudah berada jauh di sana. Di negeri abadi. Bersama-sama Tuhannya. Hanya tinggal memori indahnya sahaja bersama Aufa.

==========================================================

“Fa.. jauh termenung nampak?” tepuk Ana. Teman sekuliahnya.
“Ek eheh” Aufa terkejut dengan sapaan Ana.
“Takdela. Aku nak ambik angina aje kat tepi tingkap nie” sambung Aufa.
“Ye la tu Aufa.. aku tau ape yang kau menungkan tu Aufa.. janganla nak berdalih dengan aku”
“Erm….” Tiada kata yang sesuai untuk dilafaz Aufa pada temannya Ana. Sememangnya Ana sudah tahu berita kematian Fitri dan kesedihan yang menimpa Aufa. Selain Huda, Ana adalah orang kedua yang tahu. Selain dari mereka berdua tiada siapa di fakulti ini yang tahu.
“Sabarlah Fa. Aku yakin insyaAllah akan datang pengganti Fitri yang sama atau lebih baik dari dia… kau kena tabah Fa… Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan seseorang dan pisahkan kita kemudiannya… segalanya adalah untuk temukan kita dengan pasangan yang lebih baik dan istimewa..” panjang lebar nasihat Ana malam itu.
“Aku faham semua tu Ana… tapi aku tak mampu nak tanggung kesedihan yang ditinggalkan Fitri… Aku tak sempat pun menatap wajah arwah untuk kali terakhir Ana”… setitis-demi setitis manik-manik jernih terbit dari kelopak mata Aufa.

Perbualan dua teman itu terhenti apabila azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat Isyak. Mereka bergegas kembali ke saf dan menantikan saatnya iqamah dilaungkan. Malam itu Izham mengimamkan solat Isya. Merdu sungguh suaranya. Maklumlah johan qari Unimas.

---------

Trit…trit… (ini adalah bunyi mesej handset)
Aufa segera mendapatkan handsetnya di atas katil lalu membuka peti mesej…

Akum.. tgh wat pe tu Aufa? Busy study ker? Good luck exam yer..

Hmmm… terpampang nama Izham pada ruang sender… Aufa tersenyum. Walau pun dia dan Izham jarang bertegur sapa tapi Izham memang mengambil berat akan hal Aufa; sama seperti arwah Fitri.

W/salam.. tgh study pharmaco nie. Terima kasih Izham.. good luck jugak yer ntuk Izham..

Aufa membalas mesej dari Izham. Terukir sedikit senyum pada bibirnya selepas mesejnya disahkan sampai kepada Izham.




-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

[ Posting ini telah di edit oleh: Meow pada 2005-05-02 00:51 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Meow pada 2005-05-02 01:07 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Phe0nixTeRbaNg
Warga Rasmi
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16131
Posting: 17
Dari: tanah rendah sekebun sebunga..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 01:33


assalamualaikum...
ermm nk komen ape ek? br 1st episode ..nampak cam best gak...semoga best lagi dr cerita adam ngan zulaikha tu...
utk cik Meow selamat berkarya...buat yg best2 yer!!
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Phe0nixTeRbaNgProfil   Hantar PM kepada Phe0nixTeRbaNg   Pergi ke Phe0nixTeRbaNg's Website   Quote dan BalasQuote

Aljamuani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.11.2004
Ahli No: 12314
Posting: 22
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-05-05 05:24



ana ni jenis suka baca cerpen...so, tulis la macammana pun...nak tau best ke tak...dia abstrak sebenarnya..tak gitu? apa2 pun, cpt2 la sambung citer nih.... bissalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AljamuaniProfil   Hantar PM kepada Aljamuani   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 17:18


BAHAGIAN 2

==================================================================


Aufa berjalan seorangan menuju lobi fakulti. Cadangnya hendak melihat keputusan peperiksaannya yang lalu dan juga ingin mengetahui posting seterusnya. Harap-harap dapat posting O&G la sebelum menamatkan tahun 3 nya dengan posting Paediatrics. Debaran untuk mengetahui keputusan peperiksaan semakin dirasakan semakin kakinya melangkah mendekati papan kenyataan. Ramai juga rakan-rakannya yang berada di sana. Hmmm… Ana dan Fiza pun ada di sana. Izham pun.

“Fa… kenapa lambat? Dah tengok result belum?” soal Ana membuka bicara.
“Fa pegi jumpa Dr. Rukhsana tadi… ade hal sikit… macam mane result Ana?” balas Aufa tanpa menjawab soalan kedua Ana tadi. Dari riak wajah Ana sudah dapat diagak yang dia pasti lulus.
“Ermm lulus Fa… dapat B+ lagi tu…” belum sempat dijawab Ana, Fiza lebih dulu pecahkan rahsia.
“Iye?!! Alhamdulillah… tahniah Ana… Fiza pulak macam mana?” soal Aufa
“Alhamdulillah.. dapat B…” balas Fiza sambil tersenyum manis.
“Alhamdulillah.. tahniah Ana.. Fiza…” terukir sebuah senyuman ikhlas dibibir Aufa. Dan tiba-tiba…

“Erm… assalamualaikum Aufa… Tahniah yer Aufa” satu suara asing menerjah gegendang telinga Aufa dan rakan-rakanya. Sudah pasti Aufa sudah kenal dengan suara itu. Izham.
“Erk.. waalaikumussalam… untuk ape nie Izham.. Saye belum tahu lagi result saya..” balas Aufa sedikit gagap. Tak biasa.
“Saya dah tengok result Aufa. Tahniah. Aufa dapat A” sambung Izham sambil tersenyum.
“Terima kasih. Alhamdulillah” balas Aufa terkedu. Usahanya selama ini terbalas jua dengan keputusan A. bukan senang hendak mempertahankan keputusan A terutama di fakulti ini. Namun alhamdulillah. Aufa berjaya buktikan bahawa tiada yang mustahil.
“Ehem… Izham… awak tau nombor matrik Aufa yer? Awak punya result plak macam mane?” Fiza menjampuk. Fiza seolah-olah faham akan bisikan hati Aufa hendak mengetahui result Izham. Riak wajah dan getapan bibirnya sudah dapat dibaca oleh Fiza.
“Saya dapat A jugak. Alhamdulillah.” Izham tersenyum bila ditanyakan tentang nombor matrik Aufa.

Aufa terus mengajak Ana dan Fiza meninggalkan lobi fakulti. Tak sanggup lagi rasanya menahan rasa malu berdepan dengan Izham. Dia tidak biasa menghadapi lelaki lain selama ini melainkan ayahnya dan adik lelakinya; juga arwah Fitri. Aufa berjalan beriringan dengan Ana dan Fiza ke cafeteria. Hajat di hati hendak membeli nasi kerabu makcik cafeteria. Nasi kerabu menjadi kegemarannya sejak kecil lagi. Hendak pulak ditambah dengan ulam bunga kantan dan sedikit sambal. Hmmm meleleh air liur jadinya.

=================================================================

“Hmmm Fitri… dah bertunang nie selalu-selalulah datang ke sini…” pelawa Puan Aishah pada bakal menantu keduanya itu. Terasa bahagia melihat anak perempuan sulungnya selamat diikat.. tidaklah nanti menjadi bualan orang kampong. Aufa ketika itu berada di dapur mengintai-intai sahaja melihat bakal suaminya itu.
“Isy Fa.. ape yang kau buat tu?” tepuk ayahnya ketika melihat Aufa terjenguk-jenguk dari arah dapur ke depan.
“Erk.. eh eh tak… takde ape ayah… Fa cari kucing nie…” balas Aufa cuba men’cover line’..
“Hmm tengok kucing ke… tengok orang di depan tu?” Pakcik Ahmad pandai betul mengagak gerak laku anak perempuannya itu. Dia tersenyum memandang Aufa.
Aufa tersenyum malu bila diperli sebegitu oleh ayahnya.
“Ha.. Fitri… kalau datang rumah nie terpaksa la Fitri makan nasi kerabu selalu nampaknya… kegemaran Aufa nie…” bicara ayah Aufa sementelahan memasuki ruang depan rumah. Fitri yang sedang rancak berbual dengan Puan Aishah menoleh ke arah pakcik Ahmad.
“Isy.. pakcik nie… apela nak disusah-susahkan…” balas Fitri sambil bangun bersalaman dengan bakal bapa mertuanya.
“Ala Fitri… takde susah pun… Aufa memang selalu masakkan nasi kerabu nie… jemputlah Fitri.. abang…” Puan Aisha pula mempelawa bakal menantunya makan.

[petang]
“Fa suka makan nasi kerabu ye” sapa Fitri memecah lamunan Aufa di kerusi bawah pohon mempelam itu.
“Eh.. abang rupanya… ermm bila abang turun? Tak baik tau tak bagi salam dulu…” Aufa mengusik lantas Aufa membetulkan sedikit kedudukan kerusinya agar tidak terlalu rapat dengan Fitri. Walau pun sudah bertunang, adab dan syariat perlu dijaga.
“Ehehehe maaf… assalamualaikum sayang… asyik mengelamun ingatkan sape la tu…” Fitri mengusik.
Aufa tersenyum sambil menundukkan wajah manisnya. Dia hanya mampu membalas salam itu di dalam hati saja. Kalimah ‘sayang’ bagaikan bayu lembut menujah ke telinga menyelinap masuk ke dalam hatinya. Malu rasanya hendak diluahkan bahawa dia sedang mengelamun tentang kehidupan masa depannya bersama Fitri. Masih teringat lagi semasa kecilnya dia dan Fitri bermain kahwin-kahwin bersama. Tidak pernah diduganya bahawa suatu masa nanti dia akan ditunangkan dengan teman sepermainannya itu. Manalah dia jangka Fitri menaruh hati padanya.

“Fa… study di Sarawak tu baik-baik ye” pesan pertama Fitri setelah bergelar tunangan Aufa.
“Baiklah abang… abang pun sama. Biarlah nanti bila abang grad dapat kerja elok dan..”
“dan dapat kahwin dengan Aufa kan?” belum sempat lagi Aufa menghabiskan ayatnya sudah dipotong Fitri.
“Eiii gatalnye…” balas Aufa walau pun di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia bersyukur atas kehadiran Fitri di dalam hidupnya. Seorang lelaki yang sesuai dianggap seorang pencinta setia dan bakal suami yang baik.
“Fa… belajar rajin-rajin tau.. nanti bila konvo abang datang tengok Fa” kata-kata keramat seterusnya keluar dari mulut Fitri. Aufa tidak tahu bahawa kata-kata itulah janji-janji Fitri yang akan menjadi kenangan buatnya.
“Abang pun mestila study baik-baik… jangan nak menggatal plak” balas Aufa malu-malu. Kata orang cemburu tandanya sayang. Sayang Aufa pada Fitri bukan semenjak mereka ditunangkan; malah semenjak di tingkatan lima lagi. Alhamdulillah setelah berjaya ke menara gading kedua belah pihak bersetuju mengikat merpati dua sejoli ini. Lebih baik diikat dulu dari melepas ke tangan orang lain.
“Kalau abang nak makan nasi kerabu datang la rumah Fa selalu…” pelawa Aufa. Janggal rasanya hendak mempelawa bakal suaminya walau pun dia sudah lama kenal.
“Abang bukan setakat nak makan nasi kerabu je.. nak tengok chefnye sekali la” usik Fitri lagi.. Aufa tersenyum lagi. Bahagia.

