Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Berzikir tenangkan jiwa mukmin


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Berzikir tenangkan jiwa mukmin

Please Mendaftar To Post


Oleh Berzikir tenangkan jiwa mukmin

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-04-05 17:02




HIBURAN sejati adalah yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati tenang. Syarat bagi ketenangan hati adalah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman.

Firman Allah bermaksud: “Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” – (Surah al-Ra‘ad, ayat 2.

Justeru, orang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah. Ia dilakukan dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa dan sedekah.

Begitu juga, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah dan menerima segala ketentuan daripada-Nya.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan, bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah itu.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar.

Mereka yakin dengan firman Allah bermaksud: “(Katakanlah wahai orang yang beriman: “Agama Islam yang kami sebati dengannya adalah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nya kami beribadat.” – (Surah al-Baqarah, ayat 13.

Orang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah. Mereka tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir mengenai keindahan itu cukup bagi mereka merasakan keindahan alam dan kebesaran pencipta-Nya.

Demikianlah sifat orang bertakwa iaitu yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.” – (Surah Yunus, ayat 6).

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan.” – (Riwayat Muslim)

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat.

Alunan ayat suci al-Quran, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah bermaksud: “Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benar dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” – (Surah Al-Zumar, ayat 23)

Allahu a'lam..

B Harian, 30//42005

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-04-05 22:43




syukran peringatan tue...banyakkan lag posting2 sebegini buat hamba2 yg jahil dan selalu lalai ni...



Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 12:23


sama2lah kita amalkannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 01:27


!!! QUOTE !!!

Firman Allah bermaksud: “Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” – ( Surah al-ra‘ad, ayat 28 )
sadaqa'Llah al-'Azim... :-)

p/s: jazakillahu khairan kathira... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 10:37


:-) Bismillahirrahmanirrahim....

betul tu...memang mujarab juga untuk mengubati hati yang kekosongan, kesunyian, hati yang lara...

selain tu, boleh juga dengar alunan2 zikir nasyid..memang tenang jiwa yang bergelora...janganlah cari jalan lain bila hati sedih, pilu, senang atau susah...kembali saja pada jalan ALLAH swt...pasti selamat dari fitnah dunia..insyaallah...

wassalam. :roll: :-D :-D :-D


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 18:02


Syukran alea13..posting yang benar-benar bermanfaat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 18:57


saya kalau hati tak tenang dan nak tenangkan fikiran pasang ayat2 suci al-Quran.....zikir....kalau ada masalah pun sama juga.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 15-11-06 19:15


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 16-11-06 01:55


alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 10:23


Syukran alea13 :-)


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 13:06


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-11-06 13:18


untuk yang sentiasa berada dalam keadaan sedih
atau pun ditimpa musibah
bacalah Al-Quran
subhanallah
Maha Suci Allah
ketenangan tu akan terus meresap dalam hati
titiskan air mata
ketika mengadap Al-Quran
biarlah tersedu di helaian kitab Allah
kerana pada waktu itu
hanya Allah tempat kita mengadu
tiada siapa lagi yang mampu memahami



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098053 saat. Lajunya....