Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Karya Agung
Topik: Hussain Manshur al-Hallaj - Thasin VI - Kitab Tentang Nabi Adam A.S.


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Hussain Manshur al-Hallaj - Thasin VI - Kitab Tentang Nabi Adam A.S.

Please Mendaftar To Post


Oleh Hussain Manshur al-Hallaj - Thasin VI - Kitab Tentang Nabi Adam A.S.

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 11:48


Thasin VI: Kitab Tentang Adam A.S.

ā€œDan tak seorangpun yang mengatakan,
ā€œDialah Yang Esaā€
kecuali Ahmad, semoga terlimpahkan rahmat
Allah ke atasnya, dan hanya padanya Dia tampak dalam Penglihatan-batin saat Miā€™rajā€

Iblis diperintahkan untuk bersujud;
dan Ahmad (s.a.w) diperintahkan untuk mengalihkan pandangannya; ke kanan ataupun ke kiri;
Penglihatannya tidak pernah berpaling
Dan tidak pula melampauinya.

Iblis menyeru tetapi tidak dapat
membebaskan diri
dari apa yang dia perbuat
dan dari dirinya sendiri.

Dan Ahmad (semoga Allah melimpahkan rahmatNya) menyatakan,
dan melangkah di luar bidang yang terbatas
dan melampaui dirinya sendiri, tiada tara.

Dengan cara demikian ia menunjukkan,
dan mempertahankan perkataan;
aku bergerak melalui engkau,
dan melalui engkau,
dan melalui enkau apa pun tercakup.
Maka, O penggerak semua hati!
siapa yang dapat menceritakan keagunganMu
dan memujiMu?

Dan tidak ada satu pun penghuni langit,
yang mengesakan Tuhan seperti Iblis.

Dan iblis mengelak dalam keberadaan,
ia melepaskan pandangan dan pengamatannya,
dan meninggalkan perjalanan
di sepanjang keberadaan;
meninggalkan untuk mengamati.
Ia menyembah Tuhan Abstrak,
sebagai Abstraksi.

Dan ketika ia mencapai tahap penyendirian,
ia berdiri tersalahkan;
dan ketika ia melewati keluar dari tahap ini dan
memohonnya, dia dibawa menuju ke keberadaan.

Dia diperintahkan untuk bersujud;
lantas dia menjawab, ā€œTiada kepada yang
lain dari Engkau.ā€
Dikatakan kepadanya, ā€œEngkau diperintahkan!ā€
Dia menjawab, ā€œTidak kepada yang
dari Engkau.ā€

ā€œPenolakanku adalah demi Kebesarandemi KesucianMu;
alas an penolakanku adalah kegilaanku kepadaMu.
Aku tidak mengenal siapa pun selain Engkau,
dan Adam adalah lain dari Engkau.
Di antara Engkau dan Aku, tidak ada yang lain;
jika harus ada, maka yang lain itu adalah Aku.ā€

Bagiku tidak ada jalan kepada yang lain dari Dikau;
dan aku memiliki alas an untuk ini.
Sejak dulu telah ditentukan sebelumnya
tidak ada yang lain kecuali Aku(iblis) yang menhetahui Engkau, dari waktu ke waktu.
Aku dating sebelum yang lain
kerana aku tinggal abadi dalam ketaatan
sebelum ciptaaMu yang lain mana pun
mengenal ketaatan.
Dengan demikian, pengetahuanMu
adalah pengetahuanku,
Engkau bersandar kepadaku dan aku bersandar kepadaMu.
Dan kebersamaan di antara kita ini jauh lebih tua
daripada masa kehidupan ini sendiri.
Jadi mengapa aku harus bersujud di hadapan yang
bukan Engkau,
tetapi yang lain dari Engkau.
Jelas aku menolak,
tidak ada pilihan,
tidak ada jalan,
tidak ada tindakan lain kecuali
apa yang telah aku lakukan.
Api yang telah memberikan aku bentuk
menarik aku kembali kea pi.
Dan api menurunkan aoi.
Kehendak ini adalah milikMu;
dan apa pun yang kini Engkau tentukan adalah
milik Engkau.

Dalam perpisahan diri dari Engkau
tidak ada kejauhan
yang tertinggal padaku; dan aku menyedari bahawa
jauh dan dekat adalah kata-kata saja,
tanpa isi; kerana aku telah menjalaninya selama ini
dan jauh dari Engkau.
Aku telah membuat pemisahan dari Engkau.
Kekasihku,
Sahabat dalam kesedihanku.
Dan siapa yang dapat menyebut seperti demikian,
meskipun dengan cinta,
dan akan berakhir dengan perpisahan dariMu.ā€

Dan Musa (Ibnu Imran) bertemu dengan iblis
di lereng Gunung Tursina.
Musa bertanya, ā€œApakah yang menghalangimu
untuk bersujud?ā€
Iblis menjawab, ā€œYang menghalangiku adalah
kesaksianku bahawa
Dialah Yang Esa hanya Dia;
Jika aku bersujud kepada Adam
Aku akan berubah sepertimu;
Engkau sekali diseur untuk melihat gunung,
kau pun melihatnya.
Sedang aku diseur seribu kali pun
untuk bersujud kepada Adam,
tetap aku tidak mahu, demi kesaksianku.ā€

Musa bertanya kepada iblis,
ā€œBererti kau meninggalkan perintahā€,
Iblis menjawab, ā€œIni adalah satu ujian,
bukan perintah.
musa berkata, ā€œInilah yang mengubah bentukmu.ā€
Dijawa, ā€œHai Musa! Ini semua dimaksudkan
untuk menyembunyikan,
untuk menutupi dan terus menutupi
sesuatu yang patut untuk ditutupi;
dan sekarang apa gunanya?
untuk yang ā€˜Sekarang tetap adaā€™ dan yang berubah.
Dan yang tidak berubah adalah pengetahuan sejati;
pengetahuan itu tetap pada masa itu,
dan sama pada masa kini.
Keberadaan nyata tidak mengalami perubahan.ā€

Dan Musa bertanya, ā€œKau masih ingat Dia?ā€
Dijawab, ā€œMengapa? semua ingatan
dan perenungan adalah satu dan sama.
Aku masih sama dengan yang sedang diingat,
dan bahkan Dia sedang diingat.
Jadi meningat Dia adalah mengingatku
dan mengingatkanku adalah mengingat Dia;
dan apakah keduanya menjadi satu?
Dipersatukan dalam masa?
aku sekarang masih bersih dalam hari-hari pengabdianku,
dan hari-hariku adalah hari-hariku sendiri,
dan Fikiran Dia dalam fikiranku
Lebih cerah daripada sebelumnya.
Dulu aku mengabdi pada Dia untuk kesenanganku
dan sekrang aku mengabdi pada
Dia dengan Keridhaan Dia.ā€

ā€œDan tidak ada lagi pemikiran tentang balas jasa;
tentang kerugian atau keuntungan;
telah membuatku tak tergantikan,
dan dalam kondisi aku tinggal selamanya;
dan membuat aku melihat dan takjub;
dan kemudian, menolak bahawa aku mungkin tidak
ditemukan oleh mereka yang bebas,
dilepaskan dan tanpa ikatan.
dan kerana pelanggaranku
membuatku terhalang dari lain-lainnya,
dan memberiku bentuk berbeda.
Untuk membingungkan
aku dalam kebingunganku.
Dia mempertahankan aku
sebagai milikNya sendiri,
dan untuk pujian yang aku miliki,
Dia membiarkan aku jatuh.
Dia telah membuatku jauh dari Dirinya,
kerana tindakanku,
dan mencabut dariku kekuatan melihat,
kekuatan mengamati.
Pada saat aku lebih dekat ke Dia,
Dia memberiku kebebasan;
dan pada saat aku menjauh,
Dia mempertahankan aku dalam pandanganNya,
dan mengambil kembali harapan,
dan kerananya membuat aku terabaikan;
jauh dan sangat jauh dari semuanya.

ā€œDan aku tidak melakukan kesalahan
dalam tindakan-tindakan yang ditentukan,
atau dalam tindakan-tindakan yang ditentukan,
atau dalam tindakan-tindakan yang
tidak ditentukan; atau bertentangan
dengan kehendak; aku juga tidak berasa bangga
dalam perubahan bentukku.
Jika Dia membuatku terbakar, dari hujung ke hujung,
aku tidak akan tunduk; tidak akan pernah,
tidak pernah merendahkan diri di hadapan manusia,
kerana aku hanya tunduk pada Dia;
tidak pada seorang pun, untuk segala
bentuk atau wujud, atau manusia; aku hanya mengenal Dia.
Aku berdiri dengan kebenaran, dan dengan cintaku,
aku adalah salah satu dari mereka.

ā€œBanyak pandangan-pandangan mengenai Azazil;
dialah yang memperingatkan di syurga dan di bumi,
di langit ia meminta para malaikat melihat
segala yang baik,
dan di bumi ia meminta manusia melihat kejahatan;
kebaikan dikenal melaui kejahatan
dan kejahatan dikenal melalui
apa yang bertentangan dengannya.

Pakaian sutera halus terbuat dari benang kasar
yang diambil dari pakaian yang kotor dan rusuh.
Dengan cara yang sama, Raja menampakkan segala
sesuatu yang baik dan segala sesuatu yang buruk,
serta mengajukan pilihan.
Mereka yang mengikuti kebaikan menjadi baik,
dan yang menolak untuk mengetahui kejahatan
tidak akan pernah mengetahui apa yang baik.ā€

Dan al-Hallaj berkata, ā€œAku telah berdebat,
dengan Iblis dan Firā€™aun tentang ketaatan;
tentang keteguhan;
Iblis berkata bahawa bersujud di hadapan
Adam beerti meruntuhkan ketaatannya,
dan ini akan membuat dia terasing
dari dirinya sendiri.
Dan Firā€™aun berkata bahawa beriman kepada RasulNya
cukup menjatuhkan namanya,
di hadapan kaumnya.
Dan kepada mereja Aku menjawab.ā€

Jika aku menarik kembali keyakinanku sendiri,
aku kehilangan keberadaanku,
kehilanganmaqamku.ā€

Kemudian Iblis berkataā€¦,
ā€œAku lebih baik dari Adam;
dan Dia tidak mengenal yang lain kecuali Dirinya sendiriā€;
dan Firā€™aun berkata, ā€œAku tidak mengetahui kalau
kau memiliki tuhan selain Akuā€;
dan dia tidak tahu seorang pun di antara kaumnya
yang dapat membeda-bedakan;
untuk meilih antara
kebenaran dan ketidakkebenaran;
antara yang haq dan yang batil.ā€

Dan aku(hallaj) berkata, ā€œJika engkau tidak mengenal Dia,
maka lihat dan kenali tanda abadiNya, tanda yang
kekal; dan tanda itu adalah Aku
dan AKULAH KEBENARAN ITU (ana al-Haqq)
dan pada Hakikatnya Aku selamanya bersama dengan Kebenaran itu.ā€

Maka, Iblis dan Firā€™aun adalah sahabat dan guruku,
dan dengan mereka aku temukan jalanku;
api bertemu iblis, tetapi ia tidak
pernah menyimpang dari apa yang ia anut,
dan Firā€™aun masuk ke baah air, dan tenggelam, tetapi fikirannya tidak pernah luntur.
tetapi Fir;aun berkata, ā€œAku percaya tidak ada Tuhan,ā€
kecuali Tuhan yang dipercayai bani Israel;
aku adalah satu dari mereka yang berserah.ā€
Dan apakah kau belum melihat tanda Tuhan,
ketika Jibril membuat Firā€™aun menyentuh pasir di
kedalaman air?

ā€œJIKA AKU HARUS DIBUNUH ATAU DISALIB
DI TIANG GANTUNGAN,
ATAU TANGAN DAN KAKIKU HARUS DIPOTONG,
WALAU BAGAIMANAPUN,
AKU(hallaj) TIDAK AKAN PERNAH MENARIK
KEMBALI KATA-KATAKU.ā€

Iblis adalah nama kondisinya;
namaynya berubah menjadi Azazil.

Dan dikatakankepadanya:
ā€œO, yang telah jatuh. Apakah kau
tidak akan merendah?ā€
Iblis menjawab, ā€œAku adalah salah satu dari mereka
yang mencintai,
dan mereka yang mencintai dikutuk.
Dan engkau berkata aku telah terperosok;
telah jatuh;
Oh, aku yang telah memperoleh pengetahuan dari
buku cahaya,
Duhai Yang Maha Kuasa!
bagaimana ini terjadi? Mengapa ini terjadi?
O, bagaimana menghadapi
apa yang harus aku hadapi?
Engkau membuat aku dari api,
dan dia dari tanah liat;
dan kami berdua berlawanan;
apakah yang berlawanan dapat dipersatukan?
Dalam kepatuhan dan pengabdian kepadaMu,
akulah yang paling tua, dalam bahagian dari cintaMu,
aku adalah yang paling berpengalaman;
dalam maā€™rifat aku yang paling bijak;
dan dalam masa, aku yang paling abadi.ā€

Dan kepadanya yang Maha Tinggi menjawab:
ā€œSemua kebebasan adalah Milikku,
bukan milikmu.ā€
Ia menjawab,
dan hal yang sama adalah posisiku;
segala sesuatuku adalah Milikmu;
kebebasan, keleluasaan, - semuanya.
O Penciptaku!
Jadi inikah yang ditakdirkan untukku?
Engkau membuatku tidak untuk
lemah oleh kehendakMu,
dan Engkau adalah yang Maha Kuasa, Maha inggi.

Jika aku telah berbuat salah dalam kata-kataku, maka jangan tinggalkan aku;
kerana Engkau Maha Mengetahui,
Maha Mendengar.
Dan tidak seorangpun lainnya
di antara pengembara
di jalan kebenaran yang lebih mengetahui
daripada aku;
aku mengetahui dan memahami.
Dan, jangan tolak aku,
kerana penolakan bukanlah balas jasa yang tepat.

O Tuhan, Tuhanku!
Beri imbalan padaku
kerana aku tak tergantikan dalam keyakinanku
Dalam semua janji, perkataanmu
adalah yang paling benar,
dan tindakanku adalah yang paling menyedihkan,
tetapi yang ingin mengenal dapat mengetahui
bahawa akulah saksi yang terbaik.

O saudaraku!
Jadi inilah alasannya bagaimana ia memiliki
nama Azazil;
ia melepaskan dirinya sendiri;
dan kehilangan tempatnya;
dan belum mencapai akhir kerana tidak ada awal;
pada kenyataannya, tanpa awal ia tetap
berada di akhir.

Kemunculan dia adalah sebuah pembalikan;
pembalikan dari esensinya,
yang terbakar oleh api dari gelora semangatnya;
dan dicerahkan oleh cahaya pelepasannya.

Oh saudaraku!
Melalui pemahaman inilah engkau
dapat menyelamatkan
dirimu sendiri,
atau engkau telah menemui pelepasan, pemusahan,
penderitaan;
dan kepahitan,
dan kematian dalam penyesalan-penyesalan yang mendalam.

ā€œOrang bijak di suatu Kabilah
menjadi bodoh dan bisu mengenai dia;
dan mereka mengenal dan hendak berkata-kata
menjdai tidak dapat berbicara
tentangnya (Azazil)ā€¦ā€
dia adalah yang paling setia dalam keyakinan,
di hadapan Penciptanya.

Dan mereka melemahkan diri di hadapan Adam;
mereka patuh.
Iblis menolak, kerana ia
dibutakan oleh pengamatannya.
dan pada akhirnya, ketika ia telah menjadi kosong;
harapan-harapannya berakhir;
dia berkata, ā€œAku lebih baik daripadanya,ā€
dan selamanya tetap dalam keadaan pelepasan,
tidak bersatu; tersesat dalam debu,
dan menhgadapi penderitaan
dari waktu ke waktu.

(Tamat kitabThasin Vi : Kitab tentang Adam a.s.)



ā€œYang Benar tetaplah Yang Benar, Pencipta sebagai Khaliq, dan segala apa yang termasuk diciptakan tetaplah makhluk. Ini akan tetap selalu demikian.ā€ (Husain bin Manshur al-Hallaj ā€“ semoga Allah merahmatinya.)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.985685 saat. Lajunya....