================================================================

“Ya Allah… Fa.. berangan lagi…” kejut Ana. Terbantut anganan Aufa. Sebungkus nasi kerabu di tangan hamper terlepas dek kerana terkejut. Ana menggelengkan kepalanya. Sementara Aufa tersenyum mengingatkan anganannya tadi. Kalaulah Fitri masih hidup, sudah pasti dia akan selalu masakkan nasi kerabu. Tapi dia tahu bahawa tiada lagi orang yang akan datang ke rumahnya untuk melihat ‘chef’ nasi kerabu memasak. Segalanya hanya tinggal suratan kenangan sahaja. Hatinya masih tidak dapat melupakan Fitri.

----------------

Aufa melangkah sopan memasuki dewan kuliah 2. Ana mendahuluinya beberapa langkah. Tercangak-cangak juga Ana mencari tempat duduk. Dewan itu bukanlah kecil sangat jika dibandingkan dengan bilangan mereka yang hanya 80 orang. Tapi mestilah memilih tempat yang strategic dan selesa untuk kuliah dua jam hari nie. Aufa dan teman-temannya terpilih memasuki posting O&G. Dr. Haizal dan Dr. Shamsir akan memulakan khutbah mereka sebentar lagi. Tapi nampaknya mereka berdua itu belum sampai lagi. Belum lagi pukul 8.30 pagi agaknya. Pensyarah berdua itu memang terkenal dengan ketepatan waktu. Kalau dijanji pukul 8.30 pagi.. memang tepat 8.30 pagi terpacaklah mereka di dewan kuliah.

“Ana… Fa… sini…” jerit Suhana melihat mereka berdua tercari-cari tempat duduk.
“Fa.. aku dah pesan dengan Su tadi suruh dia tempahkan tempat kita.. Jom..” Ana memberikan penjelasan. Aufa hanya sekadar tersenyum sahaja.

“Terima kasih, Su.. tempahkan tempat untuk kami berdua” sapa Aufa setelah duduk bersebelahan Suhana.
“Eh, takde hal la. Kita kan kawan…” Suhana memberikan senyuman paling ikhlas buat teman baiknya Aufa. Aufa membalas senyuman itu dengan penuh manis.

Aufa tidak perasan bahawa di barisan belakang seseorang sedang memerhatikannya. Dia juga tidak perasan bahawa dia berada betul-betul di hadapan Izham. Tunduk pandangannya dijaga agar tidak memandang kepada yang dilarang agama.

“Fewiit… Fa… assalamualaikum… tak jawab dose…” suara usikan itu sangat dikenali Aufa. Tiba-tiba sahaja perasaan benci dan marah meluap-luap ke benak hatinya. Kalaulah dia lelaki, sudah pasti mamat sekor nie lumat diganyangnya. Tapi apakan daya dia seorang muslimah, perlu menjaga adab sopannya. Hanya sabar sahaja yang mampu diulang-ulang di dalam hatinya. Walau pun begitu, dia tetap menjawab salam tadi. Sekadar di dalam hati sahaja.
“Amboi… cik Aufa… sombong yer sekarang nie…” sambung suara itu lagi.
“Eh! Rizal… ko tak boleh duduk diam ker ha?!” bentak Suhana. Gaya Suhana yang sedikit kasar memang sesuai menjadi pembela wanita di kuliahnya. Suhana adalah antara pelajar perempuan yang sangat tegas berurusan dengan pelajar lelaki.
“Ek eleh minah nie… woi ko jeles ke aku tak kacau kau?!” balas Rizal.
“Woi, ko jangan nak kurang ajar dengan aku.. muka cekodok basi cam ko tu… kambing pun tak berkenan tau..” balas Suhana sedikit kurang sopan. Tersentak Aufa mendengar kata-kata Suhana tadi. Ini tak boleh jadi nie.
“Su, dah la tu. Dia sekadar bergurau jer tu tadi. Dah la tu Su” Aufa mula bersuara memandangkan Suhana dan Rizal mula bertekak disebabkan dirinya. Terasa bersalah di hati jika tidak berkata apa-apa.
“Eh Fa… dia nie bukan bergurau… melampau dah nie Fa…” sambung Su sambil menuding jari ke arah Rizal. Rizal hanya mencebikkan bibir sahaja.
“Dah la tu Su. Duduk lah Su. Biarkan dia” Aufa menarik tangan Suhana duduk.

Rizal masih tak berpuas hati. Dia memang terkenal dengan sifat pelesitnya. Segala anak dara orang semua nak dikacaunya. Dasar jantan gatal. Pelesit. Rizal membaling kertas yang dilipat ke bentuk kapal terbang pada Aufa. Terdapat tulisan ‘I luv U’ pada bahagian atasnya. Aufa diam membisu. Ana mengambil kapal terbang itu dan membuangnya ke tepi. Dia faham perasaan Aufa ketika itu. Rizal membaling sekali lagi. Sekali lagi Ana mengambilnya dan membuang ke tepi. Tiba-tiba Rizal bangun dan cuba memegang tangan Aufa…

Pap!!!! Belum sempat lagi tangan Rizal mengenai Aufa… satu tamparan yang maha dahsyat mengenai lengannya. Aduh betapa sakitnya…

Aufa terkejut dan menoleh ke belakang. Rupanya Izham yang menghalang tindakan Rizal tadi.
“Zal, tolong jaga sikit perangai kau… jangan melampau!!!” bentak Izham. Sememangnya Izham amat dihormati di dalam kuliah itu. Dia adalah seorang yang berbakat di dalam kepimpinan dan tiada siapa di kalangan pelajar kuliah itu yang berani melawannya. Mungkin kerana tingkah lakunya yang tegas dan berani serta umurnya yang 2 tahun lebih tua dari yang lain menjadikan ramai pelajar menjadi hormat padanya.
“Erm.. erk sorry Izham… aku tak buat lagi” seraya Rizal berundur ke tempat duduknya.

Aufa berasa tenang kembali selepas tidak diganggu Rizal. Terasa dirinya dijaga pula. Dia tersenyum sendirian. Dr Haizal dan Dr. Shamsir baru sahaja sampai. Kuliah dimulakan dan segalanya berjalan seperti biasa…

==================================================================

Nantikan sambungannya....

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-05-05 18:18




kesiannya dia Aufa......

namun Allah SWT lebih sygkan tunangnya.....

harap dia berbahagia akhir sekali.....



-----------------
Tengok dengan mata…
Lihat dengan hati…
Renung dengan akal…
Fikirlah dengan iman…

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 03-05-05 00:39


patah tumbuh, hilang berganti. tapi, yg tumbuh tu tetap takkan sama dgn yg patah kan! yg datang disambut, yg pergi disebut.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-05-05 00:47


Quote:

On 2005-05-03 00:39, salimahbreepbreep wrote:
patah tumbuh, hilang berganti. tapi, yg tumbuh tu tetap takkan sama dgn yg patah kan! yg datang disambut, yg pergi disebut.......





-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-05-05 07:15




Pap!!!! Belum sempat lagi tangan Rizal mengenai Aufa… satu tamparan yang maha dahsyat mengenai lengannya. Aduh betapa sakitnya…

Aufa terkejut dan menoleh ke belakang. Rupanya Izham yang menghalang tindakan Rizal tadi.
“Zal, tolong jaga sikit perangai kau… jangan melampau!!!” bentak Izham. Sememangnya Izham amat dihormati di dalam kuliah itu. Dia adalah seorang yang berbakat di dalam kepimpinan dan tiada siapa di kalangan pelajar kuliah itu yang berani melawannya. Mungkin kerana tingkah lakunya yang tegas dan berani serta umurnya yang 2 tahun lebih tua dari yang lain menjadikan ramai pelajar menjadi hormat padanya.
“Erm.. erk sorry Izham… aku tak buat lagi” seraya Rizal berundur ke tempat duduknya.

rasanya zaman sekarang ni boleh di bilang dengan jari berapa orang jer lelaki yang sanggup mempertahankan muslimah..tapi yang lebih aneg muslimah yang tidak bertanggungjawab akan kepada roh serta jasmaninya merelakan di sentuh lelaki yang bukan muhrimnya..!!
tepuk dada tanya iman..bernikah dan bercinta bukan bercinta baru bernikah..wallahhualam



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 03-05-05 13:51


"tamparan wanita yeerrrrr"

walau lembut ader pedasnyer jua.....





Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-05-05 13:57




setiap yang berlaku ada pengajaran Rabbani...
bukan semuanya berlaku mengikut kehendak kita dan bukan semua kehendak kita berlaku....


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

puterie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16135
Posting: 39

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-05-05 14:38


emm..nak lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterieProfil   Hantar PM kepada puterie   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-05-05 15:35




En. Meow , cepatlah sambung.......





-----------------
Tengok dengan mata…
Lihat dengan hati…
Renung dengan akal…
Fikirlah dengan iman…

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 18:25


BAHAGIAN 3


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik kata orang sudah setahun lebih rupanya. Aufa pun sudah berada di penghujung tahun 4 pengajian. InsyaAllah tidak lama lagi, dia akan bergelar Dr Aufa pula. Tersenyum dia sendirian sambil memegang buku Hutchison’s Clinical Examination. Buku itulah yang pertama dibelinya setelah memasuki tahun 3. sudah agak lusuh buku itu. Bukan dia seorang sahaja yang mengganyang buku itu, Ana juga tumpang sekaki. Tapi biarlah, biarkan kesan-kesan usaha mereka bersama menimba ilmu diabadikan pada buku kecil itu.

Aufa bangun lantas menuju ke bilik air. Cadang hatinya hendak menunaikan solat sunat Dhuha. Sudah agak lama rasanya amalan rutinnya itu ditinggalkan semenjak dia terlalu sibuk dengan kuliah dan posting. Terdetik juga rasa bersalah di dalam hati. Mudah sahaja manusia melupakan Allah di masa senang, sedangkan Allah tidak pernah walau sesaat pun melupakan walau seorang pun hambaNya. Semua dilayan dengan adil oleh Dia Yang Maha Adil.

Biji-biji tasbih putih menari-nari di jari-jemari Aufa setelah selesai menghadap Pemeliharanya pagi itu. Suasana kolej yang sunyi mendatangkan kesyahduan di dalam hati. Aufa seraya menadahkan tangannya bermohon sesuatu.

“Ya Allah… Tuhan Pemerintah Segala Alam… Selawat serta salam buat junjungan Nabi Akhir Zaman… Ya Allah Ya Rabbi… sesungguhnya ketenangan hati ini adalah dariMu, keresahan hati ini juga adalah dariMu, hati ini tunduk berserah kepada qudrat dan iradatMu Ya Rabbi… Ya Allah… andai kiranya hati ini damai dengan ditemani hati yang lain, maka permudahkanlah urusannya, andainya hati ini ditakdirkan kekal keseorangan, aku redha Ya Allah… Hanya Engkau sahaja yang layak memilih teman untuk diriku yang selalu tersandung di dalam meniti hidup di duniaMu ini… biarlah dia mampu memanduku di dalam kegelapan dunia ini menuju cahayaMu… Hanya kuharapkan keredhaan dariMu dan limpahan rahmat dan maghfirah dariMu…”

Entah mengapa doanya pagi itu berlainan benar dari biasa. Hatinya dirasakan bagai diruntun sayu mengenangkan impian hidupnya yang indah lenyap bersama pemergian arwah tunangnya Fitri.

, Fa……” kedengaran suara Puan Aishah di dalam talian.
‘Waalaikumussalam, mak…” balas Aufa selesai melipat sejadah.
“Fa sihat? Hari nie takde kelas ke?” susul ibunya.
“Alhamdulillah sihat, mak abah semua sihat? Fa takde kelas hari nie. Bolehla rehat-rehat kejap…” aufa membalas. Dapat dirasakan sesuatu bakal mengejutkannya berdasarkan riak suara ibunya itu.
“Mak, abah semua sihat… abah kirim salam dekat Aufa. Dia cadang nak call Fa… tapi pagi tadi dia suruh mak pulak call” balas Puan Aishah membuka bicara sebenarnya.
“Ada apa nie mak? Bunyi macam serius jer? Berita apa pulak mak bawak hari nie?” soal Aufa berteka-teki dengan ibunya sendiri.
“Fa, mak harap Fa faham dengan tindakan mak dengan abah. Sebagai ibu bapa, kami bertanggungjawab menentukan masa depan Fa sekadar yang kami mampu.” Ibunya masih lagi berselindung dari kenyataan.
“Fa tak faham la mak… ade ape sebenarnye nie mak?” soal Aufa.
“Dua hari lepas, datang satu rombongan meminang Fa… jadinya kami dah terima bagi pihak Fa…”

Memang benarlah seperti yang dijangkanya. Datang satu lagi berita gempar buatnya. Kelu rasanya lidah kosong rasanya minda hendak meneruskan kata-katanya. Terkejut besar dengan keputusan ayah dan ibunya memberi jawapan tanpa berbincang lebih dahulu dengannya. Masih lagi di dalam ingatannya, keputusan menerima pinangan Fitri juga telah dibuat tanpa pengetahuannya. Tetapi itu mujur kerna dia juga menaruh hati pada Fitri. Tapi kali ini lain. Dia tidak langsung mengenali siapa bakal menjadi peneman hidupnya nanti dan bakal membimbingnya melalui jalan penuh liku ini.

“terpulanglah mak… baik pada mak abah, baiklah juga pada Fa… Fa taknak menyusahkan mak dengan abah… Fa redha siapa sahaja menjadi bakal suami Fa” balas Aufa kelemahan. Semangatnya hendak study pagi itu tiba-tiba luntur. Siapa dia? Bagaimana dengan agamanya? Kena dapat orang yang lemah agamanya.. macam mana nak bimbing aku yang selalu tersasul nie… kerjanya ok ker? Macam mana nak hidup kalau tak kerja? Astaghfirullah….. Aufa beristighfar panjang… sudah masuk syaitan agak dia nie… takkanlah abah dan mak nak pilih menantu sembarangan. Dia cuba menenangkan hati.


……………………………………………………………………………………………………

From : [email protected]
Date : 26 October 2004
To : [email protected]
Subject :

wbt… buat bakal tunangku Aufa…

Apa khabar? Harap Aufa di sana sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt… Pertama-tamanya ingin abang mohon maaf atas kiriman e-mail ini mungkin mengganggu kehidupan harian Aufa di sana. Ibu Aufa yang memberikan alamat email Aufa. Mungkin Aufa sendiri sudah mengetahui tentang peminangan yang abang sampaikan ke rumah Aufa dan juga berita pertunangan kita. Abang bersyukur di atas kesudian Aufa menjadi permaisuri di hati ini. Abang amat berharap mahligai kasih yang bakal kita bina nanti akan menjadi mahligai muslim yang diredhai Ilahi.

Belajar rajin-rajin.. InsyaAllah bila sampai masanya kita akan bertemu jua. Doakan jodoh kita dimudahkan Allah.

wbt…
Fitri………
……………………………………………………………………………………………………..

Aufa bagaikan tersentak melihatkan nama bakal tunangannya yang kedua ini juga Fitri… Subhanallah… teringat dia akan selorohnya pada arwah Fitri semasa dahulu. ‘Fa kalau nak kahwin hanya dengan abang Fitri sahaja… tak nak dengan orang lain tau’…. Apakah Allah menjadikan gurauannya itu sebagai doa? MasyaAllah.. segala-galanya terletak di dalam genggamanNya. Tapi, walau pun tidak mengenalinya lagi, Aufa terasa bahagia membaca kesopanan susunan ayatnya dan gaya bahasanya. Nampaknya macam orang yang beragama juga nie.. Aufa tersenyum sendirian. Kekadang lucu juga memikirkan jalan hidupnya. Bakal ditunangkan dengan orang yang tidak dikenalinya. Hanya nama sahaja yang diketahui.

Aufa membalas email dari bakal tunangnya itu. Dia sekadar menjawab salam serta menyatakan keredhaannya atas tiap segala keputusan keluarganya. Sempat juga dia berkirim salam pada bakal ibu dan ayah mertuanya. Cuba-cuba mengambil hati kata orang, walau pun tidak mengenali.



Kepulangan Aufa kali ini ke kampong kali ini membawa debar di hati. Dia bakal bergelar tunangan orang buat kali kedua. Debarannya semakin dahsyat kali ini kerana dia tidak mengenali siapakah lelaki yang bakal ditunangkan dengannya. Hanya Fitri. Itu sahaja maklumat diri yang diketahuinya, itu pun melalui email. Aufa menabahkan hatinya menempuh segala dugaan Ilahi. Dia telah berjanji pada dirinya bahawa siapa sahaja yang dipilih orang tuanya, akan diterima dengan redha kerana Allah swt.

“Fa, bersiaplah… sekejap lagi rombongan akan sampai. Pakai baju kurung merah jambu yang mak letakkan atas meja tu ye” pesan Puan Aishah.
“Mak, sape punya baju nie?” Tanya Aufa. Halus sungguh tenunannya dan cantik sungguh bunganya. Memang warna kegemaran Aufa adalah merah jambu.
“Bakal tuning Fa belikan.” Jawab ibunya ringkas disulamkan sekuntum senyum. Rasa bahagia melihat anaknya akan menjejak kaki buat kali kedua kea lam pertunangan.

Aufa duduk penuh sopan di atas katil di dalam biliknya. Serasa dengan bajunya, hiasan di dalam biliknya disimbah rona merah jambu lembut. Persiapan pertunangannya dibuat begitu istimewa. Maklumlah anak perempuan sulung. Aufa berdebar-debar menantikan saat istiadat menyarung cincin tuning. Tika itu dia bakal melihat wajah ibu mertuanya buat kali pertama. Siapakah dia?

Aufa. Amboi… cantiknya menantu mama…” kedengaran sapaan pertama bakal ibu mertuanya setelah selesai majlis di luar.
Aufa sekadar menjawab salam di dalam hati dan tunduk malu. Jari manisnya disarungkan dengan sebentuk cincin belah rotan. Lantas Aufa menghulurkan tangan bersalaman dengan bakal ibu mertuanya. Puan Saleha mencium dahi bakal menantunya penuh syukur. Sempat juga Aufa merenung wajah Puan Saleha.

Debaran pertama akhirnya selesai dengan rasminya Aufa diikat dengan Fitri. Kini dia bukanlah lagi seperti gadis biasa. Dia sudah ditempah orang bak kata Maklong Zainab. Pesan Maklong Zainab semasa selesai bertunang dengan arwah Fitri dulu diulang semula semasa pertunangannya dengan Fitri kali ini. ‘Jaga adab, akhlak, agama… bertunang ibarat mencari kunci rumahtangga… kalau tak sama-sama tabah, susah nak mendapatkan kuncinya… ujiannya juga tinggi masa bertunang nie, pandai-pandailah menjaga dan menguruskan diri’.

Teka –teki siapa dia bakal tunangnya masih belum terjawab. Dia hanya kenal bakal ibu mertuanya bernama Puan Saleha, bakal ayah mertuanya Haji Roslan. Lain-lainnya masih kabur. Aufa masih tidak tahu siapakah bakal suaminya. insyaAllah akan ditabahkan hatinya. Menanti saat bahagianya. Dia nekad untuk tidak mahu mengambil tahu. Biarlah masa menjelaskan segalanya; lagi pula dia amat yakin akan pilihan kedua ibu bapanya pasti tidak akan silap.

[Malam]
Triiit triit kedengaran bunyi handset Aufa di atas meja soleknya. Aufa segera mendapatkannya dan membuka peti mesej. Dari Izham….

cik Aufa… selamat bertunang… semoga bahagia…

Ringkas dan penuh makna. Aufa sedikit terkejut. Bagaimana Izham boleh tahu. Sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa pun bahawa kepulangannya kali ini adalah untuk melangsungkan majlis pertunangan. Aufa merenung cincin di jari manisnya. Cincin emas putih bertatahkan berlian berkilauan disimbah lampu biliknya. Siapalah sebenarnya insane yang kini mengikat tali denganku?... Aufa tersenyum lagi. Rasa seoerti seronok pula bermain teka taki. Ibunya juga tidak pernah hendak memberitahu siapa tuning Aufa yang sebenarl dan Aufa pula seperti berat mulut untuk bertanya sedangkan itu juga haknya untuk tahu.

“Fa, lepas Fa tamat pengajian nanti pihak sebelah sana nak langsungkan walimah… mak harap Fa bersedialah dari sekarang…” suara Puan Aishah memecah lamunan Aufa. Ibunya masuk ke dalam bilik dan seraya duduk bersebelahan anak gadisnya. Aufa memegang erat tangan ibunya. Rasa sayu melihat pengorbanan seorang ibu untuk kebahagiaan anak gadisnya. Manik-manik jernih berkaca mula bergenang di kelopak matanya.
“Fa… jangan bersedih… sepatutnya Fa gembira mendapat bakal suami seperti Fitri… kuat pegangan agama, ada kerja yang kukuh dan penyayang… mak bangga mendapat menantu seperti Fitri…” kata Puan Aishah sedikit menenangkan hatinya yang bercampur baur.
“Fa… dalam masa tak lebih setahun setengah lagi Fa akan bergelar zaujah… mak amat berharap Fa dapat menjadi isteri terbaik buat suami Fa… taatilah suami dan jangan sekali-kali meninggikan suara padanya… setiap kata seorang suami buat isteri adalah doanya… andai dia redha terhadap Fa… insyaAllah kita sekeluarga akan bertemu di syurga kelak…” pesan ibu Aufa sambil berlinangan airmata…
“Mak… Fa terima segalanya demi kebahagian keluarga kita… terutama mak dan abah… Fa sayangkan mak dan abah… kebahagiaan mak dan abah adalah jugak kebahagiaan Fa… insya Allah Fa akan jadi yang terbaik seperti yang mak mahukan…” janji Aufa buat ibunya. Mereka saling berpelukan.

Percutian Aufa hamper tiba ke hujungnya. Dia dihantar keluarganya ke KLIA. InsyaAllah dia akan kembali meneruskan pengajiannya di tahun akhir. Selepas itu, perjalanan hidupnya akan berubah. Dia akan bergelar Dr Aufa dan juga memakai gelaran Puan Aufa… Azamnya hanya ingin menamatkan pengajian sejaya mungkin sebelum memikirkan perkara yang seterusnya. Aufa diberitahu oleh ibunya bahawa Fitri tidak dapat datang menghantarnya di airport kerana dia terpaksa pulang ke tempatnya lebih awal.

…………………………………………………………………………………………………………
Aufa membuka laptopnya dan meneliti email-email yang sampai. Nampaknya semua email dari kawan-kawanya yang lama sahaja kecuali satu email yang istimewa. Dari fitri_muslim.


From : [email protected]
Date : 1 Disember 2004
To : [email protected]
Subject : … sayang.

Aufa…

Apa khabar agaknya tunang abang di perantauan sana? Abang sentiasa mendoakan agar sayang sentiasa dilindungi Allah. Abang harap Aufa tidak keberatan sekiranya abang ingin memanggil Aufa.. sayang yer… mungkin kita agak kekok dalam berbicara kerana kita tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi abang yakin bahawa cinta dapat disemai walau pun selepas bernikah. Abang rasa itu lebih mulia dan betul.

Sayang,
Abang ingin memohon kemaafan sekiranya cinta yang abang hulurkan ini tidak seperti yang sayang idamkan. Iyalah kan… selalunya muda-mudi seperti kita semestinya berkemahuan untuk berjumpa dan menjalin hubungan sebelum mengikat ikatan yang lebih serius. Tapi, abang pula menghulurkan cinta yang aneh. Sekadar bertemu di dalam email… sudah mengikat tali pertunangan. Tapi yakinlah sayang… abang benar-benar ikhlas ingin memperisterikan sayang dan menjadikan sayang sebagai permaisuri abang di dunia mahu pun di akhirat.

Selamat belajar dan semoga berjaya menjadi doctor. Ingati Allah selalu dan banyakkan merapatkan diri denganNya.

p/s: jangan lupa abang pulak yer…

wbt sayangku Aufa…
Fitri..
01.06 a.m.
Perth, Australia.

Aufa tergelak kecil melihatkan Fitri sudah pandai mengusiknya walaupun sekadar di dalam email. Manakan boleh dia lupakan tunangnya yang sangat misteri itu. Hari ini Aufa mendapat satu lagi maklumat baru… Fitri kini berada di Perth Australia. Bekerjakah dia di sana atau masih menuntut? Biarlah. Aku dah nekad takkan bertanya. Aku serahkan segalanya padaMu Allah.

Aufa membalas email tunangnya…

Waalaikumussalam abang,
wbt…

Fa alhamdulillah sihat-sihat sahaja di sini. Fa amat berharap abang juga sihat di perantauan sana.

Abang,
Fa ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada abang. Kerana sudi menghulurkan cinta abang untuk Fa. Seperti yang pernah Fa nyatakan dahulu, Fa terima abang seadanya dan redha atas ketentuan Ilahi. Fa tidak pernah memandang cinta abang sebagai aneh, tetapi sangat unik dan istimewa. Fa dapat rasakan bahagia menatap warkah email dari abang. Fa amat senang dengan cara abang menyampaikan cinta dan kasih abang pada Fa. Doa Fa agar mahligai yang bakal kita bina nanti menjadi baitul muslim yang diidamkan.


------------------------------------
“Ehem… Fa. Baca ape tu? Wah…. Kad birthday… cantiknya.. sape kasik plak nie? Hmmm secret admire ker??” tegur Ana melihatkan Aufa kusyuk membaca kad berwarna merah jambu itu.
“Isy.. kau nie Ana… mana ada secret admirenya… dari Izham… mana ntah dia tahu birthday Fa” balasnya
“Ana yang bgtau… dia beriye-iye nak tahu… katanya nak surprisekan Fa” balas Ana tersengih.
“Ya Allah Ana… kan ke Ana dah tahu Fa dah bertunang? Kenapa buat macam tu?” balas Aufa kurang berpuas hati dengan tindakan Aufa.
“Mula-mula memang Ana taknak bagi… tapi dia kata jangan risau… dia dah tahu yang Fa dah bertunang… katanya sekadar surprise dari seorang sahabat… jadi Ana bagi la.. sekadar sahabat rasanya tak salahkan?” terang Ana panjang lebar.
“Hmmm” keluhan panjang. Tiada kata yang nak dilafazkan.

[Email]

abang,

Apa khabar abang di sana? Bila agaknya abang akan balik ke Malaysia yer? Dah tak sabar rasanya nak menatap wajah bakal suami Fa nie. Walau pun kita tak pernah bersua, rasa rindu pulak. Ehehe.

InsyaAllah minggu depan Fa akan menduduki peperiksaan akhir… Profesional Exam II. insyaAllah lepas tu Fa akan berkonvo. Doakan Fa berjaya ye…

p/s: jaga diri di perantauan…

ikhlas,

Aufa…
Bumi Kenyalang.

Ayat-ayat email Aufa dan Fitri sudah berubah dari formal kepada lebih mesra. Fitri pun sudah pandai buat lawak dalam kiriman-kiriman emailnya. Begitu juga dengan Aufa. Cinta email yang dibina semakin meneguhkan hati masing-masing untuk bersama membina rumahtangga bahagia kelak. Biar pun tidak pernah menatap wajah, Aufa bahagia dengan misteri itu.

Aufa menghabiskan masanya menelaah buku-buku. Peperiksaan akhirnya dirasakan begitu cepat menjelma. Beberapa hari lagi dia akan menghadapi peperiksaan itu bagi mengakhiri pengajiannya. Debarnya tidak kurang hebat. Namun dia pasrahkan segalanya pada Allah. Ibunya juga sudah dimaklumkan. Puan Aishah dan abahnya berjanji akan berpuasa di setiap hari peperiksaannya nanti. Besar sungguh jasa kedua ibu bapanya. Adiknya, Aliff pula turut membacakan surah Yasin setiap malam mendoakan kejayaan kakaknya di rantau orang. Insya Allah bila dia berjaya nanti dia akan membalas segala jasa mereka. Itu janjinya.

Hari ini adalah hari terakhir Aufa menduduki peperiksaan. Semalam dan kelmarin telah menjadi kenangan buatnya. Dia berjaya menjawab dengan penuh tenang dan yakin. insyaAllah di hari terakhir peperiksaannya akan dia gagahi lagi berjuang ke usaha termampu bagi mencapai kejayaan. Berbekalkan doa dan harapan ayah bonda. Semalam dia diberitahu ibunya mereka bertiga akan berpuasa hari ini. Aliff juga ikut turut berpuasa sunat. Alhamdulillah dia dikurniakan keluarga yang penyayang dan kuat berpegang dengan agama.

Ketika ketiadaan arwah Fitri dahulu, ibu dan abah la yang banyak memberikan semangat kepadanya meneruskan hidup. Sampai sanggup pula Aliff datang ke Sarawak ini untuk menjenguk keadaan dirinya yang ketika itu amat tertekan dengan pengajian dan juga berita sedih itu. Kekuatan keluarganya menjadi tongkat pemacu semangatnya kembali ke kehidupan tenang semula. Dan, keluarga itulah juga yang menemukannya dengan Fitri kedua yang sedang mengisi takhta cinta di hatinya. Pilihan ibu dan abah adalah pilihannya juga. Dia redha dan sudah mula mengasihi bakal suaminya itu.

“Fa.. esok mak dengan abah nak pegi beli barang-barang kenduri…” beritahu ibu Aufa melalui telefon semalam.
“Tak awal sangat ke mak? Fa belum habis periksa lagi nie mak… Mak cik Aishah nie macam dah tak sabar nak terima menantu aje?” seloroh Aufa dengan ibunya.
“Ah, awal apenyer Fa… elokla belia awal-awal nanti kalau jadi apa-apa dah tak kalut lagi dah” balas ibunya.
“Amboi.. Fa tak haling mak… ikut suka hati mak la… Fa ikut aje… warna ape kenduri kita nie mak?” Tanya Aufa kegirangan.
“Warna kegemaran kamu berdua. Merah jambu dan biru muda… semua mak nak hiaskan dengan dua warna tu…” balas puan Aishah.
“Isy… takkan nasik minyak pun warna merah jambu mak?? Ehehehe” Aufa bergurau.
Puan Aishah tergelak sama. “Fa, abah nak cakap nie… selalunya dia taknak cakap… malam nie beriye-iye pulak… buang tebiat kot….” Ujar ibu Aufa.
“Fa… dengar abah nak pesan dengan Aufa nie ye…” abahnya memulakan bicara.
“Baik abah… ape dia” balas Aufa ringkas. Dia mula memasang telinga.
“Fa sorang sajalah anak perempuan Abah… segalanya abah dan mak curahkan untuk Fa dengan Aliff adalah tulus ikhlas dari hati kecil kami… abah dan mak sangat-sangat sayangkan kamu berdua… Maruah keluarga kita terletak pada Fa sebagai anak perempuan sulung… kalau Fa lemah dan lalai… lunturlah maruah keluarga kita… hendak pulak Fa akan jadi menantu orang tak lama lagi… jaga akhlak peribadi selalu… ingatkan Allah selalu… jangan lemah dengan ujianNya… Allah Maha Adil… segala yang diambilnya pasti dikembalikan semula… jangan tinggal solat… jaga suami dan insyaAllah cucu-cucu abah elok-elok… bagi didikan agama secukupnya…ingat ye Fa”… pesan abah Aufa.
“InsyaAllah abah… Fa akan ingat selamanya pesan abah tu… janganlah abah risau…” janji Aufa.
“Hmm… eloklah tu… nie ha Aliff nak cakap jugak nie” kata abahnya.
“Hello akak… Liff puasa ntuk akak tau esok… jangan lupa baca selawat sebelum jawab… nanti bila balik sini bawak hadiah Aliff tau… Aliff nak kain serban putih.., jangan lupa tu… Liff dah bgtau akak masa akak balik cuti dulu lagi… jangan buat-buat lupa lak… dah lama orang tunggu hadiah tu…” Aliff mengomel panjang. Bukan dia taknak belikan kain serban putih buat adik kesayangan tu. Dia dah belikan tapi tertinggal pulak masa balik ke kampong itu hari. Seminggu jugaklah adiknya merajuk. Nasib baiklah skill memujuk memang semulajadi milik Aufa. Kalau tidak mahunya dia merajuk sampai majlis pertunangan hari tu.
“InsyaAllah… kali nie akak takkan tinggalkan serban adik tu… ada dalam kotak dah tu…” balas Aufa…

-------------------------------------------------------------------------------
Selesai Aufa menjawab peperiksaan dia menerima pesanan dari Dekan. Dia dikehendaki segera berjumpa dengan Dekan. Ada hal penting katanya. Aufa bergegas menuju lif fakulti dan menekan butang tingkat 6 untuk ke pejabat Dekan.

Prof… saya Aufa” sapa Aufa seraya masuk ke pejabat Dekan.
“Waalaikumussalam Aufa… dah habis exam?” balas Prof. Syed Hasan.
“Alhamdulillah dah habis Prof. Ada apa hal Prof nak berjumpa saya nie?” Tanya Aufa.
“Fa… sepupu awak Alia ade di bilik tamu. Ada hal mustahak nak berjumpa awak” kata Prof ringkas.
“Terima kasih Prof. saya pegi jumpa dia dulu” balas Aufa sambil melangkah menuju bilik tamu di sebelah pejabat Dekan.

“Lia… assalamualaikum…” sapa Aufa memasuki bilik tamu.
“Waalaikumussalam… Fa dah habis exam?” balas Alia.
“dah… dah boleh balik dah skang nie……” balas Aufa berseloroh. Tapi kelihatan Alia kurang berminat dengan gurauannya kali ini. Alia adalah sepupu paling rapat dengannya dan hanya 2 tahun lebih tua darinya… riak air muka ALia seperti ada sesuatu yang disembunyikan..
“Fa… akak harap Fa sabar banyak-banyak… akak tak sampai hati nak bagitau Lia di saat-saat Lia bergembira macam nie… tapi mama yang paksa akak datang sini hari nie jemput Fa balik…”… teringat Aufa pada Maklong Zainab ibu Alia. Itulah satu-satunya ibu saudara yang dia miliki dan ibarat keluarga kedua baginya.
“Ada apa hal akak??” Airmata Aufa mula tumpah tanpa dipinta. Aufa sudah dapat mengagak berita sedih yang dibawa oleh sepupunya itu.
“Fa… mak, abah dan adik Fa; Aliff dah tak ade..” ringkas Alia sambil memeluk erat bahu Aufa. Dia tahu betapa beratnya berita yang diterima Aufa itu. Di saat-saat bebas merdeka selepas berhempas pulas dengan peperiksaan, dia mendapat khabar sedih. Seluruh ahli keluarganya dijemput Tuhan untuk pulang ke pangkuanNya.
“Ya Allah…………” Aufa menjerit dan terus pengsan di pangkuan Alia.

---------------------------------------------------------------------------------
“Fa… Fa….” Kedengaran suara Alia memanggil.
Aufa membuka sedikit demi sedikit matanya. Dia memandang kebingungan ke sekeliling. Di manakah dia?
“Fa… nie kak Alia nie… Fa dekat bilik hostel Fa nie… tadi Fa pengsan…” terang Alia tanpa dipinta. Kelihatan merah mata Alia menahan air mata yang tiba-tiba mula mengalir deras.
“Akak……” Aufa tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya. Air matanya mengalir deras bagai air hujan. Betapa pilunya hati menerima berita yang maha hebat di kala dia baru sahaja beberapa saat menikmati kegembiraan. Kini dia sudah tiada siapa lagi di dunia ini melainkan Fitri sahaja sebagai bakal suami. Pagi tadi dia bergelar anak, tetapi tengah hari ini dia menerima gelaran baru yang menyayat hati… yatim piatu. Tiada lagi suara ibu dan abah mengusiknya. Tiada lagi rajukan adiknya Aliff. Segala-galanya telah pergi bersama arwah. Mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika pulang dari membeli barangan kenduri Aufa.

Maklong Zainab tak sampai hati memberitahu berita itu melalui telefon lalu mengirimkan anaknya Alia sebagai teman menjemput Alia. InsyaAllah… jenazah akan dikebumikan pada besok pagi pukul 10 pagi. Aufa berkemas barang untuk segera pulang bersama Alia. Sepanjang masa, matanya menjadi perigi airmata. Bertambah lagi linangan melihat kain serban putih permintaan terakhir arwah Aliff. Patutlah semuanya beriya-iya hendak bercakap dengannya semalam. Abah yang jarang-jarang bercakap juga meninggalkan pesan yang panjang padanya semalam. Begitu juga Aliff. Rupa-rupanya mereka hendak meninggalkannya buat selamanya. Satu sahaja dia bersyukur. Mereka telah pergi menghadap Ilahi dalam keadaan berpuasa. Alhamdulillah.

‘elokla beli awal-awal nanti kalau jadi apa-apa dah tak kalut lagi dah’

‘jaga akhlak peribadi selalu… ingatkan Allah selalu… jangan lemah dengan ujianNya… Allah Maha Adil… segala yang diambilnya pasti dikembalikan semula… jangan tinggal solat… jaga suami dan insyaAllah cucu-cucu abah elok-elok… bagi didikan agama secukupnya…ingat ye Fa’

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ibunya. Eloklah beli awal-awal. Kalau terjadi apa-apa dah tak kalut lagi katanya. Abah pula berwasiat agar sentiasa tabah dengan ujian Allah. Segala yang diambilnya akan dikembalikan semula katanya. Jangan lupa jaga cucunya baik-baik. Rupanya abah dan mak akan pergi hari ini. Itulah wasiat terakhir abah buat puteri kesayangannya yang akan meneruskan hidup keseorangan di dunia fana ini tanpa keluarga tersayang.

Aufa berangkat pulang ke kampong bersama-sama Alia malam itu juga. Mereka tiba di halaman rumah kira-kiran jam 10 malam. Sesampai sahaja Aufa terus berlari ke ruang tengah rumah untuk menatap tiga wajah yang paling disayangnya.


………………………………………………………………
Kutabahkan hatiku harungi hdup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang kupercayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua Mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah kumulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapai dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan
…………………………………………………………………

Maklong Zainab memeluk Aufa dari belakang memberikan kekuatan pada satu-satunya anak saudaranya yang dia miliki kini. Aufa memegang erat genggaman tangan Maklong Zainab. Makcik Zaharah, jiran sebelah rumah Aufa membuka satu per satu kain penutup wajah arwah-arwah. Mulanya dengan wajah adik kesayangannya Aliff yang terbaring kaku diikuti pula wajah ayahnya yang sangat dikagumi. Wajah terakhir adalah yang paling tidak tertahan baginya untuk ditatap. Wajah kasih seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkannya dan kemudian berkorban segalanya untuk kebahagiannya. Kini tiada lagi ciuman kasih dan genggaman erat tangan ketika dia ketakutan. Tiada lagi suara yang akan memberikannya semangat untuk menghadapi hidup ini. Segalanya telah pergi buat selama-lamanya.

“Sabar sayang… Maklong tau Fa sedih… tapi sabarlah sayang… Allah lebih kasihkan mereka… maklong juga sedih… ini adik maklong juga yang meninggal…” kata-kata maklong Zainab memberikan semangat. Dia masih setia memeluk dan memberikan dakapan kasih sayang tika saat Aufa kehilangan dakapan itu buat selamanya. Terasa naluri keibuan meresap ke jiwa.
“Fa… nak duduk di sini maklong… Fa nak sedekahkan ayat-ayat suci… maklong temankan Fa ye maklong” kata Aufa lemah. Dia berazam hendak menghabiskan senaskhah al-Quran buat hadiah darinya untuk arwah keluarganya. Maklong Zainab mengangguk. Maklong zainab juga turut menyedekahkan bacaan untuk arwah adiknya Aishah, adik iparnya Ahmad dan anak saudaranya Aliff. Airmatanya jatuh membasahi halaman al-Quran bacaannya mengenangkan nasib anak saudaranya yang dia kasihi, Aufa. Dahulu, tunangnya Fitri telah dijemput pergi. Kini keluarganya pula dipanggil. Sekarang menjadi tanggungjawabnya sebagai ibu saudara menyempurnakan hajat adiknya Aishah untuk memberikan sepenuh kasih sayang. Zainab berazam akan menyempurnakan hari bahagia Aufa bersama Fitri di rumah itu juga dan mengikut segala hajat adiknya semasa hayatnya masih ada.

Fitri sudah diberitahu akan berita sedih ini. Dia hendak pulang tetapi ditegah oleh maklong Zainab. Katanya “Ini adalah kemahuan arwah ibu mertua Fitri sendiri… makcik Aishah taknak kenalkan Fitri dengan Aufa sehinggalah tiba hari kamu berdua diijab kabulkan”. Itulah pesan maklong Zainab pada Fitri. Sedih juga di hati kerna tidak dapat bersama menanggung kesedihan bersama orang yang disayanginya. Rasanya tak tergamak dia membiarkan Aufa menghadapi segalanya seorang diri. Dia harus melakukan sesuatu untuk meringankan beban Aufa. Tapi bagaimana dengan keadaannya yang terlalu jauh begini?

Pada keesokan harinya, Izham sampai ke kampong Aufa. Dia tiba dengan penerbangan pertama dari Kuala Terengganu. Dia sempat menatap jenazah sebelum dimandikan. Sempatlah juga dia bertemu Aufa yang masih di dalam hiba.

“Sabarlah Aufa… saya tahu awak sangat kuat menerima dugaan Allah nie…” bicara Izham melihatkan keadaan Aufa yang terlalu lemah.
“Terima kasih Izham. Kerana sanggup datang sejauh ini. Saya tak sanggup nak beritahu Ana dan Huda. Saya taknak berkongsi sedih ketika diorang sedang bergembira” balas Aufa.
“Apa? Awak tak bagitau Ana dan Huda ke? Aufa… Aufa… awak selalu sangat nak berahsia. Sudahlah… saya dah pun beritahu diorang berdua. InsyaAllah kejap lagi sampailah mereka…” balas Izham. Aufa sedikit terkejut dengan tindakan Izham. Tapi dalam keadaan emosinya yang tidak stabil ini dia tak bermaya hendak membantah.

“Assalamaualaikum Aufa….” Suara Ana dan Huda memberikan salam.
“Waalaikumusalam…… Ana… Huda…” Aufa berlari memeluk sahabat baiknya dan jugak adik angkat kesayangannya.
“Sampai hati akak taknak kongsikan sedih akak dengan Huda… keluarga akak dah jadi keluarga Huda kak” balas Huda sambil menahan lelehan airmata.
“Akak tak sampai hati melihat Huda dan Ana bersedih bersama akak. Biarlah akak tanggung sendiri semuanya” balas Aufa tersekat-sekat.
“Fa… kita berjanji dari hari pertama tahun satu lagi yang kita akan kongsi segalanya… sedih gembira lucu semuanya…” Ana menambah. Izham hanya dapat memandang ke arah tiga sahabat setia itu. Sebak juga melihat mereka bertiga yang sanggup berkongsi segalanya. Teman bergembira memang ramai tapi teman bersedih payah dijumpa.

Majlis pengkebumian jenazah selesai dengan sempurna dan lancar. Jenazah Aliff telah dikafankan bersama dengan kain serban putih hadiah terakhir permintaannya. Rumah Aufa juga semakin sunyi ditinggalkan tetamu dan jiran. Hanya tinggal beberapa jiran rapat mak dan abahnya sahaja meneruskan kerja-kerja menyimpan rumah. Maklong Zainab akan tinggal menemani Aufa beberapa hari sebelum pulang. Dia bercadang hendak membawa Aufa bersama. Aufa bersetuju. Huda dan Ana juga diajak sekali bagi menemani Aufa. Kenduri arwah diadakan di masjid sahaja atas permintaan Aufa sendiri. Pak Imam bersetuju membantu menguruskan segalanya. Maklumlah juga, abah Aufa dulu bukanlah orang lain dengan Ajk Masjid. Dia setiausaha AJK masjid.


==================================================================

Nantikan sambungan Bahagian Terakhir citer nie....


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-05-05 23:59




Mudah sahaja manusia melupakan Allah di masa senang, sedangkan Allah tidak pernah walau sesaat pun melupakan walau seorang pun hambaNya. Semua dilayan dengan adil oleh Dia Yang Maha Adil.

YA ALLAH.....
kat situ lah ana menitiskan air mata....
eeee..... sedihlah....
menangis betul ni..
nasib baik tak ada orang tengok
kalau tak buat malu aje.....



-----------------
Tengok dengan mata…
Lihat dengan hati…
Renung dengan akal…
Fikirlah dengan iman…

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-05-05 00:05




bior betul nie putri... sampai nangis...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ratu_balqis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4645
Posting: 38
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-05-05 11:56


erm..sedihnyer jln citer ni...
bila nak ending?


Bookmark and Share

    


  Member Information For ratu_balqisProfil   Hantar PM kepada ratu_balqis   Pergi ke ratu_balqis's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 04:54




cepatla sambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-05-05 06:53


am..
yerlah..bukan cik putri jer nangis..diny pun dah nak jatuh air mata nie..teringat kata mak.. selalunya Allah akan ambil orang orang yang baik dan mereka yang disayangiNya ..
dalam kita bersedih..kita patut mengingati mati itu tak sampai 21saat sekali dia melewati kita sebagai hamba..khalifah atau manusia..?
kita sendiri ada piihannya..

.:am..ending pasti bahagia kan..macam cerita ADAM tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 11-05-05 18:45


kesiannye aufa... sekali semua Allah jemput.....
mesti ada hikmah disebaliknya kan meow? sambunglah cepat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 21:23


errr...sangat menusuk kalbu sehingga bergenang air mata ni..heheh..tak sempat nak merembes je... berlagak macho depan PC.heheh..

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

aLaMeeN
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1586
Posting: 37

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-05-05 21:51


semoga aufa menerima ketentuan Allah dengan penuh kesabaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aLaMeeNProfil   Hantar PM kepada aLaMeeN   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 28-05-05 22:06


sedihnye citer ni.. ble nak smbung lag??...
ape2 pon.. kite ingt balik sabde Rasululah..
" Tiada sesuatu pon yg menimpa seseorg muslim dr susah hati, penat dan penyakit yg berterusan , tidak pula dgn kesedihandan kesakitan sehinggalah kpd tusukn duri melainkan dgnnye Allah menghapuskndosa hamba itu".. ade hikmah disebalik sume tuh... Allah Maha Pemurah...
Moge kite sume masih diberi kekuatan drpdNya.. aminnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 02:57


huih... hebat juga Dr. Meow dalam menulis cerpen ini ye.. dulu kata tak reti Dr. Meow ini.. ai, meow..meow..

Dr. Meow skarang berada di tempat yang tiada internet.. huhuhu so kita bawak bersabo saja lah ye dia mai balik..

ps : hadui, tersentuh jiwa... best cerpen ni. tahniah Dr. Meow... ;-)
[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 30-06-05 02:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-07-05 18:29


Assalamualaikum sahabatku am..

eiiiii..awak dah lama sangat cuti tu..bila lah nak sambung cerpen ini..?dah lama sangat menanti ini...biler am biler..?? ;-) :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 20:51


Setelah saya berhibernasi selama berpurnama-purnama lamanya, alhamdulillah akhirnya saya kembali aktif.. ecewah... hmmm terima kasih banyak2 buat sahabat-sahabat yang follow cerita Aufa ini ye.. especially Diny kat London sana nun.. dah berkali-kali dia tanya saya bila nak sambung.. ehehe sorilah... keadaan tak mengizinkan.. Shye pun dah bagitahu kan.. saya kat tempat yang tak ada internet.. ha.. kat mana lah agaknye ye? ehehe :-D so, this is the final part of Saat Bahagia...

p/s: kalau tak best jangan marah saya ye... :-P

======================================================================================

Setelah enam bulan………

“Aufa… maklong nak bincang sikit dengan Aufa… hal jodoh Aufa” maklong Zainab membuka bicara ketika minum pagi. Kebetulan pula Aufa bercuti pada hari tersebut. Jadi bolehlah maklongnya mengambil sebanyak masa untuk berbincang.
“Maklong… Kenapa?” Tanya Aufa.
“InsyaAllah, Fitri akan pulang ke sini tak lama lagi. Keluarganya pun dah bersetuju nak melangsungkan walimah kamu berdua sebulan dari sekarang” baicara maklong tenang.
“Cepatnya maklong?” aufa seperti terkesima.
“Alah nak… kalau orang di sana tu dah sayang, sebulan tu dia rasa sehari saja…” seloroh maklongnya.
Aufa tersenyum malu. “Alah.. malu pulak anak maklong ini… kamu tu dah besar Aufa… dah elok dah pun…” kata maklongnya sambil mencuit pinggang Aufa. Segera dielaknya sambil memeluk maklong Zainab.

Persiapan melangsungkan majlis walimah diadakan penuh rapi di rumah pusaka peninggalan arwah abah dan mak Aufa. Laman rumahnya dibersih kemas, rumput-rumput dipotong rapi. Sampah sarap, daun-daun kering disapu bersih. Rumahnya berseri semula dengan cat baru. Maklong Zainab mengupah Mat Pin mengecat semula rumah itu dengan warna biru muda kegemaran Fitri. Manakala di dalam pula dicat dengan warna merah jambu kegemaran Aufa. Bunga-bunga disusun dengan indah, langsir ditukar baru dan kelengkapan rumah ditukar mana yang buruk.

Kemeriahan semakin hari semakin dirasakan. Anak-anak perempuan maklong Zainab yang seramai 7 orang itu ikut serta balik 2 minggu sebelum majlis. Riuh rendah dibuatnya dengan anak-anak kecil berlari-lari sana sini. Aufa pula semakin sibuk saban hari pergi ke salon atas tajaan maklongnya. ‘anak dara mesti nampak berseri bila nak kenduri’ katanya. Sementara itu, Alia telah awal-awal lagi menyiapkan bunga-bunga telur dan juga perhiasan lain.

“Amboi…. Berseri-serinya…” usik Alia melihat Aufa yang baru sahaja pulang dari salon.
“Isy.. akak ini… mengarut sajalah…” kata Aufa tersenyum manis.
“Hmmm nampaknya akak sajalah yang masih solo… dulu Aufa ada boleh buat Persatuan Anak Dara Cik Zainab… sekarang ini nampaknya terpaksala akak bubarkan ye…” kata Alia memecah tawa.
“Orang suruh kahwin taknak… nak belajar lah nak itu lah nak ini lah… tengok Aufa ini…” sampuk kakak sulung Alia, Adlein.
“Tu lah kak Lin, Lia ni bukan main liat… Azra dah pujuk dah dulu.. tapi degil…” balas kakak ke-4 Alia si Azra pula.
“Eleh… tak main lah kawin muda-muda ini… orang kalau nak kawin umur 30 agaknya” balas Alia
“Eloklah tu… jadi anak dara tua…” balas maklong Zainab pula berseloroh.
“Aufa… sini sekejap.. akak nak peluk Aufa… nak ambil berkat pengantin baru… mana lah tau dalam banyak kawan-kawan Aufa yang datang tu terpikat kat akak sepupu Aufa yang ayu ini…” Alia membuat lawak sambil mengacah hendak memeluk Aufa.
“Isy… mana boleh kak… kalau nak ambil berkat… tu pergi peluk Kak Lin tu… dah 10 tahun kawin masih bahagia macam baru semalam kawin…” balas Aufa. Semua yang ada di ruang rumah tergelak sama. Meriah betul rasanya.

……………………………………………………………………

Besok akan menjadi hari bersejarah buat Aufa. Dia bakal menempuh hari-hari baru di dalam hidupnya. Dia bukan lagi Aufa yang dulu, kala itu dia akan bergelar Puan Aufa. Fitri akan menjadi suaminya yang sah besok. Tiba-tiba Aufa teringatkan tentang arwah Fitri. Jika arwah masih hidup, sudah pastilah dia akan bernikah dengan Fitri besok. Tapi apakan daya. Kehendak Allah menentukan segalanya. Dia dijemput pulang lebih awal.

“Doktor Aufa!!!!!! Telefon ini… orang jauh…” jerit kakak sepupu Aufa; Asfa.
“Ye kak, datang ini” Aufa segera mematikan lamunannya. Segera dia keluar ke ruang tengah rumahnya. Siapalah orang jauh tu agaknye…

“Hello… assalamualaikum” Aufa memulakan bicara.
“Waalaikumussalam sayang…” Aufa bagaikan tersambar kilat. Debar hatinya tiba-tiba semakin deras. Dia tergamam. Tiada kata yang mampu diungkapkan.
“Takkan terkejut sampai taknak cakap dengan abang agaknya? Atau Doktor Aufa dah tak pandai cakap bahasa melayu semenanjung?” sambung Fitri mengusik. Aufa terkejut.
“Eh, bukan Aufa taknak cakap, tapi terkejut…” entah apa entah yang dicakapkannya. Ayat-ayatnya berterabur. Otaknya tak dapat berfungsi dengan waras bila mendengar kalimah sayang menusuk ke telinga.
“Terkejut… abang call ke? Sayang tengah buat apa tadi?” Fitri meneruskan usikan.
“Tengah kemas-kemas barang saja. Nanti abang datang besok bersepah pulak….” Aufa membalas usikannya Fitri.
"Sayang dah sedia ke?" tanya Fitri
"Sedia? Sedia apa ini abang?" Fitri bermain teka-teki pula.
"Sedia menerima abang sebagai suami lah... Hmm sayang ini fikir apa ini.. melamun banyak sangat agaknya.." balas Fitri
"Tak adelah..." balas Aufa ringkas.
“Sayang jangan lupa mimpikan abang ye malam ini…” kedengaran ketawa kecil dari gagang telefon.
“Isy… tak malu betul..” Aufa malu-malu.
“Ermm oklah sayang. Tak boleh cakap lama-lama ini. Nak tido awal. Besok nak jumpa cik adik”
“Ok.” Sepatah sahaja yang keluar dari Aufa.
“Oh ya… besok abang ada surprise untuk Aufa… tungguu… Assalamualaikum…” gagang terus diletakkan. Belum sempat Aufa hendak bertanyakan surprise yang dikatakan itu.

……………………………………………………………………………………………

Aufa dihias penuh ayu oleh kakak sepupunya Azimah. Baju pengantinnya berwarna biru muda itu dilengkapkan dengan tudung berwarna biru gelap berlabuci. Aufa tampak sungguh ayu dengan inai dijari. Huda dan Ana telah sampai dua hari sebelum majlis. Mereka berdua sentiasa berada di sisi Aufa.

Aufa bersimpuh sopan dibirai katil pengantin. Debar menantikan saat ketibaan bakal suaminya. Tiba-tiba kedengaran kompang dipalu dari luar menandakan rombongan Fitri telah sampai. Debaran di hati semakin membuak-buak. Pelbagai rasa bercampur baur, gembira, syukur, sayu, debar macam-macam ada.

Aufa dibawa keluar dari biliknya untuk upacara akad nikah. Kelihatan saudara-mara sebelah maklong Zainab menjadi wakilnya manakala Paklongnya menjadi wali.

Aufa memandang ke arah pengantin lelaki. MasyaAllah. Bagaikan disentap jantungnya bagaikan hendak pitam rasanya diri. Aufa bagaikan tidak percaya pada apa yang sedang dilihatnya. Betulkah itu Fitri yang selama ini sudah sebati bertakhta di hatinya?

“Ikram Fitri Bin Haji Roslan…” kedengaran suara imam.
“Saya..” balas Fitri.
“aku nikahkan akan dikau… dengan Aufa Nazeera Binti Haji Ahmad berwakil walikan akan daku dengan maskahwinnya lapan puluh ringgit tunai….” Lafaz ijab dari imam.
“aku terima nikahnya Aufa Nazeera binti haji Ahmad dengan maskahwinnya lapan puluh ringgit tunai….” Lafaz kabul dari Fitri.
“Sah?” Tanya imam pada dua orang saksinya.
“Sah.” Serentak dengan itu rasmilah Aufa Nazeera binti Haji Ahmad menjadi isteri Ikram Fitri Bin Haji Roslan yang sah.

Aufa menitiskan airmata syukur bila dipeluk dan dicium oleh maklong Zainab. Segera dia teringatkan arwah ibu dan abahnya serta adiknya yang tidak dapat menyaksikan hari bahagia ini. Dia bersyukur kerana pertunangannya dengan Fitri II membuahkan hasil ke jinjang rumahtangga.

………………………………………………………………………………………………..
Malam Pengantin...


Aufa menanti penuh debar di dalam bilik pengantin yang dihias serba biru lembut. Dia memerhatikan rintik-rintik hujan yang turun dari tingkapnya. Hujan rahmat agaknya. Untuk pengantin baru. Tiba-tiba pintu bilik Aufa dibuka, dan kelihatan Fitri melangkah masuk. Debaran Aufa menjadi semakin kencang. Itulah kali pertama dia menatap wajah suaminya Fitri dari dekat. Selama ini hanya email sahaja yang menghubungkan mereka.

Apa yang amat menjadi teka-teki di benak Aufa adalah paras rupa Fitri. Rasanya dia tidak bermimpi. Dia amat yakin dan pasti. Itu wajah arwah Fitri. Tapi… tak mungkin orang yang sudah meninggal dunia hidup semula. Astaghfirullah…

Assalamualaikum sayang…” Fitri memberi salam memecah lamunan Aufa.
“Waalaikumussalam abang…” jawabnya. Dia tertunduk. Perasaannya bercampur baur. Dia juga bingung dengan apa yang dia hadapi sekarang. Siapa sebenarnya Fitri dihadapannya itu.
“Kenapa sayang pandang abang semacam saja ini? sayang takut dengan abang ye…” Fitri memulakan bicaranya. Dia lantas menggenggam erat tangan Aufa yang merah dihiasi inai pengantin. Serentak dengan itu jantung Aufa berdegup bagai nak pecah.. seperti baru lepas berlari 100 meter rasanya. Bercampur baur perasaannya kala itu.
“Abang… rasanya elok Aufa berterus terang sahaja. Semenjak pagi tadi Aufa berteka-teki dengan diri sendiri. Persoalannya adalah…… wajah abang… Kenapa….” Belum sempat Aufa menghabiskan ayatnya…
“Serupa seperti arwah Fitri?” senyum Fitri.
Aufa mengangguk.
“sayang… sebenarnya inilah surprise yang nak abang berikan pada sayang, yang abang janji dalam phone semalam… sebenarnya… Fitri adalah saudara kembar abang… takkan sayang tak perasan… nama abang Ikram Fitri Hj Roslan… nama arwah Fitri pula…”
“Izhan Fitri Hj. Roslan……” sampuk Aufa…. Serentak dengan itu menitis air matanya terkenangkan kata-katanya pada arwah Fitri… dia hanya ingin bersuamikan Fitri sahaja… dan pada masa itu Fitri juga berjanji bahawa Aufa hanya akan bersuamikan Fitri… Terngiang juga di telinga Aufa akan pesan terakhir arwah abahnya… ‘Aufa… Allah Maha Adil… apa yang diambil akan dikembalikan semula’…
“Maafkan abang kerana merahsiakan perkara ini… abang Fitri meninggal semasa abang berada di Perth lagi…” sambung Fitri.
“Sebenarnya ada satu lagi rahsia yang sayang tidak tahu… Izham… adalah abang sulung kami…” Fitri meneruskan cerita…
“Izham Fikri Hj Roslan”… bisik Aufa perlahan. Aufa terharu lantas memeluk suaminya penuh kasih sayang. Terasa dia sentiasa dipelihara oleh Allah selama ini. Tidak pernah dia sangka bahawa Izham adalah abang iparnya dan Fitri adalah adik kembar arwah Fitri. Betapa agungnya kasih Allah. Dia menitiskan air mata syukur di malam pertama. ‘Fitri miliknya yang dahulu telah diambil olehNya telah digantikan semula oleh Dia Yang Maha Adil.

“Tapi bang... Kenapa wajah mak abang yang datang masa kita bertunang tak sama macam masa mula bertunang dengan arwah dulu?” soal Aufa lagi.
“Sayang... memanglah tak sama... tapi hampir serupa kan? Yang datang tu bukan mak, tapi mak lang abang lah... Maklang Sakinah...hehe” jawab Fitri menjelaskan segala teka-teki Aufa...

…………………………………………………………………………………………………………

Assalamualaikum abang…” sapa Aufa pada Izham sambil tersengih di awal pagi itu. Kelihatan Fitri sedang membetulkan t-shirtnya selepas selesai bersolat subuh. Izham yang sedang mengemaskan ruang tengah rumah memandang pada adik iparnya sambil tersenyum.
“Dia dah tau bang…” Fitri berbisik.
“Iye?” sampuk Izham tersengih.
“ada ke dia ingatkan abang nak tackle dia dulu… ehehe” Fitri berseloroh. Aufa yang mendengarnya terus mencubit manja pinggang suaminya itu. Merah padam pipinya menahan malu.
“Tak sangka ye… abang jadi spy kat Unimas tu…” sampuk Aufa.
“Ala… apa salahnya… spy kampong saja…” balas Izham. Ketawa mereka memecah sunyi pagi itu. Segala yang terbuku di benak hati dan pemikiran Aufa telah terjawab. Mengapa Izham begitu mengambil berat akan hal Aufa di kampus? Kenapa Izham selalu berkirim salam dengannya? Kenapa Izham mengetahui dia bertunang? Kenapa Izham menyampaikan kad hari lahir tanpa bernama padanya? Kenapa Izham sampai segera mendengar berita kematian ahli keluarganya? Segala jawapan tersusun rapi olehNya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Tidak akan selamanya Dia membiarkan hambaNya dengan kesedihan dan kehilangan orang yang tersayang. Bukankah Dia telah berjanji bahawa akan diuji seluruh hamba-hambaNya dengan sedikit rasa takut, kelaparan, kekurangan harta serta jiwa orang-orang yang disayangi dan Dia juga menjanjikan khabar gembira buat hamba-hambaNya yang menjalani ujian-ujian itu dengan bekal kesabaran. KeadilanNya mengatasi telahan akal fikiran manusia dan tidak pernah terbayang di dalam mata. Yakinlah akan kesudahan yang baik untuk hamba-hamba yang beriman dan menjadikan taqwa sebagai panduan hidup di dunia.


Tuhan,
aku merapatkan pipiku
Pada simpuhan kasihMu
Yang melimpah luas
Memenuhi alam semesta

Tuhan,
aku dambakan redhaMu
Dalam pengharapan seorang hamba
Yang penuh hina diselaputi noda
Bersama setitis airmata nasuha

Tuhan,
Walau setinggi mana pun kasihMu
Walau sedalam mana pun sayangMu
Walau sepayah mana pun redhaMu
Akan aku teruskan usaha ini
Untuk memiliki rahmahMu

Tuhan,
Kutabahkan hati ini melalui ranjau hidup
Kerna kutahu Kau ada di sisiku
Membentang permaidani kasihMu
Kerna kutahu Kau ada di sisiku
Memanduku ke arah syurgaMu
Kerna kutahu Saat Bahagia itu
Akan tiba juga akhirnya
Mempersaksikan kebenaran janjiMu
Yang kekal benar selama-lamanya
Bersama ZatMu yang Maha Agung…

Oh Tuhan,
Sungguh.... aku Cinta PadaMu…


Tamat…

Karya Asli,

Meow
07 June 2005
1642 Hour……

Edited: 09 June 2005 @ 1511 Hour
Re-edited: 15 June 2005 @ 2257 Hour
Revised Version: 24 July 2005 @ 1250 Hour
Ukhwah Special Edition: 24 July 2005 @ 1400 Hour


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 24-07-05 22:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-07-05 00:52


Assalamualaikum am :D

ehehhehehhe..aicehh..berdebar debar diny baca tau..tapi best memang best menepati syarat lah katakan...kalau cerita betul syukur dan alhamdulillah serta tahniah buat Aufa..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya-ameen

ana : berakhir sudah penantian saya..sesungguhnya penantian suatu penyeksaan tetapi di dalam penyeksaan terdapat keindahan ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 27-07-05 05:11


best lah cerita ni...
sedih...suka...
macam-macam ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

shahriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16922
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-07-05 18:23


ada mesej yang tersembuyik dalam cerita ini...
setiap perkara buruk pasti ada yang baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahrizProfil   Hantar PM kepada shahriz   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 30-07-05 18:23


best laa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 30-07-05 20:31


hmm.....menarik,mana sambungan cerita ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 30-07-05 23:19


assalamualikum.....

menarik laa menarik sungguh........... :-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 31-07-05 01:29


mak aii.. baca cerpen sampai lupa buat aceiment.... heeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 07:04


tahniah meow..!! huhuhuhu best lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 20:04


okies doktor meow!! congrats. my stories saja macam ada gaya neverendings stories..huuuuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

shahriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16922
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-08-05 17:37


nice story...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahrizProfil   Hantar PM kepada shahriz   Quote dan BalasQuote

sahabat_sejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3361
Posting: 337
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-08-05 18:16


!!! QUOTE !!!

Pada 24-07-05 20:51 , Meow posting:

Tuhan,
aku merapatkan pipiku
Pada simpuhan kasihMu
Yang melimpah luas
Memenuhi alam semesta

Tuhan,
aku dambakan redhaMu
Dalam pengharapan seorang hamba
Yang penuh hina diselaputi noda
Bersama setitis airmata nasuha

Tuhan,
Walau setinggi mana pun kasihMu
Walau sedalam mana pun sayangMu
Walau sepayah mana pun redhaMu
Akan aku teruskan usaha ini
Untuk memiliki rahmahMu

Tuhan,
Kutabahkan hati ini melalui ranjau hidup
Kerna kutahu Kau ada di sisiku
Membentang permaidani kasihMu
Kerna kutahu Kau ada di sisiku
Memanduku ke arah syurgaMu
Kerna kutahu Saat Bahagia itu
Akan tiba juga akhirnya
Mempersaksikan kebenaran janjiMu
Yang kekal benar selama-lamanya
Bersama ZatMu yang Maha Agung…

Oh Tuhan,
Sungguh.... aku Cinta PadaMu…



sedaplah puisi ini
meow cipta ke?
saya ambil jadi lirik lagu boleh tak?
cuma mungkin nanti nak kena edit sikit
nak sesuaikan dengan lagu nasyid saya

dan cerita yang meow ciptakan ini sangat baik
inilah yang kita nakkan
syabas!


-----------------
j


Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_sejatiProfil   Hantar PM kepada sahabat_sejati   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 05-08-05 00:59


kenapa cerita semua banyak nangis ini???

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 05-08-05 01:27


ok..best aarr cerita ni..tahniah buat meoww..nanti cipta best2 lagie ok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 05-08-05 01:52


erm...best lah cerita ni...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 01:53


walaupun cerita ni pendek, tapi nak tak nak, air mata ni menitis juga.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

haizul_one
Warga Rasmi
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11062
Posting: 12
Dari: marikh

Johor  


posticon Posting pada: 05-08-05 05:44


asslamualaikum....

teruskan berkarya...
tersentuh hati ni ini membaca secebis kisah yang penuh kesedihan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For haizul_oneProfil   Hantar PM kepada haizul_one   Pergi ke haizul_one's Website   Quote dan BalasQuote

huda_wafana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17784
Posting: 144
Dari: port dickson

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 08:39


fuyyooo..best lah cerita ni.. Kalau hantar kat syarikat penerbitan, mesti meletup!!!!!!
cayalah(",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For huda_wafanaProfil   Hantar PM kepada huda_wafana   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 16:38


Another great story from Meow.. hehe (tepuk tangan)
Best! best!!.. nak lagi~~ nak cerita lain pulak...

p/s : dalam bercerita, ada terselit pengajaran.. so, pay attention to the motive more than the story! ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 22:18


thanks semua sahabat-sahabat... karya tu biasa-biasa saja.. ada yang lagi best dari sahabat yang lain...

sahabat_sejati... saya izinkan guna puisi tu... silakanlah... :-)

thanks shye dan kino... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

aidabdullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16510
Posting: 24

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 08:31


Assalamualaikum wbt...
Saudara meow, tersentuh naluri wanita saya. Tak perasan menitis air mata. Saya baru saja selesai membaca bahagian ke 3. Insyaallah jika berkelapangan saya akan sambung bahagian seterusnya. saya amat mengidamkan percintaan sesuci percintaan yang dilalui aufa. bersih tanpa noda. saya juga berasal dari kedah. saya amat meminati cerpen. pernah jugak karang kisah gadis kampung yang perit kehidupan yang penuh derita namun tetap tegar kerana yakin nikmat dari Nya pasti menjengah jua. harap dapat mengikuti cerpen2 saudara. Assalamualikum....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aidabdullahProfil   Hantar PM kepada aidabdullah   Quote dan BalasQuote

aidabdullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16510
Posting: 24

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 08:42


Tahniah saudara nampaknya saya tak dapat bersabar untuk menamatkan cerita penuh misteri, berpengajaran dan teladan daripada saudara. Semoga terus maju dalam berkarya. Moga kebahagiaan Aufa akan dikecapi semua yang ikhlas dan sabar menghadapi dugaanNya. Entahlah tak tau bagaimana nak komen lagi... sedih menyentuh hati. Watak aufa yang saudara garapkan sungguh indah. begitu juga watak lelaki yang mendampinginya. selamat berusaha dan maju jaya.
[ Telah diedit oleh: aidabdullah pada 08-08-05 08:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidabdullahProfil   Hantar PM kepada aidabdullah   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 08-08-05 23:19


Pada 08-08-05 08:42 , aidabdullah posting:

!!! QUOTE !!!

Tahniah saudara nampaknya saya tak dapat bersabar untuk menamatkan cerita penuh misteri, berpengajaran dan teladan daripada saudara. Semoga terus maju dalam berkarya. Moga kebahagiaan Aufa akan dikecapi semua yang ikhlas dan sabar menghadapi dugaanNya. Entahlah tak tau bagaimana nak komen lagi... sedih menyentuh hati. Watak aufa yang saudara garapkan sungguh indah. begitu juga watak lelaki yang mendampinginya. selamat berusaha dan maju jaya.



Assalamualaikum...
suka sangat buat orang tertunggu2...
nasib baik tak menitis air ,mata...
:lol: :lol: :lol:
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

dhiyaul_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16468
Posting: 96
Dari: sini

malaysia  


posticon Posting pada: 09-08-05 07:34


memang best!..

lagi best kalau ana lah si aufa itu...bertuahnyerrr... :lol: :lol: :lol:
dapat suami soleh dan romantic begitu...hikhik... :-P :-P :lol: :lol:


-----------------
ruhban fillail wa fursan finnahar


Bookmark and Share

    


  Member Information For dhiyaul_islamProfil   Hantar PM kepada dhiyaul_islam   Pergi ke dhiyaul_islam's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 09-08-05 18:31


huhuhu... napa watak rizal dalam cerita ni jahat sangat..... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 22:31


Pada 09-08-05 18:31 , sanada_yukimura posting:

!!! QUOTE !!!

huhuhu... napa watak rizal dalam cerita ni jahat sangat..... :-(


minta maaflah sanada_yukimura.... Rizal dalam cerita ini tak ada kaitan langsung dengan Rizal Hafizuddin tu.. :-P rizal ini memang jauh berbeza dari Rizal Hafizuddin... :-D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 16-04-06 17:03


best...sedh happy...semua ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 00:56


memang best certa...menunjukkan tabahnya hati aufa berdepan dengan dugaan....
selain tu juga menunjukkan ciri2 muslimah dan muslimin yang soleh.....
tersentuh hati saya baca cerpen ni...
saya memang suka membaca cerpen dan novel.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Syamiras
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2006
Ahli No: 26753
Posting: 51
Dari: Melaka

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 00:29


Salam..meow,
ana ada satu permintaan, boleh tak kalau ana nak minta kebenaran anta untuk copy & paste cerita anta ini untuk dimuatkan ke dalam keluaran buletin yang akan dikeluarkan di maktab ana??
ana sekarang dalam usaha menghasilkan buletin yang ke-2 untuk diterbitkan kepada pelajar2 maktab ana..harap anta dapat mempertimbangkan permintaan ana ini..Wasalam..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyamirasProfil   Hantar PM kepada Syamiras   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 09-01-07 08:48


best..cerita menarik..walaupun pilu awalnye..namun dihujung tetap bhagia.itulah rahmat Allah kepada hambaNya yang bersabar

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-01-07 22:44


cerita ni pun best..sedeh betul...tabah sungguh c aufa 2...

tapi betul lah...memula pun saya ingat izham nak usha aufa

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 22:50


Pada 16-01-07 22:44 , zahrah_asrar posting:

!!! QUOTE !!!

cerita ni pun best..sedeh betul...tabah sungguh c aufa 2...

tapi betul lah...memula pun saya ingat izham nak usha aufa


kira tetipah tetipu lah ini... hehe... :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-01-07 22:58


:-) lebih kurang macam tu juga r... perempuan...bagaimana? pun sikap dan sifat dia...perasan

tu tetap ada... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 23:02


Pada 16-01-07 22:58 , zahrah_asrar posting:

!!! QUOTE !!!

:-) lebih kurang macam tu juga r... perempuan...bagaimana? pun sikap dan sifat dia...perasan

tu tetap ada... ;-)


biasa lah tu... sebahagian dari gimik2 yang digunakan oleh penulis untuk menghangatkan cerita.. :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-07 03:40


menarik cerita ni...ada pengajaran...
sedih pun ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 17-01-07 10:17


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-01-07 18:36


rasa macam kat awang-awangan cerita ini....tapi ada unsur-unsur mendidik dan terdidik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-01-07 19:46


Pada 23-01-07 18:36 , awan_biru85 posting:

!!! QUOTE !!!

rasa macam kat awang-awangan cerita ini....tapi ada unsur-unsur mendidik dan terdidik...


maklumlah.. yang baca tu pun awan_biru... memang di awang-awanganlah... huhu :-D :-P


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

al-aziez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17834
Posting: 26
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-01-07 21:43


sungguh menarik cerpen ni, best sangat... :)
terharu...
sungguh besar kkuasaanMu Ya Allah...
Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu...
ku berdoa & berserah jua kpdMu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aziezProfil   Hantar PM kepada al-aziez   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.469781 saat. Lajunya....