Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 17 hari yang lalu
sadiqah: 21 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: perbezaan wujudkan pertalian


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» perbezaan wujudkan pertalian

Please Mendaftar To Post


Oleh perbezaan wujudkan pertalian

arifin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15390
Posting: 28
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 11:33


Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki
menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak
memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya
menjadi tenaga.
Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar
suaranya.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.

Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza
disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi

melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih bersikap
mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang
dan hubungan perasan. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga
berbeza.

Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan
lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya
laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita
ibarat lampu suluh, yang membuka,

menampakkan banyak benda.

Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil
sehingga perkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada

matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan
keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar daripada
lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen
kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.


Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan
ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up,

cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel,
ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak,cermin mata hitam,buku
telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.


Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita
memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku.Mereka

lebih peka , apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan
.Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.



Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu
sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat
daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana
itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara

secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani
secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja,
mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.
Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya
kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu
isteri. Matlamat mereka ke pejabat.

Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di
ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi,
anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua
benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya?
Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si
isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak
benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini
dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain, selepas
berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang
menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli
sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli.

Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti
perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza
daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah,
jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja.

Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari
rumah terus masuk kereta.

Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi
untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi
saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih
berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang
antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga
berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu ,
maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling
SAYANG MENYAYANGI...



Bookmark and Share

    


  Member Information For arifinProfil   Hantar PM kepada arifin   Pergi ke arifin's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 26-04-05 14:27


Lelaki suka marah berbanding wanita

Lelaki tak tahan godaan wanita

Lelaki sangat Jealous banyak!

Lelaki kureng komitmen..........

Lelaki lambat matang!!!

Lelaki suka bermuka-muka...

Lelaki banyak perangai buruk



Si dia kate dia suka kiter, si kiter kate dia yang suka kat die........... tah lor!!! Lawak antara benua!!! jangan curang kat belakang mata dah lor!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-04-05 18:40


Quote:

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi
saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih
berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang
antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga
berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu ,
maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling
SAYANG MENYAYANGI...



....
Allah jadikan kita berbeza supaya wujud ketenangan dan keharmonian. Wanita pelengkap kepada lelaki dan lelaki pelengkap kepada wanita..

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 18:50




elaki suka marah berbanding wanita

Lelaki tak tahan godaan wanita

Lelaki sangat Jealous banyak!

Lelaki kureng komitmen..........

Lelaki lambat matang!!!

Lelaki suka bermuka-muka...

Lelaki banyak perangai buruk


waaa banyaknya kekurangan lelaki ni yer..hehehe..

Ana : Lelaki juga Insan ....

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-04-05 19:13




-----------------
\' aKu IngIN sEgAlA2 NyA DaMai....\'


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096692 saat. Lajunya